You are on page 1of 15

Lukisan Kejuruteraan Teknik |1

UNIT 10
Baik Pulih Sistem Paip Domestik

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda diharap dapat:
1. Menerangkan proses baik pulih pili paip.
2. Menerangkan proses baik pulih tangki simbah.
3. Menerangkan proses baik pulih perangkap sinki.

10.1 PENGENALAN

eperti yang telah kita bincangkan dalam bab 8, ramai pengguna tidak mempunyai pengetahuan dan
kemahiran asas yang diperlukan untuk menyelenggara dan membaik pulih sistem perpaipan
domestik. Adakalanya kerosakan yang kecil seperti kebocoran paip, pili dan injap tidak dapat
diselesaikan sehingga memerlukan bantuan daripada tukang paip. Oleh yang demikian dalam bab ini kita
akan membincangkan panduan berkaitan permasalahan yang biasa dihadapi pada sistem paip domestik,
punca permasalahan serta panduan kaedah baik pulih yang boleh dilakukan sendiri.

10.2 Panduan Kerja Baik Pulih Pili


Pili adalah aksesori sistem perpaipan yang banyak digunakan dirumah sebagai punca air. Pili berfungsi
untuk membuka, menutup dan mengawal kadar aliran air keluar daripada sistem paip domestik. Beberapa
permasalahan yang sering berlaku pada pili adalah seperti berikut:
Jadual 10.1: Permasalahan dan panduan baik pulih pili
Permasalahan
Punca dan panduan baik pulih
Punca:
Kebiasaanya disebabkan tekanan air rendah pada
paip agihan atau perkhidmatan.
Panduan baik pulih:
Kuantiti pengaliran air yang sedikit
Luaskan bukaan injap (kunci paip) pada paip agihan
dan paip perkhidmatan.

Lukisan Kejuruteraan Teknik |2

Air menitis daripada alur keluar

Pili tidak dapat dikunci dengan ketat

Air terkeluar daripada nat pili

Punca:
Getah sesendal hilang sifat keanjalan
Panduan baik pulih:
Ganti getah sesendal
Punca:
Bebenang pada gandar rosak (haus)
Panduan baik pulih:
Ganti pili
Punca:
Pelompat rosak
Panduan baik pulih:
Ganti pili

Antara masalah-masalah yang terdapat pada jadual 10.1, perkara yang paling kerap berlaku ialah titisan air
pada alur keluar yang berlaku terus menerus walaupun pili telah dikunci dengan ketat seperti pada rajah
10.1.

Rajah 10.1: Titisan air pada Pili bertiang.


Masalah ini boleh berlaku pada kedua-dua jenis pili bertiang dan berbibir. Walaubagaimanapun ia boleh
diselesaikan dengan cara yang sama iaitu menggantikan getah sesendal dengan yang baru pada pili-pili
tersebut seperti pada langkah-langkah di bawah:
i.
Tutup injap pada paip agihan (kebiasaanya terletap di bahagian bawah kabinet sinki)
ii.
buka kunci pili untuk memastikan bahawa punca air daripada paip agihan telah ditutup

Rajah 10.2: langkah i dan ii menukar getah sesendal.

Lukisan Kejuruteraan Teknik |3

iii.

sediakan alatan dan bahan untuk kerja baik pulih seperti pada rajah 10.3

Rajah 10.3: langkah iii menukar getah sesendal.

iv.

longgarkan nat pili dengan menggunakan sepana boleh laras (putarkan pada arah lawan jam)

Rajah 10.4: langkah iv menukar getah sesendal.

v.
vi.

tanggalkan set gandar pili dan kenal pasti kedudukan getah sesendal
keluarkan getah sesendal daripada pelompat dengan menggunakan pemutar skru

Rajah 10.5: langkah v dan vi menukar getah sesendal.

Lukisan Kejuruteraan Teknik |4

vii.

Gantikan dengan getah sesendal yang baru dan pasang semula set gandar pada pili

Rajah 10.6: langkah vii dan viii menukar getah sesendal.


viii.

Ketatkan semula nat pili dengan menggunakan sepana boleh laras (putaran pada arah pusingan
jam).

ix.

