You are on page 1of 15

1

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0

Pengenalan

2.0

Perbincangan
2.1
Latar Belakang Herbert Spencer
2.1.1 Pendidikan
2.1.2 Pekerjaan
2.1.3 Karya
2.2
Teori
2.2.1 Survival Of Fittest
2.2.2 Structural-Functionalist Theorist
2.3 Hasil Karya
2.4 Sumbangan

3
3
5
5
6
7
8
9
10
12

3.0

Kesimpulan

14

4.0

Bibliografi

15

PENGENALAN

Sosiologi merujuk kepada sesuatu bidang ilmu pengetahuan moden. Sosiologi merupakan kajian
saintifik mengenai tingkah laku manusia. Ini menujukkan kepada kita bagaimana semua ini

bergabung dan dapat mempengaruhi tingkah laku manusia. Hal ini untuk kepentingan individu
mahupun masyarakat atau memberikan cara dan pandangan terhadap masalah-masalah sosio
budaya yang ada di dalam sesebuah masyarakat.
Ahli sosiologi melihat masyarakat daripada beberapa sudut yang berbeza. Ada yang
melihat masyarakat dan persekitaran sebagai sesuatu keadaan yang stabil dan sesuatu yang
bergerak secara berterusan. Ada diantara mereka pula melihat masyarakat daripada kelompokkelompok yang berkonflik dan sentiasa bersaing untuk mendapatkan sumber-sumber yang
terhad. Selain itu, ahli sosiologi juga turut meminati terhadap aspek-aspek yang mempersonakan
dalam suasana sosial masyarakat seperti unsur-unsur interaksi antara individu.
Oleh itu dalam pengertian yang paling umum teori sosiologi ialah satu set andaian
tentang masyarakat, fenomena sosial dan tingkah laku manusia. Pada asasnya teori sosiologi
merupakan perhatian kepada penerangan ramalan secara tentang sifat, pola dan aspek-aspek
perhubungan manusia dalam masyarakat. Teori sosiologi biasanya menyatukan hasil pemerhatian
tentang kehidupan sosial ke dalam satu pola yang padu.

PERBINCANGAN
2.0

Perbincangan

Dalam perbincangan ini membincangkan mengenai latar belakang Herbert Spencer dari segi latar
belakang keluarganya, pendidikan, teori, hasil karya dan juga sumbangan beliau dalam
perkembangan dunia sosiologi.
2.1 Latar Belakang Herbert Spencer
Teori-teori tersebut sangat penting untuk difahami dan dipelajari. Terdapat pelbagai tokoh yang
mengeluarkan teori. Diantaranya ialah Karl Max, Max Weber, Emile Durkheim, Herbert Spencer
dan lain-lain. Menurut Herbert Spencer, sosiologi adalah ilmu yang menyelidik tentang susunan
keseluruhan atau suatu sistem. Herbert Spencer juga merupakan seorang ahli sosiologi Inggeris
yang bersependapatan dengan Comte tentang statik sosial dan dinamik sosial. Beliau telah
melihat masyarakat sebagai satu sistem biologi yang terdiri daripada bahagian yang saling
berhubungan. Menurut beliau lagi, masyarakat terdiri daripada institusi iaitu terdiri daripada
keluarga, agama, pendidikan, kerajaan dan ekonomi. Hal ini seperti tubuh badan manusia yang
terdiri daripada organ.
Seterusnya, beliau lebih menfokuskan kepada struktur dan sumbangan struktur
kepada kewujudan masyarakat. Herbert Spencer beranggapan dan percaya bahawa dunia ini
akan berkembang dengan lebih baik jika masyarakat mengikuti struktur yang disebut dalam
Structural-Functionalist Theorist. Beliau mengatakan bahawa kerajaan tidak seharusnya
masuk campur dalam perkembangan masyarakat.
Satu proses semulajadi berlaku ke atas manusia yang membolehkan mereka
terus hidup dan membiak. Begitu juga apa yang berlaku kepada masyarakat. Masyarakat
akan menyesuaikan kepada persekitaran dan mereka akan bersaing untuk terus hidup dan
maju ke hadapan manakala yang lemah akan kalah dan terus mundur. Ini lebih kepada
teori Survival Of the Fittest.

