You are on page 1of 23

Budaya Kerja Cemerlang telah dilancarkan oleh Yang Amat Berbahagia Tun

Doktor Mahathir Mohamad , Bekas Perdana Menteri Malaysia pada 27 November


1989. Tujuan gerakan ini ialah untuk membina sebuah masyarakat yang sentiasa
mementingkan kualiti . Menurut beliau , budaya sesuatu masyarakat adalah faktor
utama yang akan menentukan maju mundurnya sesuatu masyarakat itu. Budaya
bukan dicerminkan oleh keseniaan dan aspek fizikal , tetapi yang lebih penting lagi
ialah nilai-nilai yang diamalkan.
Sebelum saya meneruskan penerangan , elok kalau saya jelaskan dahulu apa
yang dimaksudkan Budaya Kerja Cemerlang . Budaya bermakna nilai , sikap tindakan
ataupun tingkah laku yang menjadi amalan seharian. Dalam konteks bekerja atau
bertugas , ia dikaitkan dengan budaya kerja dalam sesebuah jabatan ataupun
organisasi yang menjadi faktor utama dalam menentukan matlamat maju atau
mundurnya sesebuah organisasi itu.
Kerja

Cemerlang pula bermaksud seseorang pegawai ataupun kakitangan

kerajaan yang telah menunjukkan prestasi kerjanya yang sentiasa baik, ada
peningkatan dari setahun ke setahun dan tidak pernah melakukan kesilapan atau
mendatangkan sebarang masalah ketika dia bertugas atau bekerja .
Perkhidmatan Awam pula bermakna jentera yang digunakan oleh sessebuah
negara dalam memberikan perkhidmatan kepada seluruh rakyatnya dan sebagai alat
dalam menyusun perancangan ataupun program dan juga melaksanakan rancanganrancangan yang telah disusun termasuk mengenai struktur organisasi , perancangan
sumber manusia yang berhubung kait dengan ekonomi , budaya dan social dan juga
termasuk mengadakan ataupun mengeluarkan undang-undang

ataupun peraturan-

peraturan kerja yang semestinya diikuti oleh setiap pegawai dan kakitangan awam
dalam semua pangkat dan peringkat.

Peningkatan Kualiti pula bermaksud penambahan reputasi atau dikaitkan


dengan piawai yang boleh diterima umum, memenuhi dan menepati selera pengguna
atau pelanggan pada keadaan yang dikatakan lebih berkualiti , tahap terbaik yang
boleh dicapai , menepati spesifikasi iaitu konsep yang relatif mengikut masa dan
keadaan peningkatan di sepanjang masa. Mengikut Sallis dan Edward (1993) kualiti
boleh dibincangkan dalam tiga sudut pandangan iaitu:
1) Persepsi istilah
2) Persepsi pengeluar
3) Persepsi Pengguna
Secara istilah konsep kualiti bermaksud reputasi

di kalangan masyarakat umum

terhadap barang atau perkhidmatan yang dianggap berkualiti mendapat status yang
tinggi pada kaca mata masyarakat umum. Produk atau perkhidmatan berkualiti
mempunyai nilai pasaran yang tinggi dari kaca mata pengguna dan pengeluar

Lima Program Peningkatan Kualiti Dalam Organisasi

1. Hari Kualiti dan Pengiktirafan


Pewujudan Hari Kualiti adalah bertujuan untuk memperkukuhkan nilai-nilai
budaya kualiti dalam sesebuah organisasi . Di samping itu ia juga bertujuan memberi
pengiktirafan dan memperbaharui komitmen dan dedikasi pekerja dan pihak
pengurusan kepada usaha-usaha yang dijalankan oleh agensi-agensi mereka ke arah
peningkatan kualiti . Hari tersebut merupakan satu acara bagi mewujudkan kesedaran
para pekerja bahawa satu perubahan telah berlaku dalam organisasinya dan
pengiktirafan

diberi

untuk

perubahan-perubahan

tersebut.

Perubahan

yang

dimaksudkan ini adalah dari segi kejayaan dalam usaha usaha peningkatan kualiti
perkhidmatan yang berkualiti.
Menurut Yang Berbahagia Tan Sri Samsudin bin Osman , Ketua Setiausaha
Negara (2004), Hari Kualiti merupakan satu lambang yang menunjukkan komitmen
kita dalam memastikan semua kerja yang dihasilkan adalah berkualiti tinggi serta
memenuhi kehendak pelanggan . Hari Kualiti perlu dihayati oleh setiap warga
perkhidmatan awam dan tidak seharusnya dibiarkan berlalu begitu sahaja tahun demi
tahun tanpa membawa sebarang perubahan yang bermakna dan ketara kepada diri kita
dan juga perkhidmatan yang disampaikan oleh kita.
Kementerian Pendidikan juga sama seperti organisasi lainnya mengadakan
Hari Kualiti, untuk memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada semua
kakitangan di semua peringkat sebagai mengenang jasa yang telah mereka
sumbangkan kepada Kementerian. Begitu juga dengan Jabatan Pelajaran Negeri dan
Pejabat-pejabat Pelajaran Daerah, serta Institusi Institusi Pengajian Tinggi di seluruh
negara memberikan penghargaan yang sama di atas kualiti kerja yang cemerlang pada
tahun tersebut dan tahun-tahun berikutnya. Semoga penghargaan dan penghormatan
ini akan terus dapat dikekalkan dan dipertingkatkan oleh penerima-penerima
Anugerah Khidmat Cemerlang agar dapat dicontohi oleh mereka yang belum
menerimanya.
Hal ini tidak terkecuali juga di sekolah yang memberikan

