You are on page 1of 15

http://cikgusazali.blogspot.

com

1

RUMUS GATEH CSL2014
PERENGGAN AYAT JENIS AYAT DESKRIPSI
PENDAHULUAN

Kenal pasti:
i. Tugasan
ii. Tema

1
Menyatakan
TEMA
TEMA + merupakan antara isu yang sering diwara-warakan
dalam media cetak dan media elektronik di negara kita akhir-
akhir ini.
2
Menerangkan
Sokongan
Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilah komited
untuk mendepani isu ini kerana di mana ada kemahuan, di
situ ada jalan.
3 TUGASAN Persoalannya, apakah + TUGASAN + ?

ISI
PERTAMA

Kenal pasti:
i. Kata
kunci
ii. Isi
iii. Tugasan
1
Menyatakan
TOPIK
Pengetahuan
Pada pendapat saya, antara + KATA KUNCInya + ialah + ISI
2
Menerangkan
HURAIAN
Pemahaman
Hal ini dikatakan demikian kerana + PELAKU + yang + ISI
+ dapat + me......
3
Menerangkan
SOKONGAN
Pemahaman
Di samping itu, ISI + ini juga dapat me.............. + kerana
(peribahasa)
4
Menunjukkan
CONTOH
Penilaian
Sebagai contoh, PELAKU + mestilah (rujuk bahan
rangsangan)
5
Hubung kait
SOKONGAN
Aplikasi
Mereka juga boleh.... (Idea calon)
6
Menegaskan
PENEGAS
Penilaian
Saya ingin menegaskan bahawa + ISI + merupakan antara +
TUGASAN.

ISI
KEDUA

Kenal pasti:
i. Tugasan
ii. Isi

1
Menyatakan
TOPIK
Pengetahuan
Selain itu, + ISI + juga dikenal pasti sebagai salah satu +
TUGASAN.
2
Menerangkan
HURAIAN
Pemahaman
Hal ini bermaksud + PELAKU + yang + ISI + mampu + me....
3
Menerangkan
SOKONGAN
Pemahaman
Lagipun, ISI + ini juga mampu me... + kerana (peribahasa)
4
Menunjukkan
CONTOH
Penilaian
Contohnya, + PELAKU + mestilah (rujuk bahan rangsangan)
5
Hubung kait
SOKONGAN
Aplikasi
Mereka juga boleh.... (Idea calon)
6
Menegaskan
PENEGAS
Penilaian
Saya ingin menjelaskan bahawa salah satu + TUGASAN +
ialah + ISI.

ISI
KETIGA

Kenal pasti:
i. Tugasan
ii. Isi

1
Menyatakan
TOPIK
Pengetahuan
TUGASAN + yang berikutnya ialah + ISI.
2
Menerangkan
HURAIAN
Pemahaman
Dalam konteks ini + PELAKU + yang + ISI + berupaya
untuk + me......
3
Menerangkan
SOKONGAN
Pemahaman
Tambahan pula, ISI + ini juga berupaya untuk + me... +
kerana (peribahasa)
4
Menunjukkan
CONTOH
Penilaian
Misalnya, PELAKU + mestilah (rujuk bahan rangsangan)
5
Hubung kait
SOKONGAN
Aplikasi
Mereka juga boleh.... (Idea calon)
6
Menegaskan
PENEGAS
Penilaian
Saya optimis bahawa + ISI + merupakan + TUGASAN.

KESIMPULAN

Kenal pasti:
i. Saranan
ii. Harapan

1
SARANAN
Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk
me.............+ TEMA
HARAPAN agar .......
2 UNGKAPAN
Dalam hal ini, orang bijak pandai pernah berpesan kalau
tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya!



http://cikgusazali.blogspot.com

2

LATIHAN 1:

Gambar rajah di bawah menunjukkan sebahagian daripada petua kecemerlangan seseorang pelajar.
Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk memperoleh kecemerlangan dalam bidang
akademik. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.















Tugasan: ..
Tema : ..
Kata kunci : ..


LATIHAN 2:
Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan membaca. Panjangnya
huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Isi 1 : Menambahkan ilmu pengetahuan
Isi 2 : Mencetuskan idea baru
Isi 3 : Meningkatkan kemahiran berbahasa


LATIHAN 3:
Lihat grafik di bawah dengan teliti.
Huraikan pendapat anda tentang peranan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam kehidupan. Panjangnya
huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Isi 1 : Berkongsi pendapat
Isi 2 : Memperoleh maklumat
Isi 3 : Menjanakan pendapatan


PANDUAN MENJAWAB KARANGAN BAHAGIAN B

Panduan pemilihan soalan

1. Pastikan soalan yang mempunyai TUGASAN yang jelas
2. Kenal pasti DIMENSI soalan

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.

1. Remaja mestilah bersedia dalam menghadapi cabaran pada masa depan. Mereka mestilah
mempersiapkan diri dengan pelbagai kemahiran untuk menempuh alam pekerjaan.
Huraikan kemahiran-kemahiran yang perlu anda kuasai untuk keperluan kerjaya pilihan anda.

Usaha-usaha
memperoleh kecemerlangan
dalam akademik
Memberi tumpuan ketika
guru mengajar
Bijak membahagikan masa
Belajar secara berkumpulan
http://cikgusazali.blogspot.com

3

2. Sokongan dan dorongan perlu diberikan oleh keluarga terhadap anak-anak yang mempunyai bakat dan
potensi dalam bidang tertentu seperti akademik, sukan, dan kesenian.
Berikan hujah-hujah anda untuk menyokong pernyataan di atas.


