You are on page 1of 25

Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2

IAB Cawangan Utara

EFIKASI PENGURUSAN HAL EHWAL MURID DALAM


KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL KE ARAH TRANSFORMASI
SEKOLAH
OLEH
ENCIK GOH BOON POH
PENGETUA
SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN HENG EE
PULAU PINANG.
PN. TEOH HONG KEAN
PESERTA NPQH KOHORT 10
INSTITUT AMINUDDIN BAKI CAWANGAN UTARA
KEDAH DARUL AMAN.

ABSTRAK
Sekolah berkesan ialah sekolah yang memperlihatan pencapaian pelajar yang
cemerlang baik daripada segi akademik mahupun daripada aspek kokurikulum dan
pembentukan sahsiah. Kertas ini adalah suatu hasil refelksi pengetua, guru-guru dan
pegawai pelajaran daerah tentang perubahan yang berlaku di sekolah itu. Sekolah
yang corot dapat ditransformkan m e njadi sekolah cemerlang. Sekolah itu
menekankan disiplin yang utuh dan pembentukan sahsiah yang unggul dalam setiap
pelajar. Di samping itu, perkongsian visi dan misi, kewujudan budaya pembelajaran,
penumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran, pengajaran bermatlamat,
pengharapan yang tinggi, pengukuhan yang positif, pemantauan terhadap
perkembangan, hak dan tanggungjawab murid, permuafakatan rumah-sekolah dan
organisasi pembelajaran diamalkan oleh pihak pentadbir u n t u k m e m antapkan
kecemerlangan sekolah. Dengan pengurusan hal ehwal murid dalam aspek disiplin
kepada pelaksanaan kokurikulum dalam bidang seni pertunjukan, dan diikuti dengan
kepemimpinan instruktional, sekolah itu berjaya mengecap pencapaian akademik dan
kokurikulum y a n g cemerlang.
Kepemimpinan instruktional memperihalkan
pengawasan dan pengurusan kelas yang sistematik, peluang belajar yang bertambah,
persekitaran yang selamat, harapan untuk berjaya dapat menyumbang kepada
kejayaan sekolah ini dan memartabatkan impian pelajar.

Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2

1.

IAB Cawangan Utara

PENGENALAN
Sekolah Berkesan yang dipopularkan oleh Mortimore (1993) menegaskan

kepada misi yang jelas, pengharapan kejayaan yang tinggi, kepemimpinan


instruktional, pemantauan kemajuan pelajar yang kerap, peluang belajar dan masa
tugasan pelajar, persekitaran yang selamat dan tersusun, dan perhubungan rumah dan
sekolah.
Kepemimpinan Instruktional yang diuar-uarkan oleh Mortimore (1995)
memberi tumpuan kepada perancangan strategik, mengiktiraf keperluan untuk
membentuk status quo, menyalurkan tenaga ke arah proses perubahan, melindungi
pelajar, memantau dan menilai kerja pelajar dan menambahbaik sekolah.
Oleh itu, pelajar dapat belajar di sekolah dengan selesa dan selamat. Mereka
mempunyai rasa sayang akan sekolah. Mereka dapat menganggap sekolah itu
bagaikan rumah mereka sendiri. Dengan perasaan sebegini, maka terbentuk suatu
motivasi intrinsik untuk menjaga nama baik diri dan sekolah. Pelajar digalakkan
berkongsi bebanan tentang proses dan hasil pembelajaran mereka.
Kertas kerja ini ditulis bertujuan berkongsi pengalaman seorang Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid (1994), kemudian dinaik pangkat kepada Penolong Kanan
Pentadbiran (1997) dan Pengetua (2004) sampai pada hari ini di Sekolah Menegah
Jenis Kebangsaan (SMJK) Heng Ee di Pulau Pinang. Kajian kes dan penghasilan
kertas kerja ini adalah untuk memetakan refleksi pengalaman transformasi sekolah,
amalan yang diguna pakai dikongsi bersama para pejuang pembentukan modal insan
negara.
Walau bagaimanapun, kajian ini hanya berlandaskan sekolah yang homogenus
(99.3% pelajar cina: 70.3% pelajar lelaki cina, 29.7% pelajar perempuan cina) dan
sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan pada 1961; idea dan tindakan yang
diutarakan mungkin tidak sesuai diimplimentasikan di sekolah lain.
Kertas kerja ini mempunyai lima (5) bab. Bab pertama memberi pengenal
yang jelas tentang kertas kerja; Bab 2 menceritakan latar belakang sekolah dan era pra
transformasi; Bab 3 merupakan kemuncak kertas yang memperihalkan lima (5) fasa
transformasi yang berlaku; Bab 4 memberi gambaran tentang faktor- faktor kejayaan
dan Bab 5 adalah rumusan kertas ini.

Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2

2.

IAB Cawangan Utara

LATAR BELAKANG
SMJK Heng Ee adalah sebuah sekolah harian biasa dan bukan sekolah

kawalan. Sekolah ini menerima pelajar daripada sekolah rendah jenis kebangsaan
yang berhampiran. Dewasa ini, banyak pelajar Melayu, India dan bangsa lain
menuntut di sekolah ini setelah tamat persekolahan di sekolah rendah jenis
kebangsaan.

