You are on page 1of 20

1.

0 PENDAHULUAN Rasa tidak puas hati rakyat China1 terhadap usaha kerajaan Chiing atau Manchu yang mengadakan pembahruan menyebabkan rakyat menyokong gerakan revolusi. Sepanjang abad ke-19 turut memperlihatkan beberapa kebangkitan rakyat China ekoran rasa tidak puas hati rakyat terhadap kerajaan China. Antara kebangkitan yang dilakukan oleh golongan rakyat adalah seperti Kebangkitan Taiping 1851 hingga 1866,2 dan Kebangkitan Nien.3 Kejatuhan dinasti Ching menamatkan sistem pemerintahan yang bertunjangkan kuasa mutlak maharaja4. Hal ini, disebabkan oleh kebangkitan revolusi di China pada tahun 1911 telah berjaya menggulingkan Dinasti Kemaharajaan China yang telah berkurun lama memerintah China. Revolusi 1911 yang digerakkan oleh Sun Yat-Sen telah menjadi titik perubahan dalam segenap aspek termasuklah sistem kenegaraan negara China yang meliputi politik dan pentadbiran, sosiobudaya dan ekonomi.5 Pelopor penting dalam revolusi China ialah Sun Yat-Sen. Beliau telah melahirkan Tiga Prinsip Rakyat yang merangkumi tiga asas penting untuk membina negara China yang lebih moden iaitu nasionalisme, demokrasi dan sosialisme.6 Nasionalaisme atau Min-tsu menekankan bahawa China harus bersatu untuk menggulingkan dinasti Ching dan mengembalikan kedaulatan China. Demokrasi atau Min-chuan mementingkan hak rakyat China bagi mencapai cita-cita demokrasi. Antara hak yang perlu diberikan kepada rakyat China ialah hak pengundian, referendum, memberi cadangan mengenai undang-undang serta rakyat berhak menukar pemimpin. Sosialis atau Min-sheng pula merupakan kaedah yang melibatkan tanah. Tanah harus dibahagikan kepada petani dan semua perusahaan pengeluaran utama harus dikawal oleh negara. Namun, Cara revolusi dan perlembagaan yang dibina pada akhir revolusi, cara revousi terjadi, dan cara Yuan Shi- Kai mentadbir negara China mengakibatkan pendirian utama revolusi yang dibentuk lari dari landasan revolusi, dan kesemua perkara ini telah
1

Suffian Mansor. (2003) .Tamadun China. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 182. 2 Edward.L.Dreyer. (1995). China At War 1901-1949.New York: Longman Publishing.Hlm.12. 3 Ibid. Hlm.191. 4 Suffian Mansor. (2003). Tamadun China. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm.183. 5 Marie-Claire Bergere & Janet Lyod. (1998). Sun Yat Sen. California:Stanford University Press. Hlm. 97. 6 Suffian Mansor. (2003). Tamadun China. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan pustaka. Hlm.183.

mengakibatkan masa depan pentadbiran China menemui kegagalan7 atau dengan kata lain republik yang dibina atas dasar demokrasi menemui kegagalan. Walaupun revolusi 1911 berjaya dilaksanakan namun prinsip utama kerajaan yang ingin dibina bedasarkan sistem republik adalah gagal. Lantaran itu, kami telah menganalisis punca kegagalan tersebut, dan kami telah membahagikan punca kegagalan tersebut kepada beberapa bahagian iaitu revolusi 1911, pilihan raya, autokrasi, panglima perang, dan revolusi selatan.

2.0 REVOLUSI 1911 Sebelum tercetusnya Revolusi 1911, telah berlaku beberapa kebangkitan yang gagal oleh Tung Meng Hui. Antara tahun 1906 hingga tahun 1911, terdapat enam kali kebangkitan di Kwantung, satu kebangkitan di Kwangsi dan Yunan. Di Szechwan pula berlaku bantahan terhadap kerajaan kerana pembahagian ganti rugi yang tidak adil selepas kerajaan membatalkan usaha memilik negarakan jalan kereta api di wilayah tersebut.8 Oleh itu, ramai tentera kerajaan di wilayah Hupeh telah dihantar ke wilayah tersebut untuk mententeramkan kerajaan. Keadaan ini telah menimbulkan peluang untuk golongan revolusi mengadakan pemberontakan.9 2.1 Faktor yang mencetuskan Revolusi 1911 Antara faktor yang mencetuskan revolusi ialah berkait dengan sistem perkhidmatan kereta api.10 Antara tahun 1908 hingga tahun 1911, pembinaan jalan kereta api di negeri China sungguh menggalakkan. Pada tahun 1908, sepanjang kira-kira 6000 batu jalan kereta api di negeri China telah dimajukan tetapi sebahagian besarnya dikuasai oleh pihak berkuasa wilayah. Untuk mewujudkan landasan kereta api yang lebih berkesan, kerajaan Peking membuat keputusan supaya sistem perkhidmatan kereta api yang utama diletakkan di bawah kawalan kerajaan pusat di Peking dan hanya sistem perkhidmatan kereta api yang kurang penting sahaja diserahkan kepada pengusaha persendirian.11 Sebagai langkah pertama, pada Mei 1911, jalan kereta api Canton-Hankow dan Hankow-Szechwan telah diletakkan dibawah
7

Ranbir vohra. (2000). Chinas Path to Modernization : A Historical Review From 1800 to The Present. United Kingdom: Prentice-hall international.Hlm.105. 8 Suffian Mansor. (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Hlm.103. 9 Edwin E. Moise. (2008). Modern China : A History (Third Edition). Great Britain : Pearson Education Limited. Hlm.45. 10 J.A.G. Roberts. (2006). A History of China. Unite State: Palgrave Macmillan. Hlm.208. 11 Harold M. Vinacke. (1967). Sejarah Timur Jauh dalam Zaman Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm.288.