3. Malaysia merupakan destinasi pelancongan yang popular kerana mempunyai tarikan dan keunikan
yang tersendiri.
Bincangkan.

4. Kerjasama dan perkongsian Malaysia dengan negara-negara serantau seperti ASEAN mampu
menjamin keselamatan dan kemakmuran negara.
Jelaskan bentuk-bentuk kerjasama dan perkongsian yang telah dilaksanakan.

5. Aktiviti membaca karya sastera dapat membentuk peribadi yang baik dan mampu dijadikan pedoman
dalam kehidupan seseorang.
Berdasarkan sebuah karya yang pernah anda baca, buktikan kebenaran pernyataan tersebut.


3. Soalan yang tiada kata kunci merupakan soalan aras tinggi. Calon mestilah membina sendiri tugasan
yang TEPAT sebelum membuat keputusan untuk menjawab soalan yang berkenaan. Jika tugasan yang
dibina TIDAK TEPAT, isi karangan akan menyimpang daripada tajuk. Misalnya

Sokongan dan dorongan perlu diberikan oleh keluarga terhadap anak-anak yang mempunyai bakat dan potensi
dalam bidang tertentu seperti akademik, sukan, dan kesenian.
Berikan hujah-hujah anda untuk menyokong pernyataan di atas.
TUGASAN: Jelaskan sokongan dan dorongan perlu diberikan oleh keluarga terhadap
anak-anak yang mempunyai bakat dan potensi.
KATA KUNCI: Sokongan dan dorongan
TEMA: Bakat dan potensi anak-anak
DIMENSI: Keluarga

Malaysia merupakan destinasi pelancongan yang popular kerana mempunyai tarikan dan keunikan yang
tersendiri.
Bincangkan.
TUGASAN: Jelaskan tarikan dan keunikan yang menjadikan Malaysia sebagai destinasi
pelancongan yang popular.
KATA KUNCI: Tarikan dan keunikan
TEMA: Pelancongan
DIMENSI: Negara

Panduan Mencari Isi

1. Remaja mestilah bersedia dalam menghadapi cabaran pada masa depan. Mereka mestilah mempersiapkan diri
dengan pelbagai kemahiran untuk menempuh alam pekerjaan.
Huraikan kemahiran-kemahiran yang perlu anda kuasai untuk keperluan kerjaya pilihan anda.

TUGASAN: Huraikan kemahiran-kemahiran yang perlu anda kuasai untuk keperluan kerjaya
pilihan anda.
KATA KUNCI: Kemahiran-kemahiran
TEMA: Keperluan kerjaya
DIMENSI: Diri
DIMENSI + KATA PENGUAT + KKAT + IDEA + KATA HUBUNG + KETERANGAN
http://cikgusazali.blogspot.com

4

Saya mestilah menguasai kemahiran dwibahasa
Saya mestilah menguasai kemahiran komunikasi
Saya mestilah menguasai kemahiran memimpin


2. Sokongan dan dorongan perlu diberikan oleh keluarga terhadap anak-anak yang mempunyai bakat dan potensi
dalam bidang tertentu seperti akademik, sukan, dan kesenian..
Berikan hujah-hujah anda untuk menyokong pernyataan di atas.
DIMENSI + KATA PENGUAT + KKAT + IDEA + KATA HUBUNG + KETERANGAN

TUGASAN:.

Ibu bapa mestilah memberi motivasi kepada anak-anak
Ibu bapa mestilah menghantar anak-anak ke kelas tuisyen
Ibu bapa mestilah menyediakan segala keperluan anak-anak

Contoh Huraian Isi 1
Pada pandangan saya, antara sokongan dan dorongan oleh keluarga terhadap anak-anak yang
mempunyai bakat dan potensi dalam bidang tertentu ialah Ibu bapa mestilah memberi motivasi kepada anak-
anak. Hal ini dikatakan demikian kerana ibu bapa yang setiasa memberikan suntikan motivasi kepada anak-anak
dapat meningkatkan semangat dan keyakinan anak-anak untuk mendepani setiap cabaran yang mendatang. Di
samping itu, motivasi yang diberikan oleh ibu bapa ini juga dapat menambahkan minat anak-anak terhadap
sesuatu bidang yang diceburi. Sebagai contoh, ibu bapa mestilah memberi perangsang kepada anak-anak
supaya jangan mudah mengalah apabila gagal dalam sesuatu pertandingan. Mereka juga boleh berdiskusi
dengan anak-anak untuk mencari jalan penyelesaian supaya anak-anak mampu bangkit daripada kegagalan
kerana yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Saya ingin menegaskan bahawa
memberi motivasi kepada anak-anak merupakan antara sokongan dan dorongan ibu bapa terhadap anak-anak
yang mempunyai bakat dan potensi dalam bidang tertentu.

Selain itu, menghantar anak-anak ke kelas tuisyen juga dikenal pasti sebagai salah satu inisiatif yang
boleh diambil oleh ibu bapa sebagai sokongan dan dorongan kepada anak-anak mereka yang mempunyai bakat
dan potensi dalam bidang tertentu. Hal ini bermaksud, ibu bapa yang berbuat demikian sudah pasti mampu
membantu anak-anak untuk memperoleh pelbagai maklumat tambahan berkaitan dengan mata pelajaran yang
dipelajari di sekolah. Lagipun, anak-anak yang menghadiri kelas tuisyen ini juga mampu membolehkan mereka
lebih memahami sesuatu topik dengan bantuan daripada guru yang berlainan. Contohnya, anak-anak yang
menghadiri kelas matematik dapat menguasai dan memahami rumus matematik dengan lebih cekap agar dapat
menjawab soalan dengan lebih yakin. Mereka juga boleh menghadiri tuisyen untuk mata pelajaran kritikal yang
lain seperti bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan sebagainya. Saya ingin menjelaskan bahawa salah satu
inisiatif yang boleh diambil oleh ibu bapa sebagai sokongan dan dorongan terhadap anak-anak mereka ialah
menghantar anak-anak ke kelas-kelas tuisyen.

