You are on page 1of 4

TUGAS, SUMBANGAN DAN

PENCAPAIAN

ANA SAFIAH @ RAHILAH BT ALAWI


GC BAHASA MELAYU
SK BANDARAN SIBU NO.3

SEPINTAS LALU

Puan Ana Safiah merupakan seorang guru kelahiran


Sabah. Beliau dilahirkan di Sabah. Beliau merupakan
anak sulung daripada 6 orang adik beradik. Mendapat
pendidikan awal di Pekan Semporna, beliau
kemudiannya menyambung persekolahan di Kota
Kinabalu setelah keluarganya menetap di situ. Ayahnya
berasal dari Johor dan bertugas sebagai guru di Sabah
ketika itu.
Setelah menamatkan persekolahan di peringkat STPM,
beliau mendapat tawaran untuk mengikuti kursus
perguruan asas di Institut Bahasa pada tahun 1989
sehingga Oktober 1991, dalam bidang Pengajian Melayu.
Selepas itu beliau telah ditempatkan untuk mengajar di
SK Bandar II, Tawau ,Sabah. Beliau kemudiannya
berpindah ke Kota Kinabalu dan bertugas di SK Pulau
Gaya bermula Jun 1993 dan kemudian berpindah pula
ke SRK St.Agnes Likas pada 1995.

Pada tahun 2004, beliau telah berpindah ke Sibu


Sarawak kerana suami beliau adalah anak tempatan
Sarawak. Beliau ditempatkan di SK Bandaran Sibu
No.3. Di sekolah ini, beliau telah menggunakan
pengalaman serta kepakaran beliau dalam
menyumbang kejayaan pelajar-pelajarnya dalam
pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu. Kerana
ketrampilan yang ada padanya, beliau telah diberi
beberapa tanggungjawab seperti setiausaha
kurikulum sekolah serta ketua panitia Bahasa
Melayu. Selaku setiausaha kurikulum dan ketua
panitia Bahasa Melayu di sekolah ini, beliau terlibat
secara langsung dalam program-program motivasi
pelajar yang diadakan saban tahun, sama ada
sebagai penceramah mahupun fasilitator.

Beliau turut aktif di peringkat Bahagian Sibu


sebagai penceramah dalam membantu meningkatkan
pencapaian sekolah-sekolah Daerah Sibu apabila
dilantik sebagai Jurulatih utama dalam pelan
meningkatkan Pencapaian mata pelajaran Bahasa
Melayu Daerah Sibu . Malah beliau turut
menyumbangkan tenaga dan kepakaran dalam
membantu daerah/bahagian lain juga sebagai
penceramah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Penglibatan aktif beliau dalam membantu
kecemerlangan sekolah ini turut diiktiraf sekali lagi
dengan penganugerahan Sijil Perkhidmatan
Cemerlang pada tahun 2007 . Beliau juga merupakan
pemegang Anugerah Khas Ketua Menteri Sarawak
kategori Emas pada tahun 2011.
Pada tahun 2014, membimbing pasukan pantun Sibu
hingga ke Pesta Pantun peringkat kebangsaan yang
diadakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

You might also like