You are on page 1of 38

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS RAJA MELEWAR



(Budaya dan Pembelajaran)
EDU 3109



NAMA : ILAMMAAREN A/L RAMADASS
NO.K/P : 900925 14 6209
ANGKA GILIRAN : 2010151340064
UNIT : PML (BT) / MT / BI
PENSYARAH : Pn. Noor Azzam bte Abdul Rahim



HALAMAN PENGAKUAN








Saya mengaku karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tandatangan : .
Nama Penulis : ILAMMAAREN A/L RAMADASS

































Penghargaan
Terlebih dahulu saya bersyukur kepada Tuhan yang maha pengasih, atas
kurniaanya kami dapat menyiapkan tugasan budaya dan pembelajaran kod EDU 3109
yang diberikan. Seterusnya kami mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak
terhingga kepada Pn. Noor Azzam pensyarah kami kerana telah banyak memberi
tunjuk ajar kepada saya (ILAMMAAREN kad pengenalan bernombor 900925146209)
dalam membantu menyelesaikan tugasan yang telah diberi beberapa minggu yang
lepas.
Dalam usaha mencari sumber rujukan saya telah merujuk beberapa rujakan
yang berlaianan seperti buku, dan laman web. Semua maklumat yang kami gunakan
adalah berdasarkan kepada jenis sumber rujukan yang betul dan diambil daripada
internet dan buku rujukan. Melalui sumber-sumber tersebut saya telah mengolah
maklumat tersebut menjadi esei. Esei yang saya sediakan adalah mengikut kehendak
soalan.
Sesungguhnya tugasan ini memberi kesan positif kepada saya kerana secara
tidak langsung saya mengetahui cara cara pengaplikasian teori pembelajjaran dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran seperti ujian diagnostic, sert bahan bantu mengajar
.Oleh itu banyak input-input yang penting telah saya dapat melalui kerja kursus ini.
Pada akhir saya sangat berbesar hati mengucapkan terima kasih kepada semua yang
menolong saya menyiapkan kerja kursus ini.
Selain itu saya juga berasa amat terima kasih kepada seluruh rakan unit saya
serta semua pihak yang telah menyumbangkan informasi, maklumat mahupun memberi
sokongan.

Sekian Terima Kasih.
ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN

2.0 KONSEP KEPELBAGAIAN BUDAYA DI MALAYSIA

3.0 KEPENTINGAN KESEDARAN KEPELBAGAIAN SOSIO
BUDAYA KEPADA GURU

4.0 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA KEPADA
SISTEM PENDIDIKAN
4.1 Sekolah
4.2 Guru
4.3 Murid
4.4 Dasar kerajaan
4.5 Kurikulum tersirat

5.0 PENGIMPLEMENTASIAN SATU PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BERKESAN YANG MESRA BUDAYA
/ ADAT RESAM

6.0 RUMUSAN

7.0 REFLEKSI

8.0 RUJUKAN

9.0 LAMPIRAN


1.0 PENGENALAN
Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang memunyai rakyat pelbagai
bangsa dan budaya. Kepelbagaian kaum yang terdapat di malaysia boleh dibahagikan
kepada tiga kumpulan masyarakat terbesar , iaitu Melayu , Cina , dan India. Selain
daripada iga kumpulan besar ini terdapat juga kaum kaum lain di Malaysia antaranya
kaum Bumiputera dan golongan Peranakan ( Che Su Mustaffa dan Rasilah Mohd Rosdi
, 2005 : 1 )

Berdasarkan statistik yang ditunjukkan melalui carta 1 di atas, jelas ditunjukkan
bahawa Malaysia mempunyai ciri cir kepelbagaian kaum yang kompleks denan setiap
kaummempunyai kebudayaannya yang tersendiri. Pada yang sama, wujudnya budaya
universal yang dikongsi oleh setiap kaum bagi melambangkan keperibadian Malaysia.
Sifat masyarakat Malaysia yang multikultural merupakan hakikat yang wujud dalam
masyarakat moden pada hari ini sehingga memerlukan setiap masyarakat mengambil
langkah untuk saling mengenali dan menyesuaikan diri antara satu sama lain.
Justeru , pendidikan dilihat sebagai saluran untuk menyampaikan ciri ciri
masyarakat dan kebudayaan ke dala minda generasi muda. Hal ini bersesuai dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam konteks pendidikan di malaysia , aspek
kebudayaan dan masyarakat perlu dititikberat kerana pelajar secara realiti hidup dalam
masyarakat yang berbilang kaum , agama dan budaya. Tanpa pendidikan yang
bercorak kepelbagaian budaya, maka pelajar tidak akan mengenali jati diri masyarkat.
Hal ini demikian kerana budaya merupakan sebahagian daripada warian yang
diperturunkan dan dipelajari daripada nenek moyang dan akan diperturun pula ke
masyarakat akan datang ( Che Su Mustaffa dan Rasilah Mohd Rosdi , 2005 : 1 ).













2.0 Konsep kepelbagaian budaya di Malaysia
Menurut kamus Dewan (2005) , kepelbagaian ialah berbagai bagai jenis.
Kepelbagaian merangkumi banyak benda sama ada abstrak atau konkrit yang boleh
diperoleh di sesuatu tempat atu kawasan yang sama. Pada masa yang mengikut
kamus Dewan (2005) budaya pula membawa maksud tamadun , peradaban , kemajuan
fikiran dan akal budi.
Menurut Encik Edward b.Taylor ( Primitive Culture ) budaya bermaksud
kompleks yang merangkumi engetahuan , kepercayaan , seni , sikap , undang undang
, adat resam dan kebolehan lain dan tingah laku yang diperolehi oleh manusia sebagai
ahi masyarakat. Selain itu, menurut Andreas Eppink pula, budaya ialah keseluruhan
pengertian , nilai , norma , ilmu pengetahuan serta struktur struktur kemasyarakatan ,
keagamaan selain penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri ciri khas
sesebuah negara.
Menurut pandangan saya, kepelbagaian budaya di Malaysia bermaksud
sesudian sesuatu kaum, agama, bangsa atau ras untuk hidup di bawah sebumbung
dengan bertolak ansur serta mengadaptasikan budaya atau adat resam sesuatu kaum
dalam mewujudkan satu bangsa terbaru iaitu bangsa Malaysia.
Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum yang
mempunyai budaya , adat resam dan ciri ciri keistimewaan yang tersendiri.
Kepelbagaian budaya ini telah membentuk satu identiti Malaysia yang aman dan damai.
Kesudian rakyat Malaysia dalam berganding bahu untuk mengekalkan keamanan dn
kestabilan dalam asek politik , ekonomi dan sosial adalah sesuatu yang menakjubkan.
Menurut Shamsul Amri Baharudin (2007) , budaya bersifat bukan kebendaan ialah
kepercayaan , adat isti adat dan undan undang. Di Malaysia , budaya yang diamalkan
ialah budaya bersifat bukan kebendaan. Ini jelas ditunjukkan oleh cara hidup
masyarakat di negara kita. Masyarakat yang yakin keada budayanya akan
menunjukkan rasa hormat dan patuh kepada amalan dan larangan yang terdapat dalam
budaya tersebut. Cara hidup masyarakat Malaysia jelas menunjukkan sikap
keterbukaan mereka dalam menerima sebarang budaya. Contohnya kaum melayu
sanggup menerima budaya orang orang india dan cina. Suatu ketika dahulu , konsep
pemberian ang pau hanya berlaku dikalangan orang orang cina ketika musim
perayaan tetapi kini budaya ini telah diterima oleh orang orang melayu dan india.
Pada sama sekarang ketiga tiga kaum ini mengamalkan budaya pemberian ang pau
ketika musim perayaan.
Konsep kepelbagaian budaya dapat dilihat dari segi enam element yang penting.
Yang pertamanya ialah element bangsa. Menurut kamus pelajar (1993) , bangsa
bermaksud kumpuan manusia yang sama adal usulnya serta serupa sifat sifatnya.
Bangsa juga merupakan suatu kelompok manusia yang dianggap memiliki identiti
bersama , yang bersatu pada satu wilayah dan mempunyai keterikatan dengan wilayah
tersebut (Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon, 2010: 1).
Dalam konteks negara Malaysia , orang Melayu , Cina dan India di Malaysia yang hidup
bersama sejak dahulu dan telah membentuk identiti Malaysia yang ada kini. Kini , jika
nama Malaysia dilaung di persada dunia maka secara automatiknya penduduk
penduduk negara lain mempunyai tanggapan bahawa Malaysia adalah sesebuah
negara yang mempunyai pelbagai budaya. Ini yang dimaksudkan melalui konsep
kepelbagaian budaya. Dalam bilik darjah pula , suasana campuran pelbagai budaya
menyebabkan anak anak bangsa bergerak dalam satu identiti yang sama iaitu kami
anak Malaysia ataupun 1 Malaysia. Suasana campuran pelbagai budaya ini
menyebabakan anak anak muda zaman sekarang untuk menerima dan mengamalkan
konsep kepelbagaian budaya. Mereka sanggup berkerja antara bangsa, kaum dan etnik
yang bersama secara bersama. Kini di Malaysia , Menurut banci 2010 (
www.star.com.my ) , terdapat 67.4 % etnik bumiputera , Cina(24.6 %) , India (7.3 %)
dan lain lain (0.7 %) .
Di Malaysia bukan sahaja adanya Melayu , Cina dan India malahan jika kita
beralih ke Sabah dan Sarawak terdapat pula beratusan peribumi Iban , Dayak ,
Melanau , Kadazan , Dusun , Bajau dan lain lain lagi. Jadual 1.0 menunjukkan banci
bagi tahun 2010 di Sabah dan Sarawak
Banci 2010: Penduduk Sabah dan Sarawak
Melayu 184,197
Kadazandusun 568,575
Bajau 450,279
Murut 102,393
Bumiputera lain 659,865
Cina 295,674
India 7,453
Lain-lain 48,527
Bukan warga 889,779
JUMLAH 3,206,742
Jadual ini menunjukkan bahawa terdapat juga kepelbagaian budaya di sabah dan
sarawak. (http://helenang.wordpress.com)

