You are on page 1of 5

BIODATA IBN KHALDUN

Nama sebenar beliau ialah Abdul Rahman bin Muhammad bin Muhammad.

Beliau lebih dikenali sebagai Ibn Khaldun

Beliau dilahirkan di Tunisia pada tahun 732 Hijrah bersamaan dengan tahun
1332 Masihi.

Keluarganya berketurunan Arab dari Yaman yang berhijrah ke Andalus

Bapa Ibn Khaldun adalah seorang sarjana terkenal.

Sejak Tunisia dilanda wabak Taun pada tahun 749 Hijrah, Ibn Khaldun
berpindah ke beberapa tempat iaitu Algeria, Fez, Granada, Bougie dan Mesir.

KEPERIBADIAN IBN KHALDUN


Ibnu Khaldun adalah seorang yang tekun dalam menuntut ilmu.Walaupun beliau sibuk
dengan tugas pentadbiran, namun tidak menghalangnya untuk menuntut ilmu. Beliau bijak
membahagikan masa untuk masyarakat dan menuntut ilmu.
Beliau seorang yang berjiwa pemimpin. Beliau pernah menjawat jawatan penting seperti
Ketua Hakim di Mesir dan Perdana Menteri di Bougie. Semua jawatan ini diberikan kerana
kecekapannya mengemukakan idea-idea untuk kemajuan negara.
Seorang yang kreatif. Pemikiran Ibnu Khaldun dalam kitab Al- Muqaddimah adalah hasil
daripada pengalaman dan kreativiti beliau untuk mengetengahkan sejarah sebagai bidang
ilmu yang tersendiri. Buku ini dijadikan bahan kajian oleh sarjana-sarjana Timur dan Barat
hingga ke hari ini.

PENDIDIKAN IBNU KHALDUN


1. Ibnu Khaldun mempelajari asas agama dan bahasa arab daripada Abdul Rahman bin Muhammad (bapa
beliau), Muhammad bin Al-Muhaimin Al-Hadrami, Muhammad bin Saad bin Barral Al- Ansari,
Muhammad bin Al Syawasyi Al- Zarzali dan ramai lagi.
2. Ibnu Khaldun mempelajari ilmu-ilmu fardu kifayah seperti mantic, falsafah, sains dan matematik
daripada Muhammad bin Ibrahim al-Abili.
3. Semasa di Fez, Ibnu Khaldun mendapat pendidikan tinggi daripada beberapa orang guru yang terkenal
sepeerti Ahmad bin Al-Qassar dan Lisanuddin bin Al-Khatib iaitu pengarang kitab Tarikh Gharnatah
(Sejarah Granada) dan Muhammad bin Abdul Salam.

4.

Ibnu Khaldun Sebagai Sejarawan


1. Ibnu Khaldun menganalisis sesuatu tamadun dari segi permulaan, faktor
kegemilangan dan kejatuhan.
2. Beliau memberi tafsiran sejarah berdasarkan psikologi, ekonomi, sosiologi,
alam sekitar dan geografi.
3. Ideanya yang menarik dalam kitab Al- Muqaddimah mendorong para pengkaji
dan pemikir untuk mengiktiraf beliau sebagai tokoh sarjana dan sejarawan yang
mengatasi sejarawan terkenal seperti Al- Tabari dan Al Masudi.

Ibnu Khaldun Sebagai Negarawan


4. Ibnu Khaldun merupakan negarawan yang banyak berjasa untuk negara. Beliau
pernah menyandang jawatan-jawatan penting seperti :
a) Setiausaha Negara di istana Sultan Abu Ishaq Bin Abi Yahya dan Sultan Abu
Anna
b) Anggota Majlis Ilmiah
c) Anggota Jabatan Setiausaha Sulit Sultan Abu Salim bin Abi Al-Hassan di
Fez, Maghribi
d) Duta Granada
e) Perdana Menteri (Hajib) Bougie
f) Ketua Hakim (Qadi Al- Qudhah ) Mesir
Jawatan-jawatan penting tersebut telah memberi peluang kepada Ibnu Khaldun
kepada Ibnu Khaldun untuk berkhidmat kepada negara yang berkesan.
Ibnu Khaldun Sebagai Budayawan
1Ibnu Khaldun merupakan penggiat budaya dan kesusasteraan Arab.
5. Pengajian kesusasteraannya dengan Syeikh Muhammad Bahr di Tunisia
dimanfaatkan untuk menajamkan kemahirannya dalam syair.
Beliau banyak menghasilkan syair semenjak kanak-kanak lagi. Kemahiran beliau
dalam bidang ini jelas kelihatan dalam kitab Al- Muqqadimah ketika beliau
membahaskan tentang syair Arab

SUMBANGAN IBNU KHALDUN DALAM BIDANG ILMU DAN


PEMIKIRAN ISLAM
Ibnu Khaldun banyak meninggalkan sumbangan yang bernilai kepada tamadun
manusia.
Ibnu Khaldun berjaya menganalis sejarah dari aspek kemasyarakatan, ekonomi,
politik, dan pendidikan dalam karyanya.
Beliau telah memberi panduan terbaik kepada manusia tentang asa pembinaan
sesebuah tamadun. Beliau berpendapat bahawa sesebuah tamadun terletak di
atas hasil kombinasi di antara keunggulan rohani dan jasmani.
Ibnu Khaldun merupakan pelopor kepada pemikiran-pemikiran moden
khususnya dalam bidang sejarah, politik, ekonomi, sosiologi dan pendidikan.
Kejayaan Ibnu Khaldun itu mendorong para sarjana mengiktiraf karya beliau
sebagai bahan kajian dan rujukan dalam bidang-bidang tersebut.
Sanjungan terhadap beliau hinnga ke hari ini. Pemikiran beliau sering dijadikan
wacana, tema-tema seminar, bengkel dan persidangan ilmiah, serta judul-judul
buku dan tesis di peringkat pengajian tinggi.
Sebuah anugerah ilmiah yang berprestij dinamakan sempena nama beliau iaitu
Ibnu Khaldun Chair of Islamic Studies di Universiti Amerika.
Nama Ibnu Khaldun diabadikan dalam sebuah universiti terkemuka di Jakarta
Indonesia iaitu Universiti Ibnu Khaldun

You might also like