You are on page 1of 4

KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD

Syarikat perusahaan terbahagi kepada dua iaitu syarikat perusahaan awam dan

syarikat perusahaan swasta. Salah satu syarikat perusahaan awam yang telah diswastakan

ialah Kereta api Tanah Melayu Berhad (KTMB). Kertas kerja ini akan membincangkan

sedikit sebanyak latar belakang penubuhan, operasi syarikat, sumbangan kepada masyarakat

dan cadangan penambahbaikan kepada KTMB.

KTMB sebelumnya dikenali sebagai sebuah agensi di bawah Pentadbiran Kereta api

Tanah Melayu merupakan pengendali kereta api utama di negara kita. Penswastaan atau

pengkorporatan syarikat ini jatuh pada tanggal 1 Ogos 1991 yang telah dirasmikan oleh

perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad. Kini, penswastaan KTMB memberi

sumbangan yang signifikan kepada perjalanan rakyat Malaysia dalam pengangkutan awam

daripada selatan ke utara.

KTMB berkembang daripada hanya mengangkut bijih timah kepada pengangkutan

orang ramai. ‘Electric Train Service (ETS)’ adalah salah satu operasi yang dijalankan oleh

KTMB. ‘KTM Intercity’, KTM Kargo, Komuter dan ‘Skypark Link’ juga merupakan operasi

yang ditawarkan oleh KTMB. ‘KTM Intercity’ menawarkan perjalanan yang

menghubungkan bandar di selatan dan pantai timur dalam tiga laluan utama. Komuter pula

menyediakan koc kereta api yang lebih canggih.

Seterusnya, antara sumbangan KTMB kepada masyarakat ialah Akademi KTM yang

menyediakan khidmat latihan bakal pakar dalam industri kereta api. KTMB juga telah

memberi 100 000 kad komuter link secara percuma atas galakan pembayaran tanpa tunai.

Seterusnya, KTMB menyediakan koc yang khusus untuk golongan wanita 1 sahaja supaya

menjamin keselamatan daripada gangguan seksual.


KTMB wajar merangka kursus persediaan operator kereta api dalam mendisiplinkan

masa. Pemantauan pihak atasan perlu dititikberatkan. KTMB seharusnya mengambil

tindakan tegas jika berlaku kelewatan masa atas sebab kelewatan operator. Kekurangan

gerabak pula menyebabkan penumpang tidak berpeluang menaik mana-mana tren. Oleh itu,

pihak KTMB perlu menambah gerabak sesuai dengan bilangan penumpang. Statistik

bilangan penumpang juga perlu diperbaharui setiap bulan bagi menyesuaikan bilangan

penumpang dan gerabak.

Konklusinya, penswastaan KTMB banyak memberi manfaat kepada rakyat Malaysia

dalam kemudahan pengangkutan awam. KTMB juga telah menghubungkan perjalanan

daripada bandar ke bandar atau ke luar bandar dan juga selatan ke pantai timur dengan

operasi yang ditawarkan. Sumbangan KTM kepada industri kereta api juga mampu

mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia. Diharap agar cadangan penulis dapat

memperkasa operasi KTMB sejurus membaiki kelemahan yang ada.

346 patah perkataan


Rujukan

KTM Berhad. 2018. ‘ETS Details’.


http://www.ktmb.com.my/ETS.html [10 Januari 2019]

KTM Berhad. 2018. ‘KTM Intercity Details’.


http://www.ktmb.com.my/Intercity.html [10 Januari 2019]

KTM Berhad. 2018. ‘KTM Kargo Details’.


http://www.ktmb.com.my/Kargo.html [10 Januari 2019]

KTM Berhad. 2018. ‘KTM Komuter Details’.


http://www.ktmb.com.my/Komuter.html [10 Januari 2019]

KTM Berhad. 2018. ‘Skypark Link Details’.


http://www.ktmb.com.my/Skypark.html [10 Januari 2019]

KTM Berhad. 2018. Akademi KTM (MyRA)


http://www.ktmb.com.my/Myra.html [10 Januari 2019]

Agensi Pekerjaan Ajobthing. 2017. KTM berikan 100000 kad komuter link percuma bermula
hari ini. https://blog.maukerja.my/ktm-berikan-100000-kad-komuter-link-percuma-
bermula- hari-ini-cepat-serbu [11 Januari 2019]

Star Media Group Berhad. 2010. Koc Komuter Khusus Untuk Wanita Bermula Hari Ini.
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2010/04/28/koc-komuter-khusus-untuk-
wanita-bermula-hari-ini [11 Januari 2019]
1

You might also like