You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA EKONOMI RUMAH TANGGA KALI PERTAMA

TAHUN 2014 DAERAH JELEBU JEMPOL

TARIKH

8 APRIL 2014

HARI

SELASA

MASA

2.30 PETANG

TEMPAT

BILIK GERAKAN SMK LUI BARAT

Kehadiran :
1. Pn Saripah Bt Mohd Nor
2. En Yussaini Bin Noran

:
:

3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

:
:
:
:
:
:
:

Cik Nurul Aini Bt Mad Apandi


Pn Asma Shahida Bt. Ahmad
Pn. Nooradila Bt Mohd Ali
Pn Rozita Bt Othman
Pn Norma Bt Md Jusa
Pn Siti Salina Bt Sanusi
Pn. Rahimah Bt Mohd Arsat

(Pengetua SMK Lui Barat)


(KB Teknik & Vokasional SMK Lui
Barat)
(S/U Panitia ERT Daerah Jelebu Jempol)
SMK Palong 11
SMK Batu Kikir
SMK Teriang Hilir
SMK Pasoh 2 (Felda)
SMK Seri Jempol
SMK Serting Hilir Kompleks

AGENDA MESYUARAT
1.0

ALUAN PENGERUSI
1.1

1.2

Pengerusi mengalu-alukan kedatangan kepada wakil guru ERT


ke SMK Lui Barat yang menjadi Tuan Rumah Panitia Ekonomi Rumah
Tangga (ERT) Daerah Jempol dan Jelebu. Penghargaan juga ke atas
semua guru yang hadir ke Meysuarat Panitia ERT Sekolah Menengah
Daerah Jempol dan Jelebu Kali Pertama Tahun 2014.
Pengerusi juga berharap agar mesyuarat ini mampu mencari resolusi
untuk meningkatkan pencapaian mata pelajaran ERT dalam
Peperiksaan SPM terutama dalam daerah Jempol dan Jelebu.

2.0

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1
Cadang
:
Puan Siti salina Bt Sanusi (SMK Seri Jempol)
Sokong
:
Puan Norma Bt Jusa
(SMK Pasoh 2)

3.0

PERKARA BERBANGKIT
3.1

Lawatan ke Imperia College of Hospitality tidak dapat dilaksanakan


atas sebab-sebab tertentu.
1

Tindakan : Makluman semua guru


4.0

POST-MORTEM SPM MATA PELAJARAN ERT 2013


4.1

Pengerusi mengucapkan tahniah atas kenaikan mendadak keseluruhan


Peperiksaan SPM bagi mata pelajaran ERT tahun 2013.Oleh itu,
pengerusi memohon agar wakil daripada setiap sekolah tersebut
berkongsi rahsia kejayaan atas kenaikan GPMP mata pelajaran ERT

4.2

tersebut.
Keputusan mata pelajaran ERT (SPM) Tahun 2013 dirujuk pada
LAMPIRAN

Respon Pn Rozita Bt Othman (SMK Teriang Hilir)


Penekanan dalam soalan Kertas 2 iaitu mengira nilai tenaga, murid
mesti dapat jawab dengan betul dan tepat iaitu sebanyak 11 markah
-

untuk pengiraan dan 4 markah untuk soalan struktur.


Manakala Bahagian C, soalan lebih cenderung kepada Bab Pencernaan
dan Penyerapan. Oleh itu, murid perlu hafal setiap proses yang berlaku
dalam pencernaan dan penyerapan. Untuk Kertas 1, murid perlu
membuat latih tubi agar murid ingat dan biasa dengan format SPM

Respon Pn Nooradila Bt Mohd Ali (SMK Batu Kikir)


Kualiti murid pada tahun 2013 adalah baik dan terkawal. Hal ini secara
tidak langsung memudahkan proses PDP berlangsung tanpa
mengalami isu yang besar.
Respon Pn Norma Bt Jusa (SMK Pasoh 2)
Ketidakhadiran murid ke sekolah mendatangkan banyak masalah iaitu
murid akan sukar memahami apa-apa yang diajarkan oleh guru kerana
-

mereka ketinggalan silibus.


Guru mengumpul soalan 5 tahun ke belakang dan soalan percubaan
negeri sebagai latih tubi. Bertanya kepada guru penanda soalan dan
meminta bahan daripada guru berpengalaman sebagai rujukan. Guru

juga boleh menggunakan modul MTEK dalam PDP.