kawalan kerajaan pusat di Peking. Untuk menjayakan rancangan nasional itu, kerajaan China membuat pinjaman daripada Kumpulan Bank Empat Kuasa yang dibiayai oleh Britain, Perancis, Jerman dan Amerika Syarikat. Ia ditubuhkan atas cadangan Amerika Syarikat. Ia ditubuhkan atas cadangan Amerika Syarikat agar dapat membantu negeri China. Pinjaman tersebut berjumlah 10 juta. Tindakan kerajaan Peking membuat pinjaman dibantah oleh beberapa pemerintah wilayah.12 Hai ini disebabkan oleh pemerintah wilayah dan rakyat yang akan menanggung beban membayar kembali hutang tersebut. Mereka yakin kerajaan Peking akan mengenakan cukai-cukai tambahan atau cukai-cukai baharu untuk menambahkan pendapatan kerajaan bagi membayar semula hutang itu. Dalam hal ini, pemerintah wilayah memberi cadangan balas supaya pembinaan jalan kereta api diserahkan kepada pihak wilayah. Pandangan ini kemukakan oleh pemerintah wilayah seperti di wilayah Kwangtung, Hunan, Hupeh dan Szechwan. Surat rayuan dihanrar ke Peking tetapi ternyata tidak berjaya.13 Walaupun pegawai-pegawai kerajaan Manchu di Peking sedar kesan-kesan buruk yang akan berlaku jika rancangan itu diteruskan, tetapi kerajaan Peking tidak mempunyai pilihan lain. Banyak masalah akan timbul jika rancangan itu diserahkan kepada pihak wilayah, misalnya untuk mendapatkan perbelanjaan pembiayaannya. Wilayah Hunan hanya berjaya mengumpulkan wang sebanyak 5 juta tael sahaja sedangkan perbelanjaan keseluruhannya adalah sebanyak 60 juta tael. Masalah lain ialah peruntukan wang yang diberikan kepada pihak berkuasa wilayah sering disalahgunakan oleh pegawai-pegawai wilayah.14 Peristiwa ini telah berlaku di wilayah Szechwan apabila kira-kira 2 juta tael telah diselewengkan oleh pegawai-pegawai wilayah. Kerajaan Peking membuat keputusan untuk meneruskan rancangan tersebut. Akhirnya terjadi beberapa rusuhan kecil di wilayah Kwantung, Hunan, Hupeh, dan Szechwan. Keadaan di Szechwan menjadi lebih buruk lagi apabila Provence Assembly men getuai bantahan terhadap kerajaan Peking. Selain daripada berlakunya rusuhan, turut berlaku tindakan mogok, sekolah dan maktab ditutup, dan rakyat enggan membayar cukai. Pada Ogos 1911, satu perjumpaan secara besar-besaran telah diadakan di Chengtu, yang merupakan ibu negeri wilayah Szechwan yang dihadiri oleh kirakira 10,000 orang.15
12

Conrad Schirokauer, Miranda Brown. (2006). A Brief History of Chinese Civilization (Second Edition). Canada : Inc Thomson Learning. Hlm.305. 13 Immanuel C.Y. Hsu. (1970). The Rise of Modern China. New York: Oxford University Press. Hlm.551. 14 Ibid. Hlm.551. 15 Harold M. Vinacke. (1967). Sejarah Timur Jauh dalam Zaman Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm.288.

Insiden kedua mempunyai asal-usulnya dalam pemodenan tentera yang bermula selepas Perang Sino-Jepun dan pembaharuan Ching yang lewat.16 Tentera baru merekrut askar yang lebih berpendidikan, yang kebanyakannya lebih terdedah kepada propaganda nasionalis. Selepas mencuba untuk melakukan pemberontakan seperti pemberontakan Pingluili, pemberontakan tersebut telah menunjukkan bahawa ia adalah sia-sia untuk menentang tentera baru. Revolusioner cuba mengambil langkah untuk menyusup mereka masuk ke dalam pemberontakan.17 Hal ini demikian kerana langkah ini telah dilakukan dan ia merupakan langkah yang paling berjaya di Hubei, di mana unit Tentera Baru telah ditempatkan di Wuhan.18 Pada tahun 1908, satu kumpulan yang menggelarkan diri Persatuan Kajian Politik, yang mempunyai perkaitan dengan perjanjian pelabuhan akhbar tempatan telah ditubuhkan dalam kalangan askar Regimmer 41 Tentera Hubei dan walaupun telah diberpecah tetapi revolusioner berkumpul semula pada tahun 1911 awal untuk membentuk Persatuan Kesusasteraan.19 2.2 Peristiwa Revolusi 1911 Pada 9 Oktober 1911, dengan tidak disengajakan, sebuah bom telah meletup di landasan kereta api dan letupan itu berdekatan dengan kediaman salah seorang anggota gerakan anti-Manchu. Ia terjadi di Bandar Hankow, wilayah Hupeh yang merupakan wilayah pengaruh Rusia.20 Kerajaan Manchu menghantar satu pasukan tentera bagi menyiasat perkara itu. Hasil siasatan menunjukkan Bandar Hankow menjadi pusat gerakan anti-Manchu dan tempat terjadinya letupan itu adalah tempat membuat alat letupan.21 Kerajaan Manchu terus bertindak menangkap kira-kira 32 orang anggota revolusioner dan merampas beberapa alat senjata, alat-alat letupan serta dokumen penting termasuk senarai nama anggota. Untuk melindungi tentera baru New Army telah melancarkan pemberontakannya pada keesokannya iaitu pada 10 Oktober dan dengan adanya sedikit tentangan, Wuchang telah ditawan pada waktu tengahari. Tindakan kerajaan Manchu menangkap dan menjatuhkan hukuman bunuh
16

Suffian Mansor. (2003) .Tamadun China. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 182. 17 Harold M. Vinacke. (1967). Sejarah Timur Jauh dalam Zaman Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm.288. 18 Edwin E. Moise. (2008). Modern China : A History (Third Edition). Great Britain : Pearson Education Limited. Hlm.45. 19 J.A.G. Roberts. (2006). A History of China. Unite State: Palgrave Macmillan. Hlm.209. 20 Suffian Mansor. (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Hlm.103. 21 Edward.L.Dreyer. (1995). China At War 1901-1949.New York: Longman Publishing.Hlm.34.

ke atas orang yang dituduh terlibat menimbulkan kemarahan dalam kalangan anggota tentera Wuchang yang memang terkenal tidak berdisiplin.22 Anggota tentera Wuchang melancarkan satu pemberontakan tentera dengan memaksa pegawai pemerintahnya yang merupakan bekas tentera iaitu Kolonel Li Yuan-hung yang mendapat latihan di Jepun supaya mengisytiharkan dirinya sebagai pemimpin pemberontakan.23 Tindakan ini dikenali sebagai revolusi Wuchang. Ketika ini, kerajaan Manchu telah meminta perwakilan asing supaya membantunya menentang golongan revolusioner tetapi tidak berhasil kerana perwakilan asing mengambil sikap berkecuali. Tentera Wuchang mara begitu cepat dan dalam masa yang singkat, Hankow, Hanyang, dan Wuchang jatuh ke tangan mereka iaitu pada 11 Oktober 1911. Tentera Wuchang dengan pantas mara ke wilayah tengah sepanjang Sungai Yangtze.tentera Wuchang akhirnya Berjaya menawan Bandar Shanghai dan dijadikan sebagai pusat pemerintahan tentera. Sementara itu, Majlis Perhimpunan Nasional bersidang pada 22 Oktober 1911 dan dalam persidangan itu, ahli-ahli majlis membuat tuntutan iaitu, satu kabinet yang bertanggungjawab dibentuk tanpa perwakilan daripada keluarga diraja, pengampunan kepada semua tawanan politik, perlembagaan hanya boleh dibentuk selepas berbincang dengan Majlis Perhimpunan Nasional.Oleh kerana adanya tekanan-tekanan daripada golongan revolusioner di selatan, maka pada 30 Oktober, kerajaan Manchu menerima ketiga-tiga tuntutan itu. Dengan ini bermakna kerajaan Manchu bersetuju dengan pembentukan kerajaan bercorak raja berperlembagaan. Sementara itu, di wilayah-wilayah tengah pula, berlaku pergolakan apabila beberapa wilayah telah mengisytiharkan kemerdekaan masing-masing.24 Dari bulan Oktober hingga November 1911, wilayah Changsha, Yunan, Chekiang, Fukien, Kwangtungdan Szechwan telah berbuat demikian. Setelah meletusnya revolusi tentera, golongan antiManchu mengambil kesempatan melancarkan satu revolusi secara besar-besaran.25 Sebuah kerajaan baru telah diisytiharkan oleh Majlis Revolusioner di Shanghai yang diketuai oleh Cheng Chi-mei dan dibantu oleh Wee Ting-feng, bekas menteri China ke Amerika Syarikat yang dilantik menjadi Menteri Hal Ehwal Luar. Setelah pemberontakan
22

