You are on page 1of 10

SMK SULTAN MUZAFAR SHAH 1

LAMBOR KANAN
MINIT MESYUARAT
MESYUARAT JAWATANKUASA PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
MINIT MESYUARAT KALI KE 4/2012
Tarikh
Masa
Tempat
Pengerusi
Kehadiran
Nama yang hadir :
1

: 4 Oktober 2012
: 2.50 petang
: Bilik Gerakan
: Pn Hajah Rohayati binti Ali
: /

Puan Hajah
Rohayati bt Ali
Puan Hajah Zainun bt Haji Shaffian

Tuan Haji Azman bin Amran

Encik Nasir bin Abdullah

Encik Abdul Ghani bin Harris

Puan Rohaya bt Mokhtar

Encik Hamad Saikhie bin Abu Hassan

En Irwan bin Hassim

Puan Rokiah bt Mat Ali

10

Encik Abdul Rani bin Shaari

11
1
2
1
3
1
4
1
5
1
6
1
7
1
8
1
9
2
0
2
1

Encik Nor Azam bin


Harun
Puan Asmarita bt Mohamad
Encik Mohd Amin bin Asaad
Encik Daud bin Abdul Hamid
Puan Rosmaini bt Ismail
Encik Shamsul bin Abu Khairi
Puan Nuru Nadia bt Asnan
Encik Mohd Nizam bin Tajudin
Puan Martini bt Md Saad
Cik Fauzimah bt Shafie
Puan Rozita bt Mohd Suan

Nama Yang Tidak Hadir :

BI
L
1.0

PERKARA
Ucapan Aluan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua guru
ke mesyuarat Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
kali keempat bagi tahun 2012.

TINDAKAN

2.0

Post Mortem Pelaksanaan PBS


Guru guru
Pentaksir
2.1 Fail Portfolio Guru
Pengerusi memperingatkan semua guru bahawa Sekolah
sebagai pelaksana dasar kerajaan,semua guru wajib
menyiapkan
tugasan
yang
diberi
termasuk
melengkapkan Fail Portfolio Guru (FPG).
Pengerusi meminta setiap guru menyemak dan
memastikan kewujudan setiap dokumen yang wajib
diisi di dalam FPG.
2.2 Fail Perkembangan Murid
Guru guru
Pengerusi memaklumkan bahawa penyemakan Fail Pentaksir
Perkembangan Murid (FPM) oleh pihak pentadbir dan Sekolah
Setiausaha PBS menunjukkan terdapat FPM yang
bermasalah misalnya tarikh pelaksanaan yang lewat
dan kuantiti evidens murid kurang daripada kuantiti
yang sepatutnya.
2.2.1 Bilangan instrumen/evidens pentaksiran
Pengerusi mempersoal kuantiti evidens di dalam FPM
Bahasa Melayu yang tidak sama dengan kuantiti
instrumen yang telah dilapor dilaksanakan di dalam
kelas.
Puan Rosmaini (Guru Pentaksir Bahasa Melayu)
memaklumkan bahawa kuantiti evidens di dalam FPM
sebilangan murid
tidak sama dengan kuantiti
instrumen yang sepatutnya kerana masalah murid
tidak hadir ketika pentaksiran dijalankan.
Pengerusi menjelaskan bahawa setiap evidens perlu
dimasukkan ke dalam FPM sekiranya mana-mana
murid tidak hadir pada hari yang berkenaan.Guru juga
perlu sentiasa mengikut perkembangan murid dan
mencari jalan bagaimana untuk memastikan murid
menyiapkan setiap evidens yang dibekalkan.

Guru guru
Pentaksir
Sekolah

Guru guru
Pentaksir
Sekolah

2.2.2 Kepelbagaian bentuk evidens


Pengerusi memaklumkan bahawa evidens PBS boleh
dilaksanakan
dalam
pelbagai
bentuk
seperti
penghasilan kad ucapan dan poster.Para guru
digalakkan menggunakan Teknologi Maklumat dalam
proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Pengerusi
Guru guru
mengambil contoh penggunaan Facebook Profile
Pentaksir
Form yang digunakan dalam subjek Bahasa Inggeris
Sekolah
bagi mentaksir kemahiran menulis dalam Bahasa
Inggeris murid.
2.2.3 Penyediaan evidens

