Proses memperolehi atau menjadikan sebahagian atau semua bahan daripada sampah untuk di guna semula.
Bagaimana untuk laksanakan kitar Semula...? Pemungutan Sampah Apa yang perlu anda lakukan hanyalah mengasingkan sampah-sampah yang boleh dikitar semula dan yang tidak boleh dikitar semula. Pemungut sampah akan tahu apa yang akan dilakukan seterusnya. Pusat Pengumpulan / Pusat kitar semula Cara paling mudah untuk melaksanakan kitar semula ini adalah dengan hanya menghantar barangan yang dikumpulkan untuk kitar semula ke pusat kitar semula yang terdapat di seluruh negara. Proses yang lain akan dijalankan oleh pihak-pihak tertentu. Kenapa Kitar Semula? - Kitar semula untuk persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersih Sampah boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan. Jika dibiarkan bersepah, ia akan menjadi tumpuan haiwan pembawa penyakit seperti tikus dan gagak. Melalui kitar semula, kita dapat mengurangkan sampah yang dibuang dan seterusnya mengawal penyakit daripada merebak. - Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan sampah merupakan salah satu punca pencemaran dalam iklim tropika. Amalan mengitar semula dapat mengurangkan ancaman alam sekitar seperti pencemaran air bawah tanah dan udara. - Kitar semula untuk menjimatkan kos Dalam jangka panjang, mengitar semula adalah lebih menjimatkan berbanding dengan usaha menyelenggara tapak pelupusan sampah atau sistem yang lain. Apabila program kitar semula bertambah cekap, sampah yang perlu dilupus akan semakin berkurangan. Ini seterusnya akan memanfaatkan anda kerana caj untuk pelupusan sampah akan dikurangkan. - Kitar semula untuk menjimatkan sumber kita Ramai yang tidak sedar bahawa kita sebenarnya membuang sumber yang amat bernilai. Tahukah anda Malaysia mengimport lebih daripada 25,000 tan kertas buangan setiap bulan untuk menghasilkan produk kertas bagi menampung permintaan tempatan? Kita juga mengimport bahan baungan lain untuk industri pengeluaran yang lain. - Kitar semula untuk menjimatkan tenaga Tenaga yang dapat dijimatkan untuk mengitar semula satu tin aluminium adalah bersamaan dengan tenaga yang digunakan untuk memasang TV selama 3 jam. Mengitar semula kaca menurunkan suhu lebur untuk kaca baru sambil menjimatkan sehingga 32% tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kaca. - Kitar semula untuk menyelamatkan hutan Untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon pokok terpaksa ditebang. Mengitar semula kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang. Kita perlu memelihara hutan kerana ia merupakan paru-paru yang memberi kita oksigen dan udara bersih.
Kaca Semua jenis kaca termasuklah botol minuman, bekas makanan, botol vitamin dan bekas kosmetik. Semua jenis kaca ini mestilah diletakkan di dalam tong yang berwarna COKLAT Kebanyakan pembeli mengkehendaki segala kaca yang dikumpulkan diasingkan mengikut warna (warna jernih, hijau dan coklat) sebelum diangkut tetapi ada sesetengah yang menerima kaca yang bercampur aduk. Biasanya kaca yang pecah dan kertas label juga boleh diterima. Kebanyakan pembeli inginkan gelas-gelas yang telah dibersihkan dan bebas dari kotoran contohnya tudung-tudung botol, seramik, batu dan mentol lampu.
Kertas Semua jenis kertas sama ada yang berwarna ataupun yang tidak berwarna, seperti suratkhabar lama, majalah lama, buku, katalog, risalah, kalendar, kad, sampul surat dan kotak boleh dikitar semula. Semua jenis kertas mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna BIRU. Kertas berkualiti tinggi biasanya adalah kertas cetakan putih, kertas komputer putih, kertas alatulis pejabat putih dan kertas nota putih. Kertas campuran pula termasuklah semua kertas yang terhasil dari pejabat termasuklah yang berwarna putih dan juga warna-warna lain seperti suratkhabar, fail, sampul surat dan buku. Kertas ini dikategorikan sebagai kertas yang mempunyai kualiti yang rendah dan biasanya mempunyai harga pasaran yang agak rendah. Kertas licin, pita dan sampul surat yang mempunyai plastik biasanya tidak dibeli oleh pembeli. Harga yang mahal biasanya mempunyai bahan campuran yang kurang membawa kepada pencemaran.
