You are on page 1of 141

PELAN TINDAKAN PENGAJIAN TINGGI NEGARA

FASA 2 (2011 - 2015)

MENCETUS TRANSFORMASI PENGAJIAN TINGGI

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

KANDUNGAN

Muka surat

Kata Alu-Aluan Menteri Pengajian Tinggi

Kata Alu-Aluan Ketua Setiausaha

Pengenalan

Pelaksanaan PSPTN Fasa 1

10

Pembentukan Pelan Tindakan PSPTN Fasa 2

15

Objektif Pelan Tindakan Fasa 2

16

Pelaksanaan Pelan Tindakan Fasa 2

16

Strategi Pelaksanaan

17

Kaitan Dengan Pelan Tindakan Fasa 1

17

Projek Agenda Kritikal (CAP)

19

Tadbir Urus

19

Kepemimpinan

25

Akademia

29

Pembelajaran dan Pengajaran

33

Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)

37

Pengantarabangsaan

44

Industri-Akademia

49

Kebolehpasaran Siswazah

53

Institusi Pengajian Tinggi Swasta

57

Pembangunan Holistik Pelajar

62

Jaminan Kualiti

66

Transformasi Politeknik

71

Aksesibiliti dan Kelestarian

77

MyBrain15

86

Program Pemacuan Ke Arah Kecemerlangan (Apex)

91

e-Pembelajaran

99

Sistem Penyampaian Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)

103

Pembelajaran Sepanjang Hayat

112

Top Business School (TBS)

117

Pusat Kecemerlangan (CoE)

120

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Muka surat

Keusahawanan

123

Transformasi Kolej Komuniti

126

Program Pemindahan Pengetahuan (KTP)

130

Sokongan Pelaksanaan

133

Kesimpulan

136

Daftar Singkatan

137

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Kata Alu-Aluan
Menteri Pengajian Tinggi
Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya,
kita telah melepasi seterusnya menjayakan pelaksanaan Fasa 1 (2007-2010)
bagi Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), yang digubal untuk
mempertingkatkan kualiti modal insan melalui pemerkasaan pengajian tinggi
negara. Saya berterima kasih kepada semua pihak yang begitu komited
menyumbang kepakaran, tenaga dan masa untuk memastikan kelancaran
pelaksanaan Fasa 1, yang berobjektifkan Peletakan Asas bagi kelancaran
pelaksanaan fasa-fasa PSPTN yang seterusnya.
Pengajian tinggi negara memainkan peranan yang amat penting dalam usaha mentransformasikan
Malaysia menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi yang rakyatnya berdaya saing serta
berpemikiran inovatif. Justeru, satu landasan pengajian tinggi yang kukuh, mantap dan berkesan menjadi
satu imperatif. Pelan Tindakan Fasa 2 (2011 2015) menterjemahkan hala tuju pengajian tinggi negara
melalui garis panduan peningkatan dan pemerkasaan pelaksanaan Fasa 2 PSPTN. Pelaksanaan Fasa 2
ini juga akan memacu perjalanan kita dengan lebih mantap lagi ke arah menjadikan Malaysia sebagai
hab kecemerlangan pengajian tinggi melangkaui 2020. Fasa 2 PSPTN ini juga akan menggariskan langkahlangkah untuk melonjakkan Malaysia ke peringkat global.
Kerjasama semua pihak dalam merealisasikan hasrat peningkatan dan pemerkasaan amat diperlukan.
Ikhtiar dan usaha kita melalui penggabungan kepakaran, pemikiran dan operasi akan membawa kita
kepada kejayaan negara yang akan memanfaatkan semua pihak untuk kemakmuran masa hadapan
negara.
Wassalam,

Dato Seri Mohamed Khaled Bin Nordin

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Kata Alu-Aluan
Ketua Setiausaha
Fasa 1 Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) telah meletakkan asas
yang kukuh untuk warga Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengorak langkah ke
hadapan. Berpaksikan tujuh teras PSPTN, Pelan Tindakan Fasa 2, yang diterjemahkan
melalui projek-projek agenda kritikal (CAP), menjadi rujukan fokal dalam memastikan
pelaksanaan berlaku secara sistematik dan terancang.
Penekanan yang diletakkan kepada aspek kualiti dalam PSPTN bertujuan
memastikan bahawa inisiatif yang dilaksanakan memenuhi tuntutan negara untuk
meningkatkan kualiti modal insan yang diperlukan demi mencapai hasrat negara
berpendapatan tinggi. Justeru, kerjasama semua dalam berkongsi ilmu dan memberi komitmen yang tinggi
adalah amat diperlukan.
Pada masa yang sama, kepekaan kepada perkembangan pengajian tinggi global dan perubahan ekosistem
lain yang begitu dinamik, perlu dalam melaksanakan inisiatif yang dirancang. Untuk kejayaan Fasa ini, selain
daripada bertindak secara reaktif, kita perlu menggunakan keupayaan pengetahuan kita untuk bertindak
secara proaktif, bagi mencetuskan gagasan ilmu dan keberhasilan yang akan merevolusikan sektor pengajian
tinggi negara.
Akhir kata, ucapan terima kasih dan sekalung penghargaan saya kepada semua pihak yang telah terlibat
dan begitu komited dalam memastikan Pelan Tindakan Fasa 2 PSPTN dapat direalisasikan.

Datuk Ab. Rahim Bin Md. Noor

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

PENGENALAN
Pengajian Tinggi di Malaysia terus subur semenjak penubuhan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada tahun
2004 dan isu-isu pengajian tinggi juga semakin mendapat perhatian segenap pihak mahupun media, rakyat
dan kerajaan. Kementerian telah memperkenalkan pelbagai polisi dan dasar untuk pemantapan pengajian
tinggi negara agar wujud ekosistem yang kondusif bagi menerajui kegemilangan ilmu. Ini juga seiring dengan
usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pengajian tinggi serantau serta muncul sebagai pilihan utama
pelajar dan intelektual antarabangsa menjelang 2020.
Pelan Tindakan Fasa 2 Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) ini akan terus memperkukuh dan
memperkasa sektor pengajian tinggi negara sepanjang Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) bagi
tempoh 2011 2015. Sehingga akhir Januari 2011, terdapat 20 buah institusi pengajian tinggi awam, 27 buah
politeknik dan 72 buah kolej komuniti (termasuk kolej cawangan) yang sedang beroperasi. Pelaksanaan Pelan
Tindakan ini akan membolehkan peranan semua institusi dimantapkan lagi dari segi kualiti dengan menambah
nilai pengisian yang sedia ada. Fokus khusus diletakkan kepada aspek pembangunan prasarana intelektual,
sahsiah pelajar, kurikulum, penyelidikan, pembangunan dan inovasi serta mempertingkatkan penggunaan
teknologi dalam proses pembelajaran dan pengajaran, termasuk melalui pembelajaran secara atas-talian
dan pengajian jarak-jauh.
Pelan Tindakan ini memberi tumpuan kepada pelaksanaan dan pencapaian bagi projek-projek yang
ditetapkan, di IPT universiti awam, politeknik dan kolej komuniti. Keterlibatan IPTS bagaimanapun wujud
melalui pelaksanaan dasar, usaha penjaminan kualiti, latihan kepemimpinan dan usaha-usaha yang
menyokong Perkongsian Awam-Swasta (Private Public Partnerships) di bawah RMKe-10. Adalah diharapkan
jurang perbezaan antara institusi pengajian tinggi awam dan institusi pengajian tinggi swasta dapat dikecilkan,
melalui inisiatif-inisiatif yang berlandaskan perkongsian ilmu dan sumber antara kedua-duanya. Jika institusi
pengajian tinggi awam melaksanakan transformasi melalui instrumen yang diwujudkan melalui PSPTN, peranan
institusi swasta akan digerakkan melalui inisiatif-inisiatif Program Transformasi Ekonomi (ETP). Walaupun terdapat
perbezaan entiti (awam dan swasta), pengharapan tentang penghasilan dan keberhasilan adalah sama,
iaitu untuk tujuan kemakmuran ekonomi dan sosial negara.
Aspirasi murni untuk mencapai status negara maju berpendapatan tinggi amat bersandarkan kepada
ekonomi berasaskan inovasi, yang berlandaskan daya kreativiti dan pengetahuan peringkat tinggi. Atas dasar
itu, peningkatan keupayaan institusi pengajian tinggi negara, awam dan swasta, perlu sentiasa diusahakan
melalui pendekatan inovatif, yang berkemungkinan menuntut kebezaan dengan pendekatan konvensional.
Pada Fasa 2 PSPTN, penekanan diberi kepada usaha meningkatkan akses kepada pengajian tinggi, di mana

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

tumpuan khusus diberikan kepada akses kepada program pascasiswazah, yang akan dinyatakan dengan
jelas dalam Halatuju Program Pascasiswazah setiap IPTA. Pertambahan bilangan pelajar pada peringkat ini
akan dapat menyumbang kepada pemerkasaan modal insan negara ke arah pengukuhan masyarakat
berpengetahuan (knowledge society) negara. Ini berdasarkan laporan UNESCO (2005:17) yang menyatakan
bahawa masyarakat berpengetahuan adalah a society that is nurtured by its diversity and its capacities.
Pertambahan akses kepada program pascasiswazah akan menyumbang kepada pertambahan aktiviti
penyelidikan, pembangunan dan inovasi, yang mempunyai kaitan yang rapat dengan pertumbuhan ekonomi
negara.
Penekanan pada Fasa ini juga diletakkan kepada peningkatan usaha dalam mengupayakan penyelidikan
dan pembangunan ke arah keberhasilan dalam bentuk inovasi dan pengkomersilan. Dalam hal ini, semua IPTA
perlu mempunyai halatuju atau Roadmap R&D masing-masing yang jelas, dan melaksanakan usaha-usaha
yang agresif dalam memastikan rantaian nilai penyelidikan-inovasi-pengkomersilan wujud dan diuruskan
secara berkesan. Keterbukaan semua pihak pelaksana dan pihak berkepentingan amatlah penting, kerana
keterbukaan inilah yang akan dapat menyumbang kepada penambahbaikan, yang akan seterusnya
membawa kepada peningkatan kualiti penyelidikan dan inovasi yang dilaksanakan dalam sektor pengajian
tinggi negara. Usaha usaha yang dilaksanakan juga akan merealisasikan hasrat negara melihat universiti
menjadi hab inovasi negara. Dalam hal ini juga, kolaborasi yang kukuh dan pintar (smart partnership) antara
pihak IPT dan industri perlu diwujudkan, kerana kedua-dua entiti saling memerlukan antara satu dengan
lain dalam konteks pembangunan negara. Kolaborasi yang mantap perlu diwujudkan bukan sahaja untuk
pengukuhan aspek-aspek berkaitan pembelajaran dan pengajaran, tetapi juga supaya gabungan usaha oleh
kedua-dua pihak dapat mengurus pelbagai cabaran yang perlu ditangani ke arah mewujudkan persekitaran
yang mapan. Pada masa yang sama, komuniti harus boleh mendapat manfaat daripada pelbagai jenis
usaha kolaboratif antara akademia dan industri, untuk kesejahteraan sosio-ekonomi negara.
Penekanan kepada peningkatan kualiti modal insan yang dihasilkan dari inisiatif semua pihak adalah selari
dengan pegangan bahawa modal insan berinovasi adalah jentera utama yang akan memacu transformasi
negara; juga dinyatakan secara khusus dalam RMKe-10 dan Model Baharu Ekonomi. Dalam konteks ini, Pelan
Tindakan Pembangunan Modal Insan Inovatif Peringkat Tertiari diwujudkan atas rasional untuk menggerakkan
ekonomi berasaskan inovasi, dengan modal insan sebagai penggerak utama. Di samping itu, keterlibatan
semua lapisan masyarakat dalam menggerak ekonomi negara, dilihat melalui pembelajaran berterusan,
yang jelas dinyatakan objektifnya dalam Pelan Pembudayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat. Pelaksanaan
Pelan ini akan membolehkan semua lapisan masyarakat memanfaatkan IPT yang terdapat di komuniti masingmasing untuk tujuan peningkatan ilmu dan pemerolehan kelayakan yang lebih tinggi agar masyarakat
pekerja yang berilmu, lebih terlatih dan berkemahiran tinggi dapat dihasilkan. Selain itu, Pelan Tindakan ICT

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

juga akan digubal; yang memberi penekanan kepada ICT sebagai medium untuk menjayakan industri, dan
untuk pembangunan industri ICT itu sendiri. Pelaksanaan ketiga-tiga agenda ini pada peringkat KPT, yang
seiring dengan Pelan Tindakan Fasa 2 PSPTN, akan mewujudkan satu ekosistem sinergistik yang dinamik yang
mempunyai, dan mendatangkan nilai tambah yang penting dalam memastikan hasrat negara tercapai.
Malaysia berhasrat menjadi hab pengajian tinggi antarabangsa menjelang 2020. Dalam era di mana pengajian
tinggi adalah satu bentuk komoditi, hasrat ini perlu diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan yang efektif
oleh semua pihak, sama ada KPT sendiri selaku penggubal dasar dan IPT sebagai pihak pelaksana, supaya
perkhidmatan yang diberikan adalah bertaraf dunia. Keunggulan dan ketertampakan Malaysia sebagai
pembekal pengajian tinggi yang berkualiti menuntut usaha penambahbaikan dan penanda arasan yang
berterusan. Kedudukan Malaysia yang semakin dikenali sebagai negara pembekal pengajian tinggi yang
berkualiti perlu dipertingkatkan, kerana hasil yang diperoleh bukan terhad kepada pengaliran wang masuk
ke negara (contohnya penjanaan pendapatan), tetapi juga hasil berbentuk intangible, seperti perkongsian
ilmu dan peningkatan kepakaran. Program-program pengantarabangsaan perlu difokuskan kepada usahausaha meletakkan Malaysia sebagai pemain global (global player), di mana keterlibatan negara dalam hal
ini tidak terhad hanya kepada program pertukaran pelajar dan staf sahaja, tetapi program-program yang
memaksimakan kelebihan Malaysia dalam usaha-usaha kolaborasi dan memberi khidmat konsultasi pada
peringkat global. Melalui program pengantarabangsaan juga, sektor pengajian tinggi akan menekankan
kepada inisiatif diplomatik dalam usaha untuk berkongsi nilai-nilai Malaysia dengan serata dunia.
Kecemerlangan pengajian tinggi akan terus menjadi fokus utama Fasa 2 dan fasa-fasa seterusnya PSPTN,
dengan kedudukan masa kini sebanyak lima universiti penyelidikan dan sebuah universiti, USM (yang juga
adalah sebuah universiti penyelidikan), dalam projek Apex. Projek Apex akan tamat pada 2013, iaitu dalam
tempoh Fasa 2 PSPTN. Kejayaan dan keberhasilan projek tersebut akan dinilai pada waktu itu, manakala
prestasinya dipantau secara berkala sepanjang tempoh pelaksanaannya. Kelangsungan projek itu akan
ditetapkan berdasarkan dapatan penilaian dan persekitaran semasa pengajian tinggi, memandangkan
indikator kecemerlangan institusi kini juga wujud dalam bentuk universiti penyelidikan, yang semestinya akan
lebih mantap, dari segi kualiti dan juga kuantiti menjelang 2013. Inisiatif memantapkan sektor pengajian
tinggi negara akan menyaksikan pengiktirafan universiti penyelidikan yang berfokuskan bidang sains sosial,
berasaskan kepada kepercayaan bahawa kekuatan sesebuah negara bukan hanya pada kejayaan dalam
bidang sains dan teknologi, tetapi juga kepada keseimbangan yang wujud dengan aspek sains sosial. Adalah
dijangka berlaku penambahan dalam bilangan Top Busines School yang diiktiraf, berdasarkan kriteria yang
menekankan kepada kualiti yang ditandaaraskan dengan entiti terkemuka dunia. Sementara itu, pusatpusat kecemerlangan institusi pengajian tinggi (HICoE) sedia ada akan dinaik taraf kepada CoE kebangsaan,
serantau dan seterusnya mendapat pengiktirafan pada peringkat antarabangsa, di mana penilaian akan

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

dilaksanakan berdasarkan kriteria tertentu. Kecemerlangan pengajian tinggi walau bagaimanapun,


tidak akan didasarkan kepada sistem atau instrumen-instrumen ranking terkemuka dunia pada masa kini.
Kementerian Pengajian Tinggi tidak akan taksub kepada sistem ranking tersebut, memandangkan fokus
pengajian tinggi harus diberi kepada kepentingan keperluan Negara, yang tidak semestinya sama dengan
elemen-elemen yang menjadi kayu ukur dalam instrumen ranking yang digunakan. Justeru tiada sasaran
kedudukan akan dinyatakan dalam hal ini. Walau bagaimanapun, pemerhatian akan terus dilaksanakan ke
atas perkembangan sesetengah elemen yang digunakan dalam instrumen-instrumen tersebut, yang boleh
dimanfaatkan untuk tujuan penanda arasan.
Selari dengan usaha memakmurkan negara ke arah mencapai objektif negara berpendapatan tinggi,
Pelan Tindakan Fasa 2 meletakkan fokus kepada perkembangan bidang-bidang dan aspek-aspek
berkaitan. Keperluan meningkatkan bilangan pekerja mahir dan teknikal negara menuntut kepada tindakan
memperkukuhkan bidang pengajian berteraskan Technical Education Vocational & Training (TEVT). Universitiuniversiti teknikal (MTUN), Politeknik dan Kolej Komuniti memainkan peranan yang amat penting dalam
memacu agenda ini, melalui pendekatan mengarusperdanakan pendidikan teknikal dan vokasional,
yang akan melibatkan peningkatan akses, penambahbaikan program, kolaborasi intra dan antara institusi,
penawaran program baharu dan sebagainya. Bidang-bidang pengajian dan R&D yang selari dengan
keperluan 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) wajar diberi fokus, kerana hasilnya bukan saja melonjak
sektor pengajian tinggi negara, tetapi juga akan dirasai oleh sektor ekonomi negara pada keseluruhannya.
Selain itu, Fasa 2 juga meletakkan fokus kepada usaha mengarusperdanakan pendidikan keusahawanan.
Objektif usaha ini adalah untuk meningkatkan daya keusahawanan di dalam kalangan semua pelajar,
yang akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Ini berdasarkan idea bahawa kewujudan
budaya keusahawanan dan keterlibatan pelajar dalam budaya tersebut yang teguh, akan menghasilkan
kejayaan ekonomi dan sosial, bagi inidividu atau masyarakat pada peringkat tempatan, kebangsaan
mahupun global. Semua inisiatif yang dilaksanakan, bukan saja bagi CAP Keusahawanan, malah juga bagi
PSPTN keseluruhannya, adalah ke arah menjayakan matlamat enterprising Malaysia. Kejayaan tersebut akan
mengupayakan negara untuk mencapai objektif negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Walau apa pun bentuk aktiviti Peningkatan dan Pemerkasaan pengajian tinggi yang dilaksanakan, Pelan
Tindakan Fasa 2 memastikan aspek kualiti terjamin, melalui pendekatan dan mekanisme pengukuran yang
bersesuaian, samada pada peringkat kementerian, mahu pun pada peringkat institusi. Hasrat besar PSPTN
untuk meningkatkan modal insan negara dan menjadi hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa
mesti dicapai dalam konteks tiada kompromi terhadap kualiti.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

PELAKSANAAN PSPTN FASA 1


Pelaksanaan
Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dirancang untuk dilaksanakan dalam tempoh empat fasa
pelaksanaan:

Fasa 1: Peletakan Asas (2007 2010)

Fasa 2: Peningkatan dan Pemerkasaan (2011 2015)

Fasa 3: Kecemerlangan (2016 2020)

Fasa 4: Kegemilangan dan Kelestarian (melangkaui 2020)

Pelaksanaan PSPTN pada Fasa 1 telah berpandukan Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2007 2010,
yang telah menggariskan strategi dan pelan tindakan bertujuan untuk meningkatkan dan menambah baik
sistem pengajian tinggi Negara dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9).
Laporan pencapaian PSPTN bagi Fasa 1, berbentuk Nota Jemaah Menteri (NJM), telah dibentangkan kepada
kabinet seperti berikut:

Laporan Kemajuan Pelaksanaan PSPTN bagi tempoh Ogos 2007 Jun 2008

Laporan Kemajuan Pelaksanaan PSPTN bagi tempoh Julai Disember 2008

Laporan Kemajuan Pelaksanaan PSPTN bagi tempoh Januari - Jun 2009

Laporan Kemajuan Pelaksanaan PSPTN bagi tempoh Julai - Disember 2009

Laporan Kemajuan Pelaksanaan PSPTN bagi tempoh Januari - Disember 2010

Laporan yang dikemukakan melalui NJM tersebut adalah berpandukan pelan pelaksanaan dan hala tuju
bagi setiap Projek Agenda Kritikal (CAP) dan pencapaian serta keberhasilan (outcome) masing-masing yang
telah ditetapkan dalam Pelan Pelaksanaan Fasa 1.
Sehingga Disember 2010, 22 CAP telah dikenal pasti dan beroperasi dari segi penetapan hala tuju, pelan
pelaksanaan dan penetapan indikator bagi pengukuran pencapaian. (Satu CAP, iaitu CAP Tabung
Pembangunan Modal Insan (Human Capital Development Fund), telah digugurkan memandangkan terdapat
pertindihan objektif antara CAP tersebut dengan CAP MyBrain15, di mana keputusan telah dibuat dalam
Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu PSPTN untuk kesemua objektif bagi kedua-dua CAP tersebut dirangkumi
di bawah CAP MyBrain15. Kesemua 22 CAP merangkumi projek-projek yang berpusatkan lima tonggak institusi

10

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

yang telah dikenal pasti dalam PSPTN, iaitu:


Tadbir Urus

Kepemimpinan

Akademia

Pembelajaran dan Pengajaran

Penyelidikan dan Pembangunan

17 CAP yang lain adalah seperti berikut:


Pengantarabangsaan

Industri-Akademia

Kebolehpasaran Siswazah

Institusi Pengajian Tinggi Swasta

Pembangunan Holistik Pelajar

Jaminan Kualiti

Transformasi Politeknik

Aksesibiliti dan Kelestarian

MyBrain15

Program Pemacuan Ke Arah Kecemerlangan (Apex)

e-Pembelajaran

Sistem Penyampaian KPT

Pembelajaran Sepanjang Hayat

Top Business School

Pusat Kecemerlangan (CoE)

Keusahawanan

Transformasi Kolej Komuniti

Setiap CAP yang diwujudkan dipertanggungjawabkan kepada sebuah urus setia atau sekretariat khusus yang
berperanan sebagai pemilik (owner) untuk tujuan kebertanggungjawaban berkaitan pelaksanaan agendaagenda yang akan membawa kepada pencapaian objektifnya.
Setiap Sekretariat CAP diketuai oleh seorang Pengerusi, yang dilantik oleh Ketua Setiausaha KPT. Pengerusi CAP
dilantik dari kalangan ahli akademik, yang mempunyai kepakaran dalam bidang ilmu yang berkaitan dengan CAP
yang diterajuinya. Pengerusi CAP mengetuai pasukan projek CAP yang terdiri daripada Ketua Sekretariat dan

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

11

ahli kumpulan, yang terdiri daripada kalangan pentadbir, ahli akademik dan pihak lain yang berkepentingan.
Proses semakan pencapaian dan semak semula petunjuk prestasi utama dilaksanakan secara berterusan
dan berdasarkan keperluan semasa serta perubahan senario dan keperluan pengajian tinggi, bukan sahaja
di Malaysia, malah juga berdasarkan perkembangan pada peringkat global. Dalam hal ini, pendekatan yang
telah digunakan adalah seperti yang digambarkan:
PROSES PENAMBAHBAIKAN BERTERUSAN PROJEK AGENDA KRITIKAL

PENETAPAN

PENYEMAKAN
SEMULA

PENILAIAN

PELAKSANAAN

PEMANTAUAN

Rumusan Pencapaian
Pencapaian Fasa 1 PSPTN diukur melalui pencapaian setiap sasaran (target) CAP, yang telah ditetapkan
petunjuk prestasi utama (key performance indicator, KPI) masing-masing melalui proses rundingan dan
perbincangan dengan pihak pelaksana dan pemegang taruh utama. Satu skala telah digunakan untuk
menyatakan tahap pencapaian bagi setiap KPI yang ditetapkan, berbanding sasaran. Skala pencapaian
yang digunakan adalah seperti berikut:
SKALA PENCAPAIAN KPI

Sasaran dicapai 100% & ke atas


50 -<100% daripada sasaran dicapai
<50 % daripada sasaran dicapai

12

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Terdapat 107 KPI yang terpakai sehingga akhir Fasa 1 (2010) PSPTN. Daripada keseluruhan 107 KPI tersebut,
pencapaian adalah seperti yang dinyatakan di bawah:
PENCAPAIAN KPI CAP PSPTN 2010

# KPI
107

64

% pencapaian

23
81% (87)

20
19% (20)

81% daripada KPI yang ditetapkan berada pada landasan yang baik, manakala 19% lagi memerlukan
pengukuhan pelaksanaan. Walau bagaimanapun, secara amnya, mengambil kira perubahan senario dan
ekosistem pengajian tinggi yang dinamik, terdapat keperluan untuk petunjuk prestasi utama yang digunakan
diperhalusi secara berterusan, mengambil kira dan memberi penekanan kepada aspek kualiti, keberhasilan
dan impak inisiatif yang dilaksanakan.
Dari aspek kualiti, pencapaian dan keberhasilan PSPTN hasil daripada inisiatif yang dilaksanakan oleh setiap
CAP sepanjang Fasa 1 PSPTN adalah seperti berikut:

CAP

Pencapaian & Keberhasilan

Tadbir Urus

Akta Universiti dan Kolej Universiti 2009 (Pindaan 2009)


Pemisahan Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti
Instrumen Kesediaan Pelaksanaan Autonomi IPTA

Kepemimpinan

Penubuhan Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi 2008 (AKePT)

Akademia

Penubuhan Majlis Profesor Negara


Anugerah Akademik Negara

Pembelajaran dan
Pengajaran

Malaysian Soft Skills Scale-My3S - instrumen Skala Kemahiran Insaniah


Malaysia ukur tahap penguasaan kemahiran insaniah pelajar

Penyelidikan dan
Pembangunan

Universiti Penyelidikan (UP) di lima buah IPTA


MyRA (Research Assessment Instrument) - Sistem Penilaian Universiti
Penyelidikan bagi pelaksanaan penilaian kendiri IPT terhadap lapan
kriteria Universiti Penyelidikan

Pengantarabangsaan

Penstrukturan semula Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) kepada


Education Malaysia
Peningkatan bilangan pelajar antarabangsa kepada 86,919 orang
Pelaksanaan Program Mobiliti Pelajar IPT

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

13

CAP

Pencapaian & Keberhasilan

Industri-Akademia

Dasar Latihan Industri

Kebolehpasaran Siswazah

Sistem Pengesanan Graduan


75.4% graduan telah mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan
selepas bergraduat

Institusi Pengajian Tinggi


Swasta

Peningkatan kualiti IPTS:


o Tiga kolej swasta dinaik taraf kepada Kolej Universiti (KU)
o Dua KU dinaik taraf kepada Universiti
o 15 kolej swasta di batalkan (pengkenselan) pendaftaran
Penghasilan MyQUEST - Sistem Pengukuran Kualiti dan Kesetaraan Kolej Swasta

Pembangunan Holistik
Pelajar

Peningkatan pelaksanaan kursus kokurikulum berkredit sebagai syarat


wajib bergraduat di semua IPTA
Penubuhan Majlis Pengarah-Pengarah Pusat Kokurikulum IPTA

Jaminan Kualiti

Pelaksanaan:
o Akreditasi Program
o Penarafan Institusi
o Audit Prestasi Akademik

Transformasi Politeknik

Politeknik Premier (Terpilih): Tiga Politeknik


Pelan Transformasi Politeknik
Empat Program Diploma

Aksesibiliti dan Kelestarian

Akses kepada pengajian tinggi bagi kohort umur 17 hingga 23 tahun.


Peningkatan enrolmen (IPTA, IPTS, Politeknik, Kolej Komuniti)
Penawaran Pembiayaan Pendidikan PTPTN berasaskan Kaedah Ujrah

MyBrain15

Peningkatan bilangan pensyarah PhD dan setara


Program pembiayaan pengajian tinggi: MyMaster, MyPhD, PhD Industri

Program Pemacuan Ke Arah


Kecemerlangan (Apex)

USM dilantik menerajui program Apex


Penubuhan Centre for Engineering Excellence
Genom Getah Pertama di dunia
Penubuhan Pusat Kajian Kelestarian Global
Pusat Penyelidikan Arkeologi Global
Pusat Kolagen Halal Tercanggih

e-Pembelajaran

Kajian Status Penggunaan e-Pembelajaran dan Kedudukan Prasarana


e-Pembelajaran
Kerangka Dasar e-Pembelajaran

Sistem Penyampaian KPT

Pelan Transformasi Kementerian Pengajian Tinggi Negara

Pembelajaran Sepanjang
Hayat

Blue print on Enculturation of Lifelong learning for Malaysia 2011-2020

Top Business School

UKM-GSB (Graduate School of Business)


UPM-GSM (Graduate School of Management)

14

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

CAP

Pencapaian& Keberhasilan

Pusat Kecemerlangan (CoE)


Enam CoE dinaik taraf ke HICoE:

o UM Centre of Research for Power Electronics, Drives, Automation &
Control (UMPEDAC), Universiti Malaya

o UKM Medical Molecular Biology Institute (UMBI), Universiti


Kebangsaan Malaysia

o Institute for Research in Molecular Medicine (INFORMM),


Universiti Sains Malaysia

o Institute of Bioscience (IBS), Universiti Putra Malaysia

o Centre for Drug Research (CDR), Universiti Sains Malaysia

o Accounting Research Institute (ARI), Universiti Teknologi MARA

Keusahawanan

Penubuhan Unit Keusahawanan di KPT & IPTA


Dasar Pembangunan Keusahawanan IPT

Transformasi Kolej Komuniti

Program Pengukuhan Kolej Komuniti


Pengenalan Program Sijil Modular Kolej Komuniti

PEMBENTUKAN PELAN TINDAKAN FASA 2 PSPTN


Pelan Tindakan Fasa 2 PSPTN telah digarap hasil daripada perbincangan dan perundingan setiap pasukan
projek CAP yang telah dilantik, dengan pihak institusi pengajian tinggi awam, politeknik dan kolej komuniti,
bersama-sama dengan pihak pemegang taruh lain yang berkaitan, seperti pihak industri, untuk memastikan
berlakunya pemfokusan kepada semua agenda yang telah ditetapkan.
Pelan Tindakan yang digubal bagi pelaksanaan Fasa 2 adalah berlandaskan pencapaian setiap CAP bagi
pelaksanaan pada Fasa 1 dan berfokuskan kepada objektif PSPTN seperti yang termaktub dalam dokumen
Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara Melangkaui Tahun 2020. Hasil daripada rujukan kepada keduadua sumber tersebut, setiap sekretariat CAP telah membentangkan Perancangan Fasa 2 PSPTN bagi CAP
berkaitan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu PSPTN yang telah dipengerusikan oleh Menteri Pengajian
Tinggi, untuk perbincangan dan cadangan penambahbaikan. Pembentukan Pelan ini juga telah mengambil
kira dasar-dasar kerajaan terkini, dengan rujukan khusus dibuat kepada dokumen berikut:

Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10)

Model Baharu Ekonomi Untuk Malaysia

Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan (GTP)

Program Transformasi Ekonomi (ETP): Hala Tuju untuk Malaysia

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

15

Objektif Pelan Tindakan Fasa 2 PSPTN


Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara telah digubal secara komprehensif dan holistik bagi tujuan
memartabatkan pengajian tinggi Negara sebagai hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa.
Pelan Strategik ini telah memberi penekanan kepada tujuh teras utama, iaitu:

Teras 1 : Meluaskan akses dan meningkatkan ekuiti

Teras 2 : Menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran

Teras 3 : Memperteguh penyelidikan dan inovasi

Teras 4 : Memperkasakan institusi pengajian tinggi

Teras 5 : Mempergiat pengantarabangsaan

Teras 6 : Membudayakan pembelajaran sepanjang hayat

Teras 7 : Memperkukuhkan sistem penyampaian KPT

Dalam Fasa 2 PSPTN, ketujuh-tujuh teras ini kekal dari aspek penekanan yang diberikan dalam Pelan tersebut.
Kesemua 23 CAP yang dilaksanakan dalam tempoh Fasa 2 PSPTN memainkan peranan dalam pencapaian
objektif ketujuh-tujuh teras tersebut, walaupun tahap peranan tersebut mungkin berbeza di antara satu CAP
dengan CAP yang lain. Dalam erti kata lain, pelaksanaan dan pencapaian objektif terkumpul bagi semua CAP,
akan membawa kepada pencapaian bagi semua teras; pelaksanaan satu CAP saja tidak akan memenuhi
objektif satu-satu teras secara eksklusif (contoh: Objektif Teras 5: Mempergiat pengantarabangsaan
dapat dicapai melalui gabungan pelaksanaan dan pencapaian bagi beberapa CAP, contohnya CAP
Pengantarabangsaan, Industri-Akademia, IPTS, CoE dan sebagainya).
Pelaksanaan Pelan Tindakan Fasa 2
Pelan Tindakan Fasa 2 ini menggariskan mekanisme dan pelan pelaksanaan, serta aspek keberhasilan yang
diharapkan hasil daripada pelaksanaan inisiatif yang dirancang. Sebagaimana yang digariskan dalam
Pelan Pelaksanaan Fasa 1, aspek-aspek transformasi dan inisiatif yang dirancang berbeza dari segi tempoh
pencapaian yang dirancang. Walaupun terdapat inisiatif yang bercorak jangka pendek yang boleh dicapai
dalam tempoh RMKe-10, iaitu selari dengan tempoh Fasa 2 PSPTN, terdapat juga sebahagian daripada inisiatif
tersebut yang akan menjangkaui tempoh pelaksanaan yang lebih panjang.

16

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Strategi Pelaksanaan
Dalam tempoh pelaksanaan Fasa 1 PSPTN, setiap institusi telah menetapkan sasaran masing-masing
berdasarkan jangkaan kemampuan. Bagi kebanyakan CAP, terdapat jurang di antara pencapaian terkumpul
institusi dengan sasaran kebangsaan yang ditetapkan oleh pihak CAP sentral.
Pelaksanaan Fasa 2 menetapkan bahawa sasaran yang telah ditetapkan pada peringkat sentral, diagihkan
kepada setiap institusi yang berkaitan. Pendekatan ini penting untuk memastikan bahawa sasaran Negara
dapat dicapai dan isu-isu serta cabaran pelaksanaan dapat ditangani secara lebih efektif. Dalam konteks
ini, Pasukan Projek CAP memainkan peranan yang penting dalam memacu tindakan-tindakan yang perlu
dilaksanakan yang telah dirancang. Hubungan dua hala dengan Pasukan iPMO adalah amat kritikal dan
pasukan projek CAP berperanan sebagai pemudah cara kepada pelaksanaan di institusi untuk memastikan
sasaran yang diagihkan kepada institusi berjaya dicapai, yang seterusnya akan menyumbang kepada
pencapaian sasaran nasional dan akan membawa kepada kejayaan pencapaian CAP berkenaan.
Dalam memastikan pelan yang dirancang dijadikan panduan yang jitu bagi pelaksanaan inisiatif transformasi,
pencapaian akan dipantau dan diukur melalui usaha-usaha pemantauan yang dilaksanakan oleh Pejabat
Pengurusan Program (PMO). Usaha pemantauan yang berterusan penting untuk memastikan pelan yang
dirancang tercapai dan ini dilaksanakan melalui proses penilaian, semak semula (jika berkeperluan), program
intervensi dan sebagainya. Usaha-usaha pemantauan juga merangkumi penyelesaian isu dan cabarancabaran yang menghalang atau melambatkan proses ke arah pencapaian KPI dan seterusnya keberhasilan
yang ditetapkan.
Kajian hala tuju pelaksanaan Fasa 2 PSPTN akan dilaksanakan untuk memastikan bahawa kesemua CAP
bergerak di atas landasan sama yang ditetapkan dalam dokumen Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara
Melangkaui Tahun 2020.
Kaitan dengan Pelan Tindakan Fasa 1
Sehingga Disember 2010, iaitu pada tempoh berakhirnya Fasa 1 PSPTN, 22 CAP telah dilaksanakan dalam
usaha mencapai objektif PSPTN. Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi pada Majlis Amanat Tahun Baharu
2011 telah mengumumkan Satu CAP tambahan iaitu CAP Program Pemindahan Pengetahuan (Knowledge
Transfer Programme). Penambahan ini menjadikan bilangan CAP Fasa 2 PSPTN berjumlah 23 kesemuanya.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

17

Sepertimana pelaksanaan Fasa 1, lima daripada CAP tersebut adalah projek-projek yang berpusatkan lima
tonggak institusi, iaitu:

Tadbir Urus

Kepemimpinan

Akademia

Pembelajaran dan Pengajaran

Penyelidikan dan Pembangunan

Kelima-lima tonggak ini diberi penekanan dalam pelaksanaan Fasa 2 PSPTN dan diperhalusi dari aspek objektif
strategik, pencetus transformasi dan kualiti pencapaian. Pemfokusan kepada kelima-lima tonggak ini penting
untuk memastikan kelestarian institusi, peningkatan kualiti institusi serta kualiti produk yang dihasilkan.
18 CAP yang akan berperanan sebagai pemangkin transformasi bagi Fasa 2 PSPTN adalah seperti berikut:

Pengantarabangsaan

Industri-Akademia

Kebolehpasaran Siswazah

Institusi Pengajian Tinggi Swasta

Pembangunan Holistik Pelajar

Jaminan Kualiti

Transformasi Politeknik

Aksesibiliti dan Kelestarian

MyBrain15

Program Pemacuan Ke Arah Kecemerlangan (Apex)

e-Pembelajaran

Sistem Penyampaian KPT

Pembelajaran Sepanjang Hayat

Top Business School

Pusat Kecemerlangan (CoE)

Keusahawanan

Transformasi Kolej Komuniti

Program Pemindahan Pengetahuan

18

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Kesemua 18 Pasukan Projek CAP memainkan peranan untuk melaksanakan inisiatif-inisiatif yang menyumbang
kepada peningkatan kualiti institusi pengajian tinggi Negara, ke arah menjadi setanding dengan institusi
tersohor dunia. Pendekatan yang diambil adalah melalui penghalusan aspek-aspek objektif strategik,
pencetus transformasi dan kualiti pencapaian, berdasarkan pelan Fasa 1 dan pencapaian yang berkaitan.
CAP dalam kategori ini menyokong usaha yang dilaksanakan oleh pasukan projek lima CAP tonggak institusi
(seperti di muka surat 18).