Pengerusi menyarankan agar setiap pentaksir Guru guru


mencetak semua
evidens yang ingin digunakan Pentaksir
sepanjang
tahun
bagi
memudahkan
proses Sekolah
pentaksiran.Setiap evidens yang telah dicetak perlu
disertakan di dalam FPG.
2.2.4 Semakan evidens pelajar
Pengerusi menegur dan memperingatkan pentaksir
bahawa setiap evidens yang telah disiapkan pelajar
haruslah disemak dan ditulis tarikh semakan.Pentaksir
juga perlu memastikan pelajar menyiapkan evidens
mengikut arahan yang telah diberikan.Sebagai contoh,
jika arahan meminta pelajar menggunakan pensel dan
jangka sudut untuk melukis rajah,pelajar perlu
menggunakan alatan seperti yang telah diarahkan.
Pengerusi
memperingatkan
pentaksir
untuk
menurunkan tandatangan pada evidens pelajar sebgai
bukti bahawa evidens tersebut telah disemak.
Pengerusi mengarahkan
agar para pentaksir
menyemak evidens mengunakan pen merah untuk
membezakan tulisan guru dan pelajar. Bagi evidens
yang
mempunyai
kesalahan,
pentaksir
perlu
memberitahu
pelajar
cara
untuk
melakukan
pembetulan dan memastikan pelajar melakukannya.

2.2.5 Kekurangan /ketiadaan evidens


Encik Shamsul (Guru Pentaksir Sains) memaklumkan
bahawa evidens bagi subjek Sains tidak dibekalkan
sepenuhnya oleh Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) jadi
pentaksir perlu membina sendiri
evidens untuk
diberikan kepada pelajar.
Encik Shamsul memaklumkan bahawa evidens bagi
subjek Kemahiran Hidup juga perlu dibina oleh guru
sendiri.
Cik Fauzimah (Guru Pentaksir PSV) memaklumkan
bahawa guru pentaksir PSV tidak diberitahu tentang
jumlah evidens yang perlu untuk subjek tersebut
kerana taklimat PBS yang diberi adalah terlalu ringkas.
Encik Irwan (Guru Pentaksir Pendidikan Sivik &
Kewarganegaraan) memaklumkan bahawa terdapat

masalah ketiadaan evidens bagi pentaksiran subjek


PSK .Hal ini menyebabkan pentaksiran berjalan secara Guru guru
Pentaksir
perlahan.
Sekolah
Pengerusi mencadangkan agar guru-guru cuba untuk
mendapatkan sumber evidens daripada internet,
memuat turun dan mencetak evidens tersebut.
Encik Irwan bertanyakan tentang mesin pencetak
kerana mesin pencetak sedia ada tidak dapat
berfungsi.
Pengerusi menyarankan agar wang peruntukan untuk
Literasi Komputer digunakan untuk membeli mesin
pencetak yang baru.
Encik Amin (Pentaksir Sejarah) memaklumkan bahawa
ketika Kursus Penataran PBS ,guru-guru yang hadir
tidak sempat menyiapakan evidens pada tempoh
masa yang sangat terhad. Jadi, guru guru perlu
membina sendiri atau mendapatkan evidens daripada
sumber lain.
Beliau juga menyatakan bahawa tiada inisiatif yang
dilakukan oleh pihak PPD untuk membantu para guru
dalam isu ini.Isu ini telah dibangkitkan oleh guru yang
terlibat namun masih tiada maklum balas yang
diberikan oleh pihak PPD. Beberapa orang guru juga
telah berkumpul,berbincang dan cuba melakukan
yang terbaik bagi membina evidens untuk kegunaan di
sekolah.Encik Amin mengandaikan bahawa ketiadaan
peruntukan
mungkin
menyebabkan
timbulnya
masalah tersebut.
Pengerusi memperingatkan para guru bahawa
masalah yang timbul perlu dicatat dan dimaklumkan
kepada pihak PPD kerana suara guru perlu didengari.

