You are on page 1of 28

SEMESTER 1 SESI 2012 / 2013

HNS 2013 - KENEGARAAN


TAJUK

ANALISIS DAN BAGAIMANA PENGENALAN MALAYAN


UNION TAHUN 1946 MEMBAWA KEPADA KELAHIRAN
PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UMNO)
PADA 11 MEI 1946

KUMPULAN

GROUP EL-A06 (A121PJJ)


DISEDIAKAN OLEH
NAMA
AZRIZA AZWA BT ZAKARIA

NO. ID
D20121061710

NO. TELEFON
0185723444

NAMA TUTOR E-LEARNING :

MOHAMAD KAMAL BIN KAMARUDDIN

TARIKH SERAH

15 DISEMBER 2012

ISI KANDUNGAN
Pengenalan

1.0

Malayan Union

1.1

Faktor Penubuhan Malayan Union

2.2

Ciri-ciri perlembagaan Malayan Union

10

3.0

Sebab-sebab orang Melayu menentang Malayan Union

12

3.0.1

Penghapusan Kedudukan dan Kuasa Raja-raja Melayu

3.0.2

Tamadun orang Melayu Terhakis

3.0.3

Sir Harlod MacMichel mengugut Sultan

13

3.0.4

Kesan Perlaksanaan Malayan Union

14

4.0

Gerakan Penentangan Secara Terang-terangan

15

5.0

Penubuhan UMNO

18

5.0.1

Perjuangan Tokoh UMNO

20

5.0.2

Perlembagaan UMNO

23

4.0

Kesimpulan

Bibliografi

24
27

ANALISIS DAN BAGAIMANA PENGENALAN MALAYAN UNION TAHUN 1946


MEMBAWA KEPADA KELAHIRAN PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU
(UMNO) PADA 11 MEI 1946

Pengenalan

Jepun mula menakluki Tanah Melayu pada 15 Februari 1942 sehingga 12 September
1945. Jepun berjaya menakluki Tanah Melayu kerana mendapat sokongan daripada rakyat
tempatan yang tertipu dengan janji-janji kemerdekaan dan propaganda iaitu Asia untuk Orang
Asia dan Semangat Asia. Tentera Jepunakan menggunkakn kekerasan apabila mereka
mengetahi ada yang menentang dan yang disyaki akan dibunuh.

Orang Cina yang memang memusuhi Jepun kerana Perang China-Jepun apabila ramai
orang Cina ditangkap dan dibunuh kejam. Ada juga di antara mereka yang dipaksa membina
kereta api maut di negara Thai. Kezaliman Jepun menyebabkan kelahiran Parti Komunis Malaya
(PKM) menguasai Tanah Melayu melalui MPAJA ( Malayan People Anti Japanese Army) iaitu
Tentera Anti Jepun Tanah Melayu, Force 136, Gerila Kinabalu dan lain-lain gerakan yang
menentang Jepun. MPAJA juga dipanggil Bintang Tiga selepas era Jepun kerana menggunakan
bendera berbintang tiga.

Akhirnya, Jepun menyerah kalah tanpa syarat setelah Hiroshima dan Nagasaki dibom
oleh Amerika. Pendudukan Jepun meskipun singkat, telah banyak meninggalkan kesan negatif
ialah memburukkan lagi hubungan antara masyarakat Melayu dan Cina. Manakala kesan positif
pula ialah Pendudukan Jepun itu telah membangkitkan semangat patriotik di kalangan
masyarakat Melayu yang mahu menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Gerakan refomasi telah
berlaku secara teran-terangan tanpa rasa takut-takut lagi.
Setelah Jepun menyerah kalah, MPAJA yang pada awalnya bekerjasama dengan pihak
British untuk menentang pendudukan Jepun berdasarkan perjanjian yang dibuat pada 8 Disember
1940, mengambil peluang untuk membalas dendam terhadap sesiapa yang dianggap bersubahat
dengan Jepun. Konflik perkauman itu mencapai kemuncaknya semasa dan selepas kekosongan
3

kuasa (interregnum) dari 15 Ogos hingga 3 September 1945, iaitu selama 14 hari berikutan
dengan pengunduran tentera Jepun tersebut. Berikut ialah kronologi pemerintahan MPAJA dalam
masa 14 hari :

MPAJA menguasai kawasan bandar, balai polis dan pejabat kerajaan.


MPAJA jatuhkan hukuman sesiapa yang disyaki bekerjasama dengan Jepun.
Cukai kepala, cukai harta, cukai tanah diperkenalkan oleh MPAJA.
Menculik dan menyeksa orang melayu yang disyaki bersubahat dengan Jepun.
Menghukum (tampa perbicaraan) oraan oleh ng cina yang tidak mahu berkerja sama

dengan mereka.
Merampas dan merompak harta benda orang kampung
Di Batu Pahat, PKM membunuh penghulu melayu kerana disyaki bersubahat dengan

Jepun.
Seorang Pegawai Daerah melayu yang cuba berunding dengan PKM dibunuh.
Di Jelebu, masjid dan surau telah dicemarkan.
Di Kg Bakor dan Sg Manik, Perak, rumah-rumah orang melayu dibakar
Berlaku ketegangan kaum kerana kebanyakan anggota PKM terdiri daripada orang cina.
Orang melayu bersatu dan bangun menentang PKM.
Orang melayu pimpinan kiai salleh karim bergabung tenaga untuk menyerang orang cina

yang jadi tali barut komunis di Bandar Batu Pahat.


Dato Onn Jaafar ketika itu Pegawai Daerah Batu Pahat menghalang serangan tersebut.

Dan akhirnya ketegangan dan huru hara selama 14 hari pemerintahan komunis itu berjaya di
atasi apabila pihak british kembali ke tanah melayu dan memperkenalkan pemerintahan BMA
(British Military Administration) pada bulan September 1945.

1.0

MALAYAN UNION

Pada tahun 1943, semasa negara masih lagi dalam pemerintahan Jepun, Pejabat India
British di India dan Pejabat Tanah Jajahan British telah merangka kerajaan baru bagi Tanah
Melayu dan perkara tersebut telah dipersetujui oleh Kerajaan British. Mereka terlalu yakin dapat
menawan kembali Tanah Melayu ekoran siri kejayaan Tentera Berikat yang berjaya menawan
semula beberapa negara daripada Jerman di Eropah. Perkara tersebut telah dilakukan dengan
4

membelakangkan perwakilan dan pengetahuan bangsa Melayu kerana beranggapan Tanah


Melayu tidak lagi berdaulat setelah dijajah kepada pihak Jepun. Kerajaan baru yang diberi nama
Malayan Union ini dianggap sebagai kerajaan mutlak British dan mereka bebas untuk
menentukan pemerintahan dan kerajaan kerana beranggapan kejayaan menewaskan Jepun di
Tanah Melayu adalah berpunca dari mereka sendiri tanpa menyedari sumbangan bangsa Melayu
ketika itu.

