You are on page 1of 10

Pengenalan

Disiplin merujuk kepada kawalan diri, kawalan dari luar, patuh kepada
autoriti, keadaan tempat bekerja yang teratur, urusan yang sistematik, cara yang
menetapkan peraturan atau hukuman dengan berkesan mengikut P. F. Oliva.
Dalam konteks masyarakat, disiplin boleh dimaksudkan sebagai peraturanperaturan yang telah dipersetujui oleh ahli-ahlinya untuk mewujudkan tingkah
laku yang sesuai demi menjamin kesempurnaan kehidupan mereka dalam
masyarakat itu. Di peringkat sekolah, disiplin merupakan peraturan-peraturan
yang dikenakan ke atas murid-murid dengan tujuan mengawal tingkah laku
mereka melalui hukuman atau ganjaran. Oleh itu, disiplin bilik darjah merupakan
peraturan-peraturan yang dikenakan ke atas murid-muridnya supaya mereka
berkelakuan baik dan mendisiplinkan diri semasa aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dijalankan.
Sinopsis
Dalam kajian kes What You Dont Know Can Hurt You!, watak utamanya
ialah John dan Richard. John merupakan seorang guru yang sedang
berpraktikum di sekolah ini

dan Richard merupakan seorang pelajar yang

berprestasi rendah dalam akedemiknya. Pada hari ini, John mengambil


keputusan untuk membuat kuiz dengan lima belas orang pelajar yang
mempunyai prestasi akademik yang berlainan sedangkan guru bimbingannya
tidak hadir pada hari tersebut. Tiba-tiba, beliau mengesan bahawa seorang
pelajar berprestasi tinggi dalam akademik yang bernama Chris telah bergaduh
dengan Richard dalam kelas. Beliau segera mengasingkan mereka berdua lalu
meneruskan pengajarannya. Namun begitu, Chris dan Richard bergaduh semula
selepas kelas tamat. John telah menghentikan pergaduhan mereka sekali lagi
dan menyuruh mereka balik ke kelas tetapi Richard telah berlari ke tempat lain.
Dalam kelas, John telah memikir kembali tentang kejadian tadi. Beliau berasa
sikap Richard yang teruk itu harus diambil tindakan maka beliau telah pergi
mencari Richard di tempat letak basikal. Richard mengatakan bahawa dia tidak
mempunyai masa untuk bercakap dengan John lalu mengayuh basikalnya dari

sana. John berasa amat geram dengan sikapnya lalu meminta guru penolong
kanan untuk mengambil tindakan disiplin terhadapnya.
Pada keesokan hari, John telah menyuruh Richard berjumpa dengan guru
penolong kanan untuk tindakan disiplin. John telah memberitahu kepadanya
bahawa tindakan disiplin diambil ke atas dia adalah kerana kejadian kelmarin di
mana Richard telah melarikan diri dan tidak balik ke kelas. Richard tidak berpuas
hati dengan hukuman tersebut kerana dia masih menganggap bahawa dia
dihukum adalah kerana dia bergaduh dengan Chris dan Chris yang juga terlibat
dalam pergaduhan ini tidak dihukum. Walaupun John telah menerangkan
kepadanya tentang sebab dia dihukum, Richard masih tidak berpuas hati.
Richard telah mengeluarkan kata-kata ungut terhadap John dan John juga
bercakap dengan kasar dan garang terhadapnya. Richard telah balik ke kelas
selepas dihukum. Dalam kelas, sikap Richard telah menjadi semakin teruk di
mana dia mengingkari arahan John. Melalui perbincangan John dengan seorang
guru Inggeris yang pernah mengajar Richard, beliau mengetahui bahawa
Richard tidak pernah menjadi masalah dalam kelas sebelum itu walaupun dia
merupakan seorang pelajar yang mempunyai masalah dalam disiplinnya. John
berasa amat kesal dengan tindakannya yang menyebabkan Richard berkelakuan
teruk dalam kelas.
Faktor-faktor pencetus isu
Kes ini berlaku kerana John tidak dapat menjangka tentang tingkah laku
yang akan dilakukan oleh Richard. Semasa John menyuruh Richard dan Chris
balik ke kelas, John menganggap kedua-dua murid tersebut akan balik ke kelas.
Beliau tidak menyangka bahawa Richard akan melarikan diri ke tempat lain.
Salah laku yang tidak dijangka oleh John ini telah menjadikannya marah lalu
mengenakan tindakan disiplin terhadap Richard. Selain itu, keperluan fisiologi
Richard tidak dipenuhi oleh John dalam bilik darjah maka berlakunya kes ini.
Richard tidak mempunyai rasa kepunyaan dalam kelas yang dipenuhi oleh
murid-murid yang berumur lebih muda daripadanya dan tindakan John yang
memberi perasaan kepada Richard bahawa dia tidak disayangi telah

