You are on page 1of 19

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER : SEPTEMBER 2013

HBMT2203 : TEACHING OF ELEMENTARY MATHEMATICS

SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH )


DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG MATEMATIK

NAME

ZAIDA BT ISMAIL

MATRICULATION NO

700806035112001

IDENTITY CARD NO.

700806035112

TELEPHONE NO.

0198999449

E-MAIL

eyda_ismail@ymail.com

LEARNING CENTRE

OUM, TAWAU

HBMT 2203 : TEACHING OF ELEMENTARY MATHEMATICS

ISI KANDUNGAN
BIL

TAJUK

M/S

1.0

PENGENALAN

2.0

ALGORITMA BERTULIS STANDARD

2.1 Operasi Tambah


2.2 Operasi Tolak

2.3 Operasi Darab


2.4 Operasi Bahagi

ALGORITMA ALTERNATIF

3.1 Operasi Tambah


3.2 Operasi Tolak

3.3 Operasi Darab


3.4 Operasi Bahagi

3.0

10

CARA MEMPEREMBANGKAN KEMAHIRAN MENULIS


ALGORITMA STANDARD DAN PENGIRAAN MENTAL
SECARA BERMAKNA

10

4.1 Penggumaan Material Yang Bersesuaian

10

4.2 Penerapan Nilai Seni Kreatif

13

4.3 Pembelajaran Secara Kontekstual

14

5.0

PERANAN DAN KEBAIKAN KEMAHIRAN PENULISAN


ALGORITMA STANDARD DAN PENGIRAAN MENTAL

16

6.0

KESIMPULAN

17

BIBLIOGRAFI

18

4.0

HBMT 2203 : TEACHING OF ELEMENTARY MATHEMATICS

1.0

PENGENALAN

Matematik ialah satu bidang pengetahuan yang sememangnya penting dalam kehidupan
segenap manusia. Tanpa kita sedari, kehidupan kita dipenuhi dengan penggunaan matematik
seperti berjual beli, binaan dan sebagainya. Rentetan daripada kepentingan matematik ini,
setiap ahli ilmuwan tidak menafikan bahawa pendidikan matematik perlu didedahkan kepada
kanak-kanak bermula daripada kecil. Oleh itu, setiap insan perlu menguasai kemahiran asas
operasi iaitu tambah,tolak,darab dan bahagi. Namun begitu, beberapa aspek yang perlu dititik
beratkan sebelum memberi pendedahan terhadap kemahiran-kemahiran tersebut seperti
prosedur pembelajaran dan pengajaran. Prosedur yang boleh diambil kira ialah seperti
penulisan algoritma standard dan pengiraan mental.
Menurut Noraini Idris (2005), algoritma ialah suatu model, cara atau teknik yang digunakan
untuk menyelesaikan sesuatu masalah matematik. Penulisan pula merujuk Kamus Dewan
Edisi Keempat (2004) bermaksud perihal atau kegiatan dan sebagainya, menulis (mengarang)
atau hasil daripada menulis. Manakala, standard pula boleh ditakrifkan sebagai piawai,
ukuran, darjat, biasa, lazim dan mutu. Secara umumnya, algoritma standard ialah langkahlangkah pengiraan dalam sesuatu operasi Matematik yang sering kita gunakan. Algoritma
standard atau kemahiran standard yang biasa digunakan di sekolah rendah ialah penambahan,
penolakan, pendaraban dan pembahagian. Langkah-langah pengiraan ini kita kenali juga
sebagai pengiraan dalam bentuk lazim untuk mendapatkan jawapan yang tepat.
Pengiraan mental pula didefinisikan sebagai Pengiraan Matematik yang dilakukan dengan
menggunakan akal fikiran semata-mata tanpa bantuan alat tulis dan alat mengira serta tanpa
terikat kepada algoritma. Kepentingan pengiraan mental ini adalah ianya bersifat komutatif,
asosiatif dan distributif nombor yang membolehkannya untuk disusun dan dicerakinkan
supaya mudah dikira secara mental. Nombor dan ungkapan boleh diwakilkan dalam
persamaan yang setara membolehkan pengiraan nombor mudah dikira secara mental.