PROJEK AGENDA KRITIKAL (Critical Agenda Project; CAP)


PROJEK AGENDA KRITIKAL

TADBIR URUS
Pengenalan
Pemantapan struktur tadbir urus Institusi Pengajian Tinggi (IPT) adalah asas penting kepada pemerkasaan
Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang merupakan Teras Ke - 4 dalam PSPTN. CAP Tadbir Urus adalah salah
satu agenda yang tersenarai bagi mencapai objektif seperti berikut:

memperkasakan tadbir urus IPTA supaya setanding dengan IPT terkemuka dunia;

memperkasakan pengurusan institusi yang berkesan dan berintegriti supaya memberi

rangsangan yang sesuai untuk suasana pembelajaran; dan

menggalakkan IPTA bergerak ke arah sistem tadbir urus berautonomi seperti tadbir urus,

kewangan dan penjanaan kekayaan, sumber manusia dan pengurusan akademik.

Pasukan Projek CAP Tadbir Urus telah diberi peranan berganding dengan Kementerian dalam usaha
memperkasakan institusi pengajian tinggi negara. Pelbagai aspek yang antaranya integriti, akauntabiliti,
good governance, autonomi, dan lain-lain telah diterokai oleh Pasukan Projek CAP Tadbir Urus dalam usaha
memperkasakan tadbir urus di IPTA bagi memastikan ia dapat berkembang seiring dengan perkembangan
universiti terkemuka dunia. Autonomi merupakan suatu perkara yang menarik perhatian banyak pihak dan
telah dinyatakan merupakan elemen yang penting dalam memastikan sesebuah Institusi dapat lebih berdaya
saing, kreatif dan fleksibel dalam sistem pengurusannya. Malahan autonomi boleh dianggap sebagai satu
instrumen penting yang boleh memacu IPTA ke arah kecemerlangan.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

19

Bagi memastikan elemen autonomi ini benar-benar dapat membawa sesebuah institusi ke arah
kecemerlangan, Pasukan Projek CAP Tadbir Urus dan Kementerian telah mengenal pasti bahawa aspek
good governance amat penting bagi memastikan ia boleh berjaya. Pasukan Projek CAP telah merangka
strategi dan pelan tindakan bagi memastikan objektifnya dapat dilaksana pada peringkat Kementerian dan
IPTA.
Pasukan Projek CAP telah membina instrumen bagi mengukur sistem tadbir urus di IPTA. Melalui CAP empat
bidang iaitu Institusi Governan, Kewangan dan Penjanaan Pendapatan, Sumber Manusia dan Pengurusan
Akademik telah dikenal pasti sebagai bidang-bidang yang perlu diperkemas sistem tadbir urus kerana
ia melibatkan pengurusan sumber. Melalui CAP Tadbir Urus, Kementerian dan IPTA bekerjasama dalam
memastikan pengurusan sumber dilaksanakan berdasarkan prinsip-prinsip asas seperti berikut:

amalan kebertanggungjawaban, ketelusan, akauntabiliti dan nilai serta kualiti bagi

perbelanjaan yang dikeluarkan (value for money) dalam semua urusan;

pemantapan sistem dan struktur tadbir urus, pewujudan peraturan yang jelas bagi mendukung

pelaksanaan autonomi dan memastikan wujudnya elemen check and balance serta

ketelusan;

pemakaian semua Pekeliling Perbendaharaan sebagai asas peraturan berkaitan pengurusan

kewangan dalaman, dan Lembaga Pengarah Universiti (LPU) adalah pihak berkuasa yang

mengambil alih peranan Perbendaharaan dalam memantau dan bertindak melindungi

kepentingan pelaburan kerajaan, di mana berkaitan;

pemakaian semua Pekeliling Perkhidmatan Awam sebagai asas peraturan berkaitan

pengurusan sumber manusia, dan Lembaga Pengarah Universiti adalah pihak berkuasa yang

menggantikan peranan Jabatan Perkhidmatan Awam, di mana berkaitan;

bebanan serta pendedahan kewangan Kerajaan hanya dihadkan kepada peruntukan

belanja mengurus tahunan dan peruntukan pembangunan yang diluluskan Kerajaan

melainkan diputuskan sebaliknya oleh Kerajaan Pusat;

penjanaan pendapatan oleh IPTA hendaklah mengutamakan dan memastikan perlindungan

serta (insulate and protect) kepentingan Universiti dan Kerajaan;

skim saraan berasingan, jika perlu diwujudkan oleh IPTA berasaskan peruntukan Akta Universiti

dan Kolej Universiti yang berkuat kuasa, hendaklah berasaskan prinsip kesaksamaan,

kelestarian dan tidak langsung membebankan Kerajaan; dan

tindakan tegas mengikut peruntukan tatatertib semasa seperti surcaj, turun pangkat, buang

kerja dan yang berkaitan boleh diambil terhadap pegawai dan kakitangan IPTA yang gagal

mematuhi tatacara dan peraturan serta cuai semasa melaksanakan tugas.

20

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Rumusan Status Fasa 1


Secara keseluruhan instrumen Code of University Good Governance (CUGG), University Good Governance
Index (UGGI) dan dokumen Guide For Preparing and Conducting an Audit to Determine the Readiness for
Autonomy telah selesai dibangunkan dan didokumenkan pada tahun 2010. Keberkesanan instrumen akan
diuji melalui audit rintis yang akan dijalankan di tiga buah IPTA iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti
Sains Malaysia dan Universiti Sains Islam Malaysia pada Mac 2011.
Hasrat CAP Tadbir Urus dan Kementerian membina instrumen bagi mengukur kesediaan sistem tadbir urus di
IPTA, adalah bagi memastikan autonomi yang dilaksanakan oleh IPTA akan memberi keuntungan kepada
Kerajaan, IPTA dan rakyat. Usaha ini bukanlah mudah kerana kita berdepan dengan isu-isu pelaksanaan
seperti berikut:

audit yang dilaksanakan adalah dalam suasana sudah terdapat terlalu banyak audit;

instrumen ini dibina dengan andaian bahawa good governance dalam sektor korporat boleh

diguna di institusi pengajian tinggi;

mendapatkan kefahaman daripada IPTA mengenai keperluan mengukur sistem dalaman

bagi menilai tahap kesediaan sistem tadbir urus dalam melaksana autonomi;

mendapat sokongan dan kefahaman daripada Agensi Pusat bahawa instrumen ini berupaya

mengukur sistem tadbir urus IPTA bagi memastikan integriti, kebertanggungjawaban dan

akauntabiliti dilaksanakan;

perbezaan antara IPTA dan Kerajaan dalam pentakrifan autonomi merupakan suatu perkara

yang perlu diurus dengan bijak. Terdapat kecenderungan di kalangan IPTA menyamakan

konteks autonomi kita dengan barat kerana ia menarik, fashionable dan terkini. Manakala

mendefinisi autonomi dalam konteks sistem tabungan Kerajaan atau government funding

merupakan suatu perkara hal yang amat mencabar kerana ia tidak selari dengan amalan

hubungan Kerajaan dengan universiti di negara di mana sistem pendidikan tingginya sudah

matang;

autonomi sering juga difahami oleh universiti dan ahli akademiknya sebagai kebebasan

untuk mengguna geran demi kebaikan dunia akademik; yang mana yang terbaik dalam

dunia akademik berkemungkinan tidak efisien; dan

universiti tidak memahami bahawa sebagai universiti awam apa yang dilakukan tetap

mempunyai implikasi kepada Kerajaan dan rakyat. Kepentingan Kerajaan dan negara perlu

dijaga setiap masa.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

21

Tumpuan Fasa 2
Pada Fasa 2, Pasukan Projek CAP Tadbir Urus akan merangka strategi pelaksanaan dan sasaran berpandukan
kepada keputusan minit Mesyuarat Jemaah Menteri mengenai Pelaksanaan Autonomi di IPTA bertarikh 22
September 2010.
CAP Tadbir Urus akan memberi perhatian terhadap ucapan YAB Perdana Menteri semasa membentangkan
Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) di Dewan Rakyat pada 10 Jun 2010 tentang komitmen Kerajaan
mengenai pemberian autonomi kepada IPTA berasaskan nilai ketelusan dan akauntabiliti bagi membolehkan
IPTA mencapai prestasi cemerlang setanding dengan IPT terbaik di dunia. YAB Perdana Menteri menekankan
empat bidang autonomi merangkumi institusi tadbir urus, kewangan dan penjanaan kekayaan, sumber
manusia, pengurusan akademik dan kemasukan pelajar.
Pada Fasa 2, objektif strategik telah dirangka bagi mencapai sasaran seperti yang telah diputuskan
oleh Kerajaan. Dalam mencapai sasaran, Pasukan Projek CAP Tadbir Urus akan melaksanakan perkaraperkara berikut sepanjang tahun 2011 hingga 2015. Antaranya adalah:

Audit Rintis bagi menguji CUGG dan UGGI di tiga IPTA;

sistem Activity Based Costing (ABC) atau yang setara boleh diguna untuk membantu

pengurusan membuat keputusan mengenai pengurusan kewangan;

CUGG dan UGGI digunakan bagi mengukur kesediaan sistem tadbir urus di IPTA ke arah

autonomi dalam empat bidang iaitu Institusi Governan, Kewangan dan Penjanaan Kekayaan,

Sumber Manusia dan Pengurusan Akademik serta Kemasukan Pelajar;

dasar-dasar berkaitan pelaksanaan autonomi yang berbangkit daripada keputusan Jemaah

Menteri berkenaan Memorandum Jemaah Menteri (MJM) Pelaksanaan Autonomi bertarikh

2 September 2010 disediakan; dan

aktiviti pelaksanaan dan pemantapan Kerangka Kesediaan dilaksanakan.

Pelaksanaan autonomi merupakan agenda besar Kementerian yang melibat pelbagai pihak dan stakeholder.
Oleh yang demikian sokongan dan komitmen yang berterusan amat diperlukan bagi memastikan agenda ini
dapat dilaksanakan. Antara faktor kejayaan kritikal yang amat diperlukan dalam melaksanakan agenda ini
adalah seperti berikut:

Sokongan Pengurusan Tertinggi di IPTA / KPT / Agensi Pusat:

Komitmen dan sokongan yang berterusan dari pihak Pengurusan Tertinggi Kementerian

22

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Pengajian Tinggi, IPTA dan Agensi Pusat amat diperlukan bagi memastikan dasar-dasar yang

dirangka dan disedia berkaitan autonomi dapat dilaksanakan;

Berpegang kepada prinsip asas:

Governan ke arah autonomi adalah melibatkan integriti dan akauntabiliti yang tinggi di IPTA

yang melaksanakannya. Prinsip asas yang telah di persetujui oleh Kerajaan dalam pelaksanaan

autonomi perlu dipatuhi oleh IPTA;

IPTA mempunyai sistem tadbir urus yang baik:

Autonomi melibatkan penurunan kuasa daripada Kementerian dan Agensi Pusat bagi

perkara-perkara yang berkaitan kepada Lembaga Pengarah Universiti (LPU). LPU mempunyai

tanggungjawab yang amat besar bagi memastikan sumber universiti ditadbir dengan penuh

integriti dan akauntabiliti. Oleh yang demikian, IPTA perlulah mempunyai sistem tadbir urus

yang baik bagi memastikan kepatuhan kepada integriti dan akauntabiliti;

Kekuatan struktur dan sumber manusia yang mengurus Agenda Autonomi di KPT:

Pelaksanaan autonomi di IPTA melibatkan pelbagai proses yang antaranya adalah:

penerangan kepada IPTA mengenai mekanisme penyediaan Audit Governan ke

Arah Autonomi;

penggubalan dasar-dasar yang berkaitan dengan autonomi;

pengendalian audit kesediaan;

pengurusan perakuan Kementerian;

perundingan dengan agensi pusat berkaitan dasar-dasar ke arah autonomi penuh

atau mengikut bidang, dan lain-lain lagi;

memantau perjalanan sistem tadbir urus di IPTA yang menerima autonomi; dan

menjalankan penilaian terhadap pencapaian IPTA yang telah melaksana autonomi

berpandukan kepada pencapaian IPTA dalam aspek-aspek yang berkaitan.

Sehubungan dengan ini, pihak KPT perlu menyediakan struktur dan sumber manusia yang

mampu melaksanakan agenda autonomi. Perkara ini amat penting kerana pelaksanaan

autonomi akan hanya mendatangkan hasil yang baik apabila KPT dan IPTA sama-sama

memainkan peranannya; dan

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

23

Kesediaan menerima perubahan di IPTA/KPT dan Agensi Pusat:

Keupayaan mengurus perubahan dan menerima perubahan merupakan perkara yang perlu

diberi perhatian. Oleh yang demikian pelaksanaan autonomi dapat dijayakan apabila ada

kerjasama yang rapat antara pelbagai pihak yang terlibat dalam menjayakan agenda ini.

Pelan Tindakan

Strategi

Pelan Tindakan

Pembinaan Asas Autonomi

Membina instrumen ActivityBased-Costing (ABC) untuk


mengira kos sebenar operasi IPTA
menjalankan program pengajian

Penghasilan
Penyediaan instrumen ABC di
UKM

Tahun
2011

Menguji instrumen ABC di IPTA


terpilih
Instrumen diguna pakai di
semua IPTA

Pembinaan Asas Autonomi

Menjalankan Audit Rintis bagi


menguji CUGG dan UGGI di
UKM, USM dan USIM

Instrumen audit CUGG dan


UGGI yang akan diguna pakai
ke atas semua IPTA

2011

(Keputusan Mesyuarat
Jawatankuasa Pemandu PSPTN
Bil.10/2010)
Pemantapan Kerangka
Kesediaan Bagi Tadbir Urus
Ke Arah Autonomi

Menjalankan aktiviti melaksana


dan memantapkan Kerangka
Kesediaan

Penerangan Mengenai
Guide to Assessing Good
Governance in Malaysian
University termasuk kepada
Jawatankuasa Induk Antara
Agensi
Pewujudan Mekanisme
Penyediaan Audit Governan
ke Arah Autonomi di peringkat
IPTA
Pewujudan Mekanisme
Penyediaan Audit Governan
ke Arah Autonomi di peringkat
KPT

24

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

2011& 2012

2011

2011

Strategi

Pelan Tindakan

Penghasilan

Tahun

Pelaksanaan Autonomi di
IPTA

Menyediakan dasar-dasar
berkaitan pelaksanaan autonomi
yang berbangkit daripada
keputusan Jemaah Menteri
berkenaan MJM Pelaksanaan
Autonomi bertarikh 22 September
2010

Dasar berkaitan

2012 - 2015

Menjalin kerjasama dengan


Agensi Pusat

Perundingan untuk autonomi


penuh bagi IPTA yang memenuhi
tahap kesediaan autonomi

Rundingan dengan agensi


pusat berdasarkan

2012-2015

Rundingan dasar-dasar ke
arah autonomi penuh yang
berbangkit dari semasa ke
semasa oleh Jawatankuasa
Induk Antara Agensi

2012-2015

PROJEK AGENDA KRITIKAL

KEPEMIMPINAN
Pengenalan
Projek Agenda Kritikal Kepemimpinan (CAP Kepemimpinan) diwujudkan di bawah Pelan Strategik
Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) untuk membantu institusi pengajian tinggi (IPT) negara memantapkan dan
memperkasakan aspek kepemimpinan institusi pada persada antarabangsa. Teras Kepemimpinan menjadi
salah satu tonggak utama institusi selain daripada Tadbir Urus, Akademia, Pembelajaran dan Pengajaran serta
Penyelidikan dan Pembangunan. Pada peringkat awal penubuhan, CAP Kepemimpinan dipengerusikan oleh
Bahagian Governan IPTA di bawah Jabatan Pengajian Tinggi. Pada September 2009, CAP ini dipengerusikan
serta ditadbir urus oleh Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKePT).
AKePT ditubuhkan sejajar dengan hasrat PSPTN untuk membantu mentransformasikan pengajian tinggi
negara. AKePT berperanan untuk memperkasakan kepemimpinan IPT dalam aspek akademia, tadbir urus,
pembelajaran dan pengajaran serta penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan ke arah menjayakan agenda
pembangunan modal insan negara. Tiga pusat iaitu Latihan Kepemimpinan, Pembelajaran dan Pengajaran
serta Penyelidikan dan Inovasi diwujudkan di bawah AKePT yang secara langsung menjadi tumpuan utama
program latihan AKePT.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

25

Rumusan Status Fasa 1


Dalam Fasa 1(2007-2010), CAP Kepemimpinan menumpukan kepada empat Objektif Strategik (OS) dan lima
Petunjuk Prestasi Utama (KPI). Fasa 1 menumpukan kepada latihan ke arah membentuk kelompok bakat
dan pelan penggantian kepemimpinan akademik dan tadbir urus, pembelajaran dan pengajaran serta
penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan. Penggubalan OS dan KPI pada Fasa 1 ini lebih menjurus ke arah
pengukuhan organisasi AKePT.
Secara keseluruhannya, CAP Kepemimpinan telah mencapai KPI yang ditetapkan pada Fasa 1. Pencapaian
CAP Kepemimpinan dapat dirumuskan seperti yang berikut:

40% pemimpin IPT telah menjalani program latihan mengikut kerangka kepemimpinan AKePT;

12 IPTA mempunyai pelan penggantian;

17% daripada 210 pemimpin IPT telah diprofail. Kelompok yang diprofail pada tahun 2010

adalah daripada kalangan dekan ;

78% daripada 1,035 Jurulatih Utama telah dilatih dalam modul pembelajaran dan pengajaran

AKePT; dan

441 orang penyelidik utama telah dilatih dalam bidang penyelidikan, inovasi dan

pengkomersilan.

Terdapat keperluan untuk menilai semula konsep kepemimpinan agar lebih menyeluruh dan merangkumi
pelbagai aspek pelan penggantian dan kelompok bakat seperti mekanisme pengenalpastian, penggubalan
kriteria, penentuan piawaian, pengukuran, penilaian dan pengurusan.
Selaku penggerak strategik, AKePT akan menjayakan agenda pemerkasaan pengajian tinggi dengan
melaksanakan program-program yang akan mengukuhkan minda dan kemahiran pemimpin dan bakal
pemimpin pada semua peringkat yang pada akhirnya menjadi agen perubahan di IPT.
Dalam menerajui agenda transformasi kepemimpinan IPT, AKePT berhasrat menjadi pusat rujuk dan
penanda aras dalam bidang kepemimpinan, pembelajaran dan pengajaran serta penyelidikan, inovasi
dan pengkomersilan dengan menghasilkan kursus-kursus kepemimpinan pengajian tinggi yang lebih
dinamik, progresif dan relevan. Pada masa yang sama, pihak IPT akan bersama-sama menyumbang ke arah
pemantapan kemahiran kepemimpinan akademia, tadbir urus dan pemimpin pelajar dalam mencapai
matlamat CAP Kepemimpinan.

26

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Tumpuan Fasa 2
Fasa 2 CAP Kepemimpinan memberi tumpuan kepada mekanisme pengenalpastian, penggubalan kriteria,
penentuan piawaian, pengukuran, penilaian dan pengurusan pelan penggantian dan kelompok bakat bagi
menyediakan bakal pelapis untuk meneruskan kesinambungan kecemerlangan kepemimpinan IPT. Tumpuan
ini adalah selaras dengan hasrat untuk melahirkan kepemimpinan unggul dalam kalangan staf akademik dan
bukan akademik ke arah menghasilkan masyarakat berinovasi dan berpendapatan tinggi.
Antara beberapa faktor kritikal kejayaan dalam pelaksanaan CAP ialah:

Infrastruktur-AKePT

CAP Kepemimpinan mempunyai pembangunan infrastruktur yang berpotensi besar dengan

tertubuhnya kampus AKePT di Bandar Enstek, Nilai. Kemudahan pentadbiran, latihan

dan

kepemimpinan yang direncanakan. Kekangan kewangan, masa, tempat dan pengurusan

telah dapat diminimumkan dengan terbinanya kemudahan latihan kepemimpinan tersebut.

Sumber- kelompok bakat

penginapan

peserta

disediakan

untuk

memudahkan

pelaksanaan

program

Kementerian memainkan peranan utama dalam menyokong agenda transformasi IPT ini

melalui pelaksanaan PSPTN yang mana CAP Kepemimpinan merupakan salah satu daripada

Projek Agenda Kritikal PSPTN. Justeru itu, AKePT menjadi saluran utama Kementerian untuk

menggerakkan pembangunan modal insan yang cemerlang ke arah menghasilkan

masyarakat berinovasi dan berpendapatan tinggi.

Usaha tenaga pakar yang berpengalaman dan tersohor dari seluruh IPT digembleng untuk

menjayakan program-program pembangunan CAP Kepemimpinan. Serentak dengan

itu, golongan pakar ini akan menyumbang dari segi pembangunan perubahan minda dan

pemerkasaan kepemimpinan dan khidmat rundingan mengikut bidang tertentu kepada

golongan pelapis akademia dan tadbir urus.

Bakat-bakat yang dijana mampu menyumbang dalam usaha merealisasikan agenda

transformasi IPT melalui kolaborasi pada peringkat tempatan, serantau dan antarabangsa.

Pembentukan kelompok bakat ini juga bakal merangsang perkongsian ilmu merentasi IPT.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

27

Pengantarabangsaan

AKePT bertindak sebagai medium jaringan antarabangsa dalam usaha meningkatkan usaha

pengantarabangsaan IPT melalui kerjasama dengan agensi-agensi seperti SEAMEO-RIHED,

Bank Dunia, UNESCO, EU untuk mendapatkan dana komersil, kepakaran dalam kepemimpinan,

pembelajaran dan pengajaran serta penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan. Kepakaran

luar dan dalam negara digembleng dan diketengahkan melalui kolaborasi program-program

yang dilaksanakan.

Tadbir urus

Usaha memantapkan lagi tadbir urus IPT akan dilakukan meliputi keberkesanan khidmat

pengurusan dan kecekapan pengurusan kewangan.

Program latihan kepemimpinan yang dianjurkan oleh AKePT serta IPT sendiri untuk staf bukan

akademik turut dimantapkan untuk menyediakan golongan pentadbir IPT yang mampu bergerak

seiring dengan staf akademik dalam mendukung aspirasi untuk menempatkan IPT negara

pada persada antarabangsa.

Susulan daripada tadbir urus yang mantap dan latihan kepemimpinan berkesan kepada staf

bukan akademik baik di AKePT mahupun IPT, penerapan budaya positif dalam persekitaran kerja

dan peningkatan kemahiran akan mampu mengubah corak pemikiran mereka kepada

sesuatu yang lebih proaktif dan dinamik. Dalam jangka masa panjang, usaha ini akan

menghasilkan dan membentuk budaya kerja yang lebih produktif dan kepelbagaian

kemahiran supaya tadbir urus IPT menjadi lebih cemerlang, cekap dan pencapaian PSPTN

akan menjadi lebih lancar sebagaimana yang diharapkan.

Penjenamaan dan Pemasaran

Dalam usaha memartabatkan institusi pengajian tinggi negara ke peringkat serantau dan

antarabangsa, aktiviti-aktiviti berkaitan dengan penjenamaan dan pemasaran institusi serta

program menerusi penerbitan dan kolaborasi dengan IPT dan institusi pada peringkat

antarabangsa wajar diperhebatkan. Jaringan kerjasama sesama IPT tempatan dan institusi

antarabangsa dalam menghasilkan penyelidikan, persidangan dan program-program

latihan mampu melonjakkan nama IPT negara di peringkat global.

Kerjasama IPT tempatan termasuk IPTA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti dalam menjayakan

program-program latihan, seminar dan persidangan anjuran bersama AKePT dengan

28

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

kerjasama pakar akademik dan institusi pada peringkat antarabangsa akan membuka lebih

banyak peluang kepada IPT tempatan untuk membina jaringan dan mempromosikan institusi

pada peringkat global.

Pelan Tindakan

Strategi
Memperkasakan
kepemimpinan Institusi
Pengajian Tinggi

Pelan Tindakan

Penghasilan

Tahun

Menganjurkan program latihan


berstruktur dalam kepemimpinan
tadbir urus, pembelajaran dan
pengajaran serta penyelidikan,
inovasi dan pengkomersilan
kepada staf akademik dan
bukan akademik

Pembangunan Modul Latihan


mengikut tahap kepemimpinan

2015

Mewujudkan Pelan Penggantian


Berstruktur dalam kepemimpinan
tadbir urus, pembelajaran dan
pengajaran serta penyelidikan,
inovasi dan pengkomersilan di
IPT

Pelan penggantian berstruktur


yang piawai

2012

Calon kelompok bakat yang


diprofil

2013

Melengkapkan modul dan


latihan Jurulatih Utama

Modul dan latihan Jurulatih


Utama yang komprehensif
mengikut bidang

Meningkatkan bilangan
penyelidik utama selaku
pemimpin dalam aspek
penyelidikan

Kepemimpinan penyelidik
utama

2011-2013

2015

PROJEK AGENDA KRITIKAL

AKADEMIA
Pengenalan
Kejayaan sesebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) adalah berasaskan kepada nilai teras akademia yang
perlu diterapkan oleh setiap ahli akademik. Nilai teras ini merupakan asas kepada proses pengukuhan
individu akademik dan institusi ke arah menjadi universiti bertaraf dunia. Oleh itu, strategi dan perancangan
pelaksanaan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) perlu berpandu kepada nilai teras akademik.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

29

Kecemerlangan ahli akademik merupakan keperluan penting dalam menjayakan PSPTN. Akademik berbudaya
cemerlang merupakan matlamat akhir usaha memperkukuhkan kualiti pendidikan tinggi. Pembudayaan
dan pemantapan perlu dilihat sebagai proses pembangunan keupayaan individu akademik dan institusi
berbudaya cemerlang yang memberikan perhatian serius terhadap kecemerlangan semasa melaksanakan
urusan teras (pengajaran, penyelidikan dan khidmat masyarakat).
Proses pemantapan akademia yang dilakukan secara berterusan dapat mewujudkan lebih ramai ahli
akademik yang cemerlang yang akan turut membantu dalam mencapai wawasan negara untuk menjadi
hab yang menerajui pengajian tinggi di rantau Asia Pasifik.
Rumusan Status Fasa 1
Tiga penunjuk prestasi utama (KPI) telah ditetapkan dalam Fasa 1 pelaksanaan PSPTN bagi CAP Akademia
iaitu:

Mencari, memilih dan mengekalkan yang terbaik dengan meningkatkan lagi bilangan ahli

akademik asing yang cemerlang di IPT.

Menghargai ahli akademik yang hebat dan unggul dengan menambah bilangan ahli

akademik yang memberi perundingan dan kepakaran dalam aktiviti think tank pada

peringkat kebangsaan/antarabangsa.

Menghargai ahli akademik yang unggul dengan memastikan setiap IPTA mengadakan Majlis

Penganugerahan dan Pengiktirafan Kecemerlangan Ahli Akademik setiap tahun.

Secara keseluruhannya, inisiatif yang dilaksanakan oleh CAP Akademia bagi PSPTN Fasa 1 telah mencapai
sasaran yang telah ditetapkan. Bilangan ahli akademik luar negara yang cemerlang serta ahli akademik yang
memberi perundingan dan kepakaran dalam aktiviti think tank pada peringkat kebangsaan/antarabangsa
telah dapat dicapai dan melebihi sasaran yang telah ditetapkan bagi tahun 2010. Majlis Penganugerahan
dan Pengiktirafan Kecemerlangan Ahli Akademik telah dilaksanakan oleh setiap IPTA.
Tumpuan Fasa 2
Kepentingan CAP Akademia bagi menyokong gagasan Model Baharu Ekonomi (MBE) yang memberi
penekanan kepada National Key Result Area (NKRA) dan National Key Economic Area (NKEA) terletak kepada
usaha melestarikan pendidikan tinggi serta memantapkan ekosistem pendidikan. Akademia merupakan
tunjang kepada pengukuhan sistem pendidikan tinggi negara untuk mencapai matlamat Malaysia sebagai

30

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

hab pendidikan di rantau ini. Akademia berbudaya cemerlang akan membolehkan semua aktiviti dan jentera
pelaksanaan semua IPTA bergerak dengan lancar dan berprestasi tinggi.
Untuk Fasa 2, tumpuan diberikan kepada proses pemantapan yang lebih menyeluruh. Isu-isu yang melibatkan
pembangunan modal insan ahli akademik, kepentingan meningkatkan integriti, profesionalisme dan
kewibawaan, mengasah potensi kepimpinan dan melonjakkan kecemerlangan akademik ke arah bertaraf
dunia harus dilakukan melalui proses pengukuhan ekosistem akademik yang dinamik.
Bagi memantapkan CAP Akademia, kerangka hubungan erat antara individu akademik, profesionalisme
akademik dan ekosistem akademik diberikan perhatian utama. Kerangka ini merangkumi empat komponen
yang berkaitan dengan akademik, tiga komponen profesionalisme akademik dan lima komponen asas
ekosistem akademik seperti berikut:

Akademik

Kualiti/Kelayakan

Kepakaran

Pemimpin kebangsaan/antarabangsa

Sumbangan berimpak tinggi

Profesion Akademik

Kewibawaan akademik

Profesionalisme akademik

Integriti akademik

Ekosistem Akademik

Kebebasan akademik

Akademik berbudaya cemerlang

Ahli pasukan

Perkongsian ilmu

Penghargaan

IPT perlu melaksanakan program yang pragmatik untuk mencapai objektif strategik bagi CAP Akademia.
Keberhasilan CAP yang disasarkan menjelang tahun 2015 adalah selari dengan hala tuju sepertimana yang
dinyatakan dalam Amanat Tahun Baharu 2011 YB. Menteri Pengajian Tinggi mengenai budaya akademik dan
kesarjanaan yang meliputi komponen-komponen berikut:

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

31

Menyubur budaya akademik

Kepelbagaian kepakaran akademik

Pengurusan intelektual atau bakat akademik

Pengiktirafan pada peringkat global

Pembangunan bidang tujahan pengajaran dan penyelidikan

Mempelopori akademik di rantau Asia

Mengukuhkan sumbangan kepada komuniti dan Negara

Memantapkan jaringan akademik antara universiti

Melaksanakan usaha kesejagatan kerjaya melalui pelan mobiliti akademik.

Pelan Tindakan

Strategi
Mengekalkan ahli
akademik berkualiti

Memperkukuh ahli
akademik berteraskan
Wibawa, Integriti dan
Profesionalisme (WIP)

32

Pelan Tindakan

Penghasilan

Tahun

Menggalakkan ahli akademik


menjadi pemimpin pada
peringkat kebangsaan/
antarabangsa melalui
pembentangan kertas ilmiah
pada peringkat kebangsaan dan
antarabangsa

Peningkatan bilangan
ahli akademik yang
menerima jemputan untuk
membentangkan kertas dasar
pada peringkat kebangsaan
dan antarabangsa

2011-2015

Menggalakkan ahli akademik


menjadi pemimpin pada
peringkat negeri, kebangsaan
dan antarabangsa melalui
penglibatan dalam persatuan
ikhtisas dan persatuan berkait
kepakaran masing-masing

Peningkatan bilangan ahli


akademik yang menjadi pakar
rujuk/penasihat pada peringkat
negeri, kebangsaan dan
antarabangsa

2011-2015

Menggalakkan ahli akademik


menjadi pemimpin pada
peringkat kebangsaan/
antarabangsa dengan
memperluaskan program
mobiliti akademik dalam bentuk
pelantikan Felo Bersekutu dan
Sangkutan

Peningkatan bilangan ahli


akademik yang dilantik menjadi
Profesor Adjung, Profesor
Pelawat, Pegawai di institusi
dalam dan luar negara

2011-2015

Mengukuhkan WIP ahli akademik


melalui program penghargaan,
penghormatan dan pengiktirafan
kecemerlangan akademik oleh
rakan sekepakaran

Peningkatan bilangan ahli


akademik yang mendapat
penganugerahan pada
peringkat kebangsaan dan
antarabangsa

2011-2015

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Strategi
Memantapkan Ekosistem
Akademik

Pelan Tindakan

Penghasilan

Tahun

Membangunkan suasana
kebebasan akademik dengan
menggalakkan majlis ilmu dalam
suasana pelbagai bidang
kepakaran untuk mencari
kebenaran

Peningkatan bilangan majlis


ilmu bertaraf kebangsaan dan
antarabangsa berasaskan
bidang ilmu

2011-2015

Menggalakkan kepakaran
akademik dikongsi antara fakulti/
institusi, universiti dan agensi
kerajaan

Peningkatan bilangan ahli


akademik yang dilantik secara
berganda

2011-2015

Mengukuhkan semangat kerja


berpasukan dan memupuk
persekitaran perkongsian ilmu

Peningkatan bilangan
penerbitan yang dihasilkan
secara perkongsian dan
berpasukan

Memantapkan sistem
penghargaan akademik pada
semua peringkat

Pemberian anugerah kepada


ahli akademik yang cemerlang
dalam pelbagai bidang dan
pada pelbagai peringkat

2011-2015

2011-2015

PROJEK AGENDA KRITIKAL

PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN


Pengenalan
Misi Nasional yang diumumkan oleh YAB. Perdana Menteri pada 31 Mac 2006 telah menggariskan lima teras
antaranya ialah meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas
pertama. Bagi memastikan misi ini tercapai Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) telah menggariskan
matlamat dan sasaran utama melalui penambahbaikan kualiti pembelajaran dan pengajaran (P&P).
Bagi melahirkan modal insan kelas pertama, kurikulum di Institut Pengajian Tinggi (IPT) perlu sentiasa
ditambah baik agar lebih berinovatif, dinamik, terkini dan sentiasa relevan dengan keperluan pasaran dan
perkembangan ilmu semasa. Dalam pada itu, kemudahan sokongan dan komponen ekosistem lain seperti
infrastruktur pembelajaran dan pengajaran, kaedah pembelajaran dan pengajaran serta tenaga pengajar
yang berilmu tinggi dan profesional juga perlu diberi perhatian bagi memastikan proses pembelajaran dan
pengajaran dapat dilaksanakan dengan cara yang lebih berkesan.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

33

Selaras dengan Teras 2 PSPTN yang bertujuan untuk menambah baik kualiti pembelajaran dan pengajaran,
pasukan projek CAP Pembelajaran dan Pengajaran telah menetapkan lima objektif strategik seperti berikut:

Mempertingkatkan kualiti program akademik.

Memastikan atribut generik pelajar (Generic Student Attributes-GSA) dicapai.

Mempertingkatkan kualiti pensyarah dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran dan

pengajaran.

Mempertingkatkan kualiti staf bukan akademik dalam melaksanakan aktiviti berkaitan

pembelajaran dan pengajaran.

Mempertingkatkan kualiti bagi kemudahan fizikal yang kondusif kepada proses pembelajaran

dan pengajaran yang efektif.

Rumusan Status Fasa 1


Enam petunjuk prestasi utama (KPI) telah ditetapkan dalam pelaksanaan Fasa 1 PSPTN bagi CAP Pembelajaran
dan Pengajaran, iaitu:

Peratusan pelajar tahun akhir yang mencapai purata minimum 6 dalam sistem GSA (My3S).

Bilangan prasarana di setiap IPTA yang khusus untuk P&P berasaskan Student Centred Learning

(SCL).

Bilangan pensyarah yang mempunyai kebolehan menggunakan sekurang-kurangnya satu

kaedah SCL.

Bilangan program yang menggunakan kaedah SCL.

Bilangan rekabentuk kurikulum berasaskan kepada Pembelajaran Berasaskan Hasil (Outcome

Based Learning-OBE).

Bilangan staf bukan akademik menghadiri latihan yang berkaitan dengan P&P sekurang-

kurangnya dua hari bagi tujuh hari kursus.

Bagi Fasa 1, aktiviti-akitiviti yang telah dilaksanakan oleh kesemua 20 IPTA pada keseluruhannya telah
melangkaui sasaran yang ditetapkan oleh pasukan projek CAP Pembelajaran dan Pengajaran.
Tumpuan Fasa 2
YAB. Perdana Menteri Malaysia semasa membentangkan Model Baharu Ekonomi (MBE) pada 30 Mac 2010
telah menekankan keperluan sistem pendidikan dikaji semula secara berterusan dan ditambah baik bagi

34

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

melahirkan siswazah berbakat yang cemerlang dari segi pemikiran kreatif dan strategik serta kemahiran
keusahawanan dan kepimpinan yang akan memacu kejayaan negara pada dekad akan datang.
Bagi mencapai matlamat ini, kaedah P&P hendaklah dipertingkatkan kualitinya dengan memantapkan
pelan tindakan untuk meningkatkan kualiti program P&P. Antaranya ialah perkongsian amalan terbaik
antara IPT, memperoleh pengiktirafan antarabangsa dan memastikan IPT mengadakan pelan tindakan bagi
meningkatkan kemudahan fizikal SCL.
Dalam pada itu, Pelan Tindakan Fasa 2 juga mengambil kira Pelan Pembangunan Modal Insan Inovatif pada
Peringkat Tertiari (Implementation Plan for Development of Innovative Human Capital at Tertiary Level) dan
tumpuan NKEA.
Pelaksanaan PSPTN Fasa 2 akan memberi tumpuan kepada pencapaian objektif berikut:

meningkatkan GSA pelajar dengan melaksanakan kaedah yang bersesuaian;

memperkasakan kapasiti pensyarah dalam melaksanakan SCL;

menggalakkan perkongsian amalan terbaik antara IPT mengenai pembelajaran dan

pengajaran;

mempertingkatkan kualiti program melalui penghasilan inovasi dan pengiktirafan

antarabangsa; dan

mempertingkatkan pengetahuan staf bukan akademik dalam proses berkaitan

pembelajaran dan pengajaran.