Herbert Spencer dilahirkan pada 27 April 1820 di sebuah kota kecil Deribyshire,
Midland. Beliau merupakan anak tunggal kepada seorang guru sekolah iaitu anak kepada
Willlian George Spencer. Pada mulanya, beliau mempunyai sembilan orang adik-beradik namun
kesemuanya telah meninggal akibat serangan penyakit misteri yang melanda tika itu (George
Ritzer 1996).
Keluarga Spencer telah bergelut untuk melawan penyakit itu dari kehidupan masyarakat
Inggeris zaman Victoria abad ke-19. Masyarakat Inggeris yang memasuki Revolusi Industri
terperosok kedalam masalah industri yang sangat suram sekaligus amat merisaukan. Hal ini
kerana, pada ketika itu bangunan-bangunan yang selalu menjadi tempat masyarakat berkumpul
tidak dijaga dengan baik, kotor dan berlaku banyak kerosakan. Tempat tinggal beliau juga
dipenuhi dengan asap-asap hitam yang menyebabkan pencemaran dan penyakit. Akhir riwayat
beliau berakhir pada tarikh Disember 1903 di Bringthon.

2.1.1

Pendidikan

Disebabkan penyakit yang dihadapi oleh Herbert Spencer ketika waktu kecil, beliau menjalani
pendidikan dirumah sahaja. Dirumah, beliau dididik dalam ilmu empirik oleh ayahnya. Ilmu
empirik merupakan ilmu dari segi pemerhatian bukan teori.
Bapa saudaranya, pendeta Thomas Spencer dan pendeta Hinton Charterhouse memberi
pendidikan formal yang terhad kepada Spencer dengan mengajar beliau subjek matematik dan
fizik serta Bahasa Latin untuk membolehkan beliau

untuk menterjemahkan beberapa teks

dengan mudah.
Manakala Derby Philosophical Society memperkenalkannya kepada konsep-konsep
pra-Darwinian evolusi biologi, khususnya Erasmus Darwin dan Jean-baptiste Lamarck.

2.1.2

Pekerjaan

Ketika beliau berusia 17 tahun, beliau mula terjun ke dunia alam pekerjaan di sebuah
perusahaan kereta api di London dan Birmingham. Hasil kerjanya sangat bagus sehingga beliau
diberi kepercayaan untuk menjadi seorang wakil kepada bahagian mesin di perusahaan tersebut.
Seterusnya, beliau menyambung pengajian dengan hasil peluhnya sendiri.
Herbert Spencer memiliki pencapaian yang sangat baik dalam bidang mekanikal.
Kemampuan itulah yang mempengaruhi imaginasinya dalam bidang ilmu pengetahuan,
terutamanya tentang biologi, masyarakat, dan ilmu sosial. Ketika beliau bekerja, Herbert Spencer
mulai belajar menulis artikel secara lebih serius.

2.1.3

Karya

Tulisan pertama beliau didalam bidang sosial ialah On The Proper Sphere of Government pada
tahun 1842 dimuatkan didalam majalah Non Conformist. Enam tahun kemudian, iaitu pada tahun
1848, hasil tulisan yang sama turut dimuatkan didalam The Economist, sebuah majalah ekonomi
yang terkemuka yang berada di London.
Tulisan Herbert Spencer mendapat sambutan hangat oleh peminatnya sehingga mereka
sanggup membayar lebih sebelum hasil tulisan Herbert Spencer diterbitkan. Hal ini mendorong
beliau untuk menjadi seorang penulis ilmu pengetahuan dalam bidang sosial, khususnya
sosiologi. Untuk mencapai cita-cita beliau, ketika beliau berusia 28 tahun, beliau telah menjadi
wakil editor majalah The Economist. Melalui majalah ini, beliau telah banyak bertemu dengan
orang yang terkenal pada saat itu, seperti Thomas Huxley dan George Eliot.
Saat usianya memasuki 30 tahun, beliau telah mampu untuk menerbitkan buku
pertamanya yang berjudul Social Statics. Tiga tahun kemudian, bapa saudaranya iaitu Thomas
Spencer telah meninggal dunia dan mewariskan harta yang cukup banyak untuk Herbert Spencer.
Berbekalkan warisan itulah beliau berani untuk berhenti kerja dan mencurahkan seluruh masanya
untuk menulis. Selain gemar membaca, beliau juga merupakan seorang yang rajin mengumpul
maklumat, membuat kajian atau klasifikasikan data menyebabkan terhasilnya banyak buku
penulisannya (Johson 1995).

