You are on page 1of 27

SEKOLAH MENENGAH AGAMA DAERAH

BATANG PADANG,
35500 BIDOR, PERAK DARUL RIDZUAN.

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN (KGT)
TINGKATAN 2
TAHUN 2012

TAJUK => SISTEM ALIRAN RINGAN (LRT) DI KUALA LUMPUR

DISEDIAKAN OLEH:
1)MUHAMMAD IRSYADUDDIN BIN MOHD SUKOR
2)ABDUL RAHMAN BIN ABDUL WAHAB
3)MUHAMMAD NUR RAHIMI BIN ROSLAN
4)MUHAMMAD FARHANUL ABIDIN BIN NORDIN

TARIKH SERAHAN => 15 OKTOBER 2012



ISI KANDUNGAN

Bil. Perkara Halaman
1 PENGHARGAAN
2 PENDAHULUAN
3 OBJEKTIF KAJIAN
4 KAWASAN KAJIAN
5 KAEDAH KAJIAN
6 DAPATAN KAJIAN
7 RUMUSAN
8 RUJUKAN
9 LAMPIRAN











PENGHARGAAN
Alhamdullillah, kami ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada mereka yang telah mmbantu kami menyiapkan kajian ini. Bantuan,
dorongan dan tunjuk ajar mereka telah membolehkan kami menjalankan kajian
ini.
Dalam ruangan ini, kami ingin menghulurkan jutaan terima kasih kepada
tuan pengetua, Tn. Hj. Abdul Halim Bin Yahya kerana memberi peluang kepada
kami untuk menjalankan kerja khusus Kajian Geografi Tempatan Tingkatan 2.
Tidak lupa juga kepada guru matapelajaran geografi iaitu Encik Hailisam
Bin Samihono kerana telah banyak memberi tunjuk ajar bagaimana cara
mambuat, mencari dan mengkaji maklumat mengenai tugasan yang diberi.
Selain itu, kami berterima kasih kepada ibu bapa kami kerana berbesar
hati di atas kesudian untuk membantu kami dari segi kewangan dan mencari
serba sedikit maklumat tentang Sistem Aliran Ringan (LRT) di Kuala Lumpur.
Segala maklumat yang dicari telah dibincangkan bersama.
Akhir sekali, kami mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan di atas kerjasama yang telah diberikan. Semoga Allah memberkati
ilmu yang telah diberikan.









PENDAHULUAN
Kami Muhammad Irsyaduddin bin Mohd Sukor, Abdul Rahman bin Abdul
Wahab, Muhammad Nur Rahimi bin Roslan dan Muhammad Farhanul Abidinbin
Nordin. Kami murid Tingkatan 2 Bukhori di Sekolah Menengah Agama Daerah
Batang Padang. Kami telah menjalankan kajian yang bertajuk Sistem Aliran
Ringan (LRT) di Kuala Lumpur. Kami telah memilih Kuala Lumpur sebagai
kawasan kajian kami. Kumpulan kami terdiri daripada 4 orang telah berbincang
dengan guru geografi tentang Sistem Aliran Ringan (LRT) di Kuala Lumpur
berkaitan dengan pengangkutan dan perkembangannya.
Melalui kajian ini, kami dapat mengenal pasti pelbagai Sistem Aliran
Ringan (LRT) di Kuala Lumpur. Selain itu, kami juga dapat mengetahui tentang
kepentingan Sistem Aliran Ringan (LRT) di Kuala Lumpur. Akhir sekali, kami
membuat satu senarai semak untuk menentukan masa menjalankan kajian dan
menyiapkan laporan kajian.
Saya memilih kawasan kajian ini kerana menepati tema kajian dan
kawasan ini berhampiran dengan sekolah saya. Masa yang diberikan untuk
menyiapkan projek ini ialah selama lapan minggu. Setiap pelajar dikehendaki
menulis laporan yang lengkap secara individu.