Sasaran keberhasilan CAP menjelang tahun akhir pelaksanaan PSPTN Fasa 2, iaitu pada 2015, ialah:

100% pensyarah berupaya melaksanakan SCL dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran;

100% pensyarah baru mempunyai sijil pengajaran pengajian tinggi;

100% graduan mencapai skor minimum 6.5 bagi semua elemen dalam GSA;

Peningkatan bilangan program di IPT yang mendapat pengiktirafan pada peringkat

antarabangsa;dan

40% staf bukan akademik mendapat pendedahan berkaitan dengan proses pembelajaran

dan pengajaran.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

35

Pelan Tindakan

Strategi

Pelan Tindakan

Penghasilan

Tahun

Memastikan atribut generik


pelajar (Generic Student
Attributes-GSA) dicapai

Melaksanakan kaedah
penyampaian yang bersesuaian
untuk meningkatkan GSA dalam
kalangan pelajar

Peningkatan bilangan graduan


kelas pertama yang mencapai
purata minimum 6.5 ke atas
bagi semua elemen GSA
(My3S)

2011- 2015

Peningkatan bilangan pelajar


tahun akhir yang mencapai
purata minimum 6.5 ke atas
bagi semua elemen GSA
(My3S) bagi tiga buah program
IPT (Sains, Sastera dan Teknikal)
yang berkaitan dengan kluster
NKEA:

o Hospitaliti dan


Pelancongan

o Kewangan dan
Perniagaan

Islam

o Kejuruteraan


Termaju, Sains

dan Inovasi

o Sains Kesihatan

2011-2015

Menguruskan pelaksanaan My3S


bagi semua pelajar tahun akhir di
semua IPTA

Peningkatan bilangan
pelajar IPT tahun akhir yang
menggunakan sistem My3S
untuk mengukur skor minima
6.5 bagi semua elemen GSA
(My3S)

2011-2015

Menguruskan pelaksanaan
time-based analysis GSA pada
kumpulan pelajar baru sesi
kemasukan 2011/2012 iaitu
pada September 2011 bagi
permulaan, pertengahan pada
semester empat dan akhir pada
semester lapan

Peningkatan peratusan pelajar


yang terlibat dalam My3S

2011-2015

Menjalankan latihan yang


boleh memperkasakan kapasiti
pensyarah dalam melaksanakan
SCL

Peningkatan bilangan *SCL


Trainers di setiap IPT

2011-2015

Memastikan atribut generik


pelajar (Generic Student
Attributes-GSA) dicapai

Mempertingkatkan
kualiti pensyarah dalam
melaksanakan aktiviti
pembelajaran dan
pengajaran

36

(*) SCL merujuk kepada


PBL,Case Study, PoPBL

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Strategi

Mempertingkatkan kualiti
program akademik

Mempertingkatkan
kualiti staf bukan
akademik dalam proses
pembelajaran dan
pengajaran

Pelan Tindakan

Penghasilan

Tahun

Perkongsian amalan terbaik


dalam aspek pembelajaran dan
pengajaran

Peningkatan bilangan seminar/


bengkel/forum perkongsian
amalan terbaik dalam aspek
pembelajaran dan pengajaran

2011-2012

Mengenal pasti kurikulum


bidang-bidang di IPTA yang
boleh dijadikan sebagai standard
program

Peningkatan bilangan standard


program

2011-2015

Menghasilkan inovasi
pembelajaran dan pengajaran
berasaskan SCL

Peningkatan penghasilan
bilangan penerbitan /
instrumen berasaskan SCL yang
inovatif

2011-2015

Mengenal pasti program yang


boleh mendapat pengiktirafan
antarabangsa

Peningkatan bilangan program


yang mendapat pengiktirafan
badan profesional
antarabangsa

2011-2015

Menganjurkan kursus yang


berkaitan dengan proses
pembelajaran dan pengajaran
untuk staf bukan akademik

Peningkatan bilangan staf


bukan akademik yang
menghadiri latihan yang
berkaitan dengan proses
pembelajaran dan pengajaran
sekurang-kurangnya dua hari
bagi tujuh hari kursus

2011-2015

PROJEK AGENDA KRITIKAL

PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN (R&D)


Pengenalan
Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan memainkan peranan utama dalam menggerakkan aktiviti-aktiviti
penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan. Manakala ahli-ahli akademik dalam pelbagai bidang
kepakaran merupakan peneraju kepada penerokaan idea, konsep atau teori baru yang menjadi tunjang
kepada penemuan baru, perkembangan ilmu dan ciptaan yang canggih lagi terkini.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

37

CAP R&D diwujudkan untuk:


memperbanyakkan kegiatan R&D IPT ke arah peningkatan hasil harta intelek dan produk

R&D yang mampu dikomersialkan;

menyumbang kepada pembentukan serta penemuan ilmu baru, kegiatan inovasi dan

kreativiti;

menghasilkan modal insan yang mempunyai pioneer mindset, kreatif, inovatif serta

berketerampilan supaya dapat menyumbangkan secara relevan kepada penjanaan

kekayaan negara dan kesejahteraan rakyat;

menghasilkan bilangan penyelidik yang hebat dalam penguasaan ilmu fundamental dan

menterjemahkannya selaras dengan kehendak negara; dan

melonjakkan keupayaan IPT dalam menjalankan penyelidikan dan menghasilkan output

penyelidikan yang mampu bersaing pada peringkat serantau.

Kejayaan R&D dilihat sebagai sangat kritikal ke arah peningkatan kualiti pengajian tinggi berdasarkan tiga
faktor berikut:

untuk menghasilkan harta intelek dan hasil pengkomersilan yang diperlukan bagi memacu

negara ke peringkat lebih tinggi dalam rangkaian nilai tambah global dan mewujudkan peluang

pekerjaan baru;

untuk mencipta dan menyebar ilmu dan menterjemahkan ilmu kepada produk yang dihayati

dan boleh dikira (tangible) dan tidak dihayati dan tidak boleh dikira seperti nilai-nilai murni

(intangible product) bagi membolehkan Malaysia menjadi hab pengajian tinggi yang unggul;

dan

untuk membangunkan modal insan yang diperlukan bagi mempergiatkan lagi aktiviti inovasi

dalam semua sektor ekonomi negara secara berterusan.

Rumusan Status Fasa 1


Di bawah RMKe-9, Dana Penyelidikan Fundamental yang asalnya berjumlah sebanyak RM200 juta telah
diberikan peruntukan tambahan sebanyak RM115 juta pada tahun 2010 yang menjadikan jumlah keseluruhan
yang baru sebanyak RM315 juta. Penambahan ini membenarkan aktiviti penyelidikan dijalankan pada peringkat
IPT dengan lebih giat lagi. Ketika ini, penyelidikan fundamental melibatkan kesemua 20 Institut Pengajian Tinggi
Awam (IPTA). Selain itu, ia turut melibatkan 40 buah Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan lima buah
Universiti Cawangan di Malaysia.

38

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Pada tahun 2010 sebanyak lima buah IPTA telah berjaya diiktiraf sebagai Universiti Penyelidikan (UP).
Berdasarkan keputusan Audit Universiti Penyelidikan yang dijalankan pada tahun 2010, empat UP, iaitu Universiti
Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia
(UPM) telah berjaya mengekalkan pengiktirafan masing-masing. Berkuat kuasa mulai 21 Julai 2010, Universiti
Teknologi Malaysia (UTM) pula telah berjaya diiktiraf sebagai UP yang baru.
Antara isu-isu pelaksanaan projek yang dikenal pasti adalah seperti berikut:

kurang sumber atau sokongan untuk membina bilangan penyelidik (critical mass) yang

diperlukan dalam aktiviti R&D dan pengkomersilan;

kurang keyakinan di pihak agensi kerajaan dan sektor swasta terhadap keupayaan

penyelidik universiti dalam menyelesaikan projek penyelidikan/perundingan;

adanya industri tempatan (termasuk SME) yang hanya minat menghasilkan produk dan

proses teknologi rendah dan lebih cenderung untuk membeli teknologi kerana tidak

berminat melakukan R&D;

kekurangan penghayatan budaya penyelidikan dalam kalangan industri tempatan

(tidak banyak unit/bahagian/jabatan yang khusus bagi R&D);

kurang kesedaran terhadap peranan dan kaitan inovasi dengan daya saing industri itu

sendiri yang membawa kepada pelaksanaan yang tidak menitikberatkan aspek R&D;

ekosistem inovasi di Malaysia yang kurang dinamik;

tiada mekanisme yang menguruskan penghasilan produk R&D sehingga pengkomersilan

secara khusus;

IPTA tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pengkomersilan;

tanggapan bahawa Malaysia tidak lagi dianggap sebagai negara membangun, yang

memberi kesan kepada pemberian/ penawaran geran penyelidikan antarabangsa;

perbezaan matlamat antara objektif penyelidik, iatu untuk knowledge generation dan

swasta, iaitu untuk profit oriented;

penyelidik kurang pengalaman dan pendedahan kepada industri dan kaedah memperoleh

pembiayaan dana antarabangsa; dan

maklumat tentang geran antarabangsa lewat sampai kepada universiti dan ke pengetahuan

penyelidik.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

39

Antara tindakan-tindakan yang diambil untuk mengatasi isu pelaksanaan adalah seperti berikut:

mengadakan sesi perbincangan secara berterusan melalui mesyuarat dan bengkel yang

melibatkan pelbagai pihak berkaitan seperti ahli panel pengkomersilan, pihak Research

Management Centre (RMC) IPT dan Pejabat Pengurusan Projek (PMO) Kementerian;

melaksanakan promosi pengkomersilan produk R&D IPT melalui pemilihan oleh Panel

Penasihat Pengkomersilan Produk;

melaksanakan program promosi bagi hasil R&D yang berpotensi melalui media cetak, media

elektronik dan pameran produk R&D IPTA;

mengadakan program business matching [contoh: PECIPTA] dan value pitching bersama

pihak antarabangsa seperti Stanford Research Institute (SRI) International dan panel industri

tempatan; dan

mengaruhkan kekuatan pembangunan sumber manusia supaya selaras dengan agenda

nasional dengan menggunakan kaedah seperti Scival Spotlight atau Incites.

Tumpuan Fasa 2
Dalam RMKe-10, fokus CAP R&D adalah untuk memantapkan objektif bagi Fasa 1 dan melonjakkan tahap
penyelidikan Fasa 2 menerusi pendekatan:

menggalakkan minda perintis (pioneer mindset) dalam kalangan penyelidik ;

melakukan penyelidikan inovatif selaras dengan kehendak negara;

menterjemahkan penemuan fundamental ke arah menghasilkan produk atau teknologi

platform yang mampu dikomersialkan; dan

memperkayakan khazanah ilmu (knowledge repository)

Untuk mengukuhkan Fasa 1, Kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM741 juta kepada KPT bagi
meningkatkan lagi aktiviti R&D, terutamanya bagi projek penyelidikan fundamental di IPT. Kelulusan peruntukan
tersebut merangkumi tiga bahagian, iaitu Dana Penyelidikan Fundamental, tujuh platform Penyelidikan
Berimpak Tinggi dan Insentif Penyelidikan.
Dana penyelidikan fundamental dalam RMKe-10, iaitu dalam tempoh Fasa 1, telah meningkat melebihi
100% berbanding peruntukan yang diterima sebanyak RM200 juta dalam RMKe-9. Di bawah RMKe-10,
dana penyelidikan fundamental adalah dipecahkan kepada empat skim, iaitu Skim Geran Penyelidikan
Fundamental (FRGS), Skim Geran Penyelidikan Eksploratori (ERGS), Skim Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS)

40

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

dan Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS). Tujuh platform Penyelidikan Berimpak Tinggi
pula adalah merangkumi bidang tujahan atau niche yang menggembleng kepakaran serta menggalakkan
kolaborasi di antara IPT, seperti berikut:

pemanasan gobal (global warming);

penyakit berjangkit (infectious disease);

perubatan tropika (tropical medicine);

keselamatan tenaga dan air (water and energy security);

kecukupan makanan (food security);

teknologi informasi dan komunikasi (Information and Communication Technology-ICT); dan

pembuatan termaju dan nilai tambah (advanced and value added manufacturing).

Selain tujuh bidang tujahan di atas, bidang tenaga diperbaharui dan penjimatan tenaga juga akan diberikan
perhatian memandangkan kedua-dua bidang ini menjadi antara agenda penting Kerajaan dalam RMKe-10.
Dalam bulan April 2011, kedua-dua Rang Undang-Undang Tenaga Diperbaharui Dan Penjimatan Tenaga telah
dibentangkan di Parlimen.
Bagi menggalakkan aktiviti penyelidikan dan penambahan dana dari luar (antarabangsa dan swasta),
insentif penyelidikan patut diwujudkan bagi kumpulan penyelidik dan penyelidik. Selain itu, penambahan dana
penyelidikan fundamental serta insentif penyelidikan dijangka akan membantu ke arah mencapai sasaran
yang ditetapkan bagi Fasa 2.
Seterusnya, terdapat keperluan supaya aktiviti berkaitan pengkomersilan hasil R&D yang merangkumi aspek
promosi melalui media elektronik, media cetak dan pameran dipergiatkan lagi. Aktiviti promosi atau pameran
yang menyediakan peluang business matching antara pihak universiti dan industri perlu dipergiatkan.
Penggunaan khidmat rundingan dari agensi luar seperti SRI International, sebagai contoh, untuk mendidik
penyelidik tempatan tentang strategi pengkomersilan hasil R&D IPT boleh dipertimbangkan.
Dari segi pencapaian UP pula, semua UP yang terlibat akan dipantau secara berkala berdasarkan laporan
perbelanjaan ke atas dana yang telah diperuntukkan serta laporan impak dan pembentangan ke atas
pencapaian kelima-lima UP.
Dalam pada itu, kesejahteraan negara dalam RMKe-10 yang dipacu oleh modal insan berminda perintis
di IPT serta penghasilan inovasi dalam kegiatan R&D boleh merealisasikan Model Baharu Ekonomi dengan
keberhasilan berikut:

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

41

RM47.5 juta dana penyelidikan dari pihak swasta dan antarabangsa;

RM300 juta Peruntukan Dana Penyelidikan Fundamental;

pengkomersilan sekurang-kurang 5% daripada semua usaha;

pengiktirafan enam UP; dan

peningkatan jumlah jurnal terbitan IPT yang diindekskan kepada 60, harta intelek 1,000,

penerbitan (publication) 9,000 dan cumulative citation 9,000.

Faktor budaya penyelidikan kompetitif yang beretika merupakan faktor kritikal terhadap kejayaan CAP
R&D. Budaya kecemerlangan penguasaan ilmu hasil penyelidikan boleh membantu peningkatan dana
penyelidikan fundamental dan antarabangsa serta swasta.
Penyelidikan fundamental di IPT telah melalui tiga fasa pembudayaan. Bermula tahun 2006 hingga 2008, ia
dikenali sebagai fasa meningkatkan budaya penyelidikan. Pada masa ini, penyelidik di IPT diberi pendedahan
dan peluang menjalankan penyelidikan fundamental. Dari tahun 2009 hingga 2010 dikenali sebagai fasa untuk
menanam kualiti penyelidikan. Peruntukan dana penyelidikan fundamental telah diperketat dengan memilih
projek penyelidikan yang benar-benar berkualiti dan memberi impak kepada negara. Bagi fasa yang ketiga
dari tahun 2011 hingga 2012, ia merujuk kepada mempromosikan kecemerlangan penyelidikan dengan cara
bekerjasama pada peringkat dalaman supaya mampu bersaing pada peringkat global (work together to
compete outside).
Faktor kritikal seterusnya adalah berkaitan kurang pemahaman tentang strategi pengkomersilan hasil R&D
dalam kalangan penyelidik IPT. Selain itu, penyelidik lebih tertumpu kepada aktiviti penghasilan penerbitan
berbanding dengan pengkomersilan hasil R&D mereka. Bagi tahun 2011 dan 2012, lebih banyak pendedahan
akan dibuat tentang harta intelek dan penyelidikan kepada para penyelidik, ke arah peningkatan
pengkomersilan. Ini dibantu dengan adanya Geran PRGS yang akan memantapkan lagi sistem inovasi negara.
Dalam memastikan aktiviti penyelidikan berjalan dengan lancar, Jemaah Menteri telah bersetuju supaya
sebanyak RM128 juta peruntukan mengurus disalurkan kepada UP setiap tahun.

42

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Pelan Tindakan

Strategi

Pelan Tindakan

Penghasilan

Tahun

Meningkatkan
Pengkomersilan R&D IPT

Mempromosi dan
menghebahkan hasil
penyelidikan R&D IPT dan
meningkatkan pengetahuan
pengkomersilan dalam kalangan
penyelidik

Peningkatan jumlah penjanaan


pendapatan hasil dari
pengkomersilan produk R&D IPT

2011 2015

Meningkatkan jumlah
dana penyelidikan
daripada pihak swasta dan
antarabangsa

Mempromosi dan
menghebahkan peluang dana
penyelidikan kepada IPT

Peningkatan dana
daripada pihak swasta dan
antarabangsa

2011 2015

Mengiktiraf bilangan
IPT sebagai Universiti
Penyelidikan (UP)

Menambahkan jumlah geran


yang boleh dipohon

Pertambahan bilangan UP

2011 2015

Meningkat dana
penyelidikan fundamental

Meningkat dana penyelidikan


fundamental untuk
membudayakan R&D,
meningkatkan Kualiti R&D dan
mempromosikan kecemerlangan
Penyelidikan

Peningkatan dana penyelidikan


fundamental

2011 2015

Memberi insentif kepada


pensyarah yang menerbitkan
artikel di dalam 10% teratas
jurnal yang diindekskan (Tier 1)
mengikut bidang

Peningkatan penerbitan jurnal

2011 2015

Meningkatkan khazanah
intelek (knowledge
repository) agar mampu
bersaing pada peringkat
serantau (regional):
Penerbitan (Publication)

Mengaruhkan kekuatan
pembangunan sumber manusia
melalui penerbitan yang
unggul dalam disiplin kompetitif
pada peringkat dunia supaya
membantu agenda nasional
dengan menggunakan kaedah
seperti Scival Spotlight atau
Incites

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

43

Strategi

Pelan Tindakan

Harta Intelek [Intellectual


Property (IP)]

Memberi pendedahan tentang


IP

Penghasilan

Tahun

Peningkatan bilangan IP yang


difailkan

Menjalankan penyelidikan
strategik ke arah pengkomersilan
yang mampu menjana IP
Jurnal hak milik IPT yang
diindekskan (The Malaysian
Journals owned by IPT that
have been indexed)

Memberi insentif kepada sidang


penyunting supaya dapat
melonjakkan jurnal hak milik IPT
supaya dapat diindekskan

Peningkatan bilangan
penerbitan jurnal

PROJEK AGENDA KRITIKAL

PENGANTARABANGSAAN
Pengenalan
Pengantarabangsaan merupakan Teras Kelima Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara, bertujuan
untuk memartabatkan IPT tempatan ke arah bertaraf dunia. Teras ini menyasarkan Malaysia sebagai hab
kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa menjelang tahun 2020. Salah satu pendekatan adalah
penonjolan jenama Education Malaysia yang sebelumnya dikenali sebagai Malaysian Students Department
(MSD) dalam semua aktiviti pemasaran di luar negara. Di samping itu, program pengantarabangsaan seperti
pertukaran tenaga akademik, pelajar, program pengajian dan kolaborasi antarabangsa juga merupakan
pemangkin untuk memperkayakan interaksi, pengalaman dan pendedahan pelajar IPT tempatan di arena
global.
Tujuan penubuhan CAP Pengantarabangsaan adalah untuk memastikan aspirasi negara sebagai
pusat pengajian tinggi ulung tercapai melalui pelaksanaan aktiviti dan seterusnya pemantauan prestasi
pengantarabangsaan IPT tempatan. Khidmat sokongan berkualiti pada peringkat kementerian dan
pemantauan pencapaian perlu diberi perhatian sepenuhnya untuk merealisasikan hasrat kerajaan untuk
menjadikan Malaysia pusat pengajian tinggi antarabangsa.

44

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Rumusan Status Fasa 1


Fasa 1 pelaksanaan CAP Pengantarabangsaan tertumpu kepada peletakan asas untuk menarik kemasukan
pelajar antarabangsa melalui pelaksanaan strategi berikut:

meningkatkan penyertaan program pemasaran dan promosi antarabangsa di luar negara di

jaringan laman web, pameran antarabangsa dan lain-lain saluran;

memperkayakan pengalaman pembelajaran pelajar;

menambahkan jumlah staf akademik, meningkatkan jaringan antarabangsa dan daya saing

staf akademik;

meningkatkan jaringan kolaborasi antarabangsa G2G dan antara institusi secara bilateral,

multilateral dan sebagainya;

mempergiatkan usaha untuk menarik pelajar antarabangsa berkualiti melalui penawaran

tempat bagi pelajar antarabangsa di IPT; dan

meningkatkan jumlah program pengajian akademik yang diiktiraf oleh badan antarabangsa.

Kemasukan pelajar antarabangsa ke IPT tempatan merekodkan peningkatan setiap tahun, seperti yang
ditunjukkan dalam jadual berikut:

TAHUN

IPTA

IPTS

JUMLAH

2007

14,324

33,604

47,928

2008

18.495

50,679

69,174

2009

22,456

58,294

80,750

2010

24,214

62,705

86,919

*sumber:
Data 2007: Portal KPT
Data 2008, 2009: Buku Perangkaan, Kementerian Pengajian Tinggi (2009)
Data 2010: MyMOHES, Pusat Data dan Maklumat

Malaysia menjadi destinasi pilihan pertama pelajar dari Sudan, Yemen, Maldives dan Somalia pada tahun
2009, menurut penyenaraian Global Education Digest 2010 UNESCO. Secara purata, kira-kira 70% pelajar

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

45

antarabangsa melanjutkan pengajian di IPTS. Kemasukan pelajar antarabangsa secara keseluruhannya


menyumbang kepada pendapatan negara sebanyak kira-kira RM2.6 bilion pada tahun 2010.
Pengambilan staf akademik antarabangsa turut menunjukkan peningkatan, seperti jadual di bawah:
BILANGAN STAF AKADEMIK ANTARABANGSA DI IPT

TAHUN

IPTA

IPTS

JUMLAH

2007

1,376

1,027

2,403

2008

1,634

1,261

2,895

2009

4,605

1,403

6,008

*sumber:
Data 2007: Portal KPT
Data 2008, 2009: Buku Perangkaan, Kementerian Pengajian Tinggi (2009)

Secara keseluruhan, antara isu-isu pencapaian semasa adalah seperti berikut:


Pengambilan pelajar antarabangsa berkualiti ke IPT dan pengurusan dan pentadbiran hal

ehwal pelajar antarabangsa.

Cadangan penyelesaian isu:

Usaha perlu dipergiatkan dalam pelaksanaan Fasa 2 untuk menarik pelajar

antarabangsa berkualiti yang ditaja oleh agensi / kerajaan luar negara.

Khidmat sokongan pelajar antarabangsa di IPT perlu dimantapkan dan harus

berlandaskan dasar pengantarabangsaan.

Mekanisme untuk memantau pelajar antarabangsa yang sedia ada perlu disediakan.

Pengambilan staf antarabangsa, di mana bilangan staf akademik antarabangsa yang

cemerlang di IPT masih berkurangan.

Cadangan penyelesaian isu:

46

Pewujudan skim gaji yang kompetitif.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Peningkatan promosi, pemasaran dan penyertaan sektor pengajiantinggi dalam

program pemasaran dan promosi antarabangsa di luar negara contohnya melalui

pelancaran Education Malaysia.

Kekangan dana dalam pelaksanaan program mobiliti pelajar dan staf, penyertaan

program pemasaran di luar negara dan pembayaran proses audit kepada agensi

pengiktirafan profesional antarabangsa.

Cadangan penyelesaian isu:

Penajaan program mobiliti pelajar dan staf akademik.

Peruntukan dana permulaan untuk menyemarakkan penglibatan pelajar dan staf

dalam program mobiliti.

Peruntukan bajet berpusat untuk proses pengauditan antara IPT.

Jaringan kolaborasi antarabangsa sektor pengajian tinggi tempatan dan luar negara yang

dibuat perlu memberi manfaat bukan sahaja kepada IPT, malah pembangunan staf dan

pelajar IPT.

Cadangan penyelesaian isu:

Lebih banyak inisiatif perlu digerakkan dalam Fasa 2 untuk meningkatkan kolaborasi

IPT tempatan dan IPT luar negara dalam program seperti industrial internship, mobiliti

pelajar dan staf akademik (jangka pendek dan panjang).

Tumpuan Fasa 2
Keberhasilan CAP Pengantarabangsaan menjelang 2015 bergantung kepada faktor-faktor berikut:

Senario pengajian tinggi global:

peningkatan mobiliti pelajar dan staf;

penswastaan sektor pengajian tinggi;

pengkomersilan dan peningkatan kolaborasi antara IPT dan pihak industri; dan

penarafan IPT berdasarkan pemeringkatan antarabangsa (global rating).

Fokus sektor pengajian tinggi negara untuk:

menjana pendapatan melalui kemasukan pelajar antarabangsa;

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

47

menjamin mutu program akademik IPT; dan

mengukuhkan jaringan serantau dan global IPT dalam aspek pengajaran dan

pembelajaran serta penyelidikan.

Pelan Tindakan

Strategi
Meningkatkan
ketertampakan (visibility)
sektor pengajian tinggi
Malaysia di luar negara

Mendapatkan
pengiktirafan
antarabangsa kualiti sektor
pengajian tinggi Malaysia

Memperkayakan
pengalaman
pembelajaran pelajar

Pelan Tindakan

Penghasilan

Tahun

Menjalinkan kerjasama erat


antara KPT dan IPT untuk program
promosi dan pemasaran luar
negara

Peningkatan penyertaan IPT


dalam pameran antarabangsa

2011-2015

Meluaskan jaringan kerjasama


sektor pengajian tinggi Malaysia
dengan luar negara

Peningkatan program yang


dijalankan atas usaha sama IPT
tempatan dan luar negara

2011-2015

Menubuhkan pusat akademik


IPTA di luar negara bagi
menjalankan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran serta
penyelidikan

Kewujudan pusat akademik luar


negara milik UP untuk tujuan
akademik dan pemasaran IPT

2011-2015

Menganjurkan persidangan
bertaraf antarabangsa dan
berimpak tinggi melibatkan
menteri-menteri-menteri
pengajian tinggi dan key
decision makers

Peningkatan pengiktirafan
kerjasama strategik
dengan negara dan agensi
antarabangsa, termasuk
pengiktirafan terhadap
kemampuan serta sumbangan
sektor pengajian tinggi negara
di peringkat antarabangsa

2011-2015

Menjalinkan kerjasama erat


dengan badan profesional
antarabangsa untuk
pengiktirafan program akademik
IPT tempatan

Peningkatan bilangan program


yang diiktiraf pada peringkat
antarabangsa

2011-2015

Peningkatan bilangan pelajar


antarabangsa berkualiti di IPT
tempatan

2011-2015

Menggalakkan penyertaan
pelajar IPT tempatan dalam
program mobiliti outbound

Peningkatan bilangan pelajar


yang terlibat dalam program
mobiliti

2011-2015

Menjalinkan kerjasama erat


antara IPT tempatan dan luar
negara dalam penganjuran
program mobiliti inbound

48

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Strategi

Pelan Tindakan

Penghasilan

Memperkayakan
pengalaman
antarabangsa staf IPT
tempatan

Meningkatkan pengambilan staf


akademik antarabangsa

Peningkatan peratusan staf


akademik antarabangsa

Meningkatkan mobiliti staf


akademik

Peningkatan bilangan staf


akademik yang terlibat dalam
program mobiliti

Meningkatkan
pengalaman positif pelajar
antarabangsa

Menggalakkan interaksi antara


pelajar antarabangsa dan
komuniti tempatan

Penglibatan pelajar
antarabangsa dengan
program komuniti

Tahun
2011-2015

2011-2015

Mendapat maklum balas


pengalaman pelajar
antarabangsa di Malaysia

PROJEK AGENDA KRITIKAL

INDUSTRI-AKADEMIA
Pengenalan
Industri didefinisikan sebagai sesebuah organisasi luaran kepada universiti termasuk sektor awam, swasta
dan badan-badan bukan kerajaan yang berasaskan keuntungan dan bukan keuntungan. Jalinan hubungan
atau perkongsian Industri-Universiti menjadi sangat penting bagi penggubal polisi pengajian tinggi, baik pada
peringkat kerajaan dan universiti. Dalam konteks ekonomi berasaskan pengetahuan (k-economy), peranan
universiti (institusi pengajian tinggi) sebagai pelaksana strategik dalam pembangunan ekonomi menjadi
semakin penting. Hubungan Industri-Akademia merangkumi pelbagai aspek pengajaran dan penyelidikan,
termasuklah latihan industri pelajar, sangkutan pensyarah di industri, aktiviti perundingan, pembangunan
profesional berterusan, pembangunan dan penyelidikan bersama dan juga pembangunan usahawan kecil
dan sederhana. Selari dengan perkembangan masa, dasar-dasar baru kerajaan seperti RMKe-10, MBE dan
ETP serta NKEA perlu diambil kira dalam kesinambungan pelaksanaan CAP Industri-Akademia pada Fasa 2,
iaitu merangkumi tempoh 2011 hingga 2015.
IPT perlu memainkan peranan penting dalam penyediaan tenaga mahir ke pasaran dan perlu menjadikan
industri sebagai input untuk menghasilkan program pengajian dan hasil penyelidikan mengikut peredaran
masa dan trend semasa justeru menghasilkan para graduan untuk memenuhi keperluan pasaran industri dan
kesediaan ke alam pekerjaan. Kerjasama mapan dengan industri juga membantu pihak IPT memperoleh
sumbangan dan menjana pendapatan secara berterusan.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

49

Rumusan Status Fasa 1


Sepanjang 2010, pelbagai program telah dilaksanakan bagi memperkenalkan, membincangkan dan
mencapai sasaran Industri-Akademia yang telah ditetapkan oleh universiti masing-masing seperti Bengkel CAP
Industri- Akademia Peringkat Kebangsaan pada April 2010. Wakil-wakil industri bersama ahli akademik telah
membincangkan peranan industri-Akademia dari perspektif pihak industri. Pelancaran Pelan Pengukuhan
Hubungan Kerjasama Universiti-Industri dan Program Kluster telah dilancarkan pada Julai 2010 dan digubal
bagi mencapai hasrat meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan kebolehpasaran
siswazah, meningkatkan hasil pengkomersilan teknologi dan penyelidikan serta meningkatkan pendapatan
bagi universiti dan industri.
Secara keseluruhannya pencapaian CAP Industri-Akademia menunjukkan peningkatan yang positif
berbanding tahun 2009. Jumlah (RM) projek perundingan daripada industri yang diperoleh adalah sebanyak
RM 119,008,933.22 sumbangan (RM) daripada industri kepada universiti adalah sebanyak RM 48,256,441.67
pada 2010. Seramai 454 orang staf akademik telah mengikuti program sangkutan di industri sepanjang 2010
iaitu peningkatan sebanyak 342 berbanding 2009 (termasuk bilangan staf akademik yang bercuti sabatikal
di IPT lain). Bilangan kakitangan industri yang terlibat dalam aktiviti berkaitan akademik juga menunjukkan
peningkatan yang positif iaitu seramai 1,409 orang pada 2009 kepada 2,577 orang bagi tahun 2010.
Tumpuan Fasa 2
Dalam Fasa 2 (20112015), CAP Industri-Akademia akan tertumpu kepada pelaksanaan aktiviti berikut dan
penghasilan yang berkaitan:

memperkukuh dan mempertingkatkan penglibatan industri dalam aktiviti- aktiviti sedia ada

yang dilaksanakan oleh semua universiti setiap tahun ke arah mencapai objektif strategik

CAP;

memperkembang dan meningkatkan program cluster-consortium-based kolaborasi

universiti-industri dalam aktiviti-aktiviti hubungan universiti-industri;

mempertingkatkan promosi kepakaran universiti kepada pihak industri dan sebaliknya melalui

pembangunan pangkalan data; dan

mempertingkatkan industry-driven innovation (dalam bidang kurikulum, pembelajaran dan

pengajaran dan R&D).

50

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Aktiviti-aktiviti yang dirancang pada Fasa 2 untuk mencapai KPI CAP Industri-Akademia perlu mengambil
kira perkembangan semasa dan dasar-dasar kerajaan terkini seperti RMKe-10, MBE serta NKEA, di mana selain
daripada pendidikan, adalah bidang-bidang yang disenaraikan:

Minyak dan gas

Minyak sawit dan produk berkaitan

Perkhidmatan kewangan

Pemborongan dan peruncitan

Pelancongan

Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Elektrik dan Elektronik

Perkhidmatan perniagaan

Penjagaan kesihatan swasta

Pertanian

Greater Kuala Lumpur

Dalam MBE, program mobiliti antara industri dan universiti diberi penekanan. Program ini boleh dilaksanakan
melalui pertukaran kakitangan akademik dan juga melalui skim sangkutan akademik.
Berdasarkan Pelan Pengukuhan Strategik Kerjasama Universiti/Industri/Masyarakat, tujuh kerangka telah
dibangunkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT):

mekanisme latihan industri bagi industri high-end;

rangka kerja sangkutan akademia industri;

rangka kerja kadar dan perolehan pakar runding;

rangka kerja sistem pengiktirafan dan ganjaran akademia;

rangka kerja sistem penjenamaan dan pemasaran kepakaran penyelidikan dan produk

universiti;

rangka kerja program Knowledge Transfer Partnership; dan

rangka kerja program kerjasama konsortium kluster universiti-industri.

Keberhasilan yang disasarkan CAP Industri-Akademia menjelang 2015 adalah seperti berikut:

hasil pendapatan dari khidmat perundingan di universiti adalah sekurang-kurangnya 10%

daripada belanja pengurusan;

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

51

purata setiap universiti menerima RM100,000 sumbangan industri setahun atau keseluruhan

RM500,000 (tidak termasuk geran penyelidikan dan perundingan);

sekurang-kurangnya 30% kakitangan akademik telah menjalani sangkutan industri; dan

untuk setiap program pengajian yang ditawarkan, sekurang-kurangnya terdapat tiga bentuk

penglibatan pihak industri setiap tahun.


Mengambil kira ETP dan NKEA dalam penentuan hala tuju Fasa 2 CAP Industri-Akademia, faktor kejayaan
kritikal yang telah dikenal pasti adalah seperti berikut:

perkongsian tenaga pakar industri dan universiti;

keperluan makmal bertaraf industri serta perkongsian kemudahan dan prasarana industri;

sistem akademik yang menyokong penglibatan industri secara langsung; dan

sistem akademik yang fleksibel mengizinkan penambahan subjek/ kursus elektif dalam reka

bentuk kurikulum/ kursus sesuai dengan kehendak industri jika perlu.

Pelan Tindakan

Strategi

Pelan Tindakan

Meningkatkan hubungan
Industri-Akademia

Menggiatkan aktiviti perundingan


industri

Peningkatan penjanaan
kewangan (RM)

daripada projek

perundingan
Peningkatan

pemindahan ilmu
praktikal kepada
pembelajaran dan
pengajaran
Peningkatan

pendedahan
pelajar kepada

projek industri
sebenar

2011-2015

Meningkatkan sumbangan (RM)/


bukan RM daripada industri
kepada universiti

Peningkatan

sumbangan (RM)/
bukan RM daripada
industri kepada universiti
Peningkatan mutu
pembelajaran dan
pengajaran serta
penyelidikan

2011-2015

52

Penghasilan

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Tahun

Strategi

Meningkatkan hubungan
Akademia-Masyarakat

Pelan Tindakan

Penghasilan

Tahun

Menggalakkan staf akademik


mengikuti program sangkutan
industri

Peningkatan bilangan
staf akademik yang
mengikuti program
sangkutan industri
Peningkatan mutu
pembelajaran,

pengajaran,

penyelidikan dan
perundingan
Peningkatan

perkongsian pintar

2011-2015

Melibatkan kakitangan
industri dalam aktiviti berkaitan
akademik

Peningkatan

bilangan kakitangan
industri
Peningkatan mutu
pembelajaran,
pengajaran,

penyelidikan dan

perundingan
Peningkatan

perkongsian pintar

2011-2015

Menggiatkan penglibatan dan


memberi pengiktirafan akademia
dengan masyarakat

Peningkatan
bilangan projek
akademiamasyarakat
Peningkatan
sumbangan (RM)

2011-2015

PROJEK AGENDA KRITIKAL

KEBOLEHPASARAN SISWAZAH
Pengenalan
Kemajuan sesebuah negara pada masa hadapan sangat bergantung kepada usaha semua pihak dalam
melahirkan modal insan yang berketerampilan, berdaya saing dan mempunyai nilai tambah tinggi yang boleh
menyumbang kepada pembangunan negara serta boleh menjamin pertumbuhan ekonomi yang stabil. Oleh
yang demikian, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap kualiti
siswazah yang dilahirkan oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mahupun Institusi Pengajian Tinggi Swasta
(IPTS). KPT juga sentiasa berusaha melonjakkan tahap kualiti siswazah agar mereka dapat menyumbang
kepada pelaksanaan pelan transformasi ekonomi negara.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

53

Setiap institusi pengajian tinggi (IPT) memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan siswazah
yang berkebolehan yang bersedia ditempatkan di sektor pekerjaan sama ada di pasaran tempatan atau
antarabangsa. Isu-isu yang berkaitan dengan kebolehdapatan kerja siswazah sentiasa berkait rapat dengan
kebolehpasaran dan kemahiran siswazah. Menyedari hakikat ini, KPT telah mengambil beberapa langkah
strategik bagi memastikan siswazah yang dihasilkan oleh IPT di negara ini mempunyai kualiti dan ciri-ciri yang
diperlukan oleh pasaran kerja. Selain menyediakan peluang pengajian tinggi kepada semua golongan yang
berkelayakan, KPT juga bertanggungjawab memastikan setiap siswazah yang dihasilkan mempunyai nilai
kebolehpasaran dan kebolehdapatan kerja yang tinggi.
Bagi mencapai hasrat tersebut, KPT telah meletakkan kebolehpasaran siswazah sebagai salah satu daripada
Projek Agenda Kritikal dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) pada tahun 2007.
Rumusan Status Fasa 1
Pelaksanaan PSPTN Fasa 1 melihat kepada usaha-usaha peletakan asas beberapa program bagi mencapai
hala tuju transformasi pengajian tinggi. Bagi CAP Kebolehpasaran Siswazah, pelaksanaan PSPTN Fasa 1 melihat
kepada indikator bagi menilai kebolehpasaran siswazah dan sasaran peratus yang perlu dicapai. Bidang
tumpuan CAP dalam pelaksanaan Fasa 1 PSPTN ialah meningkatkan kebolehpasaran siswazah dengan
memastikan sekurang-kurangnya 75% siswazah memperoleh pekerjaan dalam tempoh enam bulan setelah
menamatkan pengajian.
Bagi mengkaji secara berterusan penerimaan para siswazah ke dalam pasaran kerja, KPT telah mewujudkan
satu sistem pengukuran yang bersesuaian dan versatil bagi melaksanakan kaji selidik terhadap graduan
yang bakal menamatkan pengajian di IPT di negara ini. Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) telah
mula dilaksanakan sejak tahun 2006 dan membekalkan fakta dan maklumat mengenai status dan pekerjaan
graduan baru. Kajian Pengesanan Graduan merupakan satu kajian tahunan untuk mengesan destinasi
pertama graduan selepas menduduki peperiksaan pada tahun akhir sehingga tarikh menghadiri majlis
konvokesyen, iaitu lazimnya dalam lingkungan tiga hingga enam bulan selepas tamat pengajian. Objektif kajian
adalah untuk meninjau tahap kebolehdapatan kerja dan kebolehpasaran (employability and marketability)
siswazah, mendapat pandangan dan persepsi siswazah terhadap program akademik, sistem pengajian dan
kemudahan prasarana di IPT masing-masing serta mewujudkan pangkalan data para siswazah IPT.
Peratusan kebolehpasaran siswazah mencapai dan melebihi sasaran 75% mulai tahun 2008 hingga 2010. Bagi
tahun 2010, pencapaian kebolehpasaran siswazah pada peringkat KPT adalah sebanyak 75.4 %. Peratusan ini
merangkumi semua graduan yang dihasilkan oleh IPTA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti.