pelbagai

pengiktiran dan anugerah kepada guru-guru, kakitangan dan pelajar-pelajar yang


cemerlang dengan harapan kecemerlangan mereka ini akan mendorong semangat
motivasi kepada rakan-rakan mereka untuk terus bekerja dengan gigih dan
bersemangat untuk menjadikan organisasinya cemerlang gemilang dan terbilang.
Biasanya , apabila sesebuah organisasi itu berjaya dan cemerlang , maka akan majulah

organisasi itu. Sebagai contohnya , negara Jepun begitu maju dalam bidang industri
pembuatan kenderaan seperti syarikat-syarikat pengeluar kereta Toyota, Honda ,
Datsun, Mitsubishi dan lain-lainnya.. Di antara pengiktirafan-pengiktirafan yang
diberikan ialah seperti berikut:
1.

Pengiktirafan kepada Institusi

2.

Pengiktirafan kepada Guru

3.

Pengiktirafan kepada Staf Sokongan

4.

Pengiktirafan kepada Pelajar

5.

Pengiktirafan kepada Komuniti

Begitu juga dengan Anugerah-anugerah yang diberikan kepada penerima


penerima semasa peristiwa-peristiwa yang telah ditetapkan oleh Kementerian, Jabatan
Pelajaran , Institusi, Pejabat-pejabat Pelajaran Daerah dan juga di sekolah sekolah
seperti berikut:
1.

Hari Kualiti

2.

Hari Guru

3.

Hari Penyampaian hadiah

4.

Hari Terbuka

5.

Hari Sukan

6.

Hari Perhimpunan Sekolah

7.

Hari Rasmi Sekolah

Begitu juga Anugerah yang diberikan dalam pelbagai bentuk seperti:


1.

Anugerah Hadiah

2.

Anugerah Sijil

3.

Anugerah Wang

4.

Anugerah Surat Penghargaan

5.

Anugerah Tawaran

6.

Anugerah Lawatan

7.

Anugerah Bantuan

8.

Anugerah Pingat

9.

Anugerah-anugerah lain

Dalam perkhidmatan kerajaan dan organisasi besar, banyak ganjaran yang


diberikan kepada penjawat awam atau pekerja pada tiap-tiap tahun dan setiap
ganjaran itu memberi kesan yang berbeza-beza disebabkan setiap manusia itu menilai
ganjaran yang diberikan dengan cara yang berbeza.. Teori Kesempurnaan Kendiri
ataupun self- actualization oleh Abraham Maslow ,Teori dorongan kejayaan atau
achievement motivation David McClelland dan juga
Keperluan tidak ketara

Teori Vance Packard iaitu

menjelaskan bahawa manusia itu mempunyai keperluan

mereka sendiri mengikut acuan dan kehendak diri masing-masing.


Adalah diharapkan dengan adanya anugerah-anugerah seperti ini akan
meningkatkan lagi mutu kerja
merupakan

di samping tugas sebagai penjawat awam yang

suatu amanah yang harus dipikul dengan penuh ikhlas dan

bertanggungjawab dalam menentukan hala tuju organisasi yang menuju ke arah


kecemerlangan dan pendorong kepada kejayaan yang lebih besar pada masa akan
datang.

2. Bengkel dan Latihan


Kementerian Pelajaran sedar bahawa untuk mencapai tahap cemerlang
sesebuah agensi tidak boleh bergantung pada kecekapan segelintir warganya sahaja .
Sebaliknya

ia memerlukan semua warganya bersama-sama berganding bahu

melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik mungkin . Oleh itu

fokus utama adalah bagi membangunkan kompetensi dan membentuk guru-guru ,stafstaf dan juga golongan pelajar yang berjaya. Justeru itu di kalangan guru-guru, stafstaf yang berpengalaman dan mempunyai kemahiran dan kecekapan membantu dan
membimbing rakan-rakan yang masih berada di tahap rendah. Mereka yang belum
mahir dan cekap perlu melipatgandakan usaha untuk meningkatkan kebolehan sedia
ada. Keazaman untuk menjadi warga pendidikan yang lebih cemerlang merupakan
azam yang patut ditanam oleh semua penjawat awam, terutamanya di kalangan warga
pendidikan.
Bengkel-bengkel dan latihan diberikan di peringkat atasan sehinggalah ke
peringkat bawahan . Ini bertujuan meningkatkan lagi tahap kualiti dan pencapaian
mutu kerja yang lebih baik di kalangan warga pendidikan.. Pengetua-pengetua
sekolah, barisan guru pentadbir dan guru-guru mata pelajaran diberikan latihan dan
bengkel bagi memantapkan lagi pengetahuan mereka terhadap sesuatu bidang itu..
Contohnya seseorang Pengetua diberikan latihan dan bengkel untuk memantapkan
lagi pengurusan mereka di sekolah.. Pusat-pusat latihan yang terkenal seperti di
Institut Aminuddin Baki,di Genting, Universiti-universiti serta Maktab-maktab
Perguruan menjadi pusat-pusat latihan dan bengkel kepada Pengetua dan barisan
pentadbir serta guru-guru dan kakitangan untuk menerima latihan yang berterusan
bagi memantapkan lagi pengurusan dan pentadbiran mereka.
Di samping itu pula pihak Jabatan Pelajaran Negeri juga tidak ketinggalan
memberikan latihan dan bengkel kepada guru-guru berkenaan. Umum mengatakan
bahawa guru yang berpengalaman adalah guru yang baik. Faktor yang menentukan
pengalaman ialah masa dan peluang. Jika bergantung kepada faktor seseorang
mengambil masa yang terlalu panjang untuk menjadi begitu berpengalaman. Peluang
pula adalah faktor yang mudah dikawal. Oleh hal yang demikian untuk meningkatkan

