You are on page 1of 39

TEKNIK BERMADU: SATU KAEDAH MENINGKATKAN PENGUASAAN

SUBTOPIK HUKUM OHM DAN HUKUM VOLTAN KIRCHOFF DALAM


KALANGAN MURID 5 KEJURUTERAAN ELEKTRIK 1

Oleh:
HJH. SUHANA BINTI HJ. SUBAHIR
Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat
Km. 7, Jalan Kluang
83000 Batu Pahat
ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalahmasalah yang dihadapi oleh murid Tingkatan 5 Kejuruteraan
Elektrik dalam subtopik Hukum Ohm dan Hukum Kirchoff di
bawah tajuk Litar Arus Terus. Kajian ini melibatkan 15 orang
murid dalam kelas 5 KE1 yang berlatarbelakangkan pencapaian
matematik yang lemah dalam kebanyakan peperiksaan yang
diadakan. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian Pra,
menyoal

secara

lisan

dan

dalam

sesi

pengajaran

dan

pembelajaran semasa melakukan kelas ulang kaji SPM. Hasil


tinjauan menunjukkan murid tidak dapat memahami tajuk ini
dengan baik dan sering melakukan kesilapan apabila diberi nilai
elemen

yang

berbeza-beza.

menerbitkan persamaan

Mereka

juga

gagal

dalam

Hukum Kirchhoff dan membezakan

Hukum Kirchoff dan Hukum Ohm. Perancangan tindakan


difokuskan kepada

kaedah menerbitkan persamaan

litar

berpandukan

TEKNIK BERMADU. Murid telah didedahkan

kepada teknik ini selama 120 minit dan kajian telah diselesaikan
dalam

tempoh

tiga

jam.

Keputusan

ujian

Pasca

telah

menunjukkan peningkatan prestasi murid. Dapatan temu bual pula


menunjukkan murid mudah untuk memahami dan menjadikan
topik ini lebih mudah untuk diselesaikan.

1.0

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Saya mengajar di kelas 5 Kejuruteraan Elektrik 1 (5 KE 1) bagi mata pelajaran


Pengajian Kejuruteraan Elektrik .

Semasa proses ulang kaji

dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran di bawah tajuk Hukum Kirchoff saya dapati 15


orang murid saya yang terdiri daripada 9 orang lelaki dan 6 orang perempuan
tidak dapat memahaminya dengan baik dan sentiasa melakukan kesilapan dalam
menjawab soalan. Kesilapan yang ketara ialah apabila didedahkan dengan
kepelbagaian jenis litar

dan nilai perintang yang diubah-ubah. Berdasarkan

jawapan daripada latihan yang diberi saya berasa kecewa kerana murid tidak
dapat memahami konsep dengan tepat dan tidak menunjukkan minat semasa
peroses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Hal ini dapat dilihat dari
pemerhatian tingkah laku murid, pertanyaan dalam kelas dan soalan kuiz yang
diberi sebaik sahaja tamat P & P.
Analisis antara kesilapan yang dapat dikesan semasa murid menjawab
soalan latihan :

(i)

Kefahaman jenis litar yang bercampur aduk antara siri dan selari

(ii)

Persamaan Hukum Kirchhoff yang diterbitkan daripada litar yang diberi.

2.0 ISU KEPRIHATINAN

Daripada beberapa analisis yang telah dibuat murid tidak dapat menguasai
kefahaman dan kemahiran:

(i)

Hukum Ohm dan Hukum Voltan Kirchoff dengan tepat

(ii)

Menerbitkan persamaan Hukum Ohm dan Hukum Voltan Kirchoff


dalam satu Litar Lengkap

Apabila ini berlaku, sudah pasti mereka akan gagal untuk menjawab soalan
seterusnya sedangkan persoalan berbentuk hitungan ini wajib dijawab dalam
soalan kertas 2 mata pelajaran berkenaan. Sekiranya masalah ini tidak diatasi,
murid akan terlepas peluang untuk mendapat markah yang tinggi dalam
Peperiksaan SPM.
Bagi mengatasi masalah ini saya akan fokuskan kepada Teknik Bermadu yang
dapat membantu mereka memahami konsep secara santai dan berkeyakinan
mereka

dapat

menerbitkan

persamaan

hukum

Voltan

Kirchoff

untuk

menyelesaikan soalan-soalan berkaitan.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Am

Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan penguasaan murid dalam


memahami Hukum Ohm dan Hukum Voltan Kirchoff dalam satu litar lengkap.