Yang seterusnya ialah kepercayaan. Kepercayaan merupakan keyakinan atau akuan
mengenai kebenaran berlakunya sesuatu, Kamus Dewan(1994). Kepercayaan juga
adalah sesuatu yang dipercayai dan diterima secara turun-temurun. Dalam konteks di
bilik darjah, murid dapat mengetahui dan memahami kepelbagaian kepercayaan
masyarakat di negara kita seperti kepercayaan masyarakat Melayu, Cina dan India.
Murid juga perlu didedahkan kepada kepercayaan masyarakat lain supaya tidak timbul
salah faham ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di dalam kelas.Kita
sebagai penduduk Malaysia hendaklah patut mengenali adat isitadat dan antang larang
semua kaum. Contohnya, Masyarakat Melayu mengamalkan pantang larang menjahit
pada waktu senja. Jika melakukannya dikatakan mata mereka akan buta. Sebenarnya
adalah ia adalah untuk menjaga kesihatan mata anak supaya tidak menjadi kabur dan
rosak atau jarum tercucuk tangan. Larangan ini membawa kebaikan kepada anak
supaya mereka tahu membezakan masa yang sesuai untuk melaksanakan sesuatu
tugasan. Pantang larang ini digunakan oleh semua masyarakat di Malaysia. Tidak dikira
Melayu, Cina ataupun India.
Selain itu, Masyarakat Cina turut percaya bahawa alam semesta ini dikuasai oleh
semangat yang kekuatanya luar biasa. Beberapa semangat itu berada dan hidup di
dalam fenomena-fenomena alam seperti langit, matahari, tanah, air, tumbuh-
tumbuhan, gunung serta fenomena-fenomena alam lainnya. Fenomena alam itu
diklasifikasikan kepada yang dan yin. Yang merupakan prinsip dasar untuk laki-laki,
matahari, arah selatan, panasnya cahaya(siang), dan siang yang termasuk keaktifan.
yin adalah suatu prinsip seperti wanita, bulan, arah utara, dingin, gelap(malam), dan
segala yang bersifat pasif. Masyarakat Cina percaya bahawa jade dapat memberi
kekayaan dan keharmonian. Feng-shui dikatakan akan memberi tuah dalam kehidupan
(Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon, 2010: 1).
Kepercayaan dalam masyarakat India pula dikaitkan dengan dewa-dewi, unsur
alam, unsur jahat seperti hantu, roh dan penunggu serta kesan-kesan negatif. Sesiapa
yang melanggar kepercayaan biasanya dikatakan akan menerima nasib buruk atau
kesan negatif (Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon, 2010: 1).
Sebagai contohnya perbuatan bersiul pada waktu malam akan mengundang ular masuk
ke dalam rumah. Bagi yang makan di tempat yang gelap pula, mereka ditakutkan
dengan cerita bahawa makanan mereka akan dikongsi bersama oleh hantu, roh atau
penunggu. Mereka juga percaya bahawa sekiranya pensel diasah pada kedua-dua
belah, maka ibu dan bapa dalam keluarga berkenaan akan sentiasa bergaduh.
Kesemua kepercayaan ini sememangnya telah dikenali oleh sebahagian besar
masyarakat Malaysia. Penerapan serta sikap toleransi antara sesama kaum
menyebabkan konsep kepelbagaian budaya di Malaysia menular dengan cepatnya.
Satu lagi cara untuk kita memahami konsep kepelbagaian budaya yang wujud di
Malaysia ialah dengan adanya bahasa. Bahasa merupakan satu sistem komunikasi
yang menggunakan bunyi atau simbol dengan pengertian yang tidak harus digunakan
sewenangnya wenangnya , tetapi mempunyai struktur. Bahasa merupakan alat
menyalurkan idea (Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon, 2010:
1). Di Malaysia, kepelbagaian budaya ini diterapkan melalui bahasa. Boleh dikatakan
sebahagian besar daripada orang india dan orang cina fasih bahasa melayu. Ini juga
membantu dalam menularan kepelbagaian budaya dalam Malaysia.
Adat resam adalah sesuatu cara yang telah ditentukan untuk melakukan sesuatu
yang telah diakui oleh masyarakat . adat juga adalah amalan yang piawai , iaitu adat
dan kelaziman yang diharapkan daripada anggota masyarakat. Adat resam juga
merupakan sesuatu perkara ynag diwarisi sejak turun temurun oleh ketiga tiga kaum
utama di Malaysia. Setiap kaum yang berbeza mempunyai adat yang berbeza.
Terdapat pelbagai adat resam dari pelbagai kaum yang masih diamalkan sehingga ke
hari ini. Kepelbagain adat resam di Malaysia merupakan salah satu aspek penwujudan
konsep kepelbagaian budaya yang terdapat di Malaysia kini.
Secara kesimpulannya, terdapat pelgai budaya dalam masyarkat majmuk
kepelbagaian ini perlulah ditangani dengan baik . sekirannya ia ditangani dengan baik
maka ia tidak akan menimbulkan jurang dikalangan murid dan juga masyarakat.