Rajah 10.7: langkah ix menukar getah sesendal.


Sekiranya masalah tersebut berlaku pada pili jenis berbibir langkah-langkah yang sama juga diaplikasikan.
Set gandar pada pili berbibir boleh dikeluarkan dengan melonggarkan nat pili. Kedudukan getah sesendal
pada pili jenis berbibir adalah seperti pada rajah 10.7.

Lukisan Kejuruteraan Teknik |5

Rajah 10.7: Keratan rentas dan kedudukan getah sesendal pada pili berbibir.

10.3 Panduan Kerja Baik Pulih Tangki Simbah.


Tangki simbah adalah aksesori yang dipasang pada lekapan seperti tandas cangkung dan duduk.
Digunakan untuk menyimpan air dan kemudiannya menyimbah keluar melalui paip simbah bagi tujuan
mencuci mangkuk tandas. Terdapat dua jenis tangki simbah iaitu jenis aras rendah (dipasang satu meter
dari atas lantai) dan jenis aras tinggi (dipasang pada ketinggian dua meter dari aras lantai). Tangki-tangki
simbah ini diperbuat daripada plastik PVC atau tembikar. Untuk melakukan kerja baik pulih pada tangki
simbah, bahagian-bahagian utama dan operasi tangki simbah perlulah terlebih dahulu dikenalpasti.
Bahagian-bahagian utama tangki simbah
tuil tarik
pelampung

tiub sifon

paip alur
masuk

paip limpah

injap bebola
lengan
pelampung

paip simbah

Injap
gegendang

Rajah 10.8: Bahagian-bahagian utama tangki simbah.

Lukisan Kejuruteraan Teknik |6

i.
ii.
iii.

iv.

v.
vi.
vii.
viii.

Paip alur masuk


membekalkan air masuk ke tangki simbah daripada paip agihan.
Injap bebola
Mengawal kemasukan air ke dalam tangki simbah.
Pelampung
Mengawal paras air dalam tangki simbah dengan menutup dan membuka injap bebola melalui
lengan pelampung.
Lengan pelampung
Memegang pelampung serta mejadi penghubung antara pelampung dengan omboh pada injap
bebola.
Injap gegendang
Mengawal kemasukan air ke tiub sifon. Apabila tuil ditarik, injap gegendang akan terangkat dan
membenarkan air masuk ke tuib sifon untuk menyimbah mangkuk tandas.
Tuil tarik
Berfungsi untuk menarik injap gegendang ke atas bagi membolehkan air memasuki tiub sifon
untuk menyimbah mangkuk tandas.
Paip simbah
Menyalukan air keluar dari tangki simbah untuk membersihkan mangkuk tandas.
Paip limpah
Menyalurkan air keluar dari tangki simbah jika berlaku lebihan air disebabkan kerosakan pada
injap bebola atau pelampung.

Antara permasalahan-permasalahan yang sering berkaitan dengan tangki simbah adalah seperti pada jadual 10.2 di
bawah.
Jadual 10.2: Permasalahan dan panduan baik pulih tangki simbah

Permasalahan

Tuil tarik longgar (loose) dan tangki simbah tidak


berfungsi apibila tuil ditarik

Punca dan panduan baik pulih


Punca:
Rantai atau tali pengangkat yang menghubungkan
tuil dengan injap gegendang putus
Panduan baik pulih:
Ganti rantai pengangkat (lift chain)
Punca:
Rantai pengangkat kendur

Tangki simbah tidak mengeluarkan air sepenuhnya

Panduan baik pulih:


Laraskan panjang rantai pengangkat
Punca:
Aras air di dalam tangki simbah rendah

Panduan baik pulih:


Laraskan injap bebola untuk melaraskan kedudukan
maksima pelampung dalam tangki simbah

Lukisan Kejuruteraan Teknik |7

Air keluar melalui paip limpah

Punca:
Aras air di dalam tangki simbah melebihi had yang
ditetapkan
Panduan baik pulih:
Laraskan injap bebola untuk melaraskan kedudukan
maksima pelampung dalam tangki simbah