Malayan Union yang ditubuhkan pada 1 April 1946 di King's House (Carcosa Seri
Negara) selepas Perang Dunia II merupakan sebuah gabungan Negeri-Negeri Melayu dan
Negeri-Negeri Selat (tanpa Singapura) untuk menjadi pengganti kepada British Malaya. Seawal
1942, kerajaan British telah menubuhkan "Unit Perancangan Tanah Melayu" di United Kingdom
untuk menyediakan pembinaan semula Tanah Melayu selepas Perang Dunia II tamat. Unit
perancangan tersebut dinamakan sebagai Malayan Planning Unit ( MPU ). Unit ini diketuai oleh
Mejar-General Ralph Hone. Hone diberi tugas untuk merangka satu bentuk pentadbiran baru
untuk Tanah Melayu selepas Perang Dunia Ke II tamat. Akhirnya selepas semua perbincangan
berlaku maka cadangan untuk menggabungankan Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negerinegeri Melayu Tak Berkutu, Pulau Pinang, dan Melaka menjadi Malayan Union diusulkan ,
sedangkan Singapura dikekalkan sebagai tanah jajahan yang berasingan.

Di dalam perlembagaan Malayan Union, kesemua 9 buah negeri Melayu, Melaka


dan Pulau Pinang disatukan sebagai sebuah tanah jajahan Inggeris yang diketuai oleh seorang
Gabenor British. Singapura tidak dimasukkan kerana British menganggap Singapura telah
menjadi milik mutlak Inggeris yang diperoleh melalui perjanjian dengan Sultan Hussin. Semua
bidang kuasa raja-raja Melayu dalam kerajaan Malayan Union termasuk hak menentukan dasar
luar negeri diambil alih oleh Gabenor. Raja-raja Melayu walaupun diberi hak terhadap agama
dan adat resam Melayu tetapi tidak mempunyai kuasa ke atasnya kerana baginda hanya bertaraf
ahli biasa dalam Majlis Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Gabenor Malayan Union.

Selain itu, rancangan Malayan Union untuk mengekalkan Singapura sebagai satu tanah
jajahan yang berasingan adalah disebabkan pihak British takut terhadap penentangan orang
Melayu apabila menggabungkan Singapura bersama-sama. Ini akan menjejaskan penerimaan
rancangan tersebut. Terdapat kesangsian tradisional di kalangan peniaga-peniaga Tanah Melayu
bahawa sektor perniagaan Singapura akan menjejaskan kepentingan mereka. Selain itu, pihak
British juga takut bahawa usul dasar kewarganegaraan liberal akan mengakibatkan bantahan
pemimpin-pemimpin Melayu disebabkan bilangan orang Cina Singapura yang besar.
Bagaimanapun, kerajaan British juga hendak menjadikan Singapura sebagai sebuah pangkalan
tentera laut untuk operasi strateginya di Timur Jauh. Namun begitu tujuan utama British
mengecualikan penyertaan Singapura menganggotai Malayan Union adalah disebabkan oleh
kepentingan ekonominya di Singapura, kedududkan strategik Singapura sebagai pelabuhan dan
pelbagai faktor yang berteraskan kepada kegiatan ekonomi mendorong pihak British untuk
mengekalkan Singapura sebagai tanah jajahan London.

Berita rancangan Inggeris ingin menubuhkan Malayan Union telah tersebar luas dalam
akhbar-akhbar di India dan London. Berita ini juga segera mendapat liputan akhbar di Singapura
dan Pulau Pinang kerana terdapat beberapa kumpulan elit dan ahli parlimen Inggeris yang tidak
menyetujuinya. Pada pendapat mereka, kemenangan tentera Inggeris adalah dengan kerjasama
Tentera Berikat dan bangsa Melayu, ianya bukanlah hasil usaha tentera Inggeris semata-mata.
Sebelum perang meletus, British telah berjanji untuk memulangkan kuasa Raja-raja Melayu di
bawah Dasar Desentralisasi bagi memastikan bangsa Melayu terus memihak kepada Inggeris,
tetapi sebaliknya berlaku apabila pihak Inggeris telah mengatur rancangan membentuk Malayan
Union di Tanah Melayu. Sir Edward Gent, telah dihantar untuk menerajui Malayan Union yang
pertama. Beliau telah mengangkat sumpah untuk jawatan tersebut di Kuala Lumpur sebagai
Gebenor Malayan Union yang pertama.

Sir Harold Mac Michael telah diutuskan oleh kerajaan British ke Tanah Malayu. Beliau
tiba pada 11 Oktober 1945 di Pelabuhan Swettenham (Pelabuhan Klang). Tugas utama beliau
adalah untuk memujuk dan mendapatkan persetujuan Raja-Raja Melayu supaya menyerahkan
6

negeri mereka kepada Raja Inggeris (Kerajaan British), untuk dijadikan Jajahan Takluk (Koloni)
Britain. Beliau juga diberi kuasa untuk menyiasat sama ada Raja-raja Melayu ada bekerjasama
dengan tentera Jepun atau sebaliknya. Kesannya, Raja-raja Melayu akan kehilangan kuasa dan
berperanan hanya sebagai penasihat. Rancangan Malayan Union ini telah membuatkan orangorang melayu khususnya berasa tidak senang, kecewa, dan marah kepada pihak British, yang
selama ini disangkakan kawan, dan jalinan hubungan bersemangatkan kepercayaan, tetapi
menjadi duri dalam daging.

Dalam masa tiga bulan sahaja, iaitu dari 20 Oktober hingga 21 Disember 1945,
MacMichael telah berjaya mendapatkan tanda tangan sebagai tanda persetujuan daripada Rajaraja Melayu, terhadap perjanjian Malayan Union. Bermula dengan Sultan Ibrahim (Johor) dan
diakhiri dengan Sultan Ismail (Terengganu), sembilan buah negeri kesemuanya. Beliau telah
menggunakan kuasa yang diberikan kepadanya dengan mengugut Raja-raja Melayu, dengan
memberi amaran jika baginda enggan menerima cadangan Malayan Union, baginda akan
disingkirkan atas bersubahat dengan tentera Jepun.