OBJEKTIF KAJIAN

A. Menyatakan dan menghuraikan sejarah dan latar belakang perkembangan
LRT di Kuala Lumpur.

B. Menyenaraikan dan menghuraikan faktor-faktor perkembangan LRT di
Kuala Lumpur.


C. Mengenal pasti dan membincangkan kepentingan LRT di Kuala Lumpur.

D. Menyatakan dan menjelaskan kesan-kesan perkembangan LRT di Kuala
Lumpur.


E. Menyenaraikan dan menghuraikan langkah-langkah perkembangan LRT
di Kuala Lumpur.








KAWASAN KAJIAN
4.1 Latar Belakang
Kami telah memilih Kuala Lumpur sebagai kawasan kajian. Kuala Lumpur sering
disebut KL, atau nama lengkapnya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, ia adalah
ibu kota dan kota terbesar di Malaysia. Kawasan Wilayah Persekutuan meliputi
wilayah seluas 244 km (94 mil), dianggarkan 1.6 juta penduduk pada tahun
2006. Kuala Lumpur Raya, juga dikenali sebagai Lembah Kelang, memiliki
jumlah penduduk sebesar 7.2 juta orang. Kuala Lumpur merupakan wilayah
metropolitan dengan pertumbuhan paling pesat di Malaysia sama ada dari segi
jumlah penduduk mahupun sektor ekonomi.
Di Kuala Lumpur terdapat bangunan Parlimen Malaysia. Bandar raya ini juga
pernah menjadi pusat pemerintahan eksekutif dan kehakiman, yang telah pindah
ke Putrajaya sejak tahun 1999. Namun, beberapa bidang kehakiman masih
beroperasi di sini. Kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong, iaitu Istana Negara,
berada di Kuala Lumpur. Bandar raya ini juga merupakan pusat kebudayaan dan
ekonomi Malaysia kerana kedudukannya sebagai ibu kota dan kota utama.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah salah satu dari tiga buah Wilayah
Persekutuan Malaysia, dan juga sebuah enklaf dalam negeri Selangor, di pantai
barat tengah Semenanjung Malaysia.
Sejak tahun 1990-an, bandar raya ini telah menjadi tuan rumah dari berbagai
acara olahraga, politik, dan kebudayaan internasional, seperti Commonwealth
Games 1998 dan Formula Satu. Selain itu, di Kuala Lumpur berdiri menara
kembar tertinggi di dunia, iaitu Menara Kembar Petronas.
Kuala Lumpur dihubungkan dengan dunia luar oleh dua lapangan terbang, iaitu
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang dan Lapangan
Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang.




4.2 Geografi
Geografi Kuala Lumpur berciri lembah yang luas dan dikenali sebagai Lembah
Klang yang berbatasan dengan Pergunungan Titiwangsa di timur, beberapa
pergunungan kecil di utara dan selatan, dan Selat Melaka di barat. Kuala Lumpur
terletak di muara antara Sungai Klang dan Gombak.
Terletak di tengah-tengah negeri Selangor, Kuala Lumpur pernah berada di
bawah pemerintahan Selangor. Pada tahun 1974, Kuala Lumpur dipisah untuk
membentuk Wilayah Persekutuan pertama yang diatur secara langsung oleh
Pemerintah Persekutuan Malaysia.
Luas wilayah kota ini adalah 24.365 km (9,407 mil), dengan rata-rata
ketinggiannya ialah 2.195 m (7,200 kaki).

4.3 Iklim dan cuaca
Terlindung oleh Pergunungan Titiwangsa di timur dan pulau Sumatra, Indonesia,
di barat, Kuala Lumpur memiliki iklim hutan hujan tropika yang panas dan lembab,
dengan hujan yang lebat sepanjang tahun, terutama pada musim monsun timur
laut dari bulan Oktober hingga Mac. Suhu bandar raya ini sekitar 31 hingga 33 C
(88 hingga 91 F) dan tidak pernah melebihi 37 C (99 F).
Banjir sering terjadi di Kuala Lumpur ketika turun hujan lebat, khususnya di pusat
Bandar raya dan wilayah hilir. Kebelakangan ini wilayah Kuala Lumpur dan
sekitarnya tercemar oleh jerebu yang berpunca dari kebakaran hutan di Sumatra.
Jerebu tersebut merupakan punca pencemaran utama di bandar raya ini, di
tambah pula dengan pembakaran terbuka dari asap kenderaan, kilang dan proses
pembinaan.




PETA SEMENANJUNG MALAYSIA


PETA KAWASAN KAJIAN (KUALA LUMPUR)










KAEDAH KAJIAN
Kami telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul dan memperoleh
maklumat yang diperlukan dalam kajian ini. Antara kaedah yang digunakan
ialah:-
a. Kaedah pemerhatian
-Kaedah ini digunakan untuk mengenal pasti Sistem Transit Aliran Ringan
(LRT) di Kuala Lumpur. Selain itu, pemerhatian dijalankan untuk
memerhati perkembangan, kepentingan, kesan-kesan dan langkah-
langkah untuk mengatasi kesan-kesan perkembangan (LRT) di Kuala
Lumpur.

b. Kaedah rujukan
-Kaedah ini dilakukan untuk mendapatkan fahaman tentang Sistem Transit
Aliran Ringan (LRT) di Kuala Lumpur. Buku-buku rujukan dan internet
merupakan bahan rujukan yang utama bagi saya.

c. Kaedah temu bual
-Kaedah ini digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang Sistem
Aliran Ringan (LRT) di Kula Lumpur.