Guru guru
Pentaksir
Sekolah
Guru guru
Pentaksir
Sekolah

Guru guru
Pentaksir PJK

2.2.6 Borang Senarai Semak Evidens


Mengambil
contoh
FPM
bagi
subjek
Geografi,pengerusi
mencadangkan
agar
semua
pentaksir membuat Borang Senarai Semak Evidens
yang seragam bagi setiap FPM bagi memudahkan para
pentaksir mengikuti perkembangan pelajar.
Kaunselor
AJK PBS
Guru guru
2.2.7 PBS PJK/Ujian SEGAK
Pentaksir
Encik Nizam (Guru Pentaksir PJK) memaklumkan Sekolah
bahawa pentaksir subjek Pendidikan Jasmani dan

Kesihatan hanya diberikan maklumat yang lebih


terperinci
ketika
penataran
kali
kedua
diadakan.Pentaksir hanya diberi Deskriptor bagi setiap
Band dan guru perlu membina sendiri evidens.
2.2.8 Penilaian Psikometrik
Pengerusi bertanyakan kehadiran Kaunselor dan Ahli
Jawatankuasa
PBS
yang
lain
di
samping Guru guru
memperingatkan bahawa penilaian Psikometrik perlu Pentaksir PSK
didedahkan kepada semua guru terlibat dan
mesyuarat penting untuk dihadiri sebagai platform
perbincangan & perjumpaan.
2.2.9Evidens
bagi
Pendidikan
Sivik
&
Kewarganegaraan
Encik Irwan memaklumkan hanya terdapat 2 evidens
bagi subjek PSK.

Guru guru
Pengerusi
mencadangkan agar guru pentaksir Pentaksir
mengambil gambar aktiviti pelajar sebagai evidens Sekolah
tidak bertulis. Pengerusi memberitahu bagi aktiviti
Khidmat Masyarakat, kertas kerja perlu dibuat disusuli
dengan laporan bergambar tentang aktiviti yang telah
dijalankan.Sebagai contoh, guru boleh membimbing
para pelajar melakukan gotong royong di masjid dan
berkebun.
Pengerusi juga menggalakkan para guru agar
mempunyai daya kreativiti dan inovasi dalam proses
pengajaran
dan
pembelajaran,misalnya
dengan
menghasilkan hasil pembelajaran dalam bentuk
seperti pamplet,kad,banner dan lain-lain kerana para
pelajar sebagai generasi Y perlu dan mahukan sesuatu
yang kreatif,mudah ,cantik dan menarik.
Pengerusi juga memperingatkan tentang peranan
Guru guru Kanan dan semua guru yang lain yang
perlu lebih berani untuk mencuba sesuatu yang baru.

Guru guru
Pentaksir
Sekolah

2.2.10 Pengurusan Fail Perkembangan Murid


Pengerusi meminta Pentaksir PSV untuk meletakkan
kesemua FPM di bilik guru bagi mempemudahkan para
pentaksir menguruskan fail.Pengerusi juga meminta
kerjasama daripada semua guru untuk menerima
arahan daripada Ketua Pentaksir Sekolah iaitu Guru
Penolong Kanan Pentadbiran misalnya kesemua fail Semua guru
perlu diletakkan di bilik guru seperti yang telah
diarahkan oleh GPK Pentadbiran.
Guru guru
Pentaksir

Encik
Daud
(Guru
Pentaksir
Matematik) Sekolah
mencadangkan agar kesemua evidens setiap pelajar
dapat dikumpulkan dalam satu fail yang sesuai dan
diletakkan di tempat simpanan fail yang lebih besar
dan
sesuai
untuk
jangka
masa
panjang
memandangkan setiap pelajar mempunya sejumlah
besar evidens yang perlu disimpan di dalam fail
mereka.Hal ini juga bagi memudahkan guru ganti/relief
untuk menjalankan PBS di dalam kelas ketika
ketiadaan Guru Pentaksir.
Pengerusi mencadangkan agar sebuah Bilik Operasi
PBS disediakan bagi mengatasi masalah ini.
2.2.11 Penyeragaman Fail Perkembangan Murid
Pengerusi mencadangkan agar semua guru pentaksir
mengikut standart yang telah ditetapkan dalam
menyediakan FPM dan evidens. (Sila rujuk Lampiran 1)
Pengerusi memperingatkan bahawa PBS memerlukan
kerjasama daripada kesemua Panitia dan guru,tidak
mengira tingkatan yang diajar.
Pengerusi juga
menyatakan bahawa para guru
bertanggungjawab
untuk
memberi
cadangan
penambahbaikan dan pelaksanaan PBS.
2.3 Tindakan segera bagi pelaksanaan
Guru guru
Pengerusi memberitahu para pentaksir bahawa segala Pentaksir
kesilapan atau masalah yang ada perlu diperbetulkan Sekolah
dari sekarang dan segera kerana pada tahun hadapan
kelas yang perlu menjalani PBS akan bertambah
dengan kemasukan pelajar Tingkatan 1 sesi 2013.
Pengerusi memperingatkan para guru tentang sesi
persekolahan 2012 yang akan berakhir lebih kurang
sebulan lebih sahaja lagi dan mengharapkan agar
semua guru dapat bertindak secara seragam dalam
melaksanakan PBS agar tidak ada guru yang
ketinggalan.
2.4 Masalah seorang
Guru Pentaksir untuk
beberapa subjek
Pengerusi mencadangkan agar guru yang mengajar Pentadbir
lebih daripada satu subjek untuk memiliki lebih
Guru guru
daripada satu fail.(Satu fail bagi satu subjek)
Pentaksir
Pengerusi mengusulkan agar pada tahun hadapan Sekolah
dilakukan rombakan bagi mengatasi masalah seorang
guru bagi beberapa subjek.Beliau juga mencadangkan
pertukaran Setiausaha PBS kerana Encik Irwan