Harold M. Vinacke. (1967). Sejarah Timur Jauh dalam Zaman Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm.289. 23 Suffian Mansor. (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Hlm.104. 24 Harold M. Vinacke. (1967). Sejarah Timur Jauh dalam Zaman Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm.289. 25 Ibid. Hlm.290.

berlaku secara meluas, ia memaksa kerajaan Peking memanggil semula Jeneral Yuan Shihkai yang telah bersara. Kerajaan Peking sedar hanya Jeneral Yuan Shih-kai sahaja yang boleh diletakkan harapan untuk menghapuskan pemberontakan dan menyelamatkan Dinasti Manchu.26 Kesempatan ini digunakan oleh beliau untuk memperkukuhkan kedudukan dalam kerajaan. Pada akhir bulan Oktober 1911, Jeneral Yuan Shih-kai berjaya menawan semula bandar Hankow dan Hanyang.27 Beliau juga berjaya mengekalkan kuasa kerajaan Manchu di bahagian timur laut China. Kejayaan Jeneral Yuan Shih-kai di peringkat awal itu mempengaruhi Majlis Perhimpunan Nasional dengan melantik beliau menjadi Perdana Menteri pada 8 November 1911. Beliau juga diberi kuasa penuh ke atas angkatan tentera. Jeneral Yuan Shih-kai cuba mengadakan rundingan dengan golongan revolusioner di selatan. Di pihak revolusioner, masalah timbul kerana masih mencari seorang yang boleh memikul tanggungjawab untuk mengadakan rundingan dengan kerajaan Peking. Kolonel Li Yuanhung kemudiannya bersetuju untuk menyerahkan tugas itu kepada golongan revolusioner di Shanghai. Untuk tujuan tersebut, dan setelah satu persetujuan diambil, usaha-usaha telah dijalankan untuk memanggil Dr Sun Yat-sen pulang dari Amerika. Dr Sun Yat-sen pulang ke China dan tiba di Shanghai pada 25 Disember 1911. Pada 1 Januari 1912, dengan suara majority, Dr Sun Yat-sen dilantik sebagai Presiden untuk kerajaan sementara di Shanghai. 28 Kolonel Li Yuan-hung dilantik sebagai Naib Presiden dan Huang Hsing menjadi Menteri Penerangan Pusat. Pusat pentadbiran kerajaan kemudiannya dipindahkan ke Nanking.29 Jeneral Yuan Shih-kai sedar bahawa sudah terlambat untuk menyelamatkan Dinasti Manchu walaupun beliau mencapai beberapa kejayaan dalam pertempuran menghadapi pihak revolusi di peringkat awal. Keadaan menjadi semakin rumit setelah pihak revolusioner telah pun mengisytiharkan penubuhan sebuah kerajaan republik dengan Dr. Sun Yat-sen sebagai Presiden. Jeneral Yuan Shih-kai juga sedar kekuatannya mula terjejas kerana angota-anggota tenteranya tidak lagi bersungguh-sungguh dalam menghadapi tentera revolusioner. Rundingan telah diadakan antara Dr. Sun Yat-sen dengan kerajaan Peking. Dalam rundingan itu, pihak revolusioner menuntut supaya dihapuskan kerajaan beraja dan membentuk sebuah
26 27

J.A.G. Roberts. (2006). A History of China. Unite State: Palgrave Macmillan. Hlm.210.. Suffian Mansor. (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Hlm.104. 28 Conrad Schirokauer, Miranda Brown. (2006). A Brief History of Chinese Civilization (Second Edition). Canada : Inc Thomson Learning. Hlm.305. 29 W. Scott Morton, Charlton M. Lewis. (2005). China its History and Culture. New York: McGraw-Hill Inc. Hlm.180.

kerajaan republik. Pihak revolusioner bersetuju supaya keluarga Maharaja Manchu bersara dan berehat di Istana Musim Panas dan pada masa yang sama Dr. Sun Yat-sen membuat keputusan sendiri untuk menawarkan jawatan Presiden kepada Jeneral Yuan Shih-kai.30 Beliau membuat keputusan tersebut kerana beliau sedar bahawa Jeneral Yuan Shihkai telah berusaha mengukuhkan kedudukannya dan mempunyai pengaruh besar ke atas angkatan tentera. Jika beliau tidak bertolak ansur, perang saudara di China akan berterusan.31 Di samping itu, beliau memujuk pengikut-pengikutnya supaya menyokong Jeneral Yuan Shih-kai sebagai Presiden. Atas kesedaran Jeneral Yuan Shih-kai bahawa peluang untuk mempertahankan Dinasti Manchu tidak akan tercapai dan pihak revolusioner telah menawarkan kuasa kepada beliau, beliau telah memujuk Maharaja Manchu supaya jangan meneruskan tentangan terhadap pihak revolusioner.32 Oleh itu, pada 12 Februari 1912, Maharaja Manchu, Maharaja Pu-yi mengambil keputusan untuk turun takhta dari takhta kerajaan dengan beberapa syarat.33 Antaranya ialah, persetujuan kewangan yang baik dicapai, ahli-ahli keluarga diraja dan keseluruhan orang istana diberi jaminan keselamatan, kerajaan baru akan meneruskan jagaan ke atas perkuburan diraja. Pada 15 Februari 1912, Perhimpunan Nasional Sementara di Nanking telah melantik Jeneral Yuan Shih-kai sebagai Presiden sementara dan kemudiannya melantik Kolonel Li Yuan-hung sebagai Timbalan Presiden.34 Revolusi di China Berjaya dilaksanakan namun kerajaan yang ingin dibina oleh golongan revolusi tidak dapat dilaksanakan akibat kalah dalam pilihan raya dan Yuan Shi-Kai mentadbir dengan caranya yang tersendiri.

3.0 PILIHAN RAYA


30

Harold M. Vinacke. (1967). Sejarah Timur Jauh dalam Zaman Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm.289. 31 W. Scott Morton, Charlton M. Lewis. (2005). China its History and Culture. New York: McGraw-Hill Inc. Hlm.180. 32 Edwin E. Moise. (2008). Modern China : A History (Third Edition). Great Britain : Pearson Education Limited. Hlm.46. 33 Conrad Schirokauer, Miranda Brown. (2006). A Brief History of Chinese Civilization (Second Edition). Canada : Inc Thomson Learning. Hlm.305. 34 Harold M. Vinacke. (1967). Sejarah Timur Jauh dalam Zaman Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm.289.

