You are on page 1of 5

Jawatankuasa Perhubungan (Liaison Committee) Vacation World Club 50-3-1, Kondo Teratai Mewah Jalan Langkawi, Setapak Garden

53000 KUALA LUMPUR

Rujukan : VWC/LC/SSM(1)/Sept13

September 2013 Pengarah Suruhanjaya Syarikat Malaysia Menara SSM @ Sentral No.7, Jalan Stesen Sentral 5 50623 KUALA LUMPUR (UP : Mohd Razin b. Muhammad) Tuan, ADUAN BERKAITAN KEAHLIAN DAN STATUS VACATION WORLD CLUB (VWC) Merujuk kepada perbualan talipon di antara En Shahrul Munir Ibrahim bagi pihak Jawatankuasa Perhubungan (Liaison Commitee - LC) dan pihak tuan pada 28 Ogos 2013. Saya selaku Pengerusi LC VWC ingin menarik perhatian pihak tuan berkaitan perkara di atas sepertimana yang akan dibincangkan seperti berikut.

A. LATAR BELAKANG VWC a. Secara ringkasnya, sepertimana yang dinyatakan di dalam kontrak di antara ahli-ahli dan kelab, VWC telah ditubuhkan oleh FAL BERHAD (FAL) (Company No. 118490X) untuk menjalani perniagaan timeshare vacation club bersama TANCO RESORTS BERHAD (TRB) (Company No. 237900H) melalui perjanjian dalam kerangka joint venture seperti di dalam perjanjian Joint Venture Agreement (JVA) di LAMPIRAN A yang dimeteri pada 23 Nov 1998. b. Perjanjian The Trust Deed pertama telah ditandatangani diantara FAL, TRUSTEES yang dilantik (LC telah dimaklumkan beberapa pertukaran TRUSTEES telah berlaku sepanjang penubuhan) dan ahli Timeshare Holders of FAL Vacation Plan pada 22 Mac 1993. TRUSTEES yang terakhir dilantik adalah PACIFIC TRUSTEES BERHAD (PTB). Maklumat mutakhir syarikat-syarikat yang terlibat dalam urusan Timeshare Vacation Plan tersebut adalah seperti berikut: (1) Tanco Resorts Berhad (TRB) No. 1, Persiaran Ledang Off Jalan Duta 50480 Kuala Lumpur Tel : 03-20952020 Samb: 2015 & 2017 Pegawai-pegawai yang bertanggungjawab adalah seperti berikut: (i) Mr Gary Koay - Pengurus Besar (ii) Ms Rosaline Nicholas - Pegawai Undang-Undang (iii) Mr AnuarIdzuari - Pengurus Operasi/Pemasaran) 1

(2)

FAL Berhad (FAL) 8-2, Jalan Medan Setia 2 Plaza Damansara 50490 Kuala Lumpur Tel : 03-20950015 Pegawai-pegawai yang bertanggungjawab adalah seperti berikut: (i) Dato Shamsul Falak Abdul Kadir - Group MD (ii) Mr Fuad bin Abdul Latiff - Pengurusan Operasi Pacific Trustees Berhad (PTB) Unit A-9-8, 9th Floor, Megan Avenue 1 No. 189, Jalan TunRazak Off Persiaran Hampshire 50400 Kuala Lumpur Tel : 03-21668830 Pegawai-pegawai yang bertanggungjawab adalah seperti berikut: (i) Mr Richard Chow - Pengurus Besar (ii) Mr Noel - Pegawai Undang-Undang (iii) Ms Diana - Pengurusan Operasi

(3)

c. Perlantikan Liaison Commitee (LC) LC dilantik berkuatkuasa setiap 2 tahun oleh ahli-ahli VWC semasa Mesyuarat Agung Tahunan VWC dan senarai Keahlian LC terkini adalah seperti terkandung dalam Minit Mesyuarat Agung Tahunan VWC Tahun 2010,2012 & 2012 di LAMPIRAN B. Pengerusi LC mempunyai kuasa signatory ke atas segala belanjawan senggaraan dari sumber Singking Fund yang dikawal oleh pihak pengurusan. d. Keahlian VWC. LC tidak memegang senarai lengkap keahlian. Senarai itu dipegang oleh TRB dan PTB. Namun LC telah dimaklumkan bahawa keahlian VWC adalah seramai kurang lebih 6000 orang dan dari jumlah tersebut hanya kurang lebih 3000 orang ahli sahaja yang aktif. e. Resorts. adalah seperti berikut: (1) Beberapa resort yang dimiliki oleh VWC selain dari affiliated resorts

