You are on page 1of 30

Sistem pernafasan manusia.

Sistem pernafasan manusia.




Bahagian Struktur Fungsi
Rongga nasal Rongga yang terdiri dari tisu
lembap dan rerambut halus.
Melembapkan udara yang melaluinya
serta memerangkap habuk pada udara.
Trakea Dinding luaran terdiri dari
gegelang tulang rawan,
manakala dinding dalamannya
terdiri dari dari sel-sel
epithelium dengan silia dan sel-
sel yang merembeskan mucus.
Gelang tulang rawan menghalang trakea
daripada binasa. Silia dan mukus
membantu untuk memerangkap habuk
dan mikro organisma yang ada dalam
udara.
Bronkus Dua cabang dari trakea yang
menuju ke paru-paru.
Udara terus ke paru-paru kiri dan kanan.
Paru-paru Lembut, seperti span, serta kaya
dengan saluran darah dan
alveoli.
Tempat berlakunya pertukaran gas.
Tulang rusuk Tulang-tulang yang berbentuk
sangkar di dalam rongga toraks.
Melindungi paru-paru.
Diafragma Otot berbentuk kubah ketika
dalam keadaan rehat.
Memisahkan rongga torak daripada
rongga abdomen.
Otot intercostal Tisu otot di antara dua tulang
rusuk. Ia juga dikenali sebagai
otot rangka.
Menggerakan tulang rusuk.


Struktur paru-paru manusia.


Paru-paru manusia.

Paru-paru (lung) adalah organ utama pernafasan (main respiratory organ) manusia.

Manusia mempunyai sepasang paru-paru, iaitu paru-paru kiri dan kanan.

Paru-paru adalah lembut dan seperti span, dan terletak di dalam rongga toraks
(thoracic cavity) yang dilindungi oleh tulang rusuk (ribs).

Permukaan paru-paru dilitupi dengan cecair untuk mengurangkan geseran (friction)
semasa proses pengembangan dan pengecutan.

Terdapat cabang-cabang halus dalam paru-paru yang dikenali sebagai bronkiol.
Bronkiol dicabang keluar dari bronkus.

Terdapat banyak kantung udara di hujung bronkiol yang dikenali sebagai alveoli.
Pertukaran gas berlaku di sini.

Peranan sistem pernafasan manusia untuk menghasilkan tenaga melalui tiga
mekanisme:
1. bernafas untuk mendapatkan oksigen.
2. mengangkut oksigen daripada darah ke sel-sel badan.
3. respirasi sel untuk mengoksidakan makanan menggunakan oksigen dalam sel-
sel badan.

Bernafas

Bernafas (breathing) adalah proses dimana udara diambil masuk dan keluar dari tubuh
manusia untuk membolehkan pertukaran gas berlaku di dalam paru-paru.

Bernafas melibatkan proses berganti menarik nafas (inhalation) dan menghembus
nafas (exhalation) melalui tindakan diafragma dan otot intercostal.

Penyedutan membolehkan udara dari atmosfera akan disedut masuk ke dalam paru-
paru, manakala penhembusan nafas membolehkan udara diusir keluar dari paru-paru
ke atmosfera.

Proses menarik nafas dan menghembus nafas adalah disebabkan oleh tindakan
diafragma dan otot intercostal.
Diafragma adalah lapisan otot di bawah paru-paru. Apabila dalam keadan rehat,
ia berbentuk seperti kubah, yang melengkung ke atas.
Diafragma berfungsi untuk perubahan tekanan udara di dalam rongga toraks.
Otot intercostal adalah otot yang berada diantara tulang-tulang rusuk. Ianya
terbahagi kepada dua lapisan, iaitu otot intercostal luar dan otot intercostal
dalam.
Otot intercostal berfungsi untuk menggerakkan tulang rusuk.



Otot-otot intercostal.



Mekanisme pernafasan

Menarik nafas (inhalation)

Fungsi menarik nafas adalah untuk menarik oksigen dari udara ke dalam sel-sel badan.

Semasa menarik nafas,
diafragma mengecut dan mendatar.
otot intercostal luar mengecut dan menaikkan tulang rusuk ke atas dan ke
hadapan.
Pergerakan diafragma dan tulang rusuk itu seterusnya akan meningkatkan isipadu
rongga toraks.

Tekanan udara di dalam paru-paru berkurangan dan lebih rendah daripada tekanan
atmosfera luar.