3.0 Kepentingan kesedaran kepelbagaian sosio- budaya kepada guru.
Sebagai seorang guru adalah menjadi tanggunjawab untuk mengaji dan
memahami budaya setiap kaum etnik pelajar di dalam kelasnya untuk menyediakan
pengajaran dan pembelajaran yang dapat memanfaatkan semua pelajar. Pelajar dalam
sesebuah kelas terdiri daripada pelbagai etnik , taraf sosioekonomi, latar belakang
keluarga, kawasan petempatan, budaya,adat resam dan bahasa yang berbeza. Oleh itu
guru tidak seharusnya menggunakan cara yang sama untuk melayani dan memberikan
perhatian terhadap pelajar. Kepelbagain sosio- budaya yang wujud di dalam bilik darjah
memerlukan guru mengambil perhatian yang sesuai bagi membolehkan pengajaran dan
pembelajaran belaku dengan berkesan. Kesedaran mengenai kepelbagaian sosio
budaya kepada guru akan memyebabkan murid diberi layanan yang adil dan
menyebabkan guru untuk menerima murid tersebut tanpa pra syarat. Mengenali latar
belakang pelajar , taraf sosio ekonomi, tempat tinggal, budaya, adat resam,
kepercayaan, dan agama akan membolehkan guru memberikan layanan yang lebih adil
kepada indvidu pelajar (Norati. A Rashid dan Boon Pong Ying , 2011: 1). Guru tidak
seharusnya melayani murid sebagai satu kelompok individu , kelopok kelas sosial, atau
kelompok mengikut kaum etnik tetapi sebagai individu yang mempunyai keunikkan.
Justeru, dengan mengenali butiran murid guru bolehlah memberikan layanan yang adil.
Seseorang guru tidak boleh mengambil keputusan dengan hanya melihat luaran
para pelajar. Malah guru yang sedar akan sosio budaya akan berusaha untuk
mendapatkan maklumat peribadi murid. Dengan memperoleh maklumat peribadi murid
maka guru itu akan dapat merancang pembelajaran yang sesuai dan memberikan
layanan yang adil terhadap pelajar. Contohnya, sekiranya ada murid yang dari kawasan
pinggir ataupun luar bandar, maka guru tidak sepatutnya mengharapkan murid tersebut
untuk memiliki kemudahan yang sama seperti di kawasan bandar. Malah guru
hendaklah patut memikirkan altenatif yang lain bagi murid murid tersebut bagi
merasai kemudahan yang serupa. Guru yang memilki maklumat latar belakang
keluarga pelajar akan dapat memahami tingah laku dan luahan perasaan pelajar yang
dipengaruhi oleh persekitaran(Norati. A Rashid dan Boon Pong Ying , 2011: 1) .
Contohnya, Murid murid yang kehilangan ibu bapa mereka, mungkin akan
menunjukkan sifat kemurungan ataupun sifat mendiamkan diri di dalam kelas. Jika guru
itu mengenali isu ini, sudah tentu guru itu akan boleh membantu murid tersebut
mengatasi masalah yang dihadapinya.
Seorang guru sekirannya peka akan terhadap kesedaran kepelbagaian sosio-
budaya maka guru itu sepatutnya dapat mengurus sesuatu kelas dengan berjayanya.
Penerapan kepelbagaian sosio budaya di dalam kelas akan dapat mewujudkan
masyarakat yang majmuk. Guru dengan mengetahui kepentingan kesedaran
kepelbagaian sosio- budaya, guru itu bolehlah memilih kaedah pengajaran yang sesuai
bagi membantu murid murid dalam memahami kepelbagaian budaya (Norati. A
Rashid dan Boon Pong Ying , 2011: 1). Satu strategi yang sesuai digunakan ialah
pembelajaran kopertif. Melalui struktur pembelajaran koperatif , pelajar dalam kumpulan
heterogenous dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman , belajar bersama sama
, saling membantu dan berinteraksi untuk memastikan pencapaian kumpulan. Pelajar
yang mempunyai pelbagai latar belakang , etnik , taraf sosial dan pencapaian dapat
salimg belajar dan mengenali budaya secara tidak langsung. Kesedaran budaya mikro
kumpulan etnik yang berbeza dapat membantu mengeratkan hubungan dan
mewujudkan kerjasama dan toleransi yang diperlukan dalam masyarakat majmuk
(Norati. A Rashid dan Boon Pong Ying , 2011: 1) .
Terdapat guru yang memberikan respon yang berbeza kepada pelajar yang
mewakili kelompok kecil, minoriti atau kelas sosial rendah. Ada kajian di Amerika
menunjukkan , terdapat layanan dan jangkaan yang berbeza berdasarkan bangsa,
jantina dan kelas sosial. Jangkaan telah pun dibuat sejak pelajar mula masuk sekolah
berdasakan pakaian dan lain lain yang berkaitan dengan taraf sosioekonomi keluarga
(Norati. A Rashid dan Boon Pong Ying , 2011: 1). Guru perlu sedar akan kepentingan
kepelbagaian sosio budaya. Ini akan membantu guru itu daripada bersifat
etrosentrisme. Sekiranya guru itu bersifat etrosentrisme, maka guru itu akan
mengamalkan diskriminasi. Sebagai contoh , kebanyakkan guru akan mengambil berat
terhadap para pelajar yang pandai dan rajin dalam kelas. Ini kerana mereka
mengkatogerikan pelajar tersebut sebagai pelajar dari keluarga yang berlatarkan sosio
ekonomi serta sosio budaya yang tinggi. Jadi guru itu akan berusaha bersungguh
sungguh untuk mengajar murid murid tersebut. Guru tersebut juga akan menyediakan
pengajaran dan pembelajaran yang mendalam. Manakala bagi pelajar yang
ditempatkan di kelas terakhir dan diberi layanan ala kadar sahaja. Ini kerana guru
tersebut beranggap bahawa latar belakang mereka amat rendah dan pelajar yang
rendah sosio ekonominya tidak akan ada niat untuk belajar. Ini secara automatik akan
menyebabkan guru itu untuk memandang rendah terhadap mereka. Guru tersebut juga
akan menunjukkan rasa tidak endah ketika mengajar. Guru tersebut juga tidak akan
mengajar sesungguhnya. Secara tidak langsung dengan layanan yang berbeza, jarak
antara kelompok pelajar tersebut akan menjadi lebih jauh. Lantaran itu, pelajar kelas
akhir akan berasa tidak bermakna berada di sekolah , dianggap pelajar bermasalah ,
dan akhirnya akan bertingkah laku sebagaimana jangkaan guru (Norati. A Rashid dan
Boon Pong Ying , 2011: 1) . Guru yang sedar akan kepentingan sosio budaya secara
automatiknya dan mengelakkan diri mereka daripada amalan diskriminasi dan
seterusnya akan memberikan tumpuan yang sama kepada semua kelas murid. Guru
juga akan sedar bahawa tugas beliau adalah untuk menyediakan pengajaran dan
pembelajaran yang selaras dengan pengalaman dan keupayaan serta budaya pelajar.
Seorang guru yang prihatin terhadap kepentingan kepelbagaian budaya akan
sentiasa berwibawa dalam pemilihan bahan sumber. Menurut Noriati ( 2011), pemilihan
bentuk sumber yang dapat diterima , tidak bias dan prejudis perlu diutamakan. Contoh
yang berkaitan dengan pengalaman harian pelajar akan meningkatkan motivasi pelajar.
Ini secara automatik akan meningkatkan pembelajaran murid murid. Pembelajaran
berkesan berlaku berdasarkan pengetahuan dan budaya seseorang pelajar.
Contohnya, jika sebuah kelas mengandungi tiga jenis kaum utama maka isi pelajaran
yang disampaikan perlulah dikaitkan dengan ketiga tiga etnik tersebut. Sekirannya,
hanya satu kaum dominan di kelas dan jika selainnya terdiri daripada etnik minoriti,
pelajar minoriti juga perlu diberikan perhatian ketika isi pelajaran disampaikan. Guru
guru akan menyelitkan nama nama watak , tempat makanan dan perayaaan etnik
minoriti bersama kaum dominan dalam isi pelajaran mereka supaya murid murid
minat dengan penyampaian mereka. Guru juga akan sentiasa mengelakkan unsur
unsur negatif dan sensitif bagi mana mana etnik. Ekoran itu, guru juga akan sentiasa
mendapatkan maklumat yang tepat mengenai sesuatu etnik. Pemilihan sumber yang
merangkumi penggunan bahasa dan istilah yang tidak sensitif juga perlu diberi
perhatian. Guru yang mempunyai kesedaran mengenai kepentingan kepelbagaian
budaya akan sentiasa memperlihatkan isu ini sebagai isu yang penting supaya tiada
pelajar yang diabai serta tidak dihargai di kelas nanti.


