mencetuskan isu tersebut. Akhir sekali, bilik darjah yang tidak kondusif telah
menjadikan salah satu faktor pencetus isu tersebut. John tidak mengendalikan
bilik darjahnya dengan baik di mana murid-murid telah mengagihkan kumpulan
berdasarkan

pencapaian

akademik

yang

secara

tidak

langsung

telah

mencetuskan pertandingan antara kumpulan berprestasi tinggi dengan kumpulan


berprestasi rendah dalam akademik.
Analisi kajian kes dan strategi-strategi yang boleh diambil
Dalam kajian kes ini, terdapat tiga model pengurusan disiplin boleh
dikenalpasti iaitu Model Modifikasi Tingkah Laku B.F. Skinner, Model Akibat
Logikal Dreikurs dan Model Terapi Realiti William Glasser.
Menurut Skinner, apabila sesuatu gerak balas atau tingkah laku yang
dihasilkan adalah memuaskan, peluang mengulang tingkah laku operan ini akan
bertambah. Jadi, Model Modifikasi Tingkah Laku B. F. Skinner telah
menggunakan prinsip peneguhan bagi meningkatkan tingkah laku yang diingini.
Terdapat dua jenis peneguhan iaitu peneguhan positif dan negatif. Peneguhan
positif diberi dalam bentuk hadiah, pujian, markah merit dan sebagainya.
Peneguhan ini bertujuan untuk meningkatkan tingkah laku murid yang diingini.
Peneguhan negatif pula merupakan stimuli yang dipindahkan atau dihapuskan
dengan tujuan menguatkan tingkah laku positif agar ia dapat diteruskan atau
menghapuskan tingkah laku negatif yang tidak diingini. Dalam kes ini, John telah
menggunakan peneguhan negatif bagi menghapuskan tingkah laku negatif yang
dilakukan oleh Richard. Richard telah melarikan diri ke tempat lain apabila John
menyuruhnya balik ke kelas. Bagi menghapuskan tingkah laku yang negatif ini,
John telah mengenakan hukuman kelas tahanan terhadap Richard. Penggunaan
model ini membawa kebaikan dan keburukan. Kebaikannya adalah seperti kesan
dapat dilihat dengan segera dan murid akan berpuas hati apabila menerima
ganjaran. Bagi keburukan model ini pula, murid-murid mungkin tidak akan
menunjukkan tingkah laku yang diingini apabila tiada ganjaran yang ditawarkan,
murid tidak berpuas hati dengan hukuman atau dendaan yang diberi dan model
ini tidak merangkumi cara-cara pencegahan masalah tingkah laku tetapi

tertumpu kepada pembetulan tingkah laku yang ditunjukkan. Dalam kes ini, John
telah mengenakan hukuman terhadap Richard di mana ia hanya dapat
membetulkan tingkah lakunya yang negatif buat sementara dan Richard mungkin
akan melakukannya sekali lagi pada masa akan datang.
Model Akibat

Logikal

Dreikurs

menekankanbahawa

guru

perlu

mengenal pasti punca kepada masalah tingkah laku. Kawalan kendiri pada
murid-murid amat penting

dalam pengurusan disiplin bilik darjah di mana

mereka akam menunjukkan inisiatif, boleh membuat keputusan yang munasabah


dan boleh memikul tanggungjawab yang memberi manfaat kepada diri sendiri
dan orang lain serta meningkatkan kualiti persekitaran mereka. Selain itu, rasa
kepunyaan

