You are on page 1of 8

Utusan

Online/
Rencana/

Perjuangkan isu rakyat Khairy


MENJELANG PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2014
21 November 2014 1:38 AM

Khairy Jamaluddin
MUKADIMAH : SEBAGAI sayap utama UMNO, Pergerakan Pemuda sering
diletakkan harapan tinggi oleh kira-kira 3.6 juta ahli parti itu. Suara mereka dinilai
dan tindakan mereka diperhati sama ada bertaring atau sebaliknya. Bagi kebanyakan
ahli UMNO, Pemuda mesti garang, berani, berkarisma, berkualiti, bertindak sebagai
kumpulan pendesak dan peka dengan pelbagai isu bangsa dan juga orang muda.
Sudah pasti Perhimpunan Agung UMNO Ke-68 minggu depan dinanti-nantikan oleh
pelbagai pihak untuk melihat waris kepimpinan UMNO itu membincangkan pelbagai
isu bangsa dan rakyat keseluruhannya. Bagi Ketua Pemuda UMNO, Khairy
Jamaludin, pergerakan itu bukan sahaja akan bersikap sebagai pendesak tetapi juga
perlu berpengaruh supaya setiap yang diperjuangkan dapat diterjemahkan. Kepada
wartawan Utusan Malaysia, MUHD. NIZAM ABD. HAMID dan SHARAIMEI
SHAIK AHMEDULLAH , beliau berkongsi harapan pergerakan itu tentang perlunya
UMNO mendapat sokongan bagi kelangsungan agenda Melayu.
Apa harapan YB terhadap Perhimpunan Agung UMNO minggu depan?
Perhimpunan Agung UMNO kali ini akan menjadi sebuah pentas yang saya rasa akan
diberi perhatian bukan sahaja oleh ahli UMNO tetapi seluruh rakyat Malaysia untuk
menantikan apa yang bakal dibincang dan dibahaskan nanti.
UMNO merupakan sebuah parti terbesar dalam perikatan Barisan Nasional (BN),
terbesar dalam Kerajaan Persekutuan dan UMNO juga memimpin majoriti negeri, ini
ada kaitan langsung pada dasar kerajaan dan impaknya bukan sahaja menjangkaui ahli
UMNO tetapi juga memberi kesan kepada dasar kerajaan secara keseluruhan.
Harapan saya, kita dapat memperjuangkan isu-isu yang dekat dengan hati rakyat,
UMNO dan Perhimpunan Agung UMNO bukan saja pentas ahli tetapi harapan rakyat
dengan mengetengahkan isu-isu yang dekat dengan hati rakyat dan dibincang oleh
rakyat terutama masyarakat Melayu supaya dapat diketengahkan dan dibawa ke medan penyelesaian.
Apakah isu-isu yang bakal dibincangkan?
Kita akan bincang isu-isu berkaitan masyarakat Melayu dan bumiputera berkenaan
agenda pemerkasaan ekonomi dan pendidikan yang setiap tahun dibincangkan tetapi
mungkin terdapat keperluan membincangkannya lebih mendalam tahun ini sebab
selepas ini kita hanya mempunyai tempoh lima tahun sebelum melangkah ke tahun
2020. Di manakah persiapan masyarakat Melayu untuk menjadi sebuah negara maju?
Adakah Melayu juga akan menjadi maju pada tahun 2020 atau negara menjadi maju
tetapi kita masih menjadi masyarakat terkebelakang? Apakah strategi lima tahun ini
dapat kita lihat kemajuan yang dinantikan dan diharapkan dapat dilaksanakan?
Yang kedua, banyak isu berkenaan hubungan antara kaum, sistem pendidikan
terutama berkaitan sekolah vernakular, isu berkaitan kebebasan bersuara dan impak
terhadap hubungan kaum dan perundangan yang masih diperlukan seperti Akta
Hasutan. Di samping itu, ada juga perbincangan mengenai pentadbiran undangundang agama yang baru-baru ini berlaku semakan terhadap keputusan Mahkamah

