You are on page 1of 3

1.

PENDAHULUAN

Rusia merupakan sebuah Negara komunis yang cukup kuat jika dibandingkan dengan Negara
dunia lain.Dalam siri perang dunia memperlihatkan bagaimana pengaruh kuasa besar ini dalam
memainkan actor penting sehingga menyebabkan peperangan berlaku dan melibatkan
sebahagian daripada benua Eropah mahupun Asia.Jatuh bangun sesebuah Negara adalah
terletak pada pucuk pemerintahannya. Situasi pasang surut daripada kewujudan,perkembangan
seterusnya kepada kejatuhan pasti akan dialami oleh mana-mana Negara yang wujud di dunia
ini.Menurut, Wan Abdullah Rahman Latif et al. 2001. Sejarah Perkembangan
Tamadun Dunia, Istilah revolusi sememangnya tidak asing digunakan untuk menilai dan
menunjukkan sejauhmana perubahan mahupun anjakan situasi yang berlaku dalam sesebuah
Negara. Dalam kebanyakan Negara,khususnya dikalangan Negara-negara eropah,tidak lari
daripada berlakunya revolusi yang mencorakkan perjalanan Negara.Antaranya adalah revolusi
Perancis, dan yang paling memberikan kesan kepada berlakunya revolusi pada peringkat
antarabangsa adalah era Revolusi perindustrian yang berlaku di Britain.Revolusi Perindustrian
yang berlaku di Britain memberi kesan kepada tercetusnya satu revolusi yang mencorakkan
Negara Rusia adalah apabila berlakunya Revolusi Rusia. Tokoh yang bertanggungjawab dan
memainkan peranan penting dalam Revolusi rusia adalah Lenin. Sejarah telah
membuktikan,ketokohan Lenin telah menjadi nadi dan penggerak kepada Revolusi yang berlaku
di Rusia pada sekitar yahun 1917.Rentetan daripada peristiwa revolusi yang berlaku di Rusia
telah mengubah dan memberi kesan yang besar kepada Negara Rusia sehingga dilabelkan
sebagai sebuah Negara komunis.
1.FAKTOR PENCETUS REVOLUSI RUSIA
EKONOMI
Keadaan yang menjadi pencetus utama ke arah revolusi Rusia adalah disebabkan kelemahan
sistem pemeritahan Tzar yang dilkaitkan dengan perang dunia pertama yang berlaku pada
tahun 1914 hingga 1918. Menurut, Fitzpatrik,Sheila. 1994. The Russia Revolusion. Rusia
terlibat dalam perang yang akhirnya membawa kepada kekalahan.Rata-rata rakyat Rusia turut
serta dalam peperangan yang membabitkan hampir 15 juta dikerah menjadi tentera.Natijah
daripada perang,rakyat mula memberontak disebabkan kurangnya bahan makanan,para
pekerja kilang dipaksa bekerja teruk dengan gaji yang rendah.1Kesan yang paling teruk adalah
berlakunya mogok pekerja sehingga menyebabkan harga pasaran melambung tinggi.Menjelang
1917,berlaku kebuluran dikebanyakan bandar-bandar utama yang akhirnya janji manis yang
dibuat oleh pemerintah Tzar untuk menstabilkan keadaan ekonomi menjadi pendorong kepada
revolusi.Faktor berlakunya Revolusi Rusia juga disebabkan oleh ekonomi yang merosot di
Rusia.Tindakan Tsar menghantar 15 juta orang menyertai tentera dalam perang dunia pertama
menyebabkan berlakunya kekurangan tenaga pekerja dalam sector perkilangan dan