54

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Jika dilihat dari segi pencapaian kebolehpasaran siswazah bagi setiap IPTA pula, peratus pencapaian adalah
berbeza di antara satu sama lain. Pada akhir tahun 2010, sejumlah 19 IPTA terlibat dalam statistik pengiraan
CAP Kebolehpasaran Siswazah dan hanya satu IPTA iaitu Universiti Malaysia Kelantan (UMK) masih belum
menghasilkan siswazah pada tahun 2010. Secara umumnya, universiti yang berstatus universiti penyelidikan,
mempunyai tahap peratusan kebolehpasaran siswazah yang melebihi 75%. Pencapaian bagi Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI) adalah 96.5% kerana sebahagian besar daripada siswazah diserap sebagai
guru apabila mereka menamatkan pengajian. Bagi universiti dalam kategori Komprehensif dan Fokus, data
menunjukkan corak yang pelbagai, antara lingkungan 50% hingga 70%.
Hal ini memandangkan terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi kebolehpasaran siswazah seperti jenis
universiti dan bidang pengajian yang diambil siswazah. Bagi universiti yang telah lama bertapak di negara
ini, sasaran 75% mungkin dapat dicapai dengan adanya faktor-faktor seperti kemudahan pendidikan yang
lebih baik, tenaga pengajar yang berpengalaman, bidang pengajian yang ditawarkan, hubungan bersama
pihak industri dan sebagainya. Secara umumnya, peratusan kebolehpasaran siswazah adalah sesuatu yang
perlu melihat kepada kapasiti serta keupayaan sesebuah universiti dalam menghasilkan siswazah yang dapat
meningkatkan nilai kebolehpasaran bagi universiti tersebut.
Sepanjang pelaksanaan Fasa 1, terdapat beberapa isu yang dikenal pasti:

Data Kajian Pengesanan Graduan yang diperoleh adalah dalam tempoh yang singkat,

iaitu antara tempoh tamat pengajian dan majlis konvokesyen sekitar tiga hingga enam bulan.

Tempoh yang singkat ini tidak dapat memberi gambaran yang sebenar mengenai tahap

kebolehpasaran siswazah.

Kos bagi melaksanakan program-program yang meningkatkan kebolehpasaran siswazah

seperti Finishing School, Bridging the Gap, Apprenticeship adalah tinggi dan memerlukan

peruntukan kewangan yang besar daripada pihak kerajaan. Sesetengah industri meletakkan

tanggungjawab ini kepada pihak kerajaan tanpa bersedia untuk berkongsi kos bagi

membiayai program-program tersebut.

Tumpuan Fasa 2
Institusi pengajian tinggi mempunyai peranan yang penting dalam menghasilkan modal insan berkemahiran
tinggi dan berkeupayaan untuk mencipta, menginovasi, menghasilkan dan mempelopori pengetahuan baru
serta mengaplikasikan dan membangunkan teknologi, ke arah memastikan kadar kebolehpasaran siswazah
yang tinggi dicapai oleh negara.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

55

Faktor kejayaan kritikal CAP Kebolehpasaran Siswazah adalah berkaitan dengan faktor penentuan hala tuju
aspirasi Wawasan 2020, Gagasan 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi,
RMKe-10 dan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara sendiri, secara amnya. Antara yang dikenal pasti
adalah:

Tadbir Urus: ketelusan, tanggungjawab, integriti, autonomi dan akauntabiliti (Professional A

cademic Integrity);

Budaya: kecemerlangan pengajian tinggi, berprestasi tinggi, berdaya saing;

Infrastruktur: kemudahan fizikal R&D, persekitaran yang kondusif kepada pembelajaran dan

pengajaran; dan

Sumber: sumber kewangan, sumber manusia yang berkualiti dan komited, perkembangan

ekonomi dunia dan negara, permintaan modal insan daripada pihak industri, peruntukan

bagi melaksanakan usaha meningkatkan kebolehpasaran siswazah.

Secara khususnya, PSPTN telah mengenal pasti bahawa bagi menghasilkan siswazah yang berkualiti tinggi
yang memperoleh pekerjaan, kurikulum yang disediakan oleh IPT perlulah sejajar dan bersesuaian dengan
keperluan pasaran global. Faktor kejayaan kritikal adalah berasaskan kepada:

penglibatan sektor industri dalam membentuk kurikulum bagi menambah baik pasaran,

kemahiran dan kesesuaian graduan; dan

kebolehan IPT untuk mengguna pakai kaedah pembelajaran dan pengajaran yang paling

berkesan dalam menjamin kualiti pendidikan tinggi kepada pemegang taruh.

Kesediaan sektor industri untuk berkongsi kos dan menyediakan latihan berkemahiran tinggi bagi memenuhi
keperluan teknologi masa hadapan untuk memacu pertumbuhan ekonomi Negara amatlah penting untuk
menjayakan agenda ini.

56

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Pelan Tindakan

Strategi
Meningkatkan
kebolehdapatan kerja
siswazah

Pelan Tindakan

Penghasilan

Tahun

Meningkatkan pencapaian
Generic Student Attribute (GSA)
siswazah melalui program
pragraduat contohnya
Finishing School, Internship
dan Entreprenuership dan
program pascasiswazah seperti
Apprenticeship, Bridging the
Gap, Job Placement: Career
Excell, Structured Internship,
Degree++, dan sebagainya

85% daripada keseluruhan


pelajar mencapai tahap skor
minima 6.5 dalam instrumen
My3S.

2011-2015

Melaksanakan program High End


Industries Graduate Internship

Peningkatan bilangan pool of


talent siswazah yang berjaya
mendapat pekerjaan di
jawatan strategik di high end
industries.

2011-2015

Peningkatan bilangan program


pengajian yang menawarkan
latihan industri kepada para
pelajar.

2011-2015

Meluaskan pengukuran Tracer


Study
Memantapkan latihan industri
pelajar seperti digariskan dalam
Dasar Latihan Industri

Projek Agenda Kritikal

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA


Pengenalan
Melahirkan modal insan yang berkualiti adalah prasyarat yang utama untuk memastikan kelangsungan
pembangunan negara. Tugas dan tanggungjawab ini dipikul bersama oleh institusi pendidikan tinggi
swasta (IPTS) di negara ini. Dua teras yang digariskan dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN
memfokuskan secara langsung kepada peranan ini iaitu memperkasakan institusi pendidikan tinggi dan soal
pengurusan akses dan ekuiti.
Pada masa ini terdapat sebanyak 452 buah IPTS yang berdaftar dan aktif beroperasi dengan menawarkan
pelbagai program pengajian pada peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Kedoktoran.
Daripada jumlah tersebut, 23 IPTS bertaraf Universiti, 21 bertaraf Kolej Universiti dan 403 bertaraf Kolej, manakala

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

57

lima lagi merupakan kampus cawangan universiti luar negara. Sehingga akhir Disember 2010 sebanyak 8,114
program pengajian telah diluluskan oleh Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian Pengajian Tinggi untuk
ditawarkan di IPTS dan daripada jumlah tersebut kira-kira 59% telah pun memenuhi keperluan MQA dan
memperoleh akreditasi. Sehingga Disember 2010, IPTS memberi peluang kepada 408,034 orang pelajar untuk
melanjutkan pengajian pada pelbagai peringkat pengajian dan mempunyai tenaga pengajar seramai 25,
486 orang. Dari bilangan tenaga pengajar itu, 55.1% memiliki kelayakan Sarjana dan PhD atau yang setaraf.
Dengan kapasiti ruang dan tenaga pengajar sedia ada, IPTS kini mempunyai enrolmen pelajar di peringkat
sarjana dan PhD berjumlah 24, 468 orang atau kira-kira 6% daripada keseluruhan enrolmen di IPTS.
Tumpuan Fasa 2
IPTS akan terus memainkan peranan untuk menyediakan peluang pendidikan di negara ini. Selain
menyediakan peluang pendidikan, aspek kualiti pendidikan akan terus menjadi agenda utama pada fasa
kedua pelaksanaan PSPTN. Untuk itu, beberapa strategi telah dirangka bagi merealisasikan hasrat tersebut.

Akses kepada Pendidikan Tinggi

Pertumbuhan pesat institusi pengajian tinggi swasta telah dapat meningkatkan akses kepada

pendidikan tinggi bagi penduduk Malaysia. Ini merupakan satu asas kukuh kepada pencapaian

hasrat negara untuk membolehkan sekurang-kurangnya 50% daripada penduduk Malaysia, khususnya

bagi kohort umur 17 hingga 23 tahun, mendapat pendidikan tinggi menjelang tahun 2015. Penawaran

tempat pengajian yang meliputi pelbagai bidang oleh IPTS secara langsung membolehkan Malaysia

merealisasikan konsep pendemokrasian pendidikan, iaitu dengan bertambahnya bilangan penduduk

Malaysia mendapat pendidikan pada peringkat tertinggi mengikut pilihan dan kebolehan masing-

masing.

Bagi mencapai matlamat meningkatkan tahap akses kepada pendidikan tinggi swasta, strategi berikut
dicadangkan bagi tempoh lima tahun (2011-2015):

Meningkatkan bilangan tempat pengajian di IPTS berdasarkan three-tier system yang meliputi

pengajian peringkat sijil, diploma dan ijazah:

menggalakkan IPTS sedia ada meningkatkan penawaran tempat belajar dan

meningkatkan kapasiti pengambilan pelajar;

menaik tarafkan IPTS bertaraf Kolej kepada kolej universiti atau universiti swasta;

58

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

mengukuhkan program pendidikan jarak jauh (PJJ) sedia ada;

memperluaskan kemasukan pelajar secara open entry atau kemasukan terbuka di

IPTS yang menawarkan kursus secara on-line; dan

menggalakkan IPTS melaksana kursus pengajian baru yang menepati keperluan tenaga

manusia semasa negara.

Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat:

meningkatkan

perkhidmatan dan latihan semula terutamanya yang berbentuk hands-on;

mewujudkan peluang pembelajaran akademik lanjutan meliputi peringkat diploma,

ijazah dan ijazah lanjutan melalui program PJJ dan secara sambilan;

menyediakan syarat kemasukan ke IPTS yang lebih terbuka dan fleksibel melalui

sistem pemindahan kredit dari IPTS ke IPTS lain serta IPTS bukan bertaraf universiti ke

kolej universiti, kampus cawangan universiti luar negara dan universiti swasta; dan

memperluaskan kemasukan pelajar melalui open entry.

Kualiti Pendidikan Tinggi Swasta

peluang

pembelajaran

lanjutan

berbentuk

latihan

dalam

CAP IPTS memastikan semua kursus pengajian yang ditawarkan di IPTS berkualiti dan berupaya

mendapat pengiktirafan antarabangsa. Ini bagi memastikan graduan yang dilahirkan berpengetahuan,

berkemahiran dan berketerampilan serta mempunyai ciri-ciri peribadi unggul bagi memenuhi

permintaan guna tenaga negara. Usaha ini akan dilaksanakan berdasarkan strategi seperti:-

Mengukuhkan mekanisme pemantauan dan pengawalseliaan ke atas IPTS:

menyedia dan mengemas kini senarai semak kualiti berdasarkan perundangan serta

bench-marking ciri-ciri IPTS terkemuka di dunia;

menyelia dan menilai pematuhan undang-undang dan peraturan oleh IPTS dilakukan

dengan cekap dan cepat;

menyediakan rating IPTS;

melaksanakan Audit SETARA dan MyQUEST ke atas semua IPTS bagi mengukur tahap

kualiti masing-masing; dan

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

59

menilai

peruntukan

Akta

555

yang

berkaitan

dengan

pemantauan

dan

pengawalseliaan.

Memastikan IPTS mempunyai kemudahan yang berkualiti dan lengkap:

menetapkan semua IPTS baru atau IPTS sedia ada yang memohon untuk

memperluaskan kursus pengajian mempunyai kampus Induk tetap serta kemudahan

dan infrastruktur sokongan yang lengkap;

menetapkan semua IPTS yang menawarkan pengajian peringkat diploma ke atas

memperoleh akreditasi bagi menjamin kemudahan pengajaran dan pembelajaran

yang lengkap; dan

menggalakkan penggabungan di antara IPTS kecil bagi membolehkan penggunaan

kemudahan bersama secara maksimum.

Memastikan tenaga pengajar di IPTS berkualiti dan mencukupi:

menentukan IPTS mempunyai tenaga pengajar yang mencukupi dan berkelayakan

untuk melaksanakan semua kursus pengajian;

memudahkan kemasukan pakar asing berkhidmat di IPTS dalam bidang yang

Malaysia kurang/tiada kepakaran; dan

menggalakkan penglibatan pihak industri dalam pengajaran di IPTS.

Memastikan kursus pengajian di IPTS di semua peringkat berkualiti, sesuai, relevan dan berdaya

saing pada peringkat global:

menggalakkan IPTS menawarkan lebih banyak kursus berbentuk hands-on; dan

menggalakkan kerjasama di kalangan IPTS tempatan dengan IPT terkemuka luar

negara khususnya dalam aspek penerokaan ilmu baru, pengukuhan dan pengiktirafan

program pengajian.

Meningkat dan memperluaskan aktiviti R&D di IPTS:

menggalakkan IPTS memupuk minat dan membina kemahiran R&D di kalangan

tenaga pengajar;

menyediakan kemudahan dan insentif kepada IPTS untuk menjalankan R&D; dan

60

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

menggalakkan kolaborasi R&D di antara IPTS dengan IPTA serta pihak industri.

Mewujudkan universiti swasta elit dan bertaraf dunia:

pengukuhan niche area;

pengukuhan dan perluasan aktiviti penyelidikan dan pembangunan berfokuskan

keperluan masyarakat tempatan dan antarabangsa;

mendapatkan pengiktirafan antarabangsa ke atas kecemerlangan akademik dan

khidmat sosial staf dan pelajar; dan

penerokaan ilmu pengetahuan baru dan penyebarannya secara universal.

Menyediakan kemudahan sokongan dan kebajikan pelajar IPTS:

menentukan IPTS menyediakan/ meningkatkan kemudahan dan perkhidmatan

bimbingan dan kaunseling pelajar;

menentukan

pengangkutan, asrama dan keselamatan pelajar;

menentukan IPTS menyedia dan meningkatkan perkhidmatan kebajikan pelajar

terutama dari keluarga berpendapatan rendah dan sederhana; dan

menggalakkan IPTS menyediakan kemudahan yang mesra pelajar.

IPTS

menyedia

dan

melengkapkan

kemudahan

kesihatan,

Pelan Tindakan

Strategi
Memperkasakan Institusi
Pengajian Tinggi Swasta

Pelan Tindakan

Penghasilan

Tahun

Meningkatkan Penyertaan IPTS


Dalam SETARA dan MyQUEST

Peningkatan % IPTS yang


menyertai SETARA dan MyQUEST
mencapai sekurang-kurangnya
Tier 4

2011 2015

Menambah bilangan IPTS yang


layak untuk dinaik taraf

Peningkatan bilangan IPTS


bertaraf Kolej yang dinaik taraf
kepada Kolej Universiti

2011 2015

Pertambahan bilangan IPTS


bertaraf Kolej universiti yang
dinaik taraf kepada Universiti

2011 2015

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

61

Strategi

Pelan Tindakan

Menambah baik kualiti


Pembelajaran dan
Pengajaran

Penghasilan

Tahun

Peningkatan % pensyarah IPTS


sepenuh masa berkelayakan
PhD atau setaraf

2011-2015

Peningkatan % skor IPTS dalam


MyRA

2011 2015

Meningkatkan bilangan kursus


pengajian matang yang
memperoleh akreditas

Peningkatan % kursus yang


memperoleh akreditasi

2011 - 2015

Meningkatkan kecekapan IPTS


dalam menguruskan pelajar
antarabangsa

Peningkatan Tier pencapaian


pelajar antarabangsa

2011 2015

Menambah bilangan IPTS


bertaraf universiti dan kolej
universiti beroperasi di PurposeBuilt Campus yang mempunyai
prasarana yang lengkap

Pertambahan bilangan
universiti dan kolej universiti
yang beroperasi di Purpose-Built
Campus

2011 2015

PROJEK AGENDA KRITIKAL

PEMBANGUNAN HOLISTIK PELAJAR


Pengenalan
Pembinaan modal insan merangkumi satu proses lengkap membentuk tenaga kerja manusia yang berilmu,
berakhlak, berkemahiran, berdaya saing dan berdaya tahan. Modal insan menjadi fokus dan agenda utama
kepimpinan negara untuk direalisasikan oleh semua pihak termasuk Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan tidak
terkecuali kepada semua pelajar.
Kesungguhan untuk membangunkan modal insan jelas dizahirkan melalui kandungan strategi bajet negara.
Pendidikan berkualiti akan memastikan mereka terus kekal relevan dengan kehendak pasaran semasa.
Selain itu mereka juga mampu berdepan dengan cabaran dan suasana persaingan antarabangsa yang
kian meningkat lebih-lebih lagi dalam zaman ekonomi sejagat yang berlandaskan pengetahuan,serta
bertunjangkan sains dan teknologi.

62

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Holistik dalam konteks pembangunan modal insan tidak terbatas kepada disiplin ilmu dan pemantapan
kemahiran sahaja, malah turut merangkumi aspek pembangunan minda, spiritual, sahsiah dan etika. Dengan
kata lain, pembangunan modal insan turut memberi tumpuan kepada aspek keinsanan yang terbina
menerusi falsafah hidup, pegangan agama dan dokongan moral. Modal insan dengan ciri-ciri tersebut
memenuhi keperluan untuk membolehkan transformasi dan pembangunan individu, keluarga, masyarakat,
negara dan dunia berlaku secara lebih berstruktur.
CAP Pembangunan Holistik Pelajar (HSD) memfokuskan kepada pembangunan sahsiah pelajar IPT bagi
menghasilkan graduan atau modal insan yang seimbang sama ada dari segi keterampilan, bersemangat
patriotik, berdisiplin dan bernilai murni ke arah pembentukan modal insan negara yang mempunyai personaliti
unggul (towering personality) dan holistik. Penekanan pelaksanaan diletakkan kepada konteks kokurikulum
memandangkan ia mempunyai elemen ilmu praktikal dan ilmu falsafah yang menyokong kepada
pembangunan pelajar secara menyeluruh.
Bertepatan dengan Pelan Tindakan PSPTN Fasa 1 (2007-2010), KPT telah mengenal pasti lapan teras utama
aktiviti kokurikulum dan kehidupan kampus. Bidang-bidang tersebut, yang dikenali sebagai Lapan Teras
Kokurikulum, adalah seperti berikut:

Teras Sukan

Teras Kebudayaan

Teras Daya Usaha dan Inovasi

Teras Pengucapan Awam

Teras Kesukarelawanan

Teras Khidmat Komuniti

Teras Keusahawanan

Teras Kepimpinan

Rumusan Status Fasa 1


Pelaksanaan PSPTN Fasa 1 melihat kepada usaha peletakan asas beberapa program bagi mencapai hala
tuju transformasi pengajian tinggi. Tiga objektif strategik (OS) telah diletakkan sebagai asas pelaksanaan
projek bersama dengan penunjuk prestasi utama (KPI) yang berkaitan, seperti di bawah:

Meningkatkan pelaksanaan kursus kokurikulum berkredit di semua IPTA

Pengukuran yang dibuat adalah berdasarkan bilangan program pengajian akademik

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

63

peringkat ijazah sarjana muda yang melaksanakan kursus kokurikulum berkredit sebagai

syarat wajib bergraduat. Sehingga Disember 2010, bilangan program pengajian akademik

peringkat ijazah sarjana muda yang ditawarkan di semua IPTA adalah sebanyak 1,006

program. Daripada jumlah tersebut, didapati bahawa 85.28% iaitu 858 program pengajian

akademik peringkat ijazah sarjana muda ini telah melaksanakan kursus kokurikulum berkredit

sebagai syarat wajib bergraduat.

Mempertingkatkan dan menambah baik kualiti pelaksanaan kursus kokurikulum berkredit

OS ini memfokuskan kepada usaha mempertingkatkan dan menambah baik kualiti

pelaksanaan kursus kokurikulum berkredit. Bilangan kursus kokurikulum berkredit diukur

berdasarkan kandungan (LOKI), kaedah penyampaian dan kaedah penaksiran. Kebanyakan

IPTA mempunyai kursus kokurikulum berkredit.

Bagaimanapun, masih terdapat kursus kokurikulum yang ditawarkan yang tidak mempunyai

perancangan pengajaran (lesson plan) yang mengikut piawaian yang ditetapkan. Justeru,

langkah perlu diambil untuk menambah baik dan mempertingkatkan pelaksanaan kursus

kokurikulum berkredit sedia ada. Sehingga Disember 2010, bilangan kursus kokurikulum

berkredit yang ditawarkan di semua IPTA adalah sebanyak 1,359 kursus. Pada akhir Fasa 1

sebanyak 90.36% kursus iaitu 1,228 daripada 1,359 kursus kokurikulum berkredit telah mengikut

piawaian yang ditetapkan.

Meningkatkan bilangan kursus kokurikulum yang dikreditkan terutamanya dalam Teras

Kepemimpinan, Teras Daya Usaha & Inovasi dan Teras Kesukarelawanan

Kecenderungan kursus kokurikulum yang ditawarkan di IPTA adalah lebih tertumpu kepada

Teras Sukan dan Kebudayaan. Hal ini menyebabkan Teras Kepemimpinan,Teras Daya Usaha

& Inovasi dan Teras Kesukarelawanan ini merupakan teras yang kurang ditawarkan di universiti.

Antara isu pelaksanaan yang dikenal pasti dalam pelaksanaan Fasa 1 adalah seperti berikut:

Kursus kokurikulum lebih tertumpu kepada bidang Sukan.

Tenaga pengajar/jurulatih merupakan tenaga pengajar separa masa yang hanya mempunyai

sijil bakat dan pengalaman.

Pemahaman jurulatih terhadap LOKI masih rendah.

Kekangan kewangan bagi pelaksanaan inisiatif di IPT

64

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Tumpuan Fasa 2
Tumpuan Fasa 2 ialah bagi mengukuhkan pelaksanaan CAP Pembangunan Holistik Pelajar. Dalam konteks
ini,pasukan projek CAP akan menyelaraskan ketiga-tiga CAP yang saling berhubung-kait iaitu CAP
Pembangunan Holistik Pelajar (HSD), CAP Kebolehpasaran Siswazah (GE) dan CAP Keusahawanan untuk
membangunkan instrumen pengukuran yang bersesuaian bagi mengukur tahap kebolehfungsian graduan
(functional graduate; FG).
Keberhasilan CAP yang disasarkan bagi Fasa 2 PSPTN menjelang 2015 ialah untuk melahirkan siswazah yang
berketerampilan selaras dengan tumpuan Fasa 2 yang menekankan kepada peningkatan bilangan siswazah
berkebolehfungsian (FG) yang memenuhi kehendak pasaran dan memiliki daya saing yang tinggi. Untuk
mencapai hasrat tersebut, faktor kritikal kejayaan CAP yang diberi keutamaan ialah:

Tadbir urus

Memastikan terdapat penyelarasan dalam usaha dan tindakan antara Pemegang Taruh

(stakeholder).

Sumber Manusia

Mendapatkan jurulatih yang berkelayakan dan berkebolehan (Qualified and certified trainer).

Pelan Tindakan

Strategi
Meningkatkan
pelaksanaan kursus
kokurikulum berkredit
di semua IPTA

Pelan Tindakan
Pelaksanaan Training of Trainers
(TOT)
Mensyaratkan kursus kokurikulum
berkredit sebagai syarat wajib
bergraduat bagi program
pengajian akademik yang belum
melaksanakannya

Penghasilan

Tahun

Peningkatan bilangan
program pengajian akademik
yang melaksanakan kursus
kokurikulum berkredit sebagai
syarat bergraduat

2011-2015

Peningkatan bilangan
kursus kokurikulum berkredit
berdasarkan kandungan
(LOKI), kaedah penyampaian &
kaedah penaksiran

2011-2015

Melaksanakan audit proforma


Mempertingkat dan
menambah baik kualiti
pelaksanaan kursus
kokurikulum berkredit

Melaksanakan semakan semula


kursus kokurikulum berkredit
berdasarkan peratusan semasa
Melaksanakan audit proforma

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

65

Strategi

Pelan Tindakan

Meningkat bilangan
kursus kokurikulum
yang dikreditkan
terutamanya dalam Teras
Kepemimpinan, Daya
Usaha & Inovasi dan
Kesukarelawanan

Membangunkan lebih banyak


modul kursus kokurikulum
berkredit bagi Teras
Kepemimpinan, Daya Usaha &
Inovasi dan Kesukarelawanan

Penghasilan

Tahun

Peningkatan bilangan kursus


kokurikulum ketiga-tiga teras
berdasarkan peratusan semasa

2010 -2015

Peningkatan bilangan siswazah


berkebolehfungsian (FG)

2011

Melaksanakan semakan semula


kursus kokurikulum berkredit
berdasarkan peratusan semasa
Melaksanakan audit proforma

Menghasilkan siswazah
berkebolehfungsian (FG)
yang memenuhi kehendak
pasaran dan memiliki daya
saing yang tinggi

Membangunkan instrumen
pengukuran yang bersesuaian
bagi mengukur tahap
kebolehfungsian siswazah
(functioning graduate index-FGI).
Melaksanakan pilot study.
Pelaksanaan program
pengukuran functional graduate
(FG).

2012
2012-2015

PROJEK AGENDA KRITIKAL

JAMINAN KUALITI
Pengenalan
Penjaminan kualiti merangkumi dasar dan proses yang sistematik untuk menunjukkan bahawa standard
kesarjanaan dan pengalaman pembelajaran pelajar telah tercapai, dikekalkan dan dipertingkatkan.
Proses jaminan kualiti Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) adalah sejajar
dengan teras strategik Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dalam memberi penekanan untuk
memperkasakan institusi pengajian tinggi dan untuk mengukuhkan pembangunan modal insan yang berfikiran
dinamik, kreatif, inovatif, progresif, cekal dan berdaya saing di Malaysia. Dua objektif strategik kritikal bagi
Jaminan Kualiti yang dipertanggungjawabkan kepada MQA adalah:

66

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Meningkatkan kualiti institusi pengajian tinggi di Malaysia serta program pengajiannya; dan

Meningkatkan pengiktirafan antarabangsa.

Kedua-dua objektif strategik kritikal ini adalah sangat penting untuk mencapai keseluruhan agenda kualiti
pengajian tinggi seperti yang dihasratkan dalam Pelan tersebut.
Rumusan Status Fasa 1
Bidang tumpuan CAP Jaminan Kualiti dalam Fasa 1 pelaksanaan PSPTN ialah:

Meningkatkan kualiti institusi pengajian tinggi di Malaysia serta program pengajiannya:

Akreditasi Program - Akreditasi Program adalah penilaian untuk menentukan sama ada suatu

program itu telah memenuhi standard kualiti yang ditetapkan. Tujuan akreditasi adalah untuk

memastikan program yang ditawarkan menepati standard dan kriteria Kod Amalan Akreditasi

Program (Code of Practice for Programme Accreditation, COPPA), mematuhi Kerangka

Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF dan garis panduan lain yang

berkaitan.

Penarafan Institusi - Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (SETARA) adalah suatu

mekanisme untuk memberi penarafan kepada institusi pengajian tinggi. Ia mengukur kualiti,

akauntabiliti dan prestasi institusi pengajian tinggi di Malaysia. SETARA melibatkan analisis data

yang relevan kepada domain dan indikator yang telah dipilih. Penarafan institusi pengajian

tinggi melalui SETARA, yang berdasarkan skala penarafan, dilaksanakan sekali setiap dua

tahun.

Audit Tematik - Audit Tematik adalah satu bentuk audit yang berfokus kepada tema atau

disiplin akademik tertentu yang merentasi institusi pengajian tinggi bertujuan menentusahkan

standard kualiti untuk menyokong pembentukan dan penyampaian dasar awam atau

sebagai input kepada penarafan institusi dan program.

Meningkatkan pengiktirafan antarabangsa

Pengiktirafan Antarabangsa - Pengiktirafan antarabangsa bermaksud MQA memainkan

peranan aktif dalam mempertingkatkan sistem, amalan dan proses jaminan kualiti serantau

dan antarabangsa.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

67

Pelaksanaan CAP Jaminan Kualiti dalam Fasa 1 PSPTN pada keseluruhannya telah mencapai sasaran
yang ditetapkan. Peratusan pencapaian akreditasi program matang dan pendaftarannya dalam Daftar
Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Register, MQR) adalah 98%. Bagi SETARA 09, sebanyak 47 buah
institusi pengajian tinggi telah berjaya diberikan penarafan. Berhubung dengan KPI Memorandum Kerjasama
(Memorandum of Arrangement, MoA), MQA telah berjaya menandatangani sebanyak lima MoA dengan
badan jaminan kualiti utama luar negara. Bagi KPI Audit Tematik, Audit Prestasi Akademik (APA) telah berjaya
dilaksanakan ke atas 58 buah Universiti dan Kolej Universiti.
Antara isu-isu dalam pelaksanaan CAP Jaminan Kualiti bagi Fasa 1 PSPTN adalah seperti berikut:

mendapatkan komitmen daripada institusi pengajian tinggi untuk menghantar permohonan

akreditasi bagi program mereka yang telah matang dalam tempoh yang sepatutnya;

mendapatkan kerjasama dari institusi pengajian tinggi untuk menghantar data yang tepat

dalam tempoh yang telah ditetapkan bagi pelaksanaan SETARA;

Audit Institusi adalah perkara yang baru bagi MQA dan MQA sendiri masih dalam proses

mendalami selok-belok mengenainya;

mendapatkan komitmen daripada institusi pengajian tinggi untuk mengambil langkah-

langkah yang diperlukan untuk menjalani APA dalam tempoh yang ditetapkan;

mendapatkan komitmen masa daripada Panel Auditor untuk menjalankan audit; dan

memastikan audit terhadap semua institusi pengajian tinggi dilaksanakan dalam tempoh

yang ditetapkan.

Tumpuan Fasa 2
Bagi Fasa 2, CAP Jaminan Kualiti akan meneruskan usaha dalam menjamin kualiti program serta institusi
pengajian tinggi melalui akreditasi program, penarafan institusi dan penarafan disiplin pengajian tertentu. Selain
itu, pemeteraian Memorandum Kerjasama dengan agensi jaminan kualiti luar negara untuk meningkatkan
peranan MQA serantau, untuk meningkatkan perkongsian serantau dan peranan aktif MQA di dalamnya akan terus dipergiatkan.
Dalam memastikan pelaksanaan CAP Jaminan Kualiti berjalan dengan lancar, MQA akan mengambil
langkah-langkah seperti meningkatkan kolaborasi, engagement, perkongsian dan rundingan dengan semua
pihak berkepentingan, mengkaji dan menyegarkan kod-kod amalan, garis panduan serta kerangka jaminan
kualiti, mempermudahkan proses jaminan kualiti yang perlu dilalui oleh institusi pengajian tinggi serta bersikap
telus, dinamik dan developmental berlandaskan prinsip-prinsip perkongsian.

68

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Dalam Fasa 2 ini, buat kali pertamanya MQA akan melaksanakan penarafan disiplin pengajian di institusi
pengajian tinggi melalui Sistem Penarafan Disiplin Pengajian (Discipline-based Rating System, D-SETARA).
Pelaksanaan D-SETARA buat kali pertama ini akan memberi fokus kepada tiga disiplin pengajian iaitu:

Perubatan dan Sains Kesihatan

Kejuruteraan

Pelancongan dan Hospitaliti

Pemilihan tiga disiplin pengajian ini adalah untuk menyokong inisiatif NKEA dalam Pendidikan yang
menyasarkan pembangunan beberapa kelompok disiplin pendidikan termasuk tiga disiplin seperti yang
tersebut di atas.
Pelaksanaan CAP Jaminan Kualiti dalam tempoh 2011-2015 dijangka akan memberi kesan positif kepada kualiti
program dan institusi pengajian tinggi. Akreditasi program akan memberi keyakinan kepada pihak berkepentingan
dalam dan luar negara tentang kualiti program pengajian dan memberi manfaat kepada pelajar untuk
memiliki kelayakan program yang telah mendapat akreditasi. Melalui penarafan institusi dan juga disiplin
pengajian, institusi pengajian tinggi disasarkan akan terus berdaya saing, bertanggungjawab dan berusaha
untuk mencapai tahap kualiti yang lebih tinggi.
Memorandum Kerjasama Antarabangsa akan meningkatkan peranan MQA dalam arena antarabangsa
dan kesefahaman global tentang proses dan prosedur jaminan kualiti. Ini akan dapat meningkatkan
kebolehpindahan kelayakan dan mobiliti pelajar Malaysia ke negara-negara luar.
Bagi menjayakan CAP Jaminan Kualiti, faktor-faktor berikut perlu diberi perhatian:

Sebagai agensi pelaksana, MQA memerlukan sokongan yang padu dan berterusan daripada

Kementerian dan agensi-agensi penggubal dasar yang berkaitan.

Menjalinkan perkongsian yang lebih erat dengan semua pihak berkepentingan terutamanya

Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) mengenai jaminan kualiti.

Komitmen dan kerjasama PPT khususnya dalam urusan untuk mendapatkan perakuan

akreditasi bagi semua program pengajian yang ditawarkan dan membekalkan data dalam

pelaksanaan SETARA dan eksesais audit yang lain.

PPT membudayakan amalan jaminan kualiti dan mengambil langkah proaktif dalam

melaksanakannya bagi meningkatkan kualiti pengajian tinggi.

Pencapaian beberapa KPI memerlukan pembiayaan tambahan memandangkan kos

pelaksanaan yang tinggi.


Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

69

Pelan Tindakan

Strategi

Pelan Tindakan

Meningkatkan kualiti
institusi pengajian tinggi
di Malaysia serta program
pengajiannya

Meningkatkan
pengiktirafan
antarabangsa

70

Penghasilan

Tahun

Melaksanakan Akreditasi
Program bagi memastikan
sesuatu program pengajian
yang ditawarkan menepati
standard dan kriteria Kod
Amalan Akreditasi Program
(Code of Practice for
Programme Accreditation,
COPPA), mematuhi Kerangka
Kelayakan Malaysia (Malaysian
Qualifications Framework, MQF)
dan garis panduan lain yang
berkaitan

Pengakreditasian program
pengajian yang telah matang
dan pendaftarannya dalam
Daftar Kelayakan Malaysia
(Malaysian Qualifications
Register, MQR)

2011-2015

Melaksanakan penarafan institusi


pengajian tinggi melalui Sistem
Penarafan Institusi Pengajian
Tinggi Malaysia (SETARA) untuk
memastikan institusi pengajian
tinggi terus berdaya saing,
bertanggungjawab dan
berusaha untuk mencapai tahap
kualiti yang lebih tinggi

Pelaksanaan SETARA 11

2011-2012

Pelaksanaan SETARA 13

2013-2014

Pelaksanaan SETARA 15

2015-2016

Melaksanakan penarafan disiplin


pengajian tertentu melalui Sistem
Penarafan Disiplin Pengajian
(Discipline-based Rating System,
D-SETARA)

Pelaksanaan D-SETARA

2011-2012

Mengadakan Memorandum
Kerjasama Antarabangsa
yang akan meningkatkan
peranan MQA dalam arena
antarabangsa dan kesefahaman
global tentang proses dan
prosedur jaminan kualiti. Ini
akan dapat meningkatkan
kebolehpindahan kelayakan
dan mobiliti pelajar Malaysia ke
negara-negara luar

Pemeteraian Memorandum
Kerjasama dengan agensi
jaminan kualiti antarabangsa

2011-2015

Permintaan untuk perkhidmatan


MQA dari luar negara

Bilangan permintaan untuk


perkhidmatan MQA dari luar
negara

2011-2015

2013-2014
2015-2016

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

PROJEK AGENDA KRITIKAL

TRANSFORMASI POLITEKNIK
Pengenalan
Hala tuju Transformasi Politeknik mempunyai matlamat untuk membina upaya baharu politeknik bagi
membangunkan sumber manusia negara untuk memenuhi keperluan Model Baharu Ekonomi (MBE) yang
memberi penekanan kepada upaya inovasi dan kreativiti. Hala tuju Transformasi Politeknik bertujuan
menyediakan politeknik menghadapi pelbagai senario dan cabaran masa hadapan. Seiring dengan PSPTN
dan transformasi pendidikan dan latihan negara, transformasi Politeknik adalah untuk menghasilkan modal
insan yang mempunyai mentaliti kelas pertama dan menepati kehendak pasaran.
Konsep transformasi politeknik merangkumi perubahan sistemik yang menjurus kepada pewujudan institusi
pilihan, penghasilan siswazah yang menepati kehendak pasaran (employable graduates) dan pembinaan
persepsi positif dalam kalangan masyarakat terhadap pendidikan politeknik. Aspek yang dicakupi melibatkan
pemerkasaan dasar, penambahbaikan reka bentuk proses, penyampaian dan penilaian program,
pembangunan kurikulum yang mantap, penjaminan kualiti program, pembangunan tenaga pengajar yang
kompeten, pelajar yang berkualiti, sumber dan kemudahan yang lengkap dan usaha inovasi yang berterusan.
Pelan Transformasi Politeknik telah dilancarkan oleh YAB. Timbalan Perdana Menteri pada 25 Februari 2010, di
mana tiga politeknik telah diumumkan sebagai politeknik premier.
Politeknik mempunyai peranan khusus untuk menangani perubahan ekosistem pengajian tinggi negara yang
bukan sahaja memerlukan modal insan berilmu tinggi tetapi juga mempunyai kemahiran pada peringkat
tinggi. Negara perlu meningkatkan peratusan tenaga kerja berkemahiran tinggi daripada 23% kepada 37%
menjelang tahun 2015. Justeru, Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT) perlu diarusperdanakan
sebagai langkah merealisasi sasaran negara termasuk meningkatkan imej TEVT pada pandangan masyarakat.
Objektif Transformasi Politeknik ialah:

melonjakkan politeknik sebagai institusi peneraju bidang pendidikan dan latihan teknik dan

vokasional pada peringkat diploma;

mengukuhkan kerelevanan dan keresponsifan program pengajian di politeknik terhadap

kehendak pembangunan ekonomi negara;

menerajui bidang tujahan dan teknologi tertentu bagi menghasilkan siswazah berkualiti yang

berdaya usahawan, berkebolehpasaran tinggi dan berdaya saing;

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

71

membina reputasi dan jenama yang mampu meletakkan politeknik antara institut pengajian

tinggi negara yang terbaik; dan

mempelbagaikan dan meluaskan penawaran program yang mampu menarik minat pelajar

ke politeknik.