Sir Harold Mac Micheal telah pulang ke England pada 6 Januari 1946, membawa
bersamanya Kertas-kertas Penyerahan Kuasa yang ditanda tangani oleh sembilan Raja Melayu
bagi setiap negeri. Pada 22 Januari 1946, Kerajaan British telah membentangkan satu Kertas
Putih di Dewan Parlimennya, mengumumkan rancangan penubuhan Malayan Union (Negara
Malaya Bersatu) yang akan menggantikan pemerintahan beraja di Negeri-negeri Melayu, yang
akan berkuat kuasa pada 1 April 1946 (Jaafar Onn 2007).
Kebanyakan buku-buku Inggeris menyatakan salah satu daripada sebab utama untuk
pembentukan Malayan Union ialah hasrat kerajaan British untuk menyediakan Tanah Melayu
terhadap kemerdekaan. Ia dilihat sebagai satu kewajaran kerana pihak British telah pun
menandatangani Piagam Atlantik pada 14 Ogos 1941 yang mengisytiharkan bahawa semua
negara-negara dunia berhak untuk menentukan dan memerintah negara sendiri dalam erti kata
lain 'Merdeka', oleh itu, pihak Britain terikat untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah
Melayu. Bagaimanapun, banyak pihak di Tanah Melayu ketika itu mempercayai bahawa
7

rancangan itu hanya menukarkan taraf negeri-negeri Melayu daripada sebuah negeri naungan
menjadi sebuah tanah jajahan British. Di mana ia dilihat sebagai satu usaha untuk memanjangkan
lagi tempoh penjajahan British di Tanah Melayu dengan cara berpura-pura berusaha untuk
memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu, sedangkan kuasa pemerintahan sultan-sultan
Tanah Melayu, telah pun dilucutkan ketika itu melalui pembentukan Malayan Union.

1.1

Faktor Penubuhan Malayan Union

Gambar 1
Bendera Malayan Union
1946 - 1948
Motif utama penubuhan Malayan Union ini adalah untuk menguasai sumber ekonomi
terutama dari sumber bumi Tanah Melayu. Kedudukan Tanah Melayu yang strategik di tengahtengah laluan pedagang seluruh dunia selain kaya dengan sumber bumi membuatkan British
tidak bercadang untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Penubuhan Malayan union
akan menjamin penguasaan berterusan British ke atas sumber ekonomi Tanah Melayu terutama
getah dan bijih timah. Tanah Melayu merupakan pengeluar getah dan bijih timah utama dunia
pada masa itu, oleh itu dengan menguasai Tanah Melayu, British secara langsung dapat
menguasai sumber-sumber eknomi tersebut.
8

Tujuan asal Penubuhan Malayan Union ialah membentuk satu bangsa Malayan Union
yang pada dasarnya pembentukan ini akan mendorong golongan imigran memberikan taat setia
kepada Malayan Union tanpa berbelah bagi. Dengan erti kata yang lain ia dapat mengurang dan
mengawal kuasa politik orang Melayu. Ini kerana orang Melayu dipercayai telah memberikan
sokongan atau kerjasama kepada pihak Jepun dalam Perang Dunia Kedua untuk menentang
British.

Kerajaan British berpendapat dengan menggabungkan Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri


Bersekutu dan Negeri-negeri Tidak bersekutu akan menjimatkan perbelanjaan pentadbiran
British. Perbezaan pentadbiran, antara Negeri-Negeri Selat, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
dan Negeri-Negeri Melayu Tidak bersekutu telah menelan belanja yang tinggi. Penggabungan ini
akan mewujudkan suatu pentadbiran yang cekap dan seragam kerana terdapat tiga sistem
pentadbiran iaitu Negeri-Negeri Selat, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri
Melayu Tidak bersekutu dan ini amat merumitkan. Oleh itu ketiga-tiga pentadbiran perlu
disatukan, ini akan memudahkan pentadbiran British.

British percaya Malayan Union akan mengukuhkan pertahanan mereka di Tanah Melayu
dan juga Asia Tenggara kerana penggabut. Bagi memastikan sumbangan golongan imigran
berterusan konsep kenegaraan liberal akan diperkenalkan. Golongan ini merupakan sumber
tenaga kerja dan pelabur yang akan memaju dan mengembangkan ekonomi British di Tanah
Melayu.

British telah menggula-gulakan pemimpin Tanah Melayu dengan tertubuhnya


Malayan Union adalah bertujuan menyediakan Tanah Melayu ke arah pembentukan kerajaan
sendiri. Pentadbiran Malayan Union hanyalah sebagai persediaan untuk mengembalikan
pentadbiran kepada penduduk Tanah Melayu. Apabila Sir Harold Mac Michael datang dan
berjaya mendapat tandatangan raja-raja Melayu, orang-orang Melayu mula merasa yakin bahawa
9

segala yang dijanjikan oleh British sebelum perang untuk memulangkan kuasa raja-raja adalah
satu tipu helah sahaja. Penjelasan British yang menyatakan Malayan Union adalah persediaan ke
arah untuk bekerajaan sendiri tidak dapat diterima oleh orang-orang Melayu kerana
perlembagaan Malayan Union itu sendiri telah melenyapkan maruah dan ketuanan Melayu.

2.0

Ciri-ciri Perlembagaan Malayan Union

Antara ciri-ciri yang dicadangkan dalam Malayan Union ialah menggabungkan Negerinegeri Selat, Negeri-negeri Bersekutu dan Negeri-negeri tidak bersekutu di bawah satu
pemerentihan. Ia terdiri daripada sembilan buah negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka
disatukan di bawah pemerintahan Gabenor British. Gabenor ini dibantu oleh Majlis Mesyuarat
Persekutuan dan Majlis Undangan Persekutuan (Mardiana Nordin dan HasnahHussiin 2005:52;
Asnarulkhadi Abu Saman dan Jayum A.Jawan 1997: 51; Zaid Ahmad et.al2006: 47-48):1.