perladangan yang membwa kepada kemelesetan ekonomi dan kekurangan makanan di Rusia.
Tambahanl agi di kilang, pekerja terpaksa berhadapan dengan keadaan kerja yang teruk, 12-14
jam sehari dengan gaji yang rendah. Apabila barangan menjadi semakin kurang, harga
meningkat dengan tingginya dan membebankan rakyat. Selain itu, Tsar yang menghadapi
masalah kekurangan belanjawan telah menggunakan peruntukan dalam pendidikan Negara dan
belanjawan perumahan Negara untuk membiayai peruntukan ketenteraan yang membawa
kepada masalah pembayaran gaji pekerja dalam sector pendidikan dan perumahan. Hasilnya
pekerja
telah
mogok,
menyebabkan
rangkaian
pengangkutan
dan
keretapi
tergendala.Olehitu,Kegagalan Nicholas untuk mengatasi keadaan ekonomi dan janji komunis
untukmelakukan apa yang patut menjadi teras revolusi.
SOSIAL
Kesan daripada perang dunia pertama telah menjadi satu landasan ke arah penindasan
golongan Rejim Tzar terhadap golongan kelas bawahan.Menurut, Lee, Stephen J. 2003.
Lenin and Revolutionary Russia. Dianggarkan 85% terdiri daripada petani,dibawah
penindasan Tzar.Implikasi daripada penindasan ini membawa kepada berlakunya lebih banyak
demonstrasi golongan bawahan untuk menggulingkan Rejim Tzar.Banyak dikalangan para
petani beralih ke kawasan bandar yang menambah burukkan lagi keadaan sehingga
menyebabkan kerajaan pemerintah Tzar tidak berupaya untuk mengatasi masalah rakyat lebihlebih lagi makanan untuk keperluan tentera tidak mencukupi. Persoalan berkaitan dengan
Tanah telah menjadi salah satu faktor sosial yang membawa kepada berlakunya revolusi Rusia
pada tahun 1917. Kepentingn tanah kepada masyarakat jelas apabila tanah turut menjadi salah
satu factor pengeluaran selain dari buruh, modal dan usahawan dalam proses penghasilan
barang. Tanah merupakan sumber yang penting bagi Negara yang mempunyai daratan yang
lebih luas daripada laut. Tambahan lagi dianggarkan sebanyak 85 peratus daripada penduduk
Rusia adalah terdiri daripada kaum petani. Keadaan ini secara langsung tanaha dalah penting
bagi mereka bagi menjalankan aktiviti pertanian. Seterusnya ideology Komunis yang dibawa
oleh Vlademir Lenin dalam revolusi rusia ialah ideology menekankan faktor-faktor pengeluaran
dan barang-barang pengguna sebagai milik negara atau milik bersamarakyat dan menyebabkan
mereka benci terhadap pembahagian tanah yang dikuasai oleh golongan tertentu dan
berlakunya kekacauan yang membawa kepada revolusi Rusia ini.
POLITIK
Dalam aspek politik,ia merupakan kesinambungan yang berlaku dalam masalah ekonomi dan
sosial rakyat Rusia.Kekalahan Rejim dalam perang dunia pertama menjadi pencetus berlakunya
keadaan buruk yang berlaku di Rusia.Menurut, Qasim Ahmad. 2000. Eropah Moden Arus
Sosiopolitik Dan Pemerintahan. Pada tahun 1915,memperlihatkan akan kelemahan Rejim,
apabila pemerintah Tzar,Tzar Nicholas II mengambilalih tampuk pemerintahan menggantikan
Alexander. Semasa pemerintahan Nicholas,beliau tidak berdaya untuk menempuh kagagalan
semasa perang dunia pertama yang mengakibatkan rusia kehilangan tentera diantara 1.6 juta
hingga 1.8 juta tentera.Kebenciaan para golongan bawahan yang dikuatkan dengan

tertubuhnya Duma,iaitu sebuah parti rendah rusia yang terdiri daripada golongan bawahan
terhadap Nicholas semakin menjadi-jadi.Mereka mengeluarkan kenyataan bahawa satu
ancaman buruk akan melanda rejim sekiranya satu kerajaan berperlembagaan
terbentuk.Namun Nicholas mengabaikan kenyataan tersebut sehinggalah Rejim Tzar jatuhpada
bulan febuarai 1917 yang menjadi titik bermulanya revolusi rusia. Faktor Politik juga turut
merupakan penyumbang kepada berlakunya Revolusi Rusia.Pada tahun 1915, keadaan Politik di
Rusia semakin teruk apabila Nicholas bercadang ingin mengambil alih pemerintahan tentera
bagi membantu medan hadapan Rusia yang sedang berperang dan meninggalkan isterinya iaitu
Elexandra yang tidak mampu menerajui kerajaan. Disamping itu juga, pada tahun 1916,
pemberontakan telah meletus, apabila rakyat Rusia telah menerima berita bahawa kerajaan
Rusia ingin berbaik dengan pihak musuh.Dengan adanya berita yang tersebar ini, ia telah
memberikan perasaan ketidak puasan hati segelintir rakyat Rusia. Keadaan ini menyebabkan
Nicholas semakin kehilangan kuasa dan kebencian rakyat terhadapnya semakin bertambah.
Disamping itu juga, kerajaan berpelembagaan yang ingin dibentuk oleh Nicholas telah ditentang
oleh Duma atau lebih dikenali Parlimen rendah Rusia yang terdiri daripada tuan tanah,
penduduk bandar, pekerja kilang dan petani dan mengeluarkan amaran bahawa bencana akan
mengancam Negara sekiranya kerajaan berpelembagaan dibentuk.Tindakan Nicholas
mengabaikan amaran ini menyebabkan revolusi tercetus dan regim Tsar jatuh beberapa bulan
semasa revolusi februari 1917.

KESIMPULAN
Tuntasnya,revolusi rusia yang berlaku pada tahun 1917 adalah hasil daripada gerakan
kepimpinan dan ketokohan lenin yang membawa kepada berlakunya revolusi tersebut.Gerakan
yang dibuat oleh Lenin yang dimulakan sejak beliau masih bergelar penuntut semasa zaman
pemerintahan Tzar sehinggalah Berjaya menjadi ketua gerakan dalam Parti Bolshevik menjadi
bukti akan ketokohan beliau dalam menggerakkan revolusionernya sendiri.Hal ini sehinggalah
apa yang dicita dan diimpikannya tercapai apabila berjaya mengambil alih pucuk kepimpinan
pemerintahan Negara Rusia setelah berhempas tenaga dalam menjadi pencetus kepada
Revolusi Rusia.Apa yang pasti,kesan daripada ketokohan Lenin telah menjadi ikutan kepada
pemerintah selepasnya sebagaimana yang dilakukan oleh Stalin sehingga menyebabkan Negara
Ruisa terlibat dalam peperangan besar iaitu Perang Dunia Kedua pada tahun 1939.

You might also like