3.2 Objektif Khusus

(i)

Membantu murid mengenal pasti Hukum Ohm dan Hukum Kirchoff

(ii)

Memudahkan murid dalam membezakan Hukum Ohm dan Hukum


Voltan Kirchoff

(ii)

Membantu murid dalam menerbitkan persamaan Hukum Ohm dan


Hukum Voltan Kirchoff pada satu litar lengkap

(iv)

Meningkatkan kemahiran murid menyelesaikan persoalan hitungan


yang menggunakan Hukum Ohm dan Hukum Voltan Kirchoff

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 15 orang murid 5 KE 1 yang terdiri daripada 6 orang murid
perempuan dan 9 orang murid lelaki.
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Tinjauan Masalah

Semasa pelaksanaan kajian ini tinjauan masalah dibuat berdasarkan


pemerhatian, temu bual, ujian pra dan ujian pasca.
(i)

Pemerhatian

Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Apabila soalan dikemukakan saya

dapati murid kurang memberi respons kerana mereka tidak pasti tentang
pengetahuan sedia ada mereka berkaitan dengan tajuk Hukum Ohm dan Hukum
Kirchoff. Terdapat juga murid yang cuba menjawab malangnya, jawapan mereka
salah. Ada juga yang mengambil sikap sambil lewa dan sebahagiannya pula
memilih untuk berdiam diri. Hanya 4 orang sahaja daripada 19 orang murid yang
memahami dan dapat menjawab dengan betul.
(ii) Ujian Pra

Dalam proses mengulang kaji berkaitan dengan tajuk ini, saya telah memberi 3
set soalan kepada 15 orang murid.
Saya hanya meminta mereka mengisikan tempat kosong dalam setiap Jadual
yang diberi dalam masa 30 minit. Kebolehan mereka mengisi jawapan yang tepat
menunjukkan penguasaan mereka dalam tajuk Hukum Ohm dan Hukum Kirchoff.
Perbincangan tidak digalakkan.

Selepas tamat 30 minit, saya mengumpulkan

semula kertas jawapan murid.

Saya dapati mereka belum dapat membina

konsep dan membezakan antara Hukum Ohm dan Hukum Voltan Kirchoff.
(iii) Temu Bual

Saya juga telah menemu bual murid Tingkatan 5 KE1 tentang masalah yang
mereka hadapi semasa proses Pengajaran Dan Pembelajaran (P & P) dalam
tajuk ini. 80 peratus daripada murid tidak dapat menguasai tajuk ini kerana guru
mengajar terlalu cepat. Selain

itu, mereka juga menyatakan guru kurang

memberi contoh-contoh lain bagi memantapkan kefahaman mereka. Mereka


merasa cepat bosan kerana tidak dapat memahami tajuk yang diajar oleh guru
dan kelas menjadi bising seterusnya suasana tidak kondusif.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

(i)

Pemerhatian

Hasil daripada pemerhatian yang telah dilakukan terhadap jawapan murid


semasa latihan dalam kelas dan juga semasa proses mengulang kaji dalam tajuk
Litar Arus Terus didapati 90 peratus daripada murid keliru dan tidak dapat
menerbitkan serta membezakan Hukum Ohm dan Hukum Kirchoff. Oleh yang
demikian mereka gagal mendapatkan jawapan yang tepat dalam setiap soalan
yang dibincangkan.
(ii) Temu Bual

Jadual Hasil daripada Temu Bual dengan murid.

