You are on page 1of 3

KEMPEN PERANGI DENGGI JOM GEMPUR AEDES

 Apa itu Demam Denggi


Demam denggi adalah disebabkan oleh Virus Denggi. Ia merebak melalui gigitan nyamuk
aedes. Dianggarkan terdapat 100 juta kes denggi di serata dunia setiap tahun.

 Tanda dan Gejala


Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas 5-6 hari gigitan nyamuk seperti :

Demam panas

Sakit kepala

Sakit tulang belakang

Sakit sendi-sendi

Loya dan muntah-muntah

Sakit biji mata

Ruam

 Apakah akan terjadi sekiranya tidak mendapatkan rawatan?


Demam denggi terdiri daripada Demam Denggi Biasa atau Demam Denggi Berdarah yang
boleh membawa maut.
Demam Denggi berdarah mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti :

Mudah lebam

Pendarahan di bawah kulit, hidung atau gusi

Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut

 Apakah perlu dilakukan untuk mencegah Demam Denggi?


Terdapat pelbagai jenis cara untuk mencegah Demam Denggi:
1. Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk
 Membuang bekas yang boleh menakung air
 Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan ditutup bersama penutup
 Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan air dibuang sekurang-kurangnya
seminggu sekali
 Pastikan saliran atap sentiasa mengalir
 Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentik-jentik

2. Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk

3. Mengambil langkah-langkah melindungi diri untuk mengelakkan gigitan nyamuk


seperti :
 Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup
 Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota terdedah kepada gigitan nyamuk
 Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar sewaktu keluar
rumah
 Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk elektrik di kawasan tertutup

 Definisi Wabak
Wabak Denggi berlaku apabila terdapat
a. Dua atau lebih kes Denggi dilaporkan di lokaliti yang sama dalam tempoh 14 hari. (tanpa
mengira jarak tempat tinggal mereka, wabak dikira dalam satu lokaliti sahaja)

b. Dua atau lebih kes dinotifikasi dalam tempoh 14 hari di dalam kawasan 400 meter. (jika
2 kes berkenaan tinggal di dalam lokaliti yang berbeza walaupun dipisahkan oleh
sebatang jalan kecil, wabak dikira berlaku dalam dua lokaliti).

c. Dua atau lebih kes (tanpa mengira jarak tempat tinggal antara mereka), dinotifikasi
dalam tempoh 14 hari dan mempunyai hubungan epidemiologi (lokaliti yang
dikenalpasti sebagai punca jangkitan adalah lokaliti wabak).

Tarikh bermula wabak ialah pada tarikh notifikasi kes kedua.

 Definisi Wabak Terkawal


Apabila tiada kes Denggi yang dinotifikasikan selepas hari ke 14 dari tarikh notifikasi kes
kedua.

 Definisi Wabak Tidak Terkawal


Apabila terdapat notifikasi kes Denggi selepas hari ke 14 dari tarikh notifikasi kes kedua.

 Definisi Hotspot
Apabila tempoh masa wabak berlaku melebihi 30 hari.

You might also like