Namun begitu ciri terpenting dalam Perlembagaan Malayan Union ialah perubahan taraf
negeri-negeri Melayu daripada sebuah negeri yang bernaung di bawah kuasa British menjadi
tanah jajahan British. Ini bermaksud, semua negeri di Tanah Melayu (Singapura dikecualikan,
dan kekal sebagai tanah jajahan British secara berasingan) digabungkan di bawah satu kerajaan
pusat sahaja. Malayan Union diketuai oleh seorang Gabenor yang dibantu oleh sebuah Majlis
Mesyuarat Undangan (MMU) dan Majlis Kerja (MK). Pesuruhjaya Residen menjadi ketua
pentadbir tertinggi di negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat. Beliau juga menjadi
pengerusi Majlis Mesyuarat Negeri (MMN) yang terletak di bawah kawalan kerajaan pusat.
MMN dikekalkan untuk menguruskan hal-ehwal tempatan dan dikawal oleh kerajaan pusat.
Majlis ini dianggotai oleh para pegawai British. MMU pula mempunyai bilangan ahli rasmi dan
ahli tidak rasmi yang sama banyak. Gabenor berkuasa melulus atau membatalkan sesuatu
undangundang. Semua undang-undang yang dikuat kuasakan tidak memerlukan tandatangan
sultan (Ruslan Zainuddin et al. 2005).

10

Kuasa raja-raja Melayu dihapuskan dan baginda diberikan peranan sebagai penasihat
Gabenor dan Ketua Majlis Penasihat Melayu. Sultan hanyalah sebagai satu gelaran dan mereka
hanya boleh bersuara dalam soal yang menyentuh agam Islam dan adat resam Melayu dan tidak
lagi bertindak sebagai pemerintah yang berkuasa.

Malayan Union dianggap langkah pertama ke arah berpentadbiran sendiri jika Tanah
Melayu diberi kemerdekaan. Namun kemerdekaan tidak akan diberikan selagi kaum-kaum yang
ada di Tanah Melayu tidak bersatu (Mohd. Isa Othman 2007). Jadi, hak kewarganegaraan yang
sama diberikan kepada semua orang tanpa mengira kaum dan asal keturunan, ianya termaktub
dalam Perlembagaan Malayan Union. Semua kaum diberikan hak yang sama untuk memasuki
perkhidmatan awam dan mengundi dalam pilihan raya.

Jus soli merupakan satu prinsip yang diguna pakai untuk kaum bukan Melayu bagi
mendapatkan hak kewarganegaraan, iaitu melalui kuat kuasa undang-undang dan permohonan.
Kerakyatan Perlembagaan MU memberi hak dan peluang yang sama kepada semua warganegara
tanpa mengira bangsa dan keturunan. Syarat kerakyatan:
a.

Orang asing yang berumur 18 tahun ke atas dan telah bermastautin di Tanah Melayu atau
Singapura selama 10 tahun daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942 akan diberi
kerakyatan .

b.

Semua orang yang dilahirkan di Tanah Melayu selepas penubuhan Malayan Union.
Kanak-kanak yang berumur bawah 18 tahun yang ibu bapanya warganegara turut diberi
kerakyatan.

c.

Kerakyatan melalui permohonan diberikan kepada golongan berikut:


i.

Mereka yang bermastautin selama 5 tahun daripada 8 tahun terdahulu semasa


permohonan dibuat

ii.

Berkelakuan baik dan boleh bertutur dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu

11

d.

Mengangkat sumpah taat setia dan berjanji untuk kekal bermastautin di Malayan Union
atau Singapura.

Singapura tidak dimasukkan ke dalam Malayan Union tetapi dikekalkan sebagai tanah
jajahan Inggeris dengan mempunyai Gabenor dan Majlis Mesyuarat Undangan yang berasingan
Kerajaan British hendak menjadikan Singapura sebagai sebuah pangkalan tentera laut untuk
operasi strateginya di Timur Jauh. Namun begitu tujuan utama British mengecualikan penyertaan
Singapura menganggotai Malayan Union adalah disebabkan oleh kepentingan ekonominya di
Singapura, kedududkan strategik Singapura sebagai pelabuhan dan kegiatan ekonomi mendorong
pihak British untuk mengekalkan Singapura sebagai tanah jajahan London.

3.0

Sebab-sebab Orang Melayu Menentang Malayan Union

Pelaksanaan Malayan Union telah menimbulkan penentangan orang Melayu terhadap


sistem pemerintahan tersebut. Antara sebab penentangan ialah tindakan Sir Harold MacMichael
yang mengugut raja-raja Melayu, contohnya Sultan Badlishah dari Kedah. Sultan turut tidak
diberi masa yang secukupnya untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri. Orang Melayu
juga menentang kerakyatan mudah kepada kaum imigran secara jus soli. Status peribumi orang
Melayu juga terjejas. Orang Melayu mempunyai kedudukan yang sama taraf dengan kaum
pendatang.

3.0.1

Penghapusan kedaulatan dan kuasa raja-raja Melayu


Raja Melayu hanyalah menjadi penasihat kepada Gabenor dan menjadi ahli Majlis Raja

Melayu yang hanya diberi kuasa ke atas hal ehwal agama dalam erti kata yang sebebanar Raja

12

Melayu tidak lagi mempunyai kuasa, kehilangan takhta dan maruah sebagai pelindung orang
Melayu. Selain itu pungutan zakat juga telah diberikan di bawah kuasa gabenor British.

3.0.2

Tamadun orang Melayu terhakis


Apabila kuasa diraja telah dihapuskan maka sistem beraja, Bahasa Melayu dan tulisan

Jawi terhakis. Ini mengakibatkan ketuanan Melayu tercabar dengan memperkenalkan kerakyatan
yang liberal. Orang Melayu mula bimbang akan kehilangan tanah air dan hak mereka sebagai
penduduk pribumi kerana golongan imigran lebih besar jumlahnya berbanding orang melayu.

3.0.3

Sir Harold MacMichael Mengugut Sultan


Pada 1 April 1946, British telah mengisytiharkan pembentukan Malayan Union di Kuala

Lumpur. Pengisytiharan tersebut telah mendapat bantahan daripada orang Melayu, terutamanya
terhadap Sir Harold MacMichael. Beliau tidak memberi masa yang secukupnya kepada raja-raja
Melayu untuk berfikir dan berbincang mengenai Malayan Union. Contohnya, Sultan Perak tidak
diberi masa yang cukup untuk membincangkan Malayan Union dalam Majlis Mesyuarat Negeri.
Dalam masa tiga bulan sahaja, iaitu dari 20 Oktober hingga 21 Disember 1945, MacMichael
telah berjaya mendapatkan tanda tangan sebagai tanda persetujuan daripada Raja-raja Melayu,
terhadap perjanjian Malayan Union. Bermula dengan Sultan Ibrahim (Johor) dan diakhiri dengan
Sultan Ismail (Terengganu), sembilan buah negeri kesemuanya. Beliau telah menggunakan kuasa
yang diberikan kepadanya dengan mengugut Raja-raja Melayu, dengan memberi amaran jika
baginda enggan menerima cadangan Malayan Union, baginda akan disingkirkan atas bersubahat
dengan tentera Jepun. Ini berlaku terhadap Sultan Badlishah dari Kedah.