2.2 Teori Herbert Spencer


Herbert Spencer telah membuat kajian tentang tingkat super-organic iaitu tingkat kehidupan
manusia dan kajian pendekatan-pendekatan sosiologi ke atas biologi, psikologi, sejarah dan
akhlak.Dia mempercayai bahawa sesuatu masyarakat boleh dibandingkan dengan sesuatu
organisma yang boleh

berjalan sendiri. Mengikut pandangan Spencer, setiap bahagian

masyarakat memainkan peranannya sendiri dan menyumbangkan tenaga kepada kehidupan serta
kestabilan sosial sesuatu masyarakat (Soekanto 2011).
Beliau telah menghasilkan konsep Survival Of Fittest dan mempercayai bahawa
masyarakat manusia berkisar mengikut Principles Of Natural Laws. Menerusi proses pemilihan
natural ini, golongan lemah akan terkeluar dan cuma mereka yang kuat akan kekal. Pada
pendapatnya, kerajaan tidak sepatutnya membantu golongan yang lemah dan terus membiarkan
golongan yang kuat untuk memajukan diri dan juga masyarakat (Rohana Yusof 2006).
Herbert Spencer mengambil teori Charles Darwin yang menjelaskan teori
evolusi untuk menggunakan bagaimana masyarakat berubah dan berkembang dari masa ke
semasa. Sebagai ahli sosiologi, Herbert Spencer tidak perlu membetul dan memperbaiki
masyarakat kerana dia merasakan bahawa masyarakat terikat untuk berubah secara automatik.
Spencer telah mengambil teori evolusi sebagai satu langkah di luar biologi dan
digunakan untuk mengatakan bahawa masyarakat adalah organisma yang maju melalui
perubahan sama dengan spesies yang hidup. Ia adalah falsafah Herbert Spencer bahawa
masyarakat seperti organisma akan bermula dengan mudah dan kemudian maju ke bentuk yang
lebih kompleks (Soekanto 2011).

Menurut Spencer lagi, terdapat beberapa sistem yang wujud dalam evolusi
masyarakat iaitu sistem penahan, pengatur serta sistem pembahagi. Sistem penahan berfungsi
untuk mencukupkan keperluan bagi kehidupan masyarakat seterusnya. Sistem pengatur pula,
peranannya memelihara hubungan antara sesama masyarakat serta mengatur hubungan luar
negara. Sementara itu, sistem pembahagi dapat dilihat wujud ketika proses evolusi yang semakin

maju. Oleh itu, ketiga-tiga sistem ini jelas dapat memainkan peranan yang penting dalam proses
pembangunansesebuah negara (Rohana Yusof 2006).
2.2.1

Survival Of The Fittest

Survival Of The Fittest adalah hak milik Herbert Spencer bukannya milik Charles Darwin.
Beliau mencipta frasa Survival Of The Fittest ini kerana beliau percaya bahawa tingkah laku
manusia telah direka dengan cara yang berusaha untuk memulihara diri sendiri. Charles Darwin
kemudian menggunakan istilah Survival Of The Fittest di dalam edisi beliau iaitu Asal-Usul
Spesies (Soeryono Soekarto 1894).
Prinsip yang dikemukan olehnya iaitu Survival Of The Fittest menerangkan bahawa
satu proses semula jadi berlaku ke atas organisma yang membolehkan mereka terus hidup dan
membiak begitu juga apa yang berlaku kepada masyarakat. Masyarakat akan disesuaikan kepada
persekitaran dan mereka akan bersaing untuk terus hidup dan maju ke hadapan (Rohana Yusof
2006).
Beliau telah menghasilkan konsep ini dan percaya bahawa masyarakat manusia
berkisar mengikuti Principles of Natural Laws. Menerusi proses pemilihan natural ini, golongan
lemah akan terkeluar dan mereka yang kuat sahaja yang akan kekal. Pada pendapat Herbert
Spencer, pihak kerajaan tidak seharusnya membantu golongan yang lemah dan hanya
membiarkan golongan yang kuat sahaja untuk memajukan diri dan juga masyarakat.
Ini kerana pada pendapat beliau, jika kerajaan tidak campur tangan dalam sesuatu
kerja masyarakat, masyarakat dengan sendirinya akan berusaha untuk menaikkan taraf sosial
mereka. Secara tidak langsung, ini dapat dilihat di dalam teori yang diberi oleh beliau.

