You are on page 1of 2

asamu dikenang,

Budimu tak terbilang,


Semangatmu dijulang,
Kepimpinanmu gemilang.

Demikian... ungkapan ketokohan Encik Karim E Ismail iaitu Tokoh Guru di
peringkat bahagian Daerah Keningau pada tahun 2010.

Encik Karim E Ismail dilahirkan pada 18 November 1938 di Pensiangan,
Nabawan Sabah. Kini, beliau menetap di Kg Bingkor Baru, Keningau bersama
keluarga tersayang.

Menyingkap sejarah pendidikan beliau, di peringkat sekolah rendah beliau
pernah menuntut di Bingkor,Keningau; Jesselton dan Menumbok. Selepas
melewati zaman persekolahan peringkat rendah, beliau mengambil peperiksaan
SRP secara persendirian di Daerah Papar. Keinginan dan minatnya untuk
menjadi seorang pendidik termakbul apabila diterima mengikuti latihan
perguruan di Maktab Perguruan Kent Tuaran. Beliau mengkhusus dalam
pengajian Bahasa Inggeris. Beliau turut berpeluang melanjutkan pelajarannya di
English Language Institute, Victoria Welliton, New Zealand.

Encik Karim E Ismail berkhidmat dengan kerajaan bermula pada 1 Januari 1958
sehingga 18 November 1993. Di sepanjang perkhidmatannya dalam bidang
pendidikan, beliau pernah menjawat jawatan guru penolong, Guru Besar,
Penyelia Peperiksaan, PenyeliaSekolah, Pegawai Pendaftaran Division 1A,
Pegawai Pendidikan Pedalaman Keningau & Beaufort, serta pegawai Pendidikan
Daerah Beaufort. Jawatan terakhir beliau ialah sebagai Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Sekolah-sekolah di Jabatan Pelajaran Sabah bermula pada tahun 1987
sehingga bersara pada November 1993.

Di antara sumbangan terbesar sepanjang perkhidmatan beliau ialah:
- Pernah mamberi tunjuk ajar Bahasa Inggeris kepada guru-guru di Daerah Papar
- Pencetus perjuangan awal dalam bidang kesenian dan kebudayaan, khususnya
tarian tradisional agar dipertandingkan dalam bidang kesenian dan kebudayaan,
khususnya tarian tradisional agar dipertandingkan di dalam Pesta Sukan dan
Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan Sabah (PSKPPS)
- Mewujudkan sekolah-sekolah rendah baharu melalui Projek Khas Sekolah; iaitu
6 buah sekolah rendah di Daerah Keningau, 4 Daerah Beaufort & sebuah di
Daerah Nabawan.
- Mempelopori pembinaan rumah rehat atau asrama secara bergotong-royong
bagi kemudahan murid-murid yang tidak berpeluang tinggal di asrama di
kawasan-kawasan terpencil seperti Pensiangan, Nabawan, serta Tulid & Dalit di
Daerah Keningau.

Di atas jasa & sumbangan beliau sepanjang berkhidmat sebagai seorang
pendidik, beliau telah menerima beberapa penghargaan dan anugerah seperti
Anugerah Bintang Kebesaran Negeri Sabah & Persekutuan, Sijil Perkhidmatan
Cemerlang & pernah dinobatkan sebagai Tokoh Guru peringkat Pantai Barat
Selatan.

Kini, walaupun Encik Karim E Ismail sudah memasuki alam persaraan, jiwa &
raga beliau masih setia dangan pendidikan, malah beliau masih aktif dalam
Persatuan Bekas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Cawangan Sabah.

Buah selasih di dalam puan,
Dibawa gadis di tengah laman,
Takkan hilang jasamu tuan,
Jadi ingatan sepanjang zaman.

You might also like