Jadi, udara dari atmosfera akan dipaksa masuk ke dalam paru-paru sebagai udara
yang disedut semasa menarik nafas.


Menghembus nafas (exhalation)

Fungsi menghembus nafas adalah untuk membuang karbon dioksida daripada sel-sel
badan.

Semasa menghembus nafas,
diafragma dalam keadaan rehat dan melengkung ke atas berbentuk seperti
kubah.
otot intercostal dalam mengecut, akan merendah dan mengembalikan
kedudukan tulang rusuk ke kedudukan asal.
Pergerakan diafragma dan tulang rusuk itu seterusnya akan mengurangkan isipadu
rongga toraks.

Tekanan udara dalam rongga toraks bertambah dan melebihi tekanan atmosfera luar.

Jadi, udara di dalam paru-paru dipaksa keluar sebagai udara yang dihembus semasa
menghembus nafas.

Pengangkutan Oksigen Dalam Badan
Semasa bernafas, kepekatan oksigen didalam udara yang disedut adalah lebih tinggi
berbanding dengan kandungan oksigen didalam kapilari darah.

Darah beroksigen masuk ke dalam paru-paru melalui rongga hidung, trakea, bronkus,
bronkiol, dan akhirnya alveoli.

Alveoli adalah kantung-kantung kecil di mana pertukaran gas berlaku.


Struktur alveoli.

Semasa pertukaran gas berlaku, oksigen akan diangkut dari alveolus ke sel-sel badan,
manakala karbon dioksida akan diangkut dari sel-sel badan untuk dikeluarkan melalui
paru-paru.

Penyebaran oksigen daripada alveolus kepada kapilari darah:
Alveoli mempunyai permukaan yang lembap, dinding nipis dan dikelilingi oleh
banyak kapilari darah.
Oksigen yang terkumpul akan dilarutkan dahulu pada permukaan lembap alveoli.
Ini menyebabkan kepekatan oksigen di dalam alveoli meningkat.
Apabila kepekatan oksigen di dalam alveoli adalah lebih tinggi berbanding
dengan kapilari darah, oksigen akan diangkut dari alveolus ke kapilari darah
dengan cara resapan mudah (simple diffusion).
Membran nipis alveoli meningkatkan kecekapan penyebaran darah. Oleh itu,
lebih banyak oksigen dapat diserap ke dalam kapilari darah.
Penyebaran oksigen ini berlaku berterusan sehingga molekul oksigen dapat
menembusi dinding kapilari darah dan akhirnya masuk ke dalam aliran darah.


Penyebaran oksigen daripada alveoli ke kapilari darah.

Pengangkutan oksigen oleh darah:
Darah adalah sejenis bendalir tisu yang mengalir dalam kapilari darah.
Darah bertindak sebagai medium pengangkutan oksigen yang cekap disebabkan
bantuan dari hemoglobin (haemoglobin).
Hemoglobin adalah pigmen merah yang terdapat di dalam sel-sel darah merah
(eritrosit).
Hemoglobin merupakan pembawa oksigen yang penting kerana ianya lebih
mudah mengikat oksigen berbanding dengan air dan plasma darah.
Oksigen mengikat dengan hemoglobin dalam bentuk oksihemoglobin yang mana
lebih stabil. Dengan kata lain; Hemoglobin + Oksigen Oksihemoglobin.
Oksihemoglobin ini akan dibawa dengan darah ke bahagian-bahagian badan
yang kekurangan oksigen.

Penyebaran oksigen daripada kapilari darah ke sel-sel badan:


Penyebaran oksigen daripada kapilari darah ke sel-sel badan.
Apabila sampai ke sel-sel badan yang kekurangan oksigen, oksihemoglobin
akan terurai untuk melepaskan oksigen dan hemoglobin. Dengan kata lain;
Oksihemoglobin + Oksigen Hemoglobin.
Oksigen yang dilepaskan akan diserap oleh sel-sel badan, manakala hemoglobin
akan kembali ke paru-paru untuk mengikat oksigen baru.
Pada masa yang sama, karbon dioksida daripada sel-sel juga akan meresap ke dalam
kapilari darah untuk dibawa oleh hemoglobin ke alveoli.

Kemudian, karbon dioksida akan diusir keluar daripada paru-paru semasa proses
menghembus nafas.