4.0 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA KEPADA SISTEM PENDIDIKAN

4.1 Sekolah
Sistem pendidikan, melalui sistem persekolahan , merupakan elemen yang
penting bagi sesebuah negara dalam usaha menuju ke arah membangunkan
masyarakat dari segi ekonomi , politik , dan sosial. Sistem persekolahan bukan sahaja
berperanan untuk memberi pelajaran kepada semata mata, bahkan ia merupakan
saluran untuk menyamaikan kepada rakyat berkenaan dengan wadah perjuangan
negara yang sangat mementingkan nilai nilai murni dalam masyarakat berbilang kaum
demi mencapai perpaduan. Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai
masyarakat berbilang kaum , agama , dan adat resam dimana ia dikenali sebagai
negara kepelbagaian budaya. Pelaksaan sistem pendidikan yang dijalankan perlulah
mengikut keperluan dan kesesuain masyarakat Malaysia. Oleh kerana wujudnya
kepelbagaian sosio budaya di Malaysia. Maka pengaruhnya adalah amat kuat
terhadap penggubalan dan pelaksanaan sistem pendidikan di Malaysia.
Masyarakat Malaysia yang terdiri dari bangsa Melayu , Cina , india lain lain
etnik, dan beragama islam , buddha , hindu dan kristian menjadi rujukan kerajaan kita
sebelum sesuatu dasar dirangka agar manfaat dan faedah dapat dirasai oleh semua
golongan masyarakat. Kepelbagaian sosio budaya dalam sistem pendidikan akan
melahirkan pewaris negara yang berlualiti , bertanggungjawab , berdaya saing , bijak
dan mempunyai sifat patriotik di mana ia penting untuk perpaduan di kalangan
masyarakat.
Sistem pendidikan yang berasaskan kepelbagaian budaya telah memainkan
peranan yang penting sejak zaman penjajahan british. Pada zaman penjajahan british,
british telah melaksanakan sistem pendidikan yang berteraskan pendidikan Inggeris.
Ketika penjajahan british , pihak Inggeris juga telah mewujudkan sekolah vernakular
Melayu , sekolah vernakular Cina , sekolah vernakular Tamil. Pada masa kini terdapat
pelbagai pilihan jenis sekolah dalam sistem pendidikan negara. Pada peringkat sekolah
rendah terdapat SK, SJKC, SJKT. Pada peringkat menengah pula terdapat SMK
Harian, Sekolah Model Khas, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Teknik
dan Sekolah Menengah Agama. Diperingkat sekolah rendah, terdapat tiga jenis sekolah
iaitu Sekolah Kebangsaan yang bahasa pengantar utamanya ialah Bahasa
Kebangsaan, SJKC yang bahasa pengantarnya Bahasa Cina manakala SJKT
menggunakan bahasa pengantarnya bahasa Tamil.
Diikuti pula dengan pengishtiharan Sekolah Premier ialah sekolah yang
mempunyai unsur sejarah dan tradisi yang kukuh dan memberi sumbangan yang
banyak kepada negara sejak penubuhannya. Sekolah ini mempunyai senibina yang
bersejarah yang akan memperkayakan khazanah warisan negara. Sekolah ini menjadi
lambang kebanggaan negara kerana kecemerlangannya.
Sekolah Bestari merupakan sekolah-sekolah yang terletak di Koridor Raya
Multimedia terutama di Putrajaya dan Cyberjaya. Sekolah ini mempunyai reka bentuk
yang menarik, infrastruktur yang lengkap dan terletak dalam kawasan strategic
berhampiran dengan Kompleks Kerajaan Persekutuan.
Sekolah Model Khas pula menggabungkan murid sekolah rendah pada peringkat
tahap dua dan murid sekolah menengah di bawah satu bumbung. Ia merupakan konsep
baru dan menyediakan kemudahan fizikal yang kundusif bagi murid-murid yang
berpotensi di kawasan luar Bandar seperti Sekolah Kebangsaan Clifford Kuala Lipis,
Pahang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jenun di Negeri Kedah.
Sekolah Pendidikan Khas menyediakan Pendidikan Khas kepada murid
bermasalah penglihatan, pendengaran, autisme, sindrom-down, keupayaan kognitif
rendah, ADHD dan disleksia. Matlamatnya adalah supaya mereka menjadi insan yang
berdikari dan dapat menyumbang kepada pembangunan negara.
Seterusnya adalah pengwujudan sekolah wawasan. Sekolah wawasan
meruakan antara percubaan yang dilakukan oleh kerajaan dalam usaha penerapan
kepelbagaian sosio budaya. Sekolah wawasan bereti sekolah rendah yang
berkonsepkan belajar bersama sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira
kaum atau agama. Di bawah konsep ini , tiga buah sekolah rendah berlainan aliran
akan ditempatkan dan kawasan yang sama , iaitu sekolah kebangsaan , sekolah jenis
Cina , dan Tamil. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh
disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghujung ( KPM,
2010 ). Antara tujuan penting penubuhan Sekolah Wawasan ialah mewujudkan suanan
kepelbagaian budaya diantara pelajar dari pelbagai aliran. Ini akan melahirkan generasi
yang bertolak ansur dan bersatu padu.
Di peringkat sekolah menengah pula terdapat Sekolah Berasrama penuh (SBP)
yang memberi peluang murid cemerlang khususnya dari kawasan luar Bandar
mendapat pendidikan yang terbaik supaya mereka terus berjaya dalam bidang
akademik, kokurikulum dan sahsiah. Sekolah Menengah Teknik memberi peluang
belajar kepada murid yang cenderung dalam bidang teknikal dan vokasional.
Matlamatnya adalah untuk menyediakan tenaga kerja mahir dan separuh mahir yang
mencukupi. Sekolah Teknik menawarkan bidang bidang vokasional seperti ekonomi
rumah tangga, pertanian, ketukangan elektrik, mekanikal dan awam manakala bidang
teknik termasuklah kejuruteraan elektrik, mekanikal dan awam. SMT yang cemerlang
termasuklah SMT Dato Undang Hj Md Sharip ( ekonomi rumah tangga), SMT Chenor
(pertanian), SMT Sri Manjung (ketukangan elektrik), SMT Muazam Shah (ketukangan
awam), SMT Shah Alam (ketukangan makanikal) dan SMT Cheras (kejuruteraan).(
http://www.scribd.com/doc/50835801/IMPLIKASI-KEPELBAGAIAN-SOSIO-BUDAYA )
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) menawar dan menyediakan
program Pendidikan Islam kepada murid. Ia memupuk potensi murid dari segi minat,
kreativiti, sahsiah dan kepimpinan serta menyediakan peluang melanjutkan pelajaran
dalam pelbagai bidang ilmu di dalam dan di luar negara. Diantara yang membanggakan
ialah SMKA Maahad Haamidiah Kajang, Selangor. Ini adalah kometmen Kementerian
Pelajaran Malaysia untuk menerapkan nilai kerohanian dan kepercayaan agama
kepada murid-murid.
















