You are on page 1of 2

IMBUHAN PINJAMAN :

1.0 Pra- Imbuhan pinjaman ialah imbuhan yang dipinjamkan daripada bahasa lain.
Contoh imbuhan pinjaman awalan adalah maha-, pra-, tata-, panca, swa-, tuna, eka-, dwi-, tri, bi-, anti-, dan pro-.
Awalan pra- membawa maksud sebelum atau syarat kepada sesuatu.
Contoh ; perkataan berimbuhan awalan pra- dan maksunya ; praakhir ~ sebelum akhir
prakata ~ kata pendahuluan
pramatang ~ belum cukup masak atau belum cukup tempoh
pramoden ~ sebelum mencapai zaman moden
prasangka ~ sangkaan buruk terhadap sesuatu sebelum mengetahui hal yang sebenar
prasarana ~ suruktur asas sesuatu sistem, infrastruktur
prasejarah ~ sebelum sejarah
prasekolah ~ tadika
prasiswazah ~ orang yang belum lulus sebagai siswazah
prasyarat ~ syarat awal
pratonton ~ tayangan sebelum tayangan rasmi
prauniversiti ~ sebelum masuk universiti, pengajian sebelum memasuki universiti
prawacana ~ mukadimah, kata pendahuluan

2.0 ~ Awalan dwi- membawa maksud dua. ~


Contoh ;
1. dwibahasa ~ dua bahasa
2. dwibahasawan ~ orang yang bertutur dalam dua bahasa
3. dwibulan ~ dua bulan sekali
4. dwi cekung ~ cekung pada kedua-dua permukaan
5. dwifungsi ~ menjalankan dua fungsi
6. dwiguna ~ mempunyai dua guna

7. dwihuruf ~ dua huruf yang melambangkan satu bunyi ( sy,ny,ng)


8. dwimatra ~ puisi yang terdiri daripada dua kaki matra
9. dwiminggu ~ dua minggu sekali
10.dwimusim ~ berlaku sesuatu dalam masa dua tahun
11.dwipihak ~ antara dua pihak
12.dwipurwa ~ pengulangan suku kakat pertama ( kuda - kekuda)
13.dwitunggal ~ dua tetapi seakan-akan satu
14.dwiwarganegara ~ orang yang mempunyai dua kerakyatan

3.0 ~ Awalan tri- membawa maksud tiga. ~


Contoh
1. triatom ~ molekul yang terdiri daripada tiga atom
2. tribahasa ~ mempunyai tiga bahasa
3. tribrata ~ mempunyai tiga kewajipan
4. tribulan ~ tiga bulan
5. trigonometri ~ ilmu tentang sudut dan sempadan segi tiga
6. trikaki ~ penopang kamera yang berkaki tiga
7. trilogi ~ muzik atau novel yang terdiri daripada tiga bahagian
8. trimatra ~ tiga demensi
9. trio ~ kumpulan yang terdiri daripada tiga orang
10.triwangsa ~ tiga kasta 11.triwarsa ~ tiga tahun

You might also like