Pelaksanaan Transformasi Politeknik dirancang untuk dilaksanakan dalam empat fasa seperti berikut:

Fasa 1 - Quick Wins dan Institutional Transformation (2010-2012)

Fasa 2 - Peningkatan (2013-2015)

Fasa 3 - Pemerkasaan (2016 2020)

Fasa 4 - Kecemerlangan (melangkaui 2020)

Dalam Fasa 1, Pasukan Projek CAP memacu hala tuju baharu yang diterjemahkan dalam fungsi Bahagian
di Jabatan dan juga di setiap Politeknik. Penawaran program pengajian juga dikaji semula mengikut
kekuatan politeknik masing-masing selaras dengan MBE dan ETP negara. Pada masa yang sama, strategi
diatur bagi meningkatkan penghasilan siswazah politeknik berkualiti melalui program pendidikan dan latihan
transformasional demi memenuhi keperluan tenaga kerja negara dan global.
Fasa 1 PSPTN (Peletakan Asas) berlangsung dari tahun 2007 hingga 2010. Tahun 2010 merupakan tahun
pertama Transformasi Politeknik dilaksanakan. Sehubungan itu, sebahagian inisiatif fasa ini diteruskan dalam
Fasa 2 PSPTN iaitu peningkatan dan pemerkasaan (2011-2015). Objektif strategik Transformasi Politeknik dalam
Fasa 1 adalah seperti berikut:

melonjak politeknik sebagai institusi peneraju TEVT;

mengukuhkan kerelevanan dan responsif program;

menerajui bidang tujahan dan teknologi tertentu; dan

membina reputasi dan jenama baharu.

Rumusan Status Fasa 1


Inisiatif Transformasi Politeknik yang dilaksanakan dalam Fasa 1 PSPTN, pada keseluruhannya telah mencapai
sasaran yang ditetapkan, antaranya seperti berikut:

pemberian status premier kepada tiga politeknik;

mencapai enrolmen pelajar 87,751 pelajar;

72

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

menawarkan program pada peringkat diploma, diploma lanjutan dan kelayakan lebih tinggi;

menawarkan bilangan program baharu melebihi sasaran;

meningkatkan peratusan bilangan pensyarah dengan kelayakan sarjana dan peratusan

pensyarah yang memperoleh pensijilan profesional industri; dan

memperluas akses kepada pelajar golongan OKU, orang asli/peribumi dan cemerlang sukan

bagi memastikan keterangkuman program politeknik kepada setiap lapisan masyarakat.

Isu-isu pelaksanaan CAP dalam Fasa 1 PSPTN yang dikenal pasti adalah seperti peruntukan kewangan, status
kemajuan pembinaan kampus tetap politeknik dan pengurusan perubahan budaya dalam kalangan warga
politeknik yang memerlukan masa lebih lama.
Tumpuan Fasa 2
Tumpuan Fasa 2 CAP Transformasi Politeknik adalah seiring dengan pelaksanaan MBE, ETP dan RMKe-10.
Politeknik akan terus melalui fasa pemantapan dan pembaharuan sesuai dengan kedudukannya sebagai
peneraju sektor TEVT. Fokus utama Fasa 1 adalah untuk meningkatkan penghasilan siswazah politeknik yang
berkualiti melalui program pendidikan dan latihan transformasional bagi memenuhi keperluan tenaga kerja
negara dan global. ETP akan mewujudkan 3.3 juta pekerjaan dalam pelbagai NKEA. Daripada jumlah itu, 1.5
juta pekerjaan adalah dalam bidang TEVT. Negara memerlukan 680,000 orang pekerja mahir pada peringkat
diploma menjelang tahun 2020. Daripada jumlah ini, 580,000 orang adalah daripada diploma TEVT dan 100,000
orang daripada diploma akademik. Politeknik menyasarkan untuk menghasilkan 355,000 pekerja peringkat
diploma daripada 580,000 yang diperlukan negara. Bagi mencapai hasrat ini, Politeknik akan melahirkan
sejumlah 490,000 graduan diploma (termasuk yang menyambung pengajian) menjelang 2020. Politeknik
mampu mencapai sasaran yang ditetapkan menerusi penambahan beberapa buah politeknik konvensional
dan politeknik metro selain daripada menaik taraf beberapa politeknik. Kesemua politeknik mampu mencapai
sasaran ini melalui program sepenuh masa, program open distance learning dan perkongsian pintar dengan
pihak lain termasuk pihak swasta. Penawaran program baharu juga akan diberi penekanan terutamanya
dalam NKEA. Keberhasilan CAP Transformasi Politeknik yang disasarkan adalah seperti berikut:

politeknik menjadi institusi pilihan dalam kalangan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);

siswazah politeknik yang memenuhi kehendak pasaran (employable), mempunyai keterampilan

dan kemahiran daya keusahawanan yang tinggi; dan

pengajian di politeknik mendapat persepsi positif di kalangan masyarakat.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

73

Antara hasil yang disasarkan menjelang 2015 adalah seperti berikut :

semua politeknik mencapai sekurang-kurangnya tier 4 dalam Sistem Penarafan Politeknik

(POLYRATE);

bilangan paten yang didaftarkan ialah sebanyak 30;

kesemua pelajar politeknik mencapai minimum skor 6 GSA menggunakan instrumen My3S;

52 program baharu akan ditawarkan;

85 % siswazah politeknik bekerja atau melanjutkan pengajian enam bulan selepas tamat

pengajian;

sejumlah 88 program sepenuh masa ditawarkan; dan

lebih 150,000 orang lepasan SPM akan mendapat pendidikan dan latihan di politeknik.

Pelaksanaan CAP Transformasi Politeknik bergantung kepada beberapa faktor kejayaan kritikal yang dikenal
pasti seperti berikut :

peruntukan mencukupi;

kepimpinan tranformasional;

infrastruktur mencukupi;

pengurusan yang berkesan;

mobilisasi pensyarah secara optimum; dan

penglibatan tenaga kerja industri sebagai pensyarah.

Pelan Tindakan

Strategi

Pelan Tindakan

Meningkatkan tahap
kebolehpasaran pelajar

74

Penghasilan

Penubuhan Placement Office di


setiap politeknik

Peningkatan bilangan
Placement Office

Program latihan kepada


pegawai Placement Office

Peningkatan bilangan Pegawai


dilatih

Penubuhan Jawatankuasa
Penasihat Employability Graduan
di setiap politeknik

Peningkatan bilangan
Jawatankuasa Penasihat
Employability Graduan

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Tahun
2011

2011 -2014

2011

Strategi

Projek Migrasi Dari


Traditional Education
(TE) ke Outcome Based
Education (OBE)

Meningkatkan Kualiti
Pembelajaran dan
Pengajaran

Pelan Tindakan

Penghasilan

Tahun

Pembangunan Pelan Tindakan


Kebolehpasaran Siswazah di
peringkat politeknik

Peningkatan bilangan Pelan


Tindakan Kebolehpasaran
Siswazah

2011

Penubuhan Task Force bagi


memantau pelaksanaan
pelan tindakan berkaitan
kebolehpasaran siswazah di
peringkat JPP dan politeknik

Peningkatan bilangan
Task Force kebolehpasaran
siswazah di JPP dan politeknik

2011

Pengukuhan hubungan dan


jaringan dengan pihak industri di
setiap politeknik

Peningkatan bilangan bidang


terlibat dalam Program
Polytechnic Workforce Network

2011-2015

Pembangunan Kurikulum

Peningkatan % Kurikulum
program pengajian yang
menepati keperluan MQA

2011-2015

Pelaksanaan pembelajaran
berkesan

Peningkatan % pensyarah
mencapai skor tinggi dalam
soal selidik maklum balas
pelajar

2015

Implementasi Constructive
Alignment (CA)

Peningkatan% pematuhan
benchmarked standards oleh
MQA semasa mock audit

2012

Pemerkasaan sumber
pendidikan

Peningkatan% fasiliti menepati


kehendak MQA (Area 6)

2013

Penjajaran semula ke sistem OBE


(MQA)

Peningkatan peratusan Status


Full Accreditation (FA) MQA

2012

Pemastian kesetaraan
pengantarabangsaan

Peningkatan bilangan program


yang mendapat pengiktirafan
mengikut Dublin Accord

2015

Pelaksanaan Penilaian
Kompetensi Penaksiran dan
Penilaian

Peningkatan % staf yang


kompeten dalam penaksiran
dan penilaian

2012

Penjajaran Penaksiran
Kepada Pengajaran dan Hasil
Pembelajaran

Peningkatan % Penaksiran
dan Penilaian Yang Dijajarkan
Semula

2011

Penyenggaraan Instrumen
Penaksiran Sah dan Boleh
Dipercayai

Peningkatan % Pelaksanaan
Dalam Semua Peringkat
Penaksiran

Pindaan proses penaksiran dan


penilaian dalam peraturan
pendidikan (Akta 550)

Pindaan Peraturan Pendidikan


(Akta 550)

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

2011-2015

2011

75

Strategi

Pelan Tindakan

Mengukuhkan kerelevanan
dan keresponsifan program

Meningkatkan akses
melalui penawaran
program baharu

Memperkasakan Politeknik
Ke Arah Menjadi Pilihan
Setanding Dengan Universiti

Penghasilan

Tahun

Pembangunan kurikulum
program baharu

Peningkatan bilangan program


baharu

2015

Pelaksanaan program baharu

Peningkatan bilangan program


diploma lanjutan dan program
berkembar yang dijalankan.

2015

Peningkatan bilangan program


sepenuh masa.

Peningkatan bilangan program


sepenuh masa

2015

Peningkatan enrolmen program


sepenuh masa

Peningkatan bilangan
enrolmen sepenuh masa

2015

Perwujudan program laluan Khas

Peningkatan % ambilan
program laluan khas

2011 -2015

Pelaksanaan sistem penarafan


politeknik

Peningkatan bilangan politeknik


yang mencapai tier 4

Mulai 2011

Penyusunan dan Penstrukturan


Semula Jabatan Pengajian
Politeknik dan institusi di bawah
pengawasannya

Peningkatan % kemajuan
aktiviti penyusunan semula
jabatan

2012 -2013

Peningkatan % kemajuan
aktiviti penstrukturan semula
politeknik premier
Peningkatan % kemajuan
aktiviti penstrukturan semula
politeknik konvensional

Memperkasa Penyelidikan
Gunaan / Developmental

76

Penubuhan Centre Of
Technology

Peningkatan bilangan Centre


Of Technology (COT)

2015

Pemerkasaan politeknik sebagai


institusi pilihan

Pertambahan % pelajar
politeknik yang memilih
pendidikan politeknik sebagai
pilihan pertama.

2015

Pendaftaran paten produk


penyelidikan politeknik

Peningkatan bilangan paten


yang didaftarkan.

2015

Peningkatan kolaborasi industri


dalam penyelidikan

Pertambahan bilangan projek


kolaborasi dalam penyelidikan
dengan universiti, institus
Penyelidikan dan industri.

2015

Peningkatan dana penyelidikan


dan inovasi

Peningkatan jumlah nilai


peruntukan projek penyelidikan
dan inovasi.

2015

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Strategi
Memperkasakan tenaga
pengajar

Menambah bilangan
politeknik baharu

Pelan Tindakan

Penghasilan

Tahun

Peningkatan kelayakan tenaga


pengajar politeknik

Peningkatan bilangan
pensyarah kelayakan:

PhD

Sarjana

2015

Peningkatan kompetensi teknikal


tenaga pengajar

Peningkatan % pensyarah
memiliki pensijilan profesional
industri

2015

Peningkatan penglibatan
anggota industri dalam
pembelajaran dan pengajaran
politeknik

Peningkatan bilangan
pensyarah pelawat dari industri

2015

Penubuhan Politeknik Metro

Peningkatan bilangan Politeknik


Metro

2015

Menaik taraf politeknik sedia ada

Peningkatan bilangan politeknik


yang dinaik taraf

2015

PROJEK AGENDA KRITIKAL

AKSESIBILITI DAN KELESTARIAN


Pengenalan
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung
Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuat kuasa pada 1 Julai 1997. Fungsi PTPTN ialah
untuk:

mengadakan dan memberi pinjaman pendidikan dan bantuan kewangan selain pinjaman

pendidikan kepada pelajar, dan untuk mengadakan perkhidmatan mentadbir, mengawas

dan memungut bayaran balik pinjaman;

memungut deposit dan mereka bentuk dan menyediakan skim simpanan bagi maksud

menyimpan bagi tujuan pendidikan tinggi; dan

melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepada PTPTN oleh mana-mana undang-

undang bertulis.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

77

PTPTN ditubuhkan dengan objektif untuk memastikan pembiayaan yang efisien disediakan kepada pelajar
yang layak mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) selaras dengan hasrat Kerajaan bahawa tidak
ada pelajar yang gagal memasuki IPT atas sebab kewangan.
Untuk menjamin akses kepada pendidikan tertiari, pelbagai agensi telah menyediakan bantuan kewangan
seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Yayasan Tunku Abdul Rahman
(YTAR), Petronas, Telekom Malaysia, Tenaga Nasional dan Khazanah Nasional serta Yayasan/Kerajaan Negeri.
Namun, PTPTN merupakan sumber pembiayaan terbesar kepada pelajar yang memasuki IPT.
Enrolmen pelajar di IPT semakin meningkat dari tahun ke tahun. Pada tahun 2020, enrolmen pelajar dijangka
meningkat kepada 2,267,800 orang. Ini berasaskan kadar pertumbuhan tahunan purata di peringkat sijil
sebanyak 6 peratus, 5.5 peratus pada peringkat diploma, 4 peratus pada peringkat ijazah pertama dan
10 peratus pada bagi peringkat sarjana dan PhD untuk IPTA dan IPTS. Peningkatan yang lebih besar bagi
pengajian pada peringkat sijil dan diploma berbanding dengan ijazah pertama adalah untuk memperoleh
nisbah antara kedua-duanya pada kadar 2:1. Nisbah ini adalah untuk menyokong matlamat kerajaan bagi
menambah bilangan pekerja separa mahir atau separa profesional atas pertimbangan kebolehpasaran serta
keperluan negara dan menggalakkan pembudayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH). Sementara itu,
peningkatan yang ketara bagi peringkat pascasiswazah adalah untuk menyokong dasar kerajaan dalam
pembangunan modal insan ke arah menambah bilangan siswazah PhD terutamanya di IPT dan institusi
penyelidikan bagi mengembangkan bidang penyelidikan serta inovasi.
Seiring dengan pertambahan bilangan enrolmen pelajar ke IPT, bilangan pinjaman PTPTN juga semakin
meningkat. Pada tahun 1997, semasa PTPTN ditubuhkan, bilangan pinjaman yang diluluskan ialah sebanyak
11,956 dengan komitmen pembiayaan sebanyak RM219 juta. Bilangan pinjaman semakin bertambah pada
setiap tahun di mana sehingga tahun 2010, sejumlah 1.7 juta pinjaman telah diluluskan dengan peruntukan
sebanyak RM37.4 bilion. Daripada komitmen pembiayaan tersebut, sebanyak RM24.9 bilion telah dikeluarkan
untuk membiayai pengajian pelajar di IPT. Manakala jumlah bayaran balik yang diterima ialah RM2.2 bilion
iaitu 49% daripada jumlah keseluruhan yang patut diterima (RM4.5 bilion).
Trend penajaan menunjukkan 70% dari keseluruhan penajaan pinjaman/pembiayaan pendidikan negara
adalah dibiayai oleh PTPTN. Menjelang tahun 2020, defisit pembiayaan pendidikan dijangka meningkat
sehingga RM46 bilion. Antara faktor yang telah dikenal pasti menyumbang kepada defisit tersebut adalah:

78

Peningkatan kemasukan pelajar ke IPT pada kadar 10 peratus.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Ketidakselarasan tempoh bayaran balik pinjaman dana (lima hingga sepuluh tahun) dengan

bayaran balik pembiayaan (lima hingga 20 tahun).

Bayaran balik yang rendah disebabkan pembayar tidak membuat pembayaran ansuran

bulanan yang sebenar.

Akses pengajian tinggi mempunyai kaitan yang rapat dengan isu kelestarian PTPTN. CAP Aksesibiliti dan
Kelestarian yang berkait rapat dengan teras PSPTN Meluaskan Akses dan Meningkatkan Ekuiti memberi
tumpuan kepada usaha untuk memastikan PTPTN terus berupaya menyumbang kepada pembangunan
modal insan negara melalui pembiayaan pendidikan pelajar pada peringkat tinggi.
Bagi Fasa 1, empat objektif strategik telah dirangka iaitu:

Memastikan semua pelajar yang layak mendapat pembiayaan melalui pemantapan

pengurusan pembiayaan pendidikan

PTPTN perlu menyediakan dana pembiayaan pendidikan yang mencukupi selaras dengan

objektif penubuhannya. Fokus objektif ini ialah untuk mendapatkan pembiayaan dari institusi

kewangan bagi membolehkan PTPTN membiayai pelajar di IPT.

Meningkatkan bayaran balik pembiayaan

Bayaran balik yang diterima daripada peminjam merupakan sebahagian daripada sumber

dana pembiayaan pendidikan yang akan digunakan semula untuk membiayai peminjam

baru dan peminjam sedia ada. Sehubungan itu, prestasi bayaran balik perlu dipantau dan

dipertingkatkan demi kepentingan pendidikan generasi akan datang.

Memastikan tawaran pertukaran pinjaman sedia ada kepada pembiayaan berkonsepkan

Ujrah diselesaikan pada tahun 2011

Majlis Fatwa Kebangsaan pada 28 Julai 2008 telah bersetuju dengan cadangan PTPTN untuk

melaksanakan pembiayaan pendidikan berlandaskan Syariah melalui kaedah Ujrah (Upah).

Dianggarkan seramai 1.2 juta peminjam sedia ada terlibat dengan pertukaran kepada

kaedah ini.

Memantapkan semula Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)

SSPN adalah merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh PTPTN

bagi tujuan pendidikan tinggi. Ia akan dapat mengurangkan beban Kerajaan untuk

menyediakan dana pendidikan dan subsidi kos dana pendidikan. Selain itu, kutipan deposit

SSPN juga diguna pakai untuk dana pembiayaan pendidikan.


Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

79

Rumusan Status Fasa 1


Bagi tahun 2010, pencapaian objektif strategik adalah seperti berikut:

Memastikan semua pelajar yang layak mendapat pembiayaan melalui pemantapan

pengurusan pembiayaan pendidikan

Sebanyak RM3.0 bilion telah berjaya diperoleh sebagaimana yang telah disasarkan iaitu

melalui pembiayaan daripada institusi kewangan.

Meningkatkan bayaran balik pembiayaan

Sebanyak 81% atau RM638 juta daripada jumlah yang telah disasarkan RM792 juta bagi tahun

2010 telah berjaya dikutip. Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak 15% atau RM85

juta berbanding tahun sebelumnya (2009:RM553 juta).

Antara faktor yang mempengaruhi pencapaian sasaran kutipan ialah:

sistem pengurusan bayaran balik pinjaman masih dalam proses pemantapan dan

menggunakan sistem sedia ada yang beroperasi secara separa manual;

penstrukturan semula pembiayaan berdasarkan kaedah Ujrah telah menjurus kepada

kelewatan urusan kutipan balik dan penguatkuasaan kerana ianya melibatkan

penawaran dan penerimaan perjanjian yang baru, penjadualan semula hutang dan

sebagainya;

gaji peminjam yang tidak setimpal dengan kelayakan mengakibatkan

ketidakmampuan pelajar untuk membayar balik pinjaman; dan

sikap peminjam yang tidak menghiraukan surat amaran dan notis tuntutan seterusnya

mengakibatkan mereka dikenakan tindakan penguatkuasaan.

Memastikan tawaran pertukaran pinjaman sedia ada kepada pembiayaan berkonsepkan

Ujrah diselesaikan pada tahun 2011

Penawaran pertukaran kepada pembiayaan Ujrah telah dilaksanakan mulai September

2010 iaitu setelah sistem ELMAS siap dibangunkan. Sistem tersebut telah dibangunkan mulai

Jun 2010. Ini mengakibatkan hanya 62% atau 492,436 daripada 800,000 peminjam yang

disasarkan berjaya ditawarkan pertukaran kepada pembiayaan Ujrah.

80

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Memantapkan Semula Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)

Kutipan deposit SSPN menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan iaitu 94% (RM95

juta) daripada jumlah yang disasarkan (RM100.8 juta). Walau bagaimanapun, pembukaan

akaun baru hanya mencatatkan pada kadar 70% (74,941 akaun) daripada jumlah yang

disasarkan (107,140 akaun). Sasaran tidak dicapai ekoran daripada kelonggaran syarat wajib

simpanan bagi tujuan permohonan pembiayaan pendidikan pada tahun 2009.

Hanya satu daripada empat objektif strategik telah mencapai sasaran 100% yang ditetapkan iaitu bagi
objektif strategik pertama. Pencapaian objektif strategik yang lain berada pada tahap pencapaian antara
62% hingga 94%.
Tumpuan Fasa 2
Fasa 2 merupakan peringkat peningkatan dan pemerkasaan daripada usaha-usaha yang telah dijalankan
dengan terus memberi fokus kepada tindakan untuk memastikan kelestarian PTPTN. Bagi mencapai maksud
tersebut, antara tindakan utama yang telah dirancang adalah seperti berikut:

Melaksanakan semakan dan kawalan jumlah pembiayaan pendidikan dengan:-

mengurangkan jumlah pembiayaan kepada pelajar yang dimulakan bagi program

Diploma Kejururawatan dan Sains Kesihatan di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Pelaksanaan kadar baru pinjaman akan bermula pada kemasukan September 2011;

melaksanakan dasar kelulusan pinjaman atas kadar mampu bayar;

mengadakan kerjasama dengan badan kebajikan seperti Jabatan Kebajikan

Masyarakat (JKM), Baitulmal bagi menyediakan elaun sara hidup kepada pelajar

miskin; dan

memperkenalkan dan menguruskan kutipan derma secara wakaf daripada individu

dan korporat untuk diagihkan kepada pelajar sebagai pembiayaan tambahan

dalam bentuk dermasiswa di samping pembiayaan pinjaman sedia ada.

Memantapkan pengurusan bayaran balik pinjaman dengan:

mempercepatkan pemindahan peranan kutipan bayaran balik pinjaman kepada

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN);

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

81

meningkatkan kesedaran dan menyediakan insentif menarik kepada pelajar untuk

membuat penyelesaian penuh hutang;

memantapkan lagi aspek penguatkuasaan bayaran balik terhadap peminjam

ingkar; dan

melantik agensi pemungut hutang bagi mengesan dan mengutip hutang peminjam

yang sudah mendapat penghakiman ingkar.

Menjadikan SSPN sebagai sumber pembiayaan utama pendidikan anak - anak dengan:-

menguatkuasakan semula syarat simpanan wajib dalam SSPN bagi melayakkan

anak-anak mereka memohon pembiayaan pendidikan PTPTN; dan

memberi penjenamaan semula SSPN dengan memperkenalkan produk insurans

pendidikan selaras dengan peruntukan Seksyen 13 Akta 566.

Bagi memastikan kejayaan pelaksanaan CAP, tujuh faktor kritikal kejayaan telah dikenal pasti ialah:

Modal Insan

Modal insan merupakan elemen penting yang menentukan kejayaan sesebuah organisasi.

Oleh itu, strategi sumber manusia yang komprehensif adalah perlu untuk menyokong dan

memastikan kejayaan pelaksanaan strategi-strategi yang dirancang.

Setiap warga kerja juga hendaklah mempunyai minda kelas pertama iaitu mempunyai

tahap penguasaan ilmu yang tinggi, bersikap proaktif, memiliki kekayaan moraliti dan

mengamalkan budaya menyumbang untuk kepentingan bersama dan pembangunan yang

bersifat holistik. Sikap ini akan mewujudkan budaya kerja berprestasi tinggi yang dapat

menyumbang ke arah kecemerlangan organisasi.

Sumber Dana

Sumber dana yang mencukupi akan memastikan objektif yang telah ditetapkan dapat

dicapai dan membolehkan PTPTN berfungsi secara cekap dan berkesan.

Sistem dan Prosedur Kerja

Sistem dan prosedur kerja perlu sentiasa dikaji semula supaya sesuai dengan perkembangan

semasa. Sistem dan prosedur yang mantap akan dapat meningkatkan tahap kecekapan

warga kerja dan organisasi.

82

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Infrastruktur

Perkara yang perlu diberi perhatian ialah penyediaan kemudahan yang fungsional dan cost

effective, penggunaan sumber secara optimum, penyelenggaraan dan kenaikan taraf

kemudahan sedia ada termasuk peralatan komputer serta perisian teknologi maklumat dan

komunikasi.

Penyelidikan

PTPTN dari semasa ke semasa perlu membuat penambahbaikan dari pelbagai aspek

termasuklah produk dan perkhidmatan sedia ada. Penyelidikan yang berterusan akan

membantu PTPTN dalam mengenal pasti permasalahan yang timbul atau mencari kaedah

baru yang akan dapat memperkukuhkan lagi peranan dan fungsi sedia ada.

Tadbir Urus Terbaik

Tumpuan utama Kerajaan pada masa kini adalah untuk meningkatkan keberkesanan sistem

penyampaian perkhidmatan awam. Pelaksanaan tadbir urus yang terbaik adalah penting

bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan yang cemerlang dapat dicapai.

Sokongan dan Kerjasama Pelbagai Pihak

Sokongan dan kerjasama dari stakeholders, agensi-agensi kerajaan atau berkaitan kerajaan

dan pihak swasta adalah amat penting dalam menjayakan strategi yang dirancang.

Pelan Tindakan

Strategi
Memastikan semua pelajar
yang layak, mendapat
pembiayaan melalui
pemantapan pengurusan
pembiayaan pendidikan

Pelan Tindakan
Mendapatkan dana melalui
sumber berikut:




Penghasilan

Tahun

Jumlah dana yang mencukupi.

2011-2015

Pembiayaan dari institusi


kewangan.
Kutipan balik pinjaman
pendidikan.
Sumbangan dana SSPN.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

83

Strategi

Pelan Tindakan

Penghasilan

Tahun

Melaksanakan semakan dan


kawalan jumlah pembiayaan
pendidikan dengan:

Meningkatkan bayaran
balik pembiayaan

Mengurangkan

jumlah pembiayaan
kepada pelajar yang
dimulakan bagi program
Diploma Kejururawatan
dan Diploma Sains
Kesihatan di Institusi
Pengajian Tinggi Swasta
(IPTS)

Melaksanakan dasar
kelulusan pinjaman
berasaskan kaedah
mampu bayar

Mengadakan kerjasama
dengan badan-badan
kebajikan seperti Jabatan
Kebajikan Masyarakat
(JKM), Baitulmal bagi
menyediakan elaun sara
hidup kepada pelajar
miskin

Memperkenalkan dan
menguruskan kutipan
derma secara wakaf
daripada individu dan
korporat untuk diagihkan
kepada pelajar sebagai
pembiayaan tambahan
dalam bentuk dermasiswa
di samping pembiayaan
pinjaman sedia ada

Mempercepatkan pemindahan
peranan kutipan bayaran balik
pinjaman kepada LHDN

Peningkatan % pelajar yang


diluluskan pembiayaan

Peningkatan % bayaran balik


yang diterima

Meningkatkan kesedaran untuk


membayar balik seperti hebahan
melalui media, ceramah,
kerjasama dengan AKPK dan
penggunaan Call Centre

84

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

2011-2015

Strategi

Pelan Tindakan

Penghasilan

Tahun

Mempelbagaikan kaedah /
saluran bayaran balik bagi
memudahkan peminjam
berurusan dengan PTPTN
Memantapkan lagi aspek
penguatkuasaan bayaran
balik terhadap peminjam
ingkar seperti menggunakan
perkhidmatan Agensi Pemungut
Hutang, CCRIS dan Call Centre
Membuat tawaran
pertukaran kaedah
pinjaman sedia ada
kepada pembiayaan
berkonsepkan Ujrah

Membuat tawaran pertukaran


kaedah pinjaman sedia
ada kepada pembiayaan
berkonsepkan Ujrah kepada
peminjam sedia ada

Peningkatan % tawaran
kepada pembiayaan
berkonsepkan Ujrah

Menjadikan SSPN sebagai


sumber pembiayaan
utama pendidikan anakanak

Melaksanakan semula syarat


simpanan wajib mulai tahun 2011

Peningkatan jumlah
pembukaan akaun dan deposit
SSPN

2011

2011-2015

Meningkatkan pelepasan cukai


daripada RM3,000 kepada
RM6,000
Memantapkan pengurusan SSPN
melalui kaedah online
Mengiklankan SSPN di media
massa
Mempergiatkan promosi
potongan gaji. Melaksanakan
promosi SSPN di 968 buah sekolah
di seluruh Malaysia
Menawarkan produk yang
memberi pulangan semula
Menambah bilangan saluran
simpanan/deposit SSPN
Pemantapan produk melalui
pematuhan Syariah

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

85

PROJEK AGENDA KRITIKAL

MyBrain15
Pengenalan
MyBrain15 adalah salah satu agenda kritikal yang digariskan dalam Pelan Tindakan bagi PSPTN. Objektif
MyBrain15 adalah untuk melahirkan bilangan pemegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dan setaraf yang
secukupnya sebagai pemacu kepada inovasi yang akan memandu ekonomi negara yang berdaya saing.
MyBrain15 berfungsi sebagai landasan bagi pembentukan massa kritikal dan graduan berpengetahuan tinggi
yang terkenal pada peringkat antarabangsa melalui penciptaan dan inovasi produk dan perkhidmatan
mereka.
Dalam mencapai misi tersebut, Kerajaan menyasarkan seramai 60,000 rakyat Malaysia mempunyai kelayakan
PhD dan setaraf menjelang tahun 2023 serta menetapkan sasaran untuk menambah bilangan penyelidik
kepada nisbah 100 penyelidik, saintis dan jurutera (RSE) bagi 10,000 tenaga kerja. Statistik terakhir sebelum
PSPTN dilaksanakan pada tahun 2008 menunjukkan Malaysia hanya mempunyai 9,153 orang (tidak termasuk
yang berkhidmat di sektor swasta) warganegara yang berkelayakan PhD.
Proses menghasilkan siswazah PhD dalam Fasa 2 bergantung kepada kapasiti institusi pengajian tinggi untuk
menyediakan penyelia yang mencukupi bagi program pascasiswazah secara penyelidikan yang ditawarkan
(dirujuk sebagai Kapasiti Penyeliaan). Manakala analisa data prestasi staf akademik yang di bawah penajaan
KPT menunjukkan proses menghasilkan pelajar PhD dan setaraf memerlukan tempoh masa lazim selama empat
tahun (dirujuk sebagai GOT iaitu Graduate-on-Time). Sehubungan itu, pencapaian inisiatif pembiayaan Skim
Latihan Akademik Bumiputra (SLAB)/ Skim Latihan Akademik Institusi (SLAI)pada Fasa 1 di bawah CAP MyBrain15
yang ditunjukkan melalui Kapasiti Penyeliaan IPT (nisbah bilangan penyelia dan bilangan pelajar) hanya boleh
diukur pada pertengahan Fasa 2, iaitu apabila tamat tempoh GOT pengajian PhD bagi pensyarah IPTA yang
dibiayai.
Dengan menggunakan statistik tahun 2008 sebagai data asas, kerangka MyBrain15 melibatkan inisiatif dan
unjuran jangka panjang yang meliputi tiga fasa PSPTN dan seterusnya tempoh awal Fasa 4 (sehingga tahun
2023).

86

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

KERANGKA MyBrain15

Tahun
2023

48000

Fasa 4
2020

40320

19800

50400

16800

1:3

RMKe-10
-MyBrain 15
-SLAB
-SLAI

934

23238

9616

1:2.4

RMKe-9
-Bajet Mini
-SLAB
-SLAI

840

13574

7053

1:1.7

Enrolmen
PhD

Bil. Staff
Akademik
dengan
PhD

Nisbah
Penyelia
Pelajar

18590
GOT:80%

Fasa 2
2010

RMKe-11
-MyBrain 15
-SLAB
-SLAI

60000

GOT:80%

Fasa 3
2015

RMKe-12
-MyBrain 15
-SLAB
-SLAI

GOT:80%

Fasa 1
2008

Graduat

Inisiatif Pembiayaan

Rumusan Status Fasa 1



Program MyBrain15 dalam Fasa 1 memfokuskan kepada peningkatan IPTA melalui peningkatan bilangan
pensyarah berkelayakan PhD dan setaraf di IPTA. Keberhasilan Fasa 1 boleh dirumuskan dengan
membandingkannya dengan pencapaian sebelum PSPTN dilancarkan iaitu dengan menggunakan
perangkaan pada tahun 2008 seperti jadual-jadual di bawah:
PERATUS PENSYARAH BERKELAYAKAN PhD

Bilangan Pensyarah
Berkelayakan
PhD & Setaraf

Bilangan
Pensyarah

Peratus (%)

2006

7,053

18,810

37.50

2010

9,619

20,341

47.29

Tahun

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

87

NISBAH PENSYARAH BERKELAYAKAN PhD BERBANDING ENROLMEN PELAJAR

Bilangan Pensyarah
Berkelayakan
PhD & Setaraf

Bilangan
Enrolmen
Pelajar

Nisbah

2006

7,053

9,612

1:1.7

2010

9,619

23,238

1:2.4

Tahun

Untuk mencapai sasaran MyBrain15, antara inisiatif yang diambil dalam Fasa 1 pelaksanaan adalah
meningkatkan penajaan pada peringkat PhD dan setaraf dalam kalangan pensyarah IPTA seperti berikut:

Menaja 3,333 orang kakitangan akademik IPTA pada peringkat Ijazah Sarjana.

Menaja 6,193 orang kakitangan akademik IPTA pada peringkat PhD dan setaraf.

Walau bagaimanapun, peningkatan pensyarah IPTA berkelayakan PhD dan setaraf tidak boleh diukur dalam
Fasa 1 kerana secara puratanya ia mengambil masa antara empat hingga lima tahun untuk mendapatkan
hasilnya dan ruang lingkup penilaian bagi pencapaian ini masih lagi tertumpu di IPTA sahaja sama ada dari
segi bekalan pelajar mahupun permintaan.
Antara isu-isu MyBrain15 yang telah dikenal pasti dalam pelaksanaan pelan tindakan Fasa 1 adalah seperti
berikut:

kekurangan pensyarah berkelayakan PhD dan setaraf yang menjadi syarat minima untuk

menyelia pelajar PhD dan setaraf;

kekurangan peruntukan bagi pembiayaan pengajian Ijazah Doktor Falsafah; dan

tempoh pengajian yang diambil oleh pelajar ijazah Doktor Falsafah melebihi tempoh lazim

GOT empat tahun.

Tumpuan Fasa 2
Jika dalam Fasa 1 yang hanya menumpukan kepada meletakkan asas keupayaan IPTA, Fasa 2 pula akan
memperluaskan tumpuan kepada aspek pemerkasaan seperti berikut:

88

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Meningkatkan keupayaan penyeliaan bagi program pengajian pascasiswazah secara

penyelidikan di IPTA dan IPTS dengan peningkatan bilangan pensyarah berkelayakan PhD

dan setaraf.

Merangsang permintaan untuk pengajian pascasiswazah secara penyelidikan dengan

menyediakan insentif untuk penyertaan lebih meluas dari semua sektor selain sektor awam,

iaitu pekerja-pekerja sektor swasta dan orang awam. Perluasan ini bermakna skop penyelidikan

ijazah Doktor Falsafah bukan hanya tertumpu di IPT yang melibatkan penyelia akademik,

tetapi juga di industri yang melibatkan penyelia industri.

Memastikan pelajar ijazah Doktor Falsafah yang diberi pembiayaan bergraduat dalam

tempoh yang ditetapkan (GOT).

Pencapaian Fasa 2 akan diukur melalui kaedah berikut:


Pengiraan nisbah pensyarah IPTA berkelayakan PhD dan setaraf selaku penyelia berbanding

bilangan enrolmen pelajar ijazah Doktor Falsafah di IPTA.