Punca:
Pelampung bocor
Panduan baik pulih:
Ganti pelampung

Air terus menerus keluar daripada paip simbah

Punca:
Rantai pengangkat terlalu pendek
Panduan baik pulih:
Laraskan panjang rantai pengangkat
Punca:
Injap gegendang rosak (hilang sifat kekenyalan atau
bocor)
Panduan baik pulih:
Ganti injap gegendang
Punca:
Tiub sifon bocor
Panduan baik pulih:
Ganti tiub sifon

Berdasarkan jadual di atas, antara masalah utama yang sering berlaku pada tangki simbah adalah
berkaitan dengan pelampung, lengan, serta injap pelampung. Kegagalan pelampung, lengan serta injap
pelampung berfungsi dengan baik menyebabkan masalah-masalah seperti air keluar dari paip limpah atau
tangki tidak mengeluarkan air sepenuhnya.

Lukisan Kejuruteraan Teknik |8

paip limpah
Aras B

lengan
pelampung

paip alur
masuk

Aras A

Aras C

kedudukan
pelampung

Rajah 10.9. Kedudukan pelampung dalam tangki simbah.


Berpandukan pada rajah 10.9, kedudukan maksima yang ideal bagi pelampung dalam tangki simbah
adalah pada paras A.
Sekiranya kedudukan maksima pelampung berada pada aras B, lebihan air akan masuk ke dalam
tangki simbah dan akan terkeluar semula melalui paip limpah.
Sekiranya kedudukan maksima pelampung berada pada aras C, hanya sedikit sahaja air daripada paip
alur masuk akan dibenarkan memasuki tangki simbah. Ini akan menyebabkan tangki simbah hanya
mampu menyimbah air dalam kuantiti yang sedikit sahaja apabila tuil ditarik.
Adakalanya masalah air keluar melalui paip limpah juga berlaku disebabkan kegagalan pelampung
atau lengan pelampung berfungsi disebabkan kebocoran pada pelampung atau lengan pelampung
patah.
Langkah berikut menunjukkan cara menggantikan set lengan pelampung dan injap bebola sekiranya mengalami
kepatahan atau tidak lagi boleh berfungsi.

Lukisan Kejuruteraan Teknik |9

Langkah untuk melaraskan kedudukan maksima pelampung dalam tangki simbah pula adalah seperti berikut:

L u k i s a n K e j u r u t e r a a n T e k n i k | 10

10.4 Panduan Kerja Baik Pulih Perangkap Sinki.


Seperti yang kita telah bincangkan dalam bab 8, perangkap berfungsi untuk menghalang bau busuk
daripada saluran kumbahan masuk ke dalam rumah ataupun bangunan. Walaubagaimanapun terdapat
dua permasalahan yang sering berlaku pada ketiga-tiga jenis perangkap singki iaitu:
Permasalahan

Punca dan panduan baik pulih


Punca:
Nat yang mengikat perangkap dengan paip saliran
(slip nut) longgar.
Panduan baik pulih:
Ketatkan sambungan dengan memusing nat pada
arah jam (sekiranya nat dan paip saliran diperbuat
daripada paip uPVC gunakan daya kilas yang
sederhana untuk mengelakkan nat dan paip
daripada pecah).

Titisan air pada sambungan perangkap

Perangkap tersumbat dan pengaliran air ke saluran


kumbahan terganggu

Punca:
Perangkap tersumbat oleh sampah, rambut atau
sisa makanan.
Panduan baik pulih:
Gunakan pelocok untuk melancarkan pengaliran air
atau
Tanggalkan perangkap dan bersihkan sisa-sisa
kotoran yang menggagu pengaliran air.

Bagi mengatasi permasalahan perangkap singki tersumbat langkah-langkah baik pulih yang perlu
dilakukan adalah seperti berikut:
Kaedah 1: Menggunakan pelocok

Rajah 10.10 dan 10.11

L u k i s a n K e j u r u t e r a a n T e k n i k | 11

i.
ii.
iii.
iv.

