You are on page 1of 4

FORMAT PEPERIKSAAN UEC SENIOR

FORMAT PEPERIKSAAN UEC SENIOR


Mata pelajaran ini mengandungi dua kertas:
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Kertas 1: Karangan (40) . Masa yang diperuntukkan: 1 jam 30 minit.
Kertas 2: Ujian Bahasa (60) Masa yang diperuntukkan: 1 jam 30 minit.
Jawab soalan 1 dan mana-mana dua soalan yang lain.
Soalan 1 Rumusan
Soalan 2 Pemahaman Prosa Moden
Soalan 3 Membina Ayat dan Tatabahasa
Soalan 4 Sajak dan Prosa Klasik
Soalan 5 Penterjemahan
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Kertas 1
KARANGAN (40)
Karangan
(1) Tujuh tajuk akan disediakan.
(2) Calon dikehendaki memilih salah satu tajuk dan mengarang sebuah karangan atau surat kiriman yang panjangnya
antara 350 hingga 500 patah perkataan.
(3) Jawapan hendaklah ditulis dengan pen berdakwat biru atau hitam sahaja.
Tujuan Ujian
(1) Untuk menguji daya kreatif calon dalam mengumpul, memilih, membina serta menyusun idea-idea atau isi-isi,
pendapat, pengalaman, dan sebagainya dengan berkesan.
(2) Untuk menguji kebolehan calon dalam menguasai pelbagai bentuk karangan dan teknik mengarang, penguasaan
tatabahasa (termasuk struktur ayat yang gramatis, penggunaan kosa kata dan tanda baca yang tepat) serta pembahagian
perenggan yang berkesinambungan.
(3) Untuk menguji kematangan fikiran dan kepekaan calon terhadap isu-isu semasa serta kebolehan mengemukakan
pandangan dalam pelbagai bentuk dan situasi.
Jenis-jenis karangan yang akan diuji
A. Karangan berformat khusus
Tajuk/Bidang
1. Perbahasan
2. Laporan
3. Dialog/Wawancara/Forum

4. Syarahan/Ceramah/Ucapan
5. Berita/Rencana Akhbar (i) Bentuk rasmi
6. Catatan Diari (ii) Bentuk tidak rasmi
7. Surat Kiriman
B. Karangan berformat biasa
1. Penerangan
2. Perbincangan
3. Peribahasa/Simpulan bahasa/Cogan kata
4. Pendapat/Ulasan/Fakta
5. Gambaran/Keperihalan
6. Pengalaman
7. Cerita/Imaginasi
Aspek-aspek dalam karangan
Sains dan teknologi Kekeluargaan
Kemasyarakatan Sastera
Ekonomi Sejarah
Kebudayaan Alam Sekitar
Pendidikan Lain-lain
C. Menulis dan menjawab pelbagai jenis surat
1. Surat kiriman rasmi
surat permohonan, surat undangan rasmi, surat aduan, laporan, surat rayuan, dan sebagainya.
2. Surat kiriman tidak rasmi
surat kepada ahli keluarga, surat kepada sahabat handai, surat jemputan, surat ucapan selamat Hari Raya, hari jadi,
terima kasih, tahniah, takziah, dan sebagainya.
Perhatian
1. Tajuk karangan atau nombor soalan hendaklah dinyatakan ketika menjawab soalan yang dipilih.

2. Calon diminta membina ayat-ayat yang gramatis serta digalakkan membuat rangka karangan supaya isi karangan/surat
lebih teratur.
3. Calon dinasihati memilih tajuk yang benar-benar difahami.
4. Pendahuluan hendaklah ringkas, isi karangan tidak digalakkan berulang-ulang. Pembahagian perenggan perlu jelas dan
berkesinambungan. Perhatikan penggunaan imbuhan, tanda baca dan penggunaan perbendaharaan kata yang sesuai serta
tepat. Bahasa lisan seperti tak, nak, penggunaan singkatan seperti yg, utk, dgn, dll tidak dibenarkan. Format karangan
perlu dipatuhi.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Kertas 2
UJIAN BAHASA (60)
Perhatian
5 soalan akan disediakan seperti yang berikut:
(1) Rumusan;
(2) Pemahaman Prosa Moden;
(3) Membina Ayat dan Tatabahasa;
(4) Sajak dan Prosa Klasik;
(5) Penterjemahan.
(1) RUMUSAN
Calon diwajibkan menjawab soalan ini. Dalam soalan ini calon dikehendaki membuat satu rumusan tentang mesej utama
yang disampaikan dalam sesuatu petikan. Panjangnya rumusan hendaklah antara 100 hingga 120 patah perkataan.
Rumusan harus mengandungi 4 aspek yang berikut:
(a) Pendahuluan 1 isi (2 markah);
(b) Isi Tersurat 4 isi (8 markah);
(c) Isi Tersirat 4 isi (8 markah);
(d) Penutup 1 isi (2 markah).
Petikan yang dikemukakan hendaklah berbentuk rencana bagi isu-isu semasa yang dipetik daripada surat khabar, majalah
tempatan atau bahan-bahan bacaan akademik lain. Jumlah isi tersurat dan isi tersirat boleh berubah-ubah, yang penting
ada lapan isi penting pada keseluruhannya. Rumusan perlu dinyatakan jumlah perkataan. Markah akan dipotong jika calon
tidak menyatakan jumlah perkataan atau menyatakan jumlah perkataan yang tidak benar.
(2) PEMAHAMAN PROSA MODEN
Pemahaman prosa moden merupakan salah satu aspek penting dalam penguasaan bahasa. Antaranya, tujuan pemahaman
ini adalah seperti yang berikut:
(a) membaca dengan cekap dan pantas;
(b) mengesan isi-isi atau idea;

(c) membuat kesimpulan, kritikan, telahan, dan penyusunan berdasarkan bahan-bahan dan maklumat yang dibaca;
(d) menghuraikan maksud atau erti perkataan, ungkapan, peribahasa, dan seumpamanya bersesuaian dengan konteks
penggunaannya dalam petikan;
(e) menghayati dan menilai pelbagai gaya penulisan.
Berdasarkan tujuan-tujuan tersebut, jenis-jenis petikan terdiri daripada kandungan-kandungan seperti yang berikut:
() rencana akhbar/majalah berkaitan dengan isu-isu semasa;
() cerpen;
() novel;
() drama;
() pengumuman;
() pengisytiharan;
() pendapat/ulasan;
() syarahan/ucapan/ceramah;
() laporan.
(3) MEMBINA AYAT DAN TATABAHASA, PUISI / PROSA KLASIK, PENTERJEMAHAN
Tiga soalan ini dikemukakan sebagai soalan pilihan.
Soalan-soalan ini terdiri daripada pelbagai bentuk:
(a) membina ayat;
(b) menentukan imbuhan;
(c) menyambung ayat;
(d) menukarkan ayat;
(e) melengkapkan teks;
(f) membaiki kesalahan ayat;
(g) puisi / prosa klasik bahagian ini lebih menitikberatkan pemahaman teks berbentuk prosa klasik (hikayat) dan
puisi (sajak);
(h) morfologi yang berkenaan dengan kajian perkataan dan pembentukan perkataan;
(i) penterjemahan dan peralihan bahasa daripada bahasa Cina dan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu.

You might also like