Kepentingan Menjaga Sistem Pernafasan
Sistem pernafasan akan terjejas jika ianya terdedah kepada bahan pencemar
(pollutants) tertentu dan berlebihan.

Bahan pencemar terbahagi kepada dua jenis, iaitu bahan pencemar gas (gaseous
pollutants) dan zarah-zarah halus.

Bahan pencemar gas terdiri daripada karbon monoksida, nitrogen oksida, hidrokarbon,
sulfur dioksida, dan plumbum, manakala zarah-zarah halus terdiri daripada habuk atau
bendasing yang terdapat pada atmosfera.

Kebanyakan bahan pencemar adalah toksik toxic) dan karsinogenik (carcinogenic).
Ketoksikan adalah kualiti bahan-bahan yang boleh merosakkan sel-sel hidup, manakala
karsinogenik adalah kualiti yang boleh membawa kepada pengeluaran sel-sel kanser.

Bahan-bahan toksik dikenali sebagai toksin (toxin), manakala bahan-bahan
karsinogenik dikenali sebagai karsinogen (carcinogens).

Kita mesti mengelak daripada merokok kerana ianya boleh merosakkan sistem
pernafasan.

Suatu eksperimen untuk menunjukkan kesan-kesan asap rokok ke atas kapas putih
boleh dijalankan seperti berikut: kapas ini adalah satu analogi paru-paru manusia.



1) Radas disediakan seperti rajah di atas.

2) Puntung rokok yang sedang menyala ditetapkan pada sebelah tiub U.

3) Pada akhir eksperimen, didapati bahawa:
Termometer menunjukkan bahawa bacaan suhu menjadi lebih tinggi daripada
suhu bilik. Ini menunjukkan bahawa asap rokok boleh meningkatkan suhu paru-
paru.
Kapas putih bertukar menjadi keperangan (brownish) dengan tompok-tompok
hitam. Ini menunjukkan bahawa asap rokok mengandungi tar.
Air dalam balang bertukar menjadi kekuningan (yellowish) kerana bahan
pencemar dalam asap rokok larut di dalamnya.
Air menjadi berasid selepas 2-3 rokok dibakar. Ini menunjukkan bahawa asap
rokok mengandungi gas berasid yang boleh makan di sel-sel epitelium pada
alveoli.
Menghargai Sistem Pernafasan Yang Sihat
Sistem pernafasan adalah salah satu daripada nikmat tuhan. Kita harus bersyukur
kerana dikurniakan organ pernafasan yang membolehkan kita bernafas untuk terus
hidup.

Oleh itu, kita mestilah menjaga dan memelihara kesihatan paru-paru kita agar ia
dapat melaksanakan fungsinya dengan lebih cekap.

Bagi memastikan kecekapan fungsi dan kesejahteraan sistem pernafasan, kita
mestilah:
Menjauhkan diri daripada merokok.
Tidak menghidu bahan seperti gam dan petrol yang boleh merosakkan sel-sel
pernafasan serta membawa kepada ketagihan.
Tidak menyembur racun serangga dalam keadaan pintu dan tingkap ditutup.
Buka semua tingkap untuk meningkatkan dan memperbaiki pengudaraan di
dalam bilik.
Elakkan bernafas dalam debu dan kekotoran yang boleh mencemarkan paru-
paru.
Memakai peralatan perlindungan apabila mengendalikan bahan kimia yang
melepaskan gas toksik.
Melakukan senaman di ruang yang terbuka dengan udara segar. Selalu
melakukan senaman membolehkan kita memperbaiki jantung dan otot-otot, dan
juga membantu mengelakkan sesak nafas.
Selalu membersihkan rumah supaya udara yang kita sedut semasa bernafas
bebas daripada habuk dan kotoran.
Tidak melakukan pembakaran sampah secara terbuka di kawasan dalam dan
sekitar rumah.

Manusia harus mengekalkan (pada keadaan baik) dan memelihara kualiti udara dengan
cara:
Mengharamkan pembakaran sampah secara terbuka.
Menggunakan petrol tanpa plumbum pada kenderaan bermotor.
Menjalankan kempen untuk memelihara dan memperbaiki indeks kualiti udara.









Bab 2 Peredaran Darah dan Pengangkutan
Struktur Jantung Manusia
Jantung manusia (human heart) terletak di dalam rongga toraks (thoracic cavity), di
belakang tulang dada, dan di antara paru-paru (lung) kiri dan kanan.