Isikan sinki dengan air


letakkan getah pelocok menutupi lubang saliran sinki
pamkan pelock berulang kali tanpa mengubah kedudukan getah pelocok pada lubang sinki
angkat pelocok dan periksa lubang saliran sinki.

Kaedah 2: Mencuci perangkap sinki


i.
Sediakan baldi atau bekas di bawah perangkap
ii.
longgarkan nat yang mengikat perangkap menggunakan sepana boleh laras atau pelayar
cengkam seribu (sekiranya nat dan paip saliran adalah dari jenis uPVC, longgarkan nat
menggunakan tangan atau gunakan sepana boleh laras dengan daya yang sederhana)

nat

Saliran tetap

perangkap jenis P

Rajah 10.12

iii.
iv.

tanggalkan perangkap dengan berhati-hati dan pastikan air yang keluar masuk ke dalam baldi
yang disediakan
cuci kotoran yang terdapat pada salur perangkap, saluran daripada singki dan saluran tetap
dengan menggunakan berus atau objek boleh lentur seperti pada rajah 10.13

L u k i s a n K e j u r u t e r a a n T e k n i k | 12

Rajah 10.13

v.
vi.

bilas perangkap dengan air bersih


pasang semula perangkap pada kedudukan asal dan ketatkan kembali nat.

L u k i s a n K e j u r u t e r a a n T e k n i k | 13

RUMUSAN
I.
II.
III.

IV.

V.
VI.
VII.

Masalah yang paling kerap berlaku pada pili adalah seperti, kuantiti pengaliran air yang sedikit, air
menitis pada alur keluar, pili tidak dapat dikunci dengan ketat, serta air terkeluar daripada nat pili.
Masalah titisan air pada alur keluar yang berlaku terus menerus walaupun pili telah dikunci dengan
ketat boleh diselesaikan dengan cara menggantikan getah sesendal dengan yang baru pada pilipili tersebut.
Tangki simbah adalah aksesori yang dipasang pada lekapan seperti tandas cangkung dan duduk.
Digunakan untuk menyimpan air dan kemudiannya menyimbah keluar air melalui paip simbah bagi
tujuan mencuci mangkuk tandas.
Antara permasalahan-permasalahan yang sering berkaitan dengan tangki simbah adalah seperti
tuil tarik longgar dan tangki simbah tidak berfungsi apibila tuil ditarik, tangki simbah tidak
mengeluarkan air sepenuhnya, air keluar daripada paip limpah, serta air terus menerus keluar
daripada paip simbah.
Masalah seperti tangki simbah tidak mengeluarkan air sepenuhnya dan air keluar daripada paip
limpah boleh diselesaikan dengan cara melaraskan semula kedudukan pelampung tangki simbah.
Terdapat dua permasalahan yang sering berlaku pada ketiga-tiga jenis jenis perangkap singki iaitu
titisan air pada sambungan perangkap serta perangkap tersumbat menyebabkan pengaliran air ke
saluran kumbahan terganggu.
Bagi masalah perangkap sinki tersumbat, ia boleh diselesaikan dengan menggunakan pelocok
untuk melancarkan pengaliran air atau manggalkan perangkap untuk membersihkan sisa-sisa
kotoran yang mengganggu pengaliran air.

L u k i s a n K e j u r u t e r a a n T e k n i k | 14

PETA KONSEP

L u k i s a n K e j u r u t e r a a n T e k n i k | 15

LATIHAN KENDIRI

I.

Senaraikan tiga permasalahan yang sering berlaku pada pili beserta punca-puncanya.
a. ____________________________________________________________________________
b. ____________________________________________________________________________
c. ____________________________________________________________________________

II.

Nyatakan empat langkah-langkah mengikut turutan, kaedah baik pulih bagi tangki simbah yang
mengalam masalahi pengaliran air keluar melalui paip limpah
a. ____________________________________________________________________________
b. ____________________________________________________________________________
c. ____________________________________________________________________________
d. ____________________________________________________________________________

III.

Nyatakan dua cara penyelesaian bagi permasalahan perangkap sinki tersumbat


a. ____________________________________________________________________________
b. ____________________________________________________________________________

You might also like