You are on page 1of 11

Keburukan dan Kesan Tidak Menjaga Alam Sekitar

Kesan Pencemaran Alam Sekitar 1



Pencemaran alam sekitar telah memberi kesan yang
buruk terhadap hidupan di dunia pada masa kini. Di antara
kesan utama yang menimpa manusia akibat daripada
pencemaran alam sekitar ialah terhadap udara, suhu
persekitaran dan lain-lain. Pencemaran pada hari ini
semakin berterusan dari semasa ke semasa.
Sememangnya pencemaran alam sekitar memberi kesan
buruk.

Pencemaran udara memberi
kesan yang sangat buruk terhadap tumbuh-tumbuhan di
dunia ini. Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan
dengan tiga cara iaitu Nekrosis(Keguguran daun), Klorosis
(Pertukaran warna), dan perubahan pertumbuhan. Barli,
kapas, gandum dan epal adalah antara tumbuhan yang
mudah mengalami kerosakan dengan bahan cemar sulfur
dioksida. Selain itu, tomato, kekacang, bayam dan
kentang juga mengalami kerosakan dengan adanya gas
ozon di udara. Keadaan ini menyebabkan bumi
kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian
daripada penduduk di bumi juga terganggu.
Seterusnya, bahan cemar juga menyebabkan
haiwan-haiwan terancam dan terbunuh. Haiwan haiwan
akan kehilangan habitat kerana bahan tercemar telah
memusnahkan tempat tinggal mereka .Maka,haiwan -
haiwan terbunuh dan spesis-spesis yang istimewa juga
akan menghadapi kepupusan. Bahan-bahan tercemar
seperti sulfur dioksida yang terlepas ke udara oleh
kenderaan akan menyebabkan penghadaman makanan
haiwan terjejas. Hal ini menyebabkan haiwan-haiwan
kehilangan nyawa kerana bahan bahan toksid di udara
ini telah diserap ke dalam tubuh badan haiwan tersebut.
Sebagai contohnya, gajah,harimau,kuda-kuda,singa dan
sebagainya.

Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan
lapisan ozon bumi yang melindungi hidupan di bumi ini
daripada sinaran terus matahari. Pembebasan gas
klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-
alat penyembur, alat penyaman udara dan peti sejuk
menipiskan lapisan ozon ini. Ini menyebabkan lebih
banyak sinaran matahari yang sampai ke bumi.
Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh
menyebabkan kanser kulit yang amat berbahaya kepada
manusia dan juga hidupan lain. Pancaran matahari yang
terik juga menyebabkan berlakunya pencairaan kepada
ais-ais di bahagian kutub-kutub bumi dan menyebabkan
berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada
masa kini.
Seterusnya,
pencemaran udara juga menyebabkan terbentuknya
Hujan asid yang disebabkan oleh penggabungan gas-gas
sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan. Hal
ini berlaku apabila gas-gas sulfur oksida (SO2) dan
oksida-oksida nitrogen (NOx) dilepaskan ke udara dan
bertindakbalas dengan wap air yang terdapat di atmosfera
dan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid
ini terkumpul di dalam awan dan awan pula bergerak ke
tempat- tempat lain dan membawa asid-asid tersebut.
Asid itu akan turun bersama-sama dengan hujan dan
menimpa hidupan yang terdapat di dunia.Hal ini
membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air.Hal ini
juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan
bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap ke
dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang
dan menjadikannya tidak subur.

