You are on page 1of 3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

PENDIDIKAN KESIHATAN
TAHUN 2

MATA PELAJARAN : Pendidikan Kesihatan
KELAS : 2 Arif
TARIKH : 15 Julai 2014 (Selasa)
BILANGAN MURID : / orang
TEMA / TAJUK : Kekeluargaan

STANDARD KANDUNGAN:
2.2 Mengetahui peranan diri sendiri dan ahli keluarga serta kepentingan institusi
kekeluargaan dalam aspek kesihatan keluarga

STANDARD PEMBELAJARAN :
2.2.3 Menghargai diri dan gembira dilahirkan sebagai lelaki atau perempuan
2.2.4 Mengamalkan sikap menghormati antara satu sama lain tanpa mengira jantina.

OBJEKTIF PENGAJARAN : Pada akhir pengajaran, murid akan dapat:
i. Menyenaraikan sekurang-kurangnya 3
kelebihan diri sendiri sebagai lelaki atau
perempuan.
ii. Menyenaraikan 2 perkara yang boleh
dilakukan untuk mengamalkan sikap
menghormati antara satu sama lain.
BBM : Lembaran kerja
PENGETAHUAN SEDIA ADA : Murid telah didedahkan dengan tingkah laku dan
pertumbuhan fizikal mengikut jantina.
LANGKAH /
MASA
ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
CATATAN
Set Induksi
(5 minit)
Pengenalan kepada jantina.
Guru melakukan soal jawab dengan murid.
Contoh soalan :
1. Berapakan bilangan anggota
keluarga yang berjantina perempuan
dan lelaki.
2. Siapakan ketua keluarga dan apakah
jantinanya?
3. Siapakah yang selalu memasak dan
menguruskan kerja-kerja di rumah
serta mencari rezeki?
1. Guru meminta murid mengangkat
tangan apabila guru menyebut jantina
masing-masing.
2. Guru bersoal jawab dengan murid
dan meminta murid-murid menjawab
berdasarkan institusi keluarga masing-
masing.
Nilai : berani

KBKK : menjana idea,
mengingat kembali.
Langkah 1
(10 minit)
Bahagi kumpulan mengikut jantina
Melakukan aksi seorang ibu dan seorang
ayah.
Ibu memasak, membasuh pakaian,
menyidai pakaian, menyiram bunga,
membasuh pinggan
Ayah memotong rumput, membasuh
kereta, mencangkul rumput
1. Murid dibahagikan kepada 2
kumpulan mengikut jantina.
2. Murid perempuan akan melakonkan
aksi mengikut arahan yang diberi.
3. Murid lelaki akan melakonkan aksi
mengikut arahan yang diberi secara
bergilir-gilir.
Nilai : berani

KBKK : mengingat
kembali


Langkah 2
(10 minit)
Menjawab lembaran kerja mengenai
kelebihan sebagai lelaki atau perempuan
secara berkumpulan
1. Setiap murid diedarkan lembaran
kerja mengikut jantina dan meminta
murid-murid menjawab lembaran
tersebut sambil berbincang dengan
kumpulan masing-masing.
BBM : lembaran kerja

KBKK : menjana idea
Penutup
(5 minit)
Guru membuat rumusan 1. Guru merumuskan pelajaran hari ini
mengenai sikap menghormati
antara satu sama lain tanpa
mengira jantina.
NIlai : hormat-
menghormati

You might also like