terhadap

bilik

darjah

memainkan

peranan

penting

dalam

pembentukan tingkah laku murid. Murid yang gagal memdapat rasa keupayaan
akan menggunakan cara yang salah untuk memenuhi keperluan tersebut.
Sebagai contoh dalam kajian kes ini, Richard yang lebih tua daripada rakan
sekelasnya telah bergaduh dengan rakan sekelasnya kerana dia tidak
mempunyai rasa keupayaan dalam kelasnya. Dia berasa rakan sekelasnya tidak
mengalu-alukan kehadirannya dalam kelas tersebut. Tingkah laku Richard
menjadi semakin teruk apabila John telah mengenakan hukuman kelas tahanan
terhadapnya. Richard tidak berpuas hati dengan dendaan tersebut kerana Chris
yang juga terlibat dalam pergaduhan tidak dihukum serta John telah
menggunakan corak autokratik semasa berkomunikasi dengannya. Jadi, Richard
telah membalas dendam terhadap John dengan membuat kekacauan dalam
kelas John serta mengeluarkan kata-kata ungut. Richard gagal untuk mengawal
diri kerana dia berasa dia tidak diterima dan disukai oleh guru dan rakan
sekelasnya.
Model yang ketiga ialah Model Terapi Realiti William Glasser. Model ini
menekankan tingkah laku manusia didorong oleh keperluan untuk memenuhi
empat keperluan asas iaitu rasa dipunyai dan disayangi, mempunyai kuasa dan
kawalan,

kebebasan

dan

keperluan

untuk

bersuka

ria.

Glasser

telah

menegaskan pengajaran mesti dilaksanakan lebih ke arah membimbing, tidak

menggunakan paksaan dan bukan bersifat memerintah. Dalam kes ini, keperluan
asas Richard tidak dipenuhi di mana dia tidak mempunyai rasa dipunyai dan
disayangi oleh guru dan rakan sekelas lalu bergaduh dengan Chris. John telah
bercakap kasar dengan Richard apabila mereka bertemu di bilik guru dan
tingkah laku ini telah menyebabkan Richard berasa dia tidak disayangi oleh guru.
Gaya kepimpinan John terhadap Richard lebih bersifat memerintah daripada ke
arah membimbing juga mendorong Richard mengganggu dalam kelas semasa
John sedang mengajar. John telah menggunakan cara autokratik untuk
mengawal kelasnya terutama semasa John mengarahkan Richard dan Chris
balik ke kelas. Gaya percakapannya yang mengarahkan membuatkan Richard
berasa dia tidak mempunyai kuasa dan kebebasan dalam kelasnya.
Bagi mengatasi masalah-masalah yang dikenal pasti di atas, beberapa
strategi perlu diambil. Pertama sekali, guru boleh memberi peneguhan negatif
yang bersesuaian dengan keadaan semasa bagi meningkatkan keberkesanan
Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner. Dalam kajian kes ini, hukuman kelas
tahanan terhadap Richard tidak memberi sebarang kesan terhadap tingkah
lakunya dan Richard telah bersikap lebih teruk lagi. Keadaan ini berlaku adalah
kerana peneguhan negatif yang diberi kepadanya tidak berkesan. Bagi
mengatasi masalah ini, John boleh menggantikan hukuman kelas tahanan
dengan mendenda Richard untuk lambat keluar pada masa rehat selama lima
minit untuk beberapa hari. Hukuman ini lebih baik daripada kelas tahanan kerana
dalam masa lima minit ini, John boleh mengambil kesempatan untuk memberi
nasihat kepadanya tentang kewajaran tingkah lakunya serta menjelaskan lagi
sebab dia mendenda Richard sahaja. John telah menarik balik

kebebasan

Richard untuk berehat selama dua puluh minit dan memendekkannya kepada
lima belas minit. Selepas beberapa hari, Richard dapat menyedari bahawa kesan
buruk yang akan dibawa kepadanya bagi tingkah laku tersebut maka dia akan
membetulkan tingkah lakunya.
Strategi yang kedua ialah mengadakan sistem token di dalam kelas di
mana ganjaran diberi kepada murid atau kumpulan yang mendapat paling

