You are on page 1of 7

BAHAGIAN B

PENTADBIRAN PEPERIKSAAN

BAHAGIAN B
PENTADBIRAN PEPERIKSAAN

(U),
SPM dan Bahasa Cina SPM

Jun

Jun

BAHAGIAN B

PENTADBIRAN PEPERIKSAAN

PEPERIKSAAN BERTULIS

9.1 JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN


(a) Jadual Waktu Peperiksaan UPSR/PMR/SPM/SPM(U)/STAM yang muktamad adalah
seperti yang dipaparkan di laman sesawang Lembaga Peperiksaan
http://www.moe.gov.my/lpm
(b) Jadual Waktu Peperiksaan UPSR/PMR/SPM/SPM(U)/STAM yang muktamad akan
dihantar kepada calon melalui Pengarah Pelajaran Negeri, selewat-lewatnya dua (2)
bulan sebelum peperiksaan dijalankan.
(c) Calon sekolah hendaklah mendapatkan jadual waktu peperiksaan daripada sekolah
masing-masing.
(d) Calon persendirian akan menerima jadual waktu peperiksaan daripada pihak JPN.
Calon yang tidak menerima jadual waktu peperiksaan dua (2) minggu sebelum
peperiksaan, hendaklah menghubungi pihak JPN tempat calon mendaftar.

9.2 GARIS PANDUAN DAN ARAHAN PEPERIKSAAN


(a) Calon hendaklah mematuhi garis panduan dan arahan peperiksaan yang dinyatakan
dalam jadual waktu peperiksaan.
(b) Calon hendaklah mematuhi arahan Ketua Pengawas di dewan/bilik peperiksaan.

24

BAHAGIAN B

10

PENTADBIRAN PEPERIKSAAN

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

10.1

PERATURAN PENTADBIRAN

(a) Calon sekolah yang mengambil mata pelajaran dengan komponen PBS
hendaklah melaksanakan PBS.
Calon persendirian yang mengambil matapelajaran dengan komponen PBS
hendaklah melaksanakan PBS mengikut syarat yang ditetapkan oleh Lembaga
Peperiksaan
(b) Pihak sekolah hendaklah memastikan infrastruktur dan kelengkapan fizikal bagi
pelaksanaan mata pelajaran dengan komponen PBS telah dilengkapkan sebelum
menawarkan mata pelajaran berkenaan.
(c) Pihak sekolah yang akan menawarkan mata pelajaran dengan komponen PBS
untuk kali pertama hendaklah memohon kelulusan daripada Pengarah Pelajaran
Negeri. Permohonan hendaklah dikemukakan tiga (3) tahun sebelum peperiksaan
PMR dan dua (2) tahun sebelum peperiksaan SPM.
(d) Pihak sekolah hendaklah mengendalikan PBS bagi calon sekolah.
Pihak JPN hendaklah menguruskan pelantikan pentaksir untuk mengendalikan
PBS bagi calon persendirian.
(e) Calon yang memerlukan pengecualian PBS hendaklah memohon kepada pihak
sekolah pada tahun peperiksaan dengan mengemukakan dokumen sokongan
seperti laporan perubatan tahun semasa atau kad OKU.
(f) Pihak sekolah hendaklah mengemukakan permohonan pengecualian PBS kepada
Pengarah Pelajaran Negeri.
(g) Pengarah Pelajaran Negeri hendaklah mengeluarkan surat pengesahan
pengecualian PBS dan menghantar satu (1) salinan surat pengesahan berserta
dokumen sokongan kepada Pengarah Peperiksaan.
(h) Pengarah Peperiksaan akan mengeluarkan surat kelulusan pengecualian PBS
kepada Pengarah Pelajaran Negeri.
(i) Pentaksir hendaklah memastikan calon sendiri melaksanakan PBS dan
memberikan skor yang sah berdasarkan bahan bukti dalam bentuk proses
dan/atau produk yang dihasilkan oleh calon.
(j) Pihak sekolah dan JPN hendaklah memastikan dokumen skor dan bahan bukti
disimpan di tempat yang selamat dan mematuhi prosedur keselamatan.
Tempoh penyimpanan dokumen skor dan bahan bukti ialah enam (6) bulan
selepas tarikh pengumuman keputusan peperiksaan. Dalam tempoh tersebut,
calon boleh mendapatkan bahan bukti daripada pihak sekolah untuk tujuan rasmi
dan mengembalikannya setelah selesai digunakan.
Selepas tempoh penyimpanan tamat, pihak sekolah boleh menyerahkan bahan
bukti kepada calon yang memerlukannya.
25

BAHAGIAN 2

PENTADBIRAN PEPERIKSAAN

Pengetua hendaklah melupuskan bahan bukti yang tidak dituntut oleh calon
selepas 30 hari tempoh penyimpanan tamat.
(k) Bagi calon pindah pusat, sekolah asal hendaklah menyerahkan dokumen skor dan
bahan bukti mudah alih calon kepada sekolah baru. Sekolah baru hendaklah
menghantar markah calon kepada Lembaga Peperiksaan.
Bagi calon menumpang, sekolah asal hendaklah menghantar markah calon
kepada Lembaga Peperiksaan.
Bagi calon persendirian, JPN hendaklah menghantar markah calon kepada
Lembaga Peperiksaan.
(l) Pihak sekolah/JPN hendaklah mengeluarkan pelaporan pencapaian calon dalam
bentuk sijil selewat-lewatnya pada tarikh pengumuman keputusan.
10.2