profesionalisme guru-guru. Jabatan Pelajaran Negeri Pahang khususnya menyediakan


peluang latihan dengan mengadakan bengkel-bengkel contohnya:
1.

Bengkel penyediaan modul latihan bagi setiap mata pelajaran

2.

Bengkel latihan teknik menjawab dan latihan memeriksa kertas .


Program ini dikenali Jawab Untuk Jaya

3.

Bengkel Penggubalan soalan Latihan soalan bersama

4.

Bengkel peningkatan prestasi mata pelajara


Bengkel dan latihan yang diberikan ini bertujuan untuk memperol eh ,

menguasai , memperkukuh, memantapkan dan memperkayakan ilmu pengetahuan


dengan menggunakan bahan-bahan rujukan buku-buku dan dokumen dokumen yang
diterbitkan oleh Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan juga Jemaah
Nazir Sekolah Persekutuan.. Di samping itu juga pihak Pejabat Pelajaran Daerah juga
mengadakan bengkel-bengkel dan latihan lanjutan untuk memantapkan lagi guru-guru
dengan ilmu-ilmu bantu yang sedia ada.
Pihak sekolah juga mengadakan bengkel dan latihan dalaman di sekolah
masing-masing untuk memperkukuhkan lagi penguasaan bidang-bidang ilmu yang
belum dikuasai oleh guru-guru di sekolah berkenaan. Guru guru yang
berpengalaman dan memeriksa kertas menjadi Jurulatih Utama dalam kursus ini.
Latihan dan bengkel yang diberikan oleh pihak sekolah meliputi pelbagai aspek sama
ada dari segi kurikulum, kokurikulum, kepimpinan, disiplin, sukan dan berbagaibagai lagi. Tidak ketinggalan juga program bagi murid-murid juga telah dirancang dan
diadakan seperti kelas-kelas tambahan iaitu satu program dalam memberikan latihanlatihan kepada pelajar bagi kelas-kelas peperiksaan seperti Tingkatan tiga, lima dan
Enam Atas. Antara program-program latihan yang telah dilaksanakan ialah Program
Bijak IQ bagi pelajar Enam Atas, Tusyen Yayasan Harapan bagi pelajar tingkatan tiga

dan Program latihan yang dipanggil Titisan Terakhir khususnya bagi pelajar tingkatan
lima. Di samping itu juga pada masa cuti penggal ini diadakan program Rakan Pintar
bagi pelajar-pelajar tingkatan empat dan dua. Ini bertujuan mengulang kaji manamana kelemahan pelajar semasa di kelas sebelum cuti sekolah.
Bengkel-bengkel menjawab soalan juga diadakan sepanjang tahun bagi kelaskelas peperiksaan seperti Penilaian Menengah Rendah, Sijil Pelajaran Malaysia dan
juga Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Adalah diharapkan dengan adanya bengkelbengkel seperti ini akan menyemarakkan lagi proses pembelajaran dan pengajaran di
bilik darjah serta mendorong semangat juang yang lebih tinggi di kalangan pelajar.
Bengkel dan latihan sukan juga diadakan untuk mencungkil bakat-bakat

yang

terpendam di kalangan pelajar. Untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berminat


dengan sukan, mata pelajaran Sains Sukan diwujudkan di tingkatan Enam Rendah.
Mengikut Cawelti (1990), Kepimpinan pengajaran dapat menghasilkan pembelajaran
berkesan. Ginsberg (1988) pula menegaskan, Kepimpinan pengajaran hanya dapat
dilakukan oleh Pengetua-pengetua yang berkaliber tinggi dan cekap dalam pengajaran
dan pengurusan sekolah.

3. Ceramah dan Perbincangan


Bagi setiap agensi kerajaan, ceramah dan perbincangan kerap diadakan untuk
memberi pengetahuan kepada penjawat-penjawat awam agar dapat meningkatkan lagi
kualiti dan kesedaran tentang pentingnya kualiti dalam sesuatu urusan pekerjaan.
Kementerian Pelajaran juga sering mendedahkan kepada pegawai-pegawainya dengan
ceramah dan perbincangan yang dilakukan untuk meningkatkan kecemerlangan dalam
sesebuah organisasi. Begitu Jabatan Pelajaran Negeri telah mengambil pelbagai
inisiatif untuk mendedahkan kepada pegawai-pegawainya khususnya guru-guru