Sokongan dan dorongan keluarga terhadap anak-anak yang mempunyai bakat dan potensi dalam
bidang tertentu yang berikutnya ialah ibu bapa mestilah menyediakan segala keperluan anak-anak untuk
mengembangkan bakat mereka. Dalam konteks ini, keperluan yang disediakan oleh ibu bapa kepada anak-anak
berupaya untuk memastikan anak-anak tidak menghadapi masalah untuk menjalankan sesuatu aktiviti yang
diarahkan atau melalui usaha kendiri. Tambahan pula, kelengkapan yang disediakan ini juga berupaya untuk
menyedarkan anak-anak betapa kuatnya sokongan dan dorongan ibu bapa untuk melihat mereka berjaya.
Misalnya, ibu bapa menyediakan kelengkapan sukan seperti pakaian, makanan dan peralatan yang diperlukan
jika anak-anak mempunyai minat yang tinggi dalam sukan. Mereka juga boleh membawa anak-anak untuk
mengadakan latihan fizikal di gimnasium kerana peralatan tersebut menelan kos yang tinggi. Saya optimis
bahawa penyediaan keperluan untuk anak-anak mengasah dan mengembang bakat mereka merupakan langkah
bijak yang boleh diambil oleh keluarga sebagai satu sokongan dan dorongan kepada anak-anak mereka.
http://cikgusazali.blogspot.com

5


LATIHAN 1:
3. Malaysia merupakan destinasi pelancongan yang popular kerana mempunyai tarikan dan keunikan yang
tersendiri.
Bincangkan.

Cuba bina tugasan soalan
Soalan 1: Rumusan
[ 30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan nilai-nilai
positif dan kekangan untuk menyemai nilai-nilai tersebut. Panjangnya rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.

Pendidikan memainkan peranan penting bagi membina dan menanam nilai-nilai positif dalam
kalangan pelajar. Pendidikan di semua peringkat persekolahan perlu menanamkan nilai-nilai positif
selaras dengan matlamat Wawasan 2020 yang bertujuan untuk meningkatkan taraf pemodenan dan
seterusnya menjadikan Malaysia sebuah negara maju dengan acuannya sendiri.

Nilai-nilai positif ialah nilai-nilai yang mendorong kepada perubahan dan kemajuan. Nilai-nilai
positif seperti yakin diri dan berani menghadapi cabaran amat penting untuk membina keyakinan diri
masyarakat dan menentukan kekuatan sesuatu bangsa, kaum atau negara. Masyarakat yang maju
memiliki nilai-nilai positif di samping peka terhadap segala perkembangan yang berlaku. Kita harus
mengejar kemajuan, perubahan dan pembangunan tanpa meninggalkan nilai-nilai positif yang menjadi
asas pembinaan kekuatan moral, kerohanian, kemanusiaan dan keterampilan dalam segala bidang.
Masyarakat yang ingin kita lahirkan sesungguhnya masyarakat madani yang akan disegani di persada
dunia.

Di samping itu, nilai positif juga mendorong individu dan masyarakat supaya berani bertindak
secara rasional untuk menegakkan kebenaran dan keadilan. Nilai positif juga perlu dipertahankan bagi
membebaskan individu dan masyarakat daripada ancaman gejala sosial yang begitu dominan
pengaruhnya. Pembinaan imej diri yang menonjolkan keterampilan, kewibawaan dan kekuatan moral
sangat signifikan dengan pemupukan nilai-nilai positif. Manakala nilai negatif perlu dikikis bagi
membebaskan masyarakat daripada kemunduran dan kejahilan. Masyarakat yang demikian juga akan
menjadi liabiliti kepada negara serta menjadi batu penghalang ke arah merealisasikan matlamat
Wawasan 2020.

Selain itu, penekanan nilai positif dalam pembinaan sumber tenaga manusia dan tenaga
pekerja juga penting untuk mewujudkan guna tenaga yang produktif dan positif ke arah pembangunan
negara yang mapan. Nilai-nilai positif para pekerja seperti kerajinan, bertanggungjawab, amanah dan
berdaya saing bukan sahaja perlu diamalkan di tempat kerja tetapi di luar tempat bekerja juga agar
cabaran dan dugaan di pentas global mampu ditangani secara lebih mudah.

Nilai positif yang terpahat dalam diri seseorang akan dapat membantunya membanteras
pelbagai masalah yang mengancam dirinya sendiri, masyarakat dan negara. Oleh itu, fungsi
pendidikan perlu mengarah kepada pembinaan watak, akhlak dan moral individu yang mengamalkan
nilai-nilai hidup yang baik dan tidak bercanggah dengan norma-norma kehidupan yang mulia. Yang
pasti, amalan nilai-nilai positif akan menggalakkan perkembangan dan kemajuan tuntas seseorang
individu ke arah pembinaan kesejahteraan diri, masyarakat dan negara.

http://cikgusazali.blogspot.com

6

Soalan 2 : Pemahaman
Soalan 2(a) - Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata merealisasikan matlamat? [2 markah]