Peningkatan peratus pensyarah IPTA yang berkelayakan PhD dan setaraf, iaitu bagi UP

adalah 75% dan selain UP adalah 60%.

Peningkatan warganegara yang berkelayakan PhD dan setaraf.

Peningkatan kadar kejayaan pelajar PhD dan setaraf yang menamatkan pengajian dalam

tempoh lazim yang sepatutnya (GOT).

Sehubungan itu, antara inisiatif yang akan dilaksanakan bagi meningkatkan bilangan pensyarah IPTA yang
berkelayakan PhD dan setaraf adalah pembiayaan pengajian pascasiswazah di bawah program SLAB/SLAI
seramai 9,816 orang.
Manakala inisiatif yang akan dilaksanakan bagi mencapai peningkatan enrolmen pelajar ijazah Doktor
Falsafah dan warganegara yang berkelayakan PhD dan setaraf adalah melalui:

Pembiayaan pengajian Ijazah Sarjana di bawah program MyMaster seramai 40,000 orang.

Pembiayaan pengajian PhD dan setaraf di bawah program MyPhD seramai 5,000 orang.

Seterusnya, inisiatif yang akan dijalankan dalam meningkatkan penyertaan industri dan institusi penyelidikan
di luar Kementerian Pengajian Tinggi adalah pembiayaan pengajian PhD dan setaraf di bawah program PhD
Industri seramai 500 orang.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

89

Walau bagaimanapun, kejayaan kepada program pembiayaan ini hanya dapat dinilai dalam tempoh Fasa 3
kerana tempoh untuk melahirkan graduan PhD dan setaraf memerlukan tempoh sekurang-kurangnya empat
tahun. Namun begitu, beberapa faktor kritikal yang perlu diambil kira oleh Pasukan Projek CAP lain bagi
menjamin kejayaan pelaksanaan Fasa 2 adalah seperti berikut:

Menyediakan geran penyelidikan dan kemudahan pengajian pada peringkat pasca

siswazah yang mencukupi.

Memastikan pelajar bergraduat pada tempoh yang sepatutnya.

Memastikan penyelia yang dipilih mempunyai kepakaran serta kemahiran yang bersesuaian

dan mencukupi.

Bagi memastikan kejayaan MyBrain15, semua pihak khususnya institusi pengajian tinggi perlu merealisasikan
inisiatif-inisiatif yang diperkenalkan dan juga mengambil langkah-langkah yang konkrit untuk memastikan
faktor-faktor kritikal kejayaannya diperhalusi dan dijadikan sebagai indikator pencapaian yang utama.
Cadangan penunjuk prestasi utama (KPI) bagi Fasa 2 dan Fasa 3 adalah:

Enrolmen pelajar PhD di IPT.

Peratus pelajar PhD dan setaraf yang bergraduat dalam tempoh yang sepatutnya.

Peratus pensyarah berkelayakan PhD dan setaraf di UP dan bukan UP.

Pelan Tindakan

Strategi

Pelan Tindakan

Penghasilan

Tahun

Memperluaskan peluang
pembiayaan kepada
orang awam dan industri

Pembiayaan melalui program;



MyMaster

MyPhD; dan

PhD Industri

Penajaan seramai:

40,000 orang

5,000 orang

500 orang

2011 2015

Pelajar bergraduat dalam


tempoh yang sepatutnya
(tidak melebihi empat
tahun)

Memastikan pelajar
menamatkan pengajian dengan
jayanya dalam tempoh yang
sepatutnya

Proses pemantauan bagi


pelajar pasca siswazah

2011 2015

Peningkatan pensyarah
berkelayakan PhD dan
setaraf

Menaja pensyarah melalui


program SLAB/SLAI

Penajaan seramai 9,816 orang

2011 - 2015

90

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

PROJEK AGENDA KRITIKAL

PROGRAM PEMACUAN KE ARAH KECEMERLANGAN (Apex)


Pengenalan
Di bawah Pelan Tindakan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara ( PSPTN) Fasa 1, salah satu projek berprofil
tinggi bagi memperkasakan pengajian tinggi di persada dunia ialah pembabitan universiti awam dalam
program Apex, yang dikenali sebagai Universiti Apex. Universiti Apex akan bertindak sebagai faktor pemangkin
untuk mencetuskan rangsangan supaya seluruh sistem pengajian tinggi bergerak ke arah kecemerlangan.
Institusi yang dipilih untuk melaksanakan program ini akan menjadi model kepada institusi lain dalam
menentukan tanda aras pencapaian dan menggunakan amalan-amalan terbaik universiti tersebut.
Pada 3 September 2008, setelah menilai Kertas-Kertas Cadangan yang dikemukakan oleh sembilan buah
Institusi Pengajian Tinggi yang berminat melaksanakan program Apex, Jawatankuasa telah memperakukan
cadangan dari USM untuk melaksanakan program ini. USM dipilih kerana ia menepati tiga kriteria yang
ditetapkan iaitu:

Kebersediaan (state of readiness) sesebuah institusi untuk menjalankan lonjakan ke arah

kecemerlangan;

Mempunyai Pelan Transformasi untuk merancang dan menentukan masa hadapannya

supaya dapat bersaing dan berada di tangga terbaik dunia; dan

Kebersediaan untuk berubah (preparedness for change) dalam penentuan arah dan

perancangan yang strategik, menggunakan pendekatan pembangunan secara luar biasa

serta memerlukan institusi mencari dan mengenal pasti cara baru untuk memacu pertumbuhan

yang cepat dalam keadaan luar biasa.

Bagi melaksanakan program Apex, fleksibiliti perlu diberikan kepada USM supaya ia dapat bergerak dengan
pantas dalam membuat sesuatu keputusan. Tindakan untuk memberikan autonomi dari segi Institusi Governan,
Kewangan dan Penjanaan Kekayaan, Sumber Manusia, dan Pengurusan Akademik dan Kemasukan Pelajar
kepada USM sedang diusahakan.
Misi utama USM dalam mengendalikan program Apex ialah sebagai universiti perintis, intensif penyelidikan
rentas bidang yang memperkasakan bakat masa depan dan mengupayakan golongan terkebawah demi
mentransformasikan kesejahteraan sosioekonomi mereka selaras dengan wawasan USM untuk Transformasi
Pendidikan Tinggi Untuk Kelestarian Hari Esok.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

91

Rumusan Status Fasa 1


Berdasarkan wawasan tersebut, objektif strategik yang memberi penekanan bagi mencapai matlamat
Transformasi Pendidikan Tinggi Untuk Kelestarian Hari Esok adalah seperti berikut:

Menggerakkan USM ke arah Universiti Penyelidikan Bertaraf Dunia dengan memberi

penekanan kepada bidang penyelidikan yang menggalakkan kelestarian (World Class

Research university with emphasis on sustainability). Pencapaian di bawah objektif strategik ini

ialah:

pewujudan empat inisiatif Penyelidikan Termaju (Advanced Research Initiative, ARI )

yang memberi impak kepada masyarakat sejagat. Inisiatif tersebut ialah:

*
*
*
*

Institute for Research in Molecular Medicine (INFORMM)


Centre for Drug Research (CDR)
National Advance IPV6 Centre
Enteric Diseases Research Cluster : Molecular Approaches to Fundamental

Studies on Biomarkers and Development of Sustainable Rapid Nano-

biodiagnostics to Enteric Deseases for Low Resources Settings.

membangunkan tiga makmal yang diakreditasi oleh badan antarabangsa;

*
*
*

Doping Control Centre


Advanced Diagnostic Laboratory
CAL25 Calibration Laboratory, Health Campus

mempergiatkan kualiti penerbitan Pusat Pengajian melalui peratusan staf yang

mencapai sekurang-kurangnya 100 citation. Peratusan staf yang mencapai sasaran

tersebut bagi tahun 2010 ialah 6.63%; dan

penubuhan knowledge-based companies untuk mempergiatkan inovasi dan

kreativiti. Syarikat-syarikat tersebut adalah seperti :

92

*
*
*
*

Advance Nanocarbon Sdn. Bhd.;


IP Centric Solution Sdn. Bhd.;
LignoBase Sdn. Bhd.; dan
MyTenna Sdn. Bhd.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Sebanyak

tujuh

buah

syarikat

sedang

menunggu

kelulusan

dari

USM

Commercialization Approval Committee (CAC).

Melonjakkan USM sebagai universiti tersohor bertaraf antarabangsa yang mengamalkan

konsep kelestarian (world renowned universiti for sustainability). Bagi tahun 2010, sebanyak

44 program berkaitan lestari di dalam konteks pengajaran, pembelajaran, penyelidikan,

jaringan komuniti dan Kampus Sejahtera telah dilaksanakan. Indikator kelestarian juga telah

dibangunkan dan sebagai permulaan indikator tersebut akan digunakan untuk mengaudit

amalan lestari yang dipraktikkan oleh 20 pusat tanggungjawab di ketiga-tiga kampus USM.

USM sebagai universiti terkemuka dan peneraju aktiviti kemasyarakatan di Asia-Pasifik

(Leader in Community Engagement in the Asia-Pacific Region). Sebanyak tiga aktiviti utama

telah dijalankan iaitu:

Projek jaringan komuniti yang tertumpu kepada keterangkuman dengan menangani

isu yang melibatkan golongan tersisih masyarakat tempatan, sejajar dengan aspirasi

Model Baharu Ekonomi (NEM).

Menubuhkan sekretariat University-Community Engagement Champion (UCEC).

Menggalakkan penyertaan industri dalam aktiviti komuniti yang dianjurkan oleh USM.

Jaringan ALUMNI USM turut bersama menjayakan aktiviti komuniti.

Usaha telah dibuat oleh USM untuk menjalin kerjasama dengan institusi tempatan dan antarabangsa

untuk memperjuangkan nasib golongan terkebawah. Pada tahun 2010, jalinan kerjasama telah

diadakan dengan 14 IPTA seperti berikut:

*
*
*
*
*
*
*

Universiti Malaysia Kelantan


Universiti Malaysia Pahang
Universiti Malaysia Perlis
Universiti Malaysia Sabah
Universiti Malaysia Sarawak
Universiti Malaysia Terengganu
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

93

*
*
*
*
*
*
*

Universiti Putra Malaysia


Universiti Sains Islam Malaysia
Universiti Sultan Zainal Abidin
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Universiti Teknologi Malaysia
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Universiti Utara Malaysia

Mentransformasikan tadbir urus institusi melalui Change Management of Resources, Talent

and Governance of USM. Di antara tindakan yang dilaksanakan adalah seperti berikut:

Menyusun semula fungsi organisasinya dan telah mendrafkan Perlembagaan khusus

untuk Apex bagi membolehkannya bergerak pantas.

Mempertingkatkan bakat pelajar dengan memperkenalkan program Continuous

Student Development atau MyCSD. Sehingga tahun 2010, sebanyak 57% pelajar

telah menyertai program tersebut.

Memperkenalkan inisiatif baru dalam meningkatkan kualiti bakat staf. Walaupun

sebanyak

mempertingkatkan kualiti bakat staf, hanya lima program berjaya diimplementasikan

iaitu:

lapan

*
*
*
*
*

program

telah

dibangunkan

pada

tahun

2010

untuk

Pelantikan Post Doctoral Fellow


Pencarian (Head Hunting) untuk Staf Akademik
Pelantikan Pensyarah Pelawat
Pelantikan Panel Penilai
Memperkenalkan skim saraan baru untuk Profesor Ulung

Nurturing and Grooming Talents lima inisiatif baru telah dilaksanakan untuk

memperkasa bakat staf iaitu:

Melantik ahli bukan akademik ke jawatan Akademik dan

penambahbaikan Cuti Sabatikal.

94

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

*
*

Program Kepimpinan Apex

dan Pengarah Pusat Kecemerlangan

*
*

Menambah baik Pengurusan Pengambilan Pelajar

Memperkenalkan kriteria pelantikan baru dan insentif untuk Dekan

Memperkenalkan Sistem Pengurusan Modal Insan (Human Capital


Management System - HCMS)

Meningkatkan Sumber Kewangan Universiti - USM dapat menjana kewangan

berbanding grant-in-aid sebanyak 22%. Kewangan dijana melalui yuran pengajian,

kerja-kerja perundingan, aktiviti pengkomersilan, projek-projek penyelidikan dan lain-

lain.

Nurturing and Learning - USM memperkenalkan inisiatif baru dalam tahun 2010 iaitu

penubuhan Parlimen Mahasiswa USM dan Student Entrepreneurial Development

Initiatives

berkecimpung dalam bidang perniagaan.

Agenda

(SEDIA)

untuk

mendidik

dan

menggalakkan

mahasiswa

Dalam melaksanakan program Apex, cabaran untuk terus bergerak pantas agak terbatas kerana proses untuk
mendapatkan autonomi memakan masa kerana ianya melibatkan pemakaian Akta-akta dan Peraturan
yang memerlukan antara lainnya penurunan kuasa, pewujudan sistem akauntabiliti yang kukuh, dan juga
perkara-perkara yang melibatkan skim perkhidmatan.
Tumpuan Fasa 2
Di bawah program Apex, USM diberi tempoh selama lima tahun (2008 2013) untuk menunjukkan lonjakan
hasil pencapaiannya berdasarkan pelan transformasinya seperti yang terkandung dalam cadangannya iaitu
Transformasi Pendidikan Tinggi Untuk Kelestarian Hari Esok.
Hasil lonjakan transformasi yang dilaksanakan melalui Apex dijangka mempengaruhi kedudukannya sebagai
sebuah institusi pendidikan tinggi yang relevant, referred and respected dengan memberi penekanan
kepada bidang penyelidikan yang menggalakkan kelestarian (World Class Research university with emphasis
on sustainability).

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

95

Bagi tujuan tersebut, maka fokus dan hala tuju Apex untuk Fasa 2 adalah untuk memperkasa dan
meningkatkan pencapaian Apex dan seterusnya membawa kepada kecemerlangan pengajian tinggi
secara keseluruhannya. Berdasarkan kepada aspirasi tersebut maka penekanan yang diberikan pada Fasa 2
adalah untuk memperhalusi dan memperkukuhkan asas Apex melalui objektif strategik yang digariskan untuk
memperkukuh dan mempergiatkan lagi penyampaian kecemerlangan. Penambahan aktiviti baru yang
mempunyai sasaran dan impak yang lebih berkesan akan mengukuhkan inisiatif dan peningkatan dalam
penyampaian kecemerlangan (delivering excellence).
Pemerkasaan inisiatif akan menghasilkan output terukur dan tidak terukur (Key Performance Indicator- KPI;
dan Key Intangible Performance- KIP) yang selari dengan tujuh teras strategik PSPTN dan Model Baharu
Ekonomi dalam keterangkuman, kelestarian dan masyarakat berkeupayaan tinggi (keberhasilan ini akan
didokumentasikan melalui penerbitan buku Apex USM 2011)
Antara faktor yang kritikal dalam menjayakan Fasa 2 ini adalah:

tenaga akademik dan pentadbiran berminda inovatif;

infrastruktur dan prasarana yang up-to-date;

autonomi dan sistem tadbir urus yang cekap yang membolehkan USM bergerak pantas; dan

kepimpinan pengurusan yang berasaskan transformasi dan pemikiran luar kotak.

Pelan Tindakan

Strategi

Pelan Tindakan

Bergerak ke arah universiti


penyelidikan bertaraf dunia
yang menitikberatkan
kelestarian

(a1) Membangunkan inisiatif


penyelidikan transdisiplin yang
menangani dan menyelesaikan
masalah; untuk mengurangkan
ketaksamaan dan meningkatkan
kualiti hidup

Peningkatan bilangan ARI

2011-2013

(a2) Memperkasakan lagi inisiatif


penyelidikan termaju (Advanced
Research Initiative ARI). Guna
Kerangka Kecemerlangan
Universiti UK

Peningkatan bilangan ARI yang


mencapai status tiga Bintang
ke atas

2011-2013

Rasional:
Wujud keperluan untuk
memperkasakan pasukan
penyelidik dengan konsep
kerja berpasukan baru
yang untuk menghasilkan
output penyelidikan
bertaraf antarabangsa

96

Penghasilan

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Tahun

Strategi

Ke arah universiti lestari


yang terkenal di dunia
Rasional:
Menitikberatkan
kesejahteraan
sosioekonomi golongan
terpinggir berasaskan
prinsip-prinsip
pembangunan lestari

Menjadi pemimpin aktiviti


kemasyarakatan di rantau
asia-pasifik
Rasional:
Untuk menangani isu-isu
ekonomi, sosiobudaya,
pendidikan, kesihatan
dan persekitaran yang
dialami golongan
terkebawah ( Bottom
Billions) dan seterusnya
membudayakan idea
kelestarian

Pelan Tindakan

Penghasilan

Tahun

(b) Menubuhkan makmalmakmal yang diakreditasi/


diiktiraf oleh badan-badan
antarabangsa

Peningkatan bilangan makmal


yang diakreditasikan/diiktiraf

2011 2013

(c) Meningkatkan kualiti


penerbitan fakulti

Peningkatan peratusan staf


yang mencapai sekurangkurangnya 100 citation

2011 2013

(d) Meningkatkan aktiviti


pengkomersilan

Peningkatan bilangan syarikat


berasaskan pengetahuan yang
ditubuhkan

2011 2013

(a) Pengantarabangsaan sistem


indikator tentang kelestarian
USM Alternative University
Appraisal (AUA)

Satu sistem petunjuk tentang


kelestarian

2011 2013

(b) Mengukur kelestarian kampus

Peningkatan bilangan PTJ yang


telah diaudit

2011 2013

(c) Membudayakan program


kelestarian pada peringkat
pusat pengajian / pusat
kecemerlangan
(termasuk penerapan KPI)

Peningkatan bilangan program


kelestarian di USM yang
merangkumi pengajaran,
penyelidikan dan penglibatan
masyarakat serta kampus
sejahtera

2011 2013

(d) Membina jaringan kerjasama


untuk kelestarian

Peningkatan bilangan program


jaringan

2011 2013

(e) Memperkenalkan kursus wajib


universiti tentang kelestarian

Pengenalan kursus universiti

2011 2013

(a) Melaksanakan projek


kemasyarakatan yang bertujuan
ke arah keterangkuman dan
menangani isu-isu yang dihadapi
oleh golongan tertindas dan
terasing, khususnya mereka
dalam masyarakat setempat
(selaras dengan MBE)

Peningkatan bilangan projek


komuniti yang unggul dalam
setahun

2011 2013

(b Membentuk sekretariat
UCEC (University -Community
Engagement Champion)

(i) Satu persidangan


yang dianjurkan berkaitan
Penglibatan Komuniti Universiti
dalam Aktiviti Kemasyarakatan
yang diadakan

2011 2013

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

97

Strategi

Penghasilan

Tahun

(ii) Peningkatan bilangan


institusi baru yang sehaluan
dalam penglibatan masyarakat
melalui UCEC

2011 2013

(c) Menggalakkan penglibatan


industri dalam projek
kemasyarakatan dalam komuniti
setempat, termasuk yang
melibatkan jaringan Alumni

Peningkatan bilangan
syarikat yang menaja projek
kemasyarakatan

2011 2013

Pengurusan perubahan
bagi sumber,
pengubahsuaian
pengurusan sumber, bakat
dan tadbir urus USM

(a) Program Universiti dalam


Tadbir Urus

Peningkatan bilangan inisiatif


baru dalam universiti

2011 2013

(b) Program Universiti dalam


Kesejahteraan

Peningkatan bilangan inisiatif


baru

2011 2013

Rasional:
Pengurusan perubahan
sebagai pembudayaan
dalaman yang
merangkumi ekosistem
universiti yang menyokong
objektif strategi yang lain

(c) Mempertingkat Bakat Pelajar

(i) Peningkatan peratus


penglibatan di kalangan
pelajar prasiswazah sepenuh
masa dalam program
pembangunan pelajar seperti
MyCSD

2011 2013

(ii) Peningkatan peratus


penglibatan di kalangan
pelajar pascasiswazah
sepenuh masa dalam program
pembangunan pelajar seperti
MyCPD

2011 2013

(iii) Peningkatan peratus pelajar


pra dan pasca yang terlibat
dalam aktiviti-aktiviti peringkat
antarabangsa

2011 2013

(d) Memperkenalkan inisiatifinisiatif baru dalam meningkatkan


kualiti staf

Peningkatan bilangan inisiatif


baru dalam meningkatkan
kualiti staf

2011 2013

(e) Mencungkil dan memperkasa


bakat memperkenalkan inisiatif
baru

Peningkatan bilangan inisiatif


baru dalam mengekalkan dan
memperkasa bakat-bakat

2011 2013

(f) Meningkatkan sumber


kewangan universiti

Peningkatan pendapatan
bersih yang dijana berbanding
geran kerajaan yang diterima
(operasi)

2011 2013

(g) Pengasuhan dan


pembelajaran memperkenalkan
inisiatif baru dalam pengasuhan
dan pembelajaran

Peningkatan bilangan inisiatif


baru dalam pengasuhan dan
pembelajaran dalam universiti

2011 2013

98

Pelan Tindakan

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Strategi

Pelan Tindakan
(h) Mempromosi, memasarkan
dan menentukan kedudukan
utama projek-projek/programprogram unggul

Penghasilan

Tahun

(i) Peningkatan bilangan projek


unggul yang tidak merangkumi
ARI

2011 2013

(ii) Peningkatan bilangan projek


unggul dengan kedudukan
antarabangsa

2011 2013

PROJEK AGENDA KRITIKAL

e-PEMBELAJARAN
Pendahuluan
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang pesat membolehkan pembelajaran dan pengajaran
dibuat melalui penggunaan rangkaian yang mampu menghubungkan guru dengan pelajar, pelajar dengan
pelajar dan pelajar dengan bahan web global secara dalam talian. Penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi untuk memudah cara proses pembelajaran dan pengajaran atau lebih khususnya e-Pembelajaran
menjadikan pelajar lebih aktif dan bertanggungjawab terhadap pembelajarannya. Konsep pembelajaran
sedemikian yang tertumpukan pelajar melalui teknologi e-Pembelajaran dijangka melahirkan siswazah yang
lebih bertanggungjawab, bebas dan berdikari serta boleh bersaing di persada antarabangsa.
Dalam mengharungi arus transformasi pendidikan ini, salah satu inisiatif awal Projek Agenda Kritikal (CAP)
e-Pembelajaran ialah menggubal Dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN) untuk menyediakan satu
kerangka e-Pembelajaran berkualiti yang sesuai dengan konsep 1Malaysia dan Model Baharu Ekonomi.
Dasar e-Pembelajaran ini juga mendukung intipati strategik Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) dan
Agenda Inovasi Malaysia (AIM). Salah satu daripada lima teras strategik yang digariskan dalam RMKe-10
ialah membangun modal insan bertaraf dunia dengan memberi tumpuan kepada 12 Bidang Ekonomi Utama
Nasional (NKEA) terutamanya dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta perkhidmatan
pendidikan.
Dasar e-Pembelajaran IPT digubal oleh Pasukan Projek CAP e-Pembelajaran bertujuan untuk menyediakan
pendidikan yang berkualiti pada semua peringkat IPT serta memberi akses yang saksama dan adil kepada
rakyat jelata. Ini adalah selari dengan keperluan bidang kritikal e-pendidikan yang dikemukakan oleh National

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

99

IT Council (NITC, 2010). Dasar dan kerangka e-Pembelajaran telah juga mengambil perhatian dan keperluan
Program Transformasi Ekonomi (ETP) di mana lebih 60% dari Entry Point Project (EPP) menggunakan teknologi
komunikasi dan maklumat. Keperluan ini lebih ketara akibat proses globalisasi yang dibawa oleh teknologi
komunikasi dan Internet terkini.
e-Pembelajaran mempunyai beberapa kepentingan dan ini dapat diterjemahkan kepada beberapa objektif
seperti berikut:

Membangunkan satu repositori dan direktori bahan pembelajaran digital yang boleh diguna

pakai oleh semua IPT sekali gus membangunkan budaya berkongsi sumber e-Pembelajaran

dan e-Kandungan;

Membudayakan e-Pembelajaran di IPT untuk membina komuniti pengamal e-Pembelajaran

dan penjana e-Kandungan tulen;

Menyediakan infrastruktur yang sesuai dan mesra e-Pembelajaran;

Menghasilkan pelbagai e-Kandungan bagi mengukuh pembelajaran dan instruksi;

Meningkatkan kemahiran staf, pelajar dan pihak berkepentingan melalui e-Pembelajaran;

dan

Menjalankan

e-Pembelajaran.

Penyelidikan

dan

Pembangunan

dalam

pedagogi

dan

teknologi

Rumusan Fasa 1

Memandangkan fokus PSPTN kepada agenda e-Pembelajaran hanya bermula pada awal

tahun 2010, bidang tumpuan pada Fasa 1 adalah untuk:

menentukan tahap atau status penggunaan e-Pembelajaran di IPTA, PTS, Politeknik

dan Kolej Komuniti;

menentukan status infrastruktur untuk menyokong dan memudahkan pelaksanaan

pedagogi dan teknologi e-Pembelajaran dijayakan;

membentuk kerangka e-Pembelajaran nasional dengan sasaran yang jelas dan

boleh dicapai; dan

menentukan strategi, pelan tindakan dan KPI untuk e-Pembelajaran bagi jangka

masa 2011-2015 iaitu Fasa 2 PSPTN.

100

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Inisiatif e-Pembelajaran dalam Fasa 1 pada keseluruhannya telah mencapai sasaran yang telah ditetapkan.
Status penggunaan e-Pembelajaran dan kedudukan prasarana untuk pengajian tinggi juga telah ditentukan.
Dasar e-Pembelajaran telah selesai digubal dan dipersetujui oleh pemegang taruh dan melalui dasar ini, satu
kerangka dan sasaran mengikut fasa telah dibangunkan untuk tempoh 2011-2015.
Tumpuan Fasa 2
Dalam Fasa 2, Pasukan Projek CAP e-Pembelajaran menumpukan kepada pelaksanaan Dasar e-Pembelajaran
dan penetapan sasaran dalam Fasa Permulaan (2011-2012), Fasa Pengisian (2013-2014) dan Fasa Optimum
(2015) e-Pembelajaran. Selain itu, Fasa 2 juga memfokuskan kepada penerapan e-Kandungan dalam
Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) di samping pembangunan dan perkongsian repositori dan direktori
bahan pembelajaran digital untuk kegunaan dan rujukan. Bagi merealisasikan hasrat ini, Dasar e-Pembelajaran
Negara (DePAN)telah dilancarkan oleh YB. Menteri Pengajian Tinggi pada 16 April 2011.
Keberhasilan e-Pembelajaran dalam Fasa Optimum (2015) dibahagikan kepada lima tonggak seperti berikut:

Infrastruktur: IPT mempunyai jalur lebar berkelajuan tinggi; menubuhkan unit helpdesk/khidmat

sokongan atau koordinator dan menyediakan pelantar e-Pembelajaran dan peralatan ICT.

Struktur organisasi: IPT mempunyai visi dan misi untuk mengintegrasikan e-Pembelajaran dalam

pembelajaran dan pengajaran; menubuhkan satu pasukan e-Pembelajaran; membina polisi

e-Pembelajaran dan menubuhkan unit e-Pembelajaran serta menyelaraskan aktiviti

e-Pembelajaran dengan kerjasama Pusat ICT.

Perkembangan Profesional: Staf dan pelajar mempunyai pengetahuan dalam pedagogi serta

mengamalkan e-Pembelajaran; kemahiran dalam teknologi dan literasi maklumat telah

dikuasai oleh staf dan pelajar IPT; dan staf, pelajar dan stakeholders IPT mempunyai sikap

yang positif terhadap e-Pembelajaran.

Kurikulum dan e-Kandungan: Mempunyai kurikulum kursus dalam mod blended; 50%

e-Kandungan asli dapat dibangunkan; melaksanakan aktiviti e-Penaksiran; dan pewujudan

standard atau piawai e-Pembelajaran boleh diguna pakai di semua IPT.

Pembudayaan: Staf dan pelajar menggunakan e-Pembelajaran secara meluas; IPT menyebar

dan berkongsi amalan terbaik dalam e-Pembelajaran serta memberi pengiktirafan nasional.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

101

Dasar e-Pembelajaran dan kerangka yang telah disediakan hanya akan dapat tercapai dengan wujudnya
faktor-faktor kejayaan kritikal seperti berikut:

Sokongan padu dari Ketua Institusi dan pengurusan atasan sangat penting.

Penerimaan oleh masyarakat akademik bahawa e-Pembelajaran akan menambah baik

proses pembelajaran dan pengajaran sangat penting, kerana hanya dengan buy-in

pemegang taruh golongan ini, e-Pembelajaran dapat disemarakkan.

Semua staf yang terlibat dalam pembelajaran dan pengajaran mesti dilatih untuk benar-

benar memahami kelebihan e-Pembelajaran serta mempunyai cukup kemahiran untuk

membangun dan menggunakan e-Kandungan dalam pedagogi.

e-Kandungan telah dibangunkan secara sistematik dan menepati piawai yang ditentukan

memandangkan hal ini penting dalam menjamin kualiti e-Pembelajaran.

Prasarana yang membolehkan penggunaan e-Kandungan serta mesra pelajar dan ahli

akademik.

Pelan Tindakan

Strategi

Pelan Tindakan

Mengukuh strategi
e-Pembelajaran dalam
proses Pembelajaran &
Pengajaran

102

Penghasilan

Tahun

Meningkatkan infrastruktur
e-Pembelajaran

Dasar e-Pembelajaran Negara


(DePaN) disediakan dan
dilancarkan

2011

Menentukan struktur organisasi


e-Pembelajaran

Dasar dan pelan tindakan


e-Pembelajaran disediakan
pada peringkat IPT

2011

Menyediakan program latihan


untuk perkembangan profesional

Peningkatan bilangan peserta


yang menghadiri kursus

2011-2015

Menentukan kurikulum dan


e-Kandungan

Peningkatan bilangan kurikulum


kursus dalam mod blended dan
e-Kandungan yang disediakan
dan dimuat turun dalam
Learning Management System
(LMS)

2011-2015

Membudayakan e-Pembelajaran

Peningkatan penggunaan
e-Pembelajaran

2011-2015

Perwujudan instrumen
pemberian insentif dan
pengiktirafan ke atas
penggunaan e-Pembelajaran

2011-2015

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

PROJEK AGENDA KRITIKAL

SISTEM PENYAMPAIAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI (KPT)


Pengenalan
CAP Sistem Penyampaian KPT diwujudkan untuk merancang strategi dan melaksanakan inisiatif di bawah
Teras Ke-7 PSPTN untuk KPT bertindak sebagai pemudah cara ke arah memperkasakan pengajian tinggi
negara dan menjadikan Malaysia sebagai hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa menjelang
tahun 2020.
Justeru, untuk merealisasikan matlamat tersebut, Sistem Penyampaian KPT perlu bersifat proaktif dan responsif
dengan memberi perkhidmatan yang berkualiti, cekap, berkesan dan efisien serta memenuhi kehendak
pelanggan dan stakeholders melalui aspek tadbir urus terbaik, budaya kerja cemerlang, sumber kewangan
yang mencukupi, sumber manusia yang kompeten dan infrastruktur yang lengkap.
Rumusan Status Fasa 1
Secara keseluruhannya bagi Fasa 1- Peletakan Asas (2007-2010) Sistem Penyampaian KPT telah melalui proses
transformasi dengan peningkatan dan penambahbaikan mutu perkhidmatan. Antara pencapaian CAP
pada Fasa 1 adalah seperti berikut:

Tadbir Urus

Pada tahun 2010, KPT telah memperoleh penarafan Lima Bintang dalam Penilaian Sistem Star

Rating (SSR) MAMPU dengan prestasi cemerlang berbanding dengan tahun 2007 (penarafan

Empat Bintang) dan tahun 2008 (penarafan Tiga Bintang) dan berada di tangga ketiga

daripada 27 Kementerian yang dinilai pada tahun berkenaan.

Bagi tempoh 2007-2010, Indeks Kualiti Perkhidmatan (Quality Service Index) Kementerian telah

meningkat ke tahap cemerlang dengan pencapaian 90% pada tahun 2008, 94% pada tahun

2009 dan 99.8 % pada tahun 2010.

KPT telah memperolehi pengiktirafan Pensijilan Semula MS ISO 9001: 2008 pada tahun 2010.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

103

Budaya

Budaya Kerja Cemerlang sentiasa diterapkan melalui program-program Islam Hadhari, aktiviti

sosial dan kebajikan, Amalan 5S dan pematuhan kepada Pelan Integriti KPT yang dibangunkan

di samping Kod Etika Kerja dan Lima Nilai Teras Budaya Korporat KPT yang diperteguhkan

dari semasa ke semasa seperti professionalisme, bekerja sebagai satu pasukan, berintegriti,

berorientasikan pelanggan dan warga.

Sistem Pengurusan Audit Nilai (SPAN) yang mengukur keberkesanan program pembaharuan

perkhidmatan awam dari aspek pengamalan nilai-nilai murni di bawah KPT menunjukkan

tahap Indeks Komposit KPT bagi tahun 2010 iaitu 73.9 yang memerlukan penambahbaikan

melalui program yang lebih mantap dan pemantauan yang berterusan.

Kewangan

Indeks Akauntabiliti (IA) yang dinilai oleh Jabatan Audit Negara melalui pengukuran

pematuhan kepada peraturan dan prosedur kewangan, KPT mencapai tahap Tiga Bintang

dengan tahap tertinggi Empat Bintang pada tahun 2008 dan 2009. Sasaran pada tahun 2010

ialah tahap tertinggi iaitu Empat Bintang.

Anugerah Kualiti Pengurusan Kewangan Sektor Awam (AKPK) yang disertai buat pertama kali

oleh KPT telah mendapat tempat kedua pada tahun 2008. Anugerah tersebut tidak diadakan

pada tahun 2009.

Sistem e-SPKB dan ePerolehan telah dilaksanakan secara meluas sehingga mencapai

matlamat sekurang-kurangnya 70% jumlah perolehan dan dilaksanakan di hampir

keseluruhan PTJ yang bernaung di bawah KPT. Pelaksanaan yang aktif KPT dalam ePerolehan

telah menerima penghargaan dan sijil oleh Commerce Dot Com pada tahun 2011 sebagai

pengguna paling aktif.

Sumber Manusia

Sumber manusia yang kompeten dan memenuhi kriteria serta ciri kepimpinan dibangunkan

melalui Pelan Operasi Latihan KPT dan Program-program Sahsiah yang berterusan.

Penganugerahan Pekerja Contoh dan Tokoh Pekerja KPT yang diperkenalkan pada tahun

2010 memberi suntikan semangat kepada pekerja dan warga untuk berkhidmat dengan

penuh dedikasi.

104

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Penurunan kuasa kepada IPTA untuk melantik tenaga pengajar dan pensyarah luar secara

kontrak telah mempermudah dan mempercepatkan urusan pengisian jawatan pensyarah di

IPTA.

Infrastruktur

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9), 2006-2010, KPT melaksanakan

sebanyak 669 projek iaitu 511 projek fizikal dan 158 projek bukan fizikal (terdiri daripada

perolehan peralatan, tanah, pembelian bangunan, ICT, Latihan Penyelidikan (SLAI), Geran

Penyelidikan Fundamental (FRGS), Pembangunan Kokurikulum dan Sumber Manusia untuk

Politeknik dan Kolej Komuniti.

Dari segi prestasi perbelanjaan pembangunan di bawah RMKe-9, KPT telah membelanjakan

98.87% daripada jumlah peruntukan yang dikeluarkan.

Mengoptimumkan penggunaan ICT Dalam Fasa 1, sebanyak 17 aplikasi dibangunkan

di bawah projek ISP. Antara cabaran yang dihadapi termasuklah penggunaan Technology

Platform yang kurang stabil, kelemahan pengurusan projek oleh pihak vendor, masalah

kepakaran teknikal dan perubahan keperluan pengguna.

60 sistem atas talian yang dibangunkan oleh KPT dan penggunaan sistem e-Government

telah banyak membantu mempercepatkan urusan dengan pelanggan seperti Sistem UPU

(Kemasukan Pelajar), MyMohes (Sistem Maklumat IPTA), Tracer Study (Sistem Pengesanan

Graduan), Sistem Pengurusan Biasiswa/ Pinjaman, Sistem Profil Akademik, Sistem Pengurusan

Dokumen Jemaah Menteri, Sistem Aduan (ICMS), e-SISDOK (Sistem Dokumen), SPPII (Sistem

Pemantauan Projek) dan lain-lain termasuk HRMIS telah digunakan sepenuhnya di KPT.

Sebagai rumusan, pada Fasa 1 PSPTN, sistem penyampaian KPT mencapai kedudukan dan taraf cemerlang.
Peningkatan imej tersebut telah menjadikan KPT sebagai rujukan umum oleh agensi-agensi Kerajaan yang
lain.
Tumpuan Fasa 2
Dalam Fasa 2, bagi memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan KPT, usaha-usaha strategik akan
terus digembleng untuk memastikan peranan pemudahcaraan KPT berterusan dan menjadi lebih berkesan
ke arah pelaksanaan projek-projek dan inisiatif dalam PSPTN demi meningkatkan ketertampakan (visibility)
dan imej korporat KPT secara keseluruhannya. Pelan tindakan yang dibangunkan memberi fokus kepada
membangunkan feel good factor dalam kalangan pemegang taruh dengan pelaksanaan strategi-strategi
berikut:
Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

105

Peningkatan amalan tadbir urus terbaik pada semua peringkat pengurusan.

KPT menyasarkan untuk menjadi Kementerian yang berwibawa, berwawasan dan

dihormati oleh rakyat. Antara usaha yang akan terus dilaksanakan adalah usaha-

usaha perkongsian pintar, mengaplikasikan amalan-amalan terbaik dalam sistem pengurusan

KPT serta penambahbaikan kepada sistem pemantauan prestasi KPT.

Antara jangkaan pencapaian utama menjelang Fasa 2 PSPTN bagi sistem penyampaian

dilihat dari segi pemantapan struktur tadbir urus, amalan budaya kerja cemerlang,

pembudayaan inovasi dan kreativiti, pewujudan persekitaran kerja kondusif kepada usaha-

usaha kecemerlangan KPT, meningkatkan hubungan harmoni antara warga KPT, pemegang

taruh dan pelanggan, pengurusan sumber yang cekap, pembangunan kompetensi

melalui kepimpinan, peningkatan kualiti kerja, penyediaan infrastruktur dan infostruktur yang

mapan dan meningkatkan semangat keserakanan antara institusi-institusi di bawah KPT.