HBMT 2203 : TEACHING OF ELEMENTARY MATHEMATICS

Kepentingan Pendidikan Matematik diberikan kepada murid-murid adalah untuk memastikan


mereka memperoleh kelancaran pengiraan dalam pengiraan matematik. Hal ini demikian
untuk memberi kesedaran kepada manusia agar celik ilmu pengiraan dan dapat
menyelesaikan penyelesaian masalah dalam matematik yang berlaku untuk keselesaan dalam
kehidupan. Oleh itu, penulisan algoritma piawai dan pengiraan mental merupakan pendekatan
awal kepada murid-murid agar bersedia dengan dunia sebenar.

2.0

ALGORITMA BERTULIS STANDARD

Algoritma ialah urutan langkah-langkah penyelesaian masalah yang disusun secara


sistematik. Algoritma digunakan dalam pengiraan, pemprosesan data dan sebagainya. Dalam
pengiraan, algoritma terlibat dalam penyelesaian empat operasi asas untuk mengira termasuk
operasi tambah (), tolak (), darab () dan bahagi (). Melalui penggunaan algoritma
standard akan membolehkan seseorang pelajar mempunyai pemahaman yang lebih baik
tentang apa yang dipelajari. Terdapat tiga kaedah pengiraan algoritma iaitu kaedah pengiraan
mental, kaedah penggunaan kertas dan pensel dan kaedah penggunaan peralatan teknologi.
Algoritma yang biasa digunakan di sekolah rendah pula ialah algoritma standard.

2.1

Operasi Tambah

Algoritma ini dikenali sebagai standard algoritma penambahan, ia bermula dari kanan ke kiri
dengan menambah nilai Sa dan mengumpul semula. Jika nilai Sa ialah 10 atau lebih daripada
10, kumpulkan semula 10 Sa sebagai 1 Puluh dan kemudian ditambah kepada Puluh. Jika ada
10 Puluh atau lebih, kumpulkan semula 10 Puluh menjadi 1 Ratus dan kemudian ditambah
kepada Ratus. Proses ini diteruskan ke nilai tempat yang lebih besar jika ada. Merujuk
Standard Dokumen Tahun 3, Standard Pembelajaran 2.2, murid berupaya untuk menambah
sebarang tiga nombor hingga empat digit dengan mengumpul semula nombor. Algoritma
standard bagi operasi tambah adalah seperti berikut:

HBMT 2203 : TEACHING OF ELEMENTARY MATHEMATICS

Contoh 1:

Selesaikan

2.2

+1
7

+1
3

Operasi Tolak

Algoritma kedua, dikenali sebagai standard algoritma penolakan. Mulakan penolakan dengan
Sa dan teruskan menolak dengan mengumpul semula, iaitu daripada kanan ke kiri. Jika Sa
yang sedia ada tidak mencukupi untuk ditolak, kita kumpul semula 1 Puluh sebagai 10 Sa dan
kemudian tolak Sa. Begitu juga jika Puluh tidak mencukupi untuk ditolak, kita kumpul
semula 1 Ratus menjadi 10 Puluh dan lakukan penolakan. Merujuk Standard Dokumen
Tahun 3, Standard Pembelajaran 3.1, murid berupaya untuk menolak sebarang dua nombor
hingga empat digit dengan mengumpul semula. Algoritma standard bagi operasi tolak adalah
seperti berikut:

Contoh 2:

Selesaikan 3 261 - 987 = ?

HBMT 2203 : TEACHING OF ELEMENTARY MATHEMATICS

Ri

Ra

3 2

2 1

Pu

Sa

6 5

1 11

11

2.3

15

Operasi Darab

Algoritma yang ketiga, yang dikenali sebagai standard algorithma pendaraban, melibatkan
hanya dua hasil darab separa. Dalam hal ini, faktor pertama didarabkan dengan digit Sa faktor
kedua dan nombor dikumpulkan semula untuk membentuk hasil darab separa pertama.
Kemudian faktor pertama didarabkan dengan digit Puluh faktor kedua. Merujuk Standard
Dokumen Tahun 3, Standard Pembelajaran 4.4, murid berupaya untuk mendarab sebarang
dua nombor, dua digit dan satu digit.