Jawapan

Peratus Pelajar

Guru mengajar terlalu cepat

80%

Tidak banyak contoh soalan yang diberikan

70%

Sukar mengingat kerana tidak memahami konsep

90%

Tidak dapat membezakan Hukum Ohm dan


Hukum Kirchoff

75%

Jadual menunjukkan jawapan yang diperoleh hasil daripada temu bual dengan
murid Tingkatan 5 KE 1. Temu bual ini dijalankan secara informal di dalam kelas
tentang punca mereka tidak dapat menjawab soalan ulang kaji dengan betul.

Data menunjukkan 80 peratus pelajar mengatakan guru mengajar terlalu cepat


dan 90 peratus daripada murid tidak dapat memahami konsep. Selain daripada
itu 70 peratus murid mengharapkan guru dapat memberi contoh-contoh lain yang
berkaitan supaya mereka mantap dalam menguasai tajuk yang diajar. Seterusnya
75 peratus mengakui tidak dapat membezakan Hukum Ohm dan Hukum Kirchoff.
(iii) Ujian Pra
(iv)
Jadual 1

MURID

UJIAN PRA

MARKAH PENUH

Murid 1
Murid 2
Murid 3
Murid 4
Murid 5
Murid 6
Murid 7
Murid 8
Murid 9
Murid 10
Murid 11
Murid 12
Murid 13
Murid 14
Murid 15

57

72

43

72

54

72

41

72

48

72

47

72

53

72

55

72

54

72

54

72

53

72

43

72

60

72

58

72

54

72

Jadual 1 menunjukkan keputusan yang diperolehi oleh murid dalam ujian Pra
Kebanyakan murid belum dapat menguasai konsep Hukum Ohm dan Hukum

Kirchoff dengan baik. Lebih daripada 90 peratus murid tidak mencapai markah
lebih daripada 60 untuk menunjukkan mereka menguasai tajuk ini dengan tepat.

5.3 Tindakan yang Dijalankan

Berdasarkan tinjauan awal yang telah dilaksanakan didapati penguasaan


murid

dalam Hukum Ohm dan Hukum Kirchoff memang belum mantap.

Oleh sebab itu mereka gagal mendapat markah yang tinggi dalam
peperiksaan yang berhubung dengan pengiraan. Mereka menjadi cepat
bosan kerana mereka tidak dapat mengikut proses P & P yang
menyeronokkan. Sehubungan itu saya telah memperkenalkan TEKNIK
BARMADU agar dapat membantu penguasaan mereka dalam memahami
Hukum Ohm dan Hukum Kirchoff. Berikut adalah langkah-langkah yang
saya lakukan dalam memperkenalkan TEKNIK BERMADU kepada pelajar.

(i)

Pertama saya telah mengumpulkan murid 5 KE 1 yang terdiri


daripada 19 orang.

(ii)

Kedua, saya telah memberi mereka 3 set soalan yang


berkaitan

dengan

Ohm danHukum

(iii)

permasalahan yang melibatkan Hukum

Kirchoff.

Selepas 30 minit, saya mengutip semula kertas jawapan dan


memeriksa kertas jawapan tersebut.

(iv)

Hanya murid yang mendapat markah kurang 60 sahaja yang


diambil untuk mengikut aktiviti yang seterusnya

(a)

Langkah 1: Saya telah membuat penerangan yang


melibatkan litar Arus Terus Satu Perintang. Saya
memberikan konsep Teknik 1 Isteri. Kemudian, saya telah
memberi

semula

soalan

Pasca

untuk

melihat

kefahaman mereka. Setelah menguasai Aktiviti 1 saya


akan meneruskan Aktiviti 2.

(b)

Langkah 2: Apabila Aktiviti 1 telah dikuasai saya


meneruskan dengan Aktiviti 2. Analogi Teknik Bermadu 2
Isteri diperkenalkan. Sebaik sahaja penerangan dilakukan
saya telah memberi Ujian Pasca 2 untuk memastikan
kefahaman mereka.