tentang

peningkatan kualiti. Begitu juga peranan yang dimainkan oleh Pejabat

Pelajaran Daerah sentiasa memimikirkan cara yang terbaik untuk pegawai-pegawai


bawahannya.
Di sekolah pula Pengetua bersama dengan barisan pentadbirnya sentiasa
mencari dan memikirkan idea-idea baru bagi orang-orang bawahannya mendapat
maklum balas yang terkini untuk peningkatan prestasi kerja di kalangan pegawaipegawainya. Salah satu daripada aspek yang diberikan perhatian ialah mendedahkan
guru-guru dengan ceramah-ceramah yang berkesan. Salah satu ceramah yang telah
diadakan ialah cemah mengurangkan tekanan kerja atau Stress. Ceramah ini telah
diadakan pada hujung tahun untuk semua guru dan kakitangan sekolah . Doktor Lazli
Pakar dalam bidang Psikiatri telah dijemput untuk menyampaikan ceramahnya .
Doktor Lazli telah menerangkan bagaimana cara untuk kita mengurangkan tekanan di
tempat kerja dan ini memberi manfaat yang besar kepada guru-guru dan kakitangan
sekolah. Di samping itu juga ceramah tentang tugas dan tanggungjawab sebagai
seorang guru juga telah diadakan untuk memberi kesedaran kepada guru-guru tentang
tanggungjawab yang perlu dipikul dan amanah yang seharusnya dilaksanakan. Pihak
sekolah telah menjemput Pakar Motivasi iaitu Yang Mulia Raja Ismail bin Raja
Shahdan . Beliau telah berjaya menyampaikan ceramahnya dengan berkesan.
Begitu juga dengan pelajar-pelajar, pihak sekolah telah merancangkan
berbagai-bagai

program ceramah untuk memberi kesedaran kepada mereka dan

kedua-dua penceramah ini juga telah menyampaikan ceramah kepada pelajar-pelajar


pada awal tahun. Di samping itu juga Pengetua telah mengambil inisiatif untuk
menyampaikan ceramah kepada pelajar-pelajar di kelas-kelas peperiksaan.

Penilaian

keberkesanan ceramah itu dapat dijelmakan di dalam bilik-bilik darjah semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung dan juga semasa Ujian Bulanan diadakan.

Mengkut Rutter ( 1979 ) guru-guru dalam sekolah yang berkesan menggunakan lebih
masa ke atas pelajaran (memula dan menamatkan pelajaran tepat pada masanya) dan
menyediakan masa untuk quiet work . Di sekolah-sekolah menengah kerja rumah
diberikan akan digredkan secara regular Bagi Crandall, D. P (1983) satu daripada
faktor utama untuk usaha pembaikan sekolah ialah komitmen guru-guru . Perubahan
tidak akan berlaku tanpa sokongan dan komitmen guru-guru.
Dasar 60:40 Kementerian Pelajaran hendaklah dilihat sebagai strategi untuk
mencapai Wawasan 2020. Penumpuan kepada pencapaian Nisbah 60:40 bagi aliran
sains dan sastera menampakkan impaknya dalam perancangan dan pelaksanaan di
peingkat Kementerian, Jabatan dan juga sekolah. Pencapaian sekolah sepatutnya
bukan hanya menunjukkan peningkatan keseluruhan tetapi perlu memberi tumpuan
kepada kualiti. Standard kualiti yang ditetapkan ialah 60 peratus pelajar harus mampu
mengikuti jurusan sains dan 40 peratus jurusan sastera. Guru-guru Bimbingan Dan
Kaunseling seharusnya memainkan peranan penting dalan menentukan hala tuju
pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam ataupun Swasta.

Perbincangan dan

komitmen yang sepenuhnya daripada mereka amat penting. Ramai pelajar yang tidak
tahu proses atau cara pengambilan pelajar ke universiti. Perbincangan dengan pelajar
dengan sejelas-jelasnya perlu dilaksanakan agar mereka tidak tersilap pilih kursuskursus yang ditawarkan.
Kerjasama daripada semua pihak perlu dalam usaha untuk meningkatkan lagi
pencapaian pelajar dalam bidang akademik dan seterusnya perbincangan dengan
pihak pentadbir, guru guru, ibu bapa dan masyarakat setempat amat penting. Oleh
itu setiap sekolah mempunyai Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru. Ini bertujuan untuk
membantu dan berbincang dengan pihak sekolah agar keputusan yang bijak dapat
dicapai dan semua pihak berpuas hati dan tidak terlepas pandang. Selain daripada

10

program sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru juga boleh memainkan peranan yang
lebih aktif lagi dalam perkara ini. Pihak pentadbir pula mestilah sentiasa
berpandangan jauh dan sedia berbincang dan menerima pandangan daripada

guru-

guru, ibu bapa ataupun pihak komuniti luar untuk menghasilkan satu keputusan yang
bijaksana demi untuk kebaikan dan kecemerlangan sekolah berkenaan. Ini telah
dilaksanakan sepenuhnya dan hasilnya kami melihat pihak sekolah mendapat reaksi
yang positif daripda pihak ibu bapa dan juga komuniti luar.