Selepas sahaja Dinasti Ching berjaya disingkirkan daripada tampuk pemerintahan China (1644-1911), telah berlaku perubahan yang sangat besar di China. Setelah kerajaan tersebut berjaya digulingkan maka pilihanraya yang pertama telah diadakan di China. Pilihanraya ini adalah bertujuan untuk memilih presiden dan kerajaan baru bagi menggantikan sistem maharaja yang telah berkuasa di China selama lebih kurang 267 tahun. Pilihanraya tersebut juga diadakan bertujuan untuk mengisi kekosongan kerusi yang ditinggalkan di dua buah dewan. Undang-undang dan peraturan pilihanraya dikeluarkan oleh kerajaan sementara pada 2 Ogos 1912, dengan mengamalkan sistem dua dewan. 35 Terdapat beberapa buah parti yang bertanding di dalam pilihanraya tersebut. Antara parti-parti yang bertanding adalah Parti Kebangsaan atau Parti Kuomintang (KMT). Parti Kuomintang adalah Tung-meng Hui yang telah disusun semula pada Disember 1912. Antara Parti lain yang bertanding adalah Parti Penyatuan (Tung-I tang), Parti Republik (Kung-ho tang), dan Parti Demokratik (Min-chu tang di bawah pimpinan Liang Ch i-ch ao)36. Di dalam pilihanraya tersebut, parti Kebangsaan Kuomintang telah memenangi majoriti kerusi yang dipertandingkan. Walaubagaimanapun, tiga buah parti lain yang bertanding iaitu Parti Penyatuan, Parti Repulik, dan Parti Demokratik telah bergabung membentuk Parti Progresif ( Chin-pu tang) yang pada asasnya menyokong kerajaan Yuan Shi Kai dan akhirnya memenangi pilihanraya tersebut.37 Ketiga-tiga parti yang bergabung tersebut telah bersetuju untuk melantik Yuan Shi Kai untuk menjadi Presiden. Akhirnya pada tanggal 1 Januari 1912, Repuplik China telah dtubuhkan dan Yuan Shi Kai telah dilantik sebagai presiden yang pertama. Sebenarnya, sekiranya mengikut kaedah undian pilihanraya yang sebenar, kemenangan Yuan Shi Kai adalah tidak sah. Hal ini kerana, pada peringkat awal pilihanraya bilangan rakyat yang keluar mengundi hanyalah sebanyak 6 hingga 10 peratus sahaja daripada jumlah sebenar rakyat yang ada pada masa itu. Sepatutnya bilangan pengundi yang mengundi hendaklah sekurang-kurangnya tiga perempat daripada bilangan penduduk sebenar. Antara golongan yang keluar mengundi adalah golongan lelaki dan golongan yang membayar cukai sahaja. Antara punca utama masyarakat tidak keluar mengundi adalah kerana mereka masih tidak memahami apakah itu demokrasi. Hal ini kerana mereka telah hidup didalam zaman pemerintahan yang bercorak monarki selama beberapa ratus tahun.
35

Suffian Mansor. (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Hlm. 105. 36 Ibid.Hlm. 105. 37 Maswari Rosdi. (1994). Sejarah Timur Jauh. Kuala Lumpur. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlm.116

Oleh yang demikian, masyarakat tidak tahu sistem pemerintahan lain selain daripada pemerintahan beraja. Oleh yang demikian, mereka tidak menganggap isu keluar mengundi ini adalah suatu perkara yang penting. Selepas pilihanraya yang pertama Parti Kuomintang (KMT) yang diketuai oleh Dr Sun Yat Sen telah berjaya menguasai 269 kerusi daripada 596 kerusi di Dewan Rendah. 38 Selain itu, Parti Kuomintang (KMT) juga telah berjaya menguasai 123 kerusi daripada 247 kerusi yang dipertandingkan di Dewan Tinggi.39 Manakala kerusi yang selebihnya telah dikuasai oleh Parti Progresif (Ching Pu-Tang) yang menyokong Yuan Shi Kai yang mana merupakan hasil daripada gabungan tiga buah parti lain yang bertanding di dalam pilihanraya China yang pertama selain daripada parti Kuomintang. Selepas pilihanraya yang pertama tersebut selesai, pada tanggal 5 April 1912 mereka telah memilih Peking sebagai ibu negara bagi kerajaan baru. Kemudian, perlantikan tersebut telah mendapat sokongan dan pengiktrafan daripada kuasa-kuasa barat seperti Amerika Syarikat. Kemudian, ia diikuti oleh Brazil, Peru, Austria dan Portugal. Semasa menjadi presiden China, Yuan Shi Kai banyak membuat keputusan sendiri dan tidak berbincang dengan parlimen terlebih dahulu. Hal ini telah mendatangkan ketidakpuasan hati kepada ahli parlimen lain terutama sekali ahli-ahli Parti Kuomintang. Kesannya, beberapa siri pemberontakan telah berlaku di China. Antaranya adalah Pemberontakan Kuomintang yang telah berlaku pada bulan Julai 1913 dan Pemberontakan Yunan yang telah berlaku pada bulan Disember 1915. Akhirnya, beliau telah mengharamkan Kuomintang di China. Hal ini telah menyebabkan Dr. Sun Yat Sen dan pemimpin-pemimpin Kuomintang yang lain telah melarikan diri ke Jepun. Tokoh yang bertanggungjawab dalam kempen pilihanraya KMT ialah Sung Chiao-jen. Beliau dilahirkan di Hunan dan aktif dalam gerakan revolusi sebelum tercetusnya Revolusi 1911.40 Keupayaannya untuk mengorganisasi dan menganjurkan perjumpaan umum dapat memenangi hati rakyat.Yuan Shi Kai telah cuba untuk merasuahnya tetapi gagal. Yuan Shi kai melihat pertkara ini mebahayakan kedudukannya dan beliau ingin mengambil tindakan ke atas Sung Chiao-jen. Cho Ping-chun Perdana Menteri yang takut kehilangan kedudukannya kepada Sung Chiao-jen telah menyertai Yuan Shi Kai untuk menghapuskan Sung Chiao-jen.41 Tugas pembunuhan tersebut
38