Rupa bentuk Jantung adalah berbentuk kon (cone-shaped) dan hujungnya adalah
condong sedikit ke arah sebelah kiri badan kita.

Jantung mempunyai jisim kira-kira 300g dan terbina daripada otot-otot
jantung (cardiac muscles) yang tebal dan kuat.

Keseluruhan jantung dilindungi dengan membran yang tahan lama. Ruang diantara
jantung dan membran adalah berisi cecair (fluid) bagi tujuan untuk mengurangkan
geseran antara jantung dan organ-organ lain di sebelahnya.


Struktur terperinci jantung manusia.


Jantung manusia mempunyai empat ruang berotot (muscular chambers).
Dua ruang di sebelah kiri: atrium kiri danventrikel kiri.
Dua ruang disebelah kanan: atrium kanandan ventrikel kanan.

Ruang kiri dan kanan dipisahkan oleh otot yang dikenali sebagai septum supaya darah
beroksigen (oxygenated blood) tidak bercampur dengan darah yang terdeoksigen
(deoxygenated blood).

Ciri-ciri atrium dan ventrikel:
Ventrikel mempunyai ruang isipadu (volume of space) yang lebih
besar daripada atrium.
Ventrikel mempunyai dinding yang tebal berbanding atrium.
Ventrikel kiri adalah lebih tebal dan lebih otot daripada ventrikel kanan kerana
ruang (chamber) ini mengepam darah di bawah tekanan yang lebih tinggi ke seluruh
tubuh badan.

Setiap ventrikel dan atrium ini dihubungkan dengan satu salur darah yang besar.
Atrium kiri dihubungkan ke vena pulmonari(pulmonary vein).
Atrium kanan dihubungkan ke vena kava(vena cava).
Ventrikel kiri dihubungkan ke aorta.
Ventrikel kanan dihubungkan ke arteri pulmonari (pulmonary artery).

Aliran darah dalam satu arah (sehala) didalam jantung dikawal oleh tiga jenis injap
(valve):
Injap bikuspid (bicuspid valve or mitra valve) mengawal aliran sehala darah dari
atrium kiri ke ventrikel kiri.
Injap trikuspid (tricuspid valve) mengawal aliran sehala darah dari atrium kanan
ke ventrikel kanan.
Injap sabit (semi-lunar valve) mengawal aliran sehala darah dari ventrikel kiri ke
aorta, serta dari ventrikel kanan ke arteri pulmonari
Struktur Jantung Manusia
>>> Pakej Pembelajaran & Penilaian
Online <<<
Jantung manusia (human heart) terletak di
dalam rongga toraks (thoracic cavity), di
belakang tulang dada, dan di antara paru-paru
(lung) kiri dan kanan.

Rupa bentuk Jantung adalah berbentuk
kon (cone-shaped) dan hujungnya adalah
condong sedikit ke arah sebelah kiri badan
kita.

Jantung mempunyai jisim kira-kira 300g dan
terbina daripada otot-otot jantung(cardiac
muscles) yang tebal dan kuat.

Keseluruhan jantung dilindungi dengan
membran yang tahan lama. Ruang diantara
jantung dan membran adalah
berisi cecair (fluid) bagi tujuan untuk
mengurangkan geseran antara jantung dan
organ-organ lain di sebelahnya.


Struktur terperinci jantung manusia.


Jantung manusia mempunyai empat ruang
berotot (muscular chambers).
Dua ruang di sebelah kiri: atrium
kiri dan ventrikel kiri.
Dua ruang disebelah kanan: atrium
kanan dan ventrikel kanan.

Ruang kiri dan kanan dipisahkan oleh otot
yang dikenali sebagai septum supaya darah
beroksigen (oxygenated blood) tidak
bercampur dengan darah yang terdeoksigen
(deoxygenated blood).

Ciri-ciri atrium dan ventrikel:
Ventrikel mempunyai ruang isipadu
(volume of space) yang lebih besardaripada
atrium.
Ventrikel mempunyai dinding yang tebal
berbanding atrium.
Ventrikel kiri adalah lebih tebal dan lebih
otot daripada ventrikel kanan kerana ruang
(chamber) ini mengepam darah di bawah
tekanan yang lebih tinggi ke seluruh tubuh
badan.