3.0.4

Kesan-kesan Pelaksanaan Malayan Union


Antara kesan daripada pelaksanaan Malayan Union ialah telah berlaku perubahan status

Tanah Melayu daripada negeri naungan kepada negeri jajahan. Kuasa raja-raja Melayu juga

13

hilang walaupun mereka masih berhak membincangkan soal agama Islam, tetapi zakat fitrah
dipungut atas nama Gabenor Malayan Union.

Selain itu, kedudukan orang Melayu kini setara dengan orang dagang berdasarkan
kerakyatan sama rata atau jus soli. Dasar terbuka British ini dilihat akan mengancam status quo
orang Melayu sebagai penduduk peribumi. Jumlah orang Melayu juga menjadi kecil dengan
kemasukan orang dagang. Selain itu, ekonomi dan pendidikan orang Melayu juga amat mundur
dan jauh ketinggalan berbanding dengan orang dagang yang diberi perhatian oleh British. Orang
Melayu juga bimbang akan kehilangan warisan tamadun yang telah dibina oleh kerajaan Melayu
seperti pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Oleh itu, orang Melayu bangun
mempertahankan status quo mereka. Gabungan 29 buah pertubuhan Melayu bangun menentang
Malayan Union menunjukkan wujud perpaduan kebangsaan untuk menentang Malayan Union.

3.0.5

Isu Jus Soli


Jus soli merupakan isu yang menjadi tuntutan orang dagang terhadap kerakyatan di Tanah

Melayu. Isu ini telah dibantah oleh orang Melayu. Isu tersebut ialah pemberian hak kerakyatan
yang sama rata kepada semua kaum di Tanah Melayu. Perjuangan ini dianggap boleh
melemahkan lagi kedudukan orang Melayu. Selepas perbincangan dan rundingan, raja-raja
Melayu bersetuju menerima kerakyatan jus soli. Kerakyatan jus soli diterima dengan bersyarat,
iaitu orang bukan Melayu mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu dalam Persekutuan
Tanah Melayu yang merdeka. Seterusnya suruhanjaya ini juga menyetujui agama Islam sebagai
agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu.

4.0

Gerakan Penentangan Secara Terang-terangan

14

Dato Onn dilihat sebagai seorang tokoh yang paling sesuai untuk semua golongan
masyarakat dari rakyat biasa hingga kerabat diraja untuk berhadapan dengan pegawai-pegawai
tertinggi Inggeris kerana latar belakang pendidikannya. Beliau diminta mengetuai orang Melayu
untuk memimpin mereka kerana suara lantangnya yang sentiasa menyeru supaya orang Melayu
bersatu padu untuk membaiki nasib mereka di tanah air sendiri. Beliau dilihat sebagai.

Dato Onn Jaafar telah menulis surat kepada Utusan Melayu menyeru orang Melayu
mengadakan kongres dan menubuhkan United Malays Organisation (U.M.O). Gagasan fikiran
dan pandangannya di akhbar-akhbar sebelum perang dan cita-citanya untuk menyatupadukan
orang Melayu pernah diucapkan ketika menghadiri Kongres Melayu di Singapura pada tahun
1940.

Bukan itu sahaja, Dato Onn juga telah berjaya mengamankan pergaduhan kaum di Batu
Pahat. Beliau menggunakan isu tersebut untuk menyeru perpaduan masyarakat Melayu melalui
akhbar-akhbar untuk menentang Malayan Union. Beliau telah menubuhkan Pergerakan Melayu
Semenanjung pada 3 Januari 1946. Beliau telah menyeru agar orang Melayu bersatu padu dan
mendapat sokongan serta kerjasama yang tidak berbelah bagi dari semua masyarakat Melayu
hingga berlangsungnya perjumpaan pemimpin-pemimpin pertubuhan dan persatuan Melayu dari
seluruh negara dalam Kongres Melayu Pertama di Kelab Sultan Sulaiman pada 1 hingga 4 Mac
1946.

Sebelum itu, seruan Dato Onn telah membangkitkan semangat perpaduan Melayu di
beberapa negeri dan berjaya mengadakan rapat-rapat umum membantah penubuhan Malayan
Union. Di Kuala Kangsar, lebih 25,000 orang telah mengadakan perarakan raksasa membantah
Malayan Union pada 15 Januari 1946. Tetapi pada 22 Januari 1946 pihak British tetap
meneruskan agendanya mengumumkan penubuhan Malayan Union yang akan berkuatkuasa
mulai 1 April 1946. Dua hari selepas itu, sekali lagi Dato Onn menyeru melalui akhbar Majlis
mencadangkan pertemuan dan perpaduan Melayu dalm satu kongres disegerakan.

15

Pada 2 Februari 1946 satu perarakan seramai lebih 36,000 orang telah berjaya diadakan
di Kota Bharu Kelantan. Di Batu Pahat pula telah diadakan perarakan besar-besaran dan seramai
18,000 orang Melayu telah keluar berjalan kaki ke Bandar Batu Pahat bagi menunjuk perasaan
membantah Malayan Union pada 10 Februari 1946. Ikrar membantah penubuhan Malayan Union
telah dibaca oleh Kiai Salleh. Sepanjang perarakan itu, slogan Hidup Melayu terus dilaungkan
dan bergema di sana sini. Perarakan ini bermula di Jalan Sultanah dan berkhir di Padang Pejabat
Kerajaan Batu Pahat dan Dato Onn telah memberi ucapan menentang Malayan Union dan
mengecam kerajaan British sebagai tidak berprikemanusiaan merampas hak orang Melayu.
Pada tahun 1946, Datuk Onn Jaafar telah menubuhkan satu kongres bagi semua
kumpulan dan pertubuhan politik Melayu di Tanah Melayu. Kongres ini telah diadakan di Kuala
Lumpur pada Mac 1946. Dalam kongres tersebut, satu kata sepakat telah dicapai bagi
membentuk sebuah parti politik sebagai wakil seluruh orang-orang Melayu di Semenanjung.
Hasilnya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah dibentuk. Bermula dari situ
satu usaha ke arah memperjuangkan kemerdekaan Malaya telah tercetus dan akhirnya ke arah
pembentukan negara Malaysia. Dengan beberapa barisan pejuang yang berjiwa kental yang
antaranya terdiri dari Datuk Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, dan Tun
Hussein Onn, maka pada 31 Ogos 1957 negara tercinta Malaysia telah menyaksikan satu detik
bersejarah dengan penurunan bendera Union Jack di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad
sebagai tanda berakhirnya sebuah penjajahan British di Tanah Melayu.