TIPS SOALAN MAKSUD RANGKAI KATA:
- Mesti ada dua unsur
- Perkataan yang diberi maksud mestilah diuji kesesuaiannya dalam petikan asal.
SKEMA:
(i) Maksud
- (mencapai/menterjemahkan/menjayakan) (tujuan/objektif/sasaran) 2m
- (mencapai/menterjemahkan/menjayakan) matlamat 1m
- merealisasikan (tujuan/objektif/sasaran) 1m
[Maksimum : 2 markah]

(ii) Penulis menyatakan beberapa sebab nilai negatif perlu dikikis.
Nyatakan sebab-sebab tersebut. [3 markah]

TIPS SOALAN ANALISIS PETIKAN:
- Jawapan bagi soalan ini terdapat dalam petikan
- Jawapan tidak bertindan dengan isi tersurat. Penggunaan highlight akan menjimatkan masa kerana
pelajar tidak perlu membaca semua isi yang telah dihighlight tadi.
- Biasanya kedudukan isi terdapat secara berurutan dalam petikan.
SKEMA:
Sebab-sebab ( Cukup 2 isi)
P1- membebaskan masyarakat daripada kemunduran dan kejahilan
P2- menjadi liabiliti kepada negara
P3- menjadi batu penghalang ke arah merealisasikan matlamat Wawasan 2020
[maksimum : 3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang berkesan untuk menanamkan nilai-nilai
tersebut dalam kalangan murid?
Berikan dua langkah.
[4 markah]
TIPS SOALAN KBKK:
- Pelajar diminta menjawab berdasarkan idea sendiri.
- Soalan berkisar isu yang dinyatakan dalam petikan
- Jangan ambil jawapan dalam petikan. Markah tidak akan diberi walaupun jawapannya betul.
- Jumlah isi bergantung kepada kehendak soalan. Pastikan jawapan perlukan huraian atau tidak.
SKEMA:
Langkah-langkah (Cukup 2 isi)
P1 - Guru menerapkan nilai-nilai positif secara konsisten dalam pengajaran
P2 - Pihak sekolah mengadakan program bertemakan nilai-nilai positif
P3 - Pihak sekolah menampal poster-poster berkaitan nilai-nilai positif
P4 - Pihak sekolah memberi ganjaran kepada pelajar yang bersahsiah tinggi
P5 - Kanselor mengadakan program kesedaran untuk menyemai nilai positif
P6 - Pihak KPM, JPN, PPD mengadakan kursus/seminar/bengkel kesedaran
[ * Jawapan lain isi yang sesuai boleh diterima]
[maksimum : 4 markah]
****************




http://cikgusazali.blogspot.com

7

Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

MAK SOM: (Kepada INTAN SITI RAHlMAH) Pak Tuan dah berangkat balik.
PAK TUAN DOLAH: Intan, lusa mereka akan datang. Jamuan kali ini hendaklah lebih daripada
yang biasa, sebab ada orang-orang yang lebih besar.
INTAN SITI RAHIMAH: Siang tadi Intan ke surau. Orang-orang kampung masih mengatakan
kekotoran daripada kandang kuda mencemarkan air sungai. Anak-anak mereka sakit-sakit belaka, dan
macam-macam lagi.
PAK TUAN DOLAH: Itulah dah dikatakan. Intan jangan ke surau mereka. Mengapa pergi
mencemarkan kaki ke sana?
INTAN SITI RAHIMAH: Mereka datang sendiri menjemput. Takkanlah Intan tak pergi?
PAK TUAN DOLAH: Lain kali kata sibuk, tak usah pergi.
INTAN SITI RAHIMAH: Tetapi mereka ini isteri dan ibu kepada orang-orang yang bekerja dengan kita.
Mereka besar hati datang menjemput. Itu pun takut-takut pula.
PAK TUAN DOLAH: Ya, mereka harus takut pada kita. Jika tidak naik kepala nanti. Intan harus
sedar dengan siapa hendak bercampur gaul?
INTAN SITI RAHIMAH: Intan sedih melihat keadaan hidup setengah-setengah daripada mereka.
Makanan anjing kita lebih baik daripada makanan mereka.
(Dipetik daripada drama
'1400' oleh Noordin Hassan dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Nyatakan rungutan orang-orang kampung yang disampaikan oleh Intan Siti Rahimah kepada
Pak Tuan Dollah.
[2 markah]
TIPS SOALAN ANALISIS PETIKAN:
- Jawapan soalan ini terdapat dalam petikan
- Justeru baca soalan dahulu sebelum membaca petikan akan memudahkan untuk mengesan jawapan
dalam petikan
SKEMA:
(i) Rungutan
P1 - Kekotoran daripada kandang kuda mencemarkan air sungai 1m
P2 - Anak-anak mereka sakit-sakit belaka 1m
[Maksimum : 2 markah]

(ii) Sekiranya anda Pak Tuan Dollah, apakah langkah-langkah yang akan anda ambil untuk
memastikan sungai itu tidak terus tercemar?
[3 markah]
TIPS SOALAN KBKK:
- Pelajar diminta menjawab berdasarkan idea sendiri.
- Soalan berkisar isu yang dinyatakan dalam petikan.
- Jangan ambil jawapan dalam petikan. Markah tidak diberi walaupun jawapan betul.
- Jumlah isi bergantung kepada kehendak soalan. Pastikan isi perlukan huraian atau tidak.
SKEMA:
(ii) Langkah-langkah [2 isi cukup]
P1 - Memindahkan kandang kuda jauh daripada sungai 1m
P2 - Membina sistem kumbahan yang lebih sistematik 1m
P3 - Memproses najis kuda menjadi baja organik 1m
P4 - Mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak berwajib 1m
P5 - Menukarkan bidang ternakan kepada bidang yang lain 1m
http://cikgusazali.blogspot.com

