You are on page 1of 13

PRAKATA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Rakan-rakan penyelidik yang dihormati sekalian,

Pertama sekali, saya ucapkan terima kasih kerana sudi
mendapatkan nota minda siri 3 yang bertajuk: Awas! Pentingnya
fungsi Copy Bundle dalam ATLAS.ti 7. Semoga perkongsian ini
akan bermanfaat untuk anda.

Siri nota-nota minda ini ditaja khas oleh Malaysian Postgraduate
Workshop Series (MPWS).

Selamat mentelaah!

Ani Munirah Mohamad
16 September 2014 | Jitra, Kedah
www.atlastimalaysia.com
www.fb.com/atlastimalaysia
NOTIS PENTING!
Nota minda yang dikongsikan di sini telah disediakan berdasarkan
pengalaman saya sendiri. Sungguhpun nasihat dan tips yang
diberikan telah banyak membantu saya dalam kajian saya sendiri,
saya tidak boleh menjamin ia akan membantu anda dengan
sempurna.

Oleh itu, saya berharap anda akan membaca nota minda ini
dengan berlapang dada, dengan mempraktik mana-mana tip yang
sesuai, dan membuang mana-mana tip yang tidak sesuai.

Sebarang persoalan dan komen, anda boleh hubungi saya secara
terus di e-mel: animunirah@gmail.com.
COPY BUNDLE SECARA UMUM
Sungguhpun jarang ditekankan dalam buku-buku panduan
ATLAS.ti, fungsi copy bundle di dalam ATLAS.ti mempunyai
peranan yang amat penting sebagai salinan dan back-up projek
analisa kita.
Nota minda ringkas ini menerangkan apa itu copy bundle,
kenapa hasilkan bundle, risiko sekiranya tidak hasilkan bundle,
dan bile perlu menggunakan bundle itu tadi.
BAHAGIAN 1:
APA ITU COPY BUNDLE
Pernahkah anda mendapat sesuatu folder .ZIP? Atau anda
sendiri mungkin menyediakan folder .ZIP menggunakan perisian
WinZip, WinRar, 7-Zip atau lain-lain perisian di dalam komputer
anda?
Konsep copy bundle di dalam ATLAS.ti adalah menyerupai
konsep folder .ZIP ini.
Copy bundle ialah fail kombinasi beberapa fail lain yang lebih
kecil di dalamnya, dan saiznya lazim adalah lebih kecil daripada
total saiz fail-fail kecil itu tadi. Proses ini dinamakan kompresi
atau compression.
Berikutan proses kompresi ini, maka copy bundle atau folder
.ZIP itu tadi menjadi satu unit sahaja, dan lebih mudah untuk
dipindahkan daripada satu tempat ke tempat yang lain.
Di dalam ATLAS.ti, fail yang digabungkan untuk menjadi cap
bundle terdiri daripada DUA (2), iaitu projek HU dan Library.
Copy Bundle
mengandungi

HU + Library
BAHAGIAN 2:
KENAPA HASILKAN BUNDLE
Terdapat TIGA (3) sebab utama kenapa seseorang pengguna
akan menghasilkan copy bundle, iaitu:
Sebagai salinan backup projek
Untuk pindahkan projek ke komputer lain
Simpanan progress analisa kajian
Copy bundle disediakan sebagai salinan HU untuk dibuat
backup projek analisa kita. Bak kata pepatah sediakan payung
sebelum hujan kita harus biasakan diri membuat bundle dari
semasa ke semasa bagi mengelak kehilangan atau kerosakan
kepada projek HU asal kita.
Antara situasi backup yang mesti disertakan dengan copy
bundle ialah:
Sebelum menghantar komputer untuk tujuan format
Kecurian komputer malang tidak berbau
Komputer diserang virus ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja
Komputer rosak ia musibah yang boleh berlaku bila-bila masa
Kita juga perlu sediakan bundle bagi tujuan pemindahan projek
dari satu komputer ke komputer lain.
Tujuan ketiga penyediaan copy bundle diperlukan adalah
sekiranya kita ingin menyimpan progres analisa kajian kita.
Sebagai contoh, progress analisa bagi bulan Januari, Februari,
Mac dan seterusnya.
BAHAGIAN 3:
RISIKO TIDAK HASILKAN BUNDLE
Setiap fungsi dalam perisian ATLAS.ti sudah tentu ada rasional
kewujudannya, termasuk fungsi copy bundle ini.
Pertama sekali, sudah tentu sekiranya kita tidak menghasilkan
copy bundle, maka backup kita menjadi tidak sempurna. Dengan
hanya menyediakan salinan HU ke dalam pendrive anda, itu
belum dikira sebagai backup kerana Library tertinggal di dalam
hard disk komputer kita. Sekiranya berlaku musibah, maka
tamatlah riwayat Library kita kerana tidak dimasukkan ke dalam
backup itu tadi.
Rentetan daripada point sebelum ini, dalam situasi tanpa bundle,
sekiranya HU dibuka di komputer lain, objek tidak ditemui kerana
Library yang mengandungi dokumen kita tiada atau tidak dapat
dicapai oleh HU tersebut
Bagi musibah tidak diingini seperti kecurian, maka komputer kita
mungkin dicuri sekali dengan Library kita. Maka pentinglah untuk
kita menyediakan copy bundle bagi mengatasi situasi ini.
Untuk musibah lain seperti komputer diserang virus atau rosak,
situasi yang sama akan dihadapi sekiranya kita tidak
menghasilkan copy bundle, iaitu data kita pun turut hilang sekali
BAHAGIAN 4:
BILA PERLU GUNAKAN BUNDLE
Setelah anda memahami rasional penyediaan copy bundle, dan
risiko-risiko sekiranya kita tidak menghasilkannya, mari kita lihat
beberapa situasi yang menjadikan perlu untuk kita
menggunakan bundle itu tadi. Selain daripada situasi-situasi
tersebut, anda tidak perlu menggunakan bundle itu tadi.
Situasi pertama ialah sekiranya projek anda rosak, laptop anda
dijangkiti virus atau dicuri sama sekali. Jadinya anda tidak lagi
mempunyai akses kepada HU mahupun Library di komputer
tersebut. Mujur anda mempunyai salinan projek analisa anda
bagi tujuan backup dalam bentuk copy bundle.
Situasi kedua ialah sekiranya anda nak buka projek HU anda di
komputer lain. Sudah tentu sekiranya anda memasang perisian
ATLAS.ti di dua komputer yang berlainan, copy bundle itu tadi
akan memudahkan anda membuat kerja analisa di kedua-dua
komputer dengan mudah.
Situasi terakhir ialah sekiranya anda nak semak @ rujuk versi
terdahulu projek anda. Situasi ini cuma terpakai sekiranya anda
menghasilkan copy bundle sebelum ini bagi tujuan simpanan
progress analisa anda.
PENUTUP
Di dalam nota minda ini, anda telah didedahkan dengan tip dan
nasihat berkaitan copy bundle salah satu fungsi keselamatan di
dalam perisian magika ATLAS.ti 7.

Ada sebarang persoalan atau komen?
E-mel saya di: animunirah@gmail.com
Jom join kumpulan tertutup di FB
https://www.facebook.com/groups/atlastiresearchers/
Kursus-kursus ATLAS.ti anjuran Malaysian Postgraduate
Workshop Series (MPWS)
http://postgraduateworkshop.com/atlas.ti
http://postgraduateworkshop.com/lratlas.ti
http://postgraduateworkshop.com/lratlas.timalaysia
http://postgraduateworkshop.com/atlas.ti.DrOT

You might also like