DAPATAN KAJIAN
6.1 PENGENALAN
Dalam usaha mengurangkan kesesakan lalu lintas, Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur (DBKL) telah membelanjakan hampir RM 315.64 juta(1997) bagi
melaksanakan projek-projek meningkatkan kapasiti jalanraya, pembinaan Jalan
Lingkaran Tengah 11, Jalan Istana Negara-Salak Selatan dan Jalan Puchong-
Sungai Besi, pembinaan lima persimpangan bertingkat serta penggunaan sistem
kawalan lampu isyarat yang lebih dinamik.
Projek yang diberi keutamaan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas ialah
penyediaan perkhidmatan awam yang bersepadu iaitu pembinaan sistem
pengangkutan Transit Aliran Ringan (LRT) yang diintergrasikan dengan
pengangkutan bas.Kewujudan LRT dianggap sistem pengangkutan bandar yang
terbaik kepada penduduk bandar di samping untuk menaikkan lagi imej
Bandaraya Kuala Lumpur sebagai bandaraya kelas dunia dimata masyarakat luar
negara.Pengenalan LRT di Kuala Lumpur juga mengambil kira keberkesanan
pengangkutan ini menangani kesesakan lalu lintas di beberapa bandaraya di
dunia khususnya di Singapura
Kami berasa bersyukur kerana berpeluang melihat dan menaiki pengangkutan ini
dengan lancar dan berkesan.
6.2 SEJARAH DAN LATAR BELAKANG PERKEMBANGAN LRT DI KUALA
LUMPUR
Pembinaan LRT sebagai pengangkutan awam di Kuala Lumpur diharapkan
menjadi satu alternatif untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di
Bandaraya Kuala Lumpur pada masa hadapan. Pembinaan LRT 5, sebagai
pengangkutan awam yang berasaskan tren di Kuala Lumpur mula diperkatakan
dalam Kajian Dasar Perancangan Pengangkutan Kuala Lumpur pada tahun 1979
dan 1981. Kaedah regrasi telah meramalkan kesesakan lalu lintas di Kuala
Lumpur akan menjadi semakin serius pada jarak 300 km di jalan-jalan utama di
Kuala Lumpur menjelang tahun 2000. Kesesakan lalu lintas akan terus berlaku

sekiranya pengangkutan di kawasan ini masih terus bergantung kepada jalan
raya.Jalan raya pada realitinya telah tidak mampu untuk menampung dan
menyediakan ruang yang mencukupi untuk menampung pertambahan kenderaan
persendirian yang terus meningkat dari setahun ke setahun kecuali mewujudkan
pengangkutan yang berasaskan rel.
Pada dekad 80-an, kerajaan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
dengan kerjasama syarikat dari United Kingdom iaitu Taylor Woodrow
International, Germanys AEG WestinghouseTransport System GMBH dan Wilbur
Smith telah diamanahkan untuk menjalankan penyelidikan mengenai situasi lalu
lintas di Kuala Lumpur. Had kajian mendapati kesesakan lalu lintas dapat
dikurangkan sekiranya pengangkutan awam yang bersepadu antara
perkhidmatan bas dan sistem transit dibina di Kuala Lumpur.Pelbagai cadangan
transit telah diperkenalkan di Kuala Lumpur tetapi Transit Aliran liingan (LRT)
telah menjadi pilihan memandangkan sistemnya yang berkesan dan kos yang
agak rendah dan menjimatkan berbanding dengan sistem transit yang lain.
Pada Disember 1983, Kementerian Wilayah Persekutuan telah mengemukakan
kertas projek yang berkaitan dengan LRT untuk dibentang di kabinet. Kertas
projek ini mencadangkan supaya LRT mula dibina di Kuala Lumpur pada tahun
1984, dengan kos pembinaan menelan perbelanjaan sebanyak RM520 juta bagi
laluan sepanjang 52 km (secara purata satu km bersamaan dengan 10 juta). Kos
pembinaan ditampung hasil pinjaman daripada kerajaan Belgium sebanyak 4.5
peratus dari kos keseluruhan pembinaan. Peristiwa kemelesetan ekonomi yang
melanda dunia pada tahun 1985 telah menyebabkan projek ini ditangguhkan
sehingga kajian semula dilakukan pada pertengahan tahun 1988 secara
terperinci.
Pengetahuan tentang sejarah dan latar belakang perkembangan LRT di Kuala
Lumpur membolehkan kami mengetahui secara lebih terperinci dan memperolehi
banyak maklumat yang berguna. Ianya akan memudahkan kami menjalani
kehidupan seharian.


