You are on page 1of 2

Rujukan kami

Rujukan tuan
Tarikh

:
:
: 3 September 2009

Y.A.B DATO SERI USTAZ AZIZAN ABDUL RAZAK


Menteri Besar Kedah
Pejabat Menteri Besar
Aras 3, Blok A, Wisma Darul Aman
Jalan Tunku Bendahara
05503 Alor Setar
Kedah Darul Aman
Assalammualaikum Wrt. Wbt.
Y.A.B. Dato Seri,
SIRI TAKLIMAT BADAL HAJI OLEH HONG LEONG TOKIO MARINE TAKAFUL BERHAD
Dengan hormatnya kami merujuk kepada perkara di atas.
Badal Haji ialah perkhidmatan tambahan untuk peserta-peserta Takaful dan dilancarkan pada
21 Julai 2009 yang lalu hasil kerjasama Hong Leong Tokio Marine Takaful Berhad (HLTM
Takaful) dan TH Travel & Services Sdn. Bhd. Perkhidmatan ini ditawarkan kepada pesertapeserta Takaful yang tidak berkemampuan menunaikan Haji akibat sakit, cacat kekal dan
meninggal dunia.
Dilampirkan di sini, keratan akhbar dari Harian Metro dan Utusan Malaysia bertarikh 22 Julai
2009 serta artikel berkenaan perkhidmatan Badal Haji untuk rujukan pihak Y.A.B Dato Seri.
Oleh itu, HLTM Takaful bercadang untuk mengadakan siri taklimat kepada kakitangan jabatan
kerajaan negeri Kedah dan bertujuan memberi penerangan kepada kakitangan jabatan
kerajaan negeri Kedah berkenaan dengan perkhidmatan Badal Haji oleh HLTM Takaful.
Segala urusan siri taklimat di atas akan diselaraskan oleh Pn. Intan Farahanah Amran dan
beliau boleh dihubungi di 013-3990299. Siri taklimat di atas adalah mengikut keselesaan Y.A.B.
Dato Seri dan kakitangan jabatan kerajan negeri Kedah
Kerjasama dan sokongan Y.A.B. Dato Seri dan kakitangan jabatan kerajaan negeri Kedah
berkenaan perkara di atas adalah amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.

Yang benar,

AB. LATIFF HJ. ABU BAKAR


Ketua Pegawai Eksekutif
HONG LEONG TOKIO MARINE TAKAFUL BERHAD

You might also like