You are on page 1of 3

Isu transgender: Sekolah perlu main peranan

Wartawan Sinar Harian


17 November 2014 | Sinar Harian

Ghazali merakam gambar bersama 1,400 peserta Program Nadwah Qiyadi


2014 Peringkat Negeri Terengganu yang diadakan di Dewan Gimnasium
Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Kuala Terengganu, semalam.

<1/1>
KUALA TERENGGANU - Pihak sekolah perlu memainkan peranan bagi mengekang
budaya transgender daripada menular dalam kalangan remaja dan pelajar.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi dan Tugas-tugas Khas,
Ghazali Taib berkata, setakat ini terdapat beberapa inisiatif dalam mengelak pelajar
terjebak dalam budaya itu, antaranya melalui silibus pelajaran di sekolah.
Di peringkat sekolah sebenarnya kita telah perkenalkan banyak subjek di sekolah
yang memberi pendidikan kepada kumpulan ini mengenai larangan bagi lelaki
menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki.

Kita juga mempunyai subjek keagamaan iaitu Pendidikan Islam bagi penganut
agama Islam sementara Pendidikan Moral bagi mereka yang bukan Islam, katanya.
Menurut Ghazali, kedua subjek ini beri pendedahan atau pengetahuan mengenai
kepentingan nilai murni manusia sebab secara dasarnya semua agama melarang
penganutnya meniru sifat sedemikian.
Semua agama melarang penganutnya yang lelaki berpakaian wanita dan wanita
berpakaian lelaki. Kalau kita lihat isu melibatkan akhlak dan moral semua agama
melarang daripada berbuat demikian.
Di Terengganu, saya rasa isu ini mungkin tidak timbul memandangkan negeri ini
majoriti penduduknya beragama Islam dan kita juga memberikan penekanan yang
jelas terutama di sekolah aliran agama dan harian biasa, katanya.
Mengulas lanjut mengenai isu transgender, beliau berkata ia adalah ancaman kepada
generasi muda sekiranya penjelasan mengenainya tidak diberikan kepada mereka.
Kita akur ia ancaman kepada anak muda kita dan pelajar di peringkat sekolah kerana
kalau mereka tidak diberi penjelasan mengenai bahayanya liberalisasi moral dan
agama sebegini, ia akan mempengaruhi mereka malah menggugat syariat Islam.
Sebab itu kita minta tangani dengan bijaksana oleh kedua-dua pihak. Kita bimbang
akan munculnya tanggapan negatif sekiranya tidak ada kesefahaman antara syariat
Islam dan Mahkamah Sivil," katanya.
Kata Ghazali, isu keagamaan itu sensitif dan perlu diambil kira kerana negara kita
meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan dan kita terima bahawa kita meletakkan
nilai Islam sebagai asas bagi rakyat negara ini.
Beliau berkata, kekeliruan yang timbul hasil keputusan Mahkamah Rayuan itu akan
memberikan impak besar pada masa akan datang terutama kepada generasi muda
yang akan menjadi pelapis negara.
Jika ada kekeliruan sedemikian rupa, ia memberi implikasi pada masa akan datang
dan sebab itulah kita serahkan kepada pihak majlis agama negeri masing-masing dan
pihak terlibat dalam perundangan untuk mengkaji ruang yang boleh menyelesaikan
perkara ini, katanya.
Artikel Berkaitan

Isu transgender: Sekolah perlu main peranan


LGBT tidak boleh dihalalkan

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan


pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi
pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

You might also like