banyak token. Dalam sistem token ini, John boleh menyenaraikan tingkah laku
spesifik yang akan diberikan token yang bersesuaian dengan kelas tersebut.
Ganjaran yang diberi mungkin akan diberitahu oleh guru atau tidak. Dalam kajian
kes ini, John harus menjalankan sistem token yang berdasarkan kumpulan.
Melalui sistem ini, Richard akan berasa dia diterima oleh rakan sekelasnya dan
guru kerana dia juga terlibat. John harus menetapkan ahli kumpulan dan bukan
mengikut kehendak murid kerana mereka akan membahagikan kumpulan
berdasarkan prestasi akademik masing-masing. Pembahagian kumpulan yang
adil ini dapat mengelakkan mereka daripada bertanding antara kumpulan
berprestasi tinggi dan kumpulan berprestasi rendah dalam akademik. Richard
juga dapat mempunyai rasa kepunyaan dalam kelas kerana tingkah lakunya
akan mempengaruhi bilangan token yang diberi kepada kumpulannya dan dia
juga dapat bekerjasama dengan ahli kumpulannya bagi mendapatkan ganjaran
lalu mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Komunikasi antara mereka
dapat dipertingkatkan di mana pergaduhan dapat dielakkan daripada berlaku di
kelas ini.
Selain itu, strategi yang boleh digunakan untuk Model Akibat Logikal
Dreikurs ialah guru boleh menggunakan cara komunikasi yang berkesan
terhadap murid agar dapat menangani masalah murid-murid yang mempunyai
motif-motif yang salah dalam mempamerkan tingkah laku mereka. Guru harus
selalu memberi galakan kepada mereka untuk melakukan tingkah laku yang
positif, memahami pemikiran mereka melalui perbincangan, mengenal pasti
kesulitan atau kelemahan mereka dan sebagainya. Dalam kajian kes ini, John
harus memahami sebab Richard melarikan diri dari kelas dan ketidakupayaan
dia tinggal di sekolah selepas waktu persekolahan. John tidak boleh terus
mengenakan hukuman terhadap Richard kerana Richard mungkin mempunyai
sebabnya yang tersendiri dan dia tidak mahu memberitahu orang lain. Bagi
masalah ini, John harus menggunakan cara berkomunikasi yang betul seperti
bercakap dengan Richard dengan menggunakan nada yang sopan dan tidak
mengarahkan untuk mengetahui masalah atau kesulitan yang dihadapi olehnya.
Melalui interaksi yang berkesan antara John dan Richard, John akan dapat

mengetahui tentang motif Richard mempamerkan tingkah laku sedemikian lalu


membimbing Richard ke arah membuat pilihan yang betul untuk tingkah lakunya.
Strategi yang kedua pula ialah guru boleh merancang aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang bersesuaian untuk murid-murid yang mempunyai
pelbagai tahap pembelajaran. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
bersesuaian dapat melibatkan semua murid serta dapat menngenal pasti dan
mengasah bakat mereka. Dalam kajian kes ini, John boleh mengenal pasti
kelebihan pada Richard dahulu sebelum merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajarannya. Sebagai contoh, Richard mungkin berbakat dalam melukis
maka John boleh menyuruh Richard menolongnya melukis gambar binatang,
tumbuh-tumbuhan atau benda bukan hidup di papan hitam sebagai salah satu
cara untuk melibatkannya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Secara
tidak langusng, Richard akan berasa dia memang mempunyai bakat dalam
melukis dan guru telah memberi peluang kepadanya untuk menunjukkan
kelebihannya. Jadi, Richard akan berminat untuk menghadiri kelas John kerana
dia dapat melibatkan diri dalam aktivti serta dapat menunjukkan kebolehannya
kepada rakan sekelasnya.
Untuk model yang ketiga pula iaitu Model Terapi Realiti Glasser, guru
boleh

memenuhi

keperluan-keperluan

psikologi

asas

murid

sambil

menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Keperluan-keperluan asas ini


boleh dipenuhi melalui pembentukan kurikulum yang berkualiti. Dalam kajian kes
ini, John boleh merancang kurikulum yang berkualiti di mana aktiviti pengajaran
dan pembelajaran

adalah berpusatkan murid. Sungguhpun John telah

menjalankan kuiz dalam kelas ini bagi menghasilkan satu kurikulum yang
berkualiti, pergaduhan masih berlaku kerana murid-murid dalam kelas ini telah
membahagikan

kumpulan

berdasarkan

pencapaian

akademik.