Jadual menunjukkan bilangan sekolah rendah dengan menengah mengikut
peringkat, jenis dan sesi.
Apabila ditafsir dari jadual, boleh dikatakan kini Di Malaysia terdapat 5848 buah
sekolah kebangsaan , 1291 sekolah jenis kebangsaan Cina dan 523 sekolah jenis
kebangsaan Tamil. Manakala terdapat 1907 buah sekolah menengah kebangsaan , 60
buah sekolah berasrama penuh, terdapat 56 sekolah menengah agama, sekolah
menengah teknik dan vokasional sebanyak 34 dan 54 dan sebanyak 4 buah sekolah
model khas dibina di Malaysia setakat tahun 2011 (http://www.moe.gov.my/).

4.2 Guru
Zulhilmi Paidi dan Rohani Abd Ghani (2005) menyatakan guru merupakan suatu
profesion yang bertanggungjawab mendidik manusia. Mereka berperanan membentuk
sahsiah pelajar. Guru adalah golongan manusia yang memberi kesan yang besar
terhadap perkembangan personality, mental dan fizikal setiap manusia. Sistem
pendidikan di Malaysia mendukung Dasar Wawasan Negara yang mana mahu
menjadikan Malaysia sebuah Negara yang maju, bersatu padu, mempunyai masyarakat
yang berkeyakinan dan dilengkapi dengan nilai berfikiran terbuka, bertolak ansur,
penyayang, saksama, serta progresif dan makmur. Dengan ini guru mempunyai
cabaran yang besar untuk merialisasikan dasar ini apabila berhadapan dengan anak
murid yang mempunyai kepelbagaian sosio-budaya didalam bilik darjah. Sistem
pendidikan di Malaysia menggunakan suatu kurikulum yang sama bagi semua
rakyatnya, merupakan satu cabaran besar guru dalam menyampaikan kurikulum ini
kepada anak didik. Di dalam ruang lingkup bilik darjah, guru perlu membuat sedikit
analisis mengenai latar belakang murid-murid sebelum merancang pengajaran. Ini
penting supaya objektif pengajaran yang hendak disampaikan tercapai dan aktiviti
pembelajaran yang akan dilaksanakan mampu di lakukan oleh pelajar.
Sebagai guru, ia perlu tahu bahawa setiap individu pelajar itu mempunyai budaya,
latar belakang keluarga, dan tahap sosioekonomi yang berbeza-beza yang mana ia
sedikit sebanyak memberi kesan kepada pembelajaran mereka (Syed Ismail Bin Syed
Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon, 2010: 1). Dalam konteks kepelbagaian ini, di
mana pertumbuhan dan perkembangan seseorang pelajar itu mempunyai kesan yang
sangat kuat dalam menyusuri arus pembelajaran mereka. Ia juga adalah satu impak
yang sangat penting kepada pelajar untuk mencapai kejayaan daripada hasil
pembelajaran mereka di sekolah. Oleh yang demikian pemahaman yang mendalam
akan kepelbagaian pelajar yang wujud sekarang bukan hanya dilihat dari segi tahap
pembelajaran mereka bahkan juga pemerhatian yang teliti perlu diberikan kepada
budaya, etnik, bangsa, agama, latar belakang keluarga, sosioekonomi dan terutama
sekali kepada gaya pembelajaran setiap daripada mereka dengan menitikberatkan
kepada minat, bakat, pengalaman kita perlu meneroka bagi menampung perbezaan-
perbezaan individu yang wujud di dalam bilik darjah dan untuk memberikan peluang
yang terbaik kepada semua pelajar bagi mencapai kejayaan. Oleh yang demikian untuk
memahami dan menyelaraskan proses pengajaran dan pembelajaran dalam amalan di
sekolah yang lebih afektif berdasarkan kepada situasi kepelbagaian pelajar yang wujud
dalam dunia pendidikan sekarang adalah melalui pemahaman terhadap perbezaan
individu iaitu latar belakang tentang kepelbagaian pelajar dan gaya pengajaran guru
serta gaya pembelajaran pelajar itu sendiri. Secara keseluruhannya masalah ini akan
dapat di atasi dan ditangani.
Oleh kerana murid-murid di dalam kelas mempunyai pelbagai tahap kecerdasan
yang berbeza, ini bermakna kesediaan belajar mereka juga berbeza.Perkara ini perlu
diberi pertimbangan oleh guru, terutama murid-murid yang lambat. Sekiranya guru
mengabaikan mereka, mereka akan terus ketinggalan dan berkemungkinan akan
menjadi murid tercicir. Fahaman guru terhadap perbezaan kesediaan belajar
membolehkan guru melayani murid secara individu atau kumpulan mengikut kaedah
yang berbeza(Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon, 2010:
1).Dalam merangka objektif pengajaran dan pembelajaran, guru harus mengambil
objektif yang sesuai dengan murid. Guru juga harus menyediakan latihan atau aktiviti
yang sesuai dengan kumpulan yang berbeza keupayaan supaya murid yang lambat
tidak terus tertinggal dan murid yang pandai tidak merasa bosan.
Guru yang memahami pembelajaran dan perbezaan budaya akan berusaha
bersungguh-sungguh dalam menangani cabaran yang wujud dalam bilik darjah. Pelajar
merupakan asset utama yang boleh dikategorikan sebagai pelanggan bagi setiap guru
dalam bilik darjah. Golongan ini akan sentiasa bersama setiap kali proses pengajaran
dan pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah. Perlakuan mereka perlu dibentuk
melalui pendidikan dan asuhan yang terbaik dengan memahami latar belakang identiti
diri mereka tidak kira dari segi budaya, etnik, usia, jantina, sosio ekonomi, stail
pembelajaran dan sebagainya (Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin
Miskon, 2010: 1).
Sebagai guru adalah lebih baik sekiranya ia memahami setiap budaya pelajar yang
wujud di dalam sesebuah sekolah supaya ia dapat menyatukan pelajar yang pelbagai
budaya di dalam sesebuah bilik darjah dan mengelakkan berlakunya perkauman di
dalam bilik darjah. Walaupun seseorang pelajar itu lain agama atau kaum tetapi guru
perlu memberikan perhatian yang sama rata buat semua pelajarnya tanpa mengira latar
belakang. Guru juga perlu bijaksana dalam membuat pilihan dan alat bantu mengajar
(Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon, 2010: 1). Alat bantu
mengajar tersebut mestilah jelas dan membuatkan pelajar mudah faham. Contohnya jika
ingin mengajar tajuk bangsa yang ada di Malaysia, guru mestilah pandai untuk memilih
bahan yang dapat menarik pelajar menitikbertakan kesamarataan antara semuanya.
Oleh kerana pendidikan merupakan faktor utama untuk mencapai misi nasional,
guru memainkan peranan penting dalam kejayaan misi ini.ini adalah kerana guru
adalah sumber utama pengetahuan serta sebagai pemudahcara dalam pengajaran dan
pembelajaran. Dalam masa yang sama, guru adalah agen perubahan dan sumber
inspirasi murid.

