You are on page 1of 2

Negara kita mempunyai rangkaian lebuh raya yang termoden di asia

tenggara.Kemudahan in mampu memberi satu peluang ekonomi kepada


rakyat negara ini.Negara kita memiliki rangkaian lebuh raya yang
mengagumkan masyarakat luar.Antara lebuh raya di Negara kita ialah lebuh
raya utara,selatan,dan sebagaimya.Antara kebaikan lebuh raya ialah
memastikan perjalanan antara Bandar negeri ke negeri menjadi
mudah.Keadaan lebuh raya yang menghubungkan semua
kawasanmenjadikan kita lebuh mudah dihubungi tanpa sebarang
masaalah.Kalau tiada lebuh raya, tempoh masa yang lebih panjang
diperlukan dalam pergi ke sesuatu tempat.
Lebuh raya mempunyai lebih daripada 3 lorong.Keadaan ini menyebabkan
pemamdu boleh memandu dengan lebih selamat dan kadar kemalangan
dapat diminimumkan.Pembinaan lebuh raya dapat menjana pertumbuhan
ekonomi sesebuah kawasan.Lebih banyak industri atau perniagaan
diwujudkan kerana pengguna boleh sampai ke destinasi tanpa sebarang
masaalah.Peluang perkerjaan kepada masyarakat juga bertambah.Ini juga
mambawa kepada wujudnya kawasan kawasan Bandar baru di sepanjang
lebuh raya.

Isu yang paling hebat dialami oleh lebuh raya kita ialah isu tol kerana
saban tahun kadar harga tol terus dinaikkan sehingga menjadi satu
beban pula kepada penggunanya. Kadar tol yang terlalu tinggi ini
menyebabkan ramai pihak meluahkan rasa tidak senang kerana
jumlah pengguna tol meningkat setiap tahun tetapi kadar tol tidak
menurun pula kerana berpendapat semakin banyak pengguna sudah
pasti tol akan berkurangan yakni konsep mudah perniagaan. Kadar tol
bersama-sama kos minyak menyebabkan kos menggunakan
kenderaan sendiri untuk ke destinasi tertentu begitu memeritkan poket
pengguna. Maka, isu tol ini harus diperjelaskan dan diturunkan supaya
lebih ramai pengguna lebuh raya mampu menikmati kemodenannya.

Kesesakan di lebuh raya juga menjadi bahan kutukan semua pihak


terutama ketika musim perayaan atau waktu sibuk ke atau balik dari

pejabat. Pengguna membuat kesimpulan bahawa mereka terpaksa


membayar tol untuk berada dalam kesesakan lebuh raya padahal
lebuh raya berfungsi untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas.
Pelbagai alasan dan cadangan telah dikemukakan oleh pihak
berkuasa yang menguruskan lebuh raya tentang masalah ini tetapi
pengguna beranggapan bahawa mereka hanya memberikan alasan
sahaja tanpa melakukan sebarang tindakan yang konkrit untuk
mengatasinya kerana pihak berkuasa sedar pengguna tiada pilihan
lain. Jadi, selagi isu kesesakan lebuh raya ini tidak diselesaikan selagi
itulah pihak berkuasa lebuh raya akan terus menerima kecaman demi
kecaman kerana gagal melaksanakan tugas mereka.

Pembinaan lebuh raya memberikan imej moden terhadap Negara.Masyarakat


luar akan menilai pembangunan sesebuah Negara melalui infrastrukturnya
seperti lebuh raya.Jadi pembinaan lebuh raya memang baik untuk kita dala,
meningkatkan ekonomi Negara agar Negara kita dapat menjadi lebih major
dan makmur.

You might also like