8

P6 - Mengadakan gotong-royong membersihkan sungai 1m
[ * Jawapan lain isi yang sesuai boleh diterima]
[maksimum : 3 markah]

(iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan drama di atas dan satu persoalan lain
daripada drama tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]
TIPS SOALAN KOMSAS:
- Antara aspek yang ditanya ialah tema, persoalan, watak dan perwatakan, latar, nilai dan pengajaran.
- Jumlah isi bergantung kepada kehendak soalan. Pastikan isi perlukan huraian atau tidak.
- Isi dalam petikan dengan keselruhan genre tidak boleh dicampur adukkan
SKEMA:
(iii) Persoalan dalam petikan (Isi + Contoh)
P1 - Pencemaran sungai memberi kesan buruk kepada masyarakat dan
membawa penyakit
Contoh : Air sungai yang tercemar menyebabkan anak orang-orang kampuing
menghidapi penyakit. 1 + 1
P2 - Penindasan terhadap golongan yang lemah
Contoh : Pak Tuan Dollah mahu orang kampung takut akan dirinya. 1 + 1
P3 - Rasa simpati terhadap golongan bawahan
Contoh : Intan Siti Rahimah sedih melihat kesengsaraan hidup orang
Kampung. 1 + 1
.
Persoalan dalam keseluruhan drama
P1 - Kepincangan masyarakat yang memilih kepada orang yang berharta
Contoh : Pak Tuan Dollah menggunakan wang untuk mempengaruhi
penduduk kampung memilihnya sebagai wakil penduduk. 1 + 1
P2 - Kesedaran dan keinsafan terhadap kesilapan yang pernah dilakukan
Contoh : Pak Tuan Dollah menyedari perbuatannya selama ini telah
menyimpang daripada hukum Allah dan dia insaf serta mula mendekatkan
diri kepada Allah. 1 + 1
P3 - Kepercayaan terhadap amalan syirik dan khurafat
Contoh : Pak Tuan Dollah tergamak memindahkan jenazah ibunya dari kubur
ke bawah rumah untuk memastikan dia memperoleh kekayaan seperti yang
diminta oleh bomoh 1 + 1
[ * Jawapan lain isi yang sesuai boleh diterima]
[maksimum : 4 markah]
*****************
Soalan 2(c) - Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Mendengar suara itu lanun-lanun itu mulai gementar. Mereka kenal itulah suara Awang
Sulung, Hai, baru ini kita kiamat, kita sudah derhaka kepada penghulu kita sendiri dan kepada diri
kita sendiri! bisik mereka sesama sendiri.
Ampun Tuanku, patik tidak tahu bahawa Tuanku rupanya di dalam geliung panjang
ini, sembah mereka beramai-ramai dengan tubuh yang gementar.
Beta tidak beritahukan pelayaran beta pada kalian kerana beta menemani Tuan Puteri
Dayang Seri Jawa kembali ke negerinya. Lagipun beta telah berhutang kepadanya sebanyak dua puluh
lapan rial batu dan emas sejangka tiga untuk melangsaikan hutang beta kepada Datuk Batin Alam.
Ampun Tuanku, janganlah Tuanku dukacita dengan hutang itu. Sekiranya Tuanku hendak
kembali ke Bandar Mengkaleh, biarlah patik isikan geliung ini penuh sarat dengan rial batu dan emas.
Mendengar percakapan itu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa tidak bersabar lagi lalu menyampuk,
Wahai tuan-tuan sekalian, adakah patut orang yang serupa ini berhutang rial kepada patik?
Sebenarnya dagang yang hina inilah yang telah menjadi tawanannya. Dia seorang pahlawan yang
handal.
http://cikgusazali.blogspot.com

9

Kalau begitu, kata Awang Sulung pula, memanglah benar kata adinda itu, kerana kakanda
telah menewaskan Tuan Puteri Dayang Nuramah yang hendak merampas kakanda daripada tangan
adinda dan sekarang hutang pun sudah berbayar, piutang pun sudah diterima, maka memohonlah
kakanda kembali ke Bandar Mengkaleh.
(Dipetik daripada Pelayaran Yang Penuh Peristiwa
dalam antalogi Harga Remaja,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud rangkai kata sudah derhaka kepada penghulu kita sendiri berdasarkan
petikan di atas? [2 markah]

TIPS SOALAN MAKSUD RANGKAI KATA:
- Jangan menggunakan semula kata yang diuji dalam soalan.
- Terdapat dua unsur yang diuji dalam kamsud rangkai kata tersebut.
- Maksud perlu merujuk dan disesuaikan dengan konteks penggunaan dalam ayat. Uji semula
dalam ayat untuk memastikan kesesuaian maksud
SKEMA:
(i) Maksud
- Telah khianat terhadap pemimpin kita 2
- Derhaka kepada pemimpin 1
- Telah khianat kepada penghulu kita sendiri 1
[maksimum : 2 markah]

(ii) Apakah alasan yang telah diberikan oleh Awang Sulung Merah Muda untuk membolehkan
baginda pulang semula ke Bandar Mengkaleh? [3 markah]

TIPS SOALAN ANALISIS PETIKAN:
- Jawapan soalan ini terdapat dalam petikan. Justeru membaca soalan dahulu sebelum membaca
petikan akan memudahkan untuk mengesan jawapan dalam petikan
- Ayat tidak perlu diubah untuk mengelakkan perubahan maksud
- Gunakan penanda wacana untuk membuktikan anda menggunakan ayat sendiri
SKEMA:
(ii) Alasan (Isi cukup : 2)
P1 - Baginda telah menewaskan Tuan Puteri Dayang Nuramah yang hendak
merampas baginda daripada tangan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
P2 - Hutang baginda sudah berbayar
P3 - Piutang pun sudah diterima
[maksimum : 3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mentaati ketua yang telah dilantik secara
majoriti? [3 markah]