4.3 Murid
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya adalah lebih majority kepada murid kerana
murid adalah pelanggan bagi setiap guru dalam bilik darjah. Sebagai guru, mereka
perlulah membersihkan hati murid melalui pendidikan yang terbaik. Ini adalah kerana
kerap kali terdapat perbezaan antara individu murid dengan kumpulan murid lain. Jadi
guru perlulah peka dan mendalami hati pelajar agar proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan dengan lancar. Guru juga berperanan menggunakan kemahiran
optimum dalam pengurusan bilik darjah serta guru perlulah memahami tingkah laku dan
budaya murid supaya tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang tepat dan betul.
Guru perlulah menyemai sikap percaya antara guru dan murid serta murid dan
murid (Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon, 2010: 1). Antara
langkah yang boleh dilaksanakan oleh guru ialah menyediakan aktiviti yang boleh
menyemai semangat saling mempercayai dalam diri murid. Contohnya membuat
aktiviti gotong royong di rumah murid mengikut kaum. Contohnya murid bangsa cina
bermalam dan menjadi anak angkat kepada keluarga kaum melayu. Ini sekaligus dapat
mengembangkan proses sosialisasi antara kaum seterusnya perpaduan dapat dijalin
dalam masyarakat.
Seterusnya , walaupun murid tinggal di negeri yang mempunyai dialek yang
tersendiri, tetapi penggunaan bahasa yang standard adalah sangat digalakkan (Syed
Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon, 2010: 1). Penggunaan dialek
adalah perlu dielakkan. Ini boleh dibentuk apabilag guru menggunakan bahasa yang
betul walaupunguru tersebut berasal daripada negeri yang sama. Aktiviti yang bercorak
ke arah peningkatan bahasa adalah sangat digalakkan seperti Minggu Bahasa.
Keempat, interaksi adalah sangat penting dalam membina perhubungan. Oleh
yang demikian aktiviti yang melibatkan rakan berlainan jantina adalah digalakkan.
Namun demikian kesedaran batasan dalam perhubungan adalah perlu dititik beratkan
agar tidak timbul masalah sosial.
Murid perlulah menguasai kemahiran berkomunikasi yang dijelmakan melalui
cara bertutur, bahasa badan, penulisan, penggunaan alat seperti komputer. Ini adalah
supaya pembentukan akhlak mudah dilakukan dimana murid mudah terima motivasi
secara berhemah. Salah satu cara untuk memberikan penghargaan dan pengiktirafan
kepada murid melalui komunikasi adalah melalui senyuman.
Murid perlulah mengalami budaya belajar ceria. Budaya belajar yang ceria
adalah seronok, kreatif, inovatif, penyertaan aktif. Kemahiran belajar caa belajar kini
adalah lebih mementingkan aspek nilai murni dan hubungan mesra supaya murid
kembangkan potensi diri dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial.
Terakhirnya ialah murid perlulah mempunyai disiplin yang tinggi seperti guru
membuat peraturan dan pendekatan yang yang digunakan perlulah berhemah tegas
bukan tujuan mendera tetapi pengajaran. Murid juga perlulah diberi pengiktirafan
apabila ada peningkatan.

4.4 Dasar kerajaan
Pada tahun 1983 kerajaan Malaysia telah mewujudkan rancangan kurikulum
Baru Sekolah Rendah (KBSR) untuksekolah rendah dan pada tahun 1989 kerajaaan
melaksanakan rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) di semua
sekolah menengah seluruh Malaysia. Kedua dua KBSR dan KBSM mempunyai
objektif yang sama iatu memupuk kesedaran kepelbagaian sosio budaya untuk
perpaduan integriti.
Pada tahun 2007 , bekas Perdana Mentari Malaysia , Tun Abdullah Ahamd
Badawi teah melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 -2010
yang bertujuan untuk melonjakkan tahap kecemerlangan sekolah.
(http://www.moe.gov.my/)Melalui PIPP 2006 2010, kerajaan telah memperkasakan
sekolah kebangsaan . Pelan ini tidak hanya memberikan fokus kepada satu jenis
sekolah dan kaum tetapi ia juga untuk semua jenis aliran sekolah termasuk sekolah
jenis kebangsaan Cina dan Tamil.
Selain itu, pelaksanaan kelas POL di Sekolah Kebangsaan juga merupakan
salah satu implikasi kepelbagaian budaya. Dalam Kelas POL ini , murid murid
berbangsa india dan cina dibenarkan untuk mempelajari bahasa ibunda mereka tanpa
sebarang gangguan dan masalah. Selain, kelas POL ini juga membenarkan murid
murid yang bukan berbangsa Cina dan India untuk mempelajari bahasa Tamil dan
bahasa Cina.
Rancangan Integriti murid untuk perpaduan (RIMUP) telah dilaksanakan oleh
kerajaan. Matlamat RIMUP adalah untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu
pengetahuan,memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibah dan mapu
menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu. Antara objektif terutama kerajaan
melaksanakan RIMUP adalah bagi Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat,
para guru dan muird serta warga sekolah dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah
menengah dalam kegiatan-kegiatan khas secara bersama
(http://sok2006.tripod.com/rimup.htm )
Konsep 1 Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri kita menjadi
penggerak utama ke arah mencapai perpaduan dan integrasikaum yang bertemakan
akyat didahulukan , pencapaian diutamakan . Konsep 1 Malaysia merupakan satu
gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat. Dalam menjayakan matlamat ini
, sektor pendidikan terutmanya melalui sistem persekolahan memainkan peranan
utama dengan nilai nilai murni dan perpaduan nasional (http://www.sosiohumanika-
jpssk.com/sh_files/File/4.mior.usm.mei.2011.pdf). Baru baru ini , kerajaan telah
memberikan netbook kepada semua pelajar tanpa mengira , agama dam kaum. Selain
itu kerajaan juga telah memberikan skim baucer buku 1 Malaysia kepada semua
pelajar. Ini menampakkan implikas kepelbagaian budaya.

4.5 Kurikulum tersirat
Kurikulum biasanya dirujuk kepada perancangan bertulis yang sistematik
merangkumi objektif, kandungan, strategi penyampaian dan penilaian untuk
dilaksanakan dalam satu jangka masa tertentu
(http://kheru2006.webs.com/edu_3106/3_Implikasi_Kepelbagaian_Sosiobudaya.htm).
Melalui Kurikulum Tersirat, Kementerian berusaha membentuk bangsa yang bersatu
dan saling menerima perbezaan Budaya antara kaum.Pihak sekolah berusaha
mengaplikasikan penerapan nilai Budaya masyarakat dengan melaksanakan aktiviti
sampingan khususnya aktiviti Ko-Kurikulum. Kurikulum Tersirat diaplikasikan melalui
aktiviti Berpersatuan, Kegiatan Panitia dan aktiviti Kokurikulum. Kurikulum Tersirat juga
harus menggalakkan interaksi dalam kelas sosial. Aktiviti yang dijalankan mestilah
melibatkan interaksi antara kelas sosial murid.Penerapan terhadap nilai-nilai murni juga
boleh dilaksanakan melalui pembentukan kurikulum.Pelaksanaan aktiviti bahasa dalam
kurikulum tersirat juga perlu dirancang dengan teliti.
Antara Ciri-Ciri Kurikulum Tersirat yang boleh dimaksudkan ialah ia hendaklah
merangkumi semua pengalaman pembelajaran murid di mana mereka belajar. Selain
itu , hasil pembelajarannya adalah bersifat relatif dan sukar diukur secara kuantitatif.
Contohnya, seperti yang terdapat dalam pengurusan kelab dan persatuan. Situasi inilah
yang akan memberikan ciri ciri kepimpinan kepada para murid. Nilai ini tidaklah diajar
secara langsung tetapi melalui aktiviti kokurikulum ia disampaikan secara
tersirat.Kurikulum tersirat tidak tercatat dalam kandungan kurikulum berkenaan
mahupun dalam penilaian. Contohnya jika seorang murid itu berjaya menganjur sesuatu
aktiviti, maka mereka akan memperoleh pengalaman yang tidak terkandung dalam
kandungan kurikulum. Sebaliknya , pengalaman ini akan membantu mereka dalam
menganjur kejohanan ataupun aktiviti seterusnya. Kewujudan kurikulum tersirat adalah
berbeza-beza bergantung kepada lokasi, persekitaran dan latar belakang pelaksana
Kurikulum.