KOMPONEN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

10.2.1

PENTAKSIRAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH (PLBS)

(a) Calon UPSR hendaklah melaksanakan PLBS bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris.
(b) Calon PMR hendaklah melaksanakan PLBS. bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab
(c) Calon SPM hendaklah melaksanakan PLBS bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab Komunikasi, Bahasa Arab Tinggi,
Bahasa Cina dan Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah.
(d) Hanya calon pekak dan bisu dikecualikan daripada melaksanakan PLBS tanpa
memohon kelulusan daripada Pengarah Peperiksaan.
10.2.2 UJIAN LISAN KHUSUS CALON PERSENDIRIAN (ULKCP)
(a) Calon persendirian SPM hendaklah melaksanakan ULKCP bagi mata pelajaran
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina .
(b) Hanya calon pekak dan bisu dikecualikan daripada melaksanakan ULKCP tanpa
memohon kelulusan daripada Pengarah Peperiksaan.
10.2.3

UJIAN LISAN STAM

(a) Calon STAM hendaklah melaksanakan ujian lisan bagi mata pelajaran Hifz
Al-Quran dan Tajwid, Hadith dan Mustolah serta Insya dan Mutalaah.
(b) Hanya calon pekak dan bisu dikecualikan daripada melaksanakan ujian lisan
tanpa memohon kelulusan daripada Pengarah Peperiksaan.

26

BAHAGIAN B

10.2.4

PENTADBIRAN PEPERIKSAAN

PENTAKSIRAN KERJA AMALI (PEKA)

(a) Semua calon sekolah hendaklah melaksanakan PEKA.


(b) Calon persendirian dikecualikan daripada melaksanakan PEKA.
(c) Calon buta dan buta warna dikecualikan daripada melaksanakan PEKA. Calon
berkeperluan khas lain yang memerlukan pengecualian hendaklah mendapat
kelulusan daripada Pengarah Peperiksaan.
10.2.5

PENTAKSIRAN PERKARA ASAS FARDU AIN (PAFA)

(a) Semua calon yang beragama Islam hendaklah melaksanakan Penilaian Perkara
Asas Fardu Ain (PAFA).
Calon yang tidak melaksanakan PAFA, akan dicatatkan sebagai GAGAL dalam
keratan keputusan peperiksaan.
(b) PAFA dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berpandukan
dokumen yang dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Islam (BPI).
(c) Calon berkeperluan khas yang memerlukan pengecualian hendaklah mendapat
kelulusan daripada Pengarah Peperiksaan.
10.2.6

PENTAKSIRAN TILAWAH DAN HAFAZAN (PTH)

(a) Calon PMR yang menganut agama Islam hendaklah melaksanakan PTH.
(b) Calon pekak dan bisu dikecualikan daripada melaksanakan PTH tanpa memohon
kelulusan daripada Pengarah Peperiksaan.
10.2.7

KERJA KURSUS/PROJEK

(a) Calon sekolah yang mendaftar bagi mana-mana mata pelajaran yang mempunyai
komponen kerja kursus/projek hendaklah melaksanakan kerja kursus/projek
mata pelajaran berkenaan.
(b) Semua calon STAM hendaklah melaksanakan kerja kursus bagi mata pelajaran
Adab dan Nusus serta Balaghah.
(c) Calon berkeperluan khas yang memerlukan pengecualian hendaklah memohon
kelulusan daripada Pengarah Peperiksaan.

27

Lampiran 16

BAHAGIAN B

10.2.8

PENTADBIRAN PEPERIKSAAN

MODUL

(a) Calon sekolah yang mendaftar mata pelajaran Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
dan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV) hendaklah melaksanakan modul
mata pelajaran berkenaan.
(b) Calon hendaklah menyelesaikan 50% daripada modul Tingkatan Empat (4) atau
yang setara dengannya dan disahkan oleh Pengetua untuk melayakkan calon
mendaftar peperiksaan bertulis MPV dan MPAV.
(c) Calon yang menyelesaikan kurang 50% daripada modul Tingkatan Empat (4) atau
yang setara dengannya tidak layak mendaftar peperiksaan bertulis MPV dan
MPAV.
(d) Calon akan menerima sijil modular yang mencatatkan pencapaian modul yang
telah diselesaikan.
10.2.9 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KESENIAN
(a) Calon Sekolah Seni Malaysia hendaklah melaksanakan pentaksiran Pendidikan
Kesenian.
(b) Pelaporan pencapaian calon adalah berdasarkan band.
(c) Calon akan menerima sijil Pendidikan Kesenian yang mencatatkan pencapaian
setiap bidang.

28

You might also like