Suffian Mansor. (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Hlm. 105. 39 Ibid.Hlm. 105. 40 Ibid.Hlm. 105. 41 Maswari Rosdi. (1994). Sejarah Timur Jauh. Kuala Lumpur. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlm.116

telah diserahkan kepada seorang ahli kumpulan samseng di Shang Hai iaitu Ying Kuei-hsiang yang menugaskan pula seorang pemuda yag dikenali sebagai Wu Shih Ying untuk membunuh Sung Chiao-jen. Pada 20 Mac 1913, ketika Sung Chiao-jen meninggalkan stesen keretapi di Shang Hai ke Peking, beliau telah ditembak dan meninggal dunia 2 hari kemudian. Hasil siasatan menunjukkan Chao Ping-chun dan Yuan Shi Kai terbabit. Ini adalah berdasarkan telegram yang ditemui oleh pihak polis semasa menangkap Ying Kuei-hsing, pembunuh Sung Chiao-jen. Wu Shih-ying yang menjalankan tugas pembunuhan itu juga berjaya diberkas. Surat khabar kepunyaan KMT telah menuduh kerajaan di Peking yang merancang pembunuhan ini. Dalam siasatan itu Wu Shih-ying mengakui beliau terlibat dalam pembunuhan tersebut. Walaubagaimanapun Ying Kuei-hsing tidak mengaku bersalah. Pada 23 Julai 1913, Wu Shih-ying didapati mati dalam penjara. Sementara itu, Ying Kuei-hsing berjaya membebaskan dirinya apabila sekumpulan samseng Shang Hai menyerbu penjara. Ying Kuei-hsiang melarikan diri ke Peking untuk mendapatkan perlindungan tetapi dia juga mati dibunuh.42 Chao Ping-chun tidak mahu hadir ke perbicaraan dan memberi alasan tidak sihat. Beliau kemudiannya ditukar menjadi Gabenor Chihli.43 Di sana beliau secara misteri telah mati diracun pada 17 Februari 1914. Sementara itu, saksi-saksi lain yang terlibat dalam perbicaraan itu telah diancam bunuh. Oleh sebab itu, perbicaraan itu telah gagal mencapai keputusan yang jelas tentang siapa pembunuh sebenar Sung Chiao-jen. Bedasarkan situasi politik di China telah menunjukkan bahawa berlaku banyak permasalahan yang akhirnya membawa kepada kegagalan sistem republik di China. Hal ini disebabkan oleh, helah yang dilakukan oleh Yuan Shi-Kai bagi memenagi pilihan raya menjadi salah satu punca sistem republik gagal dilaksanakan di China. Apabila sistem autokrasi mula diterapkan oleh Yuan Shi-Kai selepas pilihan raya diadakan menambahkan lagi masalah dan mengagalkan system republic di China.

42

Suffian Mansor. (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Hlm. 105 43 Maswari Rosdi. (1994). Sejarah Timur Jauh. Kuala Lumpur. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlm.116

10

4.0 AUTOKRASI Memaksa Yuan Shi- Kai untuk menentang dinasti telah mengakibatkan kegagalan kepada revolusi.44 Hal ini kerana, bedasarkan analisa yang kami kaji, kami mendapati autokrasi yang telah dilaksanakan oleh Yuan Shi-Kai mengakibatkan berlakunya kegagalan kepada sistem republik. Sun Yat-Sen cuba untuk menerapkan nilai-nilai barat dalam pemerintahan China dan menolak terus sistem pemerintahan dan pentadbiran tradisi yang diamalkan sepanjang sejarah China45 melalui Tiga Prinsip Rakyat. Namun demikian, republik yang dibentuk selepas revolusi tidak dapat melaksanakan Tiga Prinsip Rakyat. 46 Hal ini disebabkan oleh Yuan Shi-Kai mempunyai pendapat berbeza dengan Sun Yat-Sen. Yuan ShiKai berpendapat bahawa, untuk mewujudkan negara China yang kuat dan bebas, maka negara harus dikuatkan dengan melahirkan pemimpin yang berkuasa.47 Yuan Shi-Kai merupakan seorang lelaki militan yang sememangnya tidak berminat dengan demokrasi.48 Hal ini, jelas memperlihatkan bahawa, Yuan Shi-Kai sememangnya telah lari daripada Tiga Prinsip Rakyat iaitu demokrasi atau Min-chuan yang mementingkan rakyat dan memberikan hak kepada rakyat. Setelah Yuan Shi-Kai dilantik menjadi Presiden maka Yuan Shi-Kai perlu mengikut landasan sebagai pemimpin yang menggunakan konsep demokrasi. Apabila menjadi Presiden maka Yuan Shi-Kai bertugas menjadi ketua kepada angkatan tentera, ketua kepada hubungan diplomatik, akan mengistiharkan perang, mengistiharkan pedamaian dan bertindak untuk menandatanagi sebarang perjanjian. Namun, segala tugas yang ingin dilakaukan metilah meminta persetujuan daripada senat.49 Pada April 1913, tanapa meminta kebenaran daripada parlimen, Yuan Shi-Kai telah membuat pinjaman wang berjumlah $25,000,000 daripada pihak British, Perancis, Jerman, Rusia dan Jepun.50 Hal ini, telah menunjukkan bahawa Yuan Shi-Kai telah bertindak sendiri tanpa berunding dahulu dengan pihak senat, karbinet mahupun parlimen. Hal ini, telah mengakibatkan pada 5 Mei 1913, undian parlimen memutuskan bahawa pinjaman tersebut sebagai tidak sah kerana tidak mendapat persetujuan
44

Edward L.Dreyer. (1995). China at War 1901-1949. New York: Longman publishing. Hlm.40. 45 Suffian Mansor. (2003). Tamadun China. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan pustaka. Hlm.183. 46 Ibid. Hlm.184. 47 Ibid. Hlm.184 48 W. Scott Morton, Charlton M. Lewis. (2005). China its History and Culture. New York: McGraw-Hill Inc. Hlm.180. 49 Ranbir vohra. (2000). Chinas Path to Modernization : A Historical Review From 1800 to The Present. United Kingdom: Prentice-hall international.Hlm.106. 50 J.A.G. Roberts. (2006). A History of China. Unite State: Palgrave Macmillan. Hlm.212.

