You are on page 1of 37

Mempersembahkan

Bencana Alam
Bencana adalah sesuatu kejadian yang berlaku secara
mengejut, bersifat kompleks dan mengakibatkan
kehilangan nyawa, kemusnahan kepada harta benda
atau alam sekitar serta menjejaskan aktiviti masyarakat
setempat. Kejadian ini memerlukan pengendalian yang
melibatkan sumber, perlatan, kekerapan dan tenaga
manusia yang ekstensif daripada banyak agensi serta
penyelarasan yang berkesan, dalam mana kemungkinan
memerlukan tindakan yang kompleks dan jangka masa
yang panjang.
 Berusaha menghindari daripada kemalangan akibat
bencana alam.

 Mempunyai panduan yang betul dan berkesan


menangani bencana alam yang berlaku di kawasan
sekolah.
 Menimbulkan kesedaran kepada warga sekolah
tentang pentingnya berhati-hati terhadap ancaman
bencana alam.

 Berlaku kes kemalangan disebabkan bencana alam
seperti gegaran kecil, banjir, tanah runtuh dll.
 Ada panduan bertindak sekiranya berlaku
kemalangan disebabkan bencana alam.
 Berlaku kes kemalangan disebabkan bencana alam seperti
gegaran kecil, banjir, tanah runtuh dll.
 Ada panduan bertindak sekiranya berlaku kemalangan
disebabkan bencana alam.
 
 Pemerhatian       

 Bagi menerangkan tentang kawasan kajian berada pada aras


tanah yang rendah ianya berdasarkan kepada maklumat-
maklumat ataupun data-data yang sedia ada seperti data
primer dan data sekunder. Dalam menjelaskan tentang
punca ini terdapat lima maklumat ataupun data yang dapat
menyokong pernyataan ini iaitu daripada pemerhatian,
laporan Penyemakan Rancangan Struktur (Pengubahan)
MPPP 1990-2010, kedudukan geografi (peta), hasil temubual
Sememangnya pemerhatian telah dijalankan dalam menjalankan kajian
kami. Pemerhatian sebenarnya bertujuan untuk memudahkan kami
melihat situasi sebenar kawasan kajian dan dapat memberikan sedikit
gambaran tentang apa-apa yang boleh dikaitkan dengan punca tadi.
Setelah beberapa kali dibuat pemerhatian dikawasan kajian,kami
mendapati bahawa paras rumah adalah lebih rendah jika dibandingkan
dengan paras longkang dan jalan. Hal ini sedemikian kerana
sememangnya kawasan Jalan P. Ramlee sudah dikenal pasti sekian
lamanya sebagai kawasan yang kerap dan teruk apabila dilanda banjir
dan melihat kepada keadaan ini menyebabkan jalanrayanya sering
ditinggikan parasnya tetapi yang teruk menjadi mangsa banjir ialah
bagi kawasan penempatan ditepi-tepi jalan tersebut. Air akan mengalir
terus menerus dan melimpah dengan mudah ke kawasan penempatan
disitu. Di bawah adalah gambar yang menunjukkan keadaan seperti
yang telah dijelaskan.
 
 Menurut Laporan Penyemakan Rancangan
Struktur(Pengubahan)MPPP 1990-2010 pula sememangnya
ada menyebut tentang kawasan kajian adalah berada di
kawasn tanah yang rendah. Di dalam laporan itu ada
menyatakan bahawa kawasan rendah adalah disepanjang
Sungai Pinang(termasuk kawasan kajian) dan Jelutong.
Hal ini kerana mendapan menyebabkan sungai bertambah
cetek,disamping kelebaran sungai tidak dapat menampung
kadar aliran berlebihan dari hujan lebat yang berterusan
dan menyebabkan kawasan rendah menjadi sasaran.
Kawasan rendah disepanjang sungai selain dari Sungai
Pinang yang mana ketinggian paras sungai dipengaruhi
oleh pasang surut air laut.
  Geografi
 