Contoh 3:

Selesaikan 57 x 3 = ?
57
x

3
21

+ 150
171

7 x 3 = 21, letak 1 pada nilai tempat sa dan 2


pada nilai tempat puluh.
5 pu x 3 = 15 pu + 2 pu + 1 sa = 17 pu + 1 sa = 1
ra 7 pu 1 sa

HBMT 2203 : TEACHING OF ELEMENTARY MATHEMATICS

2.4

Operasi Bahagi

Algoritma yang keempat, yang dikenali sebagai standard algorithma pembahagian, Operasi
bahagi mempunyai pertalian songsang dengan operasi darab (sekiranya sesuatu nombor boleh
dibahagi dengan nombor lain, tanpa sebarang baki nombor bernilai). Merujuk Standard
Dokumen Tahun 3, Standard Pembelajaran 5.4, murid berupaya untuk Membahagi sebarang
dua nombor, dua digit dengan satu digit.

Contoh 4:
Selesaikan 12 3 = ?
4
3 12
-

12
..

Nombor 12 dipanggil nombor yang dibahagi (dividen), nombor 3 dipanggil pembahagi dan
nombor 4 ialah hasil bahagi.

4.0

ALGORITMA ALTERNATIF

Algoritma Alternatif pula ialah langkah-langkah lain yang digunakan untuk mendapatkan
jawapan bagi operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Algoritma alternatif juga perlu
dibincangkan semasa mengajar operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Algoritma yang
berkesan adalah algoritma yang melaksanakan pengiraan dengan paling efisyen. Pemahaman
yang mendalam tentang nilai tempat, pemahaman tentang konsep dan fakta asas tambah,
tolak, darab dan bahagi, identiti bagi tambah dan darab akan dapat mencipta berbagai
algoritma alternatif mengikut konteks dan nombor yang terlibat. Contoh pengiraan algoritma
alternatif yang melibatkan operasi tambah ialah pengiraan dalam bentuk cerakinkan nombor
mengikut nilai tempat.
6

HBMT 2203 : TEACHING OF ELEMENTARY MATHEMATICS

3.1

Operasi Tambah

3.1.1 Kaedah steps stairs

Kaedah ini dapat meningkatkan penguasaan kemahiran operasi tambah secara pengumpulan
semula bagi murid Tahun 3. Ia juga dapat mengatasi masalah kecuaian murid dalam operasi
penambahan dengan mengumpul semula. Steps Stairs ini dapat menarik minat murid untuk
melakukan operasi penambahan dengan seronok.
Contoh 1.
24 453 + 875 =
2

2
+

4
8

5
7

3
5

Jawapan = 25328

Arah bacaan jawapan

3.2

Operasi Tolak

3.2.1 Penolakan Gantian Nombor


Kaedah ini sememangnya menggunakan langkah yang panjang kerana ia terpaksa
mencerakinkan setiap nombor kepada nombor yang mempunyai sifar. Namun, kaedah ini
lebih selamat dan membantu murid daripada melakukan kesilapan. Hal ini demikan kerana
murid-murid dapat melihat dengan lebih jelas cara penolakan nombor dengan adanya sifar
7

HBMT 2203 : TEACHING OF ELEMENTARY MATHEMATICS

dibelakang. Selain itu, proses ini hanya memerlukan kaedah penolakan pada akhir proses.
Setiap penggantian akan dilakukan dalam operasi tambah.

Contoh 2:

321-129
321

300 + 20 + 1

300 + 10 + 11

200 + 110 + 11

321

200 + 110 + 11

129

100 + 20 + 9

321 129

= 100 + 90 + 2

= 192

3.3

Operasi Darab

3.3.1 Kaedah Lattice


Kaedah ini lebih sistematik dan mudah difahami. Ia tidak mengelirukan bagi proses
pengumpulan semula .Kesalahan pengiraan dapat dikurangkan kerana penggunaan kotak
memisahkan operasi darab dan tambah

Contoh: 43 x 10 = ?

HBMT 2203 : TEACHING OF ELEMENTARY MATHEMATICS

3
1

Lukis grid 2 x 2, letakkan nombor pertama di bahagian


atas grid. Nombor yang kedua pula diletakkan di tepi

grid.