6.3 FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN LRT DI KUALA LUMPUR
6.3.1 DEKAD PEMBINAAN LRT (DEKAD 1990-AN)
Impian untuk melihat pembinaan LRT di Kuala Lumpur mula tercapai apabila
cadangan pembinaan sistem ini telah diluluskan dalam Dasar Perancangan
Pengangkutan pada tahun 1990. Pada tahun 1991, projek ini telah diluluskan
setelah persetujuan dicapai apabila Tan Sri Elyas Omar (Datuk Bandar pada
ketika itu) memohon daripada kerajaan.
Setahun selepas itu, perjanjian persetujuan pembinaan projek ini telah
ditandatangani di antara kerajaan Malaysia dengan pemegang Francis iaitu
British-Jerman Joint Venture dengan nama syarikat iaitu Syarikat Joint-Venture
Sistem Transit Aliran Ringan (STAR) serta pemegang saham lain iaitu Tayloor
Woodrow International dari United Kingdom, dan AEG Westing-House Transport
System GMBH dari German.Syarikat Taylor Woodrow telah diamanahkan untuk
pembinaan landasan dan laluan manakala AEG Westing-House Transport
System Gh4BH pula mengendalikan sumber tenaga elektrik-magnetik dan sistem
pertiketan LRT (STAR Sdn. Bhd. 1997).Sistem LRT yang diperkenalkan ini
mengambil contoh daripada Bandar-bandar lain di dunia seperti Hong Kong dan
Melbourne.
Sistem Transit Aliran Ringan Sendirian Berhad (STAR) menjadi syarikat swasta
pertama di dunia dan di Malaysia yang mengendalikan LRT.Syarikat ini telah
ditubuhkan pada November 1991 untuk membina, memiliki dan menjalankan
operasi LRT Sistem 1. STAR akan memegang konsesi selama 60 tahun
berdasarkan perjanjian yang ditandatangani dengan kerajaan Malaysia pada
Disember 1992 (STAR Sdn. Bhd. 1997).
Kejayaan pembinaan LRT fasa pertama ini telah disusuli dengan perancangan
sistem ini untuk fasa yang kedua yang dipertanggungjawab kepada Syarikat
Projek Usahasarna Transit Aliran Ringan Autoniatik Sdn. Bhd (PUTRA Sdn.
Bhd.). PUTRA merupakan sebuah anak Syarikat Renong Berhad yang diberi
amanah untuk membina, mereka bentuk, mengendali dan membiayai pembinaan
LRT Sistem II yang melibatkan jarak laluan sejauh 29 km.

6.4 KEPENTINGAN LRT DI KUALA LUMPUR
6.4.1 LALUAN PERKHIDMATAN LRT DI KUALA LUMPUR
Kajian corak perjalanan penduduk Bandaraya Kuala Lumpur menunjukkan sistem
LRT berupaya menyediakan kapasiti yang mencukupi untuk memenuhi keperluan
pengangkutan di kawasan bandar.Pembinaan laluan perkhidmatan STAR-LRT
dimulakan dengan pembinaan dua fasa iaitu fasa satu yang meliputi laluan
perjalanan dari Ampang (satu kawasan penduduk padat) sehingga ke perhentian
Sultan Ismail di Kawasan Pusat Perniagaan (KPP) sepanjang 12 km. Manakala
projek kedua pula melibatkan dua jajaran iaitu jajaran pertama di laluan utara
sepanjang 3.2 km bermula dari Stesen Sultan Ismail ke Sentul Timur dan laluan
selatan sepanjang 11.8km dari Stesen ChanSow Lin (stesen pertukaran) ke
Stesen Komanwel. Jarak antara stesen ini kira-kira 1,500 meter di kawasan
pinggir bandar dan 700 meter hingga 1,000 meter di kawasan pusat bandar
memudahkan pengguna mendapatkan perkhidmatan ini
Perkhidmatan PUTRA-LRT pula meliputi laluan yang bermula dari Kelana Jaya
dan berakhir di Gombak. Projek ini juga meliputi dua fasa iaitu fasa satu bermula
dari Kelana Jaya ke Pasar Seni yang meliputi perjalanan sepanjang 14.10 km
yang memulakan perkhidmatan pada 1 September 1998 (Jadual 1). Fasa kedua
pula bermula daripada stesen Pasar Seni ke Terminal PUTRA di Gombak
sepanjang 14.9 km yang siap pada pertenggahan tahun 1999. PUTRA-LRT
mencatat sejarah sebagai sistem pengangkutan LRT yang terpanjang di dunia
yang bergerak tanpa menggunakan kawalan pemandu. Kedua-dua perkhidmatan
LRT turut mendapatkan perkhidmatan sokongan daripada bas pengantara untuk
mengambil penumpang di kawasan yang berhampiran dengan stesen LRT.
Pengetahuan tentang laluan LRT ini sudah tentu akan memudahkan kami
menjalani urusan seharian. Perjalanan akan lebih cepat dan selamat jika
dirancang dengan baik.