 Selain itu, alasan yang dapat menyokong pernyataan ini
adalah dengan melihat keadaan geografi (peta). Semasa
persembahan akhir yang lalu ada ditunjukkan peta yang
boleh menyokong pernyataan ini. Setelah pengkajian
dibuat ke atas peta tersebut dapatlah disimpulkan bahawa
arah aliran air semuanya tertumpu kearah Jln.P.Ramlee
dan juga Jln. Terengganu yang menunjukkan bahawa
kawasan tersebut adalah berada pada aras yang rendah
jika dibandingkan dengan kawasan lain disekitarnya.
Bahkan ini telah dinyatakan sendiri oleh pihak -pihak yang
terlibat contohnya Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS),
Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan juga
daripada responden bancian yang mana mereka
mempunyai persepsi yang sama tentang pernyataan ini.
 Kesan Pembangunan
 
       Pembangunan yang pesat telah menyebabkan banyak
kawasan bandar berkembang untuk memenuhi kehendak
kehidupan penduduk setempat dan demi tercapainya
matlamat negara sebuah negara perindustrian baru. 
Pembangunan yang disebutkan merangkumi
pembangunan perumahan, perindustrian dan pembinaan
infrastruktur. Bagaimana pun, kesan daripada
pembangunan telah menjadi salah satu punca major yang
mengakibatkan berlakunya banjir.
 Hutan dan tanah memang berperanan sebagai agen
menyerap air hujan yang semulajadi. Apabila air hujan
turun dari langit, fungsi penyerapan hutan (tumbuh-
tumbuhan) dan tanah akan memanjangkan masa air hujan
itu untuk mengalir ke sistem saliran, iaitu sungai dan
parit.  Tambahan pula, kebanyakan air hujan telah diserap
dan tinggal sebahagian kecil sahaja air hujan yang masuk
ke dalam sistem saliran.  Oleh itu, sistem saliran yang sedia
ada berkemampuan untuk menakung air sebegitu
isipadunya.
 Apabila pembukaan tanah hutan berlaku kerana projek
pembangunan, permukaan semulajadi telah ditukarkan
kepada permukaan yang tidak telap air seperti simen, tar,
konkrit dan sebagainya. 
 .  Oleh sebab air hujan tidak dapat diserap seperti yang
sepatutnya, air akan mengambil masa yang singkat untuk
mengalir ke sistem saliran.  Maka, sekejap sahaja isipadu
air yang banyak dan aliran yang pesat itu akan
menyebabkan sistem saliran menjadi cepat penuh.  Sistem
saliran tersebut tidak mampu menampung isipadu air yang
sebegitu banyak dan mengakibatkan air melimpah keluar. 
Inilah sebabnya banjir kilat berlaku selepas sekejap sahaja
hujan turun.
 
PEMENDAPAN KELODAK DALAM SUNGAI
 Permintaan perumahan yang tinggi merupakan salah satu kesan
pembangunan.  Oleh sebab kekurangan tanah pamah di Pulau Pinang,
maka pemaju-pemaju telah membuka tanah berbukit sebagai kawasan
pembangunan perumahan.  Pembangunan di kawasan lereng bukit
dengan kecerunan yang melebihi 20 darjah memerlukan penyediaan
Laporan Kesan Terhadap Alam Sekitar (EIA) untuk mengurangkan
impak negatif terhadap alam sekitar.  Malah, kawasan pembangunan
perumahan di Paya Terubong telah mencapai 50 darjah hingga 70
darjah!  Tanah bukit yang dibuka adalah terdedah dan tidak ditutupi
dengan kain plastik dan penanaman rumput untuk mencegah hakisan
tanah tidak dilakukan.  Akibatnya, apabila hujan turun, air hujan akan
menyebabkan tanah tersebut terhakis dan tanah runtuh mudah
berlaku.  Kemudiannya, air hujan akan membawa tanih
 Pembuangan Sampah Sarap oleh Masyarakat
SISTEM PERPARITAN & SALIRAN
            Sistem
perparitan dianggap sebagai salah satu punca
menyebabkan banjir kerana dua sebab iaitu hasil temubual dan soal
selidik.  Walaupun sistem perparitan bukan punca utama banjir,
tetapi rekabentuk parit masih merupakan kesan yang menyebabkan
banjir di kawasan kajian kumpulan kami----kawasan Jalan P.
Ramlee.
           Melalui temubual dengan pihak Jabatan Pengairan dan
Saliran, En. Yahya berpendapat, "secara keseluruhannya, sistem
perparitan yang sedia ada tidak cukup besar dan perlu diperbaiki
mengikut keadaan semasa ( selaras dengan pembangunan ketika
itu ) dan pelan induk perancangan gunatanah."  Berdasarkan soal
selidik, terdapat 61 atau 24% orang responden yang menyatakan
bahawa sistem perparitan yang tidak sempurna yang menyebabkan
banjir.Oleh itu, andaian sistem perparitan yang kurang efisien diuji.
SEBAB GEMAR MEMBUANG SAMPAH
Tidak takut pada Pencipta
Alam
Tidak beramal dengan etika
yang baik dalam semua aspek
kehidupan.
Sentiasa menyalahkan pihak
lain.
Pentingkan diri sendiri
CARA MENGATASI
 Kerajaan
 Ambil langkah agrresif dalam memberi maklumat.