3
1

Lukiskan pepenjuru bagi setiap kotak segi empat


sama di sebelah.
0

0
4

Hasil 4 x 1 = 4

0
4

Tambah nombor mengikut anak panah secara


menurun. Untuk melihat hasil darab, mulakan bcaan
dari tepi sebelah kanan secara menurun dan

0
0

1
3

Isikan ruangan lain


dengan nilai sifar

Hasil 3 x 0 = 0

Hasil 3 x 1 = 3

0
0

kemudian ke kanan dari arah bawah. Oleh itu,


jawapan bagi algoritma alternative ini ialah 430.

Sumber: http://www.youtube.com/watch?v=WsAFS2q20gY
9

HBMT 2203 : TEACHING OF ELEMENTARY MATHEMATICS

3.4

Operasi Bahagi

3.4.1 Kaedah Penolakan Bahagi.


Kaedah ini amat sesuai kepada murid-murid yang masih belum menguasai kemahiran
menghafal sifir. Kaedah ini lebih mudah kerana ianya melibatkan operasi penolakan dalam
pengiraan. Meskipun kaedah mengambil masa yang panjang, ia dapat mengelakkan murid
daripada melakukan kesilapan dalam pengiraan bahagi.
Contoh:
15
3
-

15
3

12
3

4.0

4.1

9
3
6
3
3
3
0

3
4

Jawapan: 15

CARA MEMPEREMBANGKAN KEMAHIRAN MENULIS ALGORITMA


STANDARD DAN PENGIRAAN MENTAL SECARA BERMAKNA

Penggunaan Material Yang Bersesuaian

Pemilihan bahan atau media sememangnya penting untuk memastikan pengajaran dan
pembelajaran berjalan dengan baik atau sebaliknya. Dalam matematik, bahan amat
diperlukan untuk memberikan pengetahuan sesuatu konsep matematik kepada murid.
Malahan, seseorang guru yang baik akan memastikan murid-murid memahami konsep
pengajaran sebelum memberi pengukuhan atau ingatan terhadap sesuatu topik. Menurut
10

HBMT 2203 : TEACHING OF ELEMENTARY MATHEMATICS

Noriati A.Rashid et. (2013), media dalam pengajaran ialah sesuatu alatan yang berupaya
untuk menyalurkan mesej pengirim kepada penerima mesej sehingga mendorong merangsang
pemikiran, perasaan, minat, dan perhatian penerima. Hal ini membuktikan bahawa bahan
pengajaran memainkan peranan penting kepada murid-murid khususnya dalam topik operasi.

Sebagai contoh, pemilihan media pengajaran dan pembelajaran murid dalam kelas
Matematik. Seandainya seseorang guru menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik,
murid-murid akan mudah memahami pengajaran tersebut. Pengajaran menggunakan bahan
konkrit lebih bermakna kepada murid-murid. Bahan maujud ini boleh memberikan
pengalaman langsung. Contohnya, guru memberikan murid-murid beberapa biji batu kecil
dan melakukan pengiraan operasi tambah, tolak, darab, atau bahagi. Dengan cara ini muridmurid dapat melihat sendiri proses penambahan, penolakan dan sebagainya dengan
menggunakan deria penglihatan dan sentuh mereka. Hal ini sekali gus membolehkan muridmurid untuk lebih memahami konsep dan secara tidak langsung memberi ingatan yang lama
kepada murid-murid.

Guru juga boleh menggunakan bahan seperti Model- Blok Dienes untuk operasi tambah.
Contoh guru menunjukkan bagaimana Blok Dienes boleh digunakan untuk menerangkan
algoritma operasi tambah. Nombor - nombor 369 dan 244 diwakilkan menggunakan blok ini
dan seterusnya dicantumkan untuk menunjukkan operasi tambah dilakukan dengan
mengambilkira konsep nilai tempat. Kedua- dua nombor diwakilkan menggunakan blok asas
sepuluh: Menggunakan model ini, cari jumlahnya dan tuliskan persamaan untuk merekod
proses penambahan itu.