6.4.2 SISTEM STAR-LRT DAN PUTRA-LRT
Pembinaan STAR-LRT telah didahului dengan penghantaran 34 buah gerabak
LRT yang dikenali sebagai Light Rail Vehicle (LRV).Setiap LRV ini mempunyai
saiz 28 meter panjang dan lebar 2.54 meter yang bersambung-sambung setiap
satu pada badan LRV. Keadaan iklim Malaysia yang beriklim khatulistiwa dan
cuaca yang tidak menentukan memaksa pembinaan LRV menggunakan besi
waja yang tahan karat supaya tidak mudah rosak.Lantai STAR-LRT juga
mempunyai ketahanan kegelinciran kepada penumpang di samping disediakan
alat pemegang.Kenderaan ini juga berhawa dingin sepenuhnya bagi memberi
keselesaan kepada penumpang.Tahap keselamatan juga tidak dilupakan dengan
penyediaan pembetul sub-stesen kepada kenderaan LIW akan melalui sistem re1
konduktor untuk mengurangkan halangan visual dan risiko semasa berlakunya
petir
Sistem PUTRA-LRT pula dikendalikan secara automatik tanpa pemandu
sepenuhnya dan dikawal di Pusat Kawalan PUTRA di Subang. Pengerakan tren
ini dikawal menggunakan teknologi kawalan jauh yang dikenali sebagai
SELTRAC. Sistem ini juga telah digunakan oleh Sistem Transit yang lain seperti
Jubilee Line di London, MUNI Line di San Francisco dan Ankara Metro
System.Mod automatik dikendalikan melalui sistem kawalan melalui Sistem
Kawalan Tren Automatik (ATC) yang disokong oleh Supervisory Control and Data
Acquisition( SCADA) (Nor Zainah, 1998:20).Gerabak PUTRA-LRT ini juga telah
mengambil kira tahap keselamatan yang tinggi, bersesuaian dengan pengguna-
pengguna dan faktor aliran suhu, iklirn, cuaca dan bunyi.
Maklumat tentang perkembangan LRT amat penting kepada kami apatah lagi
dengan perkembangan sistem pengangkutan rel yang sentiasa berkembang maju
dan dinamik di negara kita.




6.4.3 PENERIMAAN MASYARAKAT
Kewujudan sistem pengangkutan termoden di Malaysia ini diharap dapat
mengurangkan isipadu kenderaan persendirian di jalan raya dan seterusnya
matlamat untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di pusat bandar tercapai.
Perkembangan sistem LRT sebagai pengangkutan awam untuk menangani
kesesakan lalu lintas di Bandaraya Kuala Lumpur akan menjadi impian sekiranya
wujud kesedaran pengguna untuk menjadi LRT sebagai pengangkutan pilihan
rutin dalam kehidupan mereka. Sambutan pengguna terhadap pengangkutan
awam LRT akan mempengaruhi aliran lalu lintas di Bandaraya Kuala Lumpur.
Untuk mengenal pasti tahap penerimaan masyarakat terhadap LRT satu kajian
dengan menggunakan kaedah pemerhatian dan catatan telah dilakukan bermula
dari pukul 7.00 pagi sehingga 6.30 petang pada hari bekerja di enam buah stesen
LRT (dua stesen sebagai sampel bagi setiap sistem). Had kajian mendapati
penerimaan masyarakat terhadap perkhidmatan ini amat mengecewakan
berbanding dengan keupayaan LRT untuk menerima dan membawa penumpang
dalam jumlah yang ramai.
Sebagai warganegara Malaysia, kami seharusnya menyokong segala usaha
kerajaan yang inginkan semua lapisan masyarakat menikmati kemudahan
pengangkutan yang maju dan terkini selaras dengan perkembangan semasa.

6.5 KESAN-KESAN PERKEMBANGAN LRT DI KUALA LUMPUR
6.5.1 KEBAIKAN LRT
Kewujudan sistem pengangkutan termoden di Malaysia ini diharap dapat
mengurangkan isipadu kenderaan persendirian di jalan raya dan seterusnya
matlamat untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di pusat bandar tercapai.
Berdasarkan kaji selidik mendapati kebanyakan pengguna LRT memberi
gambaran yang positif terhadap ciri-ciri LRT seperti keselesaan,kekerapan


perkhidmatan,kelancaran,keselesaan,keselamatan,tahap kesenyapan,kebersihan
berbanding dengan kenderaan lain.
Kami amat gembira dan bersyukur kerana Malaysia yang kami sayangi ini,
mempunyai sistem pengangkutan termoden seperti negara-negara lain di dunia.
Tambahan pula pengangkutan ini amat selesa, selamat, senyap dan bersih.

