You are on page 1of 11

Literasi ICT Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Kat 3013)

KERTAS CADANGAN PEMBANGUNAN PROJEK MULTIMEDIA

1.0 PENGENALAN

1.1 Tajuk perisian: “Mengenal Anggota Badan’’

1.2 Sinopsis:
Projek pembinaan perisian multimedia yang bertajuk mengenal anggota badan
yang telah dirancang dengan rapi ini adalah bertujuan untuk memberi maklumat yang
berguna kepada kanak-kanak. Secara khasnya, kepada pelajar prasekolah. Menerusi
perisian ini kanak-kanak diperkenalkan dengan pelbagai bahagian anggota badan. Kami
pecahkan konsep anggota badan kepada tiga bahagian iaitu kepala, badan dan kaki.
Adalah diharapkan menerusi perisian multmedia ini dapat meningkatkan pemahaman
dan pengetahuan kanak-kanak tentang bahagian anggota badan dan fungsi-fungsi setiap
bahagian anggota badan.

2.0 MATLAMAT PROJEK


Projek pembinaan bahan multimedia ini adalah bermatlamatkan untuk:-

1) Membina kaedah baru bagi


memudahkan pembelajaran kanak- kanak dalam mengenal
anggota badan mereka sendiri.
2) Untuk menarik minat kanak-kanak
supaya pembelajaran menjadi lebih menarik dan seronok.
3) Mendedahkan kanak-kanak dengan
penggunaan teknologi.
4) Menjadikan pembelajaran lebih
bermakna kepada kanak-kanak.

1
Literasi ICT Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Kat 3013)

5) Memberi peluang kepada kanak-


kanak berinteraksi secara terus dengan perisian yang
dibina.

3.0 OBJEKTIF PROJEK

1. Kanak-kanak dapat mengenal anggota badan dengan lebih


mudah.
2. Kanak-kanak dapat mengenal bahagian-bahagian anggota badan
mereka.
3. Kanak-kanak dapat memahami setiap fungsi anggota badan yang
berbeza.
4. Memberi peluang kepada kanak-kanak belajar secara berdikari.
5. Kanak-kanak mendapat pendedahan awal tentang teknologi dan
aplikasi baru.
6. Memberi pendedahan mengenai asas kemahiran menggunakan
komputer secara langsung dan tidak langsung kepada kanak-
kanak.
7. Menyampaikan maklumat pelbagai ciri dan bentuk media seperti
grafik, bunyi, animasi dan lain-lain.
8. Memupuk kebolehan dan kecerdasan kanak-kanak dengan
kepelbagaian aktiviti.

4.0 TINJAUAN PENULISAN

Penggunaan komputer telah menjadi agenda penting di dalam pendidikan kita di


Malaysia dalam era teknologi maklumat yang serba mencabar ini. Bukan sahaja pelajar-
pelajar Sekolah Menengah malahan juga kanak-kanak prasekolah juga telah didedahkan
dengan penggunaan komputer di dalam bilik darjah. Seiring dengan itu, penggunaan
teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran kini telah diiktiraf sebagai salah satu

2
Literasi ICT Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Kat 3013)

pendekatan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas prasekolah di samping


pendekatan-pendekatan “ Belajar Melalui Bermain, Bertema dan Bersepadu”.

Penggunaan elemen perisian multimedia yang baik memberi rangsangan


pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang menyeronokkan dan berkesan. Kurikulum
Prasekolah Kebangsaan (KPM ,2003)menyarankan bahawa salah satu daripada
pendekatan yang harus digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah
pendekatan penggunaan TMK (Teknologi dan Komunikasi) yang termasuk
pengintegrasian komputer di dalam prasekolah.Menurut Rohani dan Rosazizi (2003)
penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran sememangnya
menjadi salah satu agenda penting dalam system pendidikan kini bagi melahirkan
generasi celik komputer. Oleh itu, usaha ini seharusnya bermula daripada peringkat
prasekolah lagi.

Kajian mendapati kanak-kanak memperolehi banyak faedah daripada


penggunaan komputer. Di antara aspek-aspek perkembangan yang terdapat peningkatan
ialah kognitif, bahasa dan juga sosial (Clements, 1994; Haugland, 1992).Dapatan kajian
menunjukkan kesan posotif dari penggunaan komputer ke atas pembelajaran kanak-
kanak dan perkembangan mereka. Menurut Haugland (2000), kanak-kanak yang
berumur 3-4 tahun memperolehi banyak peningkatan dari segi perkembangan
berbanding kanak-kanak yang tidak mempunyai pengalaman menggunakan komputer.
Peningkatan ini adalah dari aspek kecerdasan, kemahiran non-verbal, ingatan,
kemahiran lisan dan pembentukan konsep. ebagai guru prasekolah yang kreatif, guru
boleh menggunakan perisian Microsoft Word kepada kanak-kanak prasekolah ini untuk
melukis dan mewarna pelbagai objek menggunakan “Autoshapes” seperti “Melukis”.
Selain itu, dengan perisian Microsoft Word juga guru boleh memberi peluang kepada
kanak-kanak prasekolah untuk melaksanakan aktiviti yang berkaitan seperti padan-
memadan pelbagai jenis bentuk mengikut saiz dan warna.

3
Literasi ICT Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Kat 3013)

NAEYC menyarankan bahawa perisian yang harus digunakan ialah perisian


yang boleh menyumbang kepada perkembangan kanakp-kanak dari segi literasi,
kemahiran menyelesaikan masalah dan yang boleh mempertingkatkan pemikiran dan
daya kreativiti kanak-kanak.
Perisian yang dimaksudkan harus berdasarkan prinsip ABP (Amalan bersesuaian
dengan perkembangan kanak-kanak), iaitu:
- bersesuaian kebolehan kanak-kanak
- dapat menarik kanak-kanak
- bersifat “open-ended”
- kanak yang dalam kawalan
- kanak boleh membina sesuatu
- memerangsangkan kanak-kanak berfikir, membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah.