2.2.2

Structural-Functionalist Theory

Herbert Spencer ialah salah seorang daripada tiga ahli sosiologi di atas pemikiran perspektif
struktur fungsi. Pengaruh ni diletakkan sebagai hak bersama dengan Auguste Comte dan Emile
Durkheim. Istilah fungsi dalam sosiologi adalah bermaksud tujuan atau tugas tertentu bagi setiap
anggota masyarakat kepada sistem dalam masyarakatnya dan akibat yang dihasilkan terhadap

orang lain. Ahli-ahli fungsi mengatakan bahawa masyarakat adalah satu sistem yang terdiri
daripada kombinasi benda, bahan dan manusia yang membentuk keseluruhan masyrakat.
Teori fungsional banyak dipengaruhi oleh bidang biologi. Masyarakat dianggap sebagai
satu organisma yang hidup seperti organ-organ yang saling bergantung antara satu sama lain.
Setiap bahagian masyarakat dibandingkan dengan organ-organ yang ada didalam tubuh badan
manusia. Setiap tubuh badan manusia mempunyai bahagian atau organ mempunyai fungsi
masing-masing dan perlu bagi melicinkan perjalanan sistem sosial. Oleh itu, sistem sosial
menjadi stabil (Rohana Yusof 2006).
Teori ini memberi penekanan dari aspek masyarakat dan hubung kaitnya dengan
institusi-institusi dan bukannya dari segi individu atau kelompok. Herbert Spencer telah melihat
persamaan masyarakat dan organisma. Menurut beliau, semua organisasi mempunyai struktur
iaitu terdiri daripada bahagian yang berkaitan, seperti kepala, tangan, kaki dan sebagainya. Setiap
bahagian mempunyai fungsi tersendiri dalam kehidupan organisma tersebut.
Kadangkala teori ini dikenali sebagai teori structural-functional ataupun social system
theory. Istilah struktur dan fungsi ialah dua konsep yang berasingan tapi berhubung kait. Struktur
boleh dibandingkan dengan bahagian atau organ badan binatang mahupun manusia dan fungsi
disamakan pula dengan fungsi yang dimainkan oleh struktur atau organ-organ dalam badan.
Contohnya, bahagian perut merupakan satu struktur dan penghadaman adalah
tugasnya. Begitu jugalah dengan pusat kesihatan atau pusat keselamatan yang merupakan satu
struktur sosial dalam masyarakat yang berfungsi dalam menjaga kesihatan dan keselamatan
negara. Oleh itu, satu struktur biologi, struktur sistem sosial mengandungi banyak bahagian
struktur yang berkaitan diantara satu sama lain ( Rohana Yusof 2006 )

2.3 Hasil-Hasil Karya Herbert Spencer


Herbert Spencer adalah orang pertama kali yang memperkenalkan konsep Survival Of The
Fittest dalam bukunya iaitu Social Statics yang diterbit pada tahun 1850. Konsep ini untuk
mengambarkan kekuatan asas ilmu biologi yang menjadi dasar evolusi. Konsep ini dipengaruhi
oleh karya Thomas R.Malthus mengenai tekanan kependudukan, An Essay on The Principle of

10

Population (1798). Diantara isi konsepnya ialah perjuangan untuk bertahan bagi suatu
masyarakat atau bagi beberapa masyarakat agar menghasilkan keseimbangan disebabkan olehh
perubahan yang terjadi (John Scott 2011).
Sembilan tahun kemudian, teori evolusi Darwin diterbitkan. Herbert Spencer dan
Darwin melihat adanya persamaan antara evolusi manusia dan evolusi sosial. Evolusi sosial
adalah serangkaian perubahan sosial dalam masyarakat berlangsung dalam waktu lama yang
terawal dari kelompok suku atau masyarakat yang masih sederhana dan seragam kemudian
secara bertahap menjadi kelompok suku atau masyarakat yang lebih maju dan akhirnya menjadi
masyarakat yang moden.
Sepanjang hidupnya, Herbert Spencer menghasilkan sejumlah karya besar.
Sebahagian besar pemikiran beliau tentang sosiologi ditulis dalam 10 buah buku (dua jilid
biologi, dua jilid psikologi, tiga jilid sosiologi, dan dua jilid tentang moral) yang kemudian
dikemas menjadi Programme Of a System Of Synthetic Philosophy (1862-1896). Buku-buku ini
telah memuatkan seluruh teori evolusi, seperti evolusi biologi, psikologi, etika dan sosial.
1)
2)
3)
4)
5)
6)
7)
8)