11

HBMT 2203 : TEACHING OF ELEMENTARY MATHEMATICS

Ra

Pu

Sa

Hasil tambah ini dalam bentuk persamaan seperti berikut:


369
12

HBMT 2203 : TEACHING OF ELEMENTARY MATHEMATICS

+ 244
613
4.2

Penerapan Nilai Seni Kreatif

Kanak-kanak kebanyakannya sangat berminat dengan aktiviti seni dan kreatif. Aktiviti seni
dan kreatif memberi peluang kepada kanak-kanak untuk merealisasikan imaginasi mereka di
dalam pelbagai cara. Ini termasuklah aktiviti seni seperti melukis, mewarna, kraf tangan,
muzik, nyanyian, drama, puisi, membentuk arca dan sebagainya. Kreativiti merupakan proses
yang berterusan dan merujuk kepada keupayaan seseorang untuk memproses maklumat yang
menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Kreativiti juga boleh dilihat dari penggunaan
imaginasi, penerokaan dan hubungan baru.
Isernberg (2001) menyatakan seni adalah satu sistem simbol yang boleh digunakan untuk
menjana makna dan alat untuk pembelajaran. Ini kerana aktiviti seni menyediakan ruang
untuk kanak-kanak mengeluarkan dan melahirkan perasaan, cara berkomunikasi dengan dan
tanpa bahasa, serta membantu kanak-kanak untuk meneroka pengetahuan akademik mereka.
Terdapat pelbagai cara untuk memupuk keseimbangan emosi kanak-kanak. Guru dapat
mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sangat sesuai dengan
perkembangan emosi kanak-kanak dan ke arah kejayaan akademik. Diantaranya ialah dengan
mencerita, membuat teka-teki, puisi, lagu, muzik dan juga melalui drama.
Kemahiran mengira secara bermakna diperkembangkan melalui seni kreatif. Sebagai contoh
dalam penggunaan menghafal sifir. Seseorang dapat mengingat dengan lebih mudah apabila
terdapat elemen muzik atau melodi dalam sesuatu perkara. Hal ini kerana muzik memiliki
keupayaan memulih keupayaan pemikiran spatial dan temporal (asas penting untuk
Matematik dan Sains) dan muzik meningkatkan keupayaan mental yang mampu
meningkatkan prestasi yang lebih baik dalam menjalankan tugas. Sebagai contoh, SK Ulu
Lubai yang merupakan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) di Sarawak, menggunakan kaedah
muzik dalam pengajaran mata pelajaran Matematik dan Bahasa Melayu. Menurut Guru
Penolong Kanan 1 SK Ulu Lubai, penggunaan muzik

dalam Matematik adalah bagi

memudahkan murid-murid untuk menghafal sifir.

13

HBMT 2203 : TEACHING OF ELEMENTARY MATHEMATICS

Apabila seseorang murid dapat menguasai kemahiran menghafal sifir, pengiraan mereka
dapat operasi darab dan bahagi dapat dipertingkatkan dengan lebih cepat. Hal ini sekali gus
membantu murid-murid dapat menguasai kemahiran mengira secara bermakna.

4.3

Pembelajaran Secara Kontekstual

Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan


dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini
menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on.
Bagi memperkembangkan kemahiran mengira secara bermakna, seseorang guru perlulah
menitik beratkan pembelajaran secara kontekstual. Hal ini demikian kerana murid-murid
dapat mengekalkan maklumat dengan lebih berkesan melalui pengalaman sendiri.

Merujuk Kon Pengalaman Edger Dale (1969) dalam Noriati A.Rashid, mesej bermula
daripada pengalaman langsung. Lazimnya, pengalaman langsung murid-murid diperoleh
melalui kehidupan seharian mereka secara tidak formal. Oleh itu, seseorang guru perlu
menerapkan pembelajaran scara kontekstual bagi memberikan pengetahuan yang bermakna
kepada murid-murid. Sebagai contoh, guru boleh mengaitkan pengajaran dan pembelajaran
dengan kehidupan murid-murid seperti penggunaan bahan bantu mengajar atau sebaliknya.
Penggunaan bahan bantu mengajar yang mudah didapat disekeliling mereka dapat membantu
murid untuk berfikir secara lebih kreatif dan bermakna. Contohnya, biji saga atau kulit
cengkerang.