Mar Vista, Penang Batu Feringgi Pulau Pinang Corus Paradise Port Dickson Negeri Sembilan Duta Le Village Beach Resort Kuantan Pahang Duta Sands Resorts Kuantan Pahang

- 2 unit

(2)

- 2 unit

(3)

- 10 unit

(4)

B. PERMASAALAHAN VWC Semasa Mesyuarat LC bersama pihak pengurusan, LC telah dimaklumkan tentang kedudukan keahlian termasuk status VWC ekoran dari lelongan resort dan kes saman mahkamah. Lelongan resort seperti terkandung dalam Minit-Minit Mesyuarat LC, TRB dan PTB di LAMPIRAN C adalah seperti berikut: (1) Lelongan Resort Sebuah resort yang dimilki telah dilelong dan sebuah lagi berada dalam proses lelongan. Kedua-dua resort tersebut merupakan resort yang dimiliki oleh VWC. LC telah dimaklumkan bahawa resort-resort tersebut telah dilelong tanpa sebarang gantian oleh FAL untuk menyelesaikan masaalah mereka sendiri yang tidak mempunyai hubungkait langsung dengan timeshare vacations. Resort-resort yang dilelong dan akan dilelong adalah seperti berikut: (i) Resort yang telah dilelong Corus Paradise Port Dickson, Negeri Sembilan Resort yang dalam proses lelongan. Duta Le Village Beach Resort Kuantan, Pahang

- 2 unit

(ii)

- 10 unit

(2) Masalah Penggunaan Resort Dua buah kondominium di Mar Vista, Pulau Pinang tidak boleh digunakan dengan sempurna kerana masalah urusan penggunaan antara TRB dan pihak pengurusan Mar Vista. (3) Senggaraan Resort Yang Tidak Sempurna Duta Sands Resorts, Kuantan Pahang tidak disenggara dengan sempurna dan tidak sesuai untuk diduduki. (4) Tanco Resorts Berhad (TRB) Syarikat ini telah diarah oleh Mahkamah untuk keluar dari JVA yang telah ditandatangani ekoran dari keputusan mahkamah dalam kes saman antara CIMB Bank (M) Bhd dan FAL. TRB termasuk Ahli VWC di Mahkamah Tinggi Malaya, Kuantan pada 12 Mac 2013. Kes saman ini melibatkan lelongan Duta Le Village Beach Resort seperti di LAMPIRAN D. Dengan itu TRB tidak lagi menjadi pihak pengurusan VWC mulai bulan Ogos 2013 dan segala urusan VWC perlu diurus sendiri oleh FAL. Keratan pengesahan email dari Legal Department, TRB berkaitan penyerahan hak pengurusan kepada FAL Bhd bertarikh 14 Ogos 2013 seperti di LAMPIRAN F. Turut disertakan bersama keratan pengesahan email dari Dato Shamsul Falak kepada Pengerusi LC dan keratan perbincangan dari Pengerusi LC kepada PTB di lampiran yang sama. (5) Kes Saman CIMB Dalam kes saman antara CIMB Bank (M) Bhd dan FAL termasuk TRB ini, ahli VWC telah dinamakan sebagai defedan kerana menjadi penghalang. Pihak ahli dikehendaki membayar yuran guaman berjumlah antara RM500 hingga RM20,000 sekiranya pihak ahli ingin mempertahankan aset di Duta Le Village dari dilelong.