Di dalam Kongres Melayu Pertama pada 1 hingga 4 Mac 1946, PEKEMBAR atau
UMNO ditubuhkan tetapi kerajaan British tetap berhasrat mengadakan majlis pengistiharan
Malayan Union dan perlantikan Gabenor Malayan Union, Sir Edward Gents pada 1 April 1946.
Sehari sebelum pengistiharan Malayan Union, DatoOnn telah mengadakan Mesyuarat
Tergempar PERKEMBAR di Kuala Lumpur untuk bertindak mengadakan perarakan dan
memujuk raja-raja Melayu memulaukan majlis pengistiharan tersebut. Orang-orang Melayu juga
diseru supaya berkabung dengan memakai songkok berlilit putih dan berbaju putih selama
seminggu. Pihak British amat terkejut apabila raja-raja dan pembesar Melayu Berjaya
memulaukannya manakala beribu-ribu orang Melayu berkumpul di hadapan Station Hotel,
Stesen Kereta api Kuala Lumpur membantah penubuhan Malayan Union.
16

Walau pun begitu, British tetap meneruskan rancangannya kerana berasa yakin raja-raja
dan pembesar Melayu masih menyokong dan menyebelahi kerajaan British. Jentera kerajaan
juga tidak lumpuh kerana majoriti kaum yang berkhidmat dengan British adalah terdiri daripada
kaum pendatang. Gabenor yang dipulaukan terus menjalankan tugas tetapi akhirnya berhadapan
dengan pelbagai kesulitan apabila raja-raja dan pembesar Melayu serta pegawai-pegawai tinggi
Melayu bersikap berkecuali dan pasif.
Pada 11 Mei 1946, sekali lagi pemimpin-pemimpin pertubuhan dan persatuan orangorang Melayu berkumpul menghadiri persidangan di Istana Besar Johor Bahru dan penubuhan
PERKEMBAR telah diisytiharkan dengan rasminya sebagai satu persatuan mewakili seluruh
orang Melayu. PERKEMBAR atau UMNO selepas itu telah menyusun secara teratur pelbagai
aktiviti membantah Malayan Union hingga akhirnya British terpaksa tunduk mengikut kehendak
UMNO. UMNO telah merangka perlembagaan baru bagi mewujudkan Persekutuan Tanah
Melayu. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani oleh raja-raja Melayu
dengan pihak Inggeris pada 21 Januari 1948 dan dikuatkuasakan pada 1 Februari 1948. Mulai
dari tarikh itu Malayan Union dibubarkan dengan rasminya.

5.0

Penubuhan United Malay National Organisation ( UMNO)

Pertubuhan

Kebangsaan

Melayu

Bersatu

atau

United

Malay National

Organisation yang biasa dikenali sebagai UMNO atau PEKEMBAR adalah parti politik terbesar
di Malaysia yang telah memerintah Malaysia tanpa putus sejak merdeka lagi.

UMNO dianggap sebagai parti penjaga nasionalisme Melayu atau ketuanan Melayu.
Menurut perlembagaan parti ini, asasnya adalah untuk berjuang mendukung cita-cita kebangsaan

17

Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara. Ia juga yang
memperjuangkan hak-hak istimewa orang Melayu dan orang Bumiputera.

Satu himpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama
telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala
Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah
menghantar wakil masing-masing.
Dato Onn bin Jaafar dari Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi
Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak.
Tiga usul telah dululuskan oleh Kongres seperti berikut:
1. Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
2. Membantah pertubuhan Malayan Union
3. Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu

Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang,
Dato Nik Ahmad Kamil, Dato Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Zaaba) telah
dipilih untuk menyediakan draf Piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan
diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.

Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu
Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) telah berlangsung dan Piagam atau
Perlembagaan (UMNO) telah diterima dan diluluskan oleh para peserta dan UMNO pun lahirlah
secara rasmi.

18

Lahirnya UMNO adalah hasil dari percantuman pertubuhan-pertubuhan Melayu dengan


berbagai aliran falsafah dan pendapat tetapi bersetuju mengambil tindakan bersama untuk
survival bangsa Melayu. Berhadapan dengan rancangan Malayan Union yang dibawa oleh
British selepas Perang Dunia Yang Kedua, pertubuhan-pertubuhan ini dengan sukarelanya
membubar diri masing-masing demi membuka jalan kepada sebuah parti politik yang ulung
sebagai

pernyataan

hasrat

semua

golongan

dan

lapisan

masyarakat

Melayu

bagi

memperjuangkan hak-hak mereka.

Penubuhan UMNO pada 11hb Mei 1946, dengan Dato Onn bin Jaafar sebagai
pemimpinnya yang pertama dapat dikatakan sebagai mengelak orang-orang Melayu di Tanah
Melayu dari tenggelam di bawah satu perkembangan politik dan ekonomi yang begitu deras dan
menguntungkan golongan-golongan lain yang lebih maju.

Semangat kebangsaan Melayu yang baru meletus secara meluas itu perlu untuk menjaga
keutuhan masyarakat yang sejak beberapa lama merupakan penduduk asal kepada kawasan ini.
Seluruh penentuan hidup di negara ini sekarang ada hubungan langsung atau tidak langsung
dengan nasionalisme Melayu.

Dengan penubuhan Umno itu, maka cita-cita Inggeris untuk menjadikan negara ini
sebagai negara unitary telah dapat dipatahkan dan digantikan dengan sebuah negara
Persekutuan dengan Perjanjian Persekutuan pada 2hb Februari 1948 yang lalu. Maka penubuhan
negara Persekutuan ini adalah hasil dari kerja keras dan perjuangan Umno bersama dengan RajaRaja Melayu yang telah berunding tidak berhenti-henti dengan pihak British sehingga wujudnya
sebuah negara Persekutuan.