4. Siri Panduan Pengurusan Kualiti


Sebagai sebahagian daripada usaha-usaha untuk meningkatkan kesedaran dan
pengetahuan tentang kualiti serta menunjukkan cara-cara yang praktikal untuk
mengurus kualiti dan produktiviti secara berkesan. Jabatan Pelajaran Pahang telah
memperkenalkan program Peningkatan Kurikulum dan Kemajuan Pendidikan pada
tahun 1994. Program ini bertujuan mempertingkatkan prestasi pendidikan di Pahang
dan memerlukan kerjasama yang bersungguh-sungguh daripada semua warga
pendidik di negeri ini. Program Peningkatan Kurikulum dan Kemajuan Pendidikan di
negeri Pahang ini sudah masuk edisi yang kedua dan diguna pakai dengan
penambahan yang baru berdasarkan perkembangan terbaharu dalam dunia pendidikan
dan disesuaikan dengan dasar pendidikan terkini.
Program ini dipengerusikan sendiri oleh Pengarah Pelajaran Pahang

dan

jawatankuasanya terdiri daripada semua Ketua Sektor, Penolong Pengarah, Ketua


Penolong Pengarah Pusat Sumber Pendidikan Negeri, Ketua Unit dan Pegawai
Pelajaran Daerah. Urus setia program ini terdiri daripada:
1.

Unit Kurikulum untuk Peningkatan Akademik

2.

Unit Kokurikulum untuk Peningkatan Kokurikulum

11

3.

Unit Pendidikan Islam bagi Bina Insan

4.

Unit Perancangan dan Pembangunan untuk Keceriaan

5.

Unit Perkhidmatan untuk Pengurusan dan Pentadbiran

Di peringkat daerah pula dipengerusikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah dan


dianggotai oleh semua pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah, Guru Besar dan Pengetua
yang mewakili kelompok.. Di setiap daerah, sekolah rendah dan menengah
dibahagikan kepada kelompok-kelompok kecil mengikut kawasan geografi dengan
dipengerusikan oleh salah seorang daripada Guru Besar atau Pengetua berkenaan
Pengwujudan kelompok-kelompok ini akan membolehkan sekolah-sekolah kecil
berkongsi idea dan bekerjasama melaksanakan aktiviti-aktiviti

untuk menangani

masalah yang sama.


Di peringkat sekolah, satu jawatankuasa Khas Program Peningkatan
Kurikulum dan Kemajuan Pendidikan telah ditubuhkan dan Pengetua atau Guru Besar
sendiri menjadi pengerusinya. Guru Penolong Kanan Kurikulum menjadi setiausaha.
Semua guru terlibat dalam pelaksanaan program ini, oleh hal yang demikian beberapa
jawatankuasa

boleh diadakan, ini termasuklah perkara yang ada kaitan dengan

penglibatan ibu bapa atau masyarakat setempat. Jawatankuasa Program Peningkatan


Kurikulum dan Kemajuan Pendidikan di peringkat sekolah adalah Jawatankuasa
Induk yang membuat perancangan dan melaksanakan program
Bagi melicinkan lagi program ini agar ia benar-benar berkesan untuk
meningkatkan lagi kualiti guru dan pelajar, kumpulan-kumpulan profesional lain di
sekolah boleh turut membantu dan seharusnya digembleng dalam pelaksanaan
program ini ialah:

1. Kumpulan Pemantau

12

2. Kumpulan Penggubalan Soalan dan Pemeriksa


3. Kumpulan Guru Cemerlang dan
4. Kumpulan Guru Sumber bagi setiap mata pelajaran
Dari segi tugas, ia mempunyai kerangka yang menunjukkan ruang lingkup ,
pembahagian, dan sempadan tugas yang jelas iaitu meliputi tiga tahap kerja yang
utama
1.

Perancangan

2.

Pelaksanaan

3.

Pemantauan

Di sekolah terdapat banyak buku panduan dan pengurusan yang diguna pakai
sebagai panduan dan rujukan guru-guru untuk melaksanakan tugas dalam bidang
masing-masing seperti :
1. Buku Panduan Pengurusan Sekolah
2. Buku Panduan Kurikulum sekolah
3. Buku Panduan Kokurikulum sekolah
4. Buku Panduan Tatacara Disiplin di sekolah
5. Buku Panduan Pengurusan panitia
6. Buku Panduan Pengurusan Asranma
7. Buku Panduan Pengurusan Peperiksaan
8. Buku Panduan Pengurusan Kantin
9. Buku Panduan Pengurusan Buku Teks
10. Buku Panduan Pengurusan Biasiswa
Dari segi perancangan yang teliti mengikut tahap dan peringkat diharapkan
program ini akan dapat menghasilkan satu keputusan yang tepat dan berkesan dalam
menguruskan peningkatan kualiti . Di samping itu juga pelaksanaan yang teratur dan

13

sistematik

serta tenaga-tenaga kerja yang profesional dan berpengalaman

membolehkan program ini mencapai targetnya. Di samping itu pula pemantauan dari
aspek mengawal, membimbing, akan mendapat sokongan sepenuhnya daripada pihak
yang terlibat. Pemantauan perlu menjadi budaya dan satu aktiviti yang dialu-alukan
bukan aktiviti yang ditakuti oleh guru-guru. Segala kelemahan pemantauan yang
diperolehi akan diperbaiki dari semasa ke semasa untuk menghasilkan keputusan yang
relevan dengan kehendak sesebuah sekolah itu. Program pemantauan ini berteraskan
permuafakatan dengan tujuan mendapat pengalaman baru untuk berkongsi kekuatan.