(c)

Langkah 3:

Aktiviti

akan

diteruskan

sekiranya

mereka berjaya memperoleh markah yang baik dalam


Aktiviti 2. Dalam Aktiviti ini saya menerangkan Teknik
Bermadu 3 Isteri. Soalan Pasca 2 akan dijalankan sebaik
sahaja penerangan dalam Aktiviti ini selesai dijalankan.
Berikut adalah langkah- langkah yang dijalankan dalam
memperkenalkan Teknik Bermadu.

Aktiviti 1
PENERANGAN GURU

TEMPOH

HUKUM OHM
(Murid telah dijelaskan konsep litar Siri)
-

Litar yang mempunyai nilai arus yang


sama yang mengalir dalam setiap
perintang dalam satu litar lengkap

Tunjukkan 1 litar lengkap yang


mengandungi
-

1 Sumber Voltan
1 perintang dan
arah arus yang mengalir dalam litar.

Jelaskan V = IR (Hukum Ohm)


Berikan Terminologi dalam Pengurusan
Kewangan bagi sebuah perkahwinan:

V = Gaji Suami
R = Bebanan Isteri
I = Keadilan yang diberikan

10

15 minit

IR = VR Perbelanjaan oleh Isteri


2. Nyatakan Formula untuk mencari
Voltan susut pada R (VR ) itu menggunakan
Hukum Ohm. V = IR dan nilainya sama
dengan Sumber Voltan, Vs
Justeru
Pendapatan Suami, Vs, = Perbelanjaan Isteri , VR

Vs = VR = IR1

Hukum Ohm

3. Berikan soalan Pasca1 untuk memastikan


penguasaan murid dalam Aktiviti 1 ini.
25 minit

Aktiviti 2

AKTIVITI

PENERANGAN GURU

TEMPOH
15 minit

HUKUM KIRCHOFF VOLTAN

Aktiviti 2

1. Tunjukkan satu litar yang


mengandungi 2 perintang dan
sumber voltan.
2. Beri penerangan Hukum Kirchoff

11

Voltan.
(Kirchoff mengatakan Voltan yang
dibekalkan = Jumlah Voltan susut
dalam satu litar tertutup)
Pendapatan suami = Perbelanjaan
Isteri 1 + Perbelanjaan Isteri 2
3. Katakan analogi R1 dan R2 adalah
bebanan Isteri 1 dan Isteri 2
VR1 + VR2 = Jumlah perbelanjaan
kedua-dua isteri.
Jadi ;
Pendapatan Suami = Jumlah
Perbelanjaan Isteri 1 dan isteri 2
(Analogi Hukum Voltan Kirchoff)
Vs = VR1 + VR2 - (Hukum Kirchoff
Voltan)

4. Berikan soalan Pasca 2untuk


memastikan penguasaan murid dalam
Aktiviti 1 ini.

12

25 minit

Aktiviti 3
AKTIVITI

PENERANGAN GURU

TEMPOH

HUKUM KIRCHOF VOLTAN


. Tunjukkan satu litar yang
mengandungi 3 perintang dan
sumber voltan.
(Ingatkan pelajar tentang Madu
3 dalam sebuah perkahwinan.)
(Tujuan : Menarik minat pelajar dalam realiti
harian)

Persamaan terminologi litar


dengan Teknik Madu
Vs = Pendapatan Suami Unit
RM
R1 = Bebanan Isteri 1 - Ohm
R2 = Bebanan Isteri 2 - Ohm
R3 = Bebanan Isteri 3 - Ohm
IR = Perbelanjaan oleh Isteri
IR = Keadilan yang sama oleh
suami pada Isteri
Jadi ;
(Analogi Hukum Voltan
Kirchoff)
Pendapatan Suami = Jumlah
Perbelanjaan Isteri 1 ,Isteri 2
dan Isteri 3

13

15 minit

(Hukum Kirchoff Voltan)


Vs = VR1 + VR2 + VR3
Berikan soalan Pasca 3 untuk
memastikan penguasaan
murid dalam Aktiviti 1 ini.