Maka negeri-negeri yang mempunyai pentadbiran sendiri di bawah naungan Raja-Raja


telah bersatu di bawah satu negara Persekutuan yang dinamakan Persekutuan Tanah Melayu.
19

Kesemua negeri-negeri Bersekutu dan tidak Bersekutu juga bersatu di bawah satu Persekutuan
dan negeri-negri ini turut disertai oleh dua buah negeri Straits Settlement, Melaka dan Pulau
Pinang, turut bersama dalam negara Persekutuan yang baru diwujudkan itu.

Sejak itulah Umno menyambung perjuangan kemerdekaan yang telah dimulakan oleh
ramai pejuang-pejuang sebelum itu dan Umno sebagai sebuah parti yang boleh berbincang
dengan Inggeris, telah berjaya mencapai kemerdekaan pada Ogos 1957.

5.0.1

Perjuangan tokoh UMNO

Dato Onn Jaafar

Gambar 2
Dato Onn Jaafar
Beliau merupakan pengasas kepada penubuhan UMNO. Dato Onn Jaafar telah
mendapat pendidikan di Maktab Melayu K.Kangsar dan kemudiannya menyambung pelajaran
belaiau di England. Pernah memegang jawatan Pegawai Tadbir Johor dan menjadi wartawan
terkenal. Kemudian beliau dilantik menjadi Menteri Besar Johor. Semasa menjadi Menteri Besar
Johor satu rusuhan telah berlaku, beliau telah bertindak memulihkan keamanan di Batu Pahat.
Selain itu beliau merupakan orang pertama menyeru orang Melayu bersatu dan mencadangkan
penentangan terhadap Malayan Union. Dato Onn juga telah menganjurkan Kongres Melayu.
Beliau merupakan salah seorang ahli jawatankuasa yang menggubal Perlembagaan UMNO.

20

ii)

Dato Panglima Bukit Gantang

Gambar 3
Dato Panglima Bukit Gantang

Beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO yang pertama. Nama sebenar
Panglima Bukit Gantang ialah Abdul Wahab bin Abdul Aziz. Mendapat pendidikan di Anderson
School, Ipoh, dan kemudian menyambung pelajarannya di Inner Temple, England. Beliau ialah
orang yung bertanggungjawab menubuhkan Perikatan Melayu Perak dan menyokong Kongres
Melayu. Selain itu beliau juga dilantik sebagai Ketua Bahagian UMNO Perak.

iii)

Dato Nik Ahmad Kamil

Gambar 4
Dato Panglima Bukit Gantang
21

Merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa UMNO Pusat dan Ketua UMNO Kelantan.
Beliaun mendapat pendidikan di Sekolah Majlis Agama Islam, Kota Bharu dan Maktab Melayu
Kuala Kangsar. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke Lincolns Inn, London, England.
Sekembalinya dari England beliau telah menjadi seorang peguam. Dato Nik Ahams Kamil telah
diilantik menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri sebelum menjadi Menteri Besar Kelantan.

iv)

Zainal Abidin bin Ahmad

Gambar 5
Zainal Abidin bin Ahmad

Beliau merupakan intelektual Melayu yang terlibat dalam Kongres Melayu. Bertindak
untuk menguruskan persidangan kongres. Beliau telah mencadangkan penambahan perkataan
kebangsaan ke dalam United Malays Organization. United Malays Organization menjadi
United Malays National Organization (UMNO).

5.0.2

Perkembangan UMNO
Penubuhan UMNO telah Berjaya memajukan orang Melayu dalam bidang politik,

ekonomi, sosial dan pendidikan. UMNO juga telah memperjuangkan perpaduan orang Melayu

22

dan perjuangan UMNO telah direstui oleh sultan dan raja-raja Melayu. UMNO telah mendapat
kerjasama antara sultan dan raja-raja dengan rakyat.

Penubuhan UMNO itu sendiri telah dapat menyatu padukan orang Melayu dan telah
menumbangkan Malayan Union. Penubuhan UMNO juga telah menghapuskan semangat
kenegerian dan wujudkan parti politik bercorak kebangsaan. UMNO memperjuangkan ketuanan
Melayu dengan memajukan pendidikan orang Melayu. UMNO juga telah berusaha
membangunkan ekonomi dan kebajikan orang Melayu

5.0.3

Lambang-lambang UMNO

Logo UMNO mengandungi tulisan Jawi iaitu PEKEMBAR. Manakala cogan kata
UMNO, Hidup Melayu dicipta oleh Dato Onn Jaafar. Cogan kata UMNO Hidup Melayu
ditukar kepada Merdeka atas cadangan wakil Pemuda Bahagian UMNO Batu Pahat iaitu
Syeikh Gharieb Raub.

Pemilihan bendera UMNO diputuskan dalam persidangan dalam persidangan UMNO di


Ipoh, Perak. Bendera UMNO dicadangkan oleh Ikatan Setia Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Bendera UMNO dikibarkan buat kali pertama pada Mesyuarat Agung UMNO di Pulau Pinang.
Warna bendera UMNO membawa maksud seperti berikut :
23

merah keberanian,
putih kesucian dan keikhlasan
kuning dalam bulatan lambang raja
Keris hijau lambang agama Islam.
Keris melambangkan tamadun Melayu.

Penutup

UMNO lahir atas kesedaran dan kehendak para perwakilan yang menghadiri Kongres
Melayu Se-Malaya yang pertama pada 1 4 Mac 1946. Selepas Kerajaan Jepun menyerah kalah
pada 14 Ogos 1945, kerajaan British telah menghantar bala tenteranya untuk menguasai semula
Semenanjung Tanah Melayu, dan serentak membawa perubahan redikal terhadap pemerintahan
negeri-negeri Melayu. Melalui tipu hela, Raja-raja Melayu telah dipengaruhi supaya
menandatangani perjanjian dengan Harold MacMicheal bagi menyerahkan kuasa pemerintahan
serta kedaulatan kepada Kerajaan British. Negeri-negeri Melayu bersama Melaka dan Pulau
Pinang disatukan di bawah Kesatuan Malaya atau Malayan Union dan ditadbirkan sebagai
jajahan takluk British.

Perjuangan UMNO yang pertama adalah membangkang penubuhan Malayan Union.