Bagi

meningkatkan lagi kualiti kurikulum yang dijalankan oleh John ini, beliau harus
menentukan ahlli kumpulan dahulu sebelum bermula. Beliau boleh memberi
kuasa kepada murid untuk memilih ahli kumpulan tetapi dengan syaratnya setiap
kumpulan harus mempunyai murid yang pandai, sederhana dan kurang pandai.

Dalam aktiviti kumpulan, murid-murid dapat bebas untuk bersuka ria dengan ahli
kumpulannya dan setiap ahli dapat berasa dipunyai dan disayangi oleh rakan
sekelas mereka dan guru.
Di samping itu, strategi yang lain yang boleh digunakan untuk model ini
ialah membina satu bilik darjah yang berkualiti iaitu membetuk satu keadaan di
mana hubungan guru dan murid adalah baik. Guru harus menggunakan cara
berkomunikasi yang bersesuaian iaitu mengelakkan daripada mengarah dan
memerintah murid melakukan seusatu. Guru boleh menggunakan perkataan
yang sesuai seperti minta, bolehkah dan sebagainya yang memberi murid-murid
satu perasaan bahawa mereka boleh berbincang dengan guru. Dalam kes ini,
John boleh meminta Richard dan Chris balik ke kelas dengan menggunakan ayat
yang sesuai seperti Bolehkah cikgu meminta bantuan daripada anda?, Bolehkah
anda duduk di tempat duduk anda untuk berehat seketika? dan lain lain.
Penggunaan ayat yang sopan dan penuh dengan nada meminta bantuan
daripada guru kepada muridnya dapat membina satu hubungan guru dan murid
yang baik kerana mereka berasa mereka dapat berbincang dengan guru,
meluahkan pendapat mereka, mempunyai kebebasan untuk membuat pilihan
sama ada balik ke kelas atau tidak, dan sebagainya.
Selain daripada strategi-strategi yang dibincangkan di atas, terdapat cara
lain yang juga boleh digunakan untuk menyelesaikan isu tersebut. Antaranya
ialah guru di sekolah boleh dihantar ke kursus yang berkaitan dengan
pengurusan emosi agar mereka dapat memahami emosi yang ada pada
manusia serta cara menanganinya. Pihak sekolah juga boleh menghantar lebih
daripada seorang guru pembimbing untuk John agar perancangan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran John dapat dipantau pada setiap masa dan sesuai
untuk digunakan dalam kelas-kelas tertentu.
Secara kesimpulan, model-model pengurusan disiplin yang disebutkan di
dapat menjadikan pengurusan bilik darjah seseorang guru berkesan jika beliau
menggunakan strategi yang tepat. Model-model pengurusan displin ini dapat
membantu guru dalam memahami keperluan murid, meramal, mengatasi atau

mencegah masalah disiplin yang mungkin berlaku di dalam kelas, membentuk


bilik darjah yang berkualiti, menghasilkan kurikulum yang berkualiti dan akhirnya
melahirkan modal insan yang berkualiti.

Bibliografi
Andrius, J. The Glasser Model of Discipline. Dimuat turun dari
http://www.teachermatters.com/classroom-discipline/models-ofdiscipline/the-glasser-model.html
Haliza, H., & Samuel, J. N. (2009). Pengurusan Bilik darjah dan Tingkah Laku.
Selangaor Darul Ehsan: Oxford fajar Sdn. Bhd.
Kelly, M. How To Handle Discipline Problems with Effective Classroom
Management. Dimuat turun dari
http://712educators.about.com/od/discipline/ht/class_manage.htm
Metu.edu.tr. The Social Discipline Model Of Rudolf Dreikurs. Dimuat turun dari
http://www.metu.edu.tr/~e133376/project/The%20Social%20Discipline
%20Model%20of%20Rudolf%20Dreikurs.htm
Mok, S. S. (2011). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Myint, S. K., Lourdusamy, A., Auek, C. L., & Wong, F. L. (2004). Teaching And
Classroom Management. Singapore: Pearson Education South Asia Pte
Ltd.
Myint, S. K., Lourdusamy, A., Auek, C. L., & Wong, F. L. (2005). Classroom
Management. Singapore: Pearson Education South Asia Pte Ltd.
Omardin, A. (1998). Peranan, Tugas Dan Tanggungjawab Guru Di Sekolah.
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

You might also like