5.0 PENGIMPLEMENTASIAN SATU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BERKESAN YANG MESRA BUDAYA / ADAT RESAM

Tahun : 3
Tarikh : 23 februari 2012
Matapelajaran : Bahasa Tamil
Bilangan murid : lelaki 12
Perempuan 8
Tajuk : Kenali budaya Malaysia
Masa : 9.00am 10.00am
Pengalaman lepas : Murid murid pernah melihat serta menghadiri
upacara perkahwinan orang orang india dan melayu

Bidang pembelajaran : 1.5 Menghuraikan idea dengan bantuan bahan
dan gambar
Hasil pembelajaran : 1. 5. 1 Menguraikan idea dengan gambar

Objektif : Di akhir pembelajaran, murid murid dapat:
Kognitif : Menerangkan kepentingan adat dan
pantang larang dalam keluarga.
Afektif : Mengenalpasti amalan adat dan pantang
larang dalam keluarga
Psikomotor : Membina sebuah buku skrap yang
mengandungi adat dan pantang
larang keluarga
Penggabungjalinan matapelajaran : Pendidikan moral
Kemahiran berfikir : menerangkan , mengenlpasti , menjadual
Nilai murni : kerjasama , toleransi
Kecerdasan pelbagai : interpersonal , intrapersonal, visual audiotori
Kajian masa hadapan : Masalah yang dihadapi ketika pantang larang
dilaksanakan
Kemahiran Generik : kemahiran belajar
Penggabungjalnan kemahiran : kemahiran bertutur , membaca dan menulis
Bahan bantu mengajar : LCD, Laptop, Pen Marker, projektor, Pembesar
suara dan Keratan Gambar.



Langkah /
Masa
Isi Pelajaran Aktiviti pengajaran
dan pembelajaran
Catatan
Set
induksi
( 5 minit )

1.0 Tayangan video
Perkahwinan
mengikut kaum
Adat
menyambut
kelahiran bayi
mengikut kaum
1. Guru memaparkan
beberapa helaian
gambar
menggunakan
projektor mengenai:
i) perkahwinan
mengikut kaum.
Kecerdasaan
pelbagai
Visual dan audiotory

Bahan bantu
mengajar LCD,
komputer riba, slaid
Adat kematian
mengikut kaum









ii) adat menyambut
kelahiran bayi
mengikut kaum.
iii)adat kematian
mengikut kaum.
2. Pelajar
memerhatikan
gambar yang
dipaparkan oleh guru
3.Pelajar memberi
perhatian terhadap
gambar yang
dipaparkan.
4. Pelajar
menyatakan kaum
mengikut
perkahwinan , adat
kematian dan adat
kelahiran
power point , video

Penggabungjalnan
kemahiran :
kemahiran bertutur
Langkah
1
( 10 minit)
Perbincangan
i) Berkongsi idea antara guru
dan pelajar.
ii) membuka minda pelajar-
pelajar tentang isi
pembelajaran.
1. Guru bertanya
kepada pelajar-
pelajar apa yang
pelajar faham tentang
gambar yang
dipaparkan melalui
Kecerdasan
Pelbagai
- interpersonal

Strategi : individu





projektor.
2. Guru menjelaskan
mengenai gambar-
gambar yang
dipaparkan dan
meminta pelajar
memberi maklum
balas.

3. Pelajar memberi
perhatian terhadap
penerangan guru

4. Pelajar
mengemukakan
soalan jika terdapat
sebarang
ketidakfahaman


Kaedah :
berpusatkan murid


Kemahiran berfikir:
Menerangkan

Penggabungjalnan
kemahiran :
kemahiran bertutur

Alat bantu mengajar
: gambar / fotografi
Langkah
2
(10 minit )
Menggalakkan Pelajar
berkerjasama di dalam
kumpulan
i) untuk menilai pelajar-
pelajar sama ada memahami
sepenuhnya isi pembelajaran
tersebut.
ii) Jadual rujuk lampiran 14

Jadual :
Melayu Cina India
Merisik
pihak
lelaki
tentang
calon

1. Guru
membahagikan
pelajar-pelajar dalam
tiga kumpulan iaitu
Kumpulan A, B, dan
C.
2. Guru mengedarkan
jadual amalan adat
perkahwinan
mengikut keluarga
3.Pelajar membentuk
3 kumpulan iaitu
kumpulan A,B dan C.
4. Pelajar bergerak
dalam kumpulan
masing-masing.
Kecerdasan
pelbagai:
intrapersonal

Kemahiran berfikir :
menjadual

Afektif :
mengenalpasti
amalan adat dan
pantang larang
keluarga

Penggabungjalnan
kemahiran :
kemahiran bertutur ,
isteri
Memin
ang
pihak
lelaki



5. Murid dikehendaki
berbincang dan
mengisi jadual
tersebut.
kemahiran
membaca

Kecerdasan
pelbagai :
interpersonal

Nilai murni :
kerjasama ,
toleransi
Alat bantu mengajar
: jadual
Penilaian
( 7 minit )
Peta Minda

1.Pelajar diberi peta
minda untuk diisi oleh
pelajar.
2. Pelajar
dikehendaki
melengkapkan peta
minda tentang
kepentingan amalan
adat perkahwinan
bagi sesebuah
keluarga.
Penggabungjalnan
kemahiran :
kemahiran bertutur
dan kemahiran
membaca

Alat bantu mengajar
: slaid power point ,
peta minda ,kertas
majong

Afektif :
mengenalpasti
amalan adat dan
pantang larang
keluarga
Penutup
( 5 minit)
Rumusan
i) Mengenai pasti amalan
adat dan pantang larang
1.Guru menerangkan
kepentingan adat dan
pantang larang dalam
Penggabungjalnan
kemahiran :
kemahiran bertulis
Kepentingn
Amalan Adat
Perkahwinan Bagi
Sesebuah Keluarga










dalam keluarga.
ii) Menghormati dan
menghargai adat dan
pantang larang yang terdapat
dalam keluarga.













keluarga.
2. Guru menjelaskan
bahawa adat dan
pantang larang di
dalam sesebuah
keluarga perlu ada
bagi memastikan
ianya tidak dilupakan.
Pelajar bertanya
kepada guru
3.Pelajar memberikan
pendapat mereka.
4. Pelajar memberi
perhatian terhadap
penerangan guru
5. Pelajar
mengemukakan
soalan jika terdapat
sebarang
ketidakfahaman

dan membaca

Psikomotor :
Membina buku
skrap.