11

parlimen.51 Sikap autokrasi Yuan Shi-Kai ditunjukkan sekali lagi apabila beliau bertindak dengan mengarahkan pemangku presiden iaitu Chi-jui mengepung bangunan parlimen dan mendesak parlimen untuk memperakui pinjaman tersebut tanapa pindaan.52 Tindakan Yuan Shi- Kai ini telah mengundang hubungan tegang anatara golongan nasionalis dengan beliau. Yuan Shi-Kai terus bentindak berani dengan menegeruhkan lagi keadaan dengan bertindak memecat gabenor tentera Kuamintang di Kangsi, Kwangtung dan Anhwei. Hal ini menunjukkan bahawa, Yuan Shi-Kai sememangnya telah terpesong daripada landasan yang digariskan oleh republik. Semasa musim panas tahun 1913, kononya revolusi kedua berlaku antara tentera new army di selatan China.53 Semasa musim panas tahun 1913 juga, tujuh wilayah di selatan mengistiharkan kemerdekaan daripada kerajaan pimpinan Yuan Shi-Kai.54 Tindakan memerdekakan wilayah dan melancarkan revolusi kedua berjaya dipatahkan oleh Yuan ShiKai dan bagi memastikan perkara sedemikian tidak berulang Yuan Shi-Kai telah melantik gabenor baru di wilayah tersebut.55 Selain daripada itu, Yuan Shi- Kai turut bertindak memecat ahli Kuomintang daripada parlimen.56 Tindakan Yuan Shi-Kai ini menunjukkan bahawa Yuan Shi- Kai mempunyai sikap untuk mentadbir sendiri negara China tanpa ganguan daripada mana-mana pihak hal ini sangat bertentangan dengan prinsip sebenar penubuhan republik China. Pada 5 Oktober 1913, Yuan Shi-Kai telah berusaha untuk mengubah semula pilihan raya. Bagi memastikan keinginan beliau tercapai, Yuan Shi-Kai telah mengarahkan tentera untuk sekali lagi mengepung parlimen. Tujuannya adalah untuk mendesak parlimen mengadakan pemilihan presiden. Kesannya, parlimen terpaksa memilih Yuan Shi-Kai sebagai presiden dan Yuan Shi-Kai telah bertindak melakukan pembersihan dengan menghapuskan penentangya.57 Yuan Shi-Kai menjadi semakin tamak dengan kuasa yang dimilikinya. Oleh yang demikian, beliau telah mengadakan persidangan bagi membentuk perlembagaan baru pada 1 Mei 1914. Perlembagaan ini telah memberi Yuan ShiKai kuasa ditaktor seperti mana yang didapati oleh Dinasti Manchu pada tahun 1910. Karbinet telah diganti dengan setiausaha negeri dan segala tindakan yang dilakukan
51

Suffian Mansor. (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Hlm. 106. 52 Ibid. Hlm.106. 53 Bruce A. Elleman. (2001). Modern Chinese Warfare, 1795-1989. London: Routledge .Hlm.152. 54 June Grasso, Jay Corrin, Michael Kort. (2009). Modernization and Revolution In China from The Opium Wars to The Olympics. London: An eat gate book London. Hlm 71. 55 Ibid. Hlm.71. 56 J.A.G. Roberts. (2006). A History of China. United State: Palgave Macmillan. Hlm.212. 57 Suffian Mansor. (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Hlm.107.

12

bergantung kepada kehendak presiden. Badan perundangan hanya bertindak sebagai kuasa penasihat.58 Jawatan presiden akan disandang dalam tempoh 10 tahun dan boleh diperbaharui tanpa had. Selain itu, presiden juga mempunyai hak untuk melantik penggantinya.59 Ketamakkan Yuan Shi-Kai semakin ketara apabila beliau telah mengembalikan sistem monarki di China. Walaubagaimanapun, usaha untuk mengembalikan monarki di China telah mendapat galakan daripada penasihat perlembagaan yang merupakan Saintis Politik Amerika iaitu Frank J. Goodnow. Menurut beliau, sistem monarki berpelembagaan adalah lebih sesuai dilakukan di China berbanding sistem republik kerana sejarah tradisi China, keadaan sosial dan ekonomi China, hubungan China dengan kuasa barat. Oleh itu sistem monarki adalah lebih mudah dilakukan berbanding sistem republik.60 Oleh yang demikian, pada tahun 1916 beliau melantik dirinya sendiri sebagai maharaja baru China.61 Selepas dilantik menjadi presiden, Yuan Shi Kai sendiri tidak memahami konsep demokrasi. Beliau sendiri telah melantik dirinya sebagai maharaja yang baru. Antara faktor utama Yuan Shi Kai ingin menjadi maharaja ialah kerana dirinya sememangnya ingin menjadi maharaja. Faktor yang kedua pula adalah kerana anak sulungnya Yuan KO-ting mempunyai cita-cita untuk menjadi putera raja.62 Setelah Yuan Shi- Kai menjadi maharaja China, keadaan China menjadi semakin huru hara. Republik gagal dilaksanakan dan usaha Yuan Shi Kai menjadi maharaja menimbulkan tentangan dari wilayah-wilayah China. Wilayah-wilayah China mula mengistiharkan kemerdekaan dan melakukan penentangan terhadap Yuan Shi-Kai. Guangxi telah mengistiharkan kemerdekaan pada 15 Mac 1916, diikuti oleh Guangdong pada 6 April, Zhejiang pada 12 April, Shaanxi pada 9 Mei, Sichuan pada 22 Mei dan Hunan pada 27 Mei. 63 Disebabkan berlakunya banyak penentangan pada 22 Mac 1916 sistem monarki dan maharaja telah ditarik balik. Sistem ini hanya kekal selama 83 hari sahaja. Namun tindakan yang dilakukan oleh Yuan Shi-Kai menarik semula sitem monarki dan pelembagaan tidak mampu menyatukan kembali negara China. Semakin banyak wilayah China mengistiharkan kemerdekaan. Hal ini, telah menghancurkan lagi sistem republik yang ingin dibina di China.
58

Ranbir vohra. (2000). Chinas Path to Modernization : A Historical Review From 1800 to The Present. United Kingdom: Prentice-hall international.HLM.108. 59 Suffian Mansor. (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Hlm.107. 60 Ranbir vohra. (2000). Chinas Path to Modernization : A Historical Review From 1800 to The Present. United Kingdom: Prentice-hall international.HLM.110. 61 Suffian Mansor. (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Hlm.107. 62 Ibid. Hlm. 107. 63 Bruce A. Elleman. (2001). Modern Chinese Warfare, 1795-1989. London: Routledge .Hlm.152.

13

Akhirnya, Yuan Shi-Kai meninggal dunia secara mengejut pada 6 Jun 1916 pada usia 56 tahun.64 Kesimpulannya, autokrasi yang dilakukan oleh Yuan Shi-Kai sememangnya telah merosakkan sistem republik yang ingin dibina di China. Republik China tidak dapat dilaksanakan ekoran sikap Yuan Shi-Kai. Yuan Shi-Kai merupakan seorang tentera dan tidak mempunyai minat terhadap sistem demokrasi sebaliknya lebih meminati sistem autokrasi. Selepas, Yuan Shi-Kai mentadbir negara China idea mengenai proses revolusi dan organisasi yang dicadangkan mengikut prinsip demokrasi terpaksa dibuang. Cadangan ini hanya mampu dilaksanakan sekiranya Sun Yat-Sen dan Perikatan Revolusi mentadbir negara China.65

5.0 REVOLUSI SELATAN Pada tahun 1917 Sun Yat-Sen telah menubuhkan kerajaan di selatan China dengan beliau sendiri dilantik sebagai generalissimo berpusat di Canton. Beliau menyusun semula partinya dan cuba membentuk tentera sendiri.66 Namun, Sun Yat-Sen tidak mempunyai banyak kuasa. Kuasa sebenar di bawah ketua wilayah Kwangsi iaitu Lu Yung-ting, iaitu Panglima Perang bagi Kwantung dan Kwangsi.67 Oleh itu, beliau melantik Lu Yung-ting dan Ting Chi-yao iaitu gabenor bagi Yunan dan Kweichow sebagai timbalannya. Walaupun Lu Jung-ting bersetuju menerimanya di selatan, namun usaha Sun Yat-Sen untuk menyatukan China tidak direstui dan pada ketika itu Sun Yat-Sen bersama Wang Ching-Wei dan Hu Hanmin mula membentuk tentera Kwantung dengan melantik Chen Chiung-ming sebagai komander tentera. Tujuan pembentukan ini adalah untuk mengadakan penyatuan China. Namun, Lu Jung-tsing tidak menggemari tindakan Sun Yat-sen lalu menyingkirkannya daripada kerajaaan tentera pada Mei 1918.68 Sun Yat-Sen melarikan diri ke Shanghai dengan perasaan kecewa. Di Shanghai, beliau melibatkan diri dalam penulisan, dan mula merancang merorganisasikan semula kepimpinannya.