Respon Pn Rahimah Bt Mohd Arsat (SMK Serting

Hilir

Kompleks)
Kumpulan murid yang mengambil mata pelajaran ERT tahun 2013
adalah sederhana. Hal ini memudahkan guru untuk membentuk murid
untuk mencapai target masing-masing.
2

Respon Pn Siti Salina Bt Sanusi (SMK Seri Jempol)


Masalah ketidakhadiran ke sekolah mempengaruhi prestasi murid
kerana murid yang mendapat gred E adalah murid yang kerap tidak
hadir ke sekolah walupun sudah dihantar ke sesi kaunseling.
Muird yang mendapat gred A adalah murid yang mampu untuk buat

soalan ERT dengan cemerlang. Oleh itu, latih tubi secara berterusan
sangat membantu prestasi murid.
Selain tu, teknik hafalan untuk isi-isi penting turut membantu murid

untuk mengingat.
Respon Pn Asma Shahida Bt Ahmad (SMK Palong 11)
Kelas tambahan yang diadakan oleh pihak sekolah membantu
meningkatkan prestasi murid.
Respon Cik Nurul Aini Bt Mad Apandi (SMK Lui Barat)
Masalah ketidakhadiran murid ke sekolah menyumbang kepada dua
orang murid yang gagal. Sikap murid yang ambil lewa dengan latihan
yang diberikan oleh guru menyukarkan pemahaman murid terhadap
sesuatu topik. Tambahan pula, guru baru pertama kali mengajar mata
pelajaran ERT SPM.

5.0

PROGRAM TAHUNAN PANITIA ERT DAERAH JEMPOL DAN


JELEBU 2014
5.1
En Yussaini B Noran (KB Teknik & Vokasional SMK Lui Barat)
membentangkan Program Tahunan Panitia ERT Daerah Jempol dan
Jelebu Tahun 2014 seperti berikut :

BIL

PROGRAM

SASARAN

Bengkel Teknik Menanda -Wakil 2 orang


mata

pelajaran

TARIKH

KOS /

PELAKSANAAN

SUMBER

Mei

ERT guru bagi setiap

PIBG

(SPM)
2

sekolah
- 14 orang guru
Aktiviti Bersama Kolej Wakil 4 orang

Peruntukan

Komuniti Jelebu
murid
- Kursus Jangka pendek
seorang

dan

Jun

Peruntukan
PIBG

guru
3

Penghasilan

Pizza

Cream

Mushroom sekolah
28 orang murid
7 orang guru
Blueberry

of

Soup
Kursus
3

Cheese Cake
Bengkel
Menjawab Soalan

dan bagi

setiap

Teknik 56 orang murid


7 orang guru

Awal Ogos

Peruntukan
PIBG

Makluman dan Tindakan : Semua guru


6.0

HAL-HAL LAIN
6.1
Pn Asma Shahida Bt Ahmad dari SMK Palong 11 mencadangkan agar
Bengkel Teknik Menjawab Soalan ERT dilaksanakan lebih awal agar

6.2

murid dapat aplikasikan sebelum Peperiksaan Percubaan SPM.


Tindakan : S/U Daerah
Pn Rozita Bt Othman dari SMK Teriang Hilir mengusulkan agar Kem
Bengkel Teknik Menjawab diadakan untuk memberi lebih ramai
penyertaan murid dan pengalaman baharu kepada murid.
Tindakan : S/U Daerah

7.0

PENUTUP
7.1
Pengrusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan perkongsian
pandangan oleh guru ERT sepanjang mesyuarat berlangsung. Beliau
berharap agar prestasi mata pelajaran ERT Daerah Jempol dan Jelebu
dapat ditingkatkan seiring dengan mata pelajaran yang lain.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang.

Disediakan oleh,
..........................................
(NURUL AINI BT MAD APANDI)
S/Usaha Panitia ERT,
Daerah Jempol dan Jelebu
Negeri Sembilan Darul Khusus

Disemak oleh,
..............................................
(PN SARIPAH BT MOHD NOR)
Pengetua
SMK Lui Barat
Negeri Sembilan Darul Khusus

You might also like