You are on page 1of 1

8.

2 Manual Pengguna
Dengan berpandukan gambar 3, cara penggunaan inovasi “SK-2” adalah ditunjukkan seperti
langkah-langkah di bawah :

Gambar 3 : Arah pelaksanaan PdP berdasarkan peringkat induktif

1. Klik pada butang “Suku kata”. Kemudian, pilih pengkhususan gabungan jenis Konsonan iaitu huruf
konsonan samada “B”, “C” ataupun “D” dengan huruf vokal (KV) yang ingin dipelajari. Pembelajaran
suku kata KV tersebut adalah berbentuk video.

2. Setelah itu, klik pada butang “Mari Baca Suku Kata”. Klik pada bentuk segi empat biru sehingga
gambar muncul. Guru boleh meminta murid untuk meneka gambar yang bakal keluar. Setelah
gambar muncul, tekan gambar tersebut sekali lagi untuk membolehkan berlakunya paparan suku kata
berdasarkan gambar. Pada ketika ini, murid diminta untuk mendengar dan menyebut kembali suku
kata yang telah didengarnya. Selepas itu, klik pada butang “Ulang” untuk mengulangi kembali bacaan
suku kata.

3. Seterusnya, klik pada butang “Kuiz Suku Kata”. Dengar arahan sehingga selesai, kemudian jawab
soalan kuiz. Klik pada butang jawapan yang betul. Setiap jawapan yang betul akan menunjukkan
warna hijau, manakala warna merah bagi jawapan yang sebaliknya.

4. Akhir sekali, klik pada butang “Roda Suku Kata”. Bahagian ini boleh digunakan sebagai aktiviti
pentaksiran untuk menilai sejauh mana tahap penguasaan murid dalam kemahiran asas membaca
KV+KV. Mula-mula, klik pada bentuk anak panah yang mempunyai perekataan “Klik Saya”, untuk
memilih KV yang pertama. Kemudian, klik pada roda yang mempunyai suku kata untuk membolehkan
KV yang kedua secara rawak. Setelah itu, minta murid untuk membaca gabungan bagi kedua-dua KV
daripada bentuk anak panah dan roda. Klik roda buat pertama kali untuk menggerakkannya, dan klik
untuk kedua kali bagi memberhentikannya.

You might also like