You are on page 1of 6

KAJIAN KES 3 Pengenalan : Konsep disiplin bilik darjah.

Perkataan disiplin berasal daripada perkataan Latin disciplina yang bermaksud mengajar. Manakala kamus bahasa membawa maksud kawalan yang diperoleh daripada penguatkuasaan peraturan. Ringkas katanya, disiplin merupakan satu set peraturan yang dikenakan untuk mengawal murid dan mendapatkan tingkah laku yang diingini. A. Huraikan apa yang anda faham tentang kes yang dikaji. (What do I need to know?) Terdapat beberapa watak dalam kajian kes3 ini. Antaranya adalah Cikgu praktikal John, Richar,Chris, En.Robert dan Cikgu Bahasa Inggeris. Watak utama dalam kajian kes ini adalah Cikgu praktikal John yang ditugaskan untuk mengendalikan kelas yang terdiri daripada 15 orang pelajar. Manakala watak utama yang kedua adalah Richard seorang pelajar yang kurang cemerlang dalam kelas tersebut dan mengalami masalah tingkah laku. Situasi kajian kes ini adalah John sebagai guru praktikal cuba menguruskan pelajar Richard yang menunjukkan masalah disiplin. Tetapi keadaan bertambah buruk kerana Cikgu John tidak mempunyai pengetahuan sedia ada tentang Richard yang menghadapi masalah tingkah laku selama ini. Cikgu John juga berasa serba salah kerana beliau telah menjadi punca utama bagi berlaku masalah ini. Jika berliau mempunyai maklumat sedia ada tentang latar belakang pelajar, kemungkinan besar beliau dapat mengelakkan daripada berlaku perkara ini. Situasi bermula setelah Cikgu John mengendalikan aktiviti berbentuk kuiz antara kumpulan. Tidak lama kemudian, baru Cikgu John menyedari bahawa pelajar telah membentuk kumpulan berdasarkan kecemerlangan akademik dan bangsa. Tiba-tiba berlaku pergaduhan antara Richard (pelajar kurang cemerlang) dengan Chris (pelajar cemerlang). Cikgu John cuba menyelesaikan masalah di antara mereka. Tetapi Richard tidak akan memberi kerjasama dan mencetuskan perasaan marah Cikgu John.

Keadaan bertambah buruk ketika Cikgu John membuat aduan tindakan disiplin. Ini kerana Richard telah berganggap bahawa Cikgu John tidak adil terhadapnya. Richard tidak memberi peluang dan tidak mendengar penjelasan Cikgu John terus bertindak ganas dalam kelas. John terpaksa memanggil cikgu lain untuk menenangkannya.

B. Apakah model yang saya perlu tahu untuk memahami dengan mendalam kes yang dikaji? (What do I need to know?) Antara model-model yang saya perlu tahu bagi memahami kes kajian ini adalah Model Pengurusan Kelompok oleh Jacob S.Kounin, Model Akibat Logikal oleh Dreikurs dan Model Modifikasi Tingkah Laku oleh B.F.Skinner. Selain itu, memahami modelmodel ini dapat memberikan panduan tentang pengurusan disiplin dan tingkah laku dari pendekatan yang berbeza. Model Pengurusan Kelompok Model Pengurusan Kelompok oleh Jacob S.Kounin telah menekankan kepada pengawasan dan penyeliaan yang teliti guru dalam pengurusan bilik darjah. Manakala, pengurusan tingkah laku dalam bilik darjah adalah berkaitan dengan kebolehan guru untuk mengawasi kesemua perkara yang berlaku di dalam bilik darjahnya pada setiap masa. Selain itu, pengawasan ini juga menjadi cara untuk menangani masalah sebelum menjadi masalah disiplin yang serius. Dalam kes ini, Cikgu John dengan segera telah meleraikan Richard dan Chris yang bergaduh. Keadaan ini menunjukkan bahawa Cikgu John sedar dan mengawasi pergerakkan dalam bilik darjah sejajar dengan istilah wititness yang terdapat dalam model ini. Tetapi daripada pandangan saya, pergaduhan ini juga boleh dielakkan oleh Cikgu John dengan mengawasi keadaan pelajar. Cikgu John sudah menyedari bahawa pelajar-pelajar tersebut telah membentuk kumpulan berdasarkan kecermerlangan akademik dan bangsa. Mungkin beliau boleh bertindak membentukan kumpulan semula