 Khidmat pesanan ringkas (sms),telefon tetap,dan internet


dipertingkatkan.
 Jabatan meteorologi,kementerian sains,teknologi dan inovasi
diberi peranan menjalankan tugas ini.
 Perdana Menteri
 Mengumumkan Program Saliran dan Tebatan Banjir yang
melibatkan kos sebanyak RM716j.
 Program pengurusan sungai akan dilaksanakan untuk atasi
masalah banjir dan pencemaran serta tahap kualiti air sungai
dengan peruntukan RM 107 j.
 Perdana Menteri dalam RMK 9

 Mengumumkan peruntukan RM510j bagi memulihara dan


mengindahkan sungai,RM350j bagi pengurusan pantai,RM200j
bagi penanaman semula hutan ,dan RM70j bagi pengurusan
hidupan liar di klawasan yang dilindungi.

 1.Tindakan guru bertugas/ guru
 Menyelamat pelajar yang terlibat dalam bencana alam.

 Melaporkan kepada pihak pentadbiran sekolah serta merta jika


berlaku bencana alam di sekolah.
 Melaporkan kepada pihak berkenaan seperti bomba,polis
hospital dll jika berlaku bencana alam di kawasan sekolah.
 Memantau kawasan sekolah.

 Menghantar mangsa bencana alam ke hospital dengan segera.

 
 2.Tindakan pelajar.
 Senantiasa waspada terhadap bencana alam yang mungkin
berlaku di kawasan sekolah.
 Melaporkan serta merta kepada pengetua/guru/ penjaga jika
berlaku bencana.
 Mematuhi arahan guru.

 Mematuhi amaran pada papan tanda.

 Membantu menyelamat rakan yang terlibat dengan kemalangan


bencana jika guru belum ada.
 Mematuhi peraturan sekolah
 PEMULIHAN DAN PAMPASAN KEPADA MANGSA BENCANA
  

 Kami mahu memastikan kerajaan Malaysia memberi pampasan setimpal dengan kehilangan
waris, kemusnahan harta benda, dan pencarian rezeki yang terjejas teruk oleh nelayan, petani,
peniaga kecil, dan pengusaha industri desa yang terbabit.
  

 Kami akan terus mendesak kerajaan Malaysia membantu membangunkan semula kawasan
penempatan yang diduduki rakyat miskin ini dan memulihkan komuniti kampung, nelayan, dan
petani hingga ke tahap memuaskan.
 Samada kawasan pantai di Pulau Pinang, Balik Pulau, Pulau Betong, pinggir laut Kedah,
kawasan Kuala Kedah, Langkawi, Pulau Payar, Perlis, Perak - bencana ini tidak akan boleh
dijadikan ALASAN untuk mengambil tanah bagi tujuan selain penempatan rakyat semula iaitu
pembangunan rumah-rumah yang telah musnah dan pemulihan aktiviti komuniti, nelayan,
pertanian, dan industri tempatan.
  