TIPS SOALAN KBKK:
- Pelajar diminta menjawab berdasarkan idea sendiri.
- Soalan berkisar isu yang dinyatakan dalam petikan.
- Jangan ambil jawapan dalam petikan. Markah tidak diberi walaupun jawapan betul.
- Jumlah isi bergantung kepada kehendak soalan. Pastikan isi perlukan huraian atau tidak.
SKEMA:
(iii) Mengapa perlu mentaati ketua (Isi Cukup : 2)
P1 - ketua telah dilantik oleh masyarakat dan sudah pastinya ketua merupakan orang yang paling layak diikuti nasihat atau
arahannya.
P2 - ketua orang yang paling mahir mentadbir organisasi dan selalunya mereka orang yang berpengalaman.
P3 - keputusan mesyuarat merupakan keputusan ramai dan jika menentangnya bermakna tindakan kita bertentangan dengan
budaya hidup bermasyarakat.
[ * Jawapan lain isi yang sesuai boleh diterima]
[maksimum : 3 markah]
**************
http://cikgusazali.blogspot.com

10


Soalan 2(d) - Puisi
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

DI PERPUSTAKAAN
Melangkah ke ruangmu
Satu pertukaran yang kontras
Dari kehangatan merata
Ke kedinginan yang menerpa
Terlalu hening di sini
Gua pendeta bersemadi
Di puncak sepi
Di sana sini
Kepala-kepala tunduk meneliti
Mata dan fikir bersebati.

Maju ke ruang buku
Terlalu kerdil aku di sini
Terapung di laut ilmu
Tercurah berzaman
Dalam tak terselam
Betapapun kulayari
Bahtera ilmu di sini
Tak terteroka
Yang akan kucatat
Hanya setitik dari tinta
Yang akan kupetik
Hanya sebiji dari mutiara
Engkau adalah pusaka moyang
Gedung peradaban insan
Terhimpun berzaman.

Bersemadi di sini
Aku adalah pelayar yang dahaga
Di dada samudera
Tak berpantai
Betapapun kuteguk darinya
Dahaga tak pernah langsai
SHAFIE ABU BAKAR
Antologi Harga Remaja
Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Berikan maksud dahaga tak pernah langsai [2 markah]

TIPS SOALAN MAKSUD RANGKAI KATA:
- Berikan maksud yang tersirat (SEBENAR) bukannya yang tersurat
- Pelajar perlu berhati-hati untuk memastikan berapakah unsur yang ada dalam maksud baris
atau rangkap tersebut. Kegagalan memberikan unsur yang lengkap menyebabkan pelajar
gagal mendapat markah penuh.

http://cikgusazali.blogspot.com

11

SKEMA:
(i) Maksud
- Ilmu tidak akan habis dipelajari 2
- Ilmu tak pernah langsai 1
[maksimum : 2 markah]

(ii) Sekiranya anda ialah pengawas pusat sumber, apakah cara-cara yang dapat anda lakukan
untuk menarik para pelajar mengunjungi perpustakaan? [3 markah]

TIPS SOALAN KBKK:
- Pelajar diminta menjawab berdasarkan idea sendiri.
- Soalan berkisar isu yang dinyatakan dalam puisi.
- Jangan ambil jawapan dalam puisi. Markah tidak diberi walaupun jawapan betul.
- Jumlah isi bergantung kepada kehendak soalan. Pastikan isi perlukan huraian atau tidak.
SKEMA:
(ii) Cara-cara (Isi cukup : 2)
P1 - Memastikan pusat sumber dalam keadaan teratur dan selesa
P2 - Menyediakan perkhidmatan kaunter yang mesra dan cekap
P3 - Memastikan suasana yang senyap dan kondusif
P4 - Bersedia membantu pelajar lain yang berurusan di pusat sumber
[ * Jawapan lain isi yang sesuai boleh diterima]
[maksimum : 3 markah]

(iii) Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut . [4 markah]

TIPS SOALAN KOMSAS:
- Antara aspek yang ditanya ialah tema, persoalan, nilai dan pengajaran.
- Soalan mungkin merujuk baris, rangkap
- Jumlah isi bergantung kepada kehendak soalan. Pastikan isi perlukan huraian atau tidak.
SKEMA:
(iii) Pengajaran (Isi + Huraian)
P1 - Kita hendaklah tekun semasa menuntut ilmu supaya tidak ketinggalan
dalam pembelajaran. 1 + 1
P2 - Kita hendaklah mempunyai minat untuk mendalami sesuatu bidang ilmu
kerana ilmu amat penting dalam kehidupan 1 + 1
P3 - Kita hendaklah memiliki kegigihan dalam usaha mengejar ilmu supaya
mudah untuk menguasainya. 1 + 1
P4 - Kita hendaklah rajin mengunjungi perpustakaan kerana perpustakaan
adalah tempat yang sesuai untuk belajar. 1 + 1
[ * Jawapan lain isi yang sesuai boleh diterima]
[maksimum : 4 markah]

********************
Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

(a) Tulis satu ayat daripada penjodoh bilangan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) segerombolan
(ii) sekawan
(iii) sekepal
(iv) sepapan
(v) sepasang
(vi) serumpun
[ 6 markah ]
http://cikgusazali.blogspot.com