Melalui akhbar-akhbar seperti Utusan Melayu dan Majlis, suara orang Melayu menentang
Malayan Union dapat diketahui. Pemimpin UMNO berjaya menasihatkan Sultan-sultan melayu
supaya tidak menghadiri upacara perlantikan Gabenor Malayan Union yang pertama, Edward
Gent, dan secara simbolik memanifestasikan kemarahan dan bangkangan orang-orang Melayu
terhadap Malayan Union.

Dua bulan selepas wujudnya Malayan Union, Kerajaan British telah mengubah pendirian
dan bersedia mengadakan perbincangan dengan wakil-wakil UMNO dan Sultan-sultan bagi
24

mewujudkan satu kerajaan persekutuan baru. Rundingan ini berlangsung hingga 21 Januari 1948
apabila Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani oleh Raja-raja Melayu dengan
wakil kerajaan British yang mengembalikan semula kuasa-kuasa dan kedaulatan Sultan-sultan.
Secara rasmi Persekutuan Tanah Melayu dilahirkan pada 1 Februari 1948.

Kerajaan Persekutuan Tanah Malayu ditadbir oleh Pesuruhjaya Tinggi dan dibantu oleh
beberapa ahli Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan termasuk Yang Di Pertua UMNO, Dato Onn
bin Jaafar yang telah diberi tanggunjawab sebagai Ahli (Member) Hal Ehwal Dalam Negeri.
Semasa memegang jawatan itu, Dato Onn telah menubuhkan Lembaga Kemajuan Kampung dan
Perusahaan atau Rural and Industrial Development Authority (RIDA) yang bertujuan membantu
orang-orang Melayu mencebur dalam bidang perusahaan. Pemerintahan di peringkat Negeri pula
adalah di bawah kuasa Menteri Besar dibantu oleh Penasihat British.

Pada bulan Jun 1948 pengganas dari parti Komunis Malaya telah melakukan
pembunuhan liar dan pembinasaan terhadap harta awam dan persendirian menyebabkan
Kerajaan Persekutuan mengisytihar Darurat pada 16 Jun 1948. Bagi menghadapi ancaman
komunis ini, UMNO telah menggembelingkan tenaga orang Melayu lelaki dan perempuan
supaya menyertai pasukan bersenjata termasuk polis khas dan pengawal kampong.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu mengandungi peruntukan berkenaan pilihanraya


umum bagi membolehkan rakyat memilih wakil-wakil mereka ke Dewan Perundangan dan
seterusnya memerintah sendiri sebagai negara merdeka.

Langkah pertama yang dilakukan oleh UMNO adalah berkerjasama dengan Persatuan
Cina Malaya (MCA) bagi merebut kerusi pilihanraya majlis tempatan, iaitu Majlis Munisipal
Kuala Lumpur pada tahun 1951. Kerjasama ini telah membawa kejayaan cermerlang dan dengan
sokongan yang diberi kemudian oleh Kongres India Malaya (MIC) maka satu gabungan parti
25

yang diberi nama Perikatan (Alliance) telah ditubuh bagi menghadapi pilihanraya umum yang
pertama pada 27 Julai 1955 yang berkesudahan dengan Parti Perikatan memenangi 51 daripada
52 kerusi bagi Majlis Perundangan Persekutuan. Yang diPertua UMNO, Tunku Abdul Rahman
Putra telah dilantik menjadi Ketua Menteri dan Menterinya terdiri dari wakil rakyat yang dipilih
dan juga pegawai pentadbir British yang dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi.

Dengan kejayaan cermerlang yang dicapai oleh Parti Perikatan, dalam pilihanraya 1955,
UMNO terus berazam untuk mendapatkan kemerdekaan penuh. Rundingan demi rundingan telah
diadakan di London di antara wakil-wakil Perikatan yang diketuai oleh Yang DiPertua UMNO,
Tunku Abdul Rahman Putra, wakil-wakil Raja-raja Melayu dan wakil-wakil Kerajaan British dan
akhirnya persetujuan telah tercapai bagi kemerdekaan Tanah Melayu sebagai Negara yang
merdeka dan berdaulat mulai pada 31 Ogos 1957 sehingga sekarang.

Bibliografi

1.

Abu Bakar Hamid ..et al (1996). UMNO Johor 50 Tahun Memartabatkan Bangsa
Melayu. Johor Baharu. Yayasan Warisan Johor, Johor Baharu.

2.

Abu Bakar Hamid & Md Ismail Zamzam (Edt.) (2002). Pejuang Terbilang. Johor
Baharu. Yayasan Warisan Johor, Johor Baharu.

26

3.

Abu Bakar Hamid & Md Ismail Zamzam (Edt.) (2003). Tokoh Ternama. Johor Baharu.
Yayasan Warisan Johor, Johor Baharu.

4.

Barbara Watson Andaya and Leonard Y.Andaya (2001). A History of Malaysia. Palgrave.
Hampshire.

5.

Buyong Adil, (1980). Sejarah Johor. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

6.

Ghazali bin Mayudin, (1978). Semasa Pendudukan Jepun 1942-1945. Kuala Lumpur.

7.

Hari Ini Dalam Sejarah Jilid I, (1981). Arkib Negara Malaysia. Kuala Lumpur.

8.

Hari Ini Dalam Sejarah Jilid II, (1982). Arkib Negara Malaysia. Kuala Lumpur.

9.

Ramlah Adam, (1992). Dato Onn Jaafar Pengasas Kemerdekaan. Dewan Bahasa Dan
Pustaka.

10.

Tan Sri Datuk Abdul Samad Idris,(1982). 25 Tahun Merdeka. Kuala Lumpur. Pustaka
Budiman.

11.

Thajunnisa Mohamed Ibrahim, (1994). Tun Dr. Ismail: Kejora Timur Yang Mengerdip,
Kuala Lumpur. Utusan Publishing & Distributers Sdn. Bhd.

27

11.

UMNO Bahagian Batu Pahat, (1971). Sejarah UMNO Suku Abad UMNO. Batu Pahat.

12.

Wan Hashim Wan Teh, (2011). Hubungan Etnik di Malaysia. Kuala Lumpur. Institut
Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

13.

Sejarah Penubuhan UMNO


http://mforum.cari.com.my/archiver/?tid-153323.html

14.

Hari Ini Dalam Sejarah UMNO


http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/hari-ini-dalam-sejarah-umnoaspan-alias/

28

You might also like