6. 0 RUMUSAN
Kesimpulannya, Adalah tanggungjawab setiap rakyat untuk mengenali dan
mempelajari mengenai kepelbagaian budaya dalam Negara kita. Dalam hal ini apa
yang penting ialah , setiap rakyat perlu memahami serta menerima kepelbagaian
budaya ini secara hati terbuka. Kesudian setiap rakyat akan sentiasa mengamankan
negara kita. Selain itu, sistem pendidikan merupakan titik permulaan kepada
pemahaman kepelbagaian budaya. Oleh itu ianya penting dalam pendidikan untuk
diajar dengan betul mengena kepelbagaian budaya. Pedagogi yang relevan disarankan
supaya dapat menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam
sekolah. Sekiranya pemilihan strategi serta kaedah penyampaian adalah sesuai maka
pembelajaran akan menjadi lebih bermakna kepada murid. Ini akan meningkatkan
pemahaman murid dan seterusnya membuka jalan kearah perpaduan. Tambahan pula
,Penekanan perlu diberikan kepada pengintegrasian pengetahuan, kemahiran asas
serta nilai murni bagi perkembangan menyeluruh dari kepelbagaian kebolehan dan
budaya murid. Konsep kebudayaan dalam sosiologi, dikatakan cara hidup yang
dipelajari, diubahsuaikan dan diturunkan dari generasi ke generasi. Dari sudut
perspektif ahli fungsionalisme, sekolah dilihat berfungsi sebagai proses sosialisasi
mendidik kanak-kanak mengikut kehendak masyarakat mereka dan guru
bertanggungjawab memenuhi keperluan murid tanpa prejudis. Konsep modal budaya
merujuk kepada inidividu yang mewarisi dan memperolehi keupayaan bahasa dan
budaya dari keluarga dan masyarakatnya. Pierre Bourdieu (1930) dalam kajiannya
menyatakan pencapaian persekolahan seseorang individu adalah berkaitan rapat
dengan latar belakang kebudayaan ibu bapanya dan tahap pendidikan ibu bapa
mempengaruhi pencapaian persekolahan anak-anak mereka daripada kedudukan
kerjaya mereka dalam masyarakat.




7.0 REFLEKSI
Pada kali ini kami telah dibimbing oleh Pn. Noor Azzam bagi matapelajaran
budaya dan pembelajaran. Seperti biasa pada kali juga, kami telah dibekalkan dengan
kerja kursus. Kerja kursus pada kali ini meminta kami untuk menjawab empat soalan.
Keempat soalan itu adalah berkaitan dengan bidang pembelajaran kami. Tiga soalan
yang pertama adalah berunsurkan teori yang kami pelajari sewaktu kuliah. Soalan yang
keempat pula, meminta kami untuk menyediakan satu rph yang diimpletasikan budaya
atau adat resam. Soalan ini telah menguji tahap pemikiran kami. Walaupun ketiga tiga
soalan sebelumnya telah menguji pemikiran saya tetapi saya mendapati soalan keempt
ini agak rumit sedikit kerana saya keliru dalam memilih matapelajaran yang sesuai
untuk diajar mengenai budaya dan adat resam.
Sepanjang tugasan ini, saya telah banyak mempelajari mengenai konsep
kepelbagaian budaya. Saya juga sedar bahawa sistem pendidikan merupakan tonggak
utama dalam menyemai perpaduan. Melalui sistem pendidikanlah , kita dapat
mempelajari dan mengenali budaya yang ada di negara kita. Saya sebagai seorang
guru telah mempelajari cara bagi menerapkan konsep kepelbagaian budaya dalam diri
anak anak murid saya.
Sebagai seorang guru ia adalah tanggungjwab saya untuk menyedari
kepentingan kepelbagaian budaya dalam pengajaran dan pembelajaran. Saya telah
mempelajari mengenai kepentingan kesedaran seseorang guru dalam memahami
kepelbagaian budaya ini. Saya juga kini sudah mengenalpasti langah langkah
menerapkan budaya dalam pengajaran saya. Walaupun saya tahu perkara ini
sebelumnya, tetapi ia tidaklah sejelas sekarang.
Sebagai seorang bakal guru, saya hendaklah berperanan dalam
memperkembangkan bakat murid tanpa sikap prejudis terhadap mana-mana kaum. Ini
adalah untuk membolehkan murid dapat dibentuk akan mencintai ilmu melalui budaya
belajar kearah pencapaian prestasi budaya cemerlang.
Saya sedar bahawa ada banya erkara yang diluar kurikulum. Saya juga akan
mengambil kira aspek kurikulum yang tersirat. Melalui kurikulum tersirat , saya akan
memastikan bahawa nilai-nilai murni diterapkan kepada murid-murid supaya mereka
dapat berkembang secara seimbang dari segi intelek dan rohani. Ini bukan sahaja
untuk murd malah ianya sesuai dengan diri saya juga. Ini kerana sepanjang tugasan
banyak perkara yang telah saya pelajari secara tersirat. Contohnya , saya membuat
tugasan ini semata untuk peperiksaan saya, tetapi kini ia telah memberikan ilmu yang
bermanfaat. Dengan ilmu ini, saya boleh mengajar serta mengimplementasikan
pembelajaran saya sepanjang tugasan ini ke dalam gaya pengajaran.
Pada masa yang sama, tugasan ini juga menjad pengukuhan kepada saya ini
merupakan antara topik yang akan diuji pada ujian akhir semester ini. Akhir sekali, saya
ingin menyatakan ribuan terima kasih saya kepada puan pensyarah saya yang sudi
membimbing saya ketika tugasan ini dalam pemprosesan.











RUJUKAN
Dari buku:

Che Su Mustaffa dan Rasilah Mohd Rosdi (2005). Budaya Masyarakat Malaysia.
Sintok : Penerbit Universiti Utara Malaysia
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad dan Zuraidah
A. Majid (2011), Budaya dan Pembelajaran, Selangor :Penerbitan Oxford Fajar
Sdn.Bhd.
Ralph W. Tyler ( 1997 ), Prinsip Asas Kurikulum dan Pengajaran, Selangor :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon (2010 ), Budaya
dan Pembelajaran , Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd
Dari internet:
http://www.scribd.com/doc/11460992/Kepelbagaian-Murid-Dan-Implikasinya-
Terhadap-Perlaksanaan-Kurikulum (dilayari pada 23 March 2011)
http://www.scribd.com/doc/2882268/Dasar-Pendidikan-Di-Malaysia
http://www.scribd.com/doc/31686103/Konsep-Kepelbagaian-Budaya
http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=implikasi+pelbagai+budaya+pendidikan&so
urce=web&cd=10&ved=0CFwQFjAJ&url=http%3A%2F%2Fjpt.mohe.gov.my%2FRUJUK
AN%2FPelan%2520Hala%2520Tuju%2520GTP.pdf&ei=ig9NT6ufKMS3rAfrmZGgDw&u
sg=AFQjCNEzwAcjC7xLdK1skKUjS8jN2GDuqw&cad=rja
http://www.scribd.com/doc/78635738/Implikasi-Kepelbagaian-Sosio-Budaya
http://www.scribd.com/doc/50835801/IMPLIKASI-KEPELBAGAIAN-SOSIO-BUDAYA
http://emisportal.moe.gov.my/
http://www.sosiohumanika-jpssk.com/sh_files/File/4.mior.usm.mei.2011.pdf
http://www.moe.gov.my/
http://www.smktamandesa.edu.my/news/2009/2009%20rimup.pdf

You might also like