Berikut sejumlah karya utama Spencer sepanjang hidupnya:


Social Statics (1850)
Principles of Psychology (1855)
Principles of Biology (1861 dan 1864)
First Principles (1862)
The Study of Sociology (1873)
Descriptive Sociology (1874)
The Principles of Sosiology (1877)
Principles of Ethics (1883)

Diantara karangan-karangan yang telah dihasilkan oleh beliau:


1)
2)
3)
4)
5)

Education (1861)
The Study of Sociology (1873)
The Nature and Reality of Religion (1855)
Various and Fragments (1897)
Facts and Comments (1902)
Karya-karya Herbert Spencer telah memberi gambaran menyeluruh tentang

evolusi manusia. Herbert Spencer melihat perkembanga masyarakat dan kebudayaan dari suatu
bangsa di dunia sudah melalui tingkat evolusi yang sama.

11

Herbert Spencer enggan membaca hasil karya-karya orang lain. Herbert Spencer
hanya membaca karya lain apabila untuk mencari ilham sahaja dan akan mengabaikannya jika
tanggapan tidak sejalan dengan ilhamnya.

2.4 Sumbangan Herbert Spencer Dalam Perkembangan Sosiologi


Herbert Spencer memiliki kemampuan yang sangat baik dalam bidang mekanik. Kemampuan
itulah yang mempengaruhi imaginasinya dalam bidang ilmu pengetahuan, terutamanya dalam
bidang biologi, masyarakat dan ilmu sosial. Herbert Spencer juga mula belajar menulis artikel
secara serius. Tulisan pertamanya di bidang sosial ialah bertajuk On The Proper Sphere Of
Government pada 1842 dimuat di majalah Non Conformist.
Hasil penulisan Herbert Spencer mendapat sambutan yang baik daripada peminatnya
sehingga mereka rela untuk membayar lebih dahulu sebelum tulisan-tulisan itu diterbitkan. Hal
ini, telah mendorong beliau untuk menjadi seorang penulis ilmu pengetahuan sosial khususnya

12

sosiologi. Ketika beliau berusia 28 tahun, beliau telah berpindah dan menjadi wakil editor
majalah The Economist yang merupakan majalah mingguan yang diasaskan di London. Melalui
majalah ini, Herbert Spencer telah banyak bertemu dengan orang-orang yang terkenal pada
waktu itu, seperti Thomas Huxley dan George Elio. Semasa beliau berumur 30 tahun, beliau
telah mampu untuk menerbitkan hasil tangannya yang pertama iaitu Social Static (Rachmad
K.Dwi 2008)
Herbert Spencer juga telah mengembangkan sistem falsafah dengan aspek-aspek
evolusi. Konsep ini mendahului konsep-konsep Charles Darwin kerana Herebrt Spencer yang
terlebh dahulu memperkenalkannya. Konsep Survival Of The Fittest ini bertujuan
menggambarkan kekuatan asas ilmu biologi yang menjadi dasar perkembangan evolusi. Konsep
ini dipengaruhi oleh karya Thomas R. Malthus mengenai kependudukan iaitu An Essay On The
Principle Of Population.
Herbert Spencer menghasilkan karya yang besar dan sangat berguna kepada
masyarakat. Sebahagan besar pemikiran beliau tentang sosiologi ditulis dalam sepuluh buah
buku yang kemudian dikemaskini menjadi Programme Of A System Of Synthesis Philopopy
(1862-1896). Pakej ini dimuatkan dalam teori evolusi universal yang meliputi evolusi biologi,
psikologi dan etika.