mempunyai banyak tanggungjwab lain yang perlu


dipikul.
2.5 Pencapaian Band
Guru Penolong Kanan Pentadbiran (Ketua Pentaksir
Sekolah) membangkitkan isu samada semua Band
(Band 1-6 ) perlu dilaksanakan pada tahun ini juga.
Encik Rani ( Guru Pentaksir Geografi ) memaklumkan
bahawa secara asasnya guru perlu menghabiskan
Band 1 hingga Band 3 memandangkan Band 4 hingga
Band 6 agak sukar untuk dicapai oleh para pelajar.
Namun begitu, para pelajar yang dirasakan layak
mendapat Band 5 dan Band 6 oleh pentaksir perlu
Guru guru
diberi peluang.
Pentaksir
Guru Penolong Kanan mencadangkan agar pelajar Sekolah
yang dirasakan mampu untuk mencapai Band 6 boleh
ditawarkan untuk melaksanakan evidens tersebut.
2.6 Soal Selidik PBS
Ketua Pentaksir Sekolah bertanya tentang tiga orang
guru yang memberi respon Tidak mendapat taklimat
PBS ketika menjawab soal-selidik yang dijalankan
secara atas talian.
Puan Rozita dan Puan Nurul Nadia memberi maklum
balas bahawa berkemungkinan mereka yang telah
memberi respon terbabit.
2.7 Masalah-masalah lain
2.7.1 Kekangan masa bagi PBS Ujian SEGAK
subjek PJK
Encik Nizam membangkitkan masalah kekangan masa
yang dihadapi oleh para pentaksir PJK memandangkan
hanya terdapat 1 period sahaja bagi PJK.
Encik Amin (Guru Pentaksir Sejarah ) juga memperakui
bahawa terdapat kekangan masa bagi pentaksiran
Sejarah memandangkan subjek Sejarah melibatkan 11
bab dan silibus hanya habis pada bulan 9.
Pengerusi mencadangkan agar Guru Pentaksir PJK
melaksanakan tindakan seperti yang dilakukan pada
tahun lepas yang mana guru PJK boleh mengambil
waktu
lain
dan
digantikan
semula.Pengerusi
memperingatkan para guru untuk merancang lebih
awal apa yang akan dilakukan sekiranya ingin
mengambil tindakan tersebut.