Selain itu,kesan yang paling ketara dan sedang
hangat diperkatakan oleh seluruh warga dunia pada masa
kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan
oleh kesan rumah hijau. Kenaikan suhu bumi dan
penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada
pemanasan global ini yang dapat dirasakan oleh seluruh
penduduk bumi. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh
pembebasan gas-gas karbon dioksida yang terkumpul di
dalam udara. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak
menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya
suhu bumi meningkat , persekitaranya menjadi panas.
Penyusutan lapisan ozon juga adalah faktor utama
kejadian pemanasan global ini. Pemanasan global
menyebabkan keadaan bumi menjadi panas, ekosistem
terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga
berlakunya kejadian alam yang tidak normal.Sebagai
contohnya,kegiatan tsunami yang berlaku di Indonesia
telah banyak mengorbankan nyawa manusia dan harta
benda. Kebakaran hutan yang berlaku juga sedikit
sebanyak memberi kesan kepada suhu di bumi ini dan
juga menjejaskan kualiti udara.
Pencemaran bunyi terhadap dunia pada masa kini
termasuklah menggangu persekitaran dengan keadaan
bunyi yang bising sehingga tahap yang melampau.
Pencemaran bunyi akan menyebabkan keadaan
persekitaran sangat bising dan menjadikan kehidupan
manusia serta kehidupan lain terganggu. Haiwan juga
berasa takut dan ingin berhijrah ke habitat baru yang lebih
senyap dan nyaman. Hal ini akan menyebabkan
ketidakseimbangan ekosistem.
Pencemaran bunyi
menyebabkan kerosakan pada telinga manusia secara
serta-merta dan juga secara kronik. Sekiranya telinga
menerima bunyi yang kuat iaitu lebih daripada 120 dB,
selaput tympanum di dalam telinga akan pecah serta
kerosakan tulang kecil pada telinga dan ini menyebabkan
kehilangan pendengaran kekal. Pendedahan
berpanjangan kepada bunyi kuat iaitu lebih 85 dB dalam
masa 8 jam sehari, ia akan merosakkan koklia dan
menyebabkan pendengran menjadi tidak berkualiti dan
kemungkinan juga akan menjadi pekak secara perlahan-
lahan
Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar memang
memberi kesan buruk kepada seluruh alam sekitar di bumi
ini. Saya berharap pihak berwajib dapat memantau
supaya pencemaran ini dapat dikurangkan supaya
kehidupan di bumi ini lebih selesa.
YON SOK CHIN
205784


Kesan-kesan Pencemaran Tanah dan Air

Pencemaran tanah bermaksud perbuatan atau
bencana semula jadi yang berlaku kepada sesuatu
kawasan sehingga kawasan tersebut telah bertukar warna
, tidak subur atau berlakunya hakisan. Ia boleh di
bahagikan kepada dua jenis iaitu dalam bentuk cecair
atau pepejal. Kebanyakan bahan pencemar ini adalah
terdiri daripada organik atau kimia. Tahap pecemaran
adalah serius apabila sesuatu kawasan tanah telah
bertukar warna , tidak subur serta tumbuh-tumbuhan
dikawasan tersebut menjadi layu. Kebanyakkan tanah
yang tercemar adalah disebabkan oleh aktiviti-aktiviti
manusia itu sendiri. Sebagai contoh ialah perlombongan,
penebangan hutan yang memyebabkan aliran tanah dari
darat ke laut, pembuangan sampah-sarap, sisa toksik dan
kumbahan yang tidak terkawal,dan tumpahan minyak dan
pembuangan sisa nuklear ke dalam laut.
Sampah-sarap yang dibuang di kawasan-kawasan
lapang akan
menjadi tempat pembiakan kuman penyakit. Tikus, lipas,
lalat dan haiwan-haiwan
perosak yang lain akan tertumpu di kawasan tersebut dan
menyebarkan kuman-kuman ke tempat-tempat lain.
Makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas ,jika
dimakan oleh manusia akan menyebabkan keracunan
makanan dan seterusnya diserang penyakit yang serius.
Sekiranya serius, akan membawa kematian kepada
manusia atau munculnya penyakit baru yang bahaya
seperti H1N1 dan SARS yang mudah berjangkit.

Satu lagi kesan pencemaran tanah ini adalah
hakisan. Hakisan tanah adalah salah satu fenomena yang
sangat sering berlaku di seluruh dunia. Ia bukan sahaja
merugikan dari sudut kewangan dan ekonomi bahkan juga
mengancam keselamatan dan nyawa manusia, misalnya
tanah runtuh dan juga gempa bumi. Terdapat banyak
negara-negara yang sedang diancam hakisan tanah.
Contohnya negara Jepun yang sering berlaku gempa
bumi akibatnya ramai manusia kehilangan harta benda..
Antara aktiviti-aktiviti manusia yang boleh menyebabkan
hakisan adalah pembersihan dan pembajakan serum bukit
yang menyebabkan tiada tumbuhan yang dapat menahan
tanah daripada dialirkan bersama-sama dengan air
apabila hujan lebat. Selain itu, pembinaan rumah-rumah di
tengah bukit juga akan menyebabkan tanah runtuh
apabila berlaku hujan kilat. Nyawa manusia yang tinggal di
tengah-tengah bukit dan di kaki bukit akan tergugat.