12

SKEMA:
Perhatian bagi soalan 3 (a)
1. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul
2. Tolak markah bagi kesalahan ejaan/jalan bahasa/tanda baca daripada keselurruhan soalan.
3. Perkataan digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah.
4. Perkataan digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah.
5. Sengaja menambah imbuhan, berikan 0 markah.
6. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak markah bagi setiap ayat.
7. Jika semua perkataan digunakan dalam satu ayat, berikan pertimbangan sebagai satu ayat.
8. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya.
9. Isi tidak jelas, tolak markah
10. Ayat mengelak, berikan 0 markah
Jawapan 3(a)
(i) segerombolan
kumpulan orang jahat seperti perompak, pengganas, penyamun, penjenayah, pencuri, lanun dan sebagainya.
(ii) sekawan
Kumpulan haiwan yang hidupnya bergerak berkawan-kawan seperti burung, gajah, kuda, lebah, merpati, dan
sebagainya
(iii) sekepal
Benda yang boleh dikepal atau disukat dengan genggaman seperti nasi, tanah, pulut, dan sebagainya
(iv) sepapan
Benda yang berbentuk kepingan seperti coklat, petai, mercun, dan sebagainya
(v) sepasang
Manusia/ benda yang berpasangan atau dalam bilangan dua seperti suami isteri, anting-anting, kasut, stoking dan
sebagainya
(vi) serumpun
Pokok-pokok yang tumbuh berumpun atau berkelompok seperti buluh, pandan,lalang, padi, serai, tebu, dan sebagainya
[maksimum : 6 markah]
Teknik Menjawab:
SUBJEK + PREDIKAT + KETERANGAN

(b) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian anda dikehendaki menggabungkan ayat-ayat
berikut menjadi tiga ayat.

Malaysia menjadi destinasi tarikan pelancong. Malaysia mempunyai beberapa buah pulau
yang indah. Malaysia mempunyai kawasan rekreasi hutan yang menarik. Kerajaan telah
berusaha dengan gigih untuk mempromosikan Malaysia. Kerajaan mengadakan kempen
Tahun Melawat Malaysia. Kerajaan Malaysia juga menganjurkan pertandingan sukan bertaraf
antarabangsa. Ekonomi Malaysia meningkat. Peluang pekerjaan juga terbuka luas. Banyak
pelancong datang ke Malaysia.
[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat,
anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Demontrasi mencegah kebakaran oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat telah
tertarik minat penduduk di sekitar kawasan perumahan itu.

(ii) Pemain bola sepak yang meletih itu asyik bercekak pinggan sahaja di tengah-tengah
padang.

(iii) Wabak selsema burung akan menjadi merbahaya kepada penduduk dunia sekiranya
tidak dicegah dari awal.
[6 markah]

http://cikgusazali.blogspot.com

13

(d) Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan
tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

(i) Pihak polis telah menahan pemuda gelandangan itu kerana beliau didapati positif di
dalam ujian air kencing yang diadakan secara rawak.

(ii) Bintang-bintang yang berkerdipan di langit menambahkan kenyamanan suasana
malam di kawasan peranginan itu.

(iii) Keterampilan berbahasa di kalangan pengguna jati bahasa Melayu mestilah sentiasa
diperkukuh dari masa ke masa.
[6 markah]

(e) Lengkapkan peribahasa di bawah.

(i) Harimau mati meninggalkan belang,..............................................................
(ii) Kalau takut dilambung ombak, .....................................................................
(iii) Kalau kail panjang sejengkal, .......................................................................
(iv) ........................................................., perahu sudah di air.
(v) ........................................................., jangan mati adat.
(vi) ........................................................., kiambang bertaut.
[6 markah]
Soalan 4: Novel

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel- novel yang berikut:

(i) Sutera Dalam Lukisan karya Abd.Talib Hassan
(ii) Renyah karya Gunawan Mahmood

(a) Jelaskan dua contoh pengorbanan yang dilakukan oleh watak utama dalam sebuah novel
yang telah anda pelajari.
[ 7 markah]
TIPS SOALAN 4(a):
- Soalan KBKK yang dikaitkan dengan aspek novel
- Jawapan mesti ditulis dalam bentuk esei dan mempunyai perenggan
SKEMA:
(a) (i) Jawapan berdasarkan sebuah novel yang dipelajari.
(ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap.
(iii) Beri 1 markah bagi pengorbanan watak utama.
(vii) Beri 1 markah bagi huraian/contoh pengorbanan
(viii) Markah isi maksimum 4 (maksimum 2 isi dan 2 huraian/contoh).
(ix) Markah bahasa maksimum 3.
(x) Markah bahasa diberi secara impression.
Baik : 3 markah
Sederhana : 2 markah
Lemah : 1 markah
(viii) Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa.
(xi) Calon tidak menjawab 0 markah.


http://cikgusazali.blogspot.com

14

Novel Renyah
i. Pengorbanan ayah kepada anaknya
Contoh : Datuk Dolhi dan Datin Tominah hadir pada anugerah pendidik negeri terbaik anaknya Amera atas permintaan
anaknya.
ii. Pengorbanan suami kepada isteri
Contoh: Datuk Dolhi menemani isterinya Datin Tominah menghadiri pertunjukan fesyen Busana Islam walaupun beliau
sangat bosan dengan pertunjukan tersebut
iii. Pengorbanan kepada sahabat
Contoh: Datuk Dolhi berkorban untuk memajukan syarikat usaha sama dengan Albert Lee.
iv. Pengorbanan kepada usahawan muda
Contoh: Datuk Dolhi sering meluangkan masa untuk membimbing usahawan muda melalui ceramah kepada golongan
berkenaan.