Menambah nilai dan membina upaya kapasiti sumber manusia melalui pengayaan ilmu dan

pengalaman.

Usaha peningkatan dan pemerkasaan kapasiti sumber manusia akan dilaksanakan

berdasarkan enam strategi iaitu:

memperkukuh dan memperkasakan organisasi;

meningkatkan kompetensi sumber manusia dari aspek sikap, pengetahuan dan

kemahiran (Attitude, Skill and Knowledge (ASK);

memperkukuh kepimpinan organisasi pada semua peringkat;

memperluaskan program pengiktirafan dan penghargaan;

meningkatkan kesedaran warga mengenai peraturan dan prosedur mengenai aspek

pengurusan sumber manusia; dan

serta mengoptimumkan penggunaan sistem HRMIS.

Penerapan nilai integriti dan pembudayaan inovasi di kalangan warga.

Pembentukan tenaga kerja yang berintegriti dan mempunyai keutuhan peribadi yang tinggi

akan menjadikan KPT sebagai sebuah organisasi yang dihormati dan disegani. Justeru,

program-program intervensi pengukuhan integriti yang lebih menyeluruh dan memberi impak

dirancang untuk dilaksanakan bagi memastikan nilai-nilai integriti diamalkan dan diterapkan

dalam diri setiap warga ke arah peningkatan ketelusan, integriti dan akauntabiliti dalam

sistem penyampaian Kementerian.

106

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Dalam Fasa 2 juga, tumpuan ke arah membudayakan inovasi dalam sistem penyampaian

Kementerian akan dilaksanakan dengan menggalakkan perekayasaan proses kerja (Business

Process Reengineering; BPR), penggunaan secara meluas teknologi maklumat dan komunikasi,

penyediaan Pelan Tindakan Inovasi dan Kreativiti yang merangkumi aktiviti-aktiviti

pembudayaan inovasi secara terancang dan melaksanakan usaha bagi meningkatkan

kesedaran tentang perlunya pendekatan inovasi dan kreativiti dalam penyampaian

perkhidmatan. Usaha juga akan diambil untuk mempromosi hasil inovasi dan kreativiti yang

dilaksanakan dengan jayanya kepada warga organisasi, pelanggan dan pemegang taruh,

serta menambah baik saluran yang sedia ada, bagi membolehkan pelanggan

mengemukakan cadangan inovasi dan kreativiti untuk meningkatkan penyampaian

perkhidmatan.

Peningkatan penggunaan ICT secara meluas dengan penambahbaikan terhadap akses dan

kualiti infrastruktur dan infostruktur.

Pembangunan dan pelaksanaan ICT di KPT adalah berdasarkan strategi pemantapan info

dan infra ICT yang sedia ada. Usaha untuk mengintegrasikan penggunaan ICT dalam sistem

pengurusan akan dilaksanakan bagi menyokong sistem penyampaian KPT. Bagi Fasa 2,

tumpuan Pelan Strategik ICT adalah untuk penambahbaikan sistem penyampaian dan

penambahbaikan akses dan kualiti ICT KPT.

Pelaksanaan projek pembangunan yang lebih menjurus kepada infrastruktur bukan fizikal

berbanding fizikal dengan tumpuan dan penekanan kepada keberhasilan (outcome).

Peruntukan berjumlah RM4.70 bilion telah diluluskan kepada KPT bagi tempoh 2011-2012. Ini

melibatkan RM2.82 bilion untuk projek-projek sambungan RMKe-9 yang sebahagian besarnya

dapat disiapkan dalam tahun 2011 manakala RM1.88 bilion adalah bagi projek-projek baru

dalam RMKe-10. Sepanjang tempoh tersebut, KPT akan melaksanakan 240 projek yang mana

210 merupakan projek sambungan RMKe-9 manakala 30 lagi merupakan projek baru.

Daripada 240 projek tersebut, 204 merupakan projek fizikal dan 36 adalah projek bukan fizikal.

Fokus RMKe-10 bukan hanya kepada pembinaan bangunan, makmal dan prasarana

semata-mata. Tumpuan adalah lebih menjurus kepada pembangunan infrastruktur bukan

fizikal berbanding fizikal. Tumpuan fokus sebegini ini selaras dengan penekanan kepada

keberhasilan (outcome), misalnya mengalihkan tumpuan daripada membina bangunan

akademik kepada meningkatkan kemahiran tenaga pengajar untuk pencapaian pelajar

yang cemerlang.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

107

Penambahbaikan terhadap keberkesanan pengurusan sumber kewangan secara optimum

dan seimbang.

Dalam tempoh 2011 hingga 2015, prestasi pengurusan kewangan akan terus ditingkatkan

dengan menerapkan konsep nilai untuk wang (value for money). Pelaksanaan Outcome

Base Budgeting (OBB) dapat mengukur impak pelaksanaan program dan aktiviti dari segi nilai

untuk wang bagi setiap Ringgit Malaysia yang dibelanjakan. Pelaksanaan akan dibuat

secara berperingkat dengan mengintegrasikan kos per output bagi setiap program dan

aktiviti. Ukuran kecemerlangan pengurusan kewangan akan dilihat melalui pencapaian

indeks akauntabiliti pada tahap Empat Bintang.

Kecekapan pengurusan aset dan stor terus ditingkatkan dengan pelaksanaan Sistem

Pengurusan Aset (SPA) secara atas talian dengan semua 86 PTJ. SPA akan dilaksanakan

secara berperingkat mulai 2011 hingga 2015. Usaha-usaha pemantauan dilaksanakan melalui

penubuhan Pasukan Inspektorat Dalaman untuk memastikan penambahbaikan dan

pematuhan terhadap peraturan dan prosedur kewangan serta mengurangkan teguran

audit yang bersifat major non compliance.

KPT juga akan bertindak sebagai pemudah cara kepada proses pemberian taraf autonomi

dalam pengurusan kewangan di IPTA dengan menyediakan garis panduan yang dapat

diterima pakai dalam memastikan tahap akauntabiliti dan integriti yang tinggi.

Pengurusan kewangan juga akan diperkemas lagi dengan pelaksanaan Indeks Pematuhan

Perakuan yang merupakan satu kaedah transformasi kepada strategi pengurusan kepada

objektif bersifat operasi. Pemakaian Indeks ini adalah berasaskan kepada satu senarai semak

yang mempunyai kriteria dan skop tertentu. Pemakaian indeks tersebut membolehkan pihak

pengurusan PTJ mengenal pasti kelebihan dan kelemahan pengurusan perakaunan di PTJ

dan seterusnya meningkatkan tahap prestasi pengurusan kewangan secara keseluruhan.

Penekanan kepuasan pelanggan dengan meningkatkan respons terhadap keperluan

pelanggan.

Kepuasan pelanggan adalah menjadi keutamaan KPT dalam Fasa 2. Keutamaan kepada

kepuasan pelanggan dalaman dan luaran akan mengambil kira perkara-perkara berikut:

Kesegeraan dalam memberi maklum balas kepada pelanggan(Responsiveness).

Tahap kekerapan dan keberkesanan proses engagement dilakukan dengan

108

stakeholders dan pihak awam.


Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Dikenali sebagai sebuah kementerian yang hebat.

Meningkatkan usaha Delighting Customers (Feel Good Factor).

Memberikan perkhidmatan yang cepat dan cekap lagi tersusun (Fast Delivery).

Mempamerkan satu bentuk budaya korporat yang menjadi rujukan awam.

Merasionalisasikan saiz anggota perkhidmatan MOHE dengan mengoptimumkan keupayaan

dan kepakaran sumber.

Sejajar dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP), YAB. Perdana Menteri dalam

ucapannya di Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-12 (MAPPA XII) telah menarik

perhatian ke arah mewujudkan sebuah Perkhidmatan Awam Malaysia yang cekap dan

mantap, dengan merasionalisasikan saiz anggota perkhidmatannya supaya menepati

keperluan sebenar, mengurangkan pembaziran sumber, mempercepatkan proses dan

prosedur kerja, dan menjimatkan perbelanjaan pengurusan Kerajaan. Ke arah ini, Kementerian

akan menilai semula fungsi dan peranan Bahagian/Jabatan serta keperluan sumber manusia

masing-masing.

Pelan Tindakan

Strategi
Memperkukuh dan
memperkasa organisasi

Memperkukuh kompetensi
sumber manusia dari aspek
sikap, kemahiran dan
pengetahuan (ASK)

Pelan Tindakan

Penghasilan

Tahun

Struktur & Perjawatan:


Mengkaji semula fungsi bahagian
/ jabatan

Kertas cadangan penyusunan


semula struktur dan fungsi
bahagian/ jabatan

2011

Menambah baik skim-skim


perkhidmatan (PPPT, Akademik
dan bukan-Akademik di IPTA)

Kertas cadangan
penambahbaikan skim kepada
agensi pusat

Sikap, kemahiran dan


pengetahuan:

Peningkatan indeks nilai dan


integriti warga

2012-2015

Memupuk sikap dan nilai positif,


meningkat tahap integriti dan
akauntabiliti serta mempertingkat
pengetahuan dan tahap
kemahiran kerja/ bidang tugas
dalam kalangan warga
Menyediakan program latihan
strategik berimpak tinggi kepada
kelompok sasaran

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

109

Strategi

Pelan Tindakan

Mengukuh kepimpinan
organisasi pada semua
peringkat

Meningkatkan kualiti
kepimpinan

Penghasilan
Indeks kepimpinan sekurangkurangnya pada skala 4

Tahun
2011&2015

Menyediakan pemimpin pelapis


Penempatan bakat terbaik
daripada sektor pengajian tinggi
secara optimum pada jawatanjawatan strategik
Memperluaskan programprogram pengiktirafan dan
penghargaan

Kepimpinan ke arah
transformasi dan pemikiran luar
kotak

Memperluaskan pemilihan tokoh


pekerja contoh tahunan KPT

2011- 2015

Pemilihan jabatan/IPT terbaik


dalam sistem penyampaian
Memperkenalkan kategori
pengiktirafan/ penghargaan
yang sesuai dari semasa ke
semasa (Pingat Ketua Jabatan;
pingat pekerja lama, pingat
pekerja berintegriti, pingat
pekerja setia dan lain-lain)

Indeks kepuasan terhadap


pelaksanaan program
pengiktirafan dan
penghargaan sekurangkurangnya pada skala 4

2011- 2015

Pencalonan Darjah/ Pingat/


Bintang Kebesaran Persekutuan/
Negeri bagi pegawai yang
cemerlang dan berjasa kepada
KPT
Menghantar pegawai yang
menunjukkan prestasi cemerlang
berkursus di luar negara

5% daripada pegawai
memperoleh markah prestasi
90% dan ke atas

Meningkatkan keterlihatan
dan imej korporat KPT

Membangunkan feel good factor


dalam kalangan pemegang
taruh dengan melaksanakan
tindakan seperti Responsiveness,
Engagement, Positive Image,
Delighting Customers, Fast
Delivery, Image and Branding,
Corporate Culture

Pengukuran imej

2011-2015

Peningkatan imej korporat


KPT

Merancang dan menguruskan


pakej promosi/ pengurusan majlis
bagi semua inisiatif agenda
kritikal PSPTN

Kefahaman dan penerimaan


stakeholder dan awam
terhadap inisiatif berkaitan

2011 -2015

Meningkatkan kepuasan
pelanggan

Indeks Kepuasan Pelanggan KPT


di kaunter khidmat pelanggan
(CSS) (skala 1-5)

Skala 4

2011-2015

110

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Strategi

Pelan Tindakan

Penghasilan

Tahun

Memantapkan lagi
informasi dan infrastruktur
ICT

Membangun dan menambah


baik aplikasi ICT seperti CRM
Customer Relationship
Management, CLMS Cloud
Learning Management System,
PMS Project Management
System, HDAP Human
Development, Appraisal and
Profiling, SALAMS Scholarship
and Loan Management System

Peningkatan dalam sistem


penyampaian KPT

2011 -2015

Meningkatkan prestasi
perbelanjaan dan
pelaksanaan projek-projek
di bawah RMKe-10

Mengurus dan mengawal


peruntukan pembangunan
secara mapan agar peruntukan
dapat dibelanjakan sepertimana
dirancang

95% peruntukan dapat


dibelanjakan

2011-2015

Memantau pelaksanaan projekprojek pembangunan agar


dapat disiapkan dalam tempoh
yang telah ditetapkan

100% projek siap

2011-2015

Memastikan pematuhan
terhadap kriteria penilaian Sistem
Star Rating (SSR) oleh semua
bahagian di KPT

Prestasi sistem pengurusan


kementerian yang cemerlang,
peningkatan budaya kerja
yang berkualiti dan berprestasi
tinggi serta pewujudan
persekitaran kerja yang kondusif

2011-2015

Memastikan pengurusan
organisasi yang strategik
dan sistematik

Melaksanakan cadangan
penambahbaikan yang
disyorkan oleh MAMPU
Melaksanakan pemantauan
terhadap pematuhan kriteria
SSR melalui Audit Dalam SSR dan
Mesyuarat Jawatankuasa Task
Force SSR
Pelaksanaan program
dan aktiviti yang dapat
memberi lebih impak dan
value for money kepada
KPT

Melaksanakan Sistem Outcome


Base Budget (OBB) di semua
Pusat Tanggungjawab(PTJ)

Mengintegrasikan keberhasilan
PSPTN yang melibatkan belanja
mengurus tahunan (sebanyak
sekurang-kurangnya 50%)

2011-2015

Memudah cara IPTA


melaksana autonomi
kewangan bagi
menguruskan kewangan
sendiri dengan penuh
berakauntabiliti dan
berintegriti

Menyediakan Standard
Operating Procedures (SOP)
(IPTA)

Bilangan IPTA yang layak


mendapat autonomi dalam
kewangan

2011-2015

Meneliti SOP IPTA berkenaan


sama ada memenuhi keperluan
Perbendaharaan
Mendapatkan kelulusan
Perbendaharaan

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

111

Strategi

Pelan Tindakan

Penghasilan

Tahun

Pengurusan kewangan
yang berakauntabiliti dan
berintegriti

Memastikan semua prosedur


kewangan seperti pengurusan
bajet, perolehan, sewaan,
bayaran, aset, stor, akaun dan
hasil dipatuhi

Mendapat Empat Bintang


dalam Indeks Akauntabiliti
Jabatan Audit Negara

2011-2015

Meningkatkan lagi program


pembudayaan inovasi dan
kreativiti KPT

Pelan Inovasi KPT akan


dibangunkan di semua peringkat
dan Bahagian

Mendapat Anugerah Inovasi


peringkat kebangsaan dan
antarabangsa

2011-2015

Memperteguhkan budaya
integriti di kalangan warga
KPT

Pelan Integriti KPT telah


dibangunkan dan akan
dikuatkuasakan secara
menyeluruh

Warga yang berintegriti dan


bermaruah

2011-2015

Mewujudkan persekitaran
kerja yang lebih kondusif

Bangunan baru KPT yang lebih


selesa, program-program Win
Heart and Minds dan Corporate
Social Responsibility (CSR)
ditingkatkan

Warga yang produktif, komited


dan sayangkan organisasi

2011-2015

PROJEK AGENDA KRITIKAL

PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT


Pengenalan
Fenomena globalisasi akan terus memberi impak dan cabaran kepada semua negara di dunia khususnya
di negara membangun seperti Malaysia. Untuk mengatasi cabaran globalisasi, Malaysia perlu mengatur
strategi serta mengambil langkah proaktif untuk mengupayakan dirinya berdaya saing dan terus maju melalui
pencapaian modal insan yang berkualiti, berkemahiran dan berpengetahuan tinggi.
Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) merupakan saluran pembelajaran sepanjang hidup utama bagi
seseorang individu, sehaluan dengan sistem pendidikan negara dari peringkat prasekolah, sekolah rendah,
sekolah menengah, prauniversiti dan seterusnya pengajian tinggi. Malah PSH merupakan tonggak ketiga
dalam pembangunan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran tinggi selain daripada pendidikan
asas dan pendidikan tertiari negara.
Program PSH adalah agenda utama negara dalam pembangunan modal insan. Berdasarkan Pelan Induk
PSH untuk Malaysia 2011-2020, fokus diberi kepada kumpulan peserta yang berumur antara 15 hingga 64

112

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

tahun memandangkan kumpulan tersebut merupakan golongan rakyat yang masih aktif dan produktif bagi
memaju dan membangunkan ekonomi negara.
Dalam konteks keperluan negara, PSH ditakrifkan sebagai semua pembelajaran yang dilalui oleh seseorang
individu dalam lingkungan umur 15 tahun ke atas kecuali pelajar profesional. Pelajar profesional adalah
golongan pelajar yang menyertai pendidikan sepenuh masa sama ada di sekolah, kolej, institusi latihan
ataupun universiti dengan matlamat akan memasuki pasaran kerja buat pertama kali bagi individu tersebut.
Unjuran penduduk Malaysia adalah seramai 34.2 juta orang menjelang tahun 2020 dan golongan pekerja yang
berada dalam lingkungan umur antara 15 hingga 64 tahun adalah sebanyak 26.2 juta orang. Maka potensi
dan permintaan untuk program PSH disalurkan kepada rakyat jelata adalah jelas bagi tujuan peningkatan
kemahiran dan pengetahuan yang seterusnya dapat menyumbangkan nilai dan pembangunan ekonomi
negara. Sasaran Pelan Induk Pembudayaan PSH untuk Malaysia adalah 50% daripada penduduk berumur 15
hingga 64 tahun akan berpeluang menyertai program peningkatan diri PSH menjelang tahun 2020. Usaha ini
akan memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 13.1 juta orang penduduk.
PSH yang dilaksanakan oleh IPT menggunakan pendekatan pendidikan jarak jauh, pendidikan fleksibel,
pengiktirafan pengalaman bekerja (recognition of prior learning) dan penawaran kursus pendek bagi
peningkatan pengetahuan dan kemahiran diri.
Asas penubuhan dan kepentingan Projek Agenda Kritikal (CAP) Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) adalah
bagi membudayakan PSH dan memperkasakan program dan aktiviti PSH melalui:

peningkatan kesedaran dan penyertaan PSH;

pewujudan mekanisme dan infrastruktur yang dapat memudah cara serta memberi

pengiktirafan dan akreditasi PSH;

penyelarasan program PSH oleh semua institusi / agensi di bawah KPT agar tiada pertindihan

program dan aktiviti;

penggalakan perkongsian sumber dan infrastruktur dalam melaksanakan PSH;

sokongan kewangan dan insentif yang sewajarnya; dan

pemantauan program aktiviti PSH secara berkala;

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

113

Rumusan Status Fasa 1


Bidang tumpuan Fasa 1 PSH adalah:

Penubuhan sebuah Jawatankuasa Kebangsaan PSH (JKPSH).

Penggubalan hala tuju PSH Nasional.

Membudayakan PSH berdasarkan objektif-objektif teras berikut:


memastikan PSH menjadi satu gaya hidup masyarakat Malaysia bagi melengkapkan diri

dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran sepanjang hayat; dan

menjadikan PSH sebagai pemangkin kepada pembentukan organisasi pembelajaran di

setiap organisasi.

Satu draf Blueprint Pembudayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Nasional 2011-2020 telah digubal
dan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Modal Insan (JKMPMI).
Beberapa isu pelaksanaan CAP telah dikenal pasti seperti:

Penyelarasan aktiviti-aktiviti oleh institusi/agensi pelaksana PSH di bawah KPT.

Penyelarasan promosi PSH.

Kekurangan prasarana dan kemudahan.

Kekurangan sumber tenaga pengajar dan tenaga pengajar mahir.

Tumpuan Fasa 2
CAP PSH Fasa 2 bagi tempoh 2011-2015 mengesyorkan agar setiap institusi/agensi di bawah KPT berperanan
melaksanakan program PSH di mana berkenaan seperti berikut:

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)

untuk mengadakan aktiviti-aktiviti promosi PSH;

mewujudkan dan menyelaras Pangkalan Data PSH yang berpusat;

mewujudkan sub-centre untuk kawalan mutu dan pengiktirafan PSH; dan

menggalakkan mobiliti pelajar melalui Sistem Bank Kredit

114

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/ Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)/ Politeknik/ Kolej

Komuniti

meluaskan penggunaan ICT dan teknologi lain dalam penyampaian pembelajaran

dan pengajaran PSH;

menawarkan program/kursus PSH yang dapat memenuhi keperluan komuniti;

menggalakkan perkongsian sumber dalam melaksanakan program PSH;

menawarkan lebih banyak kursus/program PSH secara maya;

meneruskan peranan menyediakan peluang PSH kepada komuniti setempat;

melaksanakan peranan sebagai penyedia latihan bertauliah yang diiktiraf oleh

Kementerian Sumber Manusia (KSM);

memperkukuhkan program PSH sedia ada;

menawarkan program berdasarkan keperluan komuniti setempat; dan

membangunkan pangkalan data bagi mengumpul maklumat berkenaan

pelaksanaan kursus berasaskan komuniti.

Antara faktor kejayaan kritikal CAP PSH ini termasuklah:


Setiap institusi atau agensi di bawah KPT yang melaksanakan PSH perlu mempunyai sistem

tadbir urus yang mantap dan mempunyai ciri-ciri berikut:

Ketelusan; Tanggungjawab; Integriti.

Autonomi dan Akauntabiliti.

Profesional Academic Integrity.

Meningkatkan

berpendapatan rendah, under-privilege, orang kelainan upaya, warga emas dan pesara. Ini

bagi melahirkan modal insan negara yang kreatif, inovatif dan berdaya saing.

Menyediakan mekanisme, sumber dan infrastruktur yang dapat memudah cara serta

memberi pengiktirafan seperti:

kemudahan fizikal;

perolehan dan penyelenggaraan;

perisian komputer dan ICT;


kesedaran

dan

penyertaan

kumpulan

sasaran

seperti

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

golongan

115

sumber kewangan yang sewajarnya; dan

sumber manusia yang mahir, berkualiti dan komited.

Pelan Tindakan

Strategi

Pelan Tindakan

Meningkatkan akses dan


ekuiti dalam peluang PSH

Memastikan
kesinambungan dan
keprihatinan terhadap PSH

Meningkatkan kesedaran
dalam PSH

116

Memperluaskan penggunaan
teknologi (ICT)

Penghasilan

Tahun

Peningkatan enrolmen dalam


PSH

2011 - 2015

Peningkatan bilangan kursus/


program PSH yang ditawarkan

2011 - 2015

Memperkukuhkan kursus PSH


selari dengan keperluan komuniti.

Peningkatan bilangan kursus


yang ditawarkan:

Kursus modular

Kursus jangka


pendek

2011 - 2015

Menjadi penyedia latihan


bertauliah yang diiktiraf oleh KSM

Peningkatan Jumlah
penyertaan PSH dalam :

Kursus modular

Kursus jangka

pendek

2011 - 2015

Peningkatan bilangan Kursus


PSH yang ditawarkan:

Kursus jangka


pendek

Kursus terlanggan

2011 - 2015

Peningkatan jumlah
penyertaan dalam PSH :

Kursus jangka

pendek

Kursus terlanggan

2011 - 2015

Mewujudkan sub-centre untuk


kawalan mutu dan pengiktirafan
PSH

Pewujudan Pusat APEL

2015

Meningkatkan mobiliti pelajar


melalui Sistem Bank Kredit (Credit
Bank System-CBS)

Pewujudan CBS

2012

Menjalankan aktiviti promosi

Peningkatan bilangan aktiviti


promosi.

2011

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Strategi
Membangunkan sistem
pemantauan dan
pengawasan bagi aktiviti
PSH

Pelan Tindakan
Mewujud dan menyelaras
Pangkalan Data PSH yang
berpusat

Penghasilan
Peningkatan peratus
penyiapan Pangkalan Data
PSH mengikut piawai

Tahun
2012

PROJEK AGENDA KRITIKAL

TOP BUSINESS SCHOOL (TBS)


Pengenalan
Dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Serantau dan
Antarabangsa, KPT telah merancang untuk memartabatkan Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan/Pengurusan
(PPSP) sebagai Top Business School (TBS). Dengan itu, penilaian telah dibuat ke atas 11 PPSP IPTA di mana
perakuan telah dibuat supaya dua PPSP diiktiraf sebagai TBS bertaraf antarabangsa setelah memenuhi lapan
kriteria TBS berikut:

kuantiti dan kualiti staf akademik (30%);

kuantiti dan kualiti penyelidikan dan pembelajaran (22%);

kuantiti pascasiswazah (15%);

kualiti pascasiswazah (15%);

inovasi (5%);

khidmat profesional dan hadiah (3%);

rangkaian dan pautan (5%); dan

kemudahan sokongan (5%).

Pada tahun 2007, Jemaah Menteri telah memutuskan bahawa UKM-GSB (Universiti Kebangsaan MalaysiaGraduate School of Business) dan UPM-GSM (Universiti Putra Malaysia-Graduate School of Management) diiktiraf
sebagai TBS yang menawarkan program Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) setanding dengan program
MBA yang ditawarkan oleh universiti-universiti terkemuka dunia.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

117

Rumusan Status Fasa 1


CAP TBS pada hakikatnya masih belum dimuktamadkan. Namun demikian, penilaian pencapaian TBS dan
PPSP dibuat melalui instrumen TBS pada setiap tahun. TBS juga dinilai semula pencapaiannya selepas diiktiraf.
Ini bagi memastikan terdapatnya peningkatan terhadap lapan kriteria TBS.
Berdasarkan pencapaian TBS dan PSPP pada tahun 2008 dan 2009 serta bagi meningkatkan kualiti TBS dan PSPP
ke arah negara berpendapatan tinggi, lima pelan tindakan telah dirangka bagi melonjakkan pencapaian TBS
dan PPSP menjelang tahun 2015 iaitu:

mengiktiraf PPSP sebagai TBS;

meningkatkan bilangan Penyelidik Utama di TBS dan PPSP;

meningkatkan jumlah pendapatan yang dijana oleh TBS dan PPSP;

meningkatkan peratusan enrolmen pelajar pascasiswazah antarabangsa di TBS dan PPSP;

dan

memberikan autonomi kepada TBS.

Tumpuan Fasa 2
Penumpuan terhadap NKEA akan memastikan projek berimpak tinggi bersama sokongan polisi dan insentif
daripada kerajaan akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang mapan. Perkhidmatan
perniagaan dan pengurusan kewangan merupakan antara 12 NKEA yang akan mentransformasikan Malaysia
ke arah mencapai taraf ekonomi yang berpendapatan tinggi dengan pendapatan per kapita daripada
USD6,700(RM23,700 kepada USD15,000(RM48,000) pada tahun 2020.
Selain itu, IPT terutamanya TBS dan PPSP digalakkan untuk meningkatkan pendapatan masing-masing melalui
yuran pengajian,latihan/kursus/bengkel, persidangan, seminar, perundingan, penjanaan daripada hasil R&D
dan endowmen.
Bagi mencapai hasil penjanaan yang tinggi, TBS dan PPSP perlu menawarkan program pengajian yang
bertaraf antarabangsa dan mempunyai tenaga akademik yang berprestasi tinggi dan peratusan Penyelidik
Utama yang tinggi.
Keberhasilan CAP TBS yang disasarkan menjelang 2015 adalah seperti berikut:

118

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Empat buah PPSP diiktiraf sebagai TBS

60 % bilangan Penyelidik Utama didaftarkan di TBS dan 50% di PPSP

RM40 juta dijanakan oleh TBS dan RM45 juta oleh PPSP

30 % pelajar pascasiswazah antarabangsa didaftarkan di TBS dan 20% pelajar pascasiswazah

antarabangsa di PPSP

Empat TBS diberikan autonomi

Penglibatan IPTS dalam usaha memperkasa TBS.

Pelan Tindakan

Strategi

Pelan Tindakan

Penghasilan

Tahun

Mengiktiraf Pusat Pengajian


Siswazah Perniagaan/
Pengurusan (PPSP) sebagai
TBS

Memantapkan TBS dan PPSP


bagi memenuhi keperluan
agenda nasional. Penekanan
kepada bidang perbankan
dan kewangan islam akan
diutamakan.

Peningkatan bilangan PPSP


yang diiktiraf sebagai TBS
setelah mencapai tahap Lima
Bintang

2011 2015

Meningkatkan Bilangan
Penyelidik Utama di TBS
dan PPSP

Mempertingkatkan kuantiti dan


kualiti penyelidik

Pertambahan bilangan
kepakaran (pensyarah yang
menjadi Penyelidik Utama)
melalui geran

2011 2015

Meningkatkan bilangan
penerbitan

Mempertingkatkan kuantiti dan


kualiti penyelidik

Peningkatan jumlah penerbitan


dalam Scopus dan setaraf

Meningkatkan kualiti jurnal


tempatan

Mempertingkatkan kuantiti dan


kualiti penyelidik

Peningkatan bilangan jurnal


tempatan yang terindeks

Meningkatkan penjanaan
pendapatan

Mengurangkan kebergantungan
kepada kerajaan dan
meningkatkan autonomi

Pertambahan jumlah
pendapatan (yuran
pengajian/ perundingan/hasil
penyelidikan) yang dijana
sendiri oleh TBS dan PPSP

2011 2015

Meningkatkan peratus
pelajar pascasiswazah
antarabangsa di TBS dan
PPSP

Mempertingkatkan pengambilan
pelajar pascasiswazah
antarabangsa

Peningkatan bilangan dan


peratus enrolmen pelajar
pascasiswazah antarabangsa
berbanding pelajar
pascasiswazah tempatan

2011 2015

Memberi autonomi kepada


TBS

Memberi autonomi kepada TBS


yang telah diiktiraf dalam aspek
pengurusan kewangan dan
sumber manusia

Pertambahan bilangan
TBS yang telah mendapat
autonomi

2011 2015

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

119

PROJEK AGENDA KRITIKAL

PUSAT KECEMERLANGAN (CoE)


Pengenalan
Penubuhan Pusat Kecemerlangan (CoE) bertujuan untuk memacu Institusi Pengajian Tinggi (IPT) agar sentiasa
berdaya saing dalam pelbagai bidang penyelidikan, kepakaran dan perkhidmatan sama ada pada peringkat
kebangsaan mahupun antarabangsa. Kepelbagaian CoE yang ditubuhkan juga merupakan antara usaha
yang dijalankan untuk membudayakan dan meningkatkan kualiti penyelidikan dan pembangunan (R&D)
serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh IPT secara amnya.
Teras ketiga PSPTN iaitu untuk Memperteguh Penyelidikan dan Inovasi telah mensasarkan ke arah mewujudkan
20 CoE bertaraf antarabangsa menjelang tahun 2020. Selaras dengan aspirasi tersebut, Kementerian telah
mengambil inisiatif dengan melaksanakan penarafan CoE di IPT menjadi Pusat Kecemerlangan Pengajian
Tinggi (Higher Institution Centre of Excellence, HICoE). Seterusnya HICoE akan dipupuk dan dilonjakkan ke arah
mencapai taraf antarabangsa.
Rumusan Status Fasa 1
Sehingga 31 Disember 2010, KPT telah menaik taraf enam Pusat Kecemerlangan (CoE) menjadi Pusat
Kecemerlangan Pengajian Tinggi (HICoE). HICoE yang diiktiraf akan seterusnya dipupuk dan dipandu arah
melalui pemberian dana suntikan dan pemantauan berterusan untuk dilonjakkan pencapaiannya dalam
bidang tumpuan masing-masing ke peringkat serantau dan antarabangsa yang senantiasa kompetitif.
HICoE yang telah diiktiraf bersama dengan bidang tumpuan masing-masing adalah seperti berikut :-

BIL

HICoE

1.

UM Centre of Research for Power


Electronics, Drives, Automation &
Control (UMPEDAC)

Universiti Malaya (UM)

Renewable Energy

2.

UKM Medical Molecular Biology


Institute (UMBI)

Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM)

Cancer Biomarkers

3.

Institute for Research in Molecular


Medicine (INFORMM)

Universiti Sains Malaysia (USM)

Diagnostics Platforms

120

IPT

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

BIDANG TUMPUAN

BIL

HICoE

IPT

BIDANG TUMPUAN

4.

Institute of Bioscience (IBS)

Universiti Putra Malaysia (UPM)

Animal Vaccines and Therapeutic

5.

Centre for Drug Research (CDR)

Universiti Sains Malaysia (USM)

Behavioral Research in Addiction

6.

Accounting Research Institute


(ARI)

Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Islamic Finance Criminology

Antara isu-isu yang dikenal pasti bagi pelaksanaan penarafan HICoE dalam tempoh Fasa 1 adalah seperti:

mengenal pasti satu mekanisme pemantauan yang konsisten dalam memacu arah tuju

HICoE ke arah pengantarabangsaan; dan

mengenal pasti strategi untuk menggalakkan penggemblengan kepakaran dan perkongsian

sumber secara optimum merentas disiplin (multi-disciplinary) dan institusi (multi-institutional).

Tumpuan Fasa 2
Dalam tempoh pelaksanaan RMKe-10, tumpuan akan diberikan kepada usaha untuk terus memupuk dan
memantau pelaksanaan HICoE sedia ada agar dapat mencapai pengiktirafan serantau dan antarabangsa.
Pengiktirafan tersebut akan diukur melalui petunjuk pencapaian prestasi HICoE daripada aspek enrolmen
pascasiswazah, jaringan dan kolaborasi, penyelidikan dan penerbitan serta penerimaan dan pengiktirafan
serantau dan antarabangsa kepada jenama HICoE yang telah diiktiraf.
Di samping itu, Kementerian turut mengambil inisiatif berterusan untuk menaik taraf CoE berpotensi sebagai
HICoE ke arah memacu kelestarian aktiviti penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan.
Fokus dan hala tuju Fasa 2 adalah untuk memperkasa HICoE yang telah diiktiraf sebagai pusat penjanaan
pengetahuan di ambang ufuk (frontier knowledge) dan berimpak tinggi sebagai pemangkin teknologi
terkehadapan. Selaras dengan peranan tersebut, HICoE diberikan keistimewaan kebebasan dengan
pemberian autonomi kewangan dan sumber manusia termasuk mengawal selia, menjana dana, aktiviti
pengkomersilan dan pengurusan harta intelek. Institusi hos HICoE dipertanggungjawab untuk memberikan
dana setimpal (matching grant) untuk memastikan perjalanan operasi dan infrastruktur yang bersesuaian
dengan taraf HICoE.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

121

Keberhasilan CAP CoE yang disasarkan adalah menerusi pertambahan bilangan HICoE di peringkat nasional,
serantau dan antarabangsa. HICoE akan menghasilkan impak sebagai 2nd tier kepada Universiti Penyelidikan
yang menyumbang kepada pertambahan bilangan modal insan, penerbitan jurnal yang berimpak tinggi,
peluasan jaringan dan rangkaian serta membantu meningkatkan kualiti hidup masyarakat.
Seterusnya, faktor kejayaan kritikal yang dikenal pasti dalam menjayakan pelaksanaan CAP CoE ini adalah
seperti berikut:

Aspek kewangan dan janaan pendapatan kendiri untuk pelestarian operasi HICoE.

Governan dan tadbir urus dalam pelaksanaan HICoE.

Infrastruktur dan kemudahan fizikal yang terhad dari skop penyelenggaraan

(maintenance), kerelevanan dengan keadaan semasa dan kecanggihan peralatan untuk

tujuan analisis kritikal.

Bilangan sumber manusia yang mahir dan separa mahir.

Jaringan dan rangkaian kolaborasi bersama pihak yang menjadi tanda aras (benchmark)

untuk tujuan rujukan (coaching/mentoring) dan perkongsian pengetahuan mahupun

teknologi.

Penglibatan institusi pengajian tinggi swasta IPTS dalam memperkasakan HiCoE.