Kesan daripada pencemaran tanah ini kepada dunia
sangat ketara seperti pencemaran-pencemaran lain juga.
Ianya juga memberi kesan yang cukup buruk terhadap
kesihatan manusia dan hidupan-hidupan lain.
Pembuangan sampah-sarap, sisa toksik dan nulear akan
menjadikan kawasan tanah beracun dan tidak sesuai
untuk didiami oleh manusia dan haiwan. Contoh letupan
loji nuklear di Chernobyl, Russia. Kesannya dapat dirasai
sehingga ke Sweden, kerana 23 orang telah dilaporkan
mati akibat daripada kesan radioaktif nuklear tersebut.
Semua penduduk di sekitar tersebut telah dipindahkan ke
tempat lain.


Pencemaran air berlaku apabila terdapat perubahan
dari segi kandungan, keadaan, warna dan kualiti sehingga
tidak sesuai untuk diguna dan akan memberi kesan
kepada para pengguna apabila menggunakan air tersebut.
Pencemaran berlaku sama ada dari segi biologi, kimia,
dan fizikal. Pencemaran air bukan hanya berlaku di sungai
sahaja,tetapi juga di laut,pantai, tasik kolam dan
sebagainya sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.
Punca utama yang mengakibatkan pencemaran ini adalah
daripada bahan pencemar dari kilang-kilang yang
berdekatan. Keadaan atau tahap pencemaran sumber air
boleh dinilai berdasarkan beberapa faktor yang
mempengaruhi kualiti air tersebut iaitu oksigen terlarut,
keperluan oksigen biokimia (BOD), zat terlarut dalam air,
pH, dan suhu. Secara saintifik, pencemaran air boleh
diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu pencemaran
fizikal, kimia, fisiologis dan biologi. Pencemaran fizikal
ini ditentukan oleh perubahan warna, suhu dan kekeruhan
sumber air tersebut. Punca yang biasanya menyebabkan
pencemaran jenis ini ialah seperti pembuangan sampah.
Manakala pencemaran kimia biasanya disebabkan oleh
zat organik termasuk protein, karbohidrat, lemak dan
bahan buangan industri yang mengandungi garam
beracun serta tumpahan minyak di laut.

Kesan-kesan daripada pencemaran
air ini menimbulkan pelbagai masalah
kepada hidupan-hidupan di dunia pada
masa kini termasuklah manusia sendiri.
Bahan-bahan yang dibuang ke dalam
sungai akan menyebabkan hidupan
akuatik tersebut mati apabila memakan
bahan beracun dari sumber air yang
telah tercemar ini. Manusia juga akan
mendapat penyakit yang serius jika
mengambil sumber makanan hidupan air
tersebut. Selain itu, manusia akan
mendapat penyakit jika terminum air
yang penuh bahan-bahan cemar seperti
lumpur, pasir dan batu halus, karat besi,
bahan buangan industri, logam berat,
racun rumpai, bakteria, virus, dan
haloform.

Pencemaran air juga menjadi
masalah yang amat serius di negara
dunia ketiga iaitu jutaan manusia
mendapatkan air minuman dari kawasan
yang dicemari dengan bahan buangan
manusia sendiri. Pencemaran sebegini
dikatakan menyebabkan lebih tiga juta
kematian setiap tahun kerana cirit-birit,
kebanyakannya terdiri daripada kanak-
kanak.

Selain itu pencemaran air juga menjadi punca
kepada banjir yang berlaku di dunia pada masa kini.
Banjir-banjir yang kerap berlaku disebabkan oleh
tersumbatnya parit yang sepatutnya mengalirkan air ke
laut. Disebabkan oleh pembuangan sampah-sarap ke
dalam sungai yang menyebabkan sampah sarap
menyumbatkan aliran air tersebut. Selain daripada itu air
juga menjejaskan keindahan alam. Pantai-pantai yang
dipenuhi dengan sampah-sarap dan air yang kotor
menjengkelkan dan tidak indah untuk dipandang akibat
daripada pembuangan sampah-sarap ke lautan.
Sesetengah kilang akan memperuntukkan kawasan untuk
pembuangan sisa-sisa kilang. Tetapi, apabila berlaku
hujan lebat atau loji pecah, sisa-sisa ini akan terkeluar dan
menyebabkan dua masalah iaitu, pertama ialah jika sisa
ini mengalir di permukaan, maka ianya akan mengalir di
dalam sistem saliran terutamanya parit dan sungai.
Masalah kedua pula ialah sekiranya sisa ini mengalir ke
dalam sistem bawah tanah yang akan menyebabkan
sistem air bawah tanah tercemar.
Kesimpulanya pelbagai langkah yang berkesan
haruslah di ambil untuk mengatasi masalah-masalah
pencemaran daripada berleluasa. Barulah generasi yang
akan datang mempunyai persekitaran yang baik dan
bebas daripada pelbagai pencemaran.

TAN CHONG POH
205849

You might also like