5. . Sistem Cadangan Kualiti


Agensi-agensi kerajaan yang inginkan kejayaan dalam pengurusan kualiti
perlu mewujudkan pelbagai sistem untuk menyokong usaha-usaha kualiti yang
dilaksanakannya. Salah satu sistem sokongan yang dikenal pasti sebagai penting ialah
sistem cadangan kualiti. Sistem ini dikatakan membekalkan banyak input yang
berguna kepada sistem kualiti. Tegasnya sistem cadangan ini adalah mekanisme
terpenting untuk melahirkan idea-idea yang akan meningkatkan keupayaan agensi
dalam meningkatkan tahap perkhidmatannya.
Dalam hal ini Kementerian Pelajaran juga tidak menafikan aspek ini,
Kementerian membuka pintu dan ruang kepada pegawai-pegawainya melalui
Kesatuan-kesatuan guru memberikan cadangan-cadangan yang berkualiti untuk
menambahbaikkan lagi sistem yang wujud di Kementerian khususnya kakitangan di
bawahnya. Segala cadangan ini diteliti di peringkat kementerian dan mana-mana
cadangan yang baik akan dikemukakan pula ke pihak Jabatan Perkhidmatan Awam
untuk disemak. dan diambil tindakan . Begitu juga pihak kementerian sedia menerima
teguran-teguran yang membina sama ada di kalangan institusi, jabatan-jabatan

14

kerajaan dan juga individu-individu. Persatuan Ibu Bapa dan Guru juga banyak
memberikan input-input yang berguna kepada pihak Kementerian untuk dilaksanakan.
Begitu juga dengan Badan-Badan Bukan Kerajaan juga telah memberikan cadangan
yang amat berfaedah kepada pihak berkenaan. Pihak Kementerian amat peka dengan
semua cadangan yang dikemukakan oleh pihak-pihak yang terlibat dan mengambil
tindakan mengikut prosedur yang dibenarkan.
Begitu juga dengan pihak Jabatan Pelajaran Negeri sedia menerima cadangancadangan yang membina daripada pihak-pihak lain untuk mrningkatkan lagi
kualitinya . Cadangan-cadangan ini dapat dijadikan sebagai kayu pengukur tentang
keberkesanan dalam sistem yang dilaksanakan di jabatan tersebut. Dalam program
Peningkatan Kurikulum dan Kemajuan Pendidikan sistem cadangan yang diguna
pakai ialah Collaborative, Participative, dan juga Ownership. Collaborative ialah
permuafakatan semua pihak yang ada kepentingan dengan sekolah , termasuklah
guru-guru, ibu bapa masyarakat setempat agensi kerajaaan dan bukan kerajaan dan
juga badan-badan korporat. Mereka memberikan berbagai-bagai input demi
kepentingan program yang dilaksanakan. Jawatankuasa pemantau sentiasa mengkaji
program ini dari semasa ke semasa untuk melihat peningkatan kualitinya dan sentiasa
membaik pulih manamana kelemahannya.
Partisipasive pula menuntut penglibatan yang penuh iltizam daripada guruguru dan kakitangan sekolah, tidak mengira sama ada mereka mengajar di kelas
peperiksaan

ataupun

tidak.

Jika

menggambarkan longgokan masalah.

hasil

sesuatu

peperiksaan

itu

dianggap

Segala masalah akan ditanggung bersama.

Oleh itu guru-guru perlu menyumbangkan ideanya untuk meningkatkan lagi program
dan cadangan kualiti ini. Satu lagi aspek cadangan ialah Ownership iaitu rasa
kepunyaan bersama. Program yang dicadangkan ini adalah program bersama dan

15

setiap pendidik perlu sedar bahawa ia tanggungjawab semua dan bukan pihak-pihak
tertentu sahaja.
Di sekolah kita lihat banyak cadangan yang dicadangkan oleh guru dan
diambil tindakan sepenuhnya oleh pihak Pengetua . Cadangan-cadangan yang
berkualiti ini akan ditapis oleh satu badan yang terdiri daripada barisan pentadbir yang
terdiri daripada Guru-Guru Penolong Kanan dan juga Guru-Guru Kanan Bidang.
Cadangan kepada guru-guru untuk mengajar subjek-subjek yang disukai pada tahun
seterusnya adalah diberi pilihan. . Guru-guru juga banyak memberikan idea yang
bernas untuk program-program peningkatan akademik, kokurikulum, sahsiah
,keceriaan , dan juga pengurusan pentadbiran. Pengetua memberi ruang dan peluang
kepada guru-guru mencadangkan idea-idea yang bernas untuk dibincangkan selain
daripada cadangan yang sedia ada di kalangan Pengetua dan barisan pentadbir.
Pengetua akan berbincang dengan Guru-guru penolong Kanannya dan Guru-guru
Kanan untuk meletakkan guru-guru mengikut opsyen dan pilihannya. Ini dapat
memberikan kepuasan kepada guru-guru berkenaan. Namun begitu tidak semua
kehendak guru-guru tersebut dapat dipenuhi . Ini disebabkan oleh kekurangan guru,
guru yang dihantar tidak mengikut opsyen, dan juga mengikut keperluan semasa .
Selain daripada itu terdapat cadangan-cadangan lain yang boleh dikemukakan
oleh guru-guru kepada pihak Pengetua, sekadar beberapa cadangan seperti berikut:

1. Cadangan senarai tugas guru


2. Cadangan pemilihan Pengawas-pengawas sekolah
3.

Cadangan penggubalan soalan-soalan peperiksaan

4.

Cadangan pemilihan waden Asrama

5.