14

HBMT 2203 : TEACHING OF ELEMENTARY MATHEMATICS

5.0

PERANAN DAN KEBAIKAN KEMAHIRAN PENULISAN ALGORITMA


STANDARD DAN PENGIRAAN MENTAL

Peranan dan kebaikan daripada menguasai kemahiran mengira adalah dapat melatih akal
supaya berfikir secara rasional dan logik. Hal ini demikian kerana seseorang murid atau
individu menyedari hakikat sebenar sesuatu perkara. Sebagai contohnya, murid mengetahui
bahawa 5 lebih besar daripada 2. Dengan penguasaan kemahiran mengira, seseorang murid
juga dapat melihat secara logik dan kasar bahawa yang banyak lazimnya adalah nilai dan
jumlah yang besar.
Melalui kemahiran mengira juga, seseorang berupaya menyelaras perbelanjaan atau
kewangan secara sistematik. Contohnya dalam membuat belanjawan. Kita akan memerlukan
kemahiran dalam kira-kira asas matematik iaitu operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Kita
perlu mengira berapa banyak wang yang kita akan keluarkan dengan menggunakan operasi
tolak dan mengunakan operasi tambah bagi memasukkan pendapatan baru dalam belanjawan
kita. Sebagai contoh, setiap pembayaran atau pembelian akan melibatkan pengiraan.
Sekiranya seseorang individu dapat menguasai kemahiran mengira, perbelanjaan dapat diurus
dengan baik tanpa merugikan diri sendiri atau sebaliknya. Malahan, melalui kemahiran
mengira ini juga, seseorang dapat mengelak diri daripada ditipu oleh penjual atau sebagainya.
Hal ini demikian kerana individu tersebut terlebih dahulu mengetahui bajet atau
pembelanjaan yang ingin dilakukan olehnya.
Menurut Hay (1993), pengiraan mental ini mempunyai tiga asas utama iaitu penggunaan
memori, latihan pengukuhan serta belajar untuk menjadi lebih kreatif. Secara amnya, pelajar
tidak akan bergantung kepada alatan lain lagi apabila menguasai kemahiran ini. Apabila
pelajar sudah mahir dan terdedah dengan pengiraan mental ini, mereka tidak akan
memerlukan lagi kaedah pensil dan kertas. Oleh itu, guru dapat melaksanakan kerja atau
tugasan yang kompleks. Hal ini demikian untuk mengukuhkan pengetahuan murid dengan
berkesan.

15

HBMT 2203 : TEACHING OF ELEMENTARY MATHEMATICS

Kemahiran penyelesaian masalah matematik dalam kehidupan seharian dapat merangsang


perkembangan intelek seseorang individu itu. Ia meningkatkan lagi perkembangan kognitif
dalam perkembangan seseorang supaya lebih cepat untuk menyelesaikan masalah yang sering
berlaku dalam kehidupan dan kemahiran penyelesaian masalah matematik. Sebagai contoh,
seorang murid berhadapan dengan soalan spontan daripada guru. Dia memerlukan pengiraan
yang pantas untuk memastikan jawapannya tepat dan berlangsung dengan lancar. Oleh itu,
kemahiran mengira terutamanya pengiraan mental amat diperlukan pada ketika itu. Dengan
cara itu, perkembangan intelek seseorang murid dapat dipertingkatkan dalam bilik darjah.
Penerapan konsep pada peringkat awal kanak-kanak adalah bagus kerana ilmu pengiraan
mental sangatlah berguna di dalam kehidupan seharian. Pengiraan mental ini memiliki
kelebihan yang tersendiri seperti dapat membantu pelajar untuk mendapatkan jawapan
kepada sesuatu masalah dengan lebih cepat. Latihan yang berterusan diperlukan bagi
pengiraan mental ini kerana ianya dapat mengasah minda pelajar untuk menjadi lebih cekap
dalam membuat pengiraan. Apabila kita mahir dengan pengiraan mental ini, kita akan belajar
dengan sendiri bagaimana cara untuk mengira dengan lebih cepat dan menggunakan beberapa
trick dalam pengiraan mental ini. Dengan adanya kemahiran mengira ini, murid dapat
memahami perkaitan nombor dengan lebih baik dan memahami nilai tempat dengan lebih
kukuh. Murid juga akan lebih yakin dengan nombor dan sistem nombor.
Kemahiran mengira turut merangsang seseorang murid untuk menguasai pengiraan mental
yang merupakan satu jalan pengiraan matematik yang ringkas dengan berfikir tanpa mengira
menggunakan kertas dan pensil. Pengiraan mental ini merangkumi aspek mengingati sesuatu
nombor dengan tepat tetapi ianya bergantung pula kepada tahap kemahiran ingatan seseorang
individu. Sekiranya seseorang pelajar mengalami masalah dalam kemahiran mengingat, hal
ini

sedikit

sebanyak

membantut

pelajar

tersebut

dalam

pengiraan

mental.