Setiap ventrikel dan atrium ini dihubungkan
dengan satu salur darah yang besar.
Atrium kiri dihubungkan ke vena
pulmonari (pulmonary vein).
Atrium kanan dihubungkan ke vena
kava (vena cava).
Ventrikel kiri dihubungkan ke aorta.
Ventrikel kanan dihubungkan ke arteri
pulmonari (pulmonary artery).

Aliran darah dalam satu arah (sehala) didalam
jantung dikawal oleh tiga jenis injap (valve):
Injap bikuspid (bicuspid valve or mitra
valve) mengawal aliran sehala darah dari
atrium kiri ke ventrikel kiri.
Injap trikuspid (tricuspid valve)
mengawal aliran sehala darah dari atrium
kanan ke ventrikel kanan.
Injap sabit (semi-lunar valve) mengawal
aliran sehala darah dari ventrikel kiri ke aorta,
serta dari ventrikel kanan ke arteri pulmonari.


Perkumuhan Manusia
>>> Pakej Pembelajaran & Penilaian
Online <<<

Apabila tindak balas kimia berlaku didalam sel-
sel, bahan buangan (waste material)
dihasilkan.

Bahan buangan ini adalah tidak berguna serta
boleh bertukar menjadi toksik (toxic) jika
terkumpul di dalam sel-sel badan.

Oleh itu, bahan-bahan buangan mesti
dikeluarkan daripada badan untuk memastikan
kesihatan yang baik bagi organisma.

Proses menghapuskan bahan buangan
daripada badan dikenali sebagai perkumuhan.

Dengan kata lain, perkumuhan (excretion)
adalah proses di mana organisma
menyingkirkan bahan-bahan buangan daripada
badannya.

Sistem perkumuhan manusia (human excretion
system) terdiri daripada:
1. Sistem penghadaman (digestive
system) untuk menyingkirkan air dan
makanan yang terhadam melalui usus
besar (intestine).

2. Sistem pernafasan (respiratory
system) untuk menyingkirkan karbon
dioksida dan air dengan gabungan sistem
peredaran darah (circulatory system).

3. Sistem urinari / kencing (urinary
system) untuk menyingkirkan air yang
berlebihan, bahan buangan metabolik dan
garam.


Organ perkumuhan manusia

Organ perkumuhan melaksanakan
perkumuhan di dalam badan kita.

Manusia mempunyai tiga jenis organ
perkumuhan, iaitu kulit (skin), paru-
paru(lung) dan buah pinggang (kidney).

Bahan buangan dikeluarkan melalui organ
perkumuhan dikenali sebagai bahan
perkumuhan / kumuh (excretory materials).

Organ perkumuhan manusia.


Bahan perkumuhan manusia
1. Air, yang merupakan produk respirasi
sel dan lebihan air yang diserap daripada
makanan di dalam usus besar (large
intestine).

2. Karbon dioksida, yang merupakan
bahan buangan daripada proses respirasi
sel.

3. Garam mineral seperti garam/natrium
klorida (sodium chloride) yang berlebihan
dalam makanan.

4. Urea, yang merupakan bahan
bernitrogen yang dihasilkan daripada
penguraian lebihan protein di dalam hati
(liver).
Jadual di bawah menunjukkan tentang bahan
perkumuhan yang dikeluarkan oleh organ
perkumuhan manusia.

Organ perkumuhan
Bahan perkumuhan
Kaedah perkumuhan
Air Urea
Garam
mineral
Karbon
dioksida
Kulit / / / X Menghasilkan peluh
Paru-paru / X X / Melepaskan wap air
Buah pinggang / / / X Menghasilkan urin


Kepentingan perkumuhan
1. Untuk mengekalkan kesihatan. Hasil
perkumuhan seperti urea boleh meracuni
sel hidup jika dibiarkan terkumpul di dalam
badan.

2. Untuk mengawal kepekatan darah.
Kepekatan garam yang tinggi di dalam
badan, boleh meningkatkan kepekatan
darah.

3. Untuk mengawal suhu badan.
Penyejatan peluh pada kulit boleh
menyejukkan badan.



Corak Pertumbuhan Manusia
>>> Pakej Pembelajaran & Penilaian Online <<<

Pertumbuhan (growth) adalah satu proses
yang dialami di dalam semua organisma hidup.

Proses pertumbuhan adalah melibatkan:
1. Peningkatan saiz (pembesaran)
organisma.
2. Perubahan penampilan / rupa
organisma.
3. Peningkatan dalam bilangan sel-sel.
4. Pembangunan fungsi
organ organisma.