Logam Semua jenis barang yang diperbuat daripada aluminium seperti tin-tin minuman boleh dikitar semula. Ia juga mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna JINGGA Aluminium dan tin minuman , foil aluminium dan bahan logam lain adalah sedia untuk dikitar semula. Sesetengah bahan logam seperti timah dan aluminium mempunyai harga pasaran yang tinggi. Pengumpulan bahan logam tersebut adalah bergantung kepada jenis logam dan keadaan pasaran tempatan.
Plastik Beg-beg membeli belah plastik, beg plastik dari supermarkat, botol minuman plastik, botol air mineral dan bekas makanan yang diperbuat daripada plastik boleh diproses untuk dikitar semula. Semua jenis plastik ini mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna JINGGA. Kitar Semula plastik adalah industri yang masih baru dan dijangka berkembang selari dengan kemajuan teknologi. Proses kitar semula plastik untuk dijadikan bahan baru yang lebih baik mestilah dilakukan dengan langkah pengasingan plastik mengikut jenis terlebih dahulu. Cebisan-cebisan plastik yang selalunya di kitar semula digunakan di dalam botol soda dan juga bekas pengisi susu.
Apa yang boleh dikitar semula??...
Gunakan cawan untuk minum. Ini boleh menjimatkan kegunaan bekas minuman kertas atau Styrofoam. Padamkan lampu jika anda tidak akan berada di tempat anda untuk lebih dari 15 minit. Padamkan komputer anda jika anda tiada di tempat anda untuk lebig dari satu jam. Gunakan e-mail untuk menghantar memo atau notis. Gunakan mentol yang berkuasa rendah. Ini akan menjimatkan kegunaan tenaga bagi syarikat anda. Belilah/gunakan pen yang boleh diisi semula. Berusaha untuk mengurangkan penggunaan plastik lutsinar/transparensi untuk apa-apa persembahan. Pengunaan komputer samada komputer peribadi mahupun laptop dan projektor adalah lebih baik. Simpan senarai penghantaran sekerap yang boleh. Ini dapat membantu mengurangkan surat yang tidak dihantar yang mana banyak menggunakan kertas melebihi jumlah yang sepatutnya. Edarkan dokumen/memo kepada orang ramai daripada mencetaknya untuk setiap orang. Gunakan kedua- dua belah bahagian kertas untuk mencetak. Selain daripada mencetak laporan anda, anda boleh juga menyimpan data-data laporan anda di dalam komputer; juga di dalam cakera padat ataupun disket. Ini amat menjimatkan terutamanya bila anda membayangkan kemungkinan sesetengah bahagian laporan anda langsung tidak di baca. Peruntukkan satu hari dan arahkan semua pekeja untuk membuang semua barang-barang yang tidak digunakan lagi. Kumpulkan barang-barang buangan yang difikirkan masih boleh di kitar semula. Jika pejabat anda mempunyai sistem penghawa dingin berpusat, usahakan agar ia ditutup apabila didapati sebahagian daripada pekerja-pekerja tidak berada dalam pejabat. Ini juga dapat menjimatkan penggunaan tenaga eletrik Wujudkan sistem fail berpusat untuk mengurangkan salinan yang banyak - ini bukan sahaja dapat menjimatkan kertas malahan ruang pejabat juga. Gunakan papan putih yang boleh dipadam atau papan buletin di ruangan komunikasi untuk kegunaan berkomunikasi di pejabat. Kitar Semula kotak kadbod yang digunakan dalam penghantaran barang atau aturkan supaya pembekal menggunakannya semula. Untuk jamuan-jamuan, gunakan barang-barang yang boleh dibersihkan dan digunakan semula. Gunakan tin minuman aluminium sebagai ganti kepada gelas plastik atau kertas. Tin aluminium boleh dikitar semula manakala gelas kertas daripada mesin penjual air selalunya mengandungi lapisan lilin supaya kalis air dan tidak dapat di kitar semula. Galakkan pekerja untuk meningkatkan jumlah kertas yang di kitar semula di tempat kerja dengan melupuskan fail-fail lama.
Tips kitar semula di pejabat...
How Materials are Recycled...?? Paper Aluminium Glass Disediakan Oleh : Mohd Rashidi Mohd Nor. 12 Mei 2009
Info: 1. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan 2. Recycling Guide.org.uk