5.4.

25 minit

PELAKSANAAN TINDAKAN

Saya memerlukan 120 minit untuk melaksanakan aktiviti ini secara keseluruhan.
5.4.1

Pelaksanaan Aktiviti 1

Saya memerlukan 15 minit untuk aktiviti 1, semasa membuat penerangan kepada


kumpulan sasaran.

14

VS
--

VR
+

R1= 6

Vs

Rajah 1

Rajah 1 menunjukkan litar yang dipaparkan di skrin. Guru meminta murid


menerbitkan persamaan

persamaan Hukum Ohm berpandukan litar yang

diberikan.

Guru menjelaskan semula sebagai pengukuhan dengan memaparkan Rajah 2


dan Rajah 3 yang boleh dianalogikan sebagai konsep pengurusan kewangan
dalam satu perkahwinan.

15

Vs
-

Vs = VR1
+
I
VR1
Vs

Rajah 2

Semasa aktiviti ini dilaksanakan murid belum mantap dalam membezakan hukum
Ohm dan Hukum Voltan

Kirchoff. Guru menjelaskan perbezaan kedua-dua

hukum berpandukan analogi pengurusan kewangan dalam konsep perkahwinan

16

PENDAPATAN SUAMI

Vs

PERBELANJAAN ISTERI

VR1
Vs

VR1

Hukum Kirchoff

VR1 = IR1
Hukum Ohm

Rajah 3

Seterusnya murid diberikan soalan Pasca 1seperti di Lampiran 1 yang meminta


mereka menghitung nilai-nilai Voltan susut, Arus dalam litar dan juga perintang.
Selain daripada itu mereka juga dikehendaki menerbitkan persamaan Hukum
Ohm dan Hukum Kirchoff dalam masa 25 minit.

17

PERBEZAAN ANTARA UJIAN PRA 1 DAN UJIAN PASCA 1


Jadual 2 : Perbandingan Ujian Pra 1 dan Ujian Pasca 1

MARKAH
MURID
UJIAN PRA 1

UJIAN PASCA 1

Murid 1

12

12

Murid 2

12

Murid 3

12

12

Murid 4

12

Murid 5

12

Murid 6

12

Murid 7

12

12

Murid 8

12

Murid 9

12

Murid 10

10

12

Murid 11

12

Murid 12

12

Murid 13

12

12

Murid 14

10

12

Murid 15

12

18

Graf 1 : Perbandingan Pencapaian antara Ujian Pra 1 dan Pasca 1


Refleksi

Hasil ujian Pra 1 dan ujian Pasca1 terdapat perbezaan yang ketara dari segi
pencapaian pelajar. 100 peratus pelajar dapat menguasai kemahiran Hukum
Ohm dan Hukum Kirchoff .
Graf 1 menunjukkan perbandingan penguasaan kefahaman murid sebelum dan
selepas TEKNIK BERMADU - Satu isteri diperkenalkan.

19

5.4.2

Pelaksanaan Aktiviti 2

Dalam aktiviti 2, masa yang saya gunakan untuk penerangan dan soal jawab
ialah 15 minit. .

Guru memaparkan litar di skrin sebagaimana Rajah 4. Kemudian guru meminta


murid menerbitkan persamaan Hukum Ohm pada setiap Perintang.

Vs

Vs
-

VR1
R1

Hukum Ohm

Vs

R2

VR2
Hukum Ohm

Vs = VR1 + VR2

Hukum kirchhoff

Rajah 4

Bagi memantapkan lagi penerangan, guru

menggunakan Rajah 5 yang boleh

dianalogikan sebagai TEKNIK BERMADU 2 Isteri dalam sebuah perkahwinan.

