You are on page 1of 3

MAKLUMAT RINGKAS PROGRAM: KEM KECEMERLANGAN SAINS

MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI


1. PENDAHULUAN

1.1. Sekolah-sekolah menengah agama negeri Perak menawarkan
aliran sains tulen kepada para pelajarnya. Bagaimanapun,
pencapaian ketiga-tiga buah sekolah pada peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia 2013 menunjukkan kejatuhan Gred Purata
Sekolah bagi matapelajaran tersebut.

1.2. Di dalam mesyuarat Post Mortem SPM 2013, Pengetua
Sekolah Raja Perempuan Taayah menyarankan agar satu
gunasama kepakaran dilaksanakan supaya ia membantu sekolah-
sekolah meningkatkan prestasi mereka di dalam matapelajaran
tersebut.

1.3. Sehubungan itu, Unit Kurikulum, Bahagian Pendidikan, Jabatan
Agama Islam Perak akan melaksanakan kaedah gunasama
kepakaran itu di dalam Kem Kecemerlangan Sains Matematik
Sekolah Menengah Agama Negeri.

2. TUJUAN

2.1. Berkongsi kepakaran sedia ada untuk matapelajaran sains
tulen antara ketiga-tiga buah sekolah.

2.2. Membantu para pelajar untuk memahami teknik menjawab
soalan bagi matapelajaran berkenaan.

2.3. Mewujudkan kerjasama antara ketiga-tiga buah sekolah bagi
mencapai kecemerlangan bersama.


3. PELAKSANAAN

3.1. Program ini melibatkan ketiga-tiga buah sekolah menengah
agama negeri.

3.2. Penempatan pelajar-pelajar lelaki di Sekolah Izzuddin Shah

3.3. Penempatan pelajar-pelajar perempuan di Sekolah Raja
Perempuan Taayah

3.4. Pembelajaran berpusat di Sekolah Raja Perempuan Taayah.

3.5. Para pelajar akan dibahagikan kepada 2 kumpulan dan
menjalani pembelajaran serentak seperti di dalam jadual di
bawah:

HARI KUMP. MASA
SABTU
8.00 10.00
10.30
12.30
3.00 5.00 8.00 10.00
A BIO FIZIK KIMIA
MATEMATIK
TAMBAHAN
B FIZIK BIO
MATEMATIK
TAMBAHAN
KIMIA
AHAD
7.30 9.00 9.00 10.30 11.00- 12.30 2.30 4.00
A
MATEMATIK
TAMBAHAN
KIMIA FIZIK BIO
B KIMIA
MATEMATIK
TAMBAHAN
BIO FIZIK









4. ANGGARAN KOS YANG TERLIBAT

PERKARA BAYARAN
Bayaran Penceramah
RM150.00 x 4 orang x 8
jam
RM 4,800.00
Makan Minum
Penceramah, Pegawai
dan Urusetia.
RM 18.00 x 8 orang x 2 hari RM 288.00
Jumlah Keseluruhan RM 5,088.00

5. PENUTUP
Besarlah harapan kami agar permohonan ini mendapat kelulusan
daripada YB Pegawai Kewangan Negeri agar program ini dapat
diadakan memandangkan ianya amat penting sebagai satu usaha
meningkatkan pencapaian mata pelajaran sains tulen dan melahirkan
generasi yang cintakan sains dan inovasi selaras hasrat jabatan.

You might also like