Syariah Negeri Sembilan melibatkan kumpulan transgender sehingga menimbulkan


persoalan tentang kedudukan Mahkamah Syariah berbanding Mahkamah Sivil.
Ini semua merupakan isu hangat yang sedang diperbahaskan di luar yang akan
mendapat perhatian pembahas Pemuda UMNO.
Memandangkan banyak isu panas melibatkan orang Melayu, apakah akan ada
sebarang sekatan terhadap pembahas ?
Selagi kita tidak menghina orang lain, selagi kita tidak keluarkan kenyataan yang
betul-betul menggores hati kaum dan agama lain, saya rasa tiada sebab kita tidak
boleh bincang isu sensitif ini dengan cara baik.
Kita bukan hendak serang mana-mana pihak, tetapi sekiranya ada suara yang minta
supaya jangan langsung bincang tentang sistem pendidikan negara, itu sekatan pada
kita.
Kita berbincang dengan matlamat untuk mengukuhkan perpaduan negara dan dalam
masa sama, kita mungkin bincangkan tentang sekolah kebangsaan, ini bukan untuk
kita menyanggah sesiapa tetapi kita bincang secara baik.
Apabila kita bincang masalah orang Melayu, kita jangan rasa apologetik dan rasa
tidak boleh bincang benda ini, saya rasa UMNO adalah parti untuk orang Melayu dan
saya percaya rakan-rakan kita dalam Barisan Nasional (BN) faham sebab dalam
perhimpunan MCA mereka bincangkan isu masyarakat Cina, dalam perhimpunan
MIC mereka turut membangkitkan isu masyarakat India dan baru-baru ini dalam
perhimpunan Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) dan
Parti Bersatu Sabah (PBS), mereka membangkitkan isu Kadazan di Sabah, jadi takkan
Perhimpunan UMNO kita tidak boleh membincangkan mengenai isu-isu Melayu.
Tidak salah selagi kita tidak merampas dan menghina mana-mana kaum lain, saya
rasa tiada masalah.
Pandangan YB sendiri terhadap SJKC, tidak perlu diperluas atau diberhentikan
sahaja ?
Saya akan menyentuh isu ini dalam ucapan dasar saya iaitu berkenaan sistem
pendidikan kita dalam konteks perpaduan nasional.
Apakah mesej YB kepada pembahas Pemuda UMNO?
Kita perlu menjaga adab perbahasan, tiada sekatan dari segi topik yang hendak
dibincangkan tetapi dalam kita berbahas perlu tunjukkan kualiti perbahasan yang
tinggi dan tidak perlu membuat serangan peribadi. Kalau hendak tegur, boleh, tetapi
buat dengan cara yang betul dan pastikan perbahasan kita disediakan dengan fakta
dan hujah.
Orang muda hendak melihat perbahasan yang berkualiti tinggi bukan retorik serta
menarik dari segi gaya penyampaian tetapi yang paling penting perlu penuh dengan
fakta dan pengisian yang tepat dan relevan kepada anak muda.