6.5.2 DI MANA KEPINCANGAN LRT
Menurut Atam Khan (1985), sambutan terhadap sesebuah pengangkutan itu
boleh dikaitkan dengan persepsi pengguna terhadap ciri-ciri pengangkutan seperti
tambang,kekerapan perjalanan, kesesuaian,keselesaan dan ketepatan
perjalanan.
Persoalan di manakah kepincangan LRT yang menyebabkan sambutan dingin
masyarakat bandar terhadap kenderaan ini dan menggagalkan usaha untuk
menangani kesesakan lalu lintas di ruang Bandaraya Kuala Lumpur padahal di
bandar-bandar lain di Eropah dan Singapura usaha ini agak berjaya.
Kami sebagai warga Negara Malaysia wajar memikirkan alternatif yang sesuai
untuk dicadangkan kepada pihak yang benar untuk mengatasi segala
kepincangan yang LRT yang berlaku.

6.5.3 KEBURUKAN LRT
Hampir 60% pengguna LRT memberi alasan kedinginan sambutan terhadap LRT
dipengaruhi oleh tambang yang mahal berbanding dengan kenderaan lain.
Penumpang yang menggunakan LRT daripada stesen Sultan Ismail ke Ampang
perlu mengeluarkan kos sebanyak RM 2.90 berbanding dengan bas Intrakota
hanya RM0.90.
Bas panjang hanya RM 1.50 dan teksi pula RM5.00 bagi sebuah teksi (secara
purata empat orang penumpang perlu membayar RM1.20)

Tambang LRT yang mahal membebankan golongan berpendapatan rendah untuk
menggunakan LRT sehingga mereka mengambil keputusan untuk menggunakan
kenderaan sendiri atau pengangkutan awam lain yang lebih murah.
Bilangan pengguna yang kecil mencerminkan kedinginan sambutan masyarakat
Bandar terhadap pengangkutan ini dan seterusnya menggambarkan imej LRT
yang belum berupaya memujuk penduduk bandar menggunakan perkhidmatan
yang canggih ini.
Kedinginan sambutan terhadap LRT banyak dipengaruhi oleh tambang LRT yang
mahal dan menjadikan faktor penghalang kepada golongan berpendapatan
rendah untuk menggunakan kemudahan LRT.
Pihak pemaju pengangkutan ini iaitu STAR dan PUTRA terpaksa meletakkan
harga sedemikian yang difikirkan amat minimum bagi mengaut keuntungan.Kos
pembinaan yang tinggi diletakkan sepenuhnya di bahu syarikat pemaju.
Pengenalan LRT di Kuala Lumpur mempunyai pelbagai matlamat, yang paling
utama ialah untuk meningkatkan lagi tahap perkhidmatan pengangkutan awam
dan juga bertujuan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur.
Setelah beberapa tahun pengangkutan ini berkhidmat kepada penduduk Kuala
Lumpur, LRT belum berupaya untuk memujuk penduduk Kuala Lumpur beralih
kepadap pengangkutan awam bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas
Ketidak upayaan LRT memujuk pengguna menggunakan pengangkutan ini
banyak dipersalahkan kepada kos tambang yang amat mahal di samping faktor-
faktor lain seperti dasar kerajaan, pola jaringan perkhidmatan LRT dan kesedaran
masyarakat yang masih rendah terus menghantui projek yang menelan
perbelanjaan yang besar ini.
Kami juga sedar sebagai warganegara Malaysia, bahawa setiap apa juga perkara
wujud kesan sampingan, namun ambillah ia sebagai batu loncatan untuk
dipertingkatkan lagi sistem pengangkutan LRT di negara kita.