Pada tahun 1820-1903, seorang ahli sosologi Inggeris berpendapat dengan Comte
tentang statik sosial dan dinamik sosial. Beliau melihat masyarakat sebagai satu sistem biokrasi
yang terdiri daripada bahagian-bahagian yang saling berhubungan. Menurut beliau, masyarakat
terdiri daripada pelbagai institusi seperti keluarga, agama, pendidikan, kerajaan dan ekonomi.
Beliau menfokuskan kepada struktur dan sumbangan fungsi struktur kepada kewujudan
masyarkat. Masyarakat masa kini yang berstruktur sederhana disebut dalam teori teori
fungsional. Herbert Spencer menerangkan bahawa kerajaan tidak seharusnya campur tangan
dalam perkembangan masyarakat (Soekanto 2011).
Beliau adalah seorang ahli falsafah inggeris, biologi, sosiologi dan ahli teori
politik klasik liberal terkemuka dari era Victoria. Beliau mengembangkan suatu konsep yang
merangkul semua evolusi sebagai perkembangan progresif dari dunia fizikal, organisasi biologi,

13

fikiran manusia dan kebudayaan manusia dan masyarakat. Beliau member sumbangan untuk
pelbagai mata pelajaran termasuk etika, agama, antropologi, ekonomi, teori politik, falsafah,
biologi, sosiologi dan psikologi. Selama hidupnya, beliau telah mencapai kuasa yang sangat
besar, terutama dalam bidang akademik berbahasa inggeris. Pada tahun 1902, beliau dicalonkan
anugerah novel sastera.

KESIMPULAN
Semasa kecil, Herbert Spencer tidak pernah mendapat pendidikan di sekolah formal. Oleh
disebabkan itu, beliau diberi pendidikan oleh orang tuanya di rumah. Pada usianya yang masih
muda,beliau sudah bekerja menjadi ketua bahagian mesin di perusahaan kereta api di London
dan Birmingham. Beliau telah berjaya menghasilkan buku pertama karya beliau sendiri yang
bertajuk Social Static ketika beliau berusia 30 tahun. Melalui karya-karya tersebut beliau banyak
memberikan kontroversi terhadap perkembangan ilmu sosiologi dengan usaha beliau yang
mencipta nama sosiologi bersama Auguste Comte menjadi sangat popular pada abad ke-20.

14

Mengikut pandangan beliau, setiap bahagian masyarakat mempunyai peranan masingmasing dan menyumbangkan tenaga kepada kehidupan serta kestabilan sosial masyarakat. Beliau
menghasilkan konsep Survival Of The Fittest dan mempercayai bahawa masayarakat manusia
berkisarkan mengikut Principle Of Natural Laws. Menerusi proses pemilihan natural ini,
golangan lemah akan keluar manakala golongan yang kuat akan kekal untuk memajukan
masyarakat. Pada pendapat beliau, kerajaan tidak sepatutnya membantu golongan yang lemah itu
dan akan terus membiarkan golongan yang kuat untuk memajukan diri mereka dan juga
masyarakat.
Tidak dinafikan bahawa Herbert Spencer memiliki pengaruh yang besar terhadap
perkembangan evolusi dalam abad ke-19 dan kebanyakkan ahli sosiologi duni tidak terlepas
daripada mengikuti kefahaman evolusinya. Prinsip yang dikemukan iaitu Survival Of The Fittest
menerangkan bahawa satu proses semula jadi berlaku keatas organisma yang membolehkan
mereka terus hidup dan membiak begitu juga apa yang berlaku kepada masyarakat yang akan
disesuaikan kepada persekitaran dan mereka akan bersaing untuk terus hidup dan maju ke depan.

BIBLIOGRAFI

George Ritzer. 1996. Sosiological Theory. Library Of Congress Carologing-in Publication Data.
http://encyclopedia.com/topic/Herbert_Spencer.aspx, 2 Ogos 2014
http://education-portal.com/academy/lesson/herbert-spencer-theory-socialdarwinism.html#lesson, 2 Ogos 2014
http://www.iep.utm.edu/spencer/, 10 Ogos 2014

15

John Scott. 2011. Sociology. United State. Oxford University Press Inc New York: Library of
Congress Catologing in Publication Data.
Johnson. 1995. The Blackwell Dictionary of Sociology.Blackwell Publishers.
Rohana Yusof. 2006. Asas Sains dari Perspektif Sosiologi. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Rachmad K.Dwi. 2008. 20 Tokoh Teori Sosiologi Modern. Jogjakarta. Ar-Ruzz Media.
Soekanto. 2011. Mengenal Tujuh Tokoh Sosiologi. Jakarta. Rajawali Pers.
Soeryono Soekarto.1894. Teori Sosiologi Tentang Perubahan Sosial. Halai Aksara-Penerbit
Yudhistik dan Pustaka Suadiyah.

You might also like