Novel Sutera Dalam Lukisan

i. Pengorbanan anak kepada ibunya
Contoh: Bujei cuba menyelamatkan ibunya daripada kebakaran rumahnya tetapi tidak 14erjaya kerana api marak terlalu
cepat dan dia dihalang oleh orang ramai daripada memasuki rumahnya yang terbakar.
ii. Pengorbanan seorang anak
Contoh: Walaupun bapa tirinya, Harun sering menyeksanya malah telah cuba mengambil peluang untuk merampas hak
milik Bujei yang ditinggalkan oleh arwah ibunya namun Bujei tetap menghormati Harun.
iii. Pengorbanan seorang sahabat
Contoh: Bujei berkorban untuk membela Adila daripada fitnah yang dilemparkan oleh Alias.

Contoh jawapan:

Novel yang saya pelajari ialah Renyah karya Gunawan Mahmood. Watak utama dalam novel ini ialah Datuk Dolhi.

Pengorbanan dalam novel ini ialah pengorbanan ayah kepada anaknya. Contohnya, Datuk Dolhi sanggup
menghantar Dani ke pusat pemulihan walaupun dia seorang yang terkenal.

Pengorbanan yang lain ialah pengorbanan seorang anak kepada bapa. Contohnya Wahi sanggup meninggalkan
negara Jepun semata-mata untuk membantu Datuk Dolhi menguruskan syarikat.


(b) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, huraikan tiga latar masyarakat yang terdapat
dalam novel tersebut.
[ 8 markah]
TIPS SOALAN4 (b)
- Soalan aspek KOMSAS berdasarkan dua novel
- Jawapan mesti ditulis dalam bentuk esei dan mempunyai perenggan
Skema:
(i) Jawapan berdasarkan dua buah novel yang dipelajari.
(ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap.
(iii) Beri 1 markah bagi setiap latar masyarakat.
(iv) Beri 1 markah bagi setiap huraian/contoh yang betul untuk setiap latar masyarakat
(v) Markah isi maksimum 6 (maksimum 2 markah bagi setiap latar masyarakat dab contoh).
(vi) Markah bahasa maksimum 2.
(vii) Markah bahasa diberi secara impression
Baik : 2 markah
Lemah : 1 markah
(viii) Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa.
(ix) Calon tidak menjawab 0 markah.

Novel Renyah

i. Masyarakat usahawan .
Contoh : Datuk Dolhi dan Albert Lee merupakan usahawan yang berjaya dan kaya
ii. Masyarakat yang tamak .
Contoh : Hasnol bersikap tamak sebab menerima rasuahTengku Munir.
iii. Masyarakat pendidik .
Contoh : Amera bekerja sebagai guru dan menerima anugerah guru negeri terbaik.
http://cikgusazali.blogspot.com

15

iv. Masyarakat majmuk .
Contoh : Wahi Melayu, Yuka Jepun dan Albert Lee Cina
v. Masyarakat penyelewengan agama .
Contoh : Mukhlis, Tok Guru dan Hanisah terikut dengan kesesatan ajaran agama.
vi. Masyarakat mementingkan bahasa kebangsan.
Contoh : Raj Hussein meminta Datuk Dolhi menamakan projeknya dengan nama kemelayuan sedikit.
vii. Masyarakat menghargai alam sekitar.
Contoh : Ilham mencatat sesuatu maklumat penulisannya tentang alam sekitar.
viii. Masyarakat menghargai barangan tempatan.
Contoh : Datin Tominah minta Datuk Dolhi memakai baju batik tempatan iaitu batik Kelantan.
ix. Masyarakat yang menggalakkan perkahwinan campur.
Contoh : Wahi berkahwin dengan gadis Jepun Yuka dan Robert Lee ingin berkahwin dengan Amera gadis Melayu.
x. Masyarakat yang mementingkan pendidikan.
Contoh : Semua anak-anak Datuk Dolhi belajar di Universiti.

Novel Sutera Dalam Lukisan

i. Masyarakat kampung yang memandang rendah kepada orang yang kurang bernasib baik.
Contoh: Masyarakat kampung memandang rendah terhadap Bujei dengan mengatakan dia bodoh, dungu dan tidak berakal.
ii. Masyarakat kampung yang mempunyai norma kemanusiaan.
Contoh: Sidang Saman begitu mengambil berat tentang Bujei dengan membawa Bujei balik ke rumahnya setelah dipukul oleh
Harun.
iii. Masyarakat yang mengambil kesempatan atas kesenangan orang lain.
Contoh:Baru sahaja beberapa bulan berkahwin, Harun sudah memujuk Fatimah untuk membeli kereta.
iv. Masyarakat yang mengamalkan kerjasama.
Contoh: Penduduk kampung bekerjasama untuk mengadakan majlis perkahwinan Sameah.

Contoh Jawapan:

Novel yang saya kaji ialah Renyah karya Gunawan Mahmood. Dalam novel ini terdapat beberapa latar masyarakat.

Antaranya ialah masyarakat usahawan. Contohnya Datuk Dolhi dan Albert Lee merupakan usahawan yang berjaya.

Latar masyarakat yang lain ialah masyarakat pendidik. Contohnya Ameera merupakan seorang pendidik yang
berjaya dan mendapat anugerah tokoh pendidik.

Latar masyarakat yang berikutnya ialah masyarakat yang terlibat dalam ajaran sesat. Contohnya Mukhlis
terpengaruh dengan ajaran sesat sehingga ditahan oleh pihak berkuasa.




















CSL2014

You might also like