Pertumbuhan Manusia

Pertumbuhan / tumbesaran manusia boleh
diukur dengan dua cara, iaitu melalui:
1. Ketinggian badan (body height)
2. Berat badan (body weight)

Proses pertumbuhan manusia boleh
dibahagikan kepada beberapa peringkat. Pada
setiap peringkat, akan terdapat perubahan dari
segi bentuk, saiz dan rupa.

Secara umumnya, terdapat lima peringkat
kehidupan pada manusia:
1. Peringkat awal (infancy)
2. Zaman kanak-kanak (childhood)
3. Remaja (adolescence)
4. Dewasa (adulthood)
5. Usia tua (old age)

Lima peringkat kehidupan manusia ini, boleh
dipaparkan melalui lengkung pertumbuhan
(growth curve). Lengkung pertumbuhan ini
adalah berbentuk S (S-shaped)
atau sigmoid.


Lengkung pertumbuhan manusia.
Berdasarkan rajah di atas, tumbesaran
manusia terbahagi kepada peringkat berikut:
1. Peringkat awal (peringkat I).
Peringkat awal adalah dari umur 0 - 1
tahun. Kadar pertumbuhan pada peringkat
ini adalah cepat.

2. Zaman kanak-kanak (peringkat II).
Peringkat zaman kanak-kanak adalah dari
umur 1 - 12 tahun. Kadar pertumbuhan
pada peringkat ini adalah perlahan
sehinggalah remaja.

3. Remaja (peringkat III).
Peringkat remaja adalah dari umur 12 - 20
tahun. Kadar pertumbuhan pada peringkat
ini terdapat sedikit peningkatan.

4. Dewasa (peringkat IV).
Kadar pertumbuhan pada peringkat ini
adalah malar (constant) atau sifar. Ini
bermakna bahawa
pertumbuhan/tumbesaran manusia telah
berhenti. Walau bagaimanapun, terdapat
bahagian yang tumbuh sepanjang hayat,
iaitu kulit, kuku dan rambut.

5. Usia tua (peringkat V).
Pada peringkat ini, kadar pertumbuhan
adalah negatif dan saiz tubuh manusia juga
mula mengurang. Peringkat ini berakhir
dengan kematian.

Walaupun lengkung pertumbuhan (growth
curve) manusia secara umumnya adalah
sigmoid, tetapi terdapat perbezaan dalam
pertumbuhan pada lelaki dan wanita.


Lengkung pertumbuhan lelaki dan perempuan.
Berdasarkan lengkung pertumbuhan lelaki dan
perempuan/wanita di atas;
Kadar pertumbuhan budak lelaki
adalah sama seperti budak
perempuansemasa peringkat awal (bayi).
Walau bagaimanapun, kadar pertumbuhan
budak lelaki adalah melebihi budak perempuan
semasa zaman kanak-kanak.
Antara umur 12-14 tahun, kadar
pertumbuhan adalah dilebihi oleh budak
perempuan. Ini adalah kerana seorang budak
perempuan mencapai akil baligh (puberty)
pada usia yang lebih awal (kira-kira 12
tahun) dan zaman remajanya juga berakhir
awal (kira-kira 16 tahun).
Seorang budak lelaki mencapai akil baligh
pada usia lewat sedikit(kira-kira 14 tahun)
dan zaman remajanya pula berakhir pada
umur kira-kira 18 tahun. Jadi,
ketinggian perempuan adalah melebihi lelaki
pada peringkat remaja.
Disebabkan tempoh pertumbuhan seorang
lelaki adalah lebih panjang, jadi ketinggian
seorang lelaki melebihi seorang perempuan,
adalah pada umur 18 tahun dan ke atas.

Zaman kanak-kanak (chilhood) adalah
peringkat yang paling penting dalam
pertumbuhan manusia. Jadi, kanak-kanak
mestilah diberi:
1. Diet yang seimbang kerana nutrien
seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin
dan garam mineral boleh memastikan
pertumbuhan yang sihat dan mencegah
pelbagai penyakit kekurangan seperti
marasmus (lemah seluruh badan), riket,
kwashiorkor dan beri-beri.
2. Bimbingan, perlindungan, kasih
sayang dan pendidikan bagi memastikan
pertumbuhan rohani yang sempurna.