dengan adil. Hal ini dapat mengelakkan keadaan bertambah serius sehingga Richard dan Chris bergaduh. Model Akibat Logikal Model Akibat Logikal oleh Dreikurs telah menekankan guru perlu mengenalpasti punca salah laku dan murid perlu dibimbing untuk memahami peraturan di dalam bilik darjah. Menurut model ini, kebanyakan masalah disiplin berpunca daripada perebutan kuasa antara guru dengan murid. Hal ini berlaku kerana pelajar berasa tertekan dan bertindak mencabar kewibawaan guru. Contohnya seperti dalam kes ini, Richard berasa tertekan kerana Cikgu John memberi surat tindakan disiplin kepadanya. Lalu Richard mula bertindak ganas terhadap Cikgu John sehingga Cikgu John tidak dapat mengawal Richard dan terpaksa memanggil guru lain. Pada pandangan saya, ketika murid bertindak mencabar kewibawaan guru seperti enggan memberi kerjasama dan bersikap degil, seorang guru harus mengelakkan diri daripada melepaskan emosi kepada murid tersebut. Hal ini kerana, tindakkan sebegini akan menyebabkan keadaan bertambah buruk. Sebaliknya, guru perlu bertenang, memanggil murid secara individu dan cuba kenal pasti punca kelakuan mereka.Dalam kes ini Cikgu John cuba berbincang dengan Richard tetapi pada awalnya Richard tidak bekerjasama dan ini telah menyebabkan Cikgu John berasa marah terhadap Richard. Cikgu John telah cepat berputus asa dan bertindak emosi. Mungkin Cikgu John boleh bercuba beberapa kali berjumpa dengan Richard ataupun boleh berbincang masalah ini dengan guru-guru yang lain sebelum membuat tindakan disiplin. Model Modifikasi Tingkah Laku Model Modifikasi Tingkah Laku oleh B.F.Skinner telah menekankan prinsip peneguhan yang menggunakan elemen-elemen luaran untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini. Elemen-elemen luaran ini berupa peneguhan-peneguhan yang menjadi rangsangan untuk meningkatkan tingkah laku yang dikehendaki. Peneguhan positif ialah rangsangan yang diberikan untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini manakala peneguhan negative ialah rangsangan dikeluarkan untuk meningkatkan

tingkah laku yang diingini. Kedua-dua ini berbeza dengan denda ataupun hukuman yang diambil untuk mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini. Tindakan Cikgu John dalam kes ini adalah melalui mengenakan tindakan disiplin dan mendenda Richard untuk menghadiri kelas tahanan di atas kesalahannya. Pada pandangan saya, pelajar perlu tahu dengan jelas sebab dikenakan denda atasnya. Dalam kes ini walaupun Cikgu John mencuba memberitahu sebabmengenakan denda kepada Richard, Cikgu John masih gagal memberitahu sebab Richard dikenakan denda dan ini menyebabkan Richard berasa Cikgu John tidak adil kepadanya dan bertambah marah. Mungkin Cikgu John boleh mengambil inisiatif bagi memberitahu sebab dikenakan tindakan disiplin melalui guru-guru yang lain. Hal ini kerana pentingnya pelajar jelas atas sebab dikenakan hukuman supaya dapat mengurangkan ataupun berhenti tingkah laku yang tidak diingini. C. Apakah strategi-strategi yang mungkin boleh diambil untuk membantu menyelesaikan kes yang dikaji.(What possible strategies can be taken to solve this case problem?) Pertama sekali, Cikgu John perlu mempunyai pengetahuan mengenai latar belakang murid supaya dapat mengelakkan keadaan yang boleh mencetuskan pergaduhan. Contohnya Cikgu John mungkin dapat mengelakkan daripada Richard berperangai ganas terhadapnya jikalau Cikgu John tahu bahawa Richard mempunyai masalah tingkah laku selama ini. Cikgu John mungkin boleh berbincang bersama guru-guru yang lain mengenai latar belakang muridnya. Selain itu, Cikgu John perlu mempunyai kemahiran mengawasi setiap pelajar yang dipanggil Withitness. Hal ini supaya kemahiran mengawasi perlakuan pelajar dapat mengelakkan berlaku masalah disiplin yang lebih serius. Contohnya, dalam kes ini pada suatu masa Cikgu John menyedari bahawa pengagihan kumpulan tidak seimbang. Mungkin Cikgu John boleh memberi arahan supaya membentuk kumpulan yang seimbang darisegi taraf kecemerlangan dan bangsa. Kemungkinan besar, bertindak segera ini dapat mengelakkan anatara Richard dan Chris. daripada berlaku pergaduhan

