You are on page 1of 2

Isu transgender: Sokong Mains buat rayuan

Wartawan Sinar Harian | Sinar Harian


12 November 2014

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman

<1/1>
KUANTAN - Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Othman menyokong supaya
semua majlis agama Islam negeri bersama-sama mencelah dalam rayuan Majlis
Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) di Mahkamah Persekutuan berhubung
keputusan Mahkamah Rayuan bahawa undang-undang jenayah syariah Negeri
Sembilan yang memperuntukkan hukuman terhadap golongan lelaki berpakaian
perempuan di tempat awam, melanggar Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata, perbuatan lelaki menyerupai perempuan atau sebaliknya dilaknat
ALLAH. Ia jelas menunjukkan perkara itu haram.
Kalau lelaki menyerupai perempuan kita halalkan, ertinya kita menghalalkan sesuatu
yang diharamkan ALLAH.
Hukumnya orang yang bercakap begitu kalau dia sedar dia boleh syirik kepada

ALLAH, boleh terkeluar daripada Islam kerana dia mengubah hukum ALLAH ertinya
tidak memperakui peraturan ALLAH, katanya kepada pemberita di sini semalam.
[ARTIKEL BERKAITAN: Mufti: Lelaki macam wanita dilaknat]
Katanya, khunsa musykil yang dilahirkan dalam keadaan dua sifat lelaki dan
perempuan boleh dinasihatkan berjumpa doktor bagi membuat pengesahan identiti
mereka.
Jumaat lepas, Mahkamah Rayuan mengisytiharkan sebagai tidak sah ketetapan
Undang-Undang Syariah Negeri Sembilan bahawa golongan lelaki Islam berpakaian
seperti perempuan adalah perbuatan jenayah dan tidak sah di sisi Perlembagaan.
Ketetapan itu dibuat selepas ia membenarkan rayuan tiga lelaki mengetepikan
keputusan Mahkamah Tinggi Seremban, yang menolak semakan kehakiman mereka
bagi mencabar undang-undang syariah itu.
Artikel Berkaitan

Dua aspek kes trangender dikaji


Usaha pulih golongan mak nyah kembali fitrah asal
Istilah transgender tidak wujud
Transgender boleh undang gejala akhlak lebih buruk
Undang-undang tidak selaras, boleh lebih teruk
Tangani isu pertembungan secara harmoni
Isu transgender: Sokong Mains buat rayuan
Perlakuan songsang remaja gugat keselamatan negara

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan


pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi
pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

You might also like