You are on page 1of 3

Khairul Anwar Bin Kamal (No.

KP: 850323-146321)
No. 3, Jalan Meranti,
Taman Kalumpang Fasa 3,
Kalumpang, Hulu Selangor,
Selangor Darul Ehsan,
44100 Kerling.


En. Bekon Jenet
Pengetua
SMK Sungai Tapang,
KM 13, Jalan Penrissen,
93250 KUCHING 7 April 2014

Tuan,

MEMOHON SOKONGAN PERTUKARAN DARI SARAWAK KE SEMENANJUNG KERANA
MASALAH KESIHATAN ISTERI

Adalah dimaklumkan bahawa saya, nama dan alamat seperti di atas, telah dilantik sebagai
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41 Lantikan Tetap 2014. Saya telah Saya
telah melapor diri pada 20 Januari 2014 ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan
Sungai Tapang, KM 13, Jalan Penrissen, 93250 Kuching, Sarawak. Apabila penempatan
tersebut saya perolehi, saya tidak berhajat untuk menongkah arus arahan Kementerian
Pendidikan Malaysia, malah saya mengucapkan jutaan terima kasih diatas tawaran serta
lantikan tersebut.

2. Sehubungan dengan itu, saya dengan nama ALLAH SWT memohon merayu yang
teramat-amat sangat kepada pihak Tuan agar menyokong pertukaran saya ke Semenanjung
atas faktor kesihatan isteri saya yang tidak mengizinkan dan memerlukan perhatian saya
yang khusus.

3. Faktor-faktor saya memohon agar tidak di tempatkan di Negeri Sarawak dan
memohon rayuan pertukaran ke Semenanjung adalah berdasarkan seperti berikut:

3.1 Isteri saya iaitu Puan Masafiza Binti Ismail (No. KP: 850222-14-5442) sedang
sarat hamil 8 bulan anak sulung (anak pertama) dan sering mengadu
mengalami kesakitan yang tidak menentu dan mengira masa. Untuk
makluman Tuan, isteri saya kini berada di Semenanjung dan tinggal di rumah
sewa kami di Puchong.

3.2 Kesihatan isteri saya sering terganggu dan memerlukan pengawasan rapi.
Keadaan ini menyebabkan saya perlu menumpukan perhatian yang serius
terhadap kesihatannya bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku ke
atas isteri saya.

3.3 Untuk makluman Tuan, isteri saya merupakan pesakit Asma, Anemia
(Tekanan Darah Rendah), dan Kencing Manis. Risiko yang akan ditanggung
akibat penyakit ini adalah kehilangan nyawa. Isteri saya perlu mendapatkan
rawatan setiap dua (2) minggu sekali bagi tujuan pemantauan dan
pemeriksaan Doktor Pakar. Apabila tiba waktunya, saya sebagai suami perlu
menjalankan tanggungjawab untuk membawanya ke hospital. Doktor pakar
juga mengesyor dan menasihatkan agar penempatan saya di Sarawak tidak
diteruskan memandangkan beliau perlu memantau keadaan isteri saya
dengan rapi.

3.4 Keadaaan ini amat menyukarkan saya kerana terpaksa berulang-alik dari
Sarawak ke Kuala Lumpur sehingga peruntukan kewangan saya habis
dilaburkan untuk tiket tambang kapal terbang yang sememangnya sangat
mahal. Tumpuan saya mengajar juga terjejas dan emosi saya terganggu
apabila isteri kerap mengadu sakit. Saya sering terkenangkan keadaan isteri
yang sedang mengalami saat sukar kerana keseorangan walaupun ditemani
ibu mertua saya yang telah uzur. Kami juga mengalami kesukaran yang amat
sangat memandangkan tiada saudara mara atau kenalan rapat di Negeri
Sarawak.

3.5 Ketika isteri saya sedang hamil kini, isteri saya terlalu banyak menghadapi
komplikasi dan alahan kehamilan. Risiko mengandung anak pertama ini tidak
boleh diduga dan tidak boleh dpandang ringan. Oleh itu, sekiranya saya dapat
bertugas di Semenanjung Malaysia, saya dapat meminta bantuan saudara-
mara berdekatan memandangkan terdapat kemudahan jalan darat.
Berbanding negeri Sarawak, kos yang saya terpaksa menanggung adalah
amat tinggi dan senario ini telah mendatangkan kesukaran buat saya.

3.6 Untuk makluman Tuan, sebelum saya dihantar berkhidmat di Negeri
Sarawak, saya telah berbincang dengan Ketua Unit Bahagian Sekolah
Menengah di Kementerian Pendidikan Malaysia berkenaan masalah yang
saya hadapi. Beliau mencadangkan agar saya melapor diri terlebih dahulu
dan saya dikehendaki menguruskan pertukaran setelah urusan lapor diri saya
selesai. Setelah menjangkau 3 bulan saya disini, nyata saya telah mengalami
kesukaran yang teramat sangat dengan keadaan kesihatan isteri saya yang
nyata tidak mengizinkan.

4. Sebagai Kakitangan Kerajaan yang baru ditugaskan, saya tidak berniat langsung
untuk mengingkari arahan Kementerian Pendidikan Malaysia. Saya sentiasa mengamalkan
dasar kerajaan iaitu Saya Yang Menurut Perintah malah saya telah hadir melapor diri dan
berkhidmat di Sarawak kini. Oleh kerana keadaan isteri saya seperti yang saya nyatakan di
atas, saya memohon dan merayu dengan bersungguh-sungguh dan memohon simpati dan
ihsan dari Tuan supaya rayuan saya untuk ditukarkan ke Semenanjung Malaysia dapat
disokong dengan sewajarnya, memandangkan tempoh lahir zuriat kami semakin hampir dan
perlu perhatian khusus dari saya sebagai suami dan bapa kepada anak sulung kami.

5. Bersama-sama ini saya sertakan dokumen sokongan sebagai bahan rujukan untuk
pertimbangan pihak Tuan.

Akhir kata, saya teramat sangat dan merayu bersungguh-sungguh dengan rendah
hati agar permohonan rayuan pertukaran saya ke Semenanjung Malaysia ini dapat diberi
pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak Tuan. Kerjasama dan keprihatinan pihak
Tuan, terlebih dahulu saya ucapkan jutaan terima kasih.

Sekian saya maklumkan, terima kasih

Yang Benar,



........................................
(KHAIRUL ANWAR BIN KAMAL)

You might also like