You are on page 1of 3

TUGASAN PSS 3109 2013

1

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN BAHAN BERCETAK
Penggunaan bahan bercetak sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran
dalam Pengajian Sosial telah diperkenalkan oleh Robert M Gagne. Bahan bercetak
diklasifikasikan kepada dua jenis iaiatu bahan bergambar dan bahan tidak bergambar.
Contoh bahan bergambar ialah suar khabat, brosur, poster dan gambar manakala
contoh bahan tidak bergambar ialah seperti graf. Penggunaan bahan bercetak
dikenalpasti mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri.
Antara kelebihan bahan bercetak ialah bahan tersebut mudah didapati. Sebagai
contoh, guru boleh menggunakan bahan-bahan terpakai yang tidak digunakan lagi
seperti majalah, surat khabar serta buku-buku lama yang sudah tidak diguna pakai.
Melalui penggunaan bahan-bahan terpakai, sebenarnya guru boleh menerapkan nilai
berjimat sepanjang aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P). Hal ini kerana dunia
kini memperlihatkan kepincangan kekurangan sumber mentah seperti kepupusan kayu
balak bagi penghasilan buku.
Seterusnya, bahan bercetak juga senang dibawa kerana bahan jenis ini yang
ringan dan mudah disisipkan ke dalam fail. Bahan bercetak juga tidak memerlukan kos
penyediaan serta perbelanjaan yang tinggi Guru boleh mendapatkan bahan daripada
surat khabar yang dilanggani pada setiap hari atau ketika pameran di sekolah.
Meskipun kadang-kala kita memandang isu perbelanjaan sebagai suatu senario yang
remeh temeh, tetapi sebenarnya setiap guru perlu bijak menguruskan perbelanjaan
penyediaan bahan bantu mengajar ke arah yang paling minimum.
Selain itu, penggunaan bahan bercetak tidak memerlukan seseorang guru untuk
berkemahiran dalam menggunakannya. Tidak seperti bahan bantu mengajar yang lain
seperti bahan multimedia interaktif yang memerlukan kecekapan seorang guru dalam
penghasilan bahan tersebut. Guru hanya perlu bijak dalam mempelbagaikan kaedah
dan strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan hanya menggunakan satu
bahan bercetak sahaja seperti peta. Peta daerah boleh digunakan dalam mengajar
taburan penduduk, bentuk muka bumi dan penghasilan karangan berpandu.
TUGASAN PSS 3109 2013
2

Bahan bercetak juga mudah untuk dijaga dan tahan lama. Paling utama ialah
guru itu sendiri hendaklah mahir dalam memastikan kaedah penyimpanan bahan
bercetak itu berkesan. Sebagai contoh sekiranya guru menggunaakan poster, guru
perlu menggulung poster tersebut dan menyimpannya di tempat yang elok. Guru tidak
seharusnya melipat dan menghempap poster dengan sebarang objek berat.

Penggunaan bahan bergambar seperti buku membantu murid meluaskan
pengetahuan dan pemahaman. Rangasangan luaran seperti gambar mampu membina
set-set di dalam stor ingatan seseorang individu sama ada berbentuk ingatan jangka
pendek atau jangka panjang. Bahan tidak bergambar seperti pula mendedahkan murid
dengan cabaran kerana mereka dikehendaki mentafsir maklumat yang diterima seperti
membuat graf atau melukis dan memberi peluang kepada murid untuk meluaskan
penggunaan bahasa seperti membuat ramalan dan membuat huraian lanjut tentang
sesuatu laporan.
Walaupun terdapat banyak kelebihan yang disenaraikan mengenai bahan
bercetak ini, namun bahan jenis ini mempunyai beberapa kelemahan dalam
penggunaannya. Antaranya ialah bahan bercetak tidak dapat disunting seperti bahan
multimedia interaktif. Sebarang kesilapan dalam aspek kesalahan tanda baca, ejaan
perkataan dan struktur serta nahu ayat tidak boleh dipadam atau diedit setelah dicetak.
Oleh itu, murid akan terpengaruh dengan kesalahan tersebut seandainya guru tidak
membetulkan kesalahan yang terdapat pada sumber bahan bercetak. Sebagai contoh,
sekiranya di dalam brosur terdapat ayat Gempabumi merupakan suatu fenomena
alam, murid cenderung untuk menulis frasa gempabumi dalam penulisan
karangannya.
Selain itu bahan ini mudah rosak sekiranya tidak disimpan dengan baik seperti
dimakan anai-anai dan kulat. Sukar untuk kita dapati terdapat bilik kedap udara yang
boleh memuatkan kapasiti bahan bercetak bagi tujuan pengurusan mahupun
penggunaan P&P. Malahan lebih relevan jika dikatakan tiada langsung bilik kedap
udara yang wujud dalam mana-mana institusi pendidikan. Kehadiran udara terkempap
TUGASAN PSS 3109 2013
3

dalam bilik penyimpanan bahan bercetak tidak kira di dalam kelas atau rumah
sebenarnya menyumbang ke arah pembiakan kulat. Serangga-serangga kecil pula turut
membiak. Serangga dan kulat mampu merosakkan struktur bahan bercetak seperti
majalah dan buku.
Bahan-bahan juga mengandungi info-info serta maklumat yang telah lapuk.
Contohnya maklumat-maklumat seperti yang terdapat di dalam buku-buku sentiasa
dikemaskini dari semasa ke semasa dan berubah. Sebagai contoh, isi kandungan buku
teks akan dirombak semula selang beberapa tahun bagi menambahbaik kurikulum
sedia ada. Hal ini memberi impak negatif terhadap guru kerana guru terpaksa
membiasakan diri dengan isi kandungan yang baru dan merangka ramalan
kepincangan yang dihadapi murid.
Bahan ini juga kurang mempunyai unsur-unsur interaktif seperti bahan lain yang
mampu merangsang minat murid. Bahan yang terlalu banyak teks membuatkan murid
berasa bosan dan jemu untuk memberi tumpuan kepada pengajaran guru. Kita
seharusnya sedar pada peringkat murid sekolah rendah, mereka lebih tertarik dengan
imej bergerak dan gabungan penghasilan audiovisual dalam pembelajaran. Hal ini
menjadi titik tolak kepada penghasilan banyak bahan bantu mengajar yang lebih
interaktif seperti video interaktif.
Bukan itu sahaja, malah terdapat bahan bercetak yang mempunyai aras kognitif
yang tidak setara dengan tahap pemikiran murid. Murid mungkin tidak memahami isi
pelajaran sedang dipelajari. Tidak semua guru faham tentang sasaran pembaca yang
disasarkan oleh penulis buku. Oleh itu, guru bersikap ringkas dengan menggunakan
apa jua bahan bercetak sebagai bahan bantu mengajar. Penggunaan bahan bercetak
juga dianggap sebagai bahan hafalan. Oleh itu, murid kurang dilatih dalam
mengaplikasikan kemahiran berfikir. Mereka hanya diminta untuk menghafal maklumat
sehingga menjadikan bahan bantu mengajar itu sendiri sebagai bahan bantu beban.
Intihanya, penggunaan bahan bercetak mempunyai kelebihan dan kekurangan
dalam segenap aspek. Terpulang kepada guru untuk bijak menggunakan bahan jenis
ini dengan kaedah dan strategi tersendiri.

You might also like