You are on page 1of 2

UPEN (K) 937 ( 37 )

03 Mac 2010

Pengarah
Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia Kedah
Komples Pelancongan Negeri Kedah
Seksyen 20, Jalan Raja
05000 Alor Star
Kedah Darul Aman

Tuan,

JEMPUTAN MENYERTAI PAMERAN PELANCONGAN ”18th DISCOVER


THAILAND & DISCOVER WORLD 2010” BERSAMA KERAJAAN NEGERI KEDAH
PADA 11 – 14 MAC 2010

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk untuk perhatian dan tindakan
Tuan.

2. Untuk makluman Tuan pameran pelancongan ”18th Discover Thailand & Discover
World 2010” ini adalah bertujuan untuk mempromosi dan memasarkan produk-produk
pelancongan yang ada di Negeri Kedah ke peringkat antarabangsa. Pameran yang akan
berlangsung selama 4 hari ini akan turut disertai oleh negara-negara lain seperti
Indonesia, Vietnam dan China. Merujuk kepada mesyuarat penyelarasan yang telah
diadakan pada 02 Mac 2010, Kerajaan Negeri Kedah melalui Unit Perancang Ekonomi
Negeri Kedah (UPEN) telah bersetuju untuk menyertai pameran tersebut.

3. Sehubungan dengan itu, melalui mesyuarat penyelarasan yang diadakan pada 02


Mac 2010 Kerajaan Negeri melalui UPEN telah bersetuju untuk melantik Tuan menjadi
Pegawai Penyelaras bersama untuk pameran tersebut.

4. Untuk makluman Tuan juga Kerajaan Negeri bersetuju untuk menanggung kos
penginapan Tuan. Walaubagaimanapun lain-lain kos adalah ditanggung oleh pihak Tuan
sendiri. Bersama-sama ini disertakan borang pengesahan penyertaan ke Pameran
tersebut untuk diisi oleh Tuan seperti di lampiran berkelat.
BORANG PENYERTAAN KE PAMERAN

Unit Perancang Ekonomi Negeri Kedah


Aras 3, blok B, Wisma Darul Aman
05503 Alor Star
Kedah Darul Aman
(u.p : Tn. Syed Shafulamin)

No. Fax : 04-7330908


No. Tel : 04-7744370

Nama Jabatan / Agensi : __________________________________________

No.Tel & Fax : __________________________________________

BIL NAMA PESERTA NO. PASSPORT PENGINAPAN YANG JADUAL


& DIPERLUKAN PENERBANGAN
TEMPOH TAMAT (TEMPOH & TARIKH) (TARIKH PERGI &
BALIK)

* Sila lengkapkan butiran peserta di ruangan yang disediakan


* Sila fax dengan kadar SEGERA selewat-lewatnya pada atau sebelum 04 Mac 2010.

You might also like