64 65

Ibid.Hlm.152. Ranbir vohra. (2000). Chinas Path to Modernization : A Historical Review From 1800 to The Present. United Kingdom: Prentice-hall international. HLM.105. 66 Suffian Mansor. (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Hlm.108. 67 C. Martin Wilbur. (1976). Sun Yat-sen: Frustrated Patriot. New York: Columbia University Press.Hlm.29. 68 Hans. J van de Ven. (2003). War and Nationalism in China 1912-1945. London: Routlge Curzon. Hlm.69.

14

Pada Oktober 1920, Chen Chiung-ming telah menyerang dan berjaya merampas Canton dartipada puak Kwangsi. Beliau telah menjemput KMT untuk menubuhkan kerajaan di Canton. Sun Yat-sen menerima pelawaan tersebut dan memulihkan semula rejim tentera dan menubuhkan kerajaan republik pada April 1921.69 Sun Yat-Sen dilantik menjadi presiden. Chen Chung-ming pula dilantik sebagai gabenor Kwangtung. Pada Febuari, 1922, Sun Yat-sen merancang untuk melancarkan kempen melindungi perlembagaan ke utara dengan tujuan menyatukan China. Namun, uasahanya tidak mendapat sokongan daripada Chen Chiung-ming. Oleh itu, beliau telah memecat Chen Chiung-ming sebagai gabenor dan melantik kawan lamanya, Wu Ting-fang menggantikan Chen Chiungming. Pada masa yang sama situasi politik di utara China berubah dengan kumpulan Wu Peifu telah mendesak Sun Yatsen meletak jawatan sebagai presiden. Pada masa yang sama, Pei-fu meberi sokongan kepada Chen Chiung-ming untuk merampas kuasa.70 Pada Julai 1922 tentera Chen Chiung-ming telah mengebom ibu pejabat Sun YatSen. Namun demikian, Sun Yat-Sen berjaya menyelamatkan diri menerusi pertolongan British yang membawanya ke Hong Kong. Pada 9 Ogos 1922, Sun Yat-Sen menaiki kapal Rusia The Empress of Rusia yang membawanya ke Shanghai. Pemergian ke Shanghai mempertemukannya dengan bantuan luar yang datang dari Soviet Union.71 Pada September 1922, beliau berjumpa dengan wakil Soviat Union iaitu Adolf Joffe yang menukar nasib buruknya menjadi lebih baik. Sementara itu, kerana adanya sokongan daripada beberapa golongan panglima perang yang lain, Sun Yat Sen dapat menguasai semula Canton dan menyingkirkan Chen Chiung-ming. Namun, demikian kedudukan beliau masih rapuh kerana bergantung pada sokongan para panglima perang yang terdiri daripada Hsu Chung-chih dari Kwangtung, Tan Yen Kai dari Hunan, Ynag Hsi-min dari Yunan dan Liu Chen-huan dari Kwangsi. Sun Yat-sen hanya mempunyai pengawal peribadi yang berjumlah 150-200 orang. Tambahan lagi Sun Yat-Sen terpaksa berdepan dengan saki-baki tentera Cheng Chiung-ming dan anacaman dari utara di bawah Wu Pei-fu. Oleh itu, beliau berusaha mencari sokongan dari dalam mahupun luar negara. Maka persefahaman Sun Yat-sen dengan Adolf Joffe telah menukar nasib beliau dan membawa kebangkitan KMT pada tahun 1920-an dan 1930-an.72
69

C. Martin Wilbur. (1976). Sun Yat-sen: Frustrated Patriot. New York: Columbia University Press.Hlm.30. 70 Edwin E. Moise. (2008). Modern China : A History (Third Edition). Great Britain : Pearson Education Limited. Hlm.48. 71 C. Martin Wilbur. (1976). Sun Yat-sen: Frustrated Patriot. New York: Columbia University Press.Hlm.32. 72 Suffian Mansor. (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Hlm.109.

15

6.0 ZAMAN PANGLIMA PERANG (WARLORD) Selepas kematian mengejut Yuan Shih-kai yang dianggap Bapa Warlord pada 1916, keadaan politk di negeri China kembali menjadi huru-hara. Hal ini disebabkan tidak ada pengganti yang dapat mengendalikan kuasanya dengan berkesan sama ada dalam kalagan tentera atau orang awam yang benar-benar berpengaruh atau dengan kata lain selepas kematiannya, tidak ada sesiapa yang dapat mengambil tempatnya sebagai pemimpin yang berkuasa di China.73 Sun Yat-sen adalah satu-satunya pemimpin yang dapat menandingi ketokohan Yuan Shih-kai, namu beliau tidak popular dalam kalangan warlord dan tentera. Manakala penganti beliau Li Yuan-hung gagal memulihkan perpaduan di China. Kesanya telah berlaku perebutan kuasa di antara warlord untuk mendapatkan wilayah. Persaingan di kalangan Warlord adalah merupakan perebutan untuk mendapatkan kuasa dan menguasai jentera kerajaan.74 Keadaan di China ketika itu secara amnya Peking masih lagi dianggap sebagai kerajaan pusat untuk kerajaan Republik China tetapi tidak mempunyai kuasa untuk mengawal wilayah-wilayah lain namun, kerajaan Peking berada dalam keadaan yang lemah. 75 Kuasa sebenar China telah berpecah dan jatuh ke tangan beberapa orang jeneral China yang digelar warlord. Sesiapa yang berkuasa di Peking akan diiktiraf sebagai pemerintah yang sebenar di negeri China.76 Lantaran itu, Warlord bersaing sesame mereka untuk menguasai pucuk pimpinan di Peking.77 Antara panglima perang yang paling berpengaruh adalah Anhwei, Fengtian dan Chihli. Kumpulan Anhwei terdiri daripada beberapa golongan seperti Anhwei, Shensi, Shantung, Chkiang dan Fukien. Kumpulan ini diketuai oleh Tuan Chi-Jui. Manakala Chihli diketuai oleh Feng Kuo-chang, menguasai Kiangsu, Kiansi, dan Hupei. Ditimur laut pula Chang Tso-lin mengetuai kumpulan Fengtian. Manakala di selatan terdapat
73

Suffian Mansor. (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. hlm. 110. 74 Maswari Rosdi. (1994). Sejarah Timur Jauh. Kuala Lumpur. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlm.121. 75 Ibid. Hlm. 120. 76 Harold M. Vinacke. (1967). Sejarah Timur Jauh dalam Zaman Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 77 Maswari Rosdi. (1994). Sejarah Timur Jauh. Kuala Lumpur. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlm.121.