2.1

Sejarah Sekolah
Pengasas SMJK Heng Ee ialah Dato Rev. Father Arthur Julien. Beliau

seorang mubaligh berbangsa Belgium. Pada tahun 1957, Father Julien menggunakan
Sekolah Convent Tamil di Jalan Penang dan sebuah teratap di sebelah gereja Pulau
Tikus untuk menubuhkan sekolah persendirian. Sekolah itu mengajar kanak-kanak
miskin dan yang lanjut umur.
Dengan kesungguhan dan kegigihan Father Julien, persekolah bermula di
sebuah premis di persimpangan Jalan Free School dan Jalan Hamilton. Sekolah Heng
Ee pada masa ialah sebuah sekolah persendirian.
Pada tahun 1967, Sekolah Heng Ee menjadi Sekolah Menengah Jenis
Kebahgsaan (conforming school). Pada awalnya, sekolah ini sekolah lelaki. Pada
1991, pelajar perempuan diterima. Kelas Tingkatan Enam Aliran Sains diadakan
pada tahun 2001 manakala kelas Tingkatan Enam Aliran Sastera dibuka pada 2003.
2.2

Era Pra Transformasi

Pelajar sering bergaduhan dan berjudi di belakang kantin; pinggan mangkuk


sering dirosakkan; susah untuk dikawal.
ujar seorang pengusaha kantin lama
Prestasi pencapaian akademik SMJK Heng Ee tidak menggalakkan, masalah
disiplin yang menjadi-jadi dan masalah gangsterisme, guru kurang bermotivasi untuk
mengajar dan jelas sekali bukan pilihan ibu bapa untuk mendaftarkan anak mereka di
sekolah ini.
Pelajar kelihatan liar, kurang kawalan dan bermaharaja lela di sekolah.
Pengajaran dan pembelajaran (P & P) langsung tidak mampu dijalankan tanpa insiden
yang tidak menyenangkan. Budaya sekolah amat buruk sekali.

Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2

IAB Cawangan Utara

Dulu, pelajar yang kena marah dan denda akan membalas dendam.
Mereka akan mencalarkan kereta guru.
Pelajar menjatuhkan pasu bunga dari tingkat tiga dan merosakkan kereta
guru disiplin.
komen Cikgu Leow Lee Hooi yang mula bertugas pada 1975 hingga kini

Kerusi dan meja terpaksa disimen ke lantai, kepingan kayu pada kerusi yang
tebal diguna pakai untuk mengurangkan kes vandalisme dan digunakan sebagai
senjata semasa pergaduhan. Daun pintu yang tebal bertujuan untuk mencegah kos
membaiki dan tukar ganti yang mahal.
Walau bagaimanapun, sekolah ini masih mempunyai kekuatan: hasrat dan
sokongan padu Lembaga Pengurus Sekolah untuk meningkatkan prestasi dan
mengubah imej sekolah, pentadbiran sekolah sesi petang yang masih terkawal dan
guru berpotensi menyumbang tenaga untuk membetulkan situasi.
Warga SMJK Heng Ee dahaga akan perubahan kerana situasi sekolah di luar
kawalan. Identiti individu dan sekolah tercemar, sejajar dengan Teori Perubahan oleh
Kurt Lewin (unfreezing-changing- refreezing) dalam buku Embi, 2003.
Pihak pentadbir yakin transformasi sekolah dapat diadakan dengan stail
kepemimpinan yang autokratik dan berwawasan. Pada saat krisi, cara pengeloaan
yang berbentuk menggempar (unfreezing) memang kena pada tempat dan masanya.
Tindakan yang drastik dan dinamik adalah ubat yang paling murjarab pada era itu.

Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2

3.

IAB Cawangan Utara

TRANSFORMASI SEKOLAH
Transformasi sekolah dijalankan beringkat-peringkat. Hallinger et al., 1996

memberi garis panduan yang terperinci tentang kepemimpinan yang berkesan dalam
menstranformasikan sekolah: merancang, memberitahu, mengarah, menyokong dan
menilai.

Rajah 1
MODEL PEMBUDAYAAN SMJK HENG EE PULAU PINANG
MENTARBIAH
MANUSIA

DISIPLIN

KAUNSELING

AKADEMIK

KOKURIKULUM

SAHSIAH

Adaptasi daripada Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)

Stail SMJK Heng Ee menstranformasikan sekolah mirip kepada model SKPM.


SKPM hanya diperkenalkan kepada sekolah pada awal 2000 untuk memupuk
kemenjadian murid. Walau bagaimanapun, SMJK Heng Ee menegaskan aspek
disiplin dan kaunseling. Kedua-dua tunjang utama ini seiringan dan saling membantu.
Oleh itu, SMJK mengambil lima (5) fasa untuk mencapai tujuan tersebut
seperti yang tersenarai di bawah.
3.1

Fasa 1 (1994-1995)
Pada fasa perubahan yang terunggul, suasana sekolah yang teratur menjadi

fokus utama. Piahk pentadbir berpendapat bahawa sekolah memerlukan suatu watak
yang bersih dan terkawal.

Maka pihak pentadbir memberi tumpuan kepada

pemotongan rambut pendek, fail disiplin pelajar dan perkongsian vis dan misi sekolah
semasa perhimpunan.

Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2

3.1.1

IAB Cawangan Utara

Pemotongan Rambut Pendek


Sebaik sahaja menyandang jawatan baru sebagai PK HEM SMJK Heng Ee,

unit disiplin hanya mengamati gerak laku para pelajar yang bersikap ala samseng.
Pengamatan kami menunjukkan bahawa segala pembaharuan yang bakal diambil
hanya akan berjaya seandainya masalah disiplin pelajar ditangani terlebih dahulu.
Oleh itu, dengan sokongan dan kerjasama daripada Encik Lee Hern, selaku
Pemangku Pengetua pada ketika itu, kami berjaya mengimplimentasikan
pemotongan rambut pendek untuk pelajar perempuan 1994. Justifikasi pelaksanaan
menyimpan gaya rambut yang pendek dan kemas kami adalah untuk meningkatkan
imej para pelajar perempuan agar status mereka setaraf dengan pelajar-pelajar
perempuan sekolah elit jenis kebangsaan lain.
Pemotongan rambut ala crew cut yang diperkenalkan oleh Encik Phuah
Chuah Poay, Pengetua sekolah dilaksanakan untuk pelajar lelaki pada tahun 1995.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa setiap pembaharuan yang dilaksanakan
memang terpaksa menghadapi pelbagai halangan. Antaranya ialah kecaman daripada
ibu bapa yang menuduh pihak sekolah melaksanakan sesuatu secara melulu.
Tambahan pula, mereka mengadu bahawa implimentasi pemotongan rambut ala crew
cut hanya mengaibkan anak mereka.
Pada ketika itu, pihak sekolah tidak dapat berundur ke belakang demi
memenuhi hasrat sesetengah pihak. Dengan sokongan padu Lembaga Disiplin
Sekolah dan pihak media (surat khabar cina tempatan), pihak sekolah berjaya
melaksanakan pemotongan rambut pendek tanpa sebarang bangkangan yang serius.

Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2

3.1.2

IAB Cawangan Utara

Fail Disiplin Sekolah

Fail Disiplin Sekolah sebenarnya telah diimplimentasikan untuk pelajar sesi


petang. Namun fail ini hanya mencatatkan salah laku pelajar ke dalam senarai nama
kelas. Hukuman yang dikenakan pada ketika itu, adalah terserah kepada budi bicara
guru disiplin. Setelah bermusyawarah dengan guru-guru disiplin sekolah, kami
bersepakat untuk melaksanakan penggunaan Fail Disiplin Sekolah untuk semua
pelajar. Fail Disiplin Sekolah pada peringkat ini telah ditambahbaikan.
Fail ini mencatatkan segala salah laku pelajar setiap pelajar secara individu.
Pada ketika itu, pihak pentadbir dan guru disiplin akan berganding bahu untuk
meronda kelas dan kawasan sekitar untuk memberkas pelajar yang datang lewat dan
ponteng kelas. Pelajar yang disabitkan bersalah akan dikenakan hukuman sebatan.
Lembaga Disiplin dan pihak pentadbir mengadakan sesi perbincangan dan maklum
balas setiap hari untuk menambahbaikan projek tersebut.
Fail Disiplin Sekolah dimantapkan secara berperingkat. Fail ini ada tiga (3)
helaian kertas disiplin. Helaian pertama salah laku pelajar adalah berwarna puith.
Sebaik sahaja kertas putih ini dipenuhi dengan salah laku pelajar, maka ibu bapa
pelajar akan dijemput ke sekolah untuk berunding dengan pihak sekolah.
Perundingan pada tahap ini hanya untuk memaklumkan kepada ibu bapa akan
kenakalan anak mereka di sekolah. Mereka akan disuruh menandatangani surat
jaminan kepada pihak sekolah bahawa anak mereka tidak akan melanggar peraturan
sekolah lagi. Seandainya mereka masih berbuat demikian, maka pihak sekolah tidak
teragak-agak untuk mengenakan hukuman gantung sekolah terhadap anak mereka.
Pelajar yang telah menghabiskan helaian putih akan diberi helaian biru.
Seandainya mereka memenuhkan helaian biru, ibu bapa pelajar akan dijemput sekali
lagi untuk menandatangani surat jaminan dan digantung sekolah paling maksimum
selama dua (2) minggu. Pelajar bermasalah disiplin yang serius biasanya akan
mengurangkan salah laku mereka apabila berada pada helaian merah. Seandainya
mereka memenuhkan helaian merah, hukuman mandatorinya ialah buang sekolah.

Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2

3.1.3

IAB Cawangan Utara

Perhimpunan Sekolah
Perhimpunan sekolah pada setiap hari Rabu diperkenalkan pada tahun 1995.

Perhimpunan ini bertujuan untuk memaklumkan kepada pelajar dan guru akan
perkembangan semasa sekolah serta hasrat pihak sekolah. Di samping itu,
perhimpunan ini juga digunakan sebagai suatu wahana untuk mengembangkan visi
dan misi sekolah. Lantaran itu, perhimpunan ini juga dijadikan pentas untuk
melaksanakan

praise

and

approval

kepada

warga

sekolah

yang

telah

mengharumkan nama sekolah.

Pada akhir fasa ini, SMJK Heng Ee telah bertukar wajah menjadi sebuah
sekolah yang agak terkawal dari segi disiplin. Semenjak pengenalan fail disiplin
gerak geri pelajar dimantau dengan rapi dengan perekodan yang sistematik. Pelajar
belajar dan P & P berkesan dapat memaksimumkan masa pembelajaran. Oleh itu,
prestasi sekolah dapat ditingkatkan.
Walau bagaimanapun, pencapaian akademik pelajar masih belum mencapai
tahap yang diimpiankan. Ibu bapa masih kurang senang hati menghantar anak mereka
ke sekolah yang kurang prestasi ini.

3.2

Fasa 2 (1996-1997)
Setelah berjaya melaksanakan amalan disiplin yang ketat, fokus kami pada

kali ini pula adalah lebih kepada peningkatan dan perkembangan kokurikulum
sekolah. Fasa ini lebih tertumpu kepada mencungkil dan mengasah bakat pelajar.

Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2

3.2.1

IAB Cawangan Utara

Seni Pertunjukan Sekolah


Oleh itu, penglibatan kokurikulum pelajar telah diperhebat. Pada 1994, hanya

12 pelajar yang terlibat dalam pancaragam sekolah. Dengan kerjasama Lembaga


Pengurus Sekolah serta pembaharuan yang diperkenalkan dalam seni pertunjukan,
bilangan ahli turut meningkat.

3.2.1.1

Kumpulan Koir Sekolah


Pada tahun 1994, Kumpulan Koir Sekolah telah ditubuhkan. Selepas dua tahun

berkempen, bilangan ahli berlipat ganda daripada 35 kepada 80 pelajar. Pada tahun
1997, Kumpulan Koir sekolah ini berjaya memperoleh Sijil Cemerlang dan Johan
Negeri dan Naib Johan Kebangsaan pada 2000 dalam Pertandingan Koir SekolahSekolah.

Kumpulan ini berjaya mempertahankan Johan Peringkat Negeri selama

enam (6) tahun berturut-turut. Dalam Kejohanan Nyanyian Lagu- lagu Bahasa Cina
pada 2004, 2005 dan 2006, kumpulan koir yang sama memperoleh Johan Peringkat
Negeri dan Kebangsaan.

Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2

3.2.1.2

IAB Cawangan Utara

10

Orkestra Cina
Kumpulan Orkestra Cina ditubuhkan pada 1996. Pembentukan seni muzik

klasik ini berjaya memulihkan budaya yang kian luntur di samping menyemai jati diri
dan disiplin diri yang tinggi.

3.2.1.3

Konsert Sekolah
Konsert Sekolah diperkenalkan secara rasmi pada tahun 1996. Persembahan

konsert ini adalah julung-julung kali dalam sejarah sekolah. Persembahan konsert
SMJK Heng Ee bukan sahaja menarik bahkan juga bertaraf profesional (keratan
akhbar cina tempatan) dan telah berlanjutan hingga kini. Setiap kali persembahan
diadakan, konsert sekolah sering kali tersiar di dada-dada akhbar.

Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2

IAB Cawangan Utara

11

Atas kecemerlangan SMJK Heng Ee dalam bidang Seni Pertunjukan , sekolah


ini terpilih sebagai penerima Xin-Chuan Award yang merupakan anugerah tertinggi
untuk sekolah-sekolah yang cemerlang dalam keempat-empat bidang dalam Seni
Pertunjukan iaitu nyanyian, tarian, drama dan muzik. SMJK Heng Ee merupakan
penerima anugerah berprestij yang keempat di Malaysia.

Kesimpulannya, pelajar SMJK Heng Ee dapat mempamerkan bakat yang


terpendam dengan berjayanya. Walau bagaimanapun, pencapaian akademik masih
ketinggalan. Pihak pentadbir sekolah masih kurang senang hati dengan prestasi PMR
dan SPM yang sederhana sahaja. Maka P & P di bilik darjah dijadikan sasaran.

3.3

Fasa 3 (1998-2000)

Keadaan disiplin yang terkawal dan perkembangan kokurikulum yang agak


membanggakan telah mendorong

pihak pentadbir untuk mengkaji semula

perkembangan akademik sekolah. Pada peringkat ini prestasi akademik pelajar


sekolah masih di tahap yang kurang memuaskan. Oleh itu, pelbagai projek akademik
telah diperkenalkan dalam fasa ini. Antaranya ialah kelas tambahan untuk pelajar sesi
pagi dan sesi petang, Program BITARA, Program Zero E untuk pelajar PMR dan
ceramah kecemerlangan akademik dilaksanakan.

3.3.1

Kelas Bimbingan anjuran PIBG

Kelas tambahan anjuran PIBG telah diperkenalkan kepada pelajar-pelajar pada


sesi petang. Kelas ini bertujuan untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar yang
kurang memuaskan. Pada ketika itu, sasaran kami juga untuk membantu pelajar dari
Tingkatan Peralihan untuk memantapkan penguasaan bahasa mereka. Kelas tambahan
ini telah terbukti keberkesanannya apabila prestasi meningkat dalam keputusan PMR
mereka.
Sebagai tindakan susulan, pelajar yang telah meningkat ke Tingkatan 3 pada
sesi pagi ditawarkan menghadiri kelas tambahan . Kelas Tambahan sesi pagi yang
diperkenalkan dan membenarkan pelajar-pelajar miskin menghadiri kelas tambahan
tanpa dikenakan yuran yang tinggi iaitu hanya RM10 untuk empat (4) kali kelas

Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2

IAB Cawangan Utara

12

bimbingan . Pelajar yang benar-benar kurang berkemampuan akan diberi biasiswa


oleh PIBG sekolah untuk menghadiri kelas ini.

Jadual
KEPUTUSAN STPM 2004
Keputusan Pelajar Cemerlang (Take Off Value)
Keputusan
Bil.
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
3.3.2

Nama
Lim Wei Huang
Sim Suat Yin
Oh Hock Lye
Fong Yew Weng
Lee Hooi Theng
Chia Su Fan
Tiang Tow Leong
Lum Chia Yuee
Chia See Yan
Soon Chang Ping
P'ng Su Ching
Lee Heng Leong
Soon Kim Hock
Loh Sin Hoon
Goh Pei Yoong
Koay Kim Leong
Goh Siew Tying
Loo Zixi

UPSR

PMR

SPM

STPM

1997/1998
15 poin
15 poin
14 poin
14 poin
12 poin
11 poin
10 poin
9 poin
8 poin
19 poin
16 poin
15 poin
14 poin
13 poin
12 poin
11 poin
10 poin
9 poin

