You are on page 1of 6

LAPORAN PENGGUNAAN ALATAN

Alatan : GoPro dan Kamera JVC (video analisis)

Kegunaan

Kamera GoPro merupakan sebuah kamera video yang mampu merakam video serta
gambar yang sangat cantik dengan kualiti berdefinisi tinggi HD.

Alatan GoPro ini sememangnya terkenal dengan kestabilan imej yang dirakam dalam
kelajuan tinggi dan keadaan tidak stabil serta amat sesuai digunakan bagi merakamkan
aktiviti di udara, mahupun di dalam air.

GoPro ini direka khas untuk digunakan bagi merakam video atau mengambil gambar
dalam aktiviti-aktiviti sukan lasak seperti kayak, motosikal lasak, payung terjun,
snowboarding, water ski dan sebagainya kerana saiz kameranya yang kecil, tahan lasak
serta kalis air.

Prosedur Go Pro
Langkah satu :

Alatan GoPro ini lengkap dan boleh diguna pakai dalam pelbagai keadaan.

Pastikan bateri berada didalam kamera dan telah di cas sepenuhnya.

Letakan kamera didalam housing (penggunaan housing akan menyebabkan kualiti


gambar sedikit terjejas,seperti kekurangan kejelasan suara).

Langkah 2 : ON/OFF

Bagi menghidupkan kamera tekan butang FRONT sekali.

Bagi menutup aplikasi tekan dan terus menekan butang FRONT selama 4 saat sehingga
lampu merah mula menyala dan berkelip.

Langkah 3 : KONFIGURASI

Tukarkan kamera kepada mode ON

Tekan butang FRONT sekali untuk memulakan langkah navigasi antara mode.

Teruskan menekan butang ONCE sehingga perkataan SET terpapar di skrin

Apabila anda melihat perkataan SET terpapar di skrin, tekan butang TOP.

Kemudian anda akan lihat ON terpapar di skrin, tekan butang ONCE sekali lagi.

Pilih F untuk video atau P untuk gambar

Langkah 4 : Rakam Gambar Setiap X Saat

Bagi merakam gambar setiap X saat, pergi ke setting dan pilih P.

Kemudian, tekan butang FRONT sehingga kelihatan P X number di skrin. X number


bermaksud berapa banyak gambar yang akan dirakam antara setiap saat.

Itu sahaja yang di perlukan untuk menetapkan konfigurasi gambar.

Kemudian, untuk mengambil gambar, hidupkan kamera ke mode ON, tekan butang
FRONT sehingga kelihatan icon kecil berbentukan kamera berkelip di bahagian atas kiri
penjuru skrin.

Langkah 5 : Merakam Video

Bagi merakam video, tukarkan kamera kepada mode ON dan tekan butang yang berada
diatas sekali sehingga rakaman bermula, dan tekan sekali lagi untuk menghentikan
rakaman. Nombor yang kelihatan di skrin merupakan bilangan file yang berada di dalam
SD kad.

Bagi mengubah resolusi, pergi ke setting serta tekan F untuk memasukan video
setting.rX akan kelihatan di skrin anda. Nombor X mewakili resolusi, dan perincian
bagi setiap mode video berada di belakang kamera :
r1: WVGA @ 60 fps
r2: 720p

@ 30 fps

r3: 720p

@ 60 fps

r4: 920p

@ 30 fps

r5: 1080p @ 30 fps

Pilih resolusi yang dimahukan

Seterusnya, akan kelihatan CnT atau SPt di skrin, CnT adalah untuk menetapkan
pendedahan gambar secara keseluruhan manakala SPt bermaksud untuk menetapkan
absolute center pada skrin.

Pilih salah satu.

Kemudian anda akan lihat UP atau UPd di skrin. UP bermaksud rakaman secara
normal manakala UPd bermaksud rakaman secara upside

Itu sahaja yang diperlukan untuk konfigurasi rakaman video.

Langkah 6 : Merakam gambar dalam 1 klik

Bagi mengambil 1 gambar, tukarkan kamera kepada mode ON, navigasikan dengan
menekan butang dihadapan kamera sehingga kelihatan kelipan kecil pada icon kamera
pada bahagian atas kiri kamera.

Prosedur Kamera JVC

Buka bahagian monitor LCD kamera untuk merakam video situasi permainan

Pilih mode video

Tekan butang PLAY/REC untuk memilih mode rakaman.

Tekan butan START/STOP untuk memulakan rakaman.

Pelajar perlu merekod permainan yang dipilih samada futsal ataupun sofbol.

Rakam sesi kemahiran subjek selama lima minit.

Sebelum rakaman dilakukan, beri arahan kepada subjek supaya melakukan kemahiran
seperti biasa.

Maklumat Penggunaan
Nama atlit

: ADHAM BIN ISMAIL

Tempat

: UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, BLOK 6


FAKULTI SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN

Masa

: 10.00 a.m. - 12.00 p.m.

Cuaca

: Cerah

Analisa Penggunaan
(e.g., kadar nadipurata, % hantaran sempurna).
Keputusan :
Terdapat 10 orang permain dalam padang dan dibahagikan kepada du apasukan. Pasukan A dan
B masuk ke dalam padang dan pemain berada dalam posisi masing-masing. Seorang atlit
pasukan A dipakaikan alatan GoPro di bahagian dada untuk mendapat kedudukan visual yang
baik dan dapat melihat posisi pasukan lawan cuba membelah pertahanan pasukan B. Berdasarkan
rakaman video,kami dapati pasukan B membuat formasi yang baik dan hantaran kepada rakan
pasukan tepat dan mampu membelah pertahanan pasukan A. Terdapat beberapa percubaan
pasukan B berjaya menembusi pertahanan pasukan A.

Komen/Cadangan:

Kamera yang terlalu besar boleh mengganggu sesi latihan atlet.

Merupakan satu alat yang sangat praktikal dan boleh digunakan oleh jurulatih bagi
melihat perkembangan dan menilai prestasi atlet yang dilatih.

Kedudukan kamera di bahagian kepala kadang kala membuatkan atlet berasa tidak selesa
dam mudah terjatuh.

Strengths/Kekuatan :

Dapat melihat rakaman secara menyeluruh bagi permainan setiap atlet/ pasukan.

Merupakan salah satu teknologi yang mudah digunakan dalam perbagai situasi/keadaan.

Kamera GoPro ni juga boleh dikawal dari jauh menggunakan remote wifi, dan boleh juga
dengan menggunakan aplikasi iOS serta Android

Boleh merakam video dan mengambil gambar dalam pelbagai situasi seperti di udara dan
juga di dalam air.

Weaknesses/Kelemahan :

Merupakan satu alat yang agak mahal.

Kamera GoPro yang diletakkan di badan akan membuatkan atlet berasa tidak selesa.

Atlet mungkin berlakon dan tidak menunjukkan prestasi yang sebenar kerana mengetahui
dirinya sedang dirakam.

Opportunities/Peluang :

Penggunaannya kamera dapat digunakan secara meluas, tidak hanya untuk tujuan kajian.

Merupakan satu teknologi baru dan dapat di kembangkan ke dunia sukan untuk kegunaan
jurulatih bagi meningkatkan prestasi dan melihat perkembangan atlet.

Dapat digunakan untuk pelbagai acara sukan malah juga bagi acara renang.

Threats /Halangan :

Sukar untuk diperoleh.

Harga yang agak mahal.

Adakalanya menyebabkan pemain tidak selesa apabila membuat latihan dengan memakai
GoPro ini pada badan atau kepala.

You might also like