Pentadbir
Guru guru
Pentaksir
Sekolah

Pengerusi juga meminta guru yang terlibat agar Guru guru


menunggu surat pekeliling yang baru berkenaan P&P Pentaksir PJK
PJK di sekolah kerana dalam mesyuarat daerah yang
terkini,sekolah masih perlu mematuhi pekeliling yang
sedia ada.Pengerusi juga menyarankan agar guru
yang terlibat mengemukakan isu ini dalam mesyuarat
di peringkat daerah.
2.7.2 Masalah tingkah laku pelajar
Puan
Rokiah
(
Pentaksir
Pendidikan
Islam)
,bertanyakan tindakan yang perlu dilakukan terhadap Pentadbir
para pelajar yang enggan melaksanakan evidens yang
telah disediakan dan mengganggu pelajar lain ketika Guru guru
Pentaksir
P&P dijalankan.
Sekolah
Tuan Haji Azman ( GPK Hal Ehwal Murid)
mencadangkan agar
para pelajar yang telah
dikenalpasti ini dimasukkan ke kelas Pendidikan Khas
dan dikategorikan sebagai pelajar lembam
atau
slow learner.
Encik Nor Azam (Pentaksir Bahasa Inggeris)
membangkitkan isu para pelajar meniru ketika
menyiapkan
evidens
menyebabkan
berlaku
ketidakadilan kepada pelajar lain yang melakukan
tugas dengan baik.Pentaksir juga menghadapi
masalah
kawalan
kelas
kerana
terpaksa
memperingatkan pelajar untuk tidak meniru dan
memberi fokus yang lebih kepada sekumpulan pelajar
Guru guru
yang lemah tersebut.
Beliau mencadangkan agar susunan meja di dalam Pentaksir
Sekolah
kelas dirombak dan meja disusun seperti ketika
peperiksaan.
Pengerusi memperakui bahawa meniru merupakan
sikap yang tidak patut diamalkan dan guru perlu
sentiasa memperingatkan pelajar mengenai nilai
murni .
Encik Nasir (GPK Kokurikulum) menyatakan bahawa
Setiausaha PBS
setiap subjek mempunyai pendekatan yang berbeza.
Guru guru
Pengerusi
mencadangkan
agar
pelajar
lelaki Pentaksir
ditempatkan di baris
hadapan manakala pelajar Sekolah
perempuan di belakang untuk melatih pelajar lelaki
sebagai pemimpin.Susunan meja adalah seperti
peperiksaan
bermula
keesokan
harinya
(Jumaat).Pengerusi juga mencadangkan agar pelajar
diberi peluang bekerja secara berkumpulan.

2.7.3 Masalah akses ke Sistem Pengurusan PBS


dan talian internet
Encik Irwan (Penyelaras PBS) memaklumkan bahawa
beliau baru mengemaskini sistem pengurusan PBS
sekolah dan menetapkankata laluan bagi semua Guru guru
guru.Semua guru mungkin menghadapi masalah untuk Pentaksir
memasukkan markah kerana sistem baru sahaja pulih Sekolah
dan boleh diakses dengan lebih baik.
Pengerusi bertanyakan semua guru samada mereka
sudah mempunyai kata laluan atau belum.Semua guru
sudah dimaklumkan tentang kata laluan mereka.
2.7.4
Penggunaan
masa
di
luar
waktu
persekolahan bagi menyiapkan evidens
Puan Rozita (Pentaksir Bahasa Inggeris ) meminta
kebenaran bagi
mengadakan pertemuan dengan
pelajar selepas waktu persekolahan untuk memberi
bimbingan yang lebih berfokus kepada pelajar
bermasalah.
Pengerusi memberi kebenaran tetapi hal tersebut
perlu dimaklumkan kepada ibu bapa dan makan
tengahari perlu disediakan.
3.0

Hal-hal lain
3.1 Agihan subjek
Pengerusi mencadangkan agar seorang guru diberi
maksima dua subjek sahaja untuk ditaksir.
3.2 Komitmen para guru
Bagi memastikan PBS dapat dilaksanakan dengan
lancar, guru sebagai agen pelaksana harus berusaha
bersungguh-sungguh.
Pentadbir
3.3 Tayangan slaid : Penanda Aras
Ketau Pentaksir Sekolah memaparkan tayangan slaid
gambar-gambar yang diambil dari SMK Tanjung Semua guru
Bungah Pulau Pinang yang terpilih menjadi sekolah
Guru Pentaksir
penanda aras program PBS.
Sekolah
Pengerusi mencadangkan agar Bilik Displin & Biasiswa
dijadikan Bilik Operasi PBS.

4.0

Ucapan Penangguhan
Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada Makluman
semua guru yang hadir dan memaklumkan bahawa
akan ada lagi pertemuan seterusnya berkenaan PBS.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.00 petang.


Disediakan oleh,

Disemak oleh,

..............................
..............................................
(Encik Irwan bin Hassim)
(Puan Hajah Rohayati bt Ali)
Penyelaras PBS SMK Sultan Muzafar Pengetua SMK Sultan Muzafar
Shah 1
Shah

You might also like