2000
1A
2A
5A
8A
3A
6A
5A
8A
7A
6A
6A
3A
2A
6A
1A
5A
4A
8A

2002
7A
9A
8A
9A
10A
9A
6A
10A
9A
10A
7A
2A
1A
8A
2A
4A
9A
6A

2004
4A
4A
4A
4A
4A
4A
4A
4A
4A
3A
3A
3A
3A
3A
3A
3A
3A
3A

Catatan

UPSR: BM (D, B)
UPSR: BM (B, D)
UPSR: BM (B, D)

UPSR: BM (C, D)

A Word A Day
Suatu program pengukuhan kosa kata untuk ketiga-tiga bahasa iaitu bahasa

Melayu, bahasa Cina, dan bahasa Inggeris diperkenalkan pada tahun 1998. Tujuan
program ini adalah untuk mengukuhkan kosa kata pelajar sesi petang iaitu dari
Tingkatan Peralihan ke Tingkatan 2. Pelajar sesi petang akan dihimpunkan di dewan
sekolah untuk mengikuti program ini sebelum loceng masuk kelas untuk waktu
pertama. Kosa kata dengan maksudnya akan terpampang di papan white board.
Program A Word A Day kemudian dipertingkatkan kepada A Sentence A Day.

Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2

3.3.3

IAB Cawangan Utara

13

rogram BITARA, Program Zero E untuk pelajar PMR dan ceramah


kecemerlangan akademik

Program Intervensi BITARA dan Program Zero E bertujuan untuk mengikis


pelajar-pelajar di peringkat galus (antara gagal dan lulus). Pihak pentadbbir sekolah
dan ketua panitia bermesyuarat untuk mengesan akar umbi masalah yang dihadapi
pelajar sekolah ini. Pemantauan yang berskala telah dilaksanakan dari semasa ke
semasa. Selain itu, guru mata pelajaran yang ingin menjalankan projek secara
bersendirian demi meningkatkan prestasi sekolah digalakkan dengan bantuan pihak
pentadbir.
Unit Bimbingan dan Kaunseling menjemput para penceramah untuk
memberikan ceramah kepada pelajar dari semasa ke semasa. Penceramah yang
bertauliah dijemput untuk mendedahkan kepada pelajar tentang teknik pembelajaran
yang betul, teknik menjawab soalan-soalan peperiksaaan dan sebagainya.

Rajah 1
KEPUTUSAN PMR
120
100

% Lulus

80

8A

60

7A

40

6A
5A

20
0
1994

1995

1996

1997

1998

1999

Rajah 2
KEPUTUSAN SPM
70
60
% Lulus

50

9A

40

8A

30

7A

20

6A

10
0
1994

1995

1996

1997

1998

1999

Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2

IAB Cawangan Utara

14

Pada akhir fasa ini, pencapaian akademik sekolah bertambah baik. Akan
tetapi, pihak pentadbir masih berhadapan dengan masalah kualiti prestasi. Guru
diberi bimbingan dan latihan dalaman untuk memantapkan P & P dalam kelas.
Pencerapan, penyeliaan dan penilaian diadakan untuk memastikan mutu P & P
terkawal dan masa pembelajaran pelajar bertambah.

3.4

Fasa 4 (2001- 2004)


Pada tahun 2000, sekolah ini dipimpini pengetua baru iaitu Encik Teoh

Kheng Hong yang berkaliber. Sokongan beliau merupakan katalis untuk sekolah maju
setapak ke arah kecemerlangan. Dalam fasa ini, pihak pentadbir sekolah menekankan
ciri-ciri kemanusiaan. Pelajar diperingatkan agar bersopan santun dan berbudi pekerti.
Warga sekolah telah memahami dan menghayati visi dan misi sekolah untuk
melahirkan insan yang progresif dan berkembang maju secara menyeluruh dari segi
intelek, emosi, jasmani, dan rohani sejajar dengan FPK. Pencapaian akademik sekolah
semakin meningkat dari setahun ke setahun dalam fasa keempat ini. Keadaan disiplin
yang baik dan kecenderungan pelajar untuk belajar serta pelbagai projek peningkatan
akademik dilaksanakan sedikit sebanyak menyumbang kepada tren kemajuan
akademik sekolah.

3.4.1

Bahan Bacaan Khas Sekolah


Pada tahun 2001, kami menumpu kepada usaha membentuk insan yang

kamil. Pihak pentadbir sekolah medorong dan membimbing Panitia Bahasa Cina
menerbitkan satu siri bahan bacaan khas. Bahan bacaan ini bertujuan untuk
menerapkan nilai- nilai murni di samping menyemai amalan suka membaca dalam
kalangan pelajar sekolah.
Selain itu, penceramah khas dijemput untuk memotivasikan pelajar serta
membina sikap jati diri pelajar. Bekas pelajar sekolah yang telah berjaya di menara
gading dijemput untuk mendorong para pelajar belajar bersungguh-sungguh untuk
mengikut jejak mereka.

Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2

IAB Cawangan Utara

15

Sekarang, pelajar di sini baik-baik belaka.