16

kumpulan-kumpulan panglima perang Yunan yang diketuai oeh Tang Jiyao, dan kumpulan Kwangsi diketuai oleh Lu Jung-ting(Lu Rongting). Kumpulan Yunnan menguasai Yunnan dan Kweichow sementara kumpulan Kwangsi menguasi Canton dan Kwangsi. Kelemahan pihak kerajaan republik telah menyebabkan kegagalan untuk mengawal kumpulan ini dan mengikat kesetian mereka. Keadaan ini juga berlaku kerana tidak ada pemimpin yang benar-benar layak untuk membolehkan kerajaan menguasai wilayah-wilayah China.78 Era panglima perang ini boleh dibahagikan kepada dua zaman iaitu sebelum tahun 1920 dan selepas 1920. Sebelum tahun 1920, panglima perang berada pada kedudukan yang kuat disamping kedudukan kerajaan pusat yang lemah.79 Walaupun mempunyai cirri-ciri persamaan namun aspirasi dan sikap yang berbeza mengakibatkan mereka sukar untuk bersatu. 6.1 Politik Di Peringkat Pusat Di peringkat pusat Perdana Menteri Tuan Chi-jui mempunyai kuasa yang besar. Beliau bertindak membelakangi presiden dan parlimen apabila mengistiharkan perang ke atas Jerman pada 14 Mei 1917.80 Bagi mendapatkan persetujuan parlimen beliau telah mengepong parlimen dan mendesak parlimen untuk menyetujuinya. Keadaan ini mengakibatkan Li bertindak dan memecat Tuan sebagai perdana menteri. Sebagai tindak balas Tuan mengancam untuk menyerang Peking. Li yang tidak mampu untuk mengatasi maslah ini telah meminta bantuan Chang Hsun, gabenor tentera Anhwei untuk melindungi Peking.81 Chang tiba di Peking pada 7 Jun 1917 dengan tentera seramai 5000 orang.82 Chang telah menuntut parlimen dibubar dan Li terpaksa bersetuju. Chang terus bertindak melampau dengan memulih semula Dinasti Ching dan melantik Pu-yi sebagai maharaja. Tindakan beliau dibantah oleh rakyat dan akhirnya Chang melarikan diri setelah diusir oleh Tuan dan Tsao Kun dengan sokongan tentera Peiyang pada 12 Julai 1917.83 Dengan pemergian Chang itu, sekli lagi Tuan berkuasa di Peking. Tuan telah mewujudkan parlimen baru. Dr.Sun
78

Suffian Mansor. (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. hlm. 111. 79 Suffian Mansor. (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. hlm. 112. 80 Maswari Rosdi. (1994). Sejarah Timur Jauh. Kuala Lumpur. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlm.122. 81 Ibid. Hlm.121. 82 Ibid.Hlm.122. 83 Immanuel C.Y. Hsu. (1970). The Rise of Modern China. New York: Oxford University Press. Hlm.573.

17

mengkritik Tuan kerana telah melanggar perlembagaan 1912 dengan tidak mengembalikan parlimen yang dibubarkan oleh Li. Oleh itu Dr. Sun Yat Sen menubuhkan sebuah kerajaan di selatan.84 Bagi menghadapi masalah dalam negeri, kerajaan Peking mengambil keputusan meminta bantuan dari Jepun. Iaitu pinjaman dari Mishihara yang berjumlah kira-kira 145 juta yen.85 Keadaan China selepas itu semakin gawat dengan peperangan di kalangan pemimpinpemimpin tentera wilayah meletus.86 Pada September hingga oktober 1924 pertempuran berlaku di antara wilayah Kwangsi dan Chekiang. Pada 23 oktober 1924, jeneral Feng YuHsing telah merampas kuasa di Peking manakala presiden tsao kun meletak jawatan pada 2 november 1924. Akhirnya, kerajaan campuran ditubuhkan. Kerajaan ini telah menjemput sun yat sen untuk membentuk kerajaan campuran dan menyelesaikan pertikaian yang wujud. Malangnya, pada 12 mac 1925, sun yat sen meninggal dunia dip eking dan rancangan untuk menyatukan china mengalami kegagalan.87 Kegagalan system republic china turut dipengaruhi oleh masalah warlord atau panglima perang. Hal ini disebabkan oleh, panglima perang telah mengakibatkan berlakunya perpecahan di wilayah-wilayah china dan mengakibatkan china gagal disatukan di bawah satu system iaitu system republic.

7.0 PENUTUP Kesimpulannya, revolusi 1911 yang dicetuskan oleh Dr Sun Yat Sen telah banyak membawa perubahan kepada China. Walaubagaimanapun, pada dasarnya kita boleh membuat kesimpulan bahawa revolusi tersebut sebenarnya gagal. Hal ini kerana, walaupun revolusi 1911 yg dicetuskan oleh Sun Yat Sen berjaya menggulingkn Dinasti Manchu tetapi mereka telah gagal untuk menerajui China selepas kejayaan tersebut. Terdapat banyak faktor yang telah mendorong kepada kegagalan Sun Yat Sen untuk menerajui China selepas kejayaan revolusi tersebut. Antaranya adalah kebijaksanaan Yuan Shi Kai. Yuan Shi Kai telah berjaya mengambil peluang ke atas ketegangan yang berlaku sehingga akhirnya beliau berjaya menaiki takhta. Walaubagaimanapun, setelah menduduki takhta China, beliau sendiri tidak memahami pengertian demokrasi dan juga tidak berjaya mengamalkan demokrasi seperti
84

Maswari Rosdi. (1994). Sejarah Timur Jauh. Kuala Lumpur. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlm.123. 85 Ibid.Hlm.123 86 Ibid .Hlm.124. 87 Maswari Rosdi. (1994). Sejarah Timur Jauh. Kuala Lumpur. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlm.124.

18

mana yang diperjuangkan oleh golongan revolusi. Hal ini disebabkan oleh, tidak ada seorang cina pun yang mempunyai pengalaman tentang pergerakan system demokratik, dan sedikit sekali yang berhasrat untuk menjalankannya dendan betul. Jenis ahli politik yang dating ke parlimen biasanya terdiri daripada orang yang mencari kedudukan szendiri, dan persengketaan awal antara presiden dan parlimen menyebabkan sebarang rancangan tidak dapat dijalankan.88 Perkara ini telah mengakibatkan berlakunya permasalahan baru di china iaitu bermula dengan masalah pilihan raya, autokrasi, revolusi selatan, dan panglima perang. Semua masalah ini men akibatkan system republic yang dilaksanakan di china gagal.

88

C.P.Fitzgerald. (1970).Intisari Sejarah Asia Timur. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm.141.

19

20

You might also like