You are on page 1of 3

Pendahuluan

Sistem pendidikan di negara Malaysia telah bermula sebelum kedatangan British ke negara
ini. Sejarah perkembangan pendidikan di Malaysia boleh dibahagikan kepada dua bahagian
iaitu pendidikan sebelum kemerdekaan dari zaman penjajahan British hingga 1956 dan
pendidikan selepas kemerdekaan negara iaitu selepas 1957. Kedatangan dan campur tangan
British dari abad ke-19 sehingga abad ke-20 dalam pemerintahan Tanah Melayu telah
membawa perubahan yang besar dalam politik, ekonomi dan sosial pada masyarakat pribumi
dan masyarakat kosmopolitan yang terkemudiannya. Sufean Hussin. (2004). Fenomena ini
telah menimbulkan pelbagai masalah dan mempengaruhi perkembangan sistem pendidikan
sehingga masa kini.

Menurut Sufean Hussin (2004), pada tahun 1990 hingga 2010 merupakan era globalisasi
dan liberalisasi pendidikan, khususnya peringkat pendidikan tinggi dengan disokong oleh
Kelulusan Akta Pendidikan Tinggi (1996). Menurut Ishak Saad (2009), menyatakan
pembinaan negara bangsa Malaysia merupakan pelan pertama yang digariskan dalam Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Pelan ini bertujuan untuk menyediakan rakyat
Malaysia ke arah satu bangsa yang bersatu padu dan saling bekerjasama dan merapatkan
jurang pendidikan antara golongan luar bandar dan bandar serta antara kaum-kaum di
Malaysia.

Suasana Sistem Pendidikan di Malaysia Sebelum Merdeka

Jika kita imbau kembali sejarah pendidikan sebelum merdeka, senarionya amatlah berbeza
dengan apa yang dapat kita lihat pada hari ini. Sistem pendidikan pada zaman sebelum
kemerdekaan banyak berpandukan sistem pentadbiran British. Pihak British pada waktu itu
banyak memberi keutamaan kepada pendidikan Melayu dan Inggeris. Sementara itu,
pendidikan Cina dan Tamil dibiarkan berkembang secara bersendirian. Bagi pihak British,
yang penting adalah memberi pelajaran kepada segolongan rakyat untuk membolehkan
sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi.

Sebelum pembentukan Malaysia, negara ini dikenali sebagai Tanah Melayu. Pendidikan
di Tanah Melayu pada ketika itu bermula dengan pendidikan agama di masjid, surau dan
pondok dengan bimbingan tokoh-tokoh agama yang digelar sebagai tok guru. Selain itu,
masyarakat pada ketika itu juga mendapat pendidikan tidak formal daripada ibu bapa dan
keluarga seperti bertani, menangkap ikan, menjahit, melakukan kerja-kerja rumah, dan lain-
lain agar mereka dapat meneruskan perkerjaan tradisi ini apabila dewasa. Kedatangan British
yang mengamalkan dasar “pecah dan perintah” telah mewujudkan sekolah-sekolah vernakular
seperi Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris.

Tambahan pula, pihak British mempunyai tujuan yang lain di sebalik memberikan
pendidikan kepada rakyat. Antaranya ialah memastikan penjajahan Inggeris berterusan,
mengekalkan eksploitasi ekonomi negara, memastikan bekalan tenaga buruh untuk memenuhi
keperluan penjajah dan mengawal semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk.. Selain
itu, sekolah vernakular telah banyak menjejaskan perpaduan rakyat kerana setiap sekolah
adalah khusus untuk satu-satu kaum sahaja. Hal ini bermaksud,  tiada interaksi antara melayu,
Cina dan India. Malah, bahasa, lokasi dan kurikulum juga adalah berbeza antara satu sama
lain.

 Justeru, disebabkan oleh sistem pendidikan yang berbeza-beza inilah maka wujudnya
jurang di antara kaum. Perbezaannya bukan sahaja dari  segi bahasa pengantar, tetapi juga
terdapat perbezaan sukatan pelajaran antara sekolah Melayu, sekolah Inggeris, sekolah Cina
dan sekolah Tamil. Disini, jelaslah menunjukkan bahawa sistem pendidikan pada zaman
sebelum merdeka memainkan peranan dalam mengekalkan keperibadian golongan etnik di
samping mewujudkan dua golongan terdidik. Golongan ini ialah golongan yang berpelajaran
Inggeris dan berpelajaran vernakular yang mempunyai pandangan dunia (world view) yang
berbeza. Ini menjadi  satu cabaran yang amat besar kepada pemimpin ketika itu untuk
mewujudkan perpaduan di antara kaum di negara kita. Di sinilah pendidikan memainkan
peranannya dalam menyatukan semua rakyat berbilang kaum di Malaysia.

 Kesimpulan

Perkembangan pendidikan di Malaysia ternyata mengalami banyak perubahan terutama sejak


zaman penjajahan hinggalah zaman selepas merdeka. Tambahan pula, perkembangan
masyarakat seiring dengan perkembangan dasar-dasar negara yang sentiasa ditambah baik
bagi memastikan keperluan rakyat terbela. Perubahan dalam sektor pendidikan menjadi
intipati penting dalam pengukuhan perpaduan negara ke arah yang lebih baik kerana
pendidikan menjadi peneraju pembentukan sesebuah komuniti. Oleh hal yang demikian, ntuk
mencapai matlamat perpaduan negara yang kuku, seluruh masyarakat perlu berganding bahu
seiring dengan usaha murni kerajaan melalui dasar-dasar dan rancangan baharu. Justeru, mutu
pendidikan yang sempurna serta hubungan masyarakat yang harmoni menjadi tunggak
kejayaan yang akan menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan dapat merealisasikan
Wawasan 2020.

RUJUKAN

KPM. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Sekolah Wawasan di Malaysia: Konsep,


Cabaran, dan Pelaksanaan. Putrajaya: KPM.

Sufean Hussin. (2004). Pendidikan di Malaysia, Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like