C. PANDANGAN & KOMEN LC Pendapat LC ekoran dari keadaan VWC sekarang adalah seperti berikut: (1) Lelongan Resort Lelongan tersebut tidak dimaklumkan kepada ahli atau LC. Ianya juga telah menimbulkan kesulitan bukan hanya kepada ahli untuk menggunakan kemudahan yang sepatut disediakan dalam urusan vacation plan mereka bahkan juga LC untuk melaksanakan tugas kordinasi di antara ahli dengan pihak pengurusan. Pihak FAL pula tidak melayani segala keluhan ahli dan pihak TRUSTEE pula sering menunjukan sifat yang mereka hanya mempunyai tanggungjawab untuk mempertahankan hak FAL sedangkan mereka telah diberi bidang kuasa untuk menentukan kepentingan timeshares holders sentiasa terjaga. (2) Masalah Urusan Penggunaan Resort/Senggaraan Resort Yang Tidak Sempurna Kedua-dua perkara telah dimaklumkan kepada pihak pengurusan ketika itu. Namun sehingga kini tiada keputusan muktamad dicapai. (3) Arahan Mahkamah Kepada Tanco Resorts Berhad (TRB) Pihak LC tidak dapat menjalankan bidang tugas dengan sepenuhnya tanpa TRB kerana TRB merupakan pihak pengurusan utama. Kini pihak LC perlu berhubung dengan FAL dan juga PTB dalam segala urusan. (4) Kes Saman CIMB LC berpendapat bahawa ahli tidak terlibat dalam kes saman ini kerana kes ini merupakan urusan antara pihak FAL dan TRB dengan pihak CIMB Bank Bhd. Pihak ahli hanya mempertahankan agar kemudahan itu tidak dilelong kerana ia akan melibatkan urusan vacation plan. LC berpendapat yang ahli tidak akan turut serta dalam saman tersebut.

D. URUSAN LC DENGAN PIHAK FAL & PACIFIC TRUSTEE BERHAD (PTB) Pihak LC telah cuba beberapa kali untuk bertemu dan berbincang dengan FAL terutama Dato Shamsul Falak selaku Group MD. Malangnya usaha tersebut tidak berjaya dan FAL seolah-olah tidak mahu melayani segala keluhan LC. Tujuan pertemuan tersebut adalah untuk mengetahui halatuju VWC termasuk keahlian. LC hanya dapat berbincang dengan pihak PTB sahaja. Dalam semua perbincangan dengan pihak PTB, PTB kelihatan tidak dapat menjaga kepentingan ahli dan sering menyatakan bahawa mereka hanya menjalankan tugas amanah dan perlu di bawah arahan FAL. Pihak LC juga telah memaklumkan kepada PTB bahawa satu Mesyuarat Agung Tergempar perlu diadakan dengan semua ahli untuk menerangkan kedudukan VWC dan PTB bertanggungjawab untuk memanggil mesyuarat tersebut. Sehingga kini pihak LC belum lagi menerima sebarang maklumbalas dari PTB. Oleh yang demikian, LC mencapai satu keputusan untuk membuat aduan in kepada pihak tuan. LC memohon jasa baik pihak tuan agar aduan kami ini dapat diberi perhatian sewajarnya. Sehubungan dengan itu, kami ingin mengadakan memohon satu pertemuan dengan pihak tuan dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara ini secara terperinci.

Terima kasih di atas perhatian, nasihat dan sokongan yang diberikan oleh pihak tuan bagi menyelesaikan kemelut sekian lama tiada bernoktah ini.

Yang benar,

RAHMAT BIN MOHD KHATIB Pengerusi Liasion Commitee Session 2013/2014 Lampiran: A. Joint Venture Agreement Vacation World Club VWC B. Minit Mesyuarat Agung Tahunan VWC 2010 & VWC 2012 & VWC 2013 C. Minit Mesyuarat LC & TRB & PTB bertarikh 17 Jun 2011 Minit Mesyuarat LC & TRB & PTB bertarikh 15 Nov 2011 Minit Mesyuarat LC & TRB & PTB bertarikh 3 Mac 2012 Minit Mesyuarat LC & TRB & PTB bertarikh 13 Okt 2012 Minit Mesyuarat LC & TRB & PTB bertarikh 10 Jan 2013 Minit Mesyuarat LC & TRB & PTB bertarikh 22 Mac 2013 D. Saman MahkamahTinggi Malaya Kuantan Di Antara CIMB Dengan TRB, PTB & Ahli VWC Bertarikh 12 Mac 2013 E. Sebut Kes oleh Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur antara FAL Bhd & Tanco Resorts Berhad pada 8 Feb 2013 beserta Draft Consent Judgement oleh Plaintiff Solicitors (Paul Ong & Associates) F. Keratan Pengesahan email dari Legal Department, TRB dalam penyerahan hak pengurusan Kepada FAL Bhd yang bertarikh 14 Ogos 2013. Beserta perbualan email dari Pengerusi LC dan Dato Shamsul Falak dan Pacific Trustee Bhd.

You might also like