6.6 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI KESAN-KESAN
PERKEMBANGAN LRT DI KUALA LUMPUR

Beberapa langkah bijak perlu dilakukan oleh pihak STAR dan PUTRA untuk
memujuk masyarakat bandar menggunakan pengangkutan ini.Antara langkah
yang perlu diambil ialah mengintergrasi sistem pengangkutan LRT dengan
pengangkutan awam yang lain, mengadakan potongan harga (terutama pada
musim cuti sekolah), promosi, subsidi daripada kerajaan, meningkatkan lagi
mutu perkhidmatan dan laluan bas pengantara dan menambah kawasan letak
kereta di setiap stesen.
Seharusnya kerajaan tidak lepas tangan terhadap projek pembangunan untuk
kepentingan rakyat, malahan negara-negara lain projek pengangkutan tidak
diswastakan.
Oleh itu, sebagai warga negara Malaysia, kami seharusnya bertanggungjawab
terhadap apa juga projek pembangunan yang telah dilaksanakan di negara kita.
Sikap kita mencerminkan keperibadian kita. Jadilah warganegara yang
sayangkan negara.










PETA TRANSIT (LRT) KUALA LUMPUR








RUMUSAN

Pengenalan LRT di Kuala Lumpur mempunyai pelbagai matlamat, yang paling
utama ialah untuk meningkatkan lagi tahap perkhidmatan pengangkutan awam
dan juga bertujuan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur.
Setelah beberapa tahun pengangkutan ini berkhidmat kepada penduduk Kuala
Lumpur, LRT belum berupaya untuk memujuk penduduk Kuala Lumpur beralih
kepadap pengangkutan awam bagi mengurangkan kesesakan lalulintas
Ketidakupayaan LRT memujuk pengguna menggunakan pengangkutan ini
banyak dipersalahkan kepada kos tambang yang amat mahal disamping faktor-
faktor lain seperti dasar kerajaan, pola jaringan perkhidmatan LRT dan kesedaran
masyarakat yang masih rendah terus menghantui projek yang menelan
perbelanjaan yang besar ini.
Melalui kajian ini,saya dapat mengetahui tenteng jenis jenis sistem
pengangkutan, faktor faktor yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan
di Kuala Lumpur. Di samping itu, mengenal pasti kepentingan serta kesan-kesan
perkembangan jaringan sistem pengangkutan dan seterusnya langkah-langkah
mengatasi masalah sistem pengangkutan. Selepas menjalankan kajian ini, saya
telah mengetahui secara lebih mendalam terhadap kawasan kajian saya. Saya
juga berasa bangga kerana menjadi seorang rakyat Malaysia setelah
menjalankan kajian ini.
Melalui kajian ini saya merasa bangga kerana ibu negara kita adalah salah
sebuah kawasan yang serba lengkap dan maju dengan sistem pengangkutan
yang serba moden. Ini merupakan pengalaman yang tidak dapat saya lupakan.






RUJUKAN

8.1 Internet
KoleksiPeta/ map_peninsular.jpg?o=10
http://www.malaxi.com/map_kuala_lumpur_highway_road.html
http://www.scribd.com/word/access_denied/90908746/lrt
www.malaysiaexpat.com
http://jp.myrapid.com.my/#from=4272&to=815&prefer=rail

8.2 Buku Ilmiah
Chong Mui Sen (2012). Target Geografi PMR, Petaling Jaya, Sasbadi Sdn. Bhd.
Buku Teks Georafi Tingkatan 2, Kementerian Pelajaran Malaysia.












KELEBIHAN-KELEBIHAN PENGANGKUTAN AWAM





Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar
akal dan minda telah menyumbang kepada faktor perubahan
sistem pengangkutan awam secara drastic. Pada zaman yang
serba canggih ini, sistem pengangkutan moden kian mempengaruhi
kehidupan masyarakat. seluruh negara termasuklah di bandar dan
dikawasan pedalaman. Oleh itu, kelebihan-kelebihan penggunaan
pengangkutan LRT banyak diperkatakan .

Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana
menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam kepada
semua. Bertitik tolak daripada itu, dengan menggunakan
pengangkutan awam sebenarnya dapat menjimatkan masa
seseorang untuk sampai ke sesuatu destinasi seterusnyadapat
menjimatkan kos perjalanan. Sebagai contohnya, jika
dahulu perjalanan ke Ipoh dengan memandu kereta mungkin
memakan masa hingga tiga jam dan kadangkala meletihkan kerana
terpaksa menempuh kesesakan yang tidak diduga sepanjang
perjalanan. Sudah jelas di sini bahawa penggunaan ETS dapat
menjimatkan masa seseorang lebih kurang 50 minit berbanding
penggunaan kereta persendirian. Impaknya, pengangkutan awam
dapat menjimatkan masa dan kos perbelanjaan dengan tambang
yang berpatutan seperti juga pengangkutan awam yang lain iaitu
LRT (Light Rail Transit) dan MRT(Mass Rail Transit) yang menjadi
pilihan ramai terutamanya golongan pertengahan di kawasan
bandar. Malahan kita boleh pergi ke mana-mana destinasi tanpa
perlu memikirkan kos petrol yang semakin meningkat dan
pengguna tidak perlu memikirkan bayaran tol serta bayaran tempat
meletak kenderaan. Seterusnya, kos yang dapat dijimatkan itu
boleh digunakan untuk membeli barang keperluan yang lebih
penting. Peribahasa yang bertepatan dengan situasi di atas
ialah Ingat Sementara Belum Kena, J imat Sebelum Habis dan Masa Itu
Ibarat Emas.
Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat
perlu menggunakan pengangkutan awam agar dapat
mengurangkan kesesakan lalu lintas .Perkhidmatan bas semasa
tidak mampu menandingi kelajuan, keupayaan dan kekerapan
perkhidmatan rel yang tinggi kerana bas perlu meredah kesesakan
lalu lintas bersama-sama ribuan kenderaan lain. melancarkan
perjalanan. Selain itu, pengguna yang mengutamakan
perkhidmatan pengangkutan awam dan tidak mementingkan diri
sendiri, Bagai Enau Dalam Belukar Melepaskan Pucuk Masing-
Masing dapat mengurangkan bilangan kenderaan di jalan
raya. Kekurangan kenderaan persendirian di jalan raya secara
langsungnya dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas yang
kronik. Secara implisitnya, kadar kemalangan dapat dikurangkan
sekali gus. Dengan ini, diharapkan masyarakat sedar akan
kelebihan pengangkutan awam yang dapat membantu
mengurangkan kesesakan lalu lintas.



Malah mengurangkan pencemaran alam. Mahu atau tidak,
pengangkutan awam akan menjadi nadi penting dalam
memperkasakan bandar yang bersih atau mampu mengurangkan
karbon atau gas beracun di kawasan bandar. Kawasan bandar
yang kurang kenderaan persendirian bermaksud akan bertambah
kurangnya karbon dilepaskan. Tambahan pula, LRT, MRT dan
Monorel digerakkan menggunakan tenaga elektrik. Pembinaan
pengangkutan awam yang efisyen membolehkan bandar raya
dibangunkan dengan sempurna. Kajian masa depan perlu
dilakukan untuk memikirkan kesesakan bandaraya pada masa akan
datang. Walaupun adanya bandar satelit yang membantu
mengurangkan kesesakan bandar utama, perancangan
pengangkutan awam yang sempurna perlu difikirkan.
Kenderaan bermotor yang padat di kawasan bandar menyumbang
kepada pencemaran udara dan pencemaran bunyi. Dari satu segi,
fenomena ini menunjukkan kemajuan ekonomi sesebuah negara.
Manakala dari sisi alam sekitar pula, hal ini menunjukkan
kemerosotan alam sekitar. Keadaan yang bercanggah inilah yang
sepatutnya diselarikan supaya kenderaan bermotor bukan sahaja
boleh digunakan sebagai petunjuk kemajuan ekonomi negara,
bahkan turut menyumbang kepada kelestarian alam sekitar. adalah
dengan memperkenalkan Sistem Pengangkutan Hijau yakni satu
sistem pengangkutan awam yang bukan sahaja menawarkan
perkhidmatan yang berkualiti iaitu cepat, cekap dan selesa bahkan
mengurangkan pencemaran alam sekitar. Sekiranya sistem
pengangkutan hijau berjaya dilaksanakan dengan sepenuhnya di
kawasan bandar tanpa gangguan daripada kenderaan persendirian
dan motosikal sudah pasti matlamat untuk meningkatkan
kualiti hidup penduduk di bandar akan tercapai. Hal ini kerana
gangguan dari segi tekanan, ketidakselesaan, kerumitan, kelewatan
jadual perjalanan, kesesakan lalu lintas telah berjaya
diatasi. Keselesaan dan kesejahteraan penduduk dalam
berinteraksi di jalan raya juga merupakan sumbangan kepada
peningkatan kualiti hidup penduduk. Izharlah bahawa sistem
pengangkutan awam yang moden di negara kita mampu
melestarikan alam sekitar seterusnya pencemaran udara tidak akan
menjadi masalah lagi.


Sebagaimana yang kita ketahui, penggunaan pengangkutan awam
moden dapat memudahkan perjalanan. Situasi ini jelas
menunjukkan penggunaan pengangkutan awam moden telah
memudahkan perjalanan bagi jarak yang amat jauh melangkaui
sempadan antarabangsa. Selain itu, Sistem Transit Aliran Ringan
(LRT), komuter, monorel dan KLIA Ekspress telah terbukti dapat
memudahkan perjalanan kerana bebas daripada kesesakan lalu
lintas. Hal ini disebabkan pengangkutan awam ini mempunyai
laluan atau rel yang tersendiri.

You might also like