 *Projek selain itu yang akan dibantah: Pembinaan bangunan kedai, pusat komersil, kilang-kilang,
pusat membeli-belah, jeti, marina, dermaga, kargo, hotel atau resort, kawasan pembuangan
sampah & buangan industri, kolam ternakan udang harimau, dan sebagainya yang akan
menghapuskan penempatan asal rakyat dan kawasan pertanian, perusahaan, sumber laut &
perikanan.
  
MENANGANI MASALAH BANJIR
 1.Mempertingkat Sistem Saliran dan Perparitan
 Meningkatkan kualiti dan membaikpulih sistem saliran
dan perparitan yang melibatkan sungai- sungai utama,
parit- parit utama dan longkang yang sedia ada
contohnya Sg. Pinang perlu dijaga supaya keupayaan
sungai ini mengambil dan menampung air dapat
ditingkatkan mengikut tahap pembangunan semasa.
 
 2.Mengawal Pembangunan yang Pesat
 Mengawal kadar pembangunan terutama sekali di kawasan-
kawasan hulu sungai yang merangkumi juga kawasan tadahan air
seperti hulu Sg. Dondang, Sg. Air Itam dan Sg. Air Terjun. Pihak
kerajaan patut menguatkuasakan akta dan undang- undang ke
atas pemaju- pemaju perumahan yang berkaitan dengan
pembangunan tanah dan lereng berbukit . Sebagai contoh,
mencadangkan pihak berkuasa mengenakan syarat ketat
mewajibkan semua pemaju perumahan membina kolam takungan
dalam kawasan pembangunan mereka untuk menyimpan air
secara sementara sebelum dilepaskan ke dalam sungai- sungai
utama. Melalui cara ini jumlah aliran air ke dalam sungai-
sungai dapat dikawal dari masa ke masa, justeru dapat mengelak
kejadian banjir terutamanya di kawasan hilir sungai.
  
 3.Penswastaan Projek Penyelenggaraan Sistem Saliran dan
Perparitan
 Projek- projek untuk membaikpulih sistem saliran dan
perparitan yang sedia ada memang penting. Oleh yang
demikian, penyelenggaraan secara berjadual mestilah
dilaksanakan terutama sekali di kawasan- kawasan mudah
banjir. Pihak kerajaan juga boleh menimbangkan kaedah
penswastaan sebagai langkah untuk mengurangkan beban
kewangan kerajaan terutamanya dari aspek keperluan
pertambahan tenaga manusia, peralatan, teknologi dan
kepakaran. Ini disebabkan kaedah swasta mempercepatkan
perlaksanaan projek- projek pengawalan banjir.
 
 4.Penguatkuasaan Undang-undang yang Sedia Ada
 Menguatkuasakan undang- undang secara bersungguh-
sungguh bagi menghalang masyarakat awam darupada terus
membuang sampah ke dalam sungai, parit dan longkang
dengan sewenang- wenangnya. Sebagai contoh, kita melihat di
negara- negara luar seperti Singapura, aspek ini telah berjaya
membudayakan cara hidup rakyatnya di mana sampah sarap
tidak dibuang merata- rata sesuka hati.
 
 5.Mempercepat Perlaksanaan Projek
 Pihak kerajaan patut mempercepatkan perlaksanaan projek-
projek di bawah Rancangan Tebatan Banjir Pulau Pinang.
Menurut kajian yang telah dijalankan, didapati bahawa
pelaksanaan projek- projek tersebut berjalan agak perlahan
akibat daripada pelbagai masalah yang dihadapi seperti
masalah pengambilan balik tanah, peruntukan kewangan dan
halangan- halangan utiliti semasa peringkat pembinaan.
Kerjasama dan penyelarasan yang lebih bersepadu antara
jabatan dan agensi kerajaan hendaklah diwujudkan dengan
lebih serius dan penuh komitmen
 
SEKIAN

Anda ingin
kemukakan
sebarang cadangan
atau soalan.

You might also like