Selain isu perjuangan, bangsa dan agama yang akan dibangkitkan, isu yang dihadapi
oleh anak muda sekarang seperti peluang pekerjaan, perumahan, kos sara hidup juga
akan dibangkitkan, yang mereka hendak dengar apakah cadangan dan desakan kita
dalam membantu anak muda hari ini.
Adakah YB merasakan suara Pemuda didengari?
Saya rasa didengari, kalau tidak, kita tidak dapat terjemahkan suara dalam bentuk
penyampaian program kerajaan seperti tahun lepas yang mana kita minta supaya
diwujudkan rumah transit untuk pasangan muda yang baharu berkahwin diberi
menyewa rumah dengan kadar sewaan rendah.
Pada waktu itu, kita minta supaya diwujudkan rumah transit iaitu kemudahan rumah
sementara yang dibina kerajaan dan disewakan kepada pasangan muda berumur di
bawah 30 tahun dengan pendapatan sederhana rendah sebelum berpindah ke rumah
sendiri.
Kita buat cadangan ini dan mendapat kerjasama daripada kerajaan malah baru-baru
ini Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul
Rahman Dahlan mengumumkan sebanyak 600 unit rumah terbabit disediakan dan
beliau sendiri menyebut, ini merupakan cadangan daripada Pemuda UMNO.
Isu lain pula berkaitan pendakwaan terpilih di bawah Akta Hasutan, jadi Pemuda
membuat usul di peringkat bahagian supaya tidak ada pendakwaan terpilih dan
selepas itu sudah ada banyak tangkapan dan pendakwaan dibuat jadi kita nampak
Pemuda masih relevan, suara kita bukan saja buat program tetapi dari segi pengaruh
untuk mendapatkan sesuatu daripada kerajaan.
Saya selalu sebutkan politik modul khidmat bakti adalah dengan membuat banyak
program untuk orang muda, membantu mencari pekerjaan yang mana saya sebutkan
sebagai politik berpengaruh. Kalau dulu dipanggil politik desak tetapi saya lebih suka
politik berpengaruh yang mana kita cadangkan sesuatu kemudian dengan kerjasama
kerajaan kita akan laksanakan sehingga berjaya.
Selain itu, saya juga ada satu cadangan baharu yang saya hendak simpan sebagai
kejutan dan kalau kerajaan boleh terima cadangan tersebut, akan banyak membantu
orang muda dari segi pengurusan kewangan dan hutang.
Bagaimana mahu menangani isu perkauman di negara ini?
Pertama, kita perlu pastikan bahawa orang Melayu sendiri yakin walaupun terdapat
pertikaian dengan hak dan keistimewaan orang Melayu tetapi segala hak dan
kedudukan ini dikunci habis dalam Perlembagaan, malah empat tahun lepas Presiden
parti juga menyebut hak orang Melayu telah dipateri habis dan dikunci habis, tidak
boleh diubah seperti Perkara 153 dan bukan sahaja perlu pindaan Perlembagaan tetapi
juga memerlukan kelulusan daripada Majlis-Majlis Raja, jadi jangan risau.
Kedua, kita kena pastikan ada perundangan dan penguatkuasaan undang-undang
berkesan terhadap sesiapa yang membangkitkan isu ini, bukan hendak tutup ruang
kebebasan bersuara, malah saya merupakan pendukung kebebasan bersuara tetapi

