You are on page 1of 5

Selepas era 1960-an, politik Malaysia terus berkembang secara dinamik.

Barisan Nasional telah ditubuhkan pada 1974 dan masih lagi memerintah negara
sehingga kini.
Dasar kerajaan menguruskan perkara berkaitan hubungan etnik melalui formula
tolak ansur berjaya menangkis pihak pembangkang.
Secara rasional, hubungan lebih bersifat utilitarian dan mengikat mereka dalam
jaringan silang budaya dan merentas etnik masing-masing.
(Mansor Mohd Noor,2005)



EKONOMI
Selepas merdeka, kerajaan telah menggiatkan usaha untuk mengatasi
masalah sosioekonomi dan sosiopolitik.
(i) Rancangan pramerdeka
(ii) Rancangan selepas merdeka
(iii) Perancangan dalam era DEB
(iv) Dasar-Dasar Pembangunan Negara
Secara umumnya, ekonomi Malaysia berasaskan laissez faire yang
diadaptasi daripada warisan British.
Sistem ekonomi dualisme juga telah wujud sejurus sistem ekonomi moden
diperkenalkan.
Sistem ekonomi dualisme merujuk kepada dua orientasi dan tumpuan yang
berbeza namun bergerak seiring dengan garis etnik.
Sistem ekonomi penjajah tertumpu kepada perdagangan moden(getah dan
bijih timah).
Sektor ini banyak melibatkan kelompok etnik Cina dan India.
Sektor ekonomi tradisional atau ekonomi pertanian didominasi oleh etnik
Melayu.
ETNIK MELAYU - Pertanian Tradisional - Pekebun kecil getah, kelapa,
pesawah, dan nelayan kecil.
ETNIK CINA & INDIA - Sektor Ekonomi Moden - Perlombongan, perkilangan
dan perkhidmatan
Sehubungan dengan corak taburan perekonomian semasa, jurang
pendapatan antara kumpulan etnik (laporan RMK8) masih belum seimbang.
Begitu juga bandingan antara kawasan bandar & luar bandar yg luas
jurangnya.
Isu berkaitan ekonomi memerlukan iltizam yg kuat drpd semua pihak utk
merapatkan jurang.
Membetulkan kedudukan dimensi ekonomi amat mendesak kerana menjadi
asas memupuk kerjasama kumpulan etnik.

PENDIDIKAN
Empat aliran pendidikan iaitu Inggeris, Melayu, Cina dan India.
Tiga Peringkat :
Pendidikan British rendah dan menengah yg dihadiri anak-anak bangsawan
dan hartawan Cina dan India.
Sekolah Melayu peringkat rendah yg dibantu British dengan matlamat
menjadikan mereka sebagai petani yang lebih baik.
Sekolah vernakular Cina dan India

SISTEM PENDIDIKAN PRA KEMERDEKAAN
Sekolah Melayu
Sekolah Agama
Sekolah Sekolah Cina
Inggeris
Sekolah India
Victoria Institution (1883)







Sistem pendidikan era pascamerdeka berubah kepada corak baharu yang
berorientasi unsur-unsur tempatan.
Sistem pendidikan kebangsaan berasaskan keseragaman kurikulum, sukatan
mata pelajaran dan orientasi.
Sebagai wadah menyatukan
kepelbagaian budaya, nilai
dan norma masyarakat untuk
membentuk identiti kebangsaan Malaysia.
Penyata Razak 1956 dan Penyata Rahman Talib 1960 matlamat utama
menyatukan kanak-kanak daripada berbilang etnik di bawah satu sistem
pendidikan kebangsaan dengan menggunakan bahasa pengantar tunggal
iaitu bahasa Melayu.
Parti Perikatan telah mencapai kesepakatan pada 1956 bersetuju dengan
Akta Pendidikan 1957:
(i) Sekolah pelbagai aliran dibenarkan dan pengajaran dalam bahasa
ibunda masing-masing dibenarkan
(ii) Sekolah Cina dan Tamil wajib mengajar bahasa Melayu sebagai salah
satu daripada mata pelajaran
(iii) Pendekatan dalam mata pelajaran sejarah, geografi dan buku-buku
teks yang lain berteraskan Malaysia
(iv) Bukan lagi berteraskan negara Cina dan India.
Persetujuan kepimpinan Parti Perikatan terhadap Penyata Razak dan
Rahman Talib secara langsung mengiktiraf bahasa Melayu sebagai alat
penyatuan tanpa menjejaskan bahasa etnik-etnik lain.
Selepas tragedi 13 Mei 1969, pendidikan perlu diseimbangkan. Secara
beransur-ansur mulai Julai 1969, kerajaan telah;
(i) Melaksanakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
utama di semua sekolah bantuan kerajaan.
(ii) Merumuskan dasar kuota & biasiswa bagi kemasukan ke universiti.
(iii) Memperbanyak penubuhan institusi pengajian tinggi.
Pada masa yg sama, golongan bukan bumiputera merasa perlu
mempertahan budaya warisan dgn menggunakan wadah pendidikan.
Masyarakat Cina mempertahan sekolah jenis kebangsaan Cina namun
sukatan pelajaran selaras dengan yang ditetapkan Kementerian Pelajaran
Malaysia.
KESIMPULAN
Perkembangan sejarah moden memainkan peranan penting dlm
perkembangan masyarakat plural di Malaysia.
Penjajahan Inggeris memberi impak besar dlm membentuk ciri-ciri plural
masyarakat di negara ini berikutan penghijrahan etnik Cina & India secara
besar-besaran.
Meskipun terdiri drpd pelbagai etnik, masyarakat negara ini mampu utk
mewujudkan persefahaman & keharmonian.

You might also like