You are on page 1of 20

PBU 42 PERALATAN BOMBA

IKATAN DAN SIMPULAN


OBJEKTIF
1. a. Nyatakan definisi bagi Standing Part, Working End dan Running End;
b. Senaraikan elemen-elemen permulaan ikatan; c. Terangkan jenis-jenis ikatan dan
kegunaannya; dan d. Terangkan cara-cara membuat ikatan tali yang boleh digunakan untuk
membaiki tali yang rosak, telah dipotong atau penyambungan tali merangkumi:
(1) Whiping; (2) Seizing; (3) Mouzing; dan (4) Splicing.
RUJUKAN
2. a. Manual of Firemanship Fire Briged Equipment Book 2
b. Essential of Firefighting 4thEdition
PENDAHULUAN
3. Ikatan dan simpulan tali adalah penting untuk dipelajari kerana ianya juga berkait rapat
dengan tugas-tugas penting perkhidmatan bomba yang merangkumi tugas menyelamat
mangsa. Ianya bertujuan untuk memudahkan serta mempercepatkan sesuatu tugas.
KANDUNGAN
Definisi Standing Part, Working End, dan Running End
4. Definisi bagi bahagian-bahagian tersebut adalah seperti berikut (lihat gambarajah 1):
a. Standing Part. Merupakan bahagian yang berada diantara working end dan running part;
b. Working End. Merupakan bahagian yang digunakan untuk membentuk ikatan.
c. Running End. Merupakan bahagian yang digunakan untuk menaik, menarik atau menurun.
Working End
Standing Part
Running End
PBU 42 - 1
Gambarajah 1: Bahagian-bahagian tali


Elemen-Elemen Permulaan Ikatan
5. Sebahagian besar ikatan dan simpulan terdiri daripada kombinasi dua atau lebih elemen
seperti berikut (lihat gambarajah 2):
a. A bight. b. A round turn. c. A half hitch. d. A twist. e. Overhand knot.
Jenis-Jenis Ikatan Tali dan Kegunaannya
6. Berikut adalah beberapa jenis ikatan tali yang biasa digunakan dalam perkhidmatan bomba.
Antaranya ialah :
a. Overhand Knot. Ia juga dikenali sebagai thumb knot. Kegunaannya untuk menghalang tali
dari terlucut dari benda yang diikat. Bentuk ikatan jenis ini juga digunakan oleh pasukan bomba
untuk menandakan hos pecah atau bocor. (Lihat Gambarajah 3)
a d
c
b e
Gambarajah 2: Elemen- elemen permulaan ikatan
Gambarajah 3: Overhand Knot
PBU 42 - 2


b. Figure of Eight. Ikatan ini lebih baik dari overhand knot. Kegunaannya sama seperti
overhand knot.(Lihat gambarajah 4)
c. Reef Knot. Kegunaanya adalah untuk menyambung tali yang sama besar. (Lihat gambarajah
5)
d. Fisherman Knot. Dikenali juga sebagai sliding double overhand knot. Kegunaannya untuk
menyambung tali yang sama besar. (Lihat gambarajah 6)
e. Single Sheet Bend. Dikenali juga sebagai a becket bend. Kegunaannya untuk menyambung
tali yang tidak sama besar ukurannya. (Lihat gambarajah 7)
Gambarajah 4: Figure of Eight
Gambarajah 7: Single Sheet Bend
Gambarajah 6: Fisherman Knot
Gambarajah 5 : Reef Knot
PBU 42 - 3


f. Double Sheet Bend. Kegunaannya sama dengan single sheet bend. (Lihat gambarajah 8)
g. Clove Hitch. Kegunaannya untuk mengikat benda-benda bulat seperti tiang kapal, ranting
atau dahan dan sebagainya (Lihat gambarajah 9). Ia juga digunakan untuk menaikkan
peralatan-peralatan ke tempat tinggi. Biasanya ia digunakan bersama-sama dengan half hitch
atau two half hitch semasa menaikkan perlalatan ke tempat tinggi. (Lihat gambarajah 10)
Gambarajah 8: Double Sheet Bend
PBU 42 - 4
Gambarajah 9: Clove hitch
Gambarajah 10: Ikatan pada peralatan semasa operasi di tempat tinggi.