Pelan Tindakan

Strategi

Pelan Tindakan

Penghasilan

Tahun

Mengiktiraf CoE sebagai


HICoE

Melaksanakan penilaian untuk


menaik taraf CoE di IPT menjadi
HICoE

Pertambahan bilangan HICoE


yang diiktiraf di peringkat
nasional

2011-2015

Memupuk HICoE ke tahap


serantau

Membangunkan kriteria penilaian


HICoE yang bertaraf serantau

Pertambahan bilangan HICoE


yang diiktiraf di peringkat
serantau

2013-2015

Memupuk HICoE ke tahap


antarabangsa

Membangunkan kriteria
penilaian HICoE yang bertaraf
antarabangsa

Pertambahan bilangan HICoE


yang diiktiraf di peringkat
antarabangsa

2013-2015

Memberi autonomi
kewangan dan sumber
manusia kepada HICoE

Merangka strategi dan pelan


tindakan ke arah memberi
autonomi kepada HICoE

Pembangunan roadmap
autonomi HICoE

122

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

2011
Disember 2013

PROJEK AGENDA KRITIKAL

KEUSAHAWANAN
Pengenalan
Aktiviti keusahawanan adalah merupakan pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi dan bina upaya
kepada usaha meningkatkan inovasi, kreativiti dan daya saing sesebuah negara. Transformasi Malaysia
daripada ekonomi berasaskan pengetahuan kepada ekonomi berpaksikan inovasi dalam mencapai aspirasi
untuk menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 memerlukan sokongan modal
insan yang berkualiti dan kompetitif.
Dalam konteks ini, KPT berpandangan adalah signifikan bagi pelajar Universiti, Politeknik dan Kolej Komuniti
untuk diberikan pendedahan dan diterapkan dengan nilai-nilai dan kemahiran keusahawanan yang
merangkumi aspek kepimpinan, inovasi, kreativiti, berdaya tahan, berdaya saing, berdikari, mengambil
risiko terkira (calculated risk) dan kebolehan untuk mengenal pasti dan membuka peluang (opportunity
identification and creation).
Menyedari akan kepentingan perkara di atas, KPT telah melancarkan Dasar Pembangunan Keusahawanan
Institusi Pengajian Tinggi pada 13 April 2010 yang bertujuan untuk menggalakkan pendidikan dan pembangunan
keusahawanan yang lebih terancang dan holistik dalam kalangan Institusi Pengajian Tinggi. Pelaksanaan
inisiatif berpandukan dasar tersebut diharap dapat melahirkan siswazah/lepasan IPT yang mempunyai
nilai, pemikiran dan atribut keusahawanan; meningkatkan bilangan usahawan dalam kalangan siswazah/
lulusan IPT iaitu mereka yang benar-benar berkecimpung dalam bidang perniagaan sebagai pemangkin
kepada pencapaian transformasi ekonomi negara daripada ekonomi berpendapatan sederhana kepada
ekonomi berpendapatan tinggi dan pada masa yang sama melahirkan ahli akademik yang mempunyai nilai,
kemahiran, pemikiran dan atribut keusahawanan (entrepreneurial academics).
Pendidikan keusahawanan adalah juga merupakan komponen penting dalam menjana masyarakat
Malaysia yang kreatif dan berinovasi seperti yang dihasratkan di bawah Pelan Pembangunan Modal Insan
Inovasi. Di samping itu, agenda CAP Keusahawanan adalah signifikan dalam membantu untuk meningkatkan
kebolehpasaran siswazah/lulusan IPT.
Manakala daripada aspek sosial pula, perkembangan positif aktiviti keusahawanan akan mampu menjayakan
aspirasi kerajaan dalam meningkatkan kesejahteraan dan keupayaan golongan besar masyarakat serta
mengurangkan jurang antara masyarakat miskin dan kaya serta masyarakat bandar dan luar bandar.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

123

Rumusan Status Fasa 1


Pendidikan dan pembangunan keusahawanan telah diwujudkan sebagai salah satu Projek Agenda Kritikal
PSPTN pada 25 Mei 2010. Oleh yang demikian bagi mendapatkan maklumat lanjut untuk dijadikan sebagai
base line data dan untuk mengetahui sejauh mana program dan aktiviti keusahawanan dilaksanakan pada
peringkat IPT, taklimat dan sesi dialog dengan wakil IPT telah diadakan bagi mendapatkan input tersebut.
Setelah itu strategik objektif dibangunkan dan ujilari juga dijalankan untuk melihat tahap program dan aktiviti
keusahawanan dijalankan di IPTA dengan mengambil kira penyediaan ekosistem dan sistem sokongan yang
wujud di IPT, program-program yang ditawarkan, kompetensi tenaga pengajar dari segi kepakaran dan
pengalaman serta peruntukan kewangan yang disalurkan untuk program dan aktiviti keusahawanan. Selain
itu maklumat juga mengenai isu pelaksanaan dan cadangan pengukuran juga dibincangkan.
Tumpuan Fasa 2
Antara keberhasilan CAP Keusahawanan yang disasarkan menjelang 2015 ialah untuk menyumbang dalam
menyediakan modal insan dengan minda kelas pertama yang berkualiti, berinovasi dan berdaya saing.
Modal insan tersebut akan menjadi pemangkin kepada transformasi ekonomi negara kepada ekonomi
berpendapatan tinggi dan berpaksikan inovasi dan membantu membangunkan dan melestarikan masyarakat
perdagangan dan industri melalui penghasilan berikut:

peratus siswazah/lulusan yang menjadi usahawan selepas enam bulan bergraduasi meningkat

daripada 1.6% kepada 5% (peningkatan sebanyak 313%);

pelajar yang diberi pendedahan keusahawanan meningkat 100%;

staf IPT diberikan latihan dalam pendidikan keusahawanan; dan meningkatkan kepada 80%;

dan

sistem penyampaian IPT yang enterprising.

Bagi melaksanakan CAP Keusahawanan, faktor-faktor kejayaan kritikal yang akan menyumbang kepada
kejayaan adalah seperti:

penubuhan dan pemantapan Pusat Keusahawanan IPT;

peruntukan kewangan;

dasar/peraturan yang kondusif bagi pembangunan keusahawanan;

kefahaman, kesedaran dan komitmen pihak pengurusan atasan IPT;

tenaga pendidik yang kompeten dalam IPT;

124

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

sistem pemantauan dan pangkalan data siswazah usahawan dan aktiviti keusahawanan;

sistem penyampaian/ekosistem yang menggalakkan inisiatif berkaitan; dan

jaringan strategik dengan pihak usahawan/industri/agensi-agensi dalam dan luar negara

yang berkaitan.

Pelan Tindakan

Strategi
Menyediakan ekosistem
yang kondusif merangkumi
suasana, infrastruktur
dan sistem sokongan
pendidikan keusahawanan
yang holistik

Pelan Tindakan
Menilai semula kurikulum
keusahawanan
Mengambil kira kredit setara
bagi aktiviti-aktiviti kokurikulum
keusahawanan

Penghasilan

Tahun

Kelompok kursus
keusahawanan yang
ditawarkan kepada pelajar
jelas dan pengiraan kredit
setara kursus keusahawanan
dapat dibuatperatus pelajar
menjalankan

2011-2015

Peningkatan bilangan dan


peratusan pelajar yang
diberikan pendedahan/
pembudayaan keusahawanan

2011-2015

Peratus peruntukan yang


dikhususkan untuk aktiviti-aktiviti
pembangunan keusahawanan
diberi perhatian dalam bajet
tahunan

2011-2015

Pertambahan bilangan dan


peratus siswazah/lulusan
IPT yang menjadi usahawan
selepas bergraduasi

2011-2015

Memperkukuh dan
memperluaskan sistem
pembelajaran dan pengajaran
keusahawanan
Meningkatkan penawaran
kursus-kursus elektif dalam bidang
keusahawanan
Meningkatkan dan meluaskan
aktiviti kesedaran, pendedahan
dan pembudayaan
keusahawanan termasuklah
aktiviti keusahawanan sosial
Meningkatkan dan meluaskan
aktiviti pertandingan
keusahawanan
Menyediakan peruntukan khusus
untuk aktiviti keusahawanan
dalam bajet tahunan universiti
Menyediakan peruntukan
pembangunan khusus untuk
keusahawanan
Melahirkan usahawan
dalam kalangan siswazah/
lulusan IPT melalui programprogram yang inovatif dan
berimpak tinggi

Mempertingkatkan kerjasama
dengan industri dalam aktiviti
perniagaan
Mempergiatkan business start up

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

125

Strategi

Pelan Tindakan

Penghasilan

Tahun

Meningkatkan ruang niaga di


universiti
Meningkatkan bilangan aktiviti
keusahawanan berstruktur yang
ditawarkan kepada pelajar
Menggalakkan pelajar
menjalankan aktiviti perniagaan

Pertambahan bilangan dan


peratus pelajar menjalankan
perniagaan dalam kampus

2011-2015

Peningkatan bilangan dan


peratus tenaga pengajar/
pembimbing dan kepakaran
dalam bidang keusahawanan

2011-2015

Meningkatkan ruang dan


peluang niaga dan sistem
sokongan perniagaan kepada
pelajar
Meningkatkan dana perniagaan
kepada pelajar
Meningkatkan kompetensi
tenaga pengajar
keusahawanan

Meningkatkan latihan-latihan
yang dapat memantapkan
kaedah pengajaran dalam
bidang keusahawanan
Menyedia ruang dan peluang
pembelajaran yang dapat
meningkatkan kemahiran
keusahawanan kepada tenaga
pengajar
Meningkatkan bilangan
kerjasama dan input daripada
pihak usahawan dan industri

PROJEK AGENDA KRITIKAL

TRANSFORMASI KOLEJ KOMUNITI


Pengenalan
Kolej Komuniti memainkan peranan utama dalam pembangunan modal insan masyarakat setempat dengan
menyalurkan pengetahuan dan kemahiran serta menyemai nilai dan etika positif melalui pendidikan,
latihan dan program pembelajaran sepanjang hayat. CAP Transformasi Kolej Komuniti diwujudkan bagi
memperkukuhkan lagi peranan Kolej Komuniti sebagai institusi latihan kemahiran dan hab pembelajaran
sepanjang hayat kepada komuniti setempat yang berlandaskan objektif berikut:

126

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Meningkatkan dan memperluaskan akses latihan kemahiran dan laluan pengajian tinggi

kepada lepasan menengah dan golongan yang memerlukannya.

Menyediakan pelbagai program latihan kemahiran yang progresif bagi meningkatkan taraf

hidup masyarakat setempat.

Mewujud dan memupuk budaya keusahawanan bagi menyokong pembangunan

sosioekonomi masyarakat setempat.

Membudayakan pembelajaran sepanjang hayat bagi memperkayakan ilmu untuk

meningkatkan kesejahteraan hidup.

Meningkat dan memperluaskan kolaborasi dengan institusi pengajian tinggi, industri dan

pelbagai agensi bagi pembangunan kualiti hidup masyarakat setempat.

Rumusan Fasa 1
Pelaksanaan CAP Transformasi Kolej Komuniti telah bermula pada pertengahan tahun 2010 dengan
penetapan tujuh objektif strategik dan 13 Petunjuk Prestasi Utama. Pelaksanaan Fasa 1 CAP Transformasi Kolej
Komuniti telah berjaya mendatangkan hasil seperti berikut:

Pertambahan bilangan Program Sijil Modular Kebangsaan (SMK) yang ditawarkan.

Pertambahan bilangan agensi yang terlibat dalam kolaborasi penasihatan keusahawanan.

Peningkatan bilangan IPT yang mengiktiraf lulusan Kolej Komuniti.

Pertambahan bilangan Kolej Komuniti.

Pertambahan bilangan program yang berjaya dilaksanakan bersama IPT, industri dan agensi

di Kolej Komuniti.

Peningkatan peratus tenaga pengajar yang mempunyai kelayakan profesional/kemahiran.

Isu-isu yang telah dikenal pasti semasa pelaksanaan Fasa 1 CAP Transformasi Kolej Komuniti adalah seperti
berikut:

pembinaan Kurikulum Sijil Modular Kebangsaan masih dalam peringkat penggubalan;

faktor ruang pembelajaran dan infrastruktur yang masih tidak mencukupi; dan

kekurangan kepakaran sumber manusia dalam bidang kemahiran.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

127

Tumpuan Fasa 2
Dalam pelaksanaan Fasa 2, CAP Transformasi Kolej Komuniti akan memberi tumpuan kepada agenda
pengukuhan Kolej Komuniti yang merangkumi pelan-pelan tindakan seperti berikut:

Memperbanyakkan program berorientasikan kemahiran bagi memenuhi keperluan industri

untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran dan berpendapatan tinggi.

Melatih semula (reskilling) pekerja-pekerja yang telah memasuki alam pekerjaan tanpa asas

kemahiran.

Meningkatkan kemahiran (upskilling) tenaga pengajar selaras dengan penubuhan pusat

pentauliahan di Kolej Komuniti.

Mempergiatkan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam pelaksanaan

kurikulum dan pemindahan ilmu dan teknologi secara perantisan.

Memperkukuh dan memantapkan PSH untuk menjadikannya sebagai teras ketiga pendidikan

selepas pendidikan sekolah dan tertiari dalam sistem pendidikan negara.

Mempergiatkan program keusahawanan dan kebolehpasaran siswazah.

Menyediakan kemudahan, perkhidmatan dan sistem pembelajaran yang kondusif dan

berkualiti kepada komuniti setempat.

Dengan terlaksananya program dan inisiatif bagi Transformasi Kolej Komuniti, adalah diharapkan hasil seperti
berikut akan dicapai menjelang akhir tahun 2015:

120,000 peserta mengikuti program Sijil Modular Kebangsaan (SMK);

Kolej Komuniti menyumbangkan 35% tenaga mahir negara;

memberi impak maksima kepada pembangunan ekonomi komuniti setempat yang berasas

pengetahuan kemahiran, kreativiti dan inovasi; dan

Kolej Komuniti menjadi institusi pilihan bagi golongan yang ingin mempertingkatkan kemahiran

dan pengetahuan.

Bagi meningkatkan keterlihatan Kolej Komuniti pada peringkat antarabangsa, kerjasama bantuan latihan
oleh tenaga pengajar dalam bidang kemahiran tertentu terutamanya kepada negara Cambodia, Laos,
Myammar dan Vietnam (CLMV) akan ditingkatkan.
Kejayaan dalam mencapai hasil yang diharapkan bergantung pada faktor-faktor kritikal seperti tadbir urus
yang berkesan, penglibatan tenaga kerja industri sebagai sumber manusia, infrastruktur sokongan dan
peruntukan yang mencukupi.

128

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Pelan Tindakan

Strategi
Meningkatkan kualiti
program latihan kemahiran

Meningkatkan kapasiti Kolej


Komuniti untuk meluaskan
akses

Meningkatkan lebih banyak


laluan ke institusi pengajian
tinggi untuk pelajar lulusan
Kolej Komuniti

Pelan Tindakan

Penghasilan

Tahun

Menyemak semula kurikulum


sedia ada (pelaksanaan dari
sistem semester kepada sistem
modular)

Peningkatan penawaran
bilangan kursus Sijil Modular
Kebangsaan (SMK)

2011-2015

Membangunkan kurikulum yang


memenuhi keperluan industri

Peningkatan program yang


mendapat pengiktirafan
industri/badan profesional

2011-2015

Mewujudkan mekanisme dan


penetapan instrumen penarafan
Kolej Komuniti

Pelaksanaan sistem penarafan


Kolej Komuniti

2011-2015

Menganugerahkan sijil berganda


(multiple certification)

Peningkatan tenaga pengajar


yang mempunyai kelayakan
profesional/kemahiran

2011-2015

Melaksanakan pengambilan
empat kali setahun (Jan, April,
Julai, Oktober)

Peningkatan bilangan pelajar


lepasan menengah dan
masyarakat setempat yang
mendapat latihan di Kolej
Komuniti

2011-2015

Penyediaan kemudahan fizikal


dan bukan fizikal Kolej Komuniti
yang mencukupi

Pertambahan bilangan Kolej


Komuniti melalui pembangunan
projek fizikal di lebih banyak
daerah.

2011-2015

Menyediakan kerangka artikulasi

Peningkatan bilangan IPT yang


bersetuju menerima lulusan
Kolej Komuniti

2011-2015

Peningkatan penawaran
bilangan kursus pendek

2011-2015

Membangunkan kriteria
perpindahan kredit/
pengecualian kredit
Mengadakan kolaborasi dengan
institusi pengajian tinggi

Meningkatkan penyertaan
program jangka pendek
mengikut keperluan dan
kehendak komuniti

Memperkasakan kursus selari


dengan keperluan komuniti untuk
mempertingkatkan kemahiran
dan pengetahuan dengan cara
mewujudkan kursus-kursus bersifat
nilai tambah atau persijilan
berganda

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

129

Strategi

Pelan Tindakan

Penghasilan

Tahun

Memupuk budaya
keusahawanan kepada
peserta dan komuniti
setempat

Memperbanyakkan bilangan
program keusahawanan di Kolej
Komuniti

Peningkatan bilangan peserta


Kolej Komuniti yang menjadi
usahawan

2011-2015

Menggalakkan kolaborasi
penasihatan keusahawanan
dengan agensi luar

Peningkatan bilangan agensi


yang terlibat dalam kolaborasi
penasihatan keusahawanan

2011-2015

Mengadakan pertandingan
berkaitan inovasi dan kreativiti

Peningkatan bilangan
penyertaan dalam
pertandingan berkaitan inovasi
dan kreativiti

2011-2015

Meningkat dan mengukuh


kompetensi pensyarah dalam
pengajaran dan pembelajaran
melalui latihan, kursus , bengkel
dan seminar

Peningkatan bilangan
pensyarah yang kompeten
dalam pengajaran dan
pembelajaran dalam bidang
inovasi dan kreativiti

2011-2015

Menjalinkan kerjasama
dengan IPT, industri
dan pelbagai agensi
untuk menyalurkan ilmu
dan teknologi kepada
masyarakat setempa

Mengadakan program untuk


mengenal pasti produk,
perkhidmatan, ilmu dan teknologi
yang sesuai daripada IPT dan
industri untuk dipadankan
dengan masyarakat setempat

Peningkatan bilangan program


yang berjaya dilaksanakan
bersama IPT, industri dan agensi
di Kolej Komuniti

2011-2015

Meningkatkan keterlihatan
di peringkat antarabangsa

Menghantar tenaga pengajar


dalam bidang kemahiran
tertentu ke negara-negara
CLMV

Pengiktirafan dan sumbangan


di peringkat antarabangsa

2011-2015

Membudayakan inovasi
dan kreativiti dalam
kalangan pensyarah

PROJEK AGENDA KRITIKAL

PROGRAM PEMINDAHAN PENGETAHUAN (KTP)


Pengenalan
Berdasarkan senario semasa ekonomi serta perkembangan pengajian tinggi global masa kini, serta
berlatarbelakangkan hasrat negara untuk menjadi negara yang berpendapatan tinggi menjelang tahun
2020, Kementerian Pengajian Tinggi telah memutuskan bahawa terdapat keperluan untuk mewujudkan
CAP Program Pemindahan Pengetahuan (Knowledge Transfer Programme; KTP). Keperluan ini berasaskan
persoalan bagaimana Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia dapat membantu memindahkan ilmu yang telah
dijana kepada golongan sasaran untuk memperluaskan dan memperkukuhkan ilmu masyarakat awam.

130

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Penubuhan KTP adalah berdasarkan Pelan Pengukuhan Hubungan Kerjasama Universiti-Industri/ Komuniti yang
digubal untuk menggalakkan penglibatan dan kerjasama erat antara pihak akademia dan pihak industri/
komuniti. Salah satu pelan pengukuhan yang telah digariskan adalah Program Pemindahan Pengetahuan
Kepada Komuniti dan Industri (Knowledge Transfer Program for Community and Industry).
Kepentingan CAP KTP
Perlaksanaan KTP adalah amat penting bagi tujuan pengukuhan ilmu terhadap komuniti dan industri di
Malaysia dan secara langsung akan meningkatkan taraf hidup dan pendapatan bagi sesuatu komuniti dan
industri. Ini adalah sejajar dengan perkembangan pengajian tinggi global dan hasrat negara menjadi negara
berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Sehubungan itu, maka Dasar KTP akan merangka matlamat,
skop, bidang, hala tuju dan garis panduan perlaksanaan program KTP.
Tumpuan Fasa 2
Fokus utama KTP adalah untuk memahami permasalahan sasaran komuniti dan industri bagi meningkatkan
pemindahan dan perkongsian ilmu melalui pertukaran idea-idea kreatif dan inovatif, penemuan kajian,
pengalaman dan kemahiran antara IPT, organisasi penyelidikan, industri, institusi pemerintah dan masyarakat
luas.
Pada masa yang sama, pembangunan dan peningkatan kualiti produk, perkhidmatan dan dasar akan
dikongsi untuk manfaat bersama bagi pemegang taruh yang dikenal pasti iaitu akademia, industri, masyarakat
dan lulusan siswazah.
Rasional Dasar KTP
Rasional dasar KTP yang telah dikenal pasti adalah untuk menggalakkan dan mengakui penglibatan antara
komuniti/industri dan ahli akademik dalam rangka menyokong pelaksanaan MBE negara dalam mencipta
sebuah bangsa berpengetahuan mantap dan berpendapatan tinggi. Walau bagaimanapun, keperluan
untuk menyediakan platform yang sesuai dan menjadi perantara untuk penukaran yang memudahkan
pengenalan dan pemadanan (matching) kepakaran yang tepat di IPT amat diperlukan bagi memenuhi
keperluan dan permasalahan komuniti dan industri.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

131

Antara rasional dasar KTP lain adalah untuk mengoptimumkan potensi keahlian IPT melalui interaksi yang
diselaraskan oleh pemegang taruh yang telah dikenal pasti. Ini juga bertujuan untuk memelihara interaksi
antara pemegang taruh dan IPT bagi mewujudkan kerjasama yang berterusan dan produktif.
Teras Strategik KTP
Dalam dasar KTP yang sedang dimurnikan, tumpuan diberikan bagi memperkayakan kualiti modal insan di
Institusi Pengajian Tinggi, komuniti dan industri melalui program pemindahan ilmu merangkumi pengajaran,
pembelajaran, penyelidikan dan perkhidmatan.
Oleh yang demikian, pengukuhan dari segi akses pemindahan ilmu dari IPT dapat diwujudkan untuk memacu
pembangunan masyarakat dan kualiti hidup termasuk pertumbuhan industri.
Dua objektif strategik KTP telah dikenal pasti bagi IPT untuk mencapai hasrat pelaksanaan KTP iaitu:

Meningkatkan dan memperkayakan pemindahan ilmu semasa di IPT:

mengenal pasti dan melaksanakan projek yang berpotensi;

menguatkan kurikulum dan ko-kurikulum di IPT berasaskan komuniti dan industri;

membina kapasiti akademik dan siswa di IPT;

mengintegrasikan inisiatif KTP IPT ke dalam program akademik dari institusi pengajian

yang lain; dan

membuat perubahan kepada projek komuniti semasa yang berorientasikan

perkhidmatan kepada berorientasikan pembelajaran dengan keberhasilan

kepada kumpulan sasaran.

KTP sebagai pemangkin kepada perkembangan komuniti dan industri:

Melaksanakan projek-projek yang bererti dengan industri atau masyarakat yang

berterusan dan mempunyai hasil yang boleh diukur.

Memberikan kuasa (empowerment) dan peningkatan kapasiti industri penerima atau

kumpulan.

Strategik bekerjasama dengan para stakeholder.

Persetujuan saling memberi dan menerima kepada inisiatif pemindahan ilmu antara

para stakeholder.

132

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Perlaksanaan projek-projek KTP akan dijalankan oleh IPTA yang mempunyai pengalaman dan kepakaran
dalam menjalankan kerja penglibatan universiti-komuniti/ industri sebelum ini. Ini merujuk kepada track record
pusat-pusat dan jabatan-jabatan di IPTA yang mempunyai kerjasama komuniti dan industri.

SOKONGAN PELAKSANAAN
Struktur Governan Pelaksanaan PSPTN
Sebagaimana yang dilaksanakan dalam Fasa 1, struktur governan yang sama diguna pakai bagi memastikan
terdapat keselarasan antara setiap CAP dan inisiatif serta aktiviti yang dilaksanakan agar menjurus kepada
hasrat dan objektif utama PSPTN (Rujuk dokumen Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara Melangkaui Tahun
2020). Mekanisme ini juga membantu KPT menilai, secara kolegial, aspek-aspek pembangunan setiap CAP,
serta menangani cabaran dan isu yang timbul, agar pelaksanaan menjadi lebih lancar dan teratur, yang
akan membawa kepada kejayaan PSPTN.
Struktur governan pelaksanaan PSPTN adalah seperti rajah di bawah:

Jawatankuasa Pemandu
Pengerusi : YB Menteri Pengajian Tinggi

Jawatankuasa Teknikal
Pengerusi : KSU KPT

PMO

PASUKAN CAP
(Pengerusi, Ketua Sekretariat,
team members)

Bahagian
Perancangan &
Penyelidikan (P&P)

PASUKAN iPMO
(IPTA, Politeknik, KK)

STRUKTUR GOVERNAN PELAN STRATEGIK PENGAJIAN TINGGI NEGARA

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

133

Jawatankuasa Pemandu PSPTN


Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu (MSC)PSPTN dianggotai oleh pihak berkepentingan peringkat Kementerian
Pengajian Tinggi. Dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi, ia merupakan satu forum
yang bersidang sekali setiap bulan bagi membincangkan isu-isu pelaksanaan, sumber, tempoh pelaksanaan
dan hala tuju pelan tindakan. Jawatankuasa ini juga membuat keputusan dan memberi persetujuan ke atas
mekanisme tadbir urus dan inisiatif berkaitan setiap projek (CAP).
Jawatankuasa Teknikal PSPTN
Jawatankuasa Teknikal (TSC) PSPTN juga bermesyuarat sekali setiap bulan, sebelum setiap Mesyuarat
Jawatankuasa Pemandu (MSC) PSPTN. Dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi,
ia berperanan untuk memantau kemajuan pelaksanaan projek melalui perincian kepada aspek teknikal yang
berkaitan, penyelesaian isu dan risiko yang berbangkit, membuat pelarasan, menilai impak program dan
aktiviti ke arah pencapaian projek (CAP). Sekiranya isu dan risiko tidak dapat diselesaikan pada peringkat
TSC, perkara tersebut akan dirujuk kepada MSC untuk diselesaikan.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan (BP&P) adalah Bahagian yang melaksanakan perancangan makro
Pengajian Tinggi berdasarkan kepada penyelidikan ke arah melahirkan modal insan kelas pertama yang
kreatif dan inovatif bagi memenuhi agenda pembangunan negara. Ia menjadi nadi utama Kementerian
dalam aspek pembangunan modal insan Sektor Pengajian Tinggi Negara dan memastikan kelestarian PSPTN
sebagai agenda utama Sektor Pengajian Tinggi.

BP&P menangani isu-isu utama yang timbul berikutan pelaksanaan projek-projek kritikal yang memerlukan
keputusan dasar melalui kajian strategik. Selain itu, ia berperanan melaksanakan kajian dasar dan hala tuju
berasaskan data dan fakta dalam memastikan kejayaan PSPTN. Penyelarasan dasar antara kementerian juga
akan diusahakan oleh BP&P, di mana relevan dan berkeperluan.
Pejabat Pengurusan Program
Sebagai entiti yang dipertanggungjawabkan untuk memantau pelaksanaan PSPTN, Pejabat Pengurusan
Program (PMO) bertanggungjawab untuk memacu perubahan secara holistik melalui pendekatan

134

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

pengurusan projek dan juga berperanan sebagai urus setia bagi pelaksanaan PSPTN. PMO melandaskan
operasi pengurusan projeknya kepada empat unit:

Unit Perancangan - bertindak membantu merancang penggubalan objektif strategik dan

pelan tindakan bersama dengan Sekretariat CAP; membantu unit-unit lain di PMO dalam

melaksanakan pemantauan pelaksanaan CAP; menyelaras dengan mana-mana agensi

dan jabatan tentang perkara-perkara berkaitan perancangan CAP; mengurus mesyuarat

Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Teknikal PSPTN, serta menyediakan laporan

pencapaian status pelaksanaan PSPTN secara keseluruhan melalui kerjasama dengan Bahagian

Perancangan dan Penyelidikan, KPT.

Unit Pemantauan - Melaksanakan pemantauan ke atas aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada

peringkat pusat dan di agensi pelaksanaan berkaitan, agar pelaksanaan projek agenda kritikal

adalah mengikut jadual; menyelaras laporan pelaksanaan dari peringkat pusat dan

agensi pelaksanaan secara bulanan; menyediakan laporan-laporan pemantauan untuk

pembentangan di mesyuarat Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Teknikal PSPTN;

mengurus risiko dan isu yang dibangkitkan oleh agensi pelaksana dalam melaksanakan CAP.

Unit Penilaian - Melaksanakan penilaian ke atas prestasi pelaksanaan CAP menerusi kaedah-

kaedah yang dipersetujui, mencadangkan tindakan intervensi; memberikan maklum

balas laporan penilaian untuk tindakan semula sekretariat CAP bagi tujuan penambahbaikan;

merangka metodologi penilaian bagi menilai pelaksanaan PSPTN berdasarkan perancangan

dan objektif projek agenda kritikal; menyediakan laporan-laporan penilaian untuk

pembentangan di mesyuarat Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Teknikal PSPTN.

Unit Komunikasi dan Latihan - Merancang pelan komunikasi untuk melancarkan pelaksanaan

PSPTN pada peringkat pusat dan agensi pelaksana; menjadi focal point dalam penyaluran

maklumat mengenai status pelaksanaan PSPTN; merancang dan melaksanakan kajian impak

terhadap keberkesanan sistem pemantauan PSPTN; mengurus penerbitan rujukan berkaitan

pelaksanaan CAP; memberikan latihan dan panduan kepada pemilik projek dan agensi

pelaksana dalam melaksanakan CAP secara berterusan.

PMO berurus secara terus dengan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian Pengajian Tinggi,
dalam menyalurkan maklumat berkaitan pencapaian PSPTN berdasarkan setiap CAP dan mencadangkan
tindakan-tindakan dasar yang perlu diambil oleh Bahagian tersebut.

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

135

Pasukan Projek CAP


Setiap pasukan projek CAP, diterajui oleh seorang Pengerusi, dibantu secara operasi oleh Ketua Sekretariat,
kumpulan sekretariat dan kumpulan penasihat yang terdiri daripada wakil akademia, industri (di mana
relevan) dan pemegang taruh yang lain. Pengerusi pasukan ini dipertanggungjawabkan untuk menetapkan
hala tuju CAP tersebut berpandukan hala tuju PSPTN (Rujuk dokumen Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara
Melangkaui Tahun 2020) dan rundingan serta perbincangan dan persetujuan dengan pemegang taruh bagi
agenda CAP tersebut. Sekretariat CAP, yang diketuai oleh seorang Ketua Sekretariat, dipertanggungjawabkan
untuk merancang dan merangka program bagi tujuan mencapai sasaran bagi KPI yang ditetapkan,
serta memberikan panduan pelaksanaan kepada pihak pelaksana di IPT. Ketua Sekretariat CAP juga
bertanggungjawab untuk mengenal pasti dan memaklumkan apa-apa kekangan dan cabaran pelaksanaan,
supaya proses unlocking dan pemudah cara dapat dilaksanakan dalam memastikan sasaran KPI dapat
dicapai. Dalam hal ini, hubungan yang kuat perlu diwujudkan antara Pasukan Projek CAP dengan Pasukan
iPMO di setiap IPT.
iPMO Pasukan PMO di IPT
Setiap IPT (IPTA, Politeknik, Kolej Komuniti) telah menubuhkan Pejabat Pengurusan Projek masing-masing
sewaktu tempoh pelaksanaan Fasa 1 PSPTN, yang secara operasinya dikenali sebagai iPMO (Institutional
PMO) dan diketuai oleh seorang ketua yang dilantik oleh pihak IPT. Peranan yang dimainkan oleh iPMO amat
penting, dalam usaha merancang dan melaksanakan pelan tindakan pada peringkat institusi masing-masing,
selari dengan objektif strategik bagi setiap CAP yang ditetapkan oleh Pasukan Projek CAP, antara lain melalui
rundingan dengan pasukan PMO di IPT.

KESIMPULAN
Pelan Tindakan Fasa 2 PSPTN ialah kesinambungan terjemahan hala tuju Pelan Strategik Pengajian Tinggi
Negara Melangkaui Tahun 2020, yang bermula dengan Pelan Tindakan Fasa 1 PSPTN. Cadangan dan pelan
pelaksanaan yang dikemukakan oleh Pasukan Projek bagi kesemua 23 CAP dalam Fasa 2 ialah hasil daripada
penggemblengan pemikiran, usaha dan kemahuan (will) semua pihak berkepentingan, demi memastikan
bahawa hasrat negara memberi kemakmuran kepada rakyatnya dapat direalisasikan.
Tumpuan yang diletakkan oleh semua Pasukan Projek CAP kepada peningkatan dan pemerkasaan modal
insan negara, melalui pelbagai inisiatif dan model pelaksanaan, bukan berlaku secara kebetulan. Fokus
tersebut adalah berpandukan harapan yang telah diperincikan secara jelas dalam Rancangan Malaysia

136

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Kesepuluh (RMKe-10), di mana pembangunan modal insan merupakan asas utama bagi menjayakan
transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi dan maka dengan itu pendekatan holistik akan diambil
untuk memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan cemerlang (Rancangan Malaysia Kesepuluh 20112015 Ringkasan Eksekutif, muka surat 3). Dalam dokumen Model Baharu Ekonomi Untuk Malaysia (Bahagian
1), Pembangunan Tenaga Kerja Berkualiti dikhususkan sebagai Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI) 2, di
mana modal insan dilihat sebagai elemen yang amat penting memandangkan pendapatan tinggi datang
daripada insan mahir yang menggunakan bakat mereka untuk mendepani cabaran ekonomi yang dihadapi
oleh masyarakat dengan cemerlang (muka surat 130).
PSPTN telah meletakkan kepentingan perkembangan modal insan sejak awal penggubalan Pelan lagi
(2007). Justeru, pengukuhan kualiti modal insan akan terus giat diusahakan, dengan berpaksikan keperluan
ekonomi dan sosial negara, dalam usaha melaksanakan misi ke arah Malaysia menjadi negara maju dan
berpendapatan tinggi.

DAFTAR SINGKATAN
ABC

Activity Based Costing

AIM

Agenda Inovasi Malaysia

AKePT

Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi

AKPK

Anugerah Kualiti Pengurusan Kewangan

AKPK(PTPTN)

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit

APA

Audit Prestasi Akademik

APEL

Accreditation of Prior Experiental Learning

Apex

Program Pemacuan Kecemerlangan

ARI

Accounting Research Institute

ARI

Advanced Research Initiative

ASK

Attitude, Skill and Knowledge

BHEPP

Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar

BP&P

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

BPR

Business Process Reengineering

CA

Constructive Alignment

CAC

Commercialization Approval Committee

CAP

Projek Agenda Kritikal (Critical Agenda Project)

CBS

Credit Bank System

CCRIS(PTPTN)

Centre Credit References Information System

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

137

CDR

Centre for Drug Research

CLMS

Cloud Learning Management System

CoE

Pusat Kecemerlangan

COPPA

Code of Practice for Programme Accreditation

COT

Centre Of Technology

CRM

Customer Relationship Management

CPD

Continous Professional Development

CSD

Continous Student Development

CUGG

Code of University Good Governance

DePAN

Dasar e-Pembelajaran Negara

D-SETARA

Discipline-based Rating System

ELMAS

Education Loan Management System

EPP

Entry Point Project

ERGS

Skim Geran Penyelidikan Eksploratori

ETP

Program Transformasi Ekonomi

FA

Full Accreditation

FG

Functional Graduate

FGI

Functioning graduate index

FRGS

Skim Geran Penyelidikan Fundamental (Fundamental Research Grant Scheme)

G2G

Government to Government

GOT

Graduate on Time

GSA

Generic Student Attributes

GSB

Graduate School of Business

GSM

Graduate School of Management

GTP

Program Transformasi Kerajaan

GTP

Government Transformational Programme

HDAP

Human Development, Appraisal and Profiling

HICoE

Higher Institution Centre of Excellence

HSD

Pembangunan Holistik Pelajar (Holistic Student Development)

IA

Indeks Akauntabiliti

IBS

Institute of Bioscience

ICT

Information and Communication Technology

INFORMM

Institute for Research in Molecular Medicine

IP

Intellectual Property

iPMO

Institutional PMO

138

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

IPT

Institusi Pengajian Tinggi

IPTA

Institut Pengajian Tinggi Awam

IPTS

Institut Pengajian Tinggi Swasta

JKM

Jabatan Kebajikan Masyarakat

JKMPMI

Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Modal Insan

JKPSH

Jawatankuasa Kebangsaan PSH

JPA

Jabatan Perkhidmatan Awam

JPT

Jabatan Pengajian Tinggi

KIP

Key Intangible Performance

KPI

Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicator)

KPT

Kementerian Pengajian Tinggi

KTP

Program Pemindahan Pengetahuan (Knowledge Transfer Programme)

KU

Kolej Universiti

LHDN

Lembaga Hasil Dalam Negeri

LMS

Learning Management Systems

LOKI

Learning Outcome Kemahiran Insaniah

LPU

Lembaga Pengarah Universiti

LRGS

Skim Penyelidikan Jangka Panjang

MARA

Majlis Amanah Rakyat

MBA

Sarjana Pentadbiran Perniagaan

MBE

Model Baharu Ekonomi

MJM

Memorandum Jemaah Menteri

MoA

Memorandum of Arrangement

MQA

Malaysian Qualifications Agency

MQF

Malaysian Qualifications Framework

MQR

Malaysian Qualifications Register

MSD

Malaysian Students Department

MTUN

Malaysian Technical University Network

My3S

Malaysian Soft Skills Scale

MyCSD

Continuous Student Development

MyQuest

Malaysian Quality Evaluation System for Private Colleges

(Sistem Pengukuran Kualiti dan Kesetaraan Kolej Swasta)

MyRA

Research Assessment Instrument

NEM

New Economic Model

NITC

National IT Council

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

139

NJM

Nota Jemaah Menteri

NKEA

Bidang Ekonomi Utama Negara (National Key Economic Area)

NKRA

National Key Result Area

OBB

Outcome Base Budgeting

OBE

Outcome Based Learning

OKU

Orang Kurang Upaya

OS

Objektif Strategik

P&P

Pembelajaran dan Pengajaran

PhD

Doktor Falsafah

PJJ

Pendidikan Jarak Jauh

PMO

Pejabat Pengurusan Program

PMS

Project Management System

PPP

Public Private Participation

PPSP

Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan/Pengurusan

PPT

Pemberi Pendidikan Tinggi

PRGS

Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip

PSH

Pembelajaran Sepanjang Hayat

PSPTN

Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara

PTJ

Pusat Tanggungjawab

PTPTN

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

R&D

Penyelidikan Dan Pembangunan

RMC

Research Management Centre

RMKe-10

Rancangan Malaysia Kesepuluh

RMKe-9

Rancangan Malaysia Kesembilan

RSE

Penyelidik, saintis dan jurutera (Researchers, scientists, engineers)

SALAMS

Scholarship And Loan Management System

SCL

Student Centred Learning

SEDIA

Student Entrepreneurial Development Initiatives Agenda

SETARA

Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi

SKPG

Sistem Kajian Pengesanan Graduan

SLAB

Skim Latihan Akademik Bumiputra

SLAI

Skim Latihan Akademik Institusi

SMK

Sijil Modular Kebangsaan

SOP

Standard Operating Procedures

SPA

Sistem Pengurusan Aset

140

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

SPAN

Sistem Pengurusan Audit Nilai

SPM

Sijil Pelajaran Malaysia

SRI

Stanford Research Institute

SRI

Inisiatif Pembaharuan Strategik

SSPN

Skim Simpanan Pendidikan Nasional

SSR

Sistem Star Rating

TBS

Top Business School

TE

Traditional Education

TOT

Training of Trainers

TEVT

Technical Education and Vocational Training

UCEC

University-Community Engagement Champion

UGGI

University Good Governance Index

UKM-GSB

Universiti Kebangsaan Malaysia-Graduate School of Business

UMBI

UKM Medical Molecular Biology Institute

UMPEDAC

UM Centre of Research for Power Electronics, Drives, Automation & Control

UP

Universiti Penyelidikan (Research University)

UPM-GSM

Universiti Putra Malaysia-Graduate School of Management

WIP

Wibawa, Integriti dan Profesionalisme

YTAR

Yayasan Tunku Abdul Rahman

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

141

You might also like