20

Vs
Vs
-

VR1
R1

I
Vs

VR2

Rajah 5

Selepas itu murid diminta menerbitkan persamaan Hukum Voltan Kirchhoff


berpandukan Rajah 4.

Dalam aktiviti ini murid


Hukum

dapat membezakan persamaan Hukum Ohm dan

Voltan Kirchoff. Guru memantapkan kefahaman murid dengan bantuan

Rajah 6.

21

Vs

VR1

Hukum Ohm

VR2
Hukum Ohm

Vs = VR1 + VR2
Hukum Kirchhoff

Rajah 6

Untuk menguji penguasaan Hukum Ohm dan Hukum Voltan Kirchoff, murid
diminta menjawab soalan Pasca 2 seperti di Lampiran 2 dalam masa 25 minit.

22

PERBEZAAN ANTARA UJIAN PRA 2 DAN UJIAN PASCA 2

Jadual 3 : Perbandingan Ujian Pra 2 dan Ujian Pasca 2

MARKAH
MURID

UJIAN PRA 2

UJIAN PASCA 2

Murid 1

18

27

Murid 2

14

24

Murid 3

18

24

Murid 4

12

27

Murid 5

21

27

Murid 6

16

21

Murid 7

14

21

Murid 8

21

27

Murid 9

18

24

Murid 10

21

24

Murid 11

21

27

Murid 12

16

24

Murid 13

18

21

Murid 14

21

27

Murid 15

18

27

23

PERBANDINGAN UJIAN PRA 2 DAN UJIAN PASCA 2


30
25

MARKAH

20
MARKAH UJIAN PRA 2

15

MARKAH IJIAN PASCA 2

10
5

7
ur
id
9
M
ur
id
11
M
ur
id
M 13
ur
id
15
M

ur
id
M

3
M

ur
id

ur
id
M

ur
id
M

MURID

Graf 2 : Perbandingan Pencapaian antara Ujian Pra 2 dan Pasca 2


Refleksi

Daripada Ujian Pasca 2 seperti dalam Jadual 3 didapati 6 orang murid tidak
mendapat markah penuh. Walau bagaimanapun Graf 2 menunjukkan hampir
semua murid

menguasai kefahaman

Hukum Ohm dan Hukum Kirchhof.

Kegagalan mendapat markah penuh bukan disebabkan tidak menguasai tajuk,


tetapi lebih kepada kurangnya kemahiran dalam penguasaan matematik dan
penggunaan kalkulator.

24

5.4.3

Pelaksanaan Aktiviti 3

Pada peringkat ini saya tidak ada masalah dalam membuat penerangan, Saya
memerlukan masa selama 15 minit untuk memantapkan penguasaan murid.

VR1

Vs
+

R1

Vs

R2

VR1

VR2

VR3

R3

Vs =VR1 + VR2 + VR3

Rajah 7

Dengan berpandukan Rajah 7 dan Rajah 8 saya menggunakan TEKNIK


BERMADU 3 Isteri untuk menerbitkan persamaan Hukum Ohm dan Hukum
Kirchoff.

25

Vs
-

VR1

Vs

Vs
VR2

VR3

Rajah 8

Dalam peringkat ini, murid sudah mahir dalam menerbitkan persamaan walaupun
nilai nilai arus, perintang ditukar ganti.
mengukuhkan kefahaman mereka.

26

Guru memaparkan Rajah 8 bagi

PENDAPATAN SUAMI = JUMLAH PERBELANJAAN ISTERI-ISTERI

Vs =

IR1 +

IR2 +

IR3

Hukum Ohm
Hukum.Ohm

Vs =

VR1 +

VR2 +

Hukum Ohm

VR3

HUKUM VOLTAN KIRCHHOFF

Rajah 9

Selepas sesi penerangan, murid diberi ujian Pasca 3 sebagaimana dalam


Lampiran 3. Murid dikehendaki menjawab soalan berkenaan dalam masa 25
minit
.