Perisian yang sesuai boleh memberi peluang kepada kanak-kanak mempraktikkan


kemahiran berfikir, kemahiran membuat keputusan dan kemahiran menyelesaikan
masalah. Kanak-kanak ini mempraktikkan dalam suasana yang menyeronokkan.

5.0 MODEL REKABENTUK

Analisis keperluan : ciri-ciri pelajar


– kanak-kanak 4 hingga 6 tahun
– Menentukan matlamat dan objektif
– Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian

4
Literasi ICT Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Kat 3013)

6.0 PEMBAHAGIAN TUGAS

6.1 Mengikut subtopik

Nama Tajuk

Norrazifah Saharom mengenal anggota badan


Fahimalatol Jalilah Azhar bahagian anggota badan
Mawar Ayu Jamal fungsi anggota badan
Ros Faizah Abdullah lagu ”Anggota Badan”
semua ahli Kuiz celik Minda

6.2 Merekabentuk

Nama Tajuk

Norrazifah Saharom halaman pengenalan


Fahimalatol Jalilah Azhar halaman menu
Mawar Ayu Jamal halaman keluar dan bantuan
Ros Faizah Abdullah halaman peta halaman dan carian

5
Literasi ICT Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Kat 3013)

7.0 PERKAKASAN

7.1 komputer
7.2 Printer
7.3 Burner
7.4 Kertas
7.5 Cd, DVD
7.6 Thumbdrive
7.7 Dakwat

8.0 PERISIAN

8.1 Macromedia Flash 9


8.2 Adobe Photoshop CS
8.3 Grafik
8.4 Animasi
8.5 Micromedia MX
8.6 Microsoft Words
8.7 Micromedia Authorware
8.8 SwishMax

6
Literasi ICT Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Kat 3013)

9.0 KOS

Perkara Kos (Rm)


Kos perisian

i. Macromedia Flash 9 RM 494.00


ii. Adobe Photoshop CS RM 1200.00
iii. Animasi RM 360.00
iv. Micromedia MX RM 980.00
v. Microsoft Words RM 430.00
vi. Micromedia Authorware RM 1250.00
vii. SwishMax RM 460.00

Kos Perkakasan RM 4110.00

Kos Alat Tulis RM 50.00

Kos Cetakan RM 140.00

Kos Binding RM 40.00

Lain-lain Kos RM 100.00

Jumlah RM 9574.00

7
Literasi ICT Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Kat 3013)

10.0 PERANCANGAN

BIL TUGASAN MULA AKHIR TEMPOH JANUARI FEBRUARI MAC

m1 m2 m3 m4 m1 m2 m3 m4 m1 m2 m3 m4

1 Fasa Awal 14/1/2008 19/1/2008 6 hari

2 Fasa Analisis 23/1/2008 1/2/2008 10 hari

3 Fasa Rekabentuk 10/2/2008 18/2/2008 9 hari


Fasa Pembangunan dan
4 Implimentasi 22/2/2008 5/3/2008 13 hari
Fasa operasi dan
5 Sokongan 8/3/2008 12/3/2008 5 hari

6 Pembentangan Kumpulan 17/3/2008 21/3/2008 5 hari

7 Hantar Projek 24/3/2008 28/3/2008 5 hari

8
Literasi ICT Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Kat 3013)

11.0 REKABENTUK PERISIAN


PAPAN CERITA

Menu Utama

Ahli kumpulan
Gambar kepala
Nama telinga – mendengar
mata – melihat
hidung – menghidu
mulut – bercakap
lidah – merasa
gigi - mengunyah

Mengenal Gambar Bahagian Fungsi anggota Badan


anggota anggota anggota badan Tangan – tulis
badan badan badan Jari - menunjuk

Kaki
Kepala Badan Kaki Berjalan, berlari,
Telinga Bahu Peha menendang
Mata Leher Lutut
mulut Tangan Betis
lidah Siku Tapak kaki
Dahi Jari tangan Jari kaki
Gigi Kuku tangan Kuku kaki
dagu Tapak tangan

9
Literasi ICT Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Kat 3013)

12.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya melalui perisian ini ia dapat membantu kanak-kanak


mempelajari dan mengenali anggota badan. Perisian ini juga secara tidak
langsung dapat mendekatkan diri kanak-kanak dengan penggunaan teknologi.
Perisian ini juga dapat membantu guru mengajar kanak-kanak dengan lebih
mudah dan berkesan selain menggunakan kaedah lama. Dorongan dan bimbingan
guru dalam menggunakan perisian ini pula dapat memudahan murid-murid
menguasai teknologi yang cuba diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran
pendidikan awal kanak-kanak.

10
Literasi ICT Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Kat 3013)

RUJUKAN

Amir Hasan Dawi (2002). Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan. Tanjung Malim:
Quantum Books.

Chandra Devi (2007). Getting teachers hooked on technology. News Straits Times, 24-
25.

Chandra Devi (2007). Electronic learning centres for schools. News Straits Times, 11.

Gan Siowck Lee (2001). The rhetoric and reality of e-learning. News Straits Times,
18-20.

Suraya (2001). Teaching methods for online classroom. News Straits Times, 21-22.

Dipetik daripada www.cikgu.net.my , Di luar lingkaran: Melahirkan ‘E-Pembaca’


sebagai pilihan pada 17 Januari 2008.

11

You might also like