Cadangan Pemilihan Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa Dan Guru

16

6. Cadangan guru-guru untuk dinaikkan pangkat


7. Cadangan guru-guru untuk dicalonkan Guru Cemerlang
8. Cadangan guru-guru untuk diberikan Anugerah
9. Cadangan Program-program Peningkatan Akademik
10. Cadangan motivasi untuk pelajar-pelajar
11. Cadangan motivasi untuk guru-guru
Kesemua cadangan ini akan dinilai sepenuhnya oleh jawatankuasa penilai .
Jawatankuasa penilai akan bermesyuarat membincangkan segala cadangan yang
dikemukakan oleh guru-guru berkenaan. Mana-mana cadangan yang baik dan
praktikal akan dicadangkan kepada Pengetua untuk diterima pakai. Namun begitu
perlu kita sedari, Pengetua mempunyai kuasa mutlak sama ada untuk menerima
cadangan-cadangan itu atau menolaknya. Dalam pada itu pihak Pengetua perlu
berhemah dan berhikmah dalam mengambil sesuatu tindakan atau keputusan agar
tidak menimbulkan rasa kurang senang di kalangan guru-guru.
Di samping itu Pengetua juga menerima cadangan-cadangan daripada
Persatuan Ibu Bapa dan Guru untuk meningkatkan lagi prestasi dan kualiti sekolah.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru sebagai tulang belakang sekolah mempunyai berbagaibagai kepakaran dari segi tenaga, peralatan, kewangan, khidmat nasihat dan
sebagainya. Segala idea yang baik dan amat berfaedah ini akan digunakan serta
dilaksanakan oleh pihak sekolah sepenuhnya. Contohnya mengadakan kelas-kelas
tambahan, kursus, ceramah, seminar dan sebagainya. Badan ini juga boleh
menyumbang dari segi kepakarannya ataupun memberi bantuan dari segi kewangan.
Ini boleh mengurangkan kos yang ditanggung oleh pihak sekolah dan juga melibatkan
ibu bapa turut sama menyumbang ke arah kecemerlangan dan peningkatan kualiti di
sesebuah sekolah itu.

17

Rumusan
Kelima-lima program peningkatan kualiti ini tidak akan berkesan jika pihak
Kementerian, Jabatan,

Pejabat Pelajaran Daerah dan Sekolah tidak memikirkan

beberapa masalah yang mungkin timbul dan menjadi penghalang terhadap Program
Peningkatan Kualiti dan Budaya Kerja Cemerlang.
Salah satu aspek yang perlu diberi perhatian yang sewajarnya ialah aspek
disiplin. Kecemerlangan sesebuah organisasi , berkait rapat dengan tahap disiplin
warganya. Sesebuah organisasi yang mempunyai warga yang berdisiplin tinggi dapat
memastikan segala tugas yang diamanahkan dilaksanakan dengan teratur dan tidak
menyalahi peraturan yang ditetapkan. Warga yang berdisiplin akan sentiasa dapat
menjalankan tugasnya dengan cemerlang kerana disiplin merupakan kunci utama ke
arah kecemerlangan dan menjadi asas yang penting dalam usaha mewujudkan
pentadbiran yang beramanah bersih dan cekap. Budaya Kerja Cemerlang yang
bercirikan nilai-nilai murni dan etika moral yang unggul boleh menjadi perisai yang
amat kuat untuk menangkis berlakunya insiden-insiden pelanggaran disiplin di
kalangan warga perkhidmatan pendidikan terutamanya di sekolah.
Aspek kedua pula ialah sifat-sifat negatif yang ada di kalangan warga
pendidikan, seperti sikap malas, kurang bersemangat untuk memajukan diri sendiri,
kurang pegangan agama, bersikap pasif atau menerima apa sahaja arahan daripada
pihak atasan atau ketua tanpa mahu berusaha sendiri Golongan yang seperti ini akan
menjalankan tugas seada-adanya sahaja ertinya hanya bekerja menurut arahan sahaja
tiada daya kreatif dan inisiatif sendiri. Pegawai yang begini perlu diberikan kursus
atau motivasi diri sebanyak mungkin dan memerlukan pengawasan dan didikan
agama secukupnya terutama sekali

memahami pengertian halal dan haram dan

18

hubungannya dengan pemberian rezeki yang menjadi sumber kehidupan di sepanjang


perkhidmatan sama ada dengan pihak kerajaan ataupun swasta.
Satu lagi aspek yang perlu diberi perhatian ialah dalam menghalang
kecemerlangan kerja ialah konsep Kita Manusia Biasa iaitu sebarang kecacatan
(defect) yang berlaku ini kerana kelemahan manusia. Tidak ada seorang pelanggan
pun yang dapat menerima nilai ini kerana mereka mahukan kesempurnaan dan zero
defect Apabila seseorang pelanggan membayar untuk sesuatu perkhidmatan, ia
mahukan 100 peratus kualiti bukan 99 peratus atau 90 peratus. Kita sendiri pun
dalam kehidupan harian mahukan yang sempurna terutama apabila melibatkan harta
benda kepunyaan sendiri. Setiap kali kita mengambil gaji tunai dari mesin pengeluar
wang , biasanya kita mengira dua kali agar jumlahnya tidak silap . Analogi mudah ini
sama sahaja apabila dihubungkan dengan harta benda jabatan atau sekolah , kita
prihatin bahawa seolah-olah harta jabatan ataupun sekolah itu seolah-olah harta kita
sendiri.
Kita harus menyedari bahawa sesuatu program itu ada masanya meningkat dan
ada masanya menurun dan secara natural process pada kebiasaannya kejayaan
kejayaaan ini akan diikuti pula oleh kemerosotan.