Mineral Yang Terdapat Di Dalam
Kerak Bumi
>>> Pakej Pembelajaran & Penilaian
Online <<<

Mineral adalah unsur semulajadi (natural
element) atau sebatian (compound) yang
terdapat di dalam kerak Bumi (Earth's crust).

Mineral mempunyai komposisi dan struktur
kristal tertentu. Contoh-contoh mineral adalah
calcite, feldspar, kuarza (quartz), mika (mica),
marmar (marble) dan silikat (silicate).

Hanya unsur yang tidak aktif sahaja boleh
wujud secara bebas dalam kerak Bumi.
Sementara itu, unsur-unsur aktif akan
bertindak balas dengan unsur-unsur lain
bagi membentuk sebatian tertentu.

Unsur-unsur semula jadi yang biasanya
ditemui di dalam kerak Bumi adalah emas
(gold), perak (silver), platinum, raksa
(mercury) dan arsenik (arsenic).

Jadual di bawah menunjukkan peratusan
unsur-unsur mineral yang terdapat dalam
kerak Bumi.

Unsur % mengikut berat
Oksigen 46.6
Silikon 27.7
Aluminium 8.1
Besi / Ferum 5.0
Kalsium 3.6
Sodium 2.8
Potassium 2.6
Magnesium 2.1
Titanium 0.4
Hidrogen / Karbon 0.14
Peratusan unsur di dalam kerak bumi.

Hampir 75% daripada berat mineral di dalam
kerak Bumi adalah terdiri daripada unsur-unsur
oksigen dan silikon. Oleh itu, mineral silikat
(silicate minerals)
yang mengandungi oksigen dan unsur-
unsur silikon membentuk jumlah yang
terbesar. Contoh mineral silikat adalah
termasuk kuarza, feldspar, mika dan tanah
liat.

Mineral yang tidak mengandungi unsur silikon
dikenali sebagai mineral bukan silikat (non-
silicate minerals). Contoh mineral bukan silikat
adalah calcite, dolomit (dolomite), magnetit
(magnetite) dan bijih besi (hematite).

Unsur-unsur bukan logam yang lain seperti
oksigen, sulfur dan karbon biasanya wujud
dalam bentuk sebatian
seperti oksida (oxides), sulfida (sulphides)
dankarbonat (carbonates).

Unsur-unsur yang kurang aktif bergabung
dengan oksigen dan sulfur untuk membentuk
oksida dan sulfida seperti oksida besi,
aluminium oksida, plumbum sulfida dan
besi sulfida.

Sulfida bertindak balas dengan oksigen untuk
membentuk sulfat. Sebaliknya, oksida akan
bertukar ke karbonat apabila bertindak balas
dengan air dan karbon dioksida.

Oksida logam (metal oxide) adalah sebatian
yang mengandungi logam dan oksigen.

Jadual di bawah menunjukkan beberapa
contoh sebatian mineral yang ditemui di dalam
kerak Bumi.

Jenis mineral Contoh Nama kimia Unsur
Oksida
(oxide)
Bauksit
(bauxite)
Aluminium oksida Aluminium dan oksigen
Hematit
(hematite)
Besi oksida Besi dan oksigen
Magnetit
(magnetite)
Magnesium oksida Magnesium dan oksigen
Cassiterite Timah oksida Timah dan oksigen
Sulfida
(sulphide)
Galena Plumbum sulfida Plumbum dan sulfur
Pirit
(pyrite)
Besi sulfida Besi dan sulfur
Chalcocite Kuprum sulfida Kuprum dan sulfur
Blende Zink sulfida Zink dan sulfur
Karbonat
(carbonate)
Marmar
(calcite)
Kalsium karbonat Kalsium, karbon dan oksigen
Magnesit
(magnesite)
Magnesium karbonat Magnesium, karbon dan oksigen
Dolomit
(dolomite)
Magnesium karbonat Magnesium, karbon dan oksigen
Malachite Kuprum karbonat Kuprum, karbon dan oksigen
Contoh sebatian mineral yang ditemui di dalam kerak Bumi.

Mineral yang berlainan mempunyai ciri-ciri
yang berbeza. Mineral memiliki ciri-ciri yang
berbeza dari segi:
1. Kekerasan (hardness).
2. Keterlarutan dalam air (solubility in
water).
3. Reaksi kepada haba dan
kesannya (reaction to heat and its effect).


Kuarza dan calcite adalah mineral Bumi yang biasa ditemui
di dalam batu-batan di seluruh dunia.

You might also like