You are on page 1of 2

Dua aspek kes trangender dikaji

29 November 2014 | Sinar Harian


KUALA LUMPUR - Kerajaan Negeri Sembilan akan mengemukakan rayuan
terhadap dua aspek perundangan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan mengenai
hukuman terhadap golongan lelaki berpakaian wanita di tempat awam melanggar
Perlembagaan Persekutuan.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, dua perkara itu
ialah merayu keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes itu, dan Seksyen 66
Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 yang diputuskan sebagai
bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Mahkamah Rayuan pada 7 Nov lepas membenarkan rayuan yang dikemukakan tiga
jurumekap pengantin, Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26; Syukor Jani, 28; dan
Wan Fairol Wan Ismail, 30; untuk mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah
Syariah Negeri Sembilan 1992 bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak
permohonan semakan kehakiman difailkan ketiga-tiga lelaki Islam itu.
Panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus,
memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 adalah
bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana ia mendiskriminasi lelaki Islam
yang menghidapi keadaan dikenali masalah identiti gender dari segi perubatan.
"Jadi dua perkara yang kita akan merayu ialah mengenai keputusan hukuman itu dan
jika tidak ditangani dengan baik, ia akan membawa satu keadaan yang akan terjadi
sesuatu yang amat tidak baik kepada kesucian agama Islam di negara.
"Bagi Seksyen 66, kita akan pastikan ia tidak dibatalkan seperti mana yang
diputuskan dalam penghakiman rayuan itu," kata Mohamad.
Menurut Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992, Seksyen 66: Lelaki
berlagak seperti perempuan, menyatakan mana-mana orang lelaki yang memakai
pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di tempat awam adalah
melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman
denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam
bulan atau kedua-duanya.
Mengulas lanjut, Mohamad berkata kerajaan negeri sedang berbincang dengan
peguam untuk meneliti fakta kes itu sebelum mengemukakan rayuan, yang dijangka
difailkan sebelum 6 Disember ini.
"Itu sebabnya kita berhati-hati dan perlu melihat dari segenap segi sebelum kita
memfailkan rayuan. Kita mahu memfailkan satu kes yang kuat," katanya.
Mohamad berkata kerajaan negeri menghormati keputusan Mahkamah Rayuan namun
berpendapat kes ini perlu didengar semula oleh Mahkamah Persekutuan. - Bernama

Artikel Berkaitan

Dua aspek kes trangender dikaji


Usaha pulih golongan mak nyah kembali fitrah asal
Istilah transgender tidak wujud
Transgender boleh undang gejala akhlak lebih buruk
Undang-undang tidak selaras, boleh lebih teruk
Tangani isu pertembungan secara harmoni
Isu transgender: Sokong Mains buat rayuan
Perlakuan songsang remaja gugat keselamatan negara

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan


pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi
pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

You might also like