h. Rolling Hitch. Kegunaannya sama dengan clove hitch. (Lihat gambarajah 11)
i. Round Turn and Two Half Hitch. Kegunaannya untuk mengikat benda- benda bulat seperti
tiang, dahan, tali dan sebagainya. Ikatan jenis ini tidak akan mencerut apabila disentap oleh
tekanan bebanan. (Lihat gambarajah 12)
j. Fishermens Bend. Ikatan ini adalah alternatif kepada ikatan round turn and two half hitch.
Kegunaannya untuk mengikat benda-benda bulat seperti tiang, palang dan sebagainya. (Lihat
gambarajah 13)
Gambarajah 12: Round Turn and Two Half Hitch
Gambarajah 13: Fishermens Bend
Gambarajah 11: Rolling Hitch
PBU 42 - 5


k. Timber Hitch. Kegunaannya adalah untuk mengukuhkan ikatan pada tiang, kayu dan
sebagainya bagi mengelak dari menggelungsur. Ikatan jenis ini juga senang dibuka. (Lihat
gambarajah 14)
l. Catspaw. Kegunaannya untuk mwngikat pada penyangkut (hook). (Lihat gambarajah 15)
m. Bowline. Kegunaannya untuk menurunkan mangsa dari tempat tinggi. Ia juga untuk
mengikat pinggang anggota bomba semasa masuk ke dalam bangunan gelap atau berasap.
(Lihat gambarajah 16)
Gambarajah 15: Catspaw
Gambarajah 14: Timber Hitch
Gambarajah 16: Bowline
PBU 42 - 6


n. Running Bowline. Kegunaannya untuk mengikat benda-benda bulat seperti tiang dan
sebagainya. (Lihat gambarajah 17)
o. Bowline on The Bight. Kegunaannya untuk mengikat dan menurunkan mangsa semasa
menyelamat. Ikatan jenis ini berfungsi seperti kain gendongan. (Lihat gambarajah 18)
p. Chair Knot. Kegunaannya juga adalah untuk menurunkan mangsa dari bangunan tinggi.
(Lihat gambarajah 19)
Gambarajah 18: Bowline in The Bight
Gambarajah 17: Running Bowline
Gambarajah 19: Chair Knot
PBU 42 - 7


q. Sheep Shank. Kegunaannya adalah untum memendekkan tali tanpa dipotong. (Lihat
gambarajah 20)
r. Draw Hitch. Kegunaannya untuk mengikat benda-benda bulat dan bujur. Satu bahagian boleh
menerima tekanan manakala satu bahagian lagi untuk membuka ikatan. (Lihat gambarajah 21)
s. Carrick Bend. Kegunaannya untuk menyambung dua utas tali. (Lihat gambarajah 22)
Bahagian untuk membuka ikatan
Gambarajah 22: Carrick Bend
PBU 42 - 8
Gambarajah 20: Sheep Shank
Gambarajah 21: Draw Hitch
Bahagian yang menerima bebanan


t. Slippery Hitch. Dikenali juga sebagai running knot. Kegunaannya sama seperti draw hitch
tetapi ianya kurang selamat berbanding dengan ikatan draw hitch. (Lihat gambarajah 23)
Ikatan Untuk Membaiki Tali
7. Ikatan di bawah ini adalah mustahak dipelajari kerana kebanyakannya adalah digunakan
untuk menyambung tali samada secara tetap atau sementara serta membaiki tali yang rosak.
Ikatan-ikatan tersebut terbahagi kepada empat kategori iaitu :
a. Whiping; b. Seizing; c. Mousing; dan d. Splicing
8. Whiping. Merupakan ikatan yang dibuat pada tali yang terputus dibahagian hujungnya.
Tujuannya untuk mencegah daripada berserabut. Whiping terbahagi kepada dua iaitu :
a. Whiping Biasa. Whiping jenis ini adalah sesuai untuk dibuat ikatan pada tali asli. Ia
mengandungi 12 lilitan dan jarak antara hujung tali dengan whiping ialah 25 mm (1 in) Lihat
gambarajah 24.
Gambarajah 24: Kaedah membuat ikatan whiping biasa
Bahagian Bahagian yang
untuk menerima bebanan
membuka ikatan
Gambarajah 23: Slippery Hitch
PBU 42 - 9


b. Whiping Silmaker. Whiping jenis ini adalah sesuai untuk dibuat ikatan pada tali tiruan. Ia
mengandungi 10 lilitan dan jarak whiping sama seperti whiping biasa tetapi di bahagian hujung
tali hendaklah dipanaskan dengan jarak tidak kurang dari 6mm (1/4 in). Lihat gambarajah 25.
9. Seizing. Merupakan ikatan dua tali yang mana daya tarikannya sama kuat. Untuk membuat
gulungan tetap,lilitan tali hendaklah dibuat dibuat sebanyak 11 lilitan. Lihat gambarajah 26.
Gambarajah 25: Kaedah membuat ikatan whiping silmaker.
Gambarajah 26: Kaedah membuat ikatan seizing
PBU 42 - 10

You might also like