dalam negara majmuk seperti Malaysia, kita ada batas macam sesiapa yang hina
bangsa, agama, Majlis-Majlis Raja dan benda sensitif lain tidak kiralah dia hina Islam,
Kristian, Cina atau apa-apa sekali pun mesti diambil tindakan segara.
Kita tidak boleh hantar isyarat kepada orang muda, kalau hendak hina orang boleh.
Tetapi dia mesti tahu kalau hina orang mesti ditangkap.
Ketiga, undang-undang dan perundangan saja tidak cukup, kita mesti ada usaha ke
arah perpaduan nasional. Kalau hanya bergantung kepada undang-undang macam
Akta Hasutan untuk membentuk perpaduan nasional, ia tidak akan berjaya kerana
Akta Hasutan adalah tindakan kepada mereka yang menggugat perpaduan nasional, ia
adalah tindakan negatif terhadap orang yang langgar undang-undang. Kita perlu ada
usaha daripada setiap kaum untuk meningkatkan lagi perpaduan nasional, ini
merupakan hint macam mana saya hendak sampaikan hujah mengenai sistem
pendidikan.
Sekiranya sesuatu berlaku kepada UMNO dalam keadaan politik sekarang,
bagaimana hak istimewa orang Melayu?
Yang saya risau bukan dari segi Perlembagaan, sebab memang tidak boleh diubah
tetapi dari segi polisi mungkin terjejas. Kita kena bezakan hak dan kedudukan yang
terjamin dan dasar-dasar kerajaan yang mendapat semangat daripada Perlembagaan
contohnya Mara, Universiti Teknologi Mara (UiTM), pinjaman kepada usahawan
bumiputera dan lain-lain lagi yang tidak disebut secara tersurat dalam Perlembagaan,
yang mana kalau tiada BN dan UMNO dalam memberi pemerkasaan kepada agenda
ekonomi bumiputera, saya risau tiada kesungguhan daripada pihak lain.
Malah saya lihat pihak lawan tiada kesungguhan dalam kalangan mereka untuk
memajukan agenda tersebut, hatta isu agama sendiri yang kita nampak kedudukannya
tidak beberapa tegas. Jadi pada saya, sudah pasti hak terpateri kemas tetapi yang lain
memerlukan UMNO, tiada UMNO maka banyak yang kita lihat hari ini akan hilang.
Orang Melayu kena sedar dan jangan berasa terlalu selesa kerana biarpun hak mereka
sudah selamat tetapi ada juga yang boleh terjejas kalau UMNO tidak berkuasa.
Pemuda ada peranan besar dalam soal itu?
Pemuda juga ada peranan, kita mahu terus memerintah negara. Pemuda UMNO
adalah wadah politik untuk membantu menentukan dasar tetapi core bisnes kita
adalah menang pilihan raya umum. Kalau tiada kuasa, tiadalah segalanya. Kalau tidak
dapat sokongan anak muda, maka kita akan hilang kuasa, habis agenda Melayu. Jadi
bagaimana nak cakap agenda Melayu di Perhimpunan Agung UMNO, perlu kuasa,
sebab itu kita kena menang pilihan raya umum, kalau tidak menang, jangan cakap
benda lain, kena menang dulu baru boleh cerita mengenai agenda sebab core bisnes
kita menang pilihan raya.
Kalau hendak menang pilihan raya umum kita kena dapatkan sokongan semua, jangan
mimpi hendak dapat Selangor kalau tidak dapat sokongan orang Cina dan India, sebab
itu saya kata UMNO perlu mendapat sokongan dan keyakinan daripada semua,
Melayu, kita sudah tentu kena dapatkan sebab itu fixed deposit kita, tetapi kalau tidak
dapat sokongan Cina dan India, tidak boleh menang kita.

Apakah UMNO masih boleh mendapat sokongan bukan Melayu?


Kalau kena cara, kita boleh menang.
Bagaimana YB melihat MCA dan Gerakan?
MCA dan Gerakan masih dalam peringkat pemulihan hadapi dua pilihan raya lalu
yang agak mencabar tetapi Gerakan baru-baru ini menang di Teluk Intan, ada sedikit
momentum ke depan. MCA di bawah kepimpinan baharu sudah dapat merapatkan
kepimpinan mereka tetapi masih dalam peringkat pemulihan dan saya tak boleh
rumuskan mereka sudah pulih, mereka masih lagi dalam recovery mood.


Hip Remaja: Pereka hiasan dalaman ceburi dunia kecantikan


80 sukarelawan bantu mangsa banjir


'Pertandingan' sebenar Ewal baru bermula


Laporan bekas anggota tentera terlibat keganasan diteliti
Artikel berkaitan

Pemuda Pas desak Eric Paulsen minta maaf


Eric Paulsen dakwa KPN dipengaruh penyokong UMNO
Puji langkah kerajaan adakan perbincangan dengan Indonesia
Parlimen Belia Malaysia catat sejarah
Skim insurans pekerjaan dibentang di Parlimen Mac ini
Pembangkang tidak perlu cari pengganti Anwar Zamil
Ahli digesa pertahan MIC
7,700 pengundi baharu
Perlu berani beri penjelasan Mohd. Razlan
UMNO Pagoh rai 14 veteran parti

Kuala Lumpur

You might also like