Walaubagaimanapun, melalui latihan yang kerap kali dilakukan hal ini mampu membantunya
dalam melakukan pengiraan menggunakan otak tanpa lakaran di atas kertas dan pensil sedikit
demi sedikit. Tetapi, jika diperlukan, para pelajar turut dibenarkan untuk melakar ketika
melakukan pengiraan mental.

16

HBMT 2203 : TEACHING OF ELEMENTARY MATHEMATICS

6.0

KESIMPULAN

Secara konklusinya, memperkembangkan penulisan algoritma secara piawai dan pengiraan


mental memberi kesan dalam pembelajaran matematik. Hal ini demikian kerana melalui
algoritma standard dan pengiraan mental, dapat melahirkan generasi yang bersedia untuk
menghadapi dunia realiti. Meskipun ia hanya sebahagian kecil dalam dunia matematik,
peranan dan impaknya dalam pembelajaran matematik amat besar.
Hasil perkembangan penulisan algoritma secara piawai, murid-murid dapat menguasai
kemahiran operasi tambah, tolak, bahagi dan darab. Melalui proses kemahiran ini, seseorang
itu mampu menguasai bidang lain seperti ukuran, wang, masa dan lain-lain. Algoritma
standard melatih murid-murid untuk bekerja dan melakukan perkara secara tersusun dan
sistematik. Selain itu, ia mengajar seseorang untuk lebih berhati-hati dalam pengiraan.

Melalui pengiraan mental juga, pembelajaran matematik menjadi lebih lancar dan cepat.
Murid-murid menjadi lebih yakin dengan nombor. Pengiraan mental ini mendidik seseorang
murid untuk bertanggungjawab kepada diri mereka dan orang sekeliling. Hal ini demikian
kerana pengiraan mental tidak menggunakan alatan tulis untuk membuat pengiraan.

Konklusinya, kedua-kedua pengiraan mental serta standard algoritma mempunyai kekuatan


serta kekurangan masing-masing dalam bilik darjah. Sehubungan dengan itu, guru haruslah
memainkan peranan yang penting dalam menyeimbangkan kedua-dua

kaedah untuk

diaplikasikan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku agar para pelajar dapat
memahami konsep yang dipelajari dengan betul dan mengaplikasikannya ke dalam rutin
seharian hidup mereka. Oleh yang demikian, kepekaan terhadap cabaran yang wujud dalam
pendidikan Matematik haruslah tidak dipandang remeh oleh semua pihak supaya para pelajar
tidak kira di sekolah rendah mahupun menengah dapat menimba ilmu pengetahuan yang
mencukup demi mencapai aspirasi negara dan Wawasan 2020, seterusnya memenuhi
matlamat serta objektif Kementerian Pendidikan Malaysia.
17

HBMT 2203 : TEACHING OF ELEMENTARY MATHEMATICS

BIBLIOGRAFI

Effandi Zakaria,Norazah Mohd Nordin, Sabri Ahmad. (2007).Trend Pengajaran Dan


Pembelajaran Matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.
Bhd
Mental Arithmetic. (2003). Australia: Regency Publishing .
Noraini Idris. (2005). Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2012). Teknologi
dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Modul PPG Literasi Nombor. Diakseskan pada Oktober 26,2013 daripada
http://ipbmm.edu.my/index.php?option=com_content&task=view&id=7&Itemid=115
Dokumen Standard Matematik Tahun 3. Diakseskan pada Oktober 24,2013 daripada
http://www.moe.gov.my/lp/files/DSP%20Rendah/Thn3_18022013/12%20DSP%20Ma
tematik%20Tahun%203%20-%205%20Feb%202013.pdf
Kaedah Lattice. Diakseskan pada Oktober 24, 2013 daripada
http://www.youtube.com/watch?v=WsAFS2q20gY

18

You might also like