You are on page 1of 2

Penilaian adalah satu proses dalam mengesan, mendapatkan, menyediakan

maklumat yang berguna untuk pertimbangkan sesuatu keputusan. Proses membuat


keputusan melibatkan pengumpulan data yang bersesuaian atau berkaitan dengan
objektif pembelajaran. Sehubungan itu, data dianalisis berdasarkan ketetapan data
serta piawaian hasil dari proses pengukuran melalui aktiviti peperiksaan dan
pentaksiran.

Sistem penilaian pembelajaran pelajar di sekolah-sekolah Malaysia didapati lebih


kepada bentuk ujian bertulis secara bulanan atau semester dan peperiksaan
pertengahan atau akhir tahun/semester. Ujian dan peperiksaan merupakan alat
untuk mengukur pencapaian pembelajaran pelajar terutama bagi menilai domain
pembelajaran kognitif. Laporan pencapaian adalah dalam bentuk markah dan gred.
Peperiksaan seringkali dikaitkan dengan perkembangan dan pencapaian
pembelajaran seorang pelajar.
Kebiasaanya proses pelajar belajar adalah secara hafalan, latih tubi dan focus
kepada topic-topic tertentu untuk menjawab soalan peperiksaan. Proses pengajaran
guru berstrukturkan kepada persediaan menghadapi peperiksaan iaitu pelajar diberi
latih tubi menjawab soalan peperiksaan dan dikehendaki menduduki peperiksaan
percubaan sebelum kepada peperiksaan sebenar.
Sistem penilaian di sekolah banyak tertumpu kepada peperiksaan sedangkan
peperiksaan hanya sebahagian kecil daripada system penilaian.

A) Penilaian berasaskan sekolah

Penilaian berasaskan sekolah merupakan satu bentuk pentaksiran yang


dilaksanankan disekolah oleh guru mata pelajaran secara berterusan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian ini dirancang, ditadbir, diberi
skor dan dilaporkan secara formal mengikut prosedur yang ditetapkan oleh
Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Sekolah wajib melaksanakan Pentadbiran berasaskan Sekolah (PBS) bagi


semua mata pelajaran yang mempunyai komponen kerja kursus, amali,
projek, modul dan ujian lisan. Pentaksiran Berasaskan Sekolah mesti
dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Keputusan calon
akan terjejas sekiranya calon tidak melaksanakan kerja kursus atau tiada
markah kerja kursus atau tiada markah kerja kursus. Setiap calon mestilah
mempunyai semua markah atau pencapaian PBS setelah tamat tempoh
pelaksanaan.

B) Penilaian Berterusan

Penilaian berterusan dijalankan untuk memastiikan pelajar benar-benar


sudah menguasai pengetahuan dan kemahiran yang dikehendaki secara
pembelajaran masteri. Bersifat formatif yang mengutamakan kemajuan
setiap pelajar dari satu peringkat ke satu peringkat. Penilaian ini dapat

membuat diagnostic bagi mengesan perkembangan pembelajaran pelajar


dari semasa ke semasa. Kekuatan penilaian ini memberi peluang kepada guru
untuk membetulkan kesilapan dan memperbaiki kelemahan pengajarannya
serta merta. Penilaian berterusan dapat mengenal pasti tahap penguasaan
pelajar supaya kelemahan pelajar dapat diatasi dan tidak terhimpun sehingga
akhir tahun pembelajaran.

You might also like