Mereka sedar akan kesalahan dan akibat tindakan salah laku itu.
Mereka tidak berani berbuat jahat di sekolah lagi.
komen Cik Leow Lee Hooi
3.4.2

Kem Muzik
Pada tahun 2004 kem muzik diadakan dan mengimport teknik muzik

daripada peuzik-pemuzik negara-negara Asia. Pancaragam sekolah dari negaranegara Asia seperti Singapura, Taiwan, Malaysia (Kuala Lumpur, Johor, Selangor,
dan Sabah) dan Jepun dijemput ke Pulau Pinang untuk mengadakan pertunjukan
bersama.
Tambahan pula, jurulatih muzik dan koir juga dijemput dari Jepun, Kuala
Lumpur dan Singapura untuk mendidik anak murid di sekolah ini. Kejayaan sekolah
ini untuk menganjurkan pelbagai kem muzik yang bertaraf kebangsaan adalah hasil
kerjasama daripada PIBG, Lembaga Pengurus Sekolah.
Pasukan pancaragam sekolah berjaya meraih pingat emas dalam Pertandingan
Pancaragam Peringkat Negeri Pulau Pinang dan menjadi salah satu daripada dua
penerima pingat emas dalam Pertandingan Pancaragam Peringkat Kebangsaan.

Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2

IAB Cawangan Utara

16

Pihak sekolah menghadapi ledakan pelajar yang mendadah. Kawasan


sekolah tidak mampu menampung bilangan pelajar yang kian bertambah. Hal ini
demikian kerana sekolah ini bukan sahaja menjanjikan suasana yang selamat dan
kondusif untuk pembelajaran bahkan juga mencungkil bakat pelajar dari segi
kokurikulum.
Setiap tahun, banyak ibu bapa akan merayu untuk mendaftarkan anak meeka
ke SMJK Heng Ee mereka berpendapat bahawa SMJK Heng Ee suatu
sekolah yang cemerlang dalam akademik, kokurikulum kerana sistem disiplin
yang ketat.
Ulasan En Toh Kim Hock,
Penolong Pegawai Pendidikan Pelajaran Daerah Pulau, Pulau Pinang.

3.5

Fasa 5 (2005- ...)


Dalam fasa ini, pihak pentadbir menceburkan diri dalam aspek penerbitan

dan mendokumentasikan kejayaan sekolah dalam pelbagai bentuk media.

3.5.1

Unit Penerbitan Sekolah


Unit Penerbitan Sekolah menjadi kian aktif pada fasa ini. Buletin

Sekolah diperkenalkan pada tahun 1997 untuk menyalurkan ideologi sekolah. Semua
acara dan pencapaian sekolah akan dimuatkan dalam buletin ini. Buletin sekolah ini
diedarkan dua hingga tiga kali setahun. Buletin ini telah dipertingkatkan dari buletin
hitam putih ke buletin yang berwarna. Di samping itu, majalah sekolah diperkenalkan
pada tahun 1994 dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Semua keratan surat khabar
tempatan tentang SMJK Heng Ee akan diterbitkan semula dalam majalah sekolah
sejak tahun 2001.

Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2

IAB Cawangan Utara

17

Selain itu, majalah Bahasa Cina Heng Feng dipertingkatkan dengan adanya
lebih karya kreatif dan ilustrasi. Unit Penerbitan Bahasa Inggeris pula
memperkenalkan makalah ulungnya yang bertajuk Fun English pada 2006.
Makalah ini merupakan kumpulan karya penulisan pelajar-pelajar SMJK Heng Ee.
Sejajar dengan itu, Unit Penerbitan Bahasa Melayu akan memperkenalkan Majalah
Bahasa Melayu pada tahun 2007. Majalah Bahasa Inggeris dan Majalah Bahasa
Melayu akan diterbitkan sekurang-kurangnya sekali setahun dan diedarkan kepada
semua pelajar sekolah.
Sekolah mula mengorak langkah ke puncak kegemilangan apabila En. Goh
dilantik menjadi Pengetua sekolah ini pada 2005.
Komen En. Tan Chee Kheng,
guru penyelaras pencapaian akademik sejak 1997.

3.5.2

Unit Peperiksaan Dalaman Sekolah


Pada tahun 2006, pihak pentadbir memastikan bahawa kualiti kertas

peperiksaan dalaman dipertingkatkan. Kertas peperiksaan yang disediakan mesti


memenuhi syarat peperiksaan sumatif awam

yang standard. Selain itu, kertas

peperiksaan itu mesti memenuhi syarat zero errata . Di samping itu, penyedia dan
penyemak kertas Sains dan Matematik mesti merujuk kepada guru Bahasa Inggeris
(sistem Buddy dalam PPSMI) untuk penyemakan Bahasa Inggeris.
Sekolah ini telah berubah wajah daripada sekolah samseng ke sesebuah
sekolah yang disegani iaitu sekolah yang berdisiplin tinggi. Kenyataan ini terbukti
apabila rayuan ibu bapa untuk menempatkan anak-anak mereka ke SMJK Heng Ee
( untuk Tingkatan 1) merupakan kes rayuan yang tertinggi di PPD Pulau , Pulau
Pinang setiap tahun. Tambahan pula, sekolah ini merupakan sekolah bukan kawalan
yang mempunyai bilangan pemohonan rayuan 7A dan 6A UPSR yang tertinggi
terutamanya pada tahun 2005 dan 2006.

Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2

IAB Cawangan Utara

18

Rajah 3
PENCAPAIAN PMR 1992-2005
1992
1993
1994
1995
1996
1997
1998
1999
2000
2001
2002
2003
2004
2005

100
80
60
40
20
0
PMR

Rajah 4
PENCAPAIAN SPM 1992-2005
1992
1993
1994
1995
1996
1997
1998
1999
2000
2001
2002
2003
2004
2005

100
80
60
40
20
0
SPM

Rajah 5
PENCAPAIAN STPM 2002- 2005

98.4

2002
98.2

2003
98

2004
97.8

2005

97.6
97.4
STPM

Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2

IAB Cawangan Utara

19

Rajah 6
ENROLMEN PELAJAR
3500

Cina Lelaki

3000

Cina Perempuan

2500

Melayu Lelaki

2000

Melayu Perempuan

1500

India Lelaki

1000

India Perempuan
Lain-lain Lelaki

500

Lain-lain Perempuan

0
1994 1995 1996 1997 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005

Jumlah Enrolmen

FAKTOR KEJAYAAN
Sekolah Berkesan harus mempunyai pemimpin yang mempunyai kemahiran

teknikal, kemahiran perhubungan manusia, kemahiran pendidikan, kemahiran


simbolik dan kemahiran kebudayaa (Sergiovanni, 1990). Transformasi sekolah
SMJK Heng Ee berjaya dilaksanakan atas beberapa faktor yang signifikan.
4.1

Gaya Kepemimpinan
Saya dan beberapa orang guru disiplin menerajui projek mentansformasikan

sekolah. Kami membentuk dan menterjemah hasrat kepada guru untuk mencapai
perubahan yang diimpiankan melalui kepentingan dan tenaga bersama secara kolektif
(Bennis dan Nanus, 1985).

Kami membina kepentingan bersama (common interest),

membentuk nilai, budaya dan kepercayaan baru untuk mencapai matlamat sekolah
(Bass, 1985).
Seterusnya, kami mengecap kepuasan bekerja berpasukan, meningkatkan
kepercayaan dan semangat kekitaan, mempunyai identiti pasukan, peka kepada
matlamat dan menjana perubahan demi mencapai kecemerlangan.
Apabila disiplin pelajar bertambah baik, maka berlaku peralihan kepada
pencapaian akademik. Sebagai pendidik, kita harus menggalakkan pertumbuhan
pembelajaran di kalangan pelajar seperti mana yang diamanahkan dalam profession
perguruan, dalam Akta Pendidikan 1996, P.U.A (A) 531, Seksyan 18, 19, Peraturan 7,
8 dan 11.

Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2

IAB Cawangan Utara

20

Perkongsian visi dan matlamat harus jelas mewujudkan semangat kekitaan dan
usaha sama. Penetapan hala tuju sekolah, matlamat sekolah, penyediaan sumbersumber yang diperlukan supaya berlaku pembelajaran, penyeliaan d a n penilaian
pengajaran guru, penyelarasan program pembangunan staff dan mewujudkan
hubungan rakan sejawatan di kalangan guru harus dipupuk (Mortimore, 1993).
Pengurusan P & P dititikberatkan selaras dengan Standard Kualiti Pendidikan
Malaysia (SKPM). Ketrampilan guru, mengenal diri pelajar, membentuk bilik darjah
yang belajar, harga diri pelajar, penilaian pembelajaran, komuniti pembelajaran dan
pembelajaran yang bermakna menjadi sasaran semua warga sekolah.
Dewasa

ini,

Model

Kepemimpinan

Situasi

diguna

pakai

yang

mempelbagaikan stail kepemimpinanan mengikut kemahiran, kemahiran dan


kesungguhan guru di sekolah (Hersey dan Blanchard dalam Razali, 1996). Dalam era
globalisasi dengan kecanggihan teknologi maklumat, gaya kepemimpinan perlu
berubah mengikut perubahan situasi untuk mencapai keberkesanan sekolah. Cara
pengendalian fungsi yang berbeza-beza harus sesuai dengan situasi yang berbeza-beza.
4.2

Komunikasi yang Berkesan


Untuk menjadi seorang pemimpin yang berkesan, kemahiran komunikasi yang

tinggi banyak membawa kelebihan. Pemimpin mesti dapat menawan hati guru agar
matlamat sekolah tercapai. Komunikasi yang berkesan mempunyai daya pengaruh
yang tinggi terhadap guru-guru di sekolah. Pengetua yang berkemahiran komunikasi
tinggi dapat mempengaruhi dan memotivasi warga sekolah mencapai visi sekolah.
Pengetua bertindak sebagai pemimpin instruktional dapat mempengaruhi guru
supaya bersetuju melaksanakan program kurikulum secara sekarela. Guru dapat
menjalankan P & P dengan berkesan: memastikan pelajar jelas tentang apa yang
diajar, menggunakan pelbagai kaedah pengajaran, sering memberi dan menerima
maklum balas dan memantau perkembangan dan pencapaian setiap pelajar.
4.3

Kerjasama
Semua warga sekolah bekerjasama secara kolaboratif untuk mencapai matlmat

sekolah. Sikap tulus pemimpin dalam proses mempengaruhi dan meningkatkan


aspirasi guru dapat mensasar kepada matlamat yang dipersetujui (Kouzes dan Posner,
1995).

Penglibatan guru dalam membuat keputusan mempunyai korelasi yang

Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2

IAB Cawangan Utara

21

signifikan dengan rasa puas hati bekerja, tanggapan positif terhadap kepemimpinan
pengetua dan pencapaian akademik yang tinggi (Hussein, 1993).
Untuk memupuk kerjasama daripada pelbagai pihak, pengetua harus peka
terhadap segala caharan dan halangan, senitasa bertindak mendengar secara aktif dan
pemberi maklum balas yang mahir. Di samping itu, pengetua perlu bersifat syura
(open-minded) dan menangani masalah sekolah dalam keadaan menang- menang (winwin).
4.4

Penyeliaan dan Pemantauan


Pengetua sekolah harus mengambil tindakan untuk memastikan kejayaan

kurikulum seperti yang terkandung dalam Akta Pendidikan 531. Surat Pekeliling
Iktisas Bil 3 / 1987 menekan kepada tanggungjawab pengetua menyelia P & P,
memantau dan menilai pengajaran guru. Di samping itu, pengetua harus memastikan
guru mengajar, pelajar belajar, P & P mengikut proses yang betul.
Pemastian kualiti dalam proses penilaian diharuskan, PKPA Bil 1 / 1992.
Pengetua bertanggungjawb mencerap serta memantau prestasi pelajar dan menilai
prestasi sekolah. Selain itu, pengetua harus menjalankan tindakan pemulihan ke atas
proses P & P yang bermasalah.
Pengetua harus sedar bahawa semakin banyak pelajaran yang dikuasai,
semakin tinggi pencapaian pelajar. Pencapaian pelajar akan meningkat jika pelajar
belajar dengan bantuan guru.

Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2

5.

IAB Cawangan Utara

22

RUMUSAN
In many ways, the school principal is the most important and influential
individual in any school .. it is his leadership that set the tone of the
school, the climate for learning, the level of professionalism, the morale of
the teachers and the degree of concern for what students may or may not
become . if a school is vibrant, innovative, child-centred place; if it has
the reputation for excellence in teaching; if students are performing to their
best ability, one can almost always points to the principals leadership as
the key to success.
Sergiovanni,1995 : 83
Oleh itu, pemimpin memainkan peranan yang penting dalam kejayaan

organisasi sekolah. Pengetua hari ini harus berani menghadapi cabaran yang semakin
kompleks di sekolah pada abad ke-21. Kita sebagai penjawat awam agar bersikap
akauntibiliti dan telus, menyahut seruan YAB Datuk Seri Haji Abdullah Bin Ahmad
Badawi, Perdana Menteri kita ke arah pembina insan yang cemerlang, gemilang dan
terbilang.

Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2

IAB Cawangan Utara

23

BIBLIOGRAFI
Bass, B. M. (1990). From transactional to transformational leadership: Learning to
share the vision. Organizational Dynamics. 18, 19-31.
Direktori Sekolah-sekolah Menegah Conforming Malaysia. (2005). Majlis Pengetua
SMJK Malaysia. 182-183.
Fraser, B. J. (1989). Research synthesis on school and instructional effectiveness.
International Journal of Educational Research. 13(7), 707-719.
Hallinger, P., Bickman, L. & Davis, K. (1996). School context, principal leadership
and student achievement. Elementary School Journal. 96, 498-518.
Hussein Mahmood. (1993). Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur.
DBP.
Ibrahim Mamat. (1998). Pengetua Sekolah Menangani Isu dan Cabaran
Kepemimpinan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.
Kozes, J. M., & Posner, B. Z. (1995). The leadership challenge: How to keep getting
extraordinary things done in organization. San Francisco: Jossey-Bass Publishers.
Lussier, R.N. (2002). Human Relations in Organizations: Application and Skill
Building. Boston: Mc-Graw Hill.
Majalah Sekolah SMJK Heng Ee Pulau Pinang ke-20. 2005.
Mortimore, P. (1993). School Effectiveness and management of effective learning
and teaching. School Effectiveness and School Improvement, 4(4), 290-310.
Mortimore, P. (1995). Key characteristics of effective schools. Paper presented at
Seminar Sekolah Efektif. Institut Aminuddin Baki, 13-14 Julai, 1995.
Newman, F., Smith, B., Allenworth, E., & Bryk, A. (2001). Instructional program
coherence: What it is and why it should guide school improvement policy.
Educational Evaluation and Policy Analysis, 23(4), 297-321.
Muhamad Ali Embi (2003). Konsep Asas Pengurusan Sumber Manusia: Penggunaan
Konsep. KL: Utusan Publications.
Razali Mat Zin. (1996). Kepimpinan dalam Pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributions.
Recollections of Dato Father A. Julien: A lifetime of Dedication to Chinese
Education. 2005.
Sergiovanni, T. J. (1990). Value-added leadership: How to get extraordinary
performance in schools. San Francisco: Jossey-Bass Publishers.

Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2

IAB Cawangan Utara

24

Sergiovanni, T. J. (1995). The principalship: A reflective practice perspective.


Boston: Allyn and Bacon.
William, G. (1998). Choice Theory: A New Psychology of Personal Freedom. NY:
Harper Perennial.
Zafir Mohd Makhbul, Razilah Mohd Hasun. (2003). Mengurus Sumber Manusia.
Kuala Lumpur: Utusan Publicators.
Zainuddin Zakaria, Ziadatul Hidayah Zakaria (2006). Kemahiran Memimpin:
Pemimpin Terbaik Menetukan Kecemerlangan Organisasi. Kuala Lumpur: PTS
Professional.

PENGHARGAAN
En Balasandran A/L Ramaih,
Pensyarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara,
Jitra, Kedah.
En. Toh Kim Hock,
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Pulau,
Pulau Pinang.
Cik Leow Lee Hooi
Ketua Panitia Kemahiran Hidup,
AJK Kurikulum.
En. Tan Chee Kheng,
Guru Penyelaras Pencapaian Akademik,
SMJK Heng Ee.
Pn. Tan Ah Ewe,
Guru IT,
SMJK Heng Ee.
Warga SMJK Heng Ee.

Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2

IAB Cawangan Utara

25

KERTAS KERJA
SEMINAR KEPEMIMPINAN INSTRUKTIONAL

TAJUK
EFIKASI HAL EHWAL MURID DALAM KEPEMIMPINAN INSTRUKTIONAL
KE ARAH KECEMERLANGAN TRANSFORMASI SEKOLAH

SATU KAJIAN KES DI SMJK HENG EE PULAU PINANG

Pembentang:
EN GOH BOON POH
PN TEOH HONG KEAN

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

You might also like