Teori learning curveyang

dikemukakan oleh Ken Blanchard dalam bukunya Mission Possible menyatakan


demikian. Oleh itu kita perlu bersedia . Sebelum kemerosotan berlaku kita perlu
melakukan satu proses renewal untuk menjamin kejayaan dapat diteruskan. Tan Sri
Samsuddin Osman,

Ketua Setiausaha Negara (2005)

mengatakan mutu

perkhidmatan awam di negara ini agak ketinggalan berbanding beberapa negara lain
berikutan sikap dan prestasi kakitangannya yang belum mencapai tahap maksimum.
Ini agak malang kerana sebelum ini mutu perkhidmatan dan prestasi sektor awam di
Malaysia adalah yang terbaik di rantau ini dan menjadi salah satu faktor utama tarikan

19

pelancong. Oleh itu masalah beban tugas semakin berat tidak dianggap sebagai
masalah tetapi dianggap sebagai satu peluang untuk membuat inovasi. Proses
renewal dan pemantapan secara berterusan inilah yang akan memberi harapan
kepada peningkatan prestasi pendidikan di negeri Pahang pada tahun-tahun akan
datang. InsyaAllah.

Penutup
Kita perlu menyedari bahawa usaha untuk mewujudkan budaya kerja
cemerlang dalam sesebuah organisasi khususunya di sekolah bukanlah satu usaha
yang mudah dan boleh diperolehi dalam sekelip mata sahaja. Kejayaan yang dicapai
oleh organisasi belum boleh menunjukkan tahap kecemerlangan yang unggul kerana
kecemerlangan tiada akhirnya. Usaha organisasi untuk mencapai kecemerlangan
adalah satu usaha yang berterusan tanpa ada had masa yang ditetapkan . Sebuah
organisasi tidak seharusnya berpuas hati terhadap apa yang dicapai ketika ini. Yang
Amat Berbahagia Tun Doktor Mahathir

pernah menyatakan

...kualiti adalah

keadaan yang cemerlang tetapi ia tidak terhad kepada satu tahap sahaja. Apabila
kita mencapai kualiti , ada lagi kualiti yang lebih baik yang mesti dikejar. Oleh itu
pihak pengurusan atasan ataupun Pengetua perlu menyedari bahawa kerjasama yang
erat dan komitmen yang sepenuhnya daripada kakitangan bawahannya merupakan
faktor terpenting yang membawa kejayaan kepada sesebuah organisasi. InsyaAllah.

20

Rujukan

1. Ainon Mohd,(2004) Bagaimana Hendak Mendorong Semangat Kerja, PTS


Publication and Distributors Sdn Bhd ,K.L
2. Aneka Rencana, Budaya

Etika Kerja Dalam Perkhidmatan Awam,

Yahoo/Budaya Kerja Cemerlang


3. Berita Lengkap, (2005) Jadikan Kumpulan Kerja Cemerlang sebagai Budaya
Kerja, Yahoo/Budaya Kerja Cemerlang
4. Chek Mat,(1996), Pengurusan berkualiti dalam Perkhidmatan, Utusan
Publications and DistributorsSdn Bhd,K.L
5. Hasidin Zaini, (1998) Kepimpinan Berkualiti, Bestari Koleksi Guru Johor,
Jabatan Pendidikan Johor, Edisi Kedua
6. Hajah Zainon bte Salleh, (1998), Harapan, Amalan dan Cabaran untuk
Meningkatkan Kualiti Pembelajaran Dalam Bilik Darjah dan Sekolah,Bestari
Koleksi Guru Johor, Jabatan Pendidikan Johor, Edisi Kedua.
7. Mahmood Nazar Mohamad dan Sabitha Marican,(1995) Hubungan Manusia
Dalam Organisasi, Utusan Publicationand Distributors Sdn Bhd
8. PKKP,(2002), Program Peningkatan Kurikulum dan Kemajuan Pendidikan,
Jabatan Pendidikan Pahang, Edisi Kedua
9. Pendidikan Negara Abad ke -21,(1996), Pusat Teknologi Pendidikan, Fakulti
Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia ,
10. Pekeliling

Kemajuan

Pentadbiran

International Law Book Services

21

Awam-1991-1993

Jilid

1(2000),

11. Rujukan Peperiksaan, Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) (2003), Penerbit


FEMINA .
12. Samsudin bin Osman (2005) Utusan Malaysia 4 DISEMBER , Kenyataan
Samsudin Sekadar Lepas Cakap.
13. Samsudin bin Osman (2004) Majlis Sambutan Hari Kualiti dan Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang, 14 OKT
14. Yahya bin Awang,(1997), Kurikulum Pada Pandangan Ahli Psikologi,
BESTARI, Koleksi Guru Johor, Jabatan Pendidikan Johor, Edisi Pertama.
15. Zahidi

Mohd

Daud,

(2005)

Budaya

Kerja

Cemerlang

,http/www/geocities/psmintura/artikel/Budaya Kerja Cemerlang,htm.

22

23

You might also like