Selain itu, mengikut Model Akibat Logikal oleh Dreikurs, Cikgu John sepatutnya tenang dan tidak mengambil keputusan bagi menggenakan tindakan disiplin atas Richard. Hal ini kerana, tindakan Cikgu John mengikut emosinya atas Richard mungkin tidak adil dan Richard mempunyai sebab yang munahsabah bagi tindakannya. Oleh itu, lebih sesuai Cikgu John mengenakan tindakan tatatertib atas John selepas mendengar kata-kata daripada Richard. Selain itu, mengikut pandangan Dreikus guru perlu mengenal pasti punca salah laku pelajar. Mungkin, Cikgu John lebih sesuai bertindak segera memberi hukuman ataupun menyelesaikan masalahnya semasa Richard dan Chris mula bergaduh. Bukannya selepas waktu mengajar. Tindakan ini mungkin dapat memberi suatu pandangan yang adil kepada Richard dan Chris. Dan ini juga dapat memberi satu pengajaran supaya tidak boleh bergaduh dalam kelas. Selain itu, mengikut Model Modifikasi Tingkah Laku oleh B.F.Skinner. Cikgu John sepatutnya jelas memberitahu sebab dihukum. Hal ini kerana, seorang murid mula bertindak membalas dendam apabila guru dilihat sebagai bersikap tidak adil. Walaupun, Cikgu John mencuba menjelaskan beberapa kali sebab dihukum, Richard enggan mendengarnya. Oleh itu, mungkin Cikgu John mengambil tindakan bagi memberitahu sebab dihukum melalui guru-guru yang lain. Selain itu, mungkin Cikgu John menghukum kedua-dua pelajar Richard dan Chris segera ketika mereka bergaduh ke bilik guru penolong kanan. Hal ini dapat merencatatkan perlakuan negative mereka kedua-dua iaitu bergaduh semasa guru mengajar. Dan ini juga tidak mencetuskan perasaan tidak puas hati Richard terhadap Cikgu John. Mereka juga jelas sebab dikenakan hukuman dan kemungkinan besar tidak bergaduh lagi kerana takut didenda lagi. Selain itu, Cikgu John juga boleh menggunakan strategi yang lain bagi menagani masalah ini dengan menggunakan pendekatan yang lain. Contohnya, Cikgu John mungkin boleh menggunakan Model Terapi Realiti terhadap Richard. Di mana John berbincang dengan Richard dan menetapkan perjanjian dan akibat yang patut diberikan apabila perjanjian tingkah laku dilanggar. Di sini Cikgu John dapat

memberi suatu kepercayaan kepada Richard dan ini dapat lebih membina hubungan positif antara Cikgu John dengan Richard. Selain itu, Cikgu John juga perlu pandai menunjukkan rasa kasih sayang dan prihatin terhadap pelajar terlebih dahulu supaya pelajar lebih berminat dan suka kepadanya. Ketika Cikgu John berjaya membentuk persekitaran yang demokratik sebegini lebih senang bagi dia untuk memberi arahan dan untuk mengawal murid. Mungkin Richard dapat mendengar arahan ataupun kata-kata Cikgu John dengan baik dan dapat mengelakkan daripada keadaan bertambah serius.

You might also like