27

PERBEZAAN ANTARA UJIAN PRA 3 DAN UJIAN PASCA 3

Jadual 4 : Perbandingan Ujian Pra 3 dan Ujian Pasca 3

MARKAH
MURID
UJIAN PRA 3

IJIAN PASCA 3

Murid 1

27

33

Murid 2

23

30

Murid 3

24

33

Murid 4

27

30

Murid 5

27

33

Murid 6

23

28

Murid 7

27

28

Murid 8

30

33

Murid 9

30

33

Murid 10

23

33

Murid 11

30

33

Murid 12

23

28

Murid 13

30

33

Murid 14

27

28

Murid 15

30

33

28

PERBANDINGAN UJIAN PRA 3 DAN UJIAN PASCA 3

35
30
MARKAH

25
20

MARKAH UJIAN PRA 3


MARKAH IJIAN PASCA 3

15
10
5

M
ur
i
M d1
ur
i
M d3
ur
i
M d5
ur
id
M 7
u
M rid
ur 9
i
M d1
ur 1
i
M d1
ur 3
id
15

MURID
Graf 3 : Perbandingan Pencapaian antara Ujian Pra 3 dan Pasca 3

Refleksi

Daripada perbandingan ujian Pra 3 dan Pasca 3 seperti di Jadual 4 menunjukkan


murid lebih berkeyakinan dalam membezakan Hukum Ohm dan Hukum Kirchoff.
Mereka sudah dapat menjawab soalan dengan tepat. Keputusan yang meningkat
menunjukkan TEKNIK BERMADU mampu membantu mereka menguasai tajuk
Hukum Ohm dan Hukum Kirchoff dengan mudah.

29

Oleh kerana kebanyakan mereka agak lemah dalam asas matematik, teknik
mengubah tajuk formula dan kemahiran penggunaan Kalkulator
penekanan.

5.5 REFLEKSI KAJIAN

5.5.1

ANALISIS PEMERHATIAN

PERBANDINGAN UJIAN PRA DAN UJIAN PASCA

80
70

50
MURID UJIAN POS

40

MURID UJIAN PASCA

30
20
10

15

13

ur
id

11

ur
id
M

ur
id

ur
id
M

ur
id
M

ur
id
M

ur
id
M

ur
id

MARKAH

60

MURID

Graf 4 : Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pasca

30

perlu diberi

Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan terhadap kumpulan sasaran


didapati:
(i)

Murid lebih berminat dan yakin untuk menjawab soalan secara lisan dari
guru.

(ii)

Suasana kelas lebih memberangsangkan apabila semua murid


menumpukan perhatian.

Terdapat peningkatan yang amat ketara selepas aktiviti penggunaan TEKNIK


BERMADU didedahkan kepada pelajar. Peningkatan markah dapat dilihat
daripada keputusan Pra dan Pasca dalam setiap aktiviti dan juga dari Graf yang
disertakan.
Graf 4 menunjukkan keputusan ujian keseluruhannya yang

menunjukkan

peningkatan penguasaan murid dalam memahami Hukum Ohm dan Hukum


Kirchoff.

5.6

RUMUSAN

Berdasarkan keputusan ujian-ujian dan analisis yang telah dilaksanakan, saya


mendapati TEKNIK BERMADU yang diperkenalkan kepada murid 5KE1
merupakan satu analogi yang mudah untuk difahami oleh mereka yang juga
merupakan remaja pada hari ini. Ia adalah analogi

realiti harian yang dapat

mereka gambarkan untuk diadaptasikan semasa proses P&P .


Perbelanjaan suami bersamaan jumlah perbelanjaan isteri-isteri senang untuk
difahami dengan mudah. Analogi Nilai Perintang yang digambarkan dengan

31

beban tanggungan Isteri lebih dapat membantu mereka dalam menerbitkan


Persamaan Hukum Kirchoff dan sekali gus dapat membezakan dengan
Persamaan Hukum Ohm yang telah mereka pelajari sebelum ini.

Kajian tindakan ini telah menunjukkan hasil dan perkembangan yang positif ke
atas minat murid. Bertitik tolakkan minat, mereka akan lebih fokus terhadap mata
pelajaran ini dan sikap positif yang mereka tunjukkan juga memberi motivasi
kepada guru untuk mengajar dengan penuh dedikasi.
Walau bagaimana pun saya sarankan agar guru mata pelajaran ini bersikap
tegas kepada murid agar mereka membawa kalkulator mereka setiap hari.
Kurang Kemahiran dalam menggunakan kalkulator menyebabkan sesi P&P
berjalan begitu lambat.

Selain daripada itu

Hukum Ohm dan Hukum Kirchhoff hendaklah diterangkan

serentak semasa guru menerangkan Litar Siri dalam topik Litar Arus Terus (DC
Circuit) semasa di Tingkatan 4.

6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya

Atas kesedaran dan keyakinan yang telah saya peroleh, saya mencadangkan
agar Teknik Bermadu ini diperkenalkan kepada pelajar Tingkatan 4 Kejuruteraan
Elektrik

semasa proses P & P di bawah Subtopik Hukum Ohm dan Hukum

Kirchoff.
Seterusnya satu kajian tindakan dalam menguasai tajuk yang lebih sukar
difahami perlu diusahakan. Oleh itu saya bercadang untuk menjalankan kajian

32

seterusnya berkaitan penerbitan persamaan Hukum Voltan Kirchoff dalam Litar


Siri-Selari.
Kajian ini penting untuk menyelesaikan kerja-kerja pengiraan dalam litar yang
lebih kompleks.

33

BIBLIOGRAFI

Douglas C.Girtoli (1998). Physic Principle With Application. Sixth Edition.


Prentice Hall International
Paul A.Tipier. Physics For Scientist And Engineer. Third Edition. Worth
publisher & Cooperation.
Pengajian Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik Tingkatan 4. Dewan Bahasa
Dan Pustaka

Thorndike. Educational Psycology. The Psycology Of Learning. New York


Teacher College Press.

34

LAMPIRAN 1

UJIAN PASCA 1
Aktiviti 1 : TEKNIK I ISTERI

Vs= 12V

I
R1= 6

VR1

Litar 1
1.

Merujuk kepada Litar 1, terbitkan :


(a) Persamaan Hukum Ohm
(b) Persamaan Hukum Voltan Voltan Kirchoff

2. Isikan tempat kosong dalam Jadual 1

Nilai V, Volt

Nilai R, Ohm

12

2 Ohm

Nilai I, Ampere

10 K-Ohm

2 mA

15

3A

35

Voltan susut,
V=IR

LAMPIRAN 2
UJIAN PASCA
AKTIVITI 2 - TEKNIK 2 ISTERI

I
R1

VR1

R2

VR 2

Vs=15V

Rajah 2
1. Terbitkan persamaan Hukum Ohm pada R1 dan R2
2.

Bina Persamaan Hukum Voltan Kirchhoff.

3.

Lakukan pengiraan dan Isi jawapan sebagaimana dalam Jadual 2.

36

Vs

R1

R2

2A

20V

1A

15V

1.5A

VR1

5V
6

Jadual 2

37

VR2

Vs = VR1 + VR2

LAMPIRAN 3
UJIAN PASCA 3
AKTIVITI 3 - TEKNIK 3 ISTERI

I
R1

VR1

R2

VR2

R3

VR3

Vs

Rajah 3

1. Terbitkan persamaan Hukum Ohm pada R1 , R2 dan R3


2. Terbitkan persamaan Hukum Kircchhoff daripada Rajah 3.

Vs

R1

R2

R3

VR1

38

VR2

VR3

Vs = VR1 + VR2 + VR3

12
10
30

1A

12V

Jadual 3

39

6V

You might also like