You are on page 1of 7

Penerangan Bahan Media Powerpoint

Penggunaan bahan media powerpoint yang bersifat interaktif melibatkan penglibatan


murid. Ia juga banyak membantu dalam menarik fokus dan perhatian murid
sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu guru perlu arif dalam
menyusun dan memastikan penyusunan slaid-slaid berada dalam keadaan yang
teratur dan sistematik. Saya akan menerangkan bagaimana menggunakan
powerpoint yang telah saya dan rakan sekumpulan saya laksanakan.

Rajah 1:
Slaid Pertama
Rajah di atas menunjukkan slaid yang pertama apabila memulakan bahan media
ini. Bagi memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran, guru boleh terus klik
pada gambar anak panah yang tertulis Klik untuk MULA! . Apabila selesai klik
pada imej tersebut, slaid akan beralih ke slaid yang seterusnya iaitu menu
utama.

Rajah 2: Slaid kedua (Menu Utama)

Slaid kedua merupakan menu utama yang menunjukkan kepada tiga pilihan pautan
utama iaitu:
1. Apakah Keperluan Asas Haiwan?
2. Jom Nyanyi
3. Jom Jawab
Ketiga-tiga pautan tersebut memberikan laluan pintas ke segmen-segemen tertentu.
Sebagai contoh, jika klik pada kotak Apakah Keperluan Asas Haiwan?, slaid yang
akan terpapar ialah:

Slaid ini merupakan pengenalan kepada topik pengajaran iaitu beberapa Keperluan
Asas Haiwan yang akan dipelajari melalui powerpoint ini. Antara isi kandungannya
adalah seperti berikut :

Guru perlu membiarkan murid menjawab dulu soalan, apabila mereka menjawab,
baru lah guru menekan klik pada tetikus untuk jawapan. Klik seterusnya akan
memaparkan gambar.
Seterusnya, berbalik kepada menu utama dan melihat kepada link yang tertulis Jom
Nyanyi. Link tersebut akan membawa anda ke segmen menyanyi sambil menonton
tayangan video. Pengguna diminta untuk klik pada pautan Keperluan Asas Haiwan
yang disediakan.

Selepas menyanyi, slaid berikutnya adalah menjawab soalan kuiz. Jika ke menu
utama, guru boleh menekan pautan Jom Jawab. Slaid yang akan terpapar adalah:

Contoh soalan kuiz:

Jika pengguna menjawab soalan dengan betul, imej penghargaan akan muncul dan
pengguna perlu meneruskan permainan dengan klik pada soalan berikutnya
mengikut